• Tidak ada hasil yang ditemukan

DAPATAN KAJIAN Latar Belakang Responden

Berikut ialah profil responden dari segi demografi iaitu jantina dan kaum Jadual 1:

Taburan Responden Mengikut Demografi

Profil Kekerapan Peratusan

Jantina Lelaki 17 24.28 Perempuan 53 75.72 Kaum Melayu 22 31.42 Cina 23 32.85 India 17 24.28 Lain-lain 8 11.50

Jadual 1 di atas menunjukkan taburan profil responden mengikut demografi iaitu jantina dan kaum. Dari segi jantina ialah pelajar lelaki sebanyak 24.28% dan pelajar perempuan sebanyak 75.72%. Manakala dari segi kaum, kaum Melayu ialah 31.42 %, kaum Cina ialah 32.85%, kaum India ialah 24.28% dan lain-lain ialah 11.50%.

Dapatan kajian Jadual 2:

Min Hubungan Etnik

Bil Dimensi Min Sisihan Piawai

1 Kehidupan seharian pelajar 2.7331 .40851

3 Ko-kurikulum 2.6387 .88190

4 Hubungan etnik 2.7000 .46702

Merujuk kepada Jadual 2, min keseluruhan tahap hubungan etnik ialah pada tahap tinggi iaitu 2.70. Dari segi dimensi-dimensi hubungan etnik, didapati dimensi kehidupan seharian pelajar dan kegiatan pembelajaran pelajar adalah pada tahap tinggi, manakala kegiatan ko-kurikulum pelajar adalah sederhana.

Dapatan Hipotesis Kajian.

Ho1 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan hubungan etnik dengan jantina di kalangan pelajar Pra Ijazah Sarjana Muda Perguruan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh

Ujian t digunakan untuk menguji sama ada terdapat perbezaan yang signifikan hubungan etnik berdasarkan demografi jantina. Keputusan ujian bagi ditunjukkan dalam Jadual 3.

Jadual 3:

Analisis Ujian t Bagi Perbezaan Hubungan Etnik Berdasarkan Jantina

Jantina Bil Min Sisihan Piawai Nilai t Nilai p Df

Lelaki 17 3.46 .652 .081 0.600 60

Perempuan 53 3.45 .563

Berasaskan Jadual 3, dapatan ujian t menunjukkan min hubungan etnik adalah tidak berbeza dan tidak signifikan antara responden lelaki dan perempuan, t (60) = .081, p > 0.05. Maka hipotesis nol, Ho1 diterima. Ini bermakna dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan hubungan etnik berasaskan faktor demografi iaitu jantina.

Ho2 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan hubungan etnik dengan kaum di kalangan pela-jar Pra Ijazah Sarjana Muda Perguruan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh

Ujian Anova digunakan untuk menguji sama ada terdapat perbezaan hubungan etnik mengikut kaum. Keputusan ujian bagi ditunjukkan dalam Jadual 3.

Jadual 4:

Analisis Ujian ANOVA Bagi Perbezaan Hubungan Etnik Berdasarkan Kaum

Bangsa Df Jumlah Kuasa Dua Min Kuasa Dua Nisbah F Sig Antara kumpulan 2 4.12 2.060 13.83 0.400 Dalam kumpulan 59 9.47 .161 Jumlah 61 13.594

Berasaskan Jadual 4, dapatan ujian ANOVA menunjukkan min hubungan etnik adalah tidak berbeza dan tidak signifikan antara responden berasaskan kaum, F(61) = 13.83, p > 0.05. Maka

hipotesis nol, Ho2 diterima. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan hubungan etnik berasaskan faktor demografi iaitu kaum.

PERBINCANGAN

Dapatan keseluruhan menunjukkan tahap hubungan etnik adalah tinggi.Dari segi dimensi-dimensi hubungan etnik, didapati tahap kehidupan seharian pelajar dankegiatan pembelajaran pelajar adalah pada tahap tinggi, manakala kegiatan kokurikulum pelajar adalah seder-hana.Selain dari itu, tidak terdapat perbezaan yang signifikan hubungan etnik berdasarkan demo-grafi iaitu jantina dan kaum. Dapatan kajian ini disokong oleh kajian Mohd Rizal dan Thay (2012) yang menunjukkan tahap hubungan etnik di kalangan pelajar dari segi kehidupan seharian pelajar, kegiatan pembelajaran pelajar dan kegiatan ko-kurikulum pelajar adalah pada tahap se-derhana. Kajian Halipah Hamzah (2016) kebanyakan responden mempunyai tahap hubungan et-nik yang baik dengan melibatkan hubungan dengan pelbagai kaum dan bangsa.

Selanjutnya disokong oleh kajian Mansor dan rakan-rakan (2001) mendapati bahawa hubungan silang etnik kerap berlaku di IPT. SeterusnyaRusimah, Mohd Ainuddin dan Salma (2004) mengenai hubungan kaum menunjukkan suasana interaksi di kalangan pelajar dalam kampus berkecenderungan kepada keadaan yang positif berdasarkan peratus situasi yang lebih positif sebanyak 57% berbanding situasi yang negatif iaitu sebanyak 43%. Kajian Abdullah (1984) untuk melihat kadar interaksi di kalangan pelajar pelbagai kaum di tiga buah universiti menunjukkan darjah interaksi adalah tinggi hanya wujud sesama etnik jika dibandingkan dengan kadar interaksi antara etnik. Kajian Mohsin (1991) mendapati bahawa kadar interaksi di ka-langan responden di UKM dan UM adalah seragam dan lebih tinggi jika dibandingkan dengan responden di UTM.

Kajian Marimuthu (1978) di universiti tempatan mendapati bahawa integrasi sosial dan persahabatan dalam kampus telah diasaskan atas faktor-faktor iaitu ciri etnik 46%, kedaerahan 22%, kelas sosial 12%, lain-lain faktor 4 % dan bebas bergaul 16%. Kajian Mansor dan rakan (2001) tahap atau darjah etnik seseorang individu itu akan menentukan tingkahlakunya di-pengaruhi oleh perkiraan etnik atau tidak. Kajian Abdullah Taib (1984) menyatakan bahawa ke-banyakan kajian hubungan etnik menunjukkan faktor interaksi berkait rapat dengan kadar inte-grasi.

RUJUKAN

Abdullah Taib (1984). Integrasi dan polarisasi mahasiswa universiti di Malaysia. Laporan Teknikal, Biro Perundingan dan Penyelidikan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Abdul Rahim Hamdan & Siti Norashikin Moin (2010). Tahap perpaduan pelajar pelbagai kaum

dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB). eprints.utm.my/10727

Burnham, J.W., & O’Sullivan, F. (1999). Kepimpinan dan perkembangan profesional di Sekolah. Kuala Lumpur: ITNM

Berita Harian pada 28 Julai 2006.

Halipah Hamzah (2016). Kajian hubungan etnik dalam kalangan remaja muslim. Volume 5 Is-sue 1 2016 e-Academia Journal UiTMT (http://journale-academiauitmt.uitmt.edu.my/) Furnivall, J.R. (1948). Colonial policy and practice: A comperative study of Burma and

Nether-lands India. New York: New York University Press.

Kamarulzaman Askandar (2007). Perpaduan dan perdamaian etnik. Pulau Pinang:Universiti Sains Malaysia

Mohsin Peraman @ Parman (1991). Masalah hubungan etnik di kalangan mahasiswa universiti di Malaysia. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Marimuthu (1978). Majlis Perundingan Kaum patut ditubuhkan di universiti. Dalam Ahmad Fawzi Basri, Abdul Halim Ahmad dan Abdul Rahman Aziz. Isu-isu perpaduan nasional. Kedah: Sekolah Pengajian Asasi Universiti Utara Malaysia.

Mansor Mohd Noor & Rakan-rakan (2001). Kajian arah dan tahap pencapaian perpaduan negara di Institusi Pengajian Tinggi, Malaysia. Pulau Pinang: Pusat Penyelidikan Da-sar,Universiti Sains Malaysia.

Mohd Rizal,Mohd Said & Thay Cheow Yin. (2012). Tahap hubungan etnik: Kajian di kalangan pelajar yang mengikuti kursus Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup), Sesi Pengajian 2007-2008, Semester 2 Di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Journal of Technical, Vocational &*Engineering Education, Volume 6.

Noran Fauziah Yaakob, Teh Yik Koon & Salma Ishak (1987). Faktor-faktor yang berkaitan dengan perhubungan kaum-Kes Universiti Utara Malaysia dalam Seminar Kebangsaan Mengenai Perpaduan Nasional 1987. Sintok: Universiti Utara Malaysia. dalam Seminar Kebangsaan Mengenai Perpaduan Nasional 1987. Sintok: Universiti Utara Malaysia. Razli Ahmad, Hanum Hassan & Azuddin Bahari (2013). Persepsi mahasiswa terhadap isu-isu

perpaduan: Kajian ke atas pelajar-pelajar rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN). Jurnal Personalia Pelajar, 16,15-24.

Rusimah Sayuti, Mohd Ainuddin Iskandar Lee Abdullah & Salma Ishak (2004). Kajian hub-ungan kaum di kalangan pelajar Sekolah Pembangunan Sosial, Universiti Utara Malay-sia. Sintok: Universiti Utara MalayMalay-sia.

Rusimah Sayuti, Mohd Ainuddin Iskandar Lee Abdullah& Salma Ishak (2004) Kajian hubungan kaum di kalangan pelajar Sekolah Pembangunan Sosial, Universiti Utara Malay-sia. Dalam Seminar Antarabangsa Nilai dalam Komuniti Pasca Modenisme (SIVIC 2004), 4-6 September 2004, Hotel City Bayview Langkawi. (Unpublished).

Ting Chew Peh (1987). Hubungan ras dan etnik: Suatu penghantar. Kuala Lumpur: Pustaka Dimensi.

Zukarnian Zakaria & Hishamuddin Md Som (2001). Analisis data menggunakan SPSS WIN-DOWS. Johor Baharu: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Zaid Ahmad, Ho Hui Ling, Sarjit Singh Gill, Ahmad Tarmizi Talib, Ku Halim Ku Arifin, Lee Yok Fee, Nazri Muslim & Ruslan Zainuddin. (2006). Hubungan etnik di Malaysia. Shah

KAJIAN KEBERKESANAN TUMBUHAN AKUATIK DALAM MENGOLAH AIR SISA