• Tidak ada hasil yang ditemukan

Maklumbalas Guru Terhadap Perancangan PekProjek PAK21

DAPATAN DAN PERBINCANGAN KAJIAN

1. Maklumbalas Guru Terhadap Perancangan PekProjek PAK21

Hasil dapatan kajian mendapati nilai min tertinggi dalam aspek perancangan PekProjek PAK21 adalah: i) semasa memilih tajuk projek memerlukan perbincangan dengan ibu bapa murid ter-lebih dahulu seperti perkara atau bahan yang boleh disumbangkan; ii) menilai tahap perkem-bangan semua muridnya terlebih dahulu; dan iii) merancang aktiviti PekProjek PAK21 dengan mempelbagaikan standard pembelajaran dalam Tunjang Pembelajaran. Ketiga-tiga item ini

mempunyai min tertinggi iaitu 3.68 dengan sejumlah13 orang sangat setuju (Rujuk Jadual 1 di bawah). Dapatan ini menunjukkan kepentingan kolaboratif guru semasa merancang perlu ber-sama ibu bapa terutama dalam mendapatkan sumber tenaga dan bahan pembelajaran. Perb-incangan bersama ibu bapa penting untuk guru mendapatkan maklumat tahap perkembangan muridnya. Ini penting untuk mendapat tajuk projek yang bersesuaian dengan tahap perkem-bangan dan minat murid mereka. Dapatan ini menyokong teori Vygotsky (1978) di mana ama-lan konstruktivisme budaya sosial murid mudah difahami guru dengan interaksinya dengan persekitaran termasuk maklumat dari ibu bapa.

Guru juga didapatibersedia untuk mengubah gaya pengajaran mereka ke arah pembelaja-ran murid yang aktif dan pepembelaja-ranan mereka sebagai pemudah cara dalam pembelajapembelaja-ran. Ini menunjukkan guru sebenarnya sangat mementingkan penyesuaian pengajaran mereka dengan-gayapembelajaran murid mereka. Dapatan ini mengesahkan pandangan Wiseman (1999) iai-tuguru berpengetahuan tentang murid mengenai gaya pembelajaran, minat dan kebolehan, sikap dan kepercayaan serta masalah pembelajaran yang dihadapi.

Jadual 1:Perancangan Guru Dalam PdP PekProjek PAK21

Item STS TS S SS Min Tahap

Mendapatkan idea merancang PdP PekPro-jek PAK21 secara sendiri.

6 12 1 2.74 sederhana

Merancang aktiviti dan berkongsi aktiviti PekProjek PAK21yang sama dengan kawan saya.

2 3 13 1 2.68 Sederhana

Bertanya idea dengan rakan dari prasekolah lain dalam mendapatkan idea merancang aktiviti PekProjek PAK21.

18 1 3.05 tinggi

Bertanya dan berbincang dengan ibu bapa untuk merancang aktiviti PekProjek PAK21 yang baharu melalui perjumpaan bersemu-ka.

3 15 1 2.89 Sederhana

Bertanya dan berbincang dengan ibu bapa untuk merancang aktiviti PekProjek PAK21 yang baharu melalui aplikasi whatsapp atau telegram.

1 2 10 6 3.11 tinggi

Berbincang dengan AJK Muafakat tabika terlebih dahulu sebelum melaksanakan Pek-Projek PAK21 untuk mendapatkan pe-runtukan bahan.

2 5 12 3.53 tinggi

Dalam memilih tajuk PekProjek PAK21, memikirkan sumber yang mudah didapati.

7 12 3.63 tinggi

Dalam memilih tajuk PekProjek PAK21, memikirkan apakah perkara yang boleh di-sumbangkan oleh ibu bapa dan komuniti.

6 13 3.68 tinggi

Dalam memilih tajuk PekProjek PAK21, memikirkan tahap dan kemampuan murid saya dalam menghasilkan satu hasil projek.

6 13 3.68 tinggi

Dalam memilih tajuk PekProjek PAK21, memikirkan kebolehan dan potensi setiap

murid saya.

Merancang aktiviti yang ada elemen 6C terutama dalam meningkatkan KBAT.

17 2 3.10 tinggi

Merancang aktiviti sub PekProjek PAK21yang menyeronokkan.

15 4 3.21 tinggi

Merancang aktiviti sub PekProjek

PAK21yang dapat memenuhi keperluan dan minat murid.

18 1 3.05 tinggi

Merancang aktiviti sub PekProjek

PAK21yang dapat meningkatkan kemahiran hidup murid.

16 3 3.16 tinggi

Merancang aktiviti sub PekProjek

PAK21yang ada nilai kemahiran interaksi sosial bersama rakan sebaya, ibu bapa rakan dan ahli komuniti yang lain.

10 9 3.47 tinggi

Merancang aktiviti PekProjek

PAK21dengan mempelbagaikan standard pembelajaran dalam Tunjang Pembelajaran.

6 13 3.68 tinggi

Min Keseluruhan 3.27 Tinggi

Hasil dapatan menunjukkan terdapat peserta kajian yang menjawab mengikut semua skala dari sangat tidak setuju sehingga sangat setuju iaitu bagi item guru yang bertanya dan berbincang dengan ibu bapa untuk merancang aktiviti PekProjek PAK21 yang baharu melalui aplikasi whatsapp atau telegram dengan nilai min 3.11 dan guru yang merancang aktiviti dan berkongsi aktiviti PekProjek PAK21 yang sama dengan rakannya iaitu nilai min 2.68. Ini menunjukkan bahawa tidak semua peserta kajian mempunyai pandangan yang sama dalam aspek tersebut teru-tama apabila melibatkan kolaboratif guru dengan pihak lain iaitu melalui perbincangan dengan ibu bapa atau dengan rakan mereka. Kepelbagaian pandangan guru terhadap kedua-dua item ini menunjukkan ada permasalahan persekitaran yang perlu ditangani contoh tidak semua ibu bapa yang ada dalam kumpulan whatsapp atau telegram dan jarak di antara prasekolah jauh dan me-merlukan pengangkutan untuk mereka beraktiviti projek secara bersama.

Berpandukan Jadual 1 juga menunjukkan 11 item soal selidik yang dijalankan menunjuk-kan peserta kajian setuju dan sangat setuju semasa merancang PekProjek terutama dalam mem-ilih tajuk projek i) guru bertanya dengan rakan (min 3.05), ii) sumber mudah didapati (min 3.63), dan iii) kebolehan dan potensi setiap murid dipertimbangkan (min 3.58). Seterusnya semasa memilih tajuk projek juga, mereka memikirkan i) apakah perkara yang boleh disumbangkan oleh ibu bapa dan komuniti (min 3.68), ii) apakah tahap dan kemampuan murid saya dalam menghasilkan satu hasil projek (min 3.68), iii) Apakah kebolehan dan potensi setiap murid (min 3.58). Dapatan ini menunjukkan perlunya guru berkolaboratif bagi merancang PekProjek PAK21 yang berkesan dengan rakan dan ibu bapa seperti perbincangan tentang tahap kebolehan dan minat murid. Kepentingan penglibatan mereka dalam pembelajaran anak sebenarnya sangat memberi manfaat kepada pembelajaran murid (Eng Lee, 2011 dan Romarzila, 2016).

Semasa merancang aktiviti juga, peserta kajian bersetuju dan sangat setuju jika mereka i) merancang aktiviti PekProjek PAK21 dengan mempelbagaikan standard pembelajaran dalam Tunjang Pembelajaran (min 3.68), ii) aktiviti sub projek ada nilai kemahiran interaksi sosial ber-sama rakan sebaya, ibu bapa rakan dan ahli komuniti yang lain (min 3.47), iii) aktiviti sub projek

menyeronokkan (min 3.21), iv) aktiviti sub projek dapat meningkatkan kemahiran hidup murid (min 3.16), v) aktiviti mempunyai elemen 4C terutama dalam meningkatkan KBAT (min 3.10), dan vi) aktiviti sub projek dapat memenuhi keperluan dan minat murid (min 3.05). Kepentingan ini kepada tahap perkembangan murid prasekolah supaya mereka mempunyai kemahiran me-nyelesaikan masalah dalam kehidupan mereka apabila dewasa kelak. Dapatan ini sama dalam kajian Sandra Rahman, Abu Bakar Nordin & Norlidah Alias(2013) dan Romarzila (2016) iaitu guru harus mempelbagaikan pendekatan aktiviti yang sesuai dengan perkembangan diri, ke-bolehan, keupayaan, bakat serta minat murid. Aktiviti pembelajaran perlu dirancang dan dikelolakan secara teliti dan sistematik bagi menjamin setiap murid mendapat peluang yang sama serta memperolehi pengalaman pembelajaran sebenar mereka secara saksama.