• Tidak ada hasil yang ditemukan

DAN BRUNEI

2.4 Farmaseutikal Halal

2.4.1 Kategori Ubat

Ubat dikategorikan kepada tiga iaitu ubat farmaseutikal; produk nutraseutikal atau suplemen kesihatan; ubat tradisional dan komplementari. Perincian adalah seperti berikut:

a) Ubat farmaseutikal

Ubat farmaseutikal ialah ubat-ubatan dalam bentuk dos ataupun sukatan farmaseutikal seperti tablet, kapsul, krim, sapuan, suntikan dan sebagainya.200 Semua ubat mempunyai risiko apabila digunakan namun mengikut penilaian makmal dan klinikal risikonya adalah

199

Abu Bakar Abd. Majeed, “Al-Saidaliyyah: Kaedah, Prinsip dan Amalan, Isu-Isu Perubatan Menurut Perspektif Shariah dan Undang-Undang,”, 6-7. Lihat juga, Abdullah @ Alwi Hassan, “Pengkormesialan Khidmat Perubatan dan Kesihatan: Garis Panduan Shariah,” (makalah, Dewan Besar, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Kuala Lumpur, 14-15 Mac 2006), 3.

200

Abd Rahman, B. Pharm, Halalkah Ubat Anda (Selangor: Crescent News (K.L) Sdn. Bhd., 2012), 41.

University

dianggap sedikit berbanding dengan manfaat yang dapat diperoleh dari segi kesihatan.201 Ubat farmaseutikal dibahagikan kepada dua kumpulan utama:202

i. Ubat am

Ubat tanpa preskripsi (OTC-Over The Counter atau atas kaunter) iaitu ubat yang boleh dibeli di farmasi, pasar raya atau kedai biasa tanpa preskripsi atau sebarang halangan. Contohnya, ubat demam, ubat pening, ubat luka, ubat jerawat dan lain-lain. Kegunaannya adalah untuk merawat keadaan yang agak ringan tanpa penggunaannya merujuk kepada para profesional kesihatan bertauliah.203

ii. Ubat terkawal

Ubat terkawal terbahagi kepada dua bahagian:204

a. Ubat terkawal dengan preskripsi (POM-Prescription Only Medicine)

b. Ubat terkawal tanpa preskripsi (BTC-Behind The Counter atau belakang kaunter)

Ubat terkawal dengan preskripsi adalah ubat yang hanya diperoleh melalui surat kebenaran doktor yang dikenali sebagai preskripsi. Ubat jenis ini hanya boleh didapati daripada seorang ahli farmasi berdaftar atau klinik-klinik berdaftar. Membeli dan menjual ubat kelas kedua ini tanpa preskripsi adalah menyalahi undang-undang. Ubat preskripsi pada kebiasaannya ubat yang mempunyai kesan yang agak kuat ataupun poten. Penggunaannya juga tertakluk kepada Undang-undang Akta Racun 1952. Contohnya, ubat

201

Abu Bakar Abd. Majeed, “Al-Saidaliyyah: Kaedah, Prinsip dan Amalan, Isu-Isu Perubatan Menurut Perspektif Shariah dan Undang-Undang,”, 6-7.

202

Abd Rahman, B. Pharm, Halalkah Ubat Anda, 41.

203

Dzulkifli Abdul Razak,Ubat dan Anda, 16-17.

204

Abd Rahman, B. Pharm, Halalkah Ubat Anda, 41.

University

74

darah tinggi, ubat kencing manis, ubat sakit otak, ubat untuk merawat jangkitan dan ubat-ubatan lain untuk merawat keadaan yang serius.205

Ubat terkawal tanpa preskripsi boleh diperoleh daripada ahli farmasi seperti krim, ubat batuk dan ubat selesema. Kebanyakan ubat Am ataupun ubat OTC dianggap selamat untuk kebanyakan pengguna jika diambil seperti dalam arahan. Walau bagaimanapun, perbezaan yang tepat antara ubat am dan ubat terkawal bergantung kepada bidang perundangan. Ubat selalunya dihasilkan oleh syarikat farmaseutikal yang bertaraf GMP (Amalan Pengilangan Baik). Ada sesetengah ubat telah dipatenkan yang mana syarikat tersebut memegang hak milik untuk menghasilkan dan melesenkan sebatian dadah dalam tempoh tertentu. Ubat yang tidak dipatenkan dipanggil ubat generik.

Penyalahgunaan ubat boleh berlaku apabila ubat tidak digunakan dengan betul. Perkara ini dinamakan ketidakpatuhan (non-compliance). Seseorang pesakit mungkin mengambil terlalu banyak ubat sekali gus kerana beranggapan bahawa lebih banyak ubat yang diambil maka kesannya adalah lebih baik. Tetapi hal ini boleh membawa kepada kemudaratan yang sangat berbahaya. Selain itu, pesakit juga mungkin mengambil ubat terlalu kerap dan tidak mengikuti masa-masa yang ditetapkan. Perkara ini juga boleh membahayakan kerana tujuan diadakan selang tempoh mengambil ubat ialah bagi memastikan bahawa satu tahap ubat yang efektif sentiasa berada dalam tubuh pesakit.206

b) Produk nutraseutikal 207

Produk nutraseutikal ataupun suplemen kesihatan ialah produk yang mengandungi bahan-bahan seperti vitamin, mineral, makanan, botanikal, asid amino dan diambil sebagai

205

Ibid.

206

Abu Bakar Abd. Majeed, “Al-Saidaliyyah: Kaedah, Prinsip dan Amalan, Isu-Isu Perubatan Menurut Perspektif Syariah dan Undang-Undang,”, 7.

207

Abd Rahman, B. Pharm, Halalkah Ubat Anda, 42.

University

tambahan kepada pengambilan bahan-bahan ini secara biasa (makanan harian atau proses semula jadi). Suplemen semula jadi boleh didapati dalam bentuk kapsul, tablet, serbuk, ataupun dalam bentuk cecair yang diambil secara oral.

Produk suplemen juga mengandungi vitamin yang baik untuk tumbesaran tubuh badan. Vitamin secara semula jadi ialah bahan organik yang diperlukan oleh badan dalam kuantiti yang sangat kecil. Vitamin berperanan dalam proses tumbesaran normal, pengawalan kesihatan dan pencegahan penyakit. Kebanyakan vitamin membantu di dalam pemprosesan protein, karbohidrat dan lemak di dalam badan. Manakala sesetengah vitamin pula membantu tubuh menghasilkan sel-sel darah dan hormon. Biasanya, tubuh badan tidak dapat menghasilkan banyak vitamin. Oleh sebab itu, makanan dan produk suplemen kesihatan dapat membantu tubuh untuk mendapatkan bekalan vitamin yang secukupnya bagi penjagaan kesihatan manusia.

c) Produk tradisional dan komplementari208

Ubat-ubatan tradisional dan komplementari ialah sebarang produk yang digunakan di dalam pengamalan perubatan asli atau alternatif yang mengandungi satu atau lebih bahan-bahan semula jadi yang berasal daripada tumbuhan-tumbuhan, haiwan, galian atau bahagian-bahagian daripadanya dalam bentuk pati ekstrak atau bukan pati ekstrak. Ubat homeopati juga tergolong dalam kumpulan produk tradisional.

Perubatan alternatif dan komplementari ialah satu amalan penjagaan yang luas dan bukannya sebahagian daripada amalan perubatan moden. Ia termasuk semua amalan dan idea tersendiri pengamalnya sebagai langkah mencegah, merawat penyakit atau meningkatkan kesihatan dan keadaan diri. Ubat-ubatan komplementari adalah terma yang

208

Ibid., 43.

University

76

diguna pakai dan ditukar ganti dengan ubat-ubatan alternatif. Ia menggunakan banyak bahan semula jadi sebagai ubat contohnya tumbuh-tumbuhan herba, haiwan dan bahan galian asas. Ubat-ubatan tradisional di Malaysia boleh dibahagikan kepada empat kumpulan yang besar iaitu ubat tradisional Melayu, ubat tradisional Cina, ubat tradisional India, dan ubat tradisional orang asli.

Penggunaan ubat-ubatan tradisional lazim menjadi amalan terutamanya sekali sebagai rawatan selepas bersalin. Namun, terdapat beberapa bukti yang menunjukkan bahawa bahan ramuan yang terdapat dalam ubat tradisional boleh membahayakan. Ini termasuklah penggunaan bahan-bahan racun seperti logam berat dan juga ubat-ubatan moden yang dicampur adukkan dalam sebahagian ramuan tradisional. Oleh yang sedemikian, para pengguna perlu berhati-hati memilih ubat tradisional yang akan dimakan.209

Dalam perbincangan berikutnya, konsep kosmetik halal akan dibahaskan mengikut kerangka syariah.