• Tidak ada hasil yang ditemukan

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pengaruh Kemahiran Kepimpinan Kendiri dan Tingkah Laku Kerja Inovatif terhadap Pencapaian Sekolah Kluster di Sarawak.Dalam konteks sekolah kluster, guru sekolah dituntut mengamalkan Kepimpinan Kendiri supaya sekolah berkenaan dapat menyerlahkan bentuk perwatakan institusi berdasarkan kebitaraan..Kajian tentang Kema-hiran Kepimpinan Kendiri dalam bidang pendidikan dalam negara adalah sangat terhad.Kajian kuantitatif ini mengunakan kaedah tinjauan.Bilangan responden guru sekolah kluster seramai 238 orang dipilih secara rawakmenggunakan Quickscale.Tiga set instrument telah digunakan iai-tu Soal Selidik Kemahiran Kepimpinan Kendiri, Soal Selidik Tingkah Laku Kerja Inovatif dan Soal Selidik Pencapaian Sekolah Kluster. SEM digunakan untuk analisis data kajian. Dapatan kajian menunjukkan Kemahiran Kepimpinan Kendiri mempunyai hubungan yang positif dan

s i g n i f i k a n d e n g a n

Pencapaian Sekolah Kluster di Sarawak (0.59) dan Tingkah Laku Kerja Inovatif (0.49). Kon-struk Tingkah Laku Kerja Inovatif mempunyai hubunganpositif dan signif ikan dengan Pencapaian Sekolah Kluster (0.60).Cadangan kajian lanjutan dikemukakan.

KATA KUNCI: Kemahiran Kepimpinan Kendiri, Tingkah Laku Kerja Inovatif, sekolah kluster

1.0 PENDAHULUAN

Tesis ini mengkaji pengaruh Kemahiran Kepimpinan Kendiri (SL) dan Tingkah Laku Kerja Inovatif terhadap Pencapaian Sekolah Kluster di Sarawak. Kemahiran Kepimpinan Kendiri merupakan proses pengaruh kendiri yang mana individu cuba menggunakan kognisi dan tindakan demi mencapai matlamat (Manz dan Sims, 1996; Manz dan Neck, 2004). Kemahiran Kepimpinan Kendiri adalah berkaitan dengan cara meningkatkan pencapaian organisasi melalui pemikiran dan tindakan individu (DiLiello dan Houghton, 2006). Kemahiran Kepimpinan Kendiri merupakan penyumbang utama kepada peningkatan pencapaian (Steward, Courtright dan Manz, 2011). Kajian lepas menunjukkan pekerja yang mengamalkan Kemahiran Kepimpinan Kendiri menjadi lebih yakin dan boleh menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi (Stajkovic dan Luthans, 1998) serta lebih menikmati kejayaan dalam kerjayanya (Murphy dan Ensher, 2001; Raabe, Frese dan Beehr, 2007).

2.0 PERNYATAAN MASALAH

Pencapaian pendidikan negara sehingga sekarang belum mencapai tahap yang memuaskan atau seperti yang diharapkan dalam Pelan induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 dan Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025. Malaysia kini berada di persimpangan antara standard pendidikan nasional dan standard pendidikan

antarabangsa (RMK-10, 2010).

Malaysia mencapai ranking yang menurun melalui tiga kajian yang dilakukan oleh indeks antarabangsa.UN Education Index meletakkan Malaysia pada kedudukan 98 daripada 181 negara.Kajian Programme for International Student Assessment (PISA)menunjukkan bahawa Malaysia berada pada tangga 55 daripada 74 buah negara yang menyertai.. Laporan TIMMS 2011 juga mendedahkan trend kejatuhan kedudukan Malaysia untuk subjek Matematik dan Sains.Kemerosotan keputusan TIMSS dan PISA 2012 menunjukkan bahawa terdapat kelemahan dan kekurangan dalam sistem pendidikan Negara (http: //www.freemalaysiatoday.com., 2013).

Kemahiran Kepimpinan Kendiri telah menjana banyak usaha menjalankan kajian dalam beberapa dekad yang lalu (Manz, 1992; Manz dan Neck, 1999; Manz dan Sims (2001).Selain itu, kajian Kemahiran Kepimpinan Kendiri telah dilaksanakan dalam pelbagai latar belakang seperti kreativiti dan inovasi (Carmeli, Meitar dan Weisberg, 2006, DiLiello dan Houghton 2006).Neck dan Houghton (2006) telah membuat ulasan yang terperinci tentang perkembangan kepimpinan kendiri, penyelidikan dan aplikasi dalam dua dekad yang lepas.Kebanyakan literatur Kemahiran Kepimpinan Kendiri muncul di luar negara terutamanya dalam konteks negara Eropah seperti Portugal (Curral dan Marques-Quinteiro, 2009), Turki (Dogan dan Sahin, 2008), Israil (Carmeli Meitar dan Weisberg, 2006) dan Jerman (Andressen dan Konradt, 2007).Selain itu, literatur tentang Kemahiran Kepimpinan Kendiri telah diterokai di Asia Tenggara contohnya seperti di negara Cina (Ho & Nesbit, 2009).Namun, kajian tentang Kemahiran Kepimpinan Kendiri dalam bidang pendidikan dalam negara sangat terhad.Kajian ini bertujuan mengisi kekurangan ini.

Terdapat banyak kajian yang telah dijalankan berkaitan dengan kemahiran kepimpinan pengetua sekolah. Misalnya Kepimpinan Instruksional (Contohnya Jamelaa Bibi Abdullah dan Jainabee Md Kassim, 2011; Mohd Nor Jaafar dan Mohamad Haris Shakroni, 2013; Mohd Zaini Ismail; 2009; Muhamad Suhaimi Taat dan Mazlan Minhat, 2013; Nor Azni Abdul Aziz, Foo Say Fooi, Soaib Asimiran et al., 2014; Sharifah Mohd Nor, Zaidatol Lope Pihie & Suhaimi Ali, 2008), Kemahiran Kepimpinan Transformasi (Contohnya Abdul Ghani Abdullah, 2005; Abdul Ghani Kanesan Abdullah, 1997; Aniza Dahri, 2014; Lo Kim Seng & Sabariah Sharif, 2014; Loy Liang Hui, 2002; Yahya Don & Yaakob Daud, 2012, Kemahiran Kepimpinan Transaksional (Contohnya Abdul Rahman Abdul Rahim, 2008; Othman Md. Johan & Ishak Mad Shah, 2008) dan Kemahiran Kepimpinan Distributif (Contohnya Baharuddin Yaccob, 2009; Sia Suok Suok, 2013; Siva A/L Rabindarang, 2014 &Yusof Boon dan Yahzanon Tahir, 2013). Semua kajian berkaitan dengan kemahiran kepimpinan ini menggunakan pengetua sekolah sebagai data utama kajian menggunakan soal selidik yang memerlukan pengetua melaporkan sendiri akan tingkah laku kepimpinan mereka. Sebaliknya penggunaan guru sebagai sumber data yang menilai kepimpinan pengetua sangat terhad.Kajian ini bertujuan mengisi kekurangan ini dengan menggunakan guru sebagai sumber pengumpulan data. Penggunaan guru sebagai sumber data akan dapat memberikan dimensi baru dalam melihat kepimpinan pengetua sekolah.

Scott dan Bruce (1994) menyatakan bahawa Tingkah Laku Kerja Inovatif ialah asas dalam organisasi yang berkesan. Kajian Abraham, Ravit dan Jacob (2006) menunjukkan terdapat hubungan antara Kemahiran Kepimpinan Kendiri dengan Tingkah Laku Kerja Inovatif. Namun, hubungan antara Kemahiran Kepimpinan Kendiri dan Tingkah Laku Kerja Inovatif (kreativiti dan inovasi) memerlukan kajian lanjutan (Abraham et al. (2006).DiLiello dan Houghton (2006) telah mencadangkan bahawa penyelidikan lanjutan adalah perlu untuk mengkaji hubungan antara Kemahiran Kepimpinan Kendiri dengan Tingkah Laku Kerja Inovatif.Namun demikian, kajian yang mengaitkan hubungan antara Kemahiran Kepimpinan Kendiri dengan Tingkah Laku Kerja

Inovatif dalam sekolah kluster dalam negara adalah amat terhad.Kajian ini berhasrat mengisi kekurangan tersebut.

Kajian ini merupakan suatu cubaan mencari hubungan antara Kemahiran Kepimpinan Kendiri dengan Pencapaian, Kemahiran Kepimpinan Kendiri dengan Tingkah Laku kerja Inovatif serta Tingkah Laku Kerja Inovatif dengan Pencapaian.

3.0 METOD

3.1 Reka bentuk kajian

Pengkaji menggunakan kajian kuantitatif (bukan eksperimen) untuk menjalankan kajian ini.Pengkaji menggunakan statistik inferensi bagi memerihalkan dan mengukur darjah perkaitan antara dua pemboleh ubah.Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian rentas.Data dikumpul sekali sahaja pada satu masa.Kaedah ini digunakan kerana lebih mudah dilaksanakan dan mengambil masa yang lebih singkat.Kaedah ini mampu mengumpul banyak data atau maklumat daripada sampel kajian.Selain itu, kajian tinjauan ini bersesuaian dengan situasi sebenar dan data dikumpul dalam situasi sebenar.Kajian tinjauan juga ialah langkah pertama dalam pembentukan hipotesis atau mengenal pasti masalah kajian secara khusus. Menurut Creswell (2005), reka ben-tuk kajian tinjauan ialah prosedur dalam kajian kuantitatif, yakni pengkaji menjalankan satu tin-jauan terhadap sampel kajian.

3.2 Populasi dan persampelan kajian

Populasi dalam kajian ini ialah guru-guru di empat buah sekolah kluster (kategori sekolah menengah) di negari Sarawak.Populasi bagi kajian ini adalah seramai 467 orang.Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah persampelan rawak mudah.Kaedah ini dilakukan dengan memilih sampel daripada populasi secara rawak. Kaedah ini dipilih kerana menurut Azizi Yaha-ya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon dan Abdul Rahim Hamdan (2007), kaedah persampelan rawak dapat memastikan setiap ahli populasi mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai responden dan memastikan tidak terdapat bias dalam pemilihan sampel.

Saiz sampel kajian ini ditentukan dengan merujuk kepada pengiraan Model Persamaan Struktur (SEM) oleh Hair, Anderson, Tathman dan Black (2006) yang berdasarkan bilangan re-sponden per parameter. . Hair et al. (2006) telah menyatakan bahawa bagi setiap parameter, bilangan responden yang dibenarkan ialah 15 dengan syarat bilangan konstruk kajian adalah sa-ma atau kurang daripada 6. Dengan ini sampel antara 150-400 boleh diterisa-ma. Serasa-mai 238 orang guru dipilih sebagai sampel dalam kajian ini (memenuhi syarat SEM).

3.3.Instrumen Kajian

Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai alat pengumpulan data. Soal selidik ialah set soalan yang menggunakan kertas dan pen, berfokus dan berstruktur, menjimatkan masa dan responden boleh mengisinya tanpa kehadiran pengkaji (Salkind, 1997). Penggunaan soal selidik merupakan cara yang paling sesuai bagi tempoh kajian terbatas dan sumber kewangan yang terhad (Cock-burns, 1996; AhmadRahman an-Nahlawi, 1995). Bagi tujuan kajian ini, soal selidik yang digunakan ialah Skala Likert tujuh poin (Thorndike, Cummingham, Thordike dan Hagen, 1991).

Instrumen kajian ini mengandungi empat bahagian, iaitu Bahagian A, B, C dan D. Baha-gian A terdiri daripada profil responden, BahaBaha-gian B ialah Soal Selidik Kepimpinan Kendiri (SSSL) yang diubahsuai daripada Revised Self-Leadership Questionnaire (RSLQ), Bahagian C ialah Soal Selidik Tingkah Laku Inovatif (SSIWB) dan Bahagian D Pencapaian sekolah (SSPe).

4.0 DAPATAN

Rajah 1 menunjukkan model persamaan struktur setelah melalui proses modifikasi.

Rajah 1: Rajah Lintasan SEM Selepas modifikasi

Petunjuk:

SL : Kemahiran Kepimpinan Kendiri Y4 : Pengurusan Maklumat Pe : Pencapaian Sekolah Kluster Y5 : Pengurusan Pejabat IWB: Tingkah Laku Kerja Inovatif Y6 : Penerokaan Idea X1 : Strategi Berfokus Tingkah Laku Y7 : Penjanaan Idea X2 : Starategi Ganjaran Semula jadi Y8 : Perkongsian Idea X3: Strategi Corak Pemikiran

Konstruktif

Y9 : Pelaksanaan Inovasi Y1 : Kemenjadian Murid

(Akademik)

R1- R9 dan Ri-Riii : Ralat Indikator Kajian

Y2 : Kemenjadian Murid (Kokurikulum)

Res 1 - Res 2 : Ralat Residul konstruk Y3 : Kemenjadian Sahsiah Murid

Hasil analisis keseluruhan padanan selepas modifikasi menunjukkan bahawa data adalah bagus dengan nilai Khi Kuasa dua (χ2=105.948), df=41, p=.000, CMIN/df=2.584, GFI=.928, Indeks Penyesuaian Perbandingan (CFI)=.964 dan Ralat Anggaran Punca Kuasa Dua Min

(RMSEA)=.004. Nilai relevan belum mencapai nilai paling baik.Semua residul piawai berada dalam lingkungan +/- 2.58.Semua faktor muatan melebihi .40 menunjukkan pematuhan keesahan konvergen.Selain itu, tidak terdapat sebarang muatan melintas (cross loading). Sekali gus mengesahkan keesahan diskriminan dalam model SEM ini. .Faktor muatan bagi hubungan antara SL dengan Pe ialah .594 (terdiri daripada kesan secara langsung dan kesan secara tidak lang-sung). Faktor muatan antara SL dengan IWB ialah .49 manakala faktor muatan antara IWB dengan Pe adalah .60. Kesemua nilai faktor muatan melebihi .40.Oleh itu, model Persamaan struktur ini bagus dan boleh diterima.

5.0 KESIMPULAN DAN PERBINCANGAN

Kajian ini dapat mengurangkan jurang dengan menambah dapatan baharu dalam Literatur Pen-didikan Malaysia.Contohnya banyak kajian lepas mengkaji kemahiran kepimpinan seperti kema-hiran kepimpinan transformasi, transaksional, partisipatif dan instruksional, tetapi kajian yang melibatkan kemahiran kepimpinan kendiri di Malaysia adalah amat terhad.Namun, kajian ten-tang kemahiran kepimpinan kendiri telah dijalankan berhubung dengan Tingkah Laku Kerja Ino-vatif telah dijalankan di Malaysia.Keputusan kajian menunjukkan hubungan yang signifikan dan positif.Jadi, keputusan kajian yang baharu ini ini telah mengurangkan jurang kajian dengan me-nyumbang keputusan baharu kajian dalam literatur Pendidikan Malaysia.Oleh itu, keputusan kajian ini telah mengurangkan jurang dengan menyumbang ilmu baharu dalam literatur Pendidi-kan Malaysia.

6.0 RUJUKAN

Abdul Ghani Abdullah. 2005. Kepimpinan Transformasi Pengetua dan Penggantian Kepimpinan sebagai Penentu Komitmen terhadap Organisasi dan Perlakuan Warga Organisasi Pendidi-kan.Jurnal Pendidik dan Pendidikan.20:53–68.

Abdul Ghani Kanesan Abdullah. 1997. Hubungan Persepsi Kepemimpinan Transformasi dengan Kepuasan dan Komitmen Kerja.Laporan Praktikum Ijazah Sarjana Pendidikan Universiti Sains Malaysia.

Abdul Rahman Abdul Rahim. 2008. Predictors of Workplace Deviant Behaviour in Malaysia. Shah Alam: University Teknologi MARA.

Abraham, C., Ravit, M. & Jacob, W. 2006. Self-leadership Skills and Innovative Behavior at Work. International Journal of Manpower. 27(1):75-89.

Ahmad Rahman an-Nahlawi. 1995. Pendidikan Islam di Rumah, Sekolah dan Masyarakat. Jakar-ta: Penerbit Gema Insani.

A n a l i s i s L a p o r a n T I M S S 2 0 1 1 d a n P e n c a p a i a n M a l a y s i a d a l a m http://www.freemalaysiatoday.com/. 29 Januari 2013.

Andressen, P., & Konradt, U. 2007. Measuring Self-leadership: Psychometric Test of the Ger-man Versión of RSLQ. Journal of Leadership dan Organisational Studies. 6(3):117-128.

Aniza Dahri. 2014. Hubungan Kepimpinan Transformasional Ketua Jabaan dengan Kepuasan Kerja Pensyarah di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. Arau, Perlis: Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon & Abdul Rahim Hamdan. 2007. Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan, 2007. Malaysia: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Baharuddin Yaccob. 2009. Respective Approaches in Promoting Distributive Leadership in School. Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke-16. Anjuran Institut Aminuddin Baki, KPM. 21-24 Julai. Genting Highlands.

Carmeli A., Meitar, R., & Weisberg, J. 2006. Self-leadership Skills and Abilities. Journal of Manpower. 27(1):75-90.

Cockburns, A. D. 1996. Primary Teachers Knowledge and Acquisation of Stress Relieving Strategies.British Journal of Education Psychology.66(3):399-410.

Curral, L. & Marques-Quinteiro, P. 2009. Self-leadership and Work Role Innovation: Testing a Mediation, Model with Goal Orientation and Work Motivation. Journal of Psychology of Work and Organizational. 25(2): 163-174.

Creswell, J. W. 2005. Educational Research: Planning, Conducting and Evaluating Quantitative and Qualitative Research (3nd Eds.). Upper Saddle River, N.J:

Pearson Merrill Prentice Hall.

DiLiello T. C.,& Houghton J. D. 2006.Maximizing Organizational Leadership C a p a c i t y f o r t h e F u t u r e T o w a r d a M o d e l o f S e l f - l e a d e r s h i p , I n n o v a t i o n a n dCreativity. Journal of Managerial Psychology.21(4):319-337.

Dogan, S., & Sahin, F. 2008. A Study of Reliability, Validity and Adaptation of Revised Self-leadership Questionnaire-RSLQ to Turkish Context. Journal of Economics and Administrative Science. 26(1):139-164.

Hair, J. F., Anderson, R. E., Tathman, R.L., & Black, W. C. 2006.Multivariate Data Analysis (6th Eds.). New Jersey: Prentice Hall Inc.

Ho, J. & Nesbit, P. L. 2009. A Refinement and Extensión of the Self-leadership Scale for the Chinese Context. Journal of Managerial Psychology. 24(5): 450-476.

Jamelaa Bibi Abdullah & Jainabee Md. Kassim. 2011. Amalan Kepimpinan Instruksional dalam Kalangan Pengetua Sekolah Menengah diNegeri Pahang: Satu Kajian Kualitatif. Bangi: Univer-siti Kebangsaan Malaysia.

Lo Kim Seng & Sabariah Sharif. 2014. Pengaruh Kepemimpinan Transformasi Pengetua, Kepercayaan Warga dan Komitmen Organisasi terhadap Kelakuan Kewargaan Organisasi Guru. Proceeding International Conference on Education. Sabah, Malaysia.

Loy Liang Hui. 2002. Hubungan Kepimpinan Transformasional Ketua Jabatan Kepuasan Kerja Guru.Penang:Universiti Sains Malaysia.

Manz, C. 1992. Self-leadership: The Heart of Empowerment. Journal for Quality and Participa-tion.July/August.80-85.

Manz, C. C., & Neck, C. P. 1999. Mastering Self-leadership Empowering Yourself For Personal Excellence (2nd Eds.). New Jersey: Prentice-Hall.

Manz, C. C., & Neck, C. P. 2004. Mastering Self-leadership: Empowering Yourself for Personal Excellence. Englewood Cliffs, New Jersey: Prentice-Hall.

Manz, C. C., & Sims H.P. 1996. Company of Héroes: Unleashing the Power of Self- leadership. New York: Wiley.

Manz, C. C., & Sims H. P. 2001. The New Superleadership-Leading Others To Lead Themselves. San Francisco: Berrett-Koehler Publishers, Inc.

Mohd Nor Jaafar & Mohamad Haris Shakroni. 2013. Principal’s Instructional Leadership and Teachers’ Work Place Well-being: A Comparative and Relationship Study Between Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan and Sekolah Menengah Agama Rakyat.Kertas Kerja Seminar Kebangsaan Kali ke IV. Kuala Lumpur. 23-25 September. Anjuran Majlis Dekan Pendidikan IPTA Dengan Kerjasama Institut Pendidikan (INSTED).

Mohd Zaini Ismail. 2009. Amalan Kepimpinan Instruksional Pengetua Sekolah Menengah Berprestasi Tinggi dengan Sekolah Menengah Berprestasi Rendah di daerah Kota Setar, Kedah Darul Aman. Kedah: Universiti Utara Malaysia.

Muhamad Suhaimi Taat & Mazlan Minhat. 2013. Pengaruh Dimensi Kepimpinan Instruksional Pengetua terhadap Komitmen Kerja Guru di Sabah . Kertas Kerja Seminar Kebangsaan Kali ke IV. Kuala Lumpur. 23-25 September. Anjuran Majlis Dekan Pendidikan IPTA Dengan Kerjasama Institut Pendidikan (INSTED).

Murphy, S. E., & Ensher, E. A. 2001.The Role of Mentoring Support and Self-Management Strategies on Reported Career Outcomes.Journal of Career Development.27(4):229-246.

Neck, C. P., & Houghton, J. D. 2006. Two Decades of Self-leadership Theory and Research: Past Developments, Present Trends, and Future. Journal of Managerial Psychology.21:270-295. Nor Azni Abdul Aziz, Foo Say Fooi, Soaib Asimiran & Aminuddin Hassan.2014. Kepimpinan Instruksional Pengetua dalam Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).Proceeding of the Global Summit on Education (GSE).March 4-5, 2014. Kuala Lumpur, Malaysia.

Othman Md. Johan & Ishak Mad Shah. 2008. Impak Tingkah Laku Transaksi dan Tranformasi Pengetua terhadap Kepuasan Kerja dan Komitmen Guru Terhadap Sekolah. Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. 13:31-

43.

Raabe, B., Frese, M., & Beehr, T. A. 2007.Action Regulation Theory and Career Self-management.Journal of Vocational Bahaviour.70(2):297-311.

Rancangan Malaysia Kesepuluh 2011-2015. 2010. Putrajaya: Unit Perancangan Ekonomi, Jabtaan Perdana Menteri.

Salkind, P. N. 1997. Exploring Research (3rd Eds). New Jersey: Prentice Hall.

Scott, S. G., & R. A. Bruce. 1994. Determinants of Innovative Behavior: A Path M o d e l o f I n d i v i d u a l I n n o v a t i o n i n t h e W o r k P l a c e . A c a d e m y o f M a n a g e m e n t Journal.37(3):580-607.

Sharifah Mohd Nor, Zaidatol Lope Pihie & Suhaimi ALi. 2008. Instructional Leadership Practices of Rural School Principals. The International Journal of Learning. 15(7): 231-238. Sharifah Mohd Nor, Zaidatol Lope Pihie & Suhaimi ALi. 2008. Instructional leadership practices of rural school principals. The International Journal of Learning.15(7), 231- 238.

Sia Suok Suok. 2013. Distributed Leadership and Student Performance. Kedah: Universiti Te-knologi Malaysia.

Siva A/L Rabindarang. 2014. Kepimpinan Distributif, Komitmen Organisasi dan Tekanan Kerja di Kolej Vokasional, Malaysia. Tanjong Malim, Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Stajkovic, A. D., & Luthans, F. 1998. Self-efficacy and Work-related Performance: A Meta Analysis. Psychological Bulletin. 124(2):240-261.

Steward, G., Courtright, S., & Manz, C. 2011. Self-leadership: A Multilevel Review. Journal of Management.. 37(1):185-222.

Thorndike, R. M., Cummingham, G. K., Thordike, R. L., & Hagen, E. P. 1991. Measurement and Evaluation in Psychology and Education (5th Eds.). New Jersey: Macmillan Publishing Company.

Yahya Don & Yaakob Daud. 2012. Budaya Sekolah, Kepimpinan Transformasional

dan Pencapaian Akademik Pelajar. Malaysian Journal Of Learning and Instruction. 9 (2012): 111-139.

Yusof Boon & Yahzanon Tahir. 2013. Kepimpinan Tersebar dan Hubungannya dengan Tekanan dan Komitmen Kerja. 2nd International Seminar on Quality and Affordable Education (ISQAE 2013). Universiti Teknologi Malaysia.

PERSEPSI GURU PELATIH INSTITUT PENDIDIKAN GURU TERHADAP VIDEO