• Tidak ada hasil yang ditemukan

Rajah 3.2: Logo Halal Malaysia (JAKIM)

3.4 Prosedur Pensijilan dan Piawaian Halal Di Brunei

Negara Brunei Darussalam telah melaksanakan satu sistem pensijilan halal yang dikendalikan oleh Bahagian Kawalan Makanan Halal (BKMH). BKMH turut membangunkan garis panduan pensijilan halal dan beberapa piawaian halal yang tersendiri.

3.4.1 Perkembangan Badan Pensijilan Halal

Sejarah perkembangan pensijilan halal di Brunei bermula pada 15 Julai 1997, di mana Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah menitahkan seperti berikut:310

Maka di akhir-akhir ini timbul pula kekhuatiran terhadap makanan dan minuman serta barang-barang gunaan yang dikhuatiri bercampur dengan

310

Dayang Zurina Salwa (Pegawai Pelajaran, Bahagian Kawalan Makanan Halal, Majlis Ugama Islam Brunei, Negara Brunei Darussalam), dalam temu bual dengan penulis, 10 November 2014. Lihat juga, Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam, “Sejarah Ringkas Bahagian Kawalan Makanan Halal,” laman sesawang Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam, dicapai pada 3

September 2014,

http://www.religious-affairs.gov.bn/index.php?ch=bm_about_div&pg=bm_div_syariah&ac=1619.

University

bahan-bahan haram, termasuk kekhuatiran khusus mengenai daging-daging import yang sedang beredar di pasaran pada masa ini.

Dalam konteks ini sudah tiba masanya bagi pihak-pihak berkenaan dalam kerajaan untuk mengkaji kemungkinan bagi mengadakan satu badan atau seumpamanya selaku pihak yang mengawal halal haram bahan-bahan makanan dan minuman, termasuk segala jenis daging serta lain-lain barang gunaan di negara ini.

Dengan menjunjung Titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, maka kerajaan Brunei telah menubuhkan satu jawatankuasa yang dinamakan sebagai Ad-Hoc Komiti Daging Halal Haram yang terdiri daripada Menteri-menteri Kabinet yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Wijaya Dato Seri Setia Awing Haji Abd. Aziz bin Begawan Pehin Udana Khatib Dato Seri Paduka Awing Haji Omar, Menteri Pendidikan merangkap Menteri Kesihatan (pada ketika itu) bagi menangani masalah kemasukan daging halal dan yang berkaitan dengannya di negara berkenaan.311

Pada 13 Oktober 1997 pula, ditubuhkan Badan Pengeluar Permit Import Daging Halal yang diletakkan di bawah Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama. Pegawai yang mengetuai Badan ini dinamakan sebagai Setiausaha Badan Pengeluar Permit Import Daging Halal Haram yang kini dikenali sebagai Ketua Bahagian Kawalan Makanan Halal. Pegawai ini diberi kuasa menandatangani bagi pihak Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama untuk menyelesaikan urusan surat menyurat yang berkaitan dengan tugas-tugas Badan Pengeluar Permit Import Daging Halal Haram.312

Seterusnya, pada 26 September 1998, Perintah Darurat (Daging Halal) 1998 (sekarang dikenali Akta Daging Halal, Penggal 183) telah diwartakan dalam kerajaan. Sehubungan dengan itu juga, Lembaga mengeluarkan Permit Import halal telah ditubuhkan di bawah bab 3 (1) Perintah Darurat (Daging Halal) 1998 dan Setiausaha Lembaga 311 Ibid. 312 Ibid.

University

of Malaya

124

Mengeluarkan Permit Import Halal masih dikekalkan di bawah Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama serta diberi kuasa menandatangani bagi Pihak Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama bagi urusan surat menyurat yang berkaitan dengan tugas-tugas Lembaga Mengeluarkan Permit Import Halal.313

Seterusnya, pada 11 Januari 2000, Lembaga Mengeluarkan Permit Import Halal telah ditempatkan di bawah Jabatan Hal Ehwal Syariah atau lebih dikenali sebagai Bahagian Halal Haram, Jabatan Hal Ehwal Syariah. Pada 28 Mei 2005 pula, undang-undang baru telah diwartakan iaitu Perintah Sijil Halal dan Label Halal 2005. Dan pada awal tahun 2006, Bahagian Halal Haram ditukarkan nama kepada BKMH. BKMH adalah badan induk bagi Lembaga Mengeluarkan Import Halal (ditubuhkan melalui Akta Daging Halal Penggal 183) dan bagi Sijil Halal dan Label Halal 2005 (ditubuhkan melalui Perintah Sijil Halal dan Label Halal 2005).314

Misi utama penubuhan BKMH adalah melaksanakan penguatkuasaan Undang-undang Akta Daging Halal Penggal 183 dan aturan-aturannya serta Perintah Sijil Halal dan Label Halal 2005 & kehendak-kehendaknya; memastikan perlaksanaan undang-undang berkenaan dijalankan selaras dengan hukum syarak; dan memastikan tiada penyelewengan atau penipuan terhadap penggunaan sijil halal dan label halal yang dikeluarkan oleh Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB). BKMH juga dipertanggungjawabkan untuk mengawal dan menangani segala pemakanan halal di Brunei termasuk restoran, kedai makan, kilang produk makanan, tempat perniagaan dan seumpamanya yang berhasrat untuk menggunakan tanda halal Negara Brunei Darussalam. Bahkan, BKMH merupakan sebuah organisasi berwibawa yang mengawal selia makanan halal di Brunei Darussalam dan sekali gus

313 Ibid. 314 Ibid.

University

of Malaya

berfungsi untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang makanan halal di Negara Brunei Darussalam.315

Selain daripada peranan-peranan yang disebutkan di atas, BKMH juga agensi utama dalam melaksanakan undang-undang bagi Perintah Sijil Halal dan Label Halal 2005 yang telah digubal dan diwartakan dalam Warta Kerajaan pada 28 Mei 2005. Perintah ini telah dikuatkuasakan pada 1 Ogos 2008316 dan Akta Daging halal Penggal 183 serta aturan-aturannya telah pun digubal sejak tahun 1998.317 BKMH juga turut mendapat sokongan dan menjalinkan kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan yang lain terutamanya Jabatan Pertanian dan Agri Makanan, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, dan Kementerian Kesihatan dalam menjalankan undang-undang yang berkaitan dengan Akta Kesihatan Awam (Makanan) Penggal 182 serta aturan-aturannya, Garis Panduan Pensijilan Halal (BCG Halal 1),318 BCG Halal 2,319 BCG Halal 3,320 BCG Halal 4321 dan Perintah Daging Segar Penggal 172.

3.4.2 Prosedur Pengeluaran Sijil Halal

Dalam prosedur pensijilan halal Brunei, BKMH menawarkan dua jenis permohonan iaitu permohonan sijil halal dan permohonan permit halal. Pemohon yang layak memohon sijil halal Brunei adalah restoran (termasuk gerai, kantin dan seumpamanya) dan kilang (sama kilang berskala kecil, sederhana ataupun multinasional) sedangkan permohonan permit

315

Ibid.

316

Perintah Label Halal dan Sijil Halal 2005, (S 44/06).

317

Perintah Darurat (Daging Halal) 1998, Perlembagaan Negara Brunei Darussalam (Perintah di bawah bab 83 (3)).

318

The Religious Council Brunei Darussalam, Guideline For Halal Certification (BCG Halal 1) (Brunei: The Religious Council Brunei Darussalam, 2007).

319

The Religious Council Brunei Darussalam, Guideline for Halal Compliance Audit (BCG Halal 2) (Brunei: The Religious Council Brunei Darussalam, 2007).

320

The Religious Council Brunei Darussalam, Guideline for Certification Halal Compliance Auditor (BCG

Halal 3) (Brunei: The Religious Council Brunei Darussalam, 2007).

321

The Religious Council Brunei Darussalam, Guideline for Halal Surveillance Audit (BCG Halal 4) (Brunei: The Religious Council Brunei Darussalam, 2007).

University

126

halal dikhususkan kepada pelabelan halal pada setiap produk yang dihasilkan daripada perkilangan. Berikut merupakan prosedur pensijilan halal di Brunei yang melibatkan beberapa peringkat tertentu iaitu: 322 (Sila lihat Rajah 3.5 di Lampiran E)

 Pertama: Permohonan

Pada peringkat permohonan, pemohon dikehendaki menyertakan beberapa dokumen sokongan yang berkaitan mengikut spesifikasi perniagaan mereka. Pemohon boleh melakukan pendaftaran secara atas talian melalui laman web rasmi BKMH. Permohonan yang telah lengkap akan diserahkan kepada Jawatankuasa Pemeriksa untuk tujuan penilaian dan semakan dokumen. Setelah Jawatankuasa Pemeriksaan berpuas hati dengan dokumen sokongan yang diberikan, pemeriksaan audit akan dilakukan ke premis pemohon. Pemohon juga diingatkan supaya menyediakan fail khusus untuk menyimpan dokumen sokongan sebagai rujukan audit.

 Kedua: Pengauditan

Setelah permohonan tersebut diterima maka pegawai pemeriksa akan melakukan penilaian dan semakan audit dokumen. Pegawai pemeriksa akan menyemak dokumen sokongan yang dihantar untuk memastikan dokumen mencukupi sebelum audit premis. Audit premis dilakukan oleh pegawai pemeriksa bersama dengan senarai semakan yang diperlukan. Semasa pemeriksaan premis berlangsung, mesyuarat dimulakan dengan mesyuarat pembukaan, pengumpulan dan pengesahan maklumat, lawatan premis, pengambilan sampel bahan, audit dokumen dan mesyuarat penutup. Pegawai pemeriksa juga akan mengambil beberapa bahan atau ramuan yang meragukan sebagai sampel untuk dianalisis di makmal

322

Wajihah Zainuddin (Pegawai Saintifik, Bahagian Kawalan Makanan Halal, Majlis Ugama Islam Brunei, Negara Brunei Darussalam), dalam temu bual dengan penulis, 10 November 2014. Lihat juga, The Religious Council Brunei Darussalam, BCG Halal 1, 9.

University

BKMH. Pegawai pemeriksa akan memeriksa secara menyeluruh proses setiap jenis produk seperti bahan mentah, cara pemprosesan, pengendalian dan pengedaran produk; pemeriksaan tempat penyimpanan, tempat peragaan dan penyajian produk; pemeriksaan kebersihan, sanitasi dan keselamatan makanan, pemeriksaan pembungkusan, pelabelan, bilik sejuk, pengangkutan dan sebagainya. Ketua pegawai pemeriksa akan membuat laporan secara bertulis kepada Jawatankuasa Pemeriksaan.323

 Ketiga:Mesyuarat Jawatankuasa

Setelah pengauditan selesai dijalankan, Ketua Pegawai Pemeriksa membuat laporan audit secara bertulis kepada Jabatan Hal Ehwal Syariah (JHES). JHES mengumpulkan laporan audit kepada Ahli Jawatankuasa Pemeriksa (AJKP). AJKP pula mengadakan mesyuarat bagi menimbangkan permohonan berkenaan sekali gus mengadakan perbincangan dengan pihak MUIB. Jika diluluskan di peringkat MUIB maka MUIB akan memaklumkan kepada AJKP dan AJKP memaklumkan semula kepada JHES.324

 Keempat: Bayaran Fi Pensijilan

Bayaran sijil halal boleh dilakukan di Majlis Ugama Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama. Bayaran pensijilan halal yang ditetapkan adalah sah untuk tempoh tiga tahun. Sila lihat fi pensijilan di Lampiran F.

 Kelima: Penerbitan Sijil Halal

Berikut merupakan logo halal bagi Negara Brunei Darussalam:

323

The Religious Council Brunei Darussalam, BCG Halal 2, 6.

324

Dayang Zurina Salwa (Pegawai Pelajaran, Bahagian Kawalan Makanan Halal, Majlis Ugama Islam Brunei, Negara Brunei Darussalam), dalam temu bual dengan penulis, 10 November 2014.

University

128