• Tidak ada hasil yang ditemukan

KESIMPULAN DAN PERBINCANGAN

KAWALAN (P00) (hari

5.0 KESIMPULAN DAN PERBINCANGAN

Kedua-dua tumbuhan akuatik tidak dapat menolah air sisa untuk mengekalkan pH air pada Kelas l. Hasil penguraian dan metabolisme mikrob mungkin telah menghasilkan keadaan semakin be-rasid. Kajian selanjutnya perlu dijalankan untuk mengenali kandungan air yang telah menyebab-kan keadaan menjadi semakin berasid.

Dapatan ujian fosfat menunjukkan kedua-dua pokok akuatik berkesan mengurangkan kandungan fosfat dalam air sisa. Salad air lebih cepat menurunkan paras fosfat berbanding dengan kaladi bunting. Bahan fosfat ini mungkin telah digunakan oleh kedua-dua tumbuhan untuk tumbesaran. Dapatan menunjukkan salad air lebih efisien dalam penggunaan fosfat.

Ujian nitrat menunjukkan bahawa pokok salad air lebih cekap berbanding dengan keladi bunting dalam mengawal kandungan nitrat dengan menyerap nitrat dari air sisa. Manakala keladi bunting bertindak perlahan dalam penyerapan nitrat.

Peranan kedua-dua tumbuhan akuatik untuk DO dan BOD tidak jelas kelihatankerana nilai DO dan BOD kekal pada 4 ppm (Kelas lll) sepanjang eksperimen. Ini adalah kerana penggunaan pam airmungkin telah menambahkan kandungan oksigen.Salah satu sebab nilai BOD tetap adalah kerana pam air yang mengitarkan air membekalkan oksigen yang digunakan oleh mikroorganis-ma dalam air sisa.

Keputusan ujian COD menunjukkan bahawa keladi bunting dapat mengolah air lebih baik ber-banding salad air. Ini mungin kerana keladi bunting dapat menyerap bahan kimia dari air sisa dengan lebih baik berbanding dengan salad air.

Kedua-dua tumbuhan akuatik berkesan dalam pengurangan ammoniacal nitrogen dan dapat mengolah sisa air dengan baik. Ini adalah kerana ammoniacal nitrogen telah digunakan untuk tumbesaran pokok akuatik.

Salad air didapati boleh tumbuh dengan lebih subur berbanding dengan keladi bunting. Ini menunjukkan salad air dapat menggunakan bahan sisa dalam air sungai dengan lebih baik berbanding dengan keladi bunting.

Untuk menjawab soalan kajian “Apakah keberkesanan tumbuhan akuatik keladi bunting dan salad air secara ex-situ dalam pengolahan air sisa domestik Hulu Sungai Chat, Johor Bah-ru?”, dapat dirumuskan bahawa kedua-dua tumbuhan akuatik adalah berkesan dalam pengolahan air sisa sungai dengan kekuatan yang berbeza. Oleh itu kegunaan kedua-dua tumbuhan adalah sesuai dan dapat pengolah air sisa sungai dengan baik.

6.0 RUJUKAN

Jamlan Awang Tangah. (2005). Keberkesanan tumbuhan terapung untuk mengolah air sisa do-mestik. Thesis Ijazah Sarjana Muda Fakulti Kejuruteraan awam. Universiti Teknologi Malaysia. M. Foroughi. P.Najafi etal. (2010). Analysis of pollution removal from wastewater byCeratophyl-lum Demersum-L . Department of Soil Sciences. Islamic Azad University Khorasgan Branch, Isfahan, Iran.

Mohd Hazwan Mohamad Shayuti. (2010). Removal of phenol from aqueous solution by dried water hyacinth. Thesis Ijazah Sarjana Muda Fakulti Kimia. Universiti Malaysia Pahang.

Muhammad Zakiyuddin. (2012). Phytoreremediation using water hyacinth to remediate indus-trial wastewaste. Thesis Ijazah Sarjana Muda Fakulti Kejuruteraan awam. Universiti Teknologi Malaysia.

Newsletter and Technical Publications (2012). Sourcebook of alternative technologies for fresh-water Augmentation in West Asia: Wastefresh-water Treatment Using Water Hyacinth in Iraq.

Surtahman & Abd Ghafar(1997). Sungai dan pembangunan: Tebingan sungai Bandar Malaysia. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Wan Farrah Reena Wan Ibrahim. (2005). Olahan air larut lesap tapak pelupusan sampah menggunakan Eichhornia crassipes.Thesis Ijazah Sarjana Muda Fakulti Kejuruteraan awam. Universiti Teknologi Malaysia.

Lampiran A Jadual Pengkelasan Indeks Kualiti Air Sungai JAS (WQI)

Class l ll lll lV V

Ammoniacal Nitrogen <0.1 0.1-0.3 0.3-0.9 0.9-2.7 >2.7

BOD <1 1-3 3-6 6-12 >12

COD <10 10 - 25 25 - 50 50 – 100 > 100

Dissolved Oxygen (DO) >7 5 - 7 3 - 5 1 – 3 < 1

pH >7 6 - 7 5 - 6 < 5 < 5

Total Suspended Solids <25 25 - 50 50 - 150 150 – 300 > 300 Water Quality Index >92.7 76.5 - 92.7 51.9 - 76.5 31.0 – 51.9 < 31.0

Sokongan Guru Terhadap Pemupukan Minat Menerusi Aktiviti Pengajaran Dan Pembela-jaran Bercirikan Teras Awal ‘STEM’ Dalam Kalangan Kanak-Kanak Prasekolah

Oleh :

Latifah Binti Monnas

Unit Pendidikan Awal Kanak-Kanak - Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Tawau Sabah.

latifahmonnas5442@gmail. Abstrak

Usaha meningkatan pendidikan STEM (Science, Technology, Engineering and Mathematical) menjadi satu wadah utama dalam perancangan kurikulum dalam pembangunan pendidikan nega-ra. Selaras dengan keperluan ini penerapan dari peringkat awal telah giat dibangunkan secara sistematik, menerusi semakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) 2017, pem-upukan asas STEM diterap masuk dan dikembangkan menerusi Tunjang Sains dan Teknologi serta pengintergrasian kurikulum yang ada. Kajian ini dijalankan untuk mengetahui sejauhmana guru menerapkan elemen pendidikan STEM di peringkat awal menerusi aktiviti pembelajaran di prasekolah. Pemerhatian dijalankan terhadap guru prasekolah dalam perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak menerusi aktiviti pembelajaran yang dilaksanakan di salah se-buah prasekolah kebangsaan. Dapatan pemerhatian menunjukkan guru prasekolah memahami keperluan pendidikan awal terhadap pendidikan STEM namun masih terdapat beberapa ‘keka-buran’ yang sangat berpengaruh dalam pemupukan teras dalam pendidikan STEM di peringkat awal kanak-kanak. Elemen penggalakkan pemikiran saintifik, penerapan awal matematik secara konsisten masih menjadi satu kekurangan disamping perancangan strategi pdp yang umum masih menjadi pilihan guru dalam melaksanakan pendidikan STEM di prasekolah. Penambahbaikan amalan pedagogi yang seiring serta selaras dengan sokongan terhadap pendidikan STEM dalam pendidikan awal kanak-kanak harus ditekankan secara kontekstual dan mempunyai hubungkait dengan kehidupan seharian kanak-kanak sesuai dengan rasional KSPK dan keperluan semasa kini.

Kata kunci : Pendidikan awal kanak-kanak, Pemikiran saintifik, Penerapan STEM

1.0 PENDAHULUAN

Transformasi kepada sistem ekonomi berasaskan ilmu pengetahuan, kemahiran global dan mam-pu membangunan sumber kerja yang kreatif dan kritis adalah satu cabaran hebat kepada rakyat, organisasi dan pihak kerajaan kerana ia berhubungkait dengan kaedah pemikiran, operasi dan pengendalian sumber dalam organisasi sesebuah negara. Jesteru dengan itu, sektor pendidikan menerusi pendidikan awal kanak-kanak perlu lebih peka dan dibangunkan dengan perubahan dan keperluan semasa kanak-kanak disamping itu dikembangkan selaras dengan standard perkem-bangan pembelajaran kanak-kanak (Morrison, 2011). Kesesuaian strategi, kaedah dan teknik yang mampu mendorong minat kanak-kanak kepada pendidikan STEM dan seterusnya men-dorong memilih kerjaya dalam bidang ini kelak.Dengan bermatlamatkan ingin menjana modal insan yang mampu menyumbang kepada kemajuan negara, perubahan kurikulum yang menjurus kearah kemajuan sains dan teknologi harus menerajui perkembangan pendidikan.

Menerusi semakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, (BPK,KPM 2017) be-berapa aspek menerusi Tunjang Sains dan Teknologi telah ditambahbaik dan memasukkan ele-men penekanan tehadap pengenalan STEM dalam pengajaran dan pembelajaran di peringkat pra-sekolah. Dengan mengemukakan penekanan menerusi aspek kandungan, penguasaan pedagogi dan pentaksiran dalam penyampaian pengajaran dan pembelajaran di peringkat awal kanak-kanak adalah diharapkan ianya mampu membina satu landasan yang sihat dalam pemupukan minat menerusi matapelajaran sains awal dan matematik awal. Penyusunan semula disiplin ilmu dalam kandungan kurikulum KSPK juga memperlihatkan bertapa seriusnya pihak KPM men-erapkan komponen STEM dalam pendidikan awal kanak-kanak.

Bagi memastikan aspek ini dapat diterjemah mengikut konteks yang telah dirancana, aspek pengendalian dari pihak guru adalah satu elemen yang penting untuk diberi penekanan. Aspek pembelajaran bersepadu selama 800 minit (seminggu) dalam penyampaian pembelajaran menerusi Tunjang Sains dan Tekonologi memberi guru ruang dan peluang merancang pembela-jaran sesuai dengan tahap perkembangan pembelapembela-jaran kanak-kanak melalui matapelapembela-jaran sains awal dan matematik awal. Dengan mengamalkan Amalan Berasaskan dengan Perkembangan Kanak-Kanak (ABP) guru dapat menyesuaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang ber-sesuaian dengan umur, kebolehan dan bakat kanak-kanak menerusi penekanan STEM dalam konteks pembelajaran sains dan matematik secara tidak langsung dan disokong dengan teknologi yang berkaitan sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat masa kini.

2.0 PERNYATAAN MASALAH

Kesesuaian ruang lingkup KSPK 2017, melalui Tunjang Sains dan Teknologi dengan jelas mem-beri penekanan kepada pendedahan pengalaman pembelajaran yang bermakna dan penglibatan aktif dalam aktiviti sebenar agar kanak-kanak dapat mengaitkan pembelajaran dengan pengala-man kehidupan seharian. Crosser (2005) menjelaskan bahawa penganjuran program pendidikan awal kanak-kanak yang bersesuaian dalam pembelajaran kanak-kanak memberi impak yang positif kognitif dan emosi kanak-kanak. Sehubungan dengan aspek ini, guru memainkan peranan yang besar dalam melestarikan minat STEM dalam diri kanak-kanak.

Fokus utama adalah proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kanak-kanak, menekankan kepada aktiviti yang melibatkan kanak-kanak sebagai pembelajar yang aktif disamping mereka merasa seronok menjalani pembelajaran yang diikuti. Aktiviti berbentuk hands on, minds on sudah sewajarnya diketengahkan disamping menyemai percambahan minda secara natural berupaya dibangkitkan dalam diri kanak-kanak.Pendekatan pembelajaran pusatkan murid, projek, inkuiri penemuan, belajar melalui bermain, pendekatan bertema dan ber-sepadu lebih ditekankan dalam konteks pembelajaran kanak-kanak di peringkat pendidikan awal kanak-kanak. Kriteria pemilihan aktiviti memberi keutamaan kepada pengalaman yang meyuburkan,penglibatan aktif, dan menyeronokan , KSPK, BPK KPM (2017).

Mazlini Adnan (2016) dalam kajiannya menyatakan kesan latihan dalam aspek guru memberi satu kesan yang sangat signifikan dalam peningkatan minat kanak-kanak dalam STEM. Sehubungan dengan ini aspek perancangan, penyampaian pengajaran dan pembelajaran guru menjadi aspek utama dalam kajian ini. Penyepaduan aktiviti pembelajaran berteraskan pembela-jaran bersepaduan sepertimana yang disarankan dalam KSPK menerusi Tunjang Sains dan Teknologi menjadi elemen utama dalam melestarikan pengembangan STEM di peringkat pra-sekolah. Guru yang prolifik, efektif serta yakin dengan konten kemahiran dan pengetahuan ilmu juga mendorong perkembangan pembelajaran yang berkesan dalam diri kanak-kanak. Peranan guru mendalami konsep pengajaran dan pembelajaran prasekolah sesuai dengan aspek konten

kurikulum yang berkaitan juga memberi satu kesedaran dalaman yang sangat signifikan dalam pemupukan STEM dalam kehidupan kanak-kanak kelak.

3.0 METOD

Kajian ini djalankan secara kualitatif di mana ia melibatkan pemerhatian ke atas penyampaian pengajaran dan pembelajaran guru di salah sebuah prasekolah dalam Daerah Tawau Sabah dan ia melibatkan aspek konten subjek, amalan pedagogi serta bahan bantu mengajar. Dokumen rancangan pengajaran dan pembelajaran (RPH) guru juga menjadi sumber primer dalam kajian ini. Temubual berstrukur mengenai kefahaman guru mengenai STEM juga turut dijalankan kepada guru prasekolah berkenaan. Aspek perancangan, pemilihan aktiviti pembelajaran juga menjadi asas utama dalam mencari kefahaman dan mengetahui sejauhmana guru mempraktikkan pengajaran bercirikan STEM di prasekolah.

Aspek persekitaran bilik darjah dan bahan-bahan pembelajaran juga memainkan peranan dalam merangsang pembelajaran bercirikan STEM di pusat pendidikan prasekolah yang berke-naan. Analisa koding mengikut tema yang telah dikenalpasti menjadi elemen utama dalam per-laksanaan kajian ini.

4.0 DAPATAN

Proses penyampaian pengajaran telah mengalami satu transformasi yang begitu drastik sekali dan impaknya amat ketara dalam sistem pendidikan negara. Fokus pengajaran dan pembelajaran sebenarnya dapat diperolehi dengan memperbanyakkan aktiviti yang menggalakkan penglibatan pelajar dalam membina, mengguna dan menilai pemikiran kanak-kanak sesuai dengan konteks prinsip pembelajaran kanak-kanak (Neaum,S.2010). Kesinambungan dalam kesesuaian strategi, kaedah dan teknik pembelajaran pada peringkat awal memberi impak yang besar dalam pembela-jaran kanak-kanak dalam pendidikan STEM ini.

Hasil semakan dari rph yang dihasilkan oleh guru mendapati guru faham akan keperluan perubahan KSPK dalam memberi penekanan ke arah pendidikan STEM di peringkat awal kanak-kanak, namun masih ketara bahawa aktivti pembelajaran yang dijalankan masih dalam peringkat surface tetapi masih mengikut sukatan Tunjang Sains dan Teknologi. Menerusi penyampaian pengajaran didapati guru memeng berusaha memberi kefahaman konsep pembelajaran terhadap sains dan matematik secara khusus menerusi standard kandungan dan standard pembelajaran mengikut KSPK yang ada namun didapati guru memberi penekanan secara holiistik dalam pem-belajaran STEM.

Sokongan dalam memberi kanak-kanak mengalami sendiri pembelajaran berteraskan STEM masih kurang dipraktikan manakala kemahiran 3M (membaca, menulis dan mengi-ra)masih menjadi keutamaan yang harus didahulukan. Aktiviti pembelajaran dijalankan masih memberi laluan kepada penyampaian dan pembelajaran yang berdasarkan rutin seharian yang biasa. Proses pembelajaran kanak-kanak didapati masih berjalan secara pegun dan ia kurang memberi penekanan kepada aktiviti berbentuk projek, penerokaan, inkuiri, eksprimen dan penggunaan bahan pembelajaran yang lebih bercirikan teknologi secara mendalam. Pembelajaran berasaskan projek boleh diketengahkan dalam memastikan kanak-kanak dapat berdikari sesuai dengan keupayaan mereka. Kajian Pau (2009) menunjukkan bahawa pembelajaran berasaskan projek dapat meningkatkan minat, prestasi pencapaian dan penglibatan murid dalam aktiviti pembelajaran.

Pengaplikasian kemahiran berfikir sewajarnya dikembangkan menerusi perancangan pdpc yang lebih ter arah pada rangsangan penyelesaian masalah, kreativiti dan inovasi dapat

disemai bermula dari peringkat awal kanak-kanak lagi.Perkara ini hendaklah diambil berat oleh guru-guru prasekolah dengan menyesuaikannya dengan kemampuan murid yang ada. Sehub-ungan dengan aspek ini, content knowledge yang ada guru perlu berubah kepada kemahiran un-tuk mendapatkan ilmu pengetahuan, mengaplikasikan kemahiran secara kreatif, kepada menjana pengetahuan baru serta menggunakan pengetahuan tersebut untuk penyelesaian masalah pem-belajaran, (Juliana & Norafida, 2014).

Amalan pedagogi yang menjurus kepada penyerapan STEM secara konsisten masih ku-rang dipraktikan secara tetap oleh guru, ini turut diakui oleh guru sendiri kerana beliau sendiri terpaksa mengejar sukatan dan memastikan kanak-kanak boleh menguasai kemahiran bacaan kerana ia adalah KPI yang perlu dicapai mengikut tempoh yang telah diberikan. Kekangan dalam pengurusan di pusat prasekolah juga turut memberi impak kepada pengaplikasian STEM dalam pendidikan awal. Adakalanya guru lebih selesa menggunakan lembaran kerja bertulis dalam menjalankan pengukuhan dalam kalangan kanak-kanak dan ia menjadi sesuatu yang mesti dalam sesi pembelajaran kanak-kanak.

Bahan bantu bercirikan teknologi juga masih dalam penggunaan biasa dan kurang diprak-tikan dalam kalangan kanak-kanak. Pemilihan bahan yang sesuai dan mendorong kepada perkembangan pembelajaran memberi impak yang sangat ketara dalam kalangan kana-kanak. Peralatan bercirikan mudah diguna, interaktif, merangsang pemikiran serta selamat berupaya memberi satu pendedahan yang positif dalam diri kanak-kanak. Walaupun memiliki peralatan TMK seperti laptop, tv, lcd dan radio didapati ia masih kurang digunakan secara maksima oleh guru semasa menyampaikan pengajaran dan pembelajaran.

Gordon,AM & Browne.K.W (2004) menyatakan bahawa asas yang kukuh memastikan pembelajaran yang berkesan didorong oleh bahan bantu mengajar yang sesuai dengan perseki-taran kanak-kanak kerana penggalakan pemikiran saintifik mampu dijana dari bantuan bahan yang sejajar dengan pembelajaran kanak-kanak. Sehubungan dengan ini sewajarnya guru me-mastikan bahan bantu yang sesuai menjadi pemilihan dan bahan bantu mengajar berteraskan STEM mampu menanam minat ke arah STEM dalam kalangan kanak-kanak kelak. Sokongan mengenai kepentingan bahan bantu yang menyokong pembelajaran STEM juga turut diakui oleh guru berkenaan.

“ Memang bbm perlu dalam ajar dan kembangkan STEM tapi miss tengoklah sendiri kelas yang sempit dan bahan-bahan TMK ada yang kurang sesuai digunakan masa ajar tunjang sains dan teknologi” G1,2/7/2017

Dengan memberikan input yang signifikan dalam merancang pengajaran dan pembelaja-ran yang sesuai dengan konteks semasa juga sangat dituntut lebih-lebih lagi dalam abad ke 21 ini. Pendidik kena tahu mendekati didekati dengan tujuan untuk memahami dan seterusnya dapat membantu kanak-kanak dalam menguasai pembelajaran mereka bukan sekadar memenuhi ke-hendak kurikulum sahaja. Bridges M.S, Justice L.M, Hogan T.P & Gray S : Pianta R.C (2012) menyatakan asas lisan yang postitif adalah penyumbang kepada perkembangan sosialisasi dan perkembangan intektualiti dalam kalangan kanak-kanak-kanak. Jestru dengan itu perancangan yang sesuai dengan fitrah kanak-kanak sangat penting dalam perkembangan pembelajaran yang seimbang dan memberi makna dalam perkembangan pendidikan awal kanak-kanak. Dengan mempraktikan ciri-ciri STEM dalam penyampaian pengajaran dan pembelajaran akan lebih mendedahkan kanak-kanak dengan pemupukan STEM di peringkat awal lagi.

Pendidik seharusnya memberi penekanan dalam perancangan pembelajaran dengan mengambilkira aspek-aspek yang mampu mengimbangi perkembangan yang menyeluruh kanak-kanak, Mastura (2008). Keupayaan peningkatan berfikir aras tinggi juga turut dirangsang dalam

aktivti berteraskan STEM mampu menjana komunikasi kanak-kanak dengan konsisten dan se-terusnya memberi ruang keyakinan diri untuk berkolaborasi dan berkerja secara baik dalam ka-langan kanak-kanak, (Neaum,S.2010). Kefahaman yang mendalam dalam bahasa dan komu-nikasi juga memberi kesan minat dalam pengupayaan pembelajaran lebih-lebih lagi dalam perte-rapan pembelajaran STEM dalam aspek pembelajaran bahasa kanak-kanak. Zaitul Akma (2006) menyatakan pemahaman makna dalam konteks sangat penting dalam aspek pembelajaran bahasa kanak-kanak, sehubungan dengan ini dengan penguasaan yang baik dalam aspek komunikasi berteraskan STEM juga mampu memberi satu ruang perkembangan yang prolifik dalam perkem-bangan pembelajaran terhadap pembelajaran STEM kelak bila dewasa.

5.0 KESIMPULAN DAN PERBINCANGAN

Pembelajaran merupakan satu proses interaktif yang melibatkan ruang dan masa kanak-kanak dalam pembelajaran mereka. KSPK (2017) dibangunkan dengan matlamat yang jelas untuk memperkembangkan dan menyuburkan potensi kanak-kanak secara menyeluruh dan seimbang meliputi segenap aspek perkembangan mencakupi keenam-enam tunjang standard kandungan yang termaktub dalam kurikulum prasekolah. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di per-ingkat prasekolah adalah sangat signifikan dengan kesinambungan pembelajaran kanak-kanak di masa hadapan (Cunningham ,P 2006). Mereka akan lebih fokus pada apa yang hendak disiapkan dan bersama-sama berkolaborasi menghasilkan tugasan yang telah dirancang dalam aktiviti ini. Dengan bimbingan guru atau pendidik, kanak-kanak boleh dilatih untuk menterjemahkan apa yang dialami dengan membuat melakarkannya dalam bentuk simbol, gambar atau perkataan yang seiring dengan penerapan STEM dalam pembelajaran. Dengan meluahkan perasaan mereka secara bebas dan ini dapat memberi satu suasana yang sihat dari aspek perkembangan emosi mereka, (Mayesky.M,2012). Sebagai pendidik dalam pendidikan awal kanak-kanak, guru sewajarnya dapat membina satu aktiviti yang mampu merangsang perkembangan kanak-kanak secara holistik sesuai dengan saranan objektif menerusi kurikulum sedia ada dan pemupukan matapelajaran bercirikan STEM dan bukan setakat pada Tunjang Sains dan Teknologi sahaja. Menerusi perancangan pembelajaran yang sesuai dan penggalakkan ke arah STEM dilestarikan sebaik mungkin bagi menyokong pemupukan ini dalam diri kanak-kanak dari peringkat awal lagi. Penerapan secara bertema dan gabungjalinan mampu menerapkan STEM berkembang da-lam pembelajaran kanak-kanak.

Penyebaran STEM dalam pdpc seharusnya dibuat secara terus dan berkait dari mula se-hingga akhir proses pembelajaran berlangsung di prasekolah. Penekanan ini harus mengam-bilkira dari awal pengajaran dijalankan yakni dari perbualan awal sampai ke akhir pembelajaran di mana refleksi dijalankan oleh guru. Penggunaan bahan pembelajaran interakif dengan menggunakan tools dan bahan bantu berciri teknologi boleh dilaksanakan bersama-sama kanak-kanak kerana mereka sememangnya telah terdedah dengan aplikasi-aplikasi ini di rumah dan di sekolah. Perkembangan awal sains dan awal matematik kanak-kanak sememangnya diperngaruhi oleh persekitaran dan guru harus memainkan peranan dalam usaha penggarapan ini agar mereka meminati STEM dan dibantu dengan penggunaan bahan teknologi yang sesuai dalam pembelaja-ran kanak-kanak di peringkat prasekolah.

Perubahan yang telah dibuat menerusi Akta Pendidikan 1996 dalam pendidikan awal ka-nak-kanak telah mencorak satu perubahan dalam era pendidikan negara. Pendidikan awal kanak-kanak yang berkesan memerlukan kurikulum yang universal, global dan ianya harus terancang rapi serta berupaya memenuhi keperluan semasa dan futuristik. Setiap kanak-kanak mempunyai kekuatan dan kelemahan yang tersendiri. Pemilihan program pendidikan awal kanak-kanak yang

sesuai dan kompetatif penting kerana ia akan meningkatkan potensi perkembangan kanak-kanak dan membantu mereka supaya mencapai perkembangan yang optimum, disamping sebagai satu titik permulaan yang penting dalam membantu kanak-kanak bermula sebagai seorang insan yang sewajarnya demi menjana aset negara yang berkualiti sesuai dengan misi dan misi KPM.

Untuk memantapkan pembelajaran secara konsisten serta penerapan STEM dari awal ke-lakmampu memberi kesediaan awal pembelajaran sesuai konteks dan ruang pembelajaran sesuai dan fitrah kanak-kanak di peringkat awal. Pertimbangan-pertimbangan ini selalunya akan men-jurus kepada keperluan diri dan memang tidak dinafikan ia banyak dipengaruhi oleh keperluan dari aspek kognitif, afektif serta psikomotor dalam memastikan kanak-kanak dapat belajar dalam suasana gembira seronok serta mendapat pengalaman bermakna dalam memacu penghayatan STEM di peringkat pendidikan awal kanak-kanak lagi.

Menurut Domitrovich C.E, Moore J.E, Thompson R.A : Pianta R.C (2012) menyatakan bahawa kelas yang berkualiti memerlukan penyertaan yang aktif dan memerlukan kemahiran mendengar dan boleh berkerjasama yang baik dalam kumpulan mampu membentuk kemahiran merangka, mengurus dan melengkapkan tugasan bercirikan STEM mampu menerbitkan minat dalam matapelajaran STEM kelak. Dengan adanya penglibatan yang menyeluruh dalam aktiviti pembelajaran ianya akan dapat membentuk satu tingkahlaku yang positif dalam diri kanak-kanak. Sehubungan dengan itu, perancangan guru dalam mengaplikasi strategi, kaedah dan teknik pembelajaran sangat berpengaruh dalam kesediaan pembelajaran yang bermakna dalam