• Tidak ada hasil yang ditemukan

Metodologi kajian merujuk kepada kaedah mendapatkan maklumat bagi mencapai objektif kajian. Dalam kajian ini, metodologi kajian yang digunakan adalah metode pengumpulan data dan metode analisis data.

1.9.1 Metode Pengumpulan Data

Dalam metode pengumpulan data, kajian perpustakaan (metode dokumentasi) dan kajian lapangan (metode temu bual dan metode observasi) adalah yang paling sesuai untuk mengutip data kualitatif.

(a) Kajian Perpustakaan

Kajian perpustakaan yang digunakan adalah metode dokumentasi. Metode dokumentasi merupakan metode pertama yang digunakan oleh penyelidik bagi memperoleh cabang ilmu pengetahuan dan menambahkan lagi kefahaman dalam bidang kajian yang sedang dijalankan. Kajian ini memerlukan maklumat-maklumat mengenai beberapa definisi umum, prinsip-prinsip penentuan halal dan haram serta beberapa teori fiqh berkaitan halal yang banyak disentuh dalam bab kedua kajian. Melalui kaedah ini, pengkaji juga merujuk kepada sumber berautoriti yang berbentuk buku-buku Arab turath, tafsiran al-Quran, tafsiran sunnah dan sumber sekunder yang berbentuk buku-buku Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, tesis, disertasi, kertas kerja persidangan, jurnal dan lain-lain lagi. Lazimnya, sumber berautoriti dan sumber sekunder sering kali digunakan bagi melengkapkan

University

maklumat-maklumat kajian dalam bab pertama, bab kedua, bab ketiga, bab keempat dan bab kelima. Tempat rujukan yang biasanya dikunjungi ialah Perpustakaan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Perpustakaan Utama Universiti Malaya, Perpustakaan Peringatan Za‟ba, Perpustakaan Universiti Kebangsaan Malaysia, Perpustakaan Universiti Teknologi MARA, Perpustakaan Universiti Islam Sains Malaysia dan lain-lain lagi.

Selain daripada itu, kajian juga merujuk maklumat-maklumat daripada laman web untuk mendapatkan maklumat berkaitan latar belakang badan pensijilan halal, prosedur pengeluaran sijil halal dan piawaian halal yang diterbitkan di Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura. Berita-berita semasa dan terkini juga sering dipaparkan dalam laman-laman web berkenaan dan ianya dirujuk bersama. Laman web juga digunakan sebagai perantara komunikasi dalam berhubung dengan pegawai-pegawai daripada badan pensijilan halal di empat negara untuk mendapatkan maklumat-maklumat berkaitan kajian.

(b) Kajian Lapangan

Kajian lapangan yang digunakan adalah metode temu bual dan metode observasi.

 Metode temu bual

Dalam kajian ini, kajian lapangan yang telah dipilih adalah menggunakan metode temu bual. Metode temu bual digunakan bagi mendapatkan maklumat-maklumat dan pandangan secara langsung daripada temu bual dengan responden-responden yang telah dipilih atau telah ditentukan oleh badan pensijilan halal yang berkenaan. Responden-responden yang dipilih terdiri daripada pakar-pakar dalam bidang akademik dan sains manakala responden-responden yang telah ditentukan adalah individu-individu yang mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam bidang pensijilan halal di empat negara. Temu bual telah dijalankan

University

34

secara bersemuka dan tidak semuka (telefon) dengan tujuan untuk mengumpulkan maklumat yang utama secara lisan daripada responden-responden.

Temu bual dijalankan kepada Nadia Zammil Md Nasir (Penolong Pengarah, Bahagian Hab Halal, Cawangan Pengurusan Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia), Nur Fadhilah Hana Ishak dan „Amira Syahirah Mohd Amin (Penolong Pegawai Teknologi Makanan, Seksyen Pengurusan Halal, Bahagian Penyelidikan & Pembangunan, Jabatan Agama Islam Selangor), Kamarul Nizal Idris (Penolong Pengarah, Bahagian Hab Halal, Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia), Johari Abd. Latiff (Penolong Pengarah, Bahagian Hab Halal, Cawangan Pengurusan Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia), Dayang Zurina Salwa (Pegawai Pelajaran, Bahagian Kawalan Makanan Halal, Majlis Ugama Islam Singapura Brunei, Negara Brunei Darussalam), Wajihah Zainuddin (Pegawai Saintifik, Bahagian Kawalan Makanan Halal, Majlis Ugama Islam Brunei, Negara Brunei Darussalam), Dayana Alias (Pegawai Pemakanan, Bahagian Kawalan Makanan Halal, Majlis Ugama Islam Brunei, Negara Brunei Darussalam), Dewi Hartaty Bte Suratty (Penolong Pengurus, Unit Pensijilan Halal, Hab Islam Singapura, Majlis Ugama Islam Singapura, Hendra Utama (Ketua Standar Halal, Lembaga Pengkajian Pangan Obat-obatan dan Kosmetika Majelis Ulama Indonesia, Kota Bogor, Indonesia), Aminudin Mohamad (Ketua Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Penyelarasan dan Kajian Fatwa, Bahagian Pengurusan Fatwa, Jabatan kemajuan Islam Malaysia), Dr. Lokman bin Abd Rahman (Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Seksyen Muamalat, Cawangan Penyelidikan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia), dan Profesor Madya Dr. Dzulkifly Mat Hashim (Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, Universiti Putra Malaysia).

University

Dalam kajian ini, temu bual berstruktur telah dijalankan secara formal, dirancang secara teliti dan di laksana mengikut satu senarai soalan yang perlu dijawab oleh responden-responden. Namun, temu bual semi struktur juga dilakukan sekiranya responden tidak memahami maksud soalan yang telah dibina dan memerlukan penjelasan lanjut mengenai sesuatu isu yang diberikan oleh responden. Jawapan direkodkan secara rakaman dan bertulis. Walau bagaimanapun, sekiranya kajian memerlukan penjelasan yang lebih lanjut maka temu bual secara tidak semuka (telefon) dibuat dengan responden-responden. Metode ini digunakan dalam bab ketiga dan bab keempat.

 Metode Observasi

Metode observasi merupakan proses pemerhatian dan pengamatan penulis secara terancang terhadap sesuatu subjek penyelidikan. Metode observasi dijalankan bersama dengan metode temu bual yang kemudiannya maklumat tersebut digabungkan untuk menjelaskan dapatan yang diperoleh dengan lebih mendalam dan mempunyai kesahan.

Metode ini digunakan untuk mengkaji latar belakang sosial yang sebenar di empat negara kajian. Penulis dapat melihat dengan jelas struktur lapisan masyarakat, adat dan budaya tempatan yang diamalkan. Ia juga merupakan teknik yang terbaik apabila aktiviti pensijilan halal dapat dilihat secara langsung di lokasi-lokasi temu bual yang dijalankan di JAKIM, LPPOM MUI, MUIB dan MUIS.

Di samping itu, metode observasi juga digunakan semasa penulis membuat pemerhatian dan tinjauan di pasar raya-pasar raya tempatan untuk melihat produk-produk yang mendapat pengesahan halal daripada JAKIM, LPPOM MUI, MUIB dan MUIS bagi melengkapkan data-data kajian. Metode ini digunakan dalam bab ketiga dan bab keempat.

University

36

1.9.2 Metode Analisis Data

Dalam metode analisis data, metode induktif, metode deduktif dan metode komparatif telah dipilih untuk menganalisis data yang telah dikumpulkan.

 Metode Induktif

Metode induktif merupakan proses pengumpulan maklumat secara berterusan bagi menjelaskan atau menghuraikan fenomena yang dikaji.74 Dalam kajian ini, metode induktif sentiasa digunakan bagi mengumpulkan maklumat-maklumat berkaitan halal termasuklah takrifan halal, haram dan syubhah, konsep makanan halal, konsep farmaseutikal halal, konsep kosmetik halal, prinsip-prinsip umum penentuan halal dan haram dalam Islam serta beberapa teori fiqh berkaitan halal. Kemudiannya, maklumat-maklumat kajian ini dikumpulkan untuk membina landasan teori dalam bab kedua.

 Metode Deduktif

Metode deduktif merupakan penggunaan teori atau gagasan fikiran yang ada atau dibentuknya sendiri berasaskan pemikiran atau pengalaman tertentu untuk melihat fenomena yang berlaku.75 Metode ini digunakan untuk mengenal pasti sejarah perkembangan, prosedur pensijilan halal dan piawaian halal yang dibangunkan di empat negara kajian. Di samping itu, metode deduktif juga digunakan untuk menilai faktor-faktor yang mempengaruhi kepada perbezaan fatwa kepenggunaan di empat negara kajian. Metode ini digunakan dalam bab ketiga dan bab keempat.

74

Idris Awang, Kaedah Penyelidikan: Suatu Sorotan (Universiti Malaya: Akademi Pengajian Islam, 2001), 82.

75

Ibid., 83.

University

 Metode Komparatif

Metode komparatif melibatkan proses membuat kesimpulan melalui perbandingan dan seterusnya memperoleh beberapa persamaan, perbezaan, kelebihan dan kelemahan. Dalam kajian ini, metode komparatif digunakan untuk membuat perbandingan terhadap piawaian halal yang dibangunkan di empat negara kajian khususnya yang melibatkan makanan, farmaseutikal dan kosmetik. Aspek perbandingan yang pertama diteliti adalah prosedur pensijilan halal di empat negara terutamanya dalam prosedur pengauditan, prosedur persampelan dan analisis makmal, prosedur pemantauan serta penguatkuasaan halal. Manakala aspek perbandingan yang kedua diteliti adalah piawaian halal di empat negara. Analisis kandungan yang dijalankan adalah dari sudut definisi, sumber bahan, prosedur sembelihan haiwan, pengurusan kualiti, tanggungjawab pengurusan dan keperluan undang-undang. Hasil perbandingan yang dibuat menunjukkan bahawa terdapat tiga (iii) persamaan, lima (v) perbezaan dan tiga (iii) kelebihan serta kelemahan dalam penentuan piawaian halal di empat negara kajian. Metode ini digunakan dalam bab keempat.