• Tidak ada hasil yang ditemukan

Perbezaan Terhadap Penggunaan Unsur Haiwan Yang Haram Dalam Produk Kosmetik Antara Malaysia dan Indonesia Dalam Produk Kosmetik Antara Malaysia dan Indonesia

Hukum Penghujahan Penerangan

Malaysia Haram Mengandungi bahan yang tidak halal sebagai sumber ramuannya

„Urf sahih kerana tidak bercanggah dengan syarak Selaras dengan ketetapan MS 2200: Bahagian 1:2008 Indonesia Harus Mengambil kira „urf „am setempat

masyarakat Indonesia yang sukar untuk mengenal pasti sumber bahan yang digunakan

Tidak selaras dengan ketetapan piawaian halal LPPOM MUI

Berdasarkan kepada keputusan fatwa di kedua-dua negara menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang ketara terhadap status hukum penggunaan anggota atau unsur haiwan yang haram dimakan selain anjing dan babi untuk tujuan kosmetik. Malaysia telah menolak sebarang pencampuran bahan yang tidak halal dalam bahan sediaan kosmetik kerana terdapat nas syarak yang melarang penggunaannya. Selain daripada itu, terdapat alternatif kosmetik halal di pasaran tempatan yang boleh digunakan oleh pengguna kerana

University

penggunaan kosmetik tidak termasuk dalam kategori maslahah daruriyyah mahupun maslahah hajiyyah tetapi ia hanya bersifat maslahah tahsiniyyah semata-mata.419

Fatwa yang dikeluarkan di Malaysia juga selaras dengan MS 2200:Bahagian 1:2008. Merujuk kepada MS 2200:Bahagian 1:2008, produk kosmetik yang dikategorikan sebagai halal hendaklah memenuhi beberapa ciri yang berikut iaitu: a) tidak mengandungi bahan daripada manusia atau terbitan daripadanya; b) tidak mengandungi bahan dari haiwan yang dilarang oleh hukum syarak atau tidak disembelih mengikut hukum syarak; c) tidak mengandungi bahan terubah suai genetik yang dihukum sebagai najis mengikut hukum syarak; d) tidak di sedia, diproses, di kilang atau disimpan menggunakan peralatan yang tidak bebas daripada bahan-bahan najis mengikut hukum syarak; e) apabila menyedia, memproses atau mengilang produk kosmetik, tidak bersentuhan atau berdekatan dengan bahan yang tidak memenuhi kehendak-kehendak perenggan a), b), c) atau d); dan f) tidak memudaratkan pengguna atau pemakainya.420

Namun sekiranya salah satu daripada penilaian kriteria produk kosmetik halal tidak dipenuhi maka produk kosmetik tersebut tidak dikategorikan dalam produk kosmetik halal. Selain daripada itu, terdapat keperluan lain yang perlu dipatuhi semasa penyediaan,

pengendalian, dan pemprosesan bagi menghasilkan produk kosmetik halal adalah, a) kebersihan dalam penyediaan dan pengendalian bahan dan produk meliputi semua aspek

419

Firman Allah SWT dalam surah al-„Araf ayat 157 seperti berikut:

      Al-A‟raf 7:157

Terjemahan: …dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk….

Ibn Kathir menerangkan ayat al-Quran di atas, bahawa Allah SWT menghalalkan setiap perkara yang baik dan mengharamkan setiap perkara yang memberikan keburukan kepada manusia. Anan C. Mohd., Kertas Pertimbangan Muzakarah, 8-9. Lihat juga, Iman Din Abi Fida‟ Isma`il bin `Umar bin Kathir, Tafsir

al-Quran al-Azim al-Ma`ruf bi Tafsir Ibn Kathir (Riyad: Dar al-Salam, 2004), 2: 1164.

420

Jabatan Standard Malaysia, MS 2200: Bahagian 1: 2008-Barangan Kepenggunaan Islam-Bahagian 1:

Kosmetik dan Dandanan Diri (Cyberjaya : Jabatan Standard Malaysia, 2008), 2.

University

160

iaitu kebersihan diri, pakaian dan peralatan termasuklah premis memproses bahan dan produk kosmetik; b) penyediaan bahan kosmetik perlu mengikuti dalam Guidelines for Control of Cosmetic Products in Malaysia dan Guidelines on Cosmetic Good Manufacturing Practice, National Pharmaceutical Control Bureau; c) proses diproses, di kendali dan diangkut menggunakan aliran pemprosesan yang dikhususkan hanya untuk pengeluaran halal sahaja dan tidak dicemari najis; d) peralatan, perkakas, mesin dan bahan bantuan pemprosesan untuk memproses bahan dan produk kosmetik tidak dibuat daripada atau yang mengandungi bahan yang disahkan najis, ia khusus untuk kegunaan kosmetik halal sahaja; dan e) bahan dan peralatan untuk pembungkusan dan pelabelan tidak dicemari najis. Ia selamat dan tidak memudaratkan kesihatan pengguna. Proses tersebut hendaklah dijalankan dalam keadaan yang bersih dan sanitasi sempurna.421

Manakala Indonesia mengharuskan penggunaan kosmetik yang bercampur dengan bahan yang tidak halal selain babi untuk kegunaan luaran tetapi dengan syarat hendaklah dilakukan pembersihan selepas menggunakannya. Misalnya penggunaan lipstik (gincu pewarna bibir), maskara (bahan mekap untuk menghitamkan dan mencantikkan bulu mata), pembayang mata (eye shadow), pensel alis (eyeliner), pemerah pipi (blusher), celak mata, bedak kecantikan wajah seperti foundation, loose powder, compact powder dan lain-lainnya. Walau bagaimanapun, Indonesia tegas mengharamkan penggunaan kosmetik yang mengandungi bahan yang tidak halal (bahan najis atau haram) untuk kegunaan dalaman. Selain itu, produk kosmetik yang mengandungi atau terhasil daripada organisma terubah suai genetik yang melibatkan gen babi atau gen manusia hukumnya haram. Manakala, produk kosmetik yang menggunakan bahan genetik (bahan baku, bahan aktif, dan/atau

421

Ibid., 4-5. Lihat juga, Puziah Ibrahim, “Produk Kosmetik Halal,” dalam Halal Haram dalam

Kepenggunaan Islam Semasa, ed. Suhaimi Ab Rahman dan Mohammad Aizat Jamaludin (Serdang: Penerbit

Universiti Putra Malaysia, 2011), 189.

University

bahan tambahan) daripada haiwan halal (seperti lemak dan lain-lainnya) tanpa diketahui cara penyembelihannya hukumnya makruh tahrim.422

Didapati bahawa MUI mengharuskan penggunaan kosmetik yang mengandungi bahan yang tidak halal untuk kegunaan luaran kerana mengambil kira „urf setempat masyarakat Indonesia yang sukar untuk mengenal pasti sumber bahan yang digunakan dalam pembuatan kosmetik tersebut.423 Tambahan pula, banyak produk kosmetik dibawa memasuki pasaran Indonesia tanpa sekatan menyebabkan kesulitan kepada MUI untuk mengenal pasti setiap kandungan bahan yang digunakan dalam produk kosmetik. MUI juga tidak mempunyai kuasa untuk menghalang kemasukan produk import memasuki Indonesia. Walau bagaimanapun dalam konteks bidang kuasa LPPOM MUI, LPPOM MUI tegas tidak akan memberikan pengesahan sertifikat halal kepada produk kosmetik yang mengandungi bahan yang tidak halal sebagai sumber ramuannya.424

Hal ini menunjukkan bahawa fatwa yang dikeluarkan MUI bersifat umum sebagai pedoman kepada masyarakat Indonesia tetapi ia bersifat khusus kepada pengesahan sertifikat halal Indonesia. MUI menyarankan supaya masyarakat Indonesia menggunakan produk kosmetik yang halal dan suci serta menghindari penggunaan produk kosmetik yang haram dan najis serta makruh tahrim kerana menggunakan bahan yang tidak jelas kehalalan dan kesuciannya.425 Untuk penambahbaikan, kajian mencadangkan supaya fatwa MUI diperbaiki agar selaras dengan pengesahan produk halal LPPOM MUI.

Dapat dirumuskan di sini bahawa pengguna wajib memilih produk kosmetik yang halal dan suci dan mempunyai jaminan dari aspek kebersihan, kualiti dan keselamatan.

422

Hendra Utama (Kepala Bidang Standar, Lembaga Pengkajian Pangan, Obat-obatan dan Kosmetika Majelis Ulama Indonesia (LPPOM MUI), Kota Bogor, Indonesia), dalam temu bual dengan penulis, 11 Mei 2015. Lihat juga, LPPOM MUI, Indonesia Halal Directory 2014-2015, 83-84.

423

Ibid.

424

Ibid. Lihat juga, LPPOM MUI, Indonesia Halal Directory 2014-2015, 84.

425

LPPOM MUI, Indonesia Halal Directory 2014-2015, 83-84.

University

162

Keselarasan fatwa Malaysia dengan standard kosmetik halal dalam isu ini termasuk dalam kategori „urf sahih kerana tidak bercanggah dengan syarak. Oleh sebab itu, produk kosmetik yang berlaku pencampuran dengan bahan yang tidak halal adalah haram digunakan.426 Kaedah fiqh menyatakan bahawa apabila bercampur bahan yang halal dengan bahan yang haram maka hendaklah dimenangkan bahan yang haram (

)

427

dan apa-apa (bahan) yang diharamkan penggunaannya maka

mengambilnya juga adalah haram

( )

.428 4.2.3 Maslahah

Maslahah berasal daripada perkataan salaha, yasluhu, suluhan yang bererti baik atau elok. Maslahah juga boleh diertikan setiap perkara yang mengandungi kebaikan dan boleh dimanfaatkan kepada manusia dan menolak kepada kerosakan (mafsadah).429 Dari segi istilah, maslahah adalah manfaat yang ditujukan Allah SWT kepada manusia demi memelihara lima perkara yang utama iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta benda.430 Imam al-Ghazali menjelaskan bahawa maslahah adalah memelihara tujuan dan matlamat syarak manakala tujuan memelihara matlamat syarak kepada manusia ada lima iaitu memelihara kesucian dan ketinggian agama; memelihara keselamatan diri; memelihara kebaikan dan kecerdasan akal fikiran; memelihara kebaikan keturunan; dan

426

Anan C. Mohd., Kertas Pertimbangan Muzakarah, 8-9.

427

Jalal al-Din `Abd al-Rahman al-Suyuti, al-Ashbah wa al-Nazair fi Qawa`id wa Furu‟ Fiqh al-Shafiiyyah (al-Qahirah: t.tp., t.t.), 110.

428

Ibid., 163.

429

Ibn Manzur, Lisan al-`Arab, 2: 516. Lihat juga, Husayn Hamid Hasan, Nazariyyah al-Maslahah fi al-Fiqh

al-Islami (al-Qahirah: Maktabah al-Mutanabbi, 1981), 3-4.

430

Abu Ishaq Shatibi Ibrahim bin Musa, Muwafaqat fi „Ilm Usul Shari‟ah (Bayrut: Dar Kutub al-„Ilmiyyah, 1991), 3. Lihat juga, Fakr al-Din Muhammad bin „Umar bin Husayn al-Razi, al-Mahsul fi „Ilm

Usul al-Fiqh (Bayrut: Muassasah al-Risalah, 1992), 6: 162. Lihat juga, Husayn, Nazariyyah al-Maslahah, 5.

Lihat juga, Qutb, Mu‟jam Mustalahat, 431.

University

memelihara kesucian dan keselamatan harta benda. Justeru, setiap perkara dan tindakan yang mengandungi pemeliharaan dan kawalan terhadap lima perkara penting ini dinamakan maslahah sementara setiap perkara dan tindakan yang boleh mencabuli lima perkara ini dinamakan mafsadah (kerosakan) dan penolakan atau pencegahannya pula dinamakan maslahah.431

Berdasarkan pentakrifan di atas, dapat disimpulkan bahawa maslahah adalah setiap perkara yang membawa kebaikan dan menolak keburukan kepada manusia untuk memelihara lima perkara yang utama iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta benda walaupun kadangkala ia bertentangan dengan kehendak individu dan masyarakat awam. Ini adalah kerana ada kalanya individu dan masyarakat awam menganggap sesuatu perkara tersebut membawa kebaikan kepada mereka namun pada pandangan syarak perkara tersebut membawa keburukan kepada mereka dan demikian juga sebaliknya.

Maslahah terbahagi kepada tiga peringkat432 iaitu memelihara keperluan asasi (maslahah daruriyyah), memelihara kepentingan manusia dalam keperluan sampingan (maslahah hajiyyah) dan memelihara keselesaan dan keharmonian hidup (maslahah tahsiniyyah). Para ulama menetapkan bahawa maslahah daruriyyah mesti diutamakan daripada maslahah hajiyyah dengan alasan jika maslahah daruriyyah tidak dilakukan nescaya hidup manusia tidak sempurna di dunia dan akhirat433 sedangkan membelakangi maslahah hajiyyah tidak menyebabkan kecacatan sistem hidup manusia. Ia cuma mengakibatkan kesusahan dan kesukaran sahaja. Lantaran itu, maslahah daruriyyah

431

Abu Hamid Muhammad bin Muhammad al-Ghazali, al-Mustasfa min „Ilm al-Usul (al-Madinah: Shirkah al-Madinah al-Munawwarah li al-Tiba‟ah wa al-Nashr, 1992), 2: 482. Lihat juga, Mohd. Nor Deris, “Keterikatan Maslahah Sebagai Sumber Hukum Dengan Kepentingan Semasa dan Setempat Di Malaysia,” dalam Fiqh Malaysia, ed. Paizah Ismail dan Ridzwan Ahmad (Universiti Malaya: Akademi Pengajian Islam, 2000), 128.

432

Al-Ghazali, al-Mustasfa, 482-485. Lihat juga, al-Shatibi, al-Muwafaqat, 3. Lihat juga, Mohd. Nor Deris, “Keterikatan Maslahah,” 133.

433

`Umar Sulayman `Abd Allah al-Ashqar, Nazariyyat fi Usul al-Fiqh (Jordan: Dar al-Nafa’is, 1999), 225.

University

164

diutamakan.434 Kemudian, maslahah hajiyyah mestilah diutamakan daripada maslahah tahsiniyyah kerana ketiadaan maslahah hajiyyah akan membawa kesulitan hidup berlainan dengan ketiadaan maslahah tahsiniyyah yang hanya tidak memberikan kesempurnaan dan keselesaan hidup sahaja.435

Dapat disimpulkan di sini bahawa maslahah daruriyyah adalah peringkat paling utama dalam kedudukan maslahah diikuti dengan maslahah hajiyyah dan kemudian diikuti dengan maslahah tahsiniyyah. Ulama juga telah menetapkan wujudnya turutan bagi lima perkara yang diutamakan dalam maslahah daruriyyah iaitu kepentingan agama diletakkan pada kelas yang pertama daripada kepentingan nyawa, sementara kepentingan nyawa mestilah diutamakan daripada kepentingan akal, kepentingan akal mestilah diutamakan daripada kepentingan keturunan, kepentingan keturunan pula diutamakan daripada kepentingan harta.436

Maslahah merupakan neraca dalam menentukan hukum yang tidak dinaskan oleh syarak dan maslahah sentiasa berlaku perubahan mengikut keperluan semasa dan setempat. Didapati bahawa metode pengeluaran fatwa di empat negara mengutamakan pandangan daripada Mazhab Syafii namun sekiranya pandangan Mazhab Syafii berlawanan dengan maslahah awam maka pandangan daripada Mazhab Maliki, Mazhab Hanafi dan Mazhab Hanbali atau ijtihad jama’i boleh digunakan. Hal ini menunjukkan bahawa Islam sebagai sebuah agama yang universal berupaya mengadaptasikan realiti masyarakat setempat dengan perubahan yang berlaku bagi menyelesaikan permasalahan semasa dalam kehidupan masyarakat. Misalnya fatwa tentang suntikan vaksin haji bagi mencegah penyakit Meningococcal Meningitis kepada jemaah haji dan umrah. Berikut merupakan

434

Ibid. Lihat juga, Adnan Muhammad Jum‟at, Raf‟u Haraj fi Shari`ah Islamiyyah (Dimashq: Dar al-`Ulum Insaniyyah, 1993), 3: 15.

435

Adnan Muhammad, Raf‟u al-Haraj, 15.

436

Mohd. Nor Deris, “Keterikatan Maslahah,”, 133.

University

ringkasan kepada perbezaan fatwa penggunaan pelalian vaksin Meningococcal Meningitis antara Malaysia dan Indonesia.

Jadual 4.3: Perbezaan Terhadap Penggunaan Pelalian Vaksin Meningococcal