• Tidak ada hasil yang ditemukan

DAN BRUNEI

2.7 Beberapa Konsep Fiqh Berkaitan Halal

Dalam membincangkan beberapa konsep fiqh dalam kepenggunaan Islam, perbincangan difokuskan kepada konsep istihalah dalam kepenggunaan semasa dan prinsip Islam berhubung penggunaan bahan tidak halal dalam ubat-ubatan sebagai rawatan penyakit.

2.7.1 Konsep Istihalah Dalam Kepenggunaan Semasa

Perkembangan pesat teknologi dalam industri pemprosesan makanan telah mengakibatkan produk dalam makanan, perubatan dan barangan gunaan dihasilkan dengan bahan-bahan asas yang bercampur antara sumber halal dan haram. Oleh itu, penghasilan produk dalam

231

Al-Qurtubi, al-Jami‟ li Ahkam al-Quran, 216.

University

makanan, perubatan dan barangan kegunaan harian yang terdapat di pasaran tidak dapat lari daripada mengalami proses perubahan dalam pengertian istihalah.

Istihalah merupakan salah satu kaedah penyucian dalam Islam. Kaedah ini mengubah sesuatu yang najis menjadi sesuatu yang suci dalam tempoh masa tertentu. Kaedah ini dikenali sebagai istihalah atau transformasi. Istihalah adalah perkataan bahasa Arab yang berasal daripada perkataan hala atau hawala yang bermaksud berubah.232 Perkataan istihalah juga daripada perkataan istahalla, yastahillu dan istihalah yang bermaksud mustahil atau tidak mungkin,233 berubah, dan keadaan.234 Selain itu, istihalah dalam bahasa Inggeris diterjemahkan sebagai transformasi (transformation) atau berkemungkinan (to be impossible),235 boleh diubah (to be change)236 yang bermaksud perubahan,237 pertukaran238 dan penjelmaan.239

Menurut Qadhdhafi, istihalah merupakan perubahan sesuatu secara tabii dan sifat.240 Manakala, Wahbah Zuhayli mendefinisikan istihalah kepada dua pengertian. Pertama, tidak mungkin (mustahil), tidak mungkin berlaku dan tidak bersesuaian (tidak munasabah). Kedua, perubahan sesuatu secara tabii, sifat, zat dan nama (isim).241 Al-Mawsu‟ah al-Fiqhiyyah menyatakan, istihalah bermaksud perubahan sesuatu secara tabii

232

Muhammad bin Abi Bakr bin „Abd al-Qadir al-Razi, Mukhtar al-Sihah, 151.

233

Ali Ma‟shum dan Zainal Abidin Munawkir, Kamus al-Munawwar Arab-Indonesia Terlengkap, ed. ke-4 (Indonesia: Pustaka Progressif, 1997), 312. Lihat juga, Abd bin Nuh dan Oemar Bakry, Kamus, ed. ke-2 (Kuala lumpur: Victory Agencie, 1993), 92.

234

Husin al-Habsyi, Kamus al-Kauthar Lengkap Arab-Melayu, ed. ke-8 (Selangor: Thinkers Library Sdn. Bhd., 2002), 71.

235

Abd bin Nuh dan Oemar Bakry, Kamus, 92.

236

John Wortabet dan Harvey Porter, English-Arabic and Arabic –English Dictionary, ed. ke-2 (New York: Prederick Ungar Publishing Co., 1954), 70.

237

Ghasanuddin, Atlas Dictionary (Mesir: Atlas Publishing House, 2003), 1490.

238

Miftah Mohammad Diyat, Mu‟jam Mustalahat `Ilmiyyah fi `Ilm Muktibat wa Thawsiq wa

al-Ma`lumat (Misr: Dar al-Dawliyyah, 1995), 231.

239

Hassan Ahmad, Kamus Dwibahasa (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1979), 1342. Lihat juga, Abdullah Hassan dan Ainon Mohd, Sinonim Inggeris-Melayu (Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., 1994), 523.

240

`Izzat al-Ghananim, al-Istihalah wa Ahkamuha fi al-Fiqh al-Islami (Jordan: Dar al-Nafais li al-Nashr wa tawzi`, 2008), 75. Lihat juga, Mahmud Isma`il Muhammad Mish`al, Athar Khilaf Fiqh fi Qawa`id

al-Mukhtalaf fihi wa Mada Tadbiquha fi al- Furu‟ al-Mu`asarah (Misr: Dar al-Salam, t.t.), 424.

241

Wahbah Zuhayli, Qadaya al-Fiqh wa al-Fikr al-Mu‟asir (Dimashq: Dar al-Fikr, 2008), 58.

University

90

dan sifat, tidak mungkin atau mustahil.242 Istihalah menurut Mahmud Isma`il pula, suatu perubahan yang berlaku ke atas zat iaitu perubahan zat asal kepada zat baru yang berbeza dari segi warna, rasa dan bau.243

Asas konsep istihalah adalah berlandaskan kepada wahyu Allah SWT sebagaimana dalam surah al-Nahl, ayat 66:

                   Al-Nahl 16: 66 Terjemahan: Dan sesungguhnya pada binatang ternak itu benar-benar terdapat pengajaran bagi kamu. Kami memberimu minum daripada apa yang berada dalam perutnya (berupa) susu yang bersih antara tahi dan darah, yang mudah ditelan bagi orang-orang yang meminumnya.

Dalam ayat di atas, proses istihalah dapat dilihat daripada penghasilan susu oleh binatang ternakan yang halal untuk diminum sekalipun ia berada di antara najis dan darah haiwan berkenaan.244

Para ulama telah berbeza pandangan terhadap penggunaan konsep istihalah. Pandangan pertama, mazhab Hanafi,245 mazhab Maliki,246 Ibn Hazm,247 dan Ibn Taymiyyah telah memperluaskan penggunaan konsep istihalah.248 Golongan pertama ini menerima konsep istihalah sebagai satu medium perubahan sesuatu jirim najis kepada jirim yang suci

242

Wizarah al-Awqaf wa al-Syu‟un al-Islamiyyah, al-Mawsu‟ah al-Fiqhiyyah, 213-214.

243

Mahmud Isma`il Muhammad Mish`al, Athar al-Khilaf al-Fiqh fi al-Qawa`id al-Mukhtalaf fihi wa Mada

Tadbiquha fi al- Furu‟ al-Mu`asarah, 424-425.

244

Al-Qurtubi, al-Jami‟ li Ahkam al-Quran, 10: 124.

245

Muhammad Amin al-Shahir bin `Abidin, Hashiyah Radd al-Mukhtar (Misr: Mustafa al-Babi al-Halabi wa Awladihi, 1966), 1: 326-329. Lihat juga, Muhammad bin `Abd al-Wahid bin al-Humam, Sharh Fath al-Qadir (Bayrut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, 1995), 8:133.

246

Ibn `Abd al-Barr, al-Tamhid lima fi al-Muwatta’ min al-Ma`ani wa al-Asanid Murattiban `ala al-Abwab

al-Fiqhiyyah li al-Muwatta‟, ed. ke-2 (al-Qahirah: al-Fazuq al-Hadithah, 2001), 161.

247

Abu Muhammad `Ali bin Ahmad bin Sa`id bin Hazm, Muhalla bi Athar (Bayrut: Dar Kutub al-`Ilmiyyah, 1988), 1: 123.

248

Abu al-`Abbas Taqi al-Din Ahmad bin `Abd al-Halim, al-Fatawa al-Kubra li Ibn Taymiyyah (Bayrut: Dar al-Ma‟rifah, t.t), 1: 41-46.

University

sama ada ia berlaku secara semula jadi atau secara tidak semula jadi seperti pencampuran dengan bahan yang lain dan sebagainya.249 Contohnya, arak yang bertukar menjadi cuka.250

Pandangan kedua, mazhab Syafii251 dan mazhab Hanbali252 telah menyempitkan penggunaan konsep istihalah. Mereka tidak menerima konsep istihalah sebagai suatu medium perubahan dan menganggapnya sebagai tidak suci sekalipun telah berlaku proses istihalah kecuali dalam beberapa aspek tertentu. Mazhab Syafii hanya menerima konsep istihalah dalam tiga keadaan iaitu kulit bangkai yang disamak,253 arak yang bertukar menjadi cuka254 dan dan sesuatu yang berubah menjadi haiwan seperti bangkai berubah menjadi ulat kerana berlaku suatu kehidupan yang baru.255

Kebanyakan ulama kontemporari cenderung untuk memilih pandangan pertama iaitu proses istihalah memberikan kesan ke atas perubahan zat najis kepada zat suci atau perubahan zat suci kepada zat najis. Proses perubahan yang berlaku akan mengubah secara keseluruhan (kulli) sehingga menghasilkan bahan baru yang berbeza daripada bahan asal dari aspek zat dan fizikal. Akan tetapi, bahan akhir yang terhasil hendaklah dianalisis terlebih dahulu bagi memastikan perubahan yang berlaku adalah perubahan secara hakiki. Sekiranya setelah dianalisis mendapati zat asal masih wujud di dalam bahan baru maka proses ini tidak mengalami proses istihalah dan hukumnya adalah najis.256

Daripada keterangan-keterangan di atas, dapat difahami bahawa konsep istihalah merupakan suatu proses perubahan zat asal kepada zat baru yang boleh berlaku secara

249

Wizarah al-Awqaf wa al-Syu‟un al-Islamiyyah, al-Mawsu‟ah al-Fiqhiyyah, 35.

250

Muhammad bin `Abd al-Wahid bin al-Humam, Sharh Fath al-Qadir, 133.

251

Shihab al-Din Ahmad bin Hajar al-Haytami, Tuhfah al-Muhtaj bi Sharh al-Minhaj (t.p.: Dar al-Fikr, t.t.), 1: 303.

252

Abu Muhammad bin `Abd Allah bin Ahmad bin Muhammad bin Qudamah, al-Mughni, ed. ke-2 (al-Qahirah: Hijr, 1992), 517-518.

253

Ibn Hajar al-Haytami, Tuhfah al-Muhtaj bi Sharh al-Minhaj, 303.

254

Ibid.

255

Sepertimana yang dipetik dalam Muhammad Mish`al, Athar al-Khilaf al-Fiqh fi al-Qawa`id al-Mukhtalaf

fihi wa Mada Tadbiquha fi al- Furu‟ al-Mu`asarah, 432.

256

`Izzat al-Ghananim, al-Istihalah wa Ahkamuha fi al-Fiqh al-Islami, 94.

University

92

semula jadi dan tidak semula jadi (melibatkan campur tangan manusia/ percampuran bahan luar) dan perubahan baru yang terhasil telah merubah secara keseluruhan zat asal sama ada dari segi nama, warna, rasa dan juga bau. Kaedah fiqh menyatakan, bahan najis apabila berubah keadaannya (menjadi suatu bahan lain) maka hukumnya menjadi suci

(

dan perubahan sesuatu hukum adalah bergantung pada

perubahan nama (sesuatu bahan) dan perubahan (bahan tersebut pula) bergantung pada (yang berlaku) pada sifat (ciri-ciri tersebut)

(

)

.257 Berikut merupakan struktur konsep istihalah yang mempunyai

kerangka asas yang tersusun.