• Tidak ada hasil yang ditemukan

DAN BRUNEI

2.3 Makanan dan Minuman Halal

2.3.1 Definisi Makanan

Makanan adalah apa sahaja yang boleh dimakan dan segala yang diambil daripadanya bagi menghasilkan tenaga dan kekuatan.137 Menurut definisi ilmu sains pula, makanan adalah apa sahaja sama ada pepejal, cecair atau di antara kedua-duanya yang mempunyai komposisi kimia yang tersendiri dan berfungsi untuk menjalankan tugas-tugas yang berikut; (i) menyediakan tubuh badan dengan bahan-bahan yang diperlukan bagi membolehkan seseorang itu membuat kerja dan mendapat tenaga haba; (ii) menyediakan bahan-bahan untuk tumbesaran, memelihara dan membina tisu-tisu badan; dan (iii) sebagai pembekal bahan-bahan yang selalunya berkitar keperluannya seperti penghasilan tenaga atau untuk proses pertumbuhan dan membaik pulih tubuh.138

Di Malaysia, berdasarkan kepada MS 1500:2009 makanan halal didefinisikan sebagai makanan yang dibenarkan di bawah undang-undang syariah dan memenuhi syarat-syarat berikut:139

a) Tidak mengandungi apa-apa bahan daripada haiwan yang tidak halal kepada orang Islam mengikut hukum syarak atau produk daripada haiwan yang tidak disembelih mengikut hukum syarak.

b) Tidak mengandungi najis mengikut hukum syarak.

137

Dewan Bahasa dan Pustaka, Kamus Dewan, 981.

138

Che Wan Jasimah, Konsep Kesihatan Pemakanan Pendekatan Islam dan Sains (Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., 2000), 14-15.

139

Jabatan Standard Malaysia, MS 1500:2009 Makanan Halal: Pengeluaran, Penyediaan, dan

Penyimpanan-Garis Panduan Umum (Semakan Kedua) (Putrajaya: Jabatan Standard Malaysia, 2009), 1-2.

University

c) Selamat dimakan, tidak beracun, tidak memabukkan atau tidak memudaratkan kesihatan.

d) Tidak disediakan, diproses atau di kilang menggunakan peralatan yang dicemari najis mengikut hukum syarak.

e) Tidak mengandungi mana-mana bahagian atau anggota manusia atau hasilan daripadanya yang tidak dibenarkan oleh hukum syarak.

f) Semasa penyediaan, pemprosesan, pembungkusan, penyimpanan atau pengangkutan, makanan tersebut diasingkan dari makanan lain yang tidak menepati keperluan dalam butiran a), b), c), d), atau e) di atas atau bahan-bahan lain yang telah disahkan sebagai najis menurut hukum syarak.

Di Brunei, berdasarkan kepada PBD 24:2007 makanan halal adalah makanan yang dibenarkan oleh undang-undang syariah dan memenuhi syarat-syarat berikut:140

a) Makanan atau bahan ramuan tidak mengandungi apa-apa bahan daripada haiwan yang tidak halal kepada orang Islam mengikut hukum syarak atau produk daripada haiwan yang tidak disembelih mengikut hukum syarak.

b) Makanan yang tidak mengandungi najis mengikut hukum syarak. c) Makanan yang selamat dimakan dan tidak memudaratkan kesihatan.

d) Makanan yang disediakan, diproses atau di kilang tidak menggunakan peralatan yang dicemari najis mengikut hukum syarak.

e) Makanan atau bahan ramuan tidak mengandungi mana-mana bahagian atau anggota manusia atau hasilan daripadanya yang tidak dibenarkan oleh hukum syarak.

140

The Religious Council Brunei Darussalam, PBD 24:2007-Brunei Darussalam Standard Halal Food (Brunei: The Religious Council Brunei Darussalam, 2007), 7-8.

University

54

f) Semasa penyediaan, pemprosesan, pembungkusan, penyimpanan atau pengangkutan, makanan tersebut secara fizikalnya diasingkan dari makanan lain yang tidak menepati keperluan dalam butiran a), b), c), d), atau e) di atas atau bahan-bahan lain yang telah disahkan sebagai najis menurut hukum syarak.

Di Singapura, berdasarkan kepada MUIS-HC-S001 makanan halal adalah makanan yang memenuhi kriteria-kriteria yang berikut:141

a) Produk yang tidak mengandungi mana-mana bahan dan/atau derivatif daripada sumber yang tidak halal.

b) Produk yang tidak mengandungi mana-mana bahan daripada haiwan yang tidak disembelih mengikut hukum syarak.

c) Produk yang tidak mengandungi mana-mana bahan dan/atau derivatif yang disahkan sebagai najis.

d) Produk dan/atau bahan yang disediakan, diproses atau di kilang tidak menggunakan peralatan yang dicemari najis mengikut hukum syarak.

e) Semasa penyediaan, pemprosesan, pembungkusan, penyimpanan atau pengangkutan, makanan tersebut diasingkan daripada makanan lain yang tidak menepati keperluan dalam butiran a), b), c), d), atau e) di atas atau bahan-bahan lain yang telah disahkan sebagai najis menurut hukum syarak.

Di Indonesia, berdasarkan kepada HAS 23201 makanan yang dikategorikan sebagai halal adalah memenuhi syarat-syarat berikut:142

a) Bahan tidak berasal daripada babi atau turunannya.

141

Singapura MUIS Halal Standard, MUIS-HC-S001-General Guidelines for the Handling and Processing of

Halal Food (Singapura: Majlis Ugama Islam Singapura, 2007), 8.

142

Lembaga Pengkajian Pangan Obat-obatan dan Kosmetika Majelis Ulama Indonesia (LPPOM-MUI), HAS

23201-Pensyaratan Bahan Pangan (Indonesia: Majelis Ulama Indonesia, 2012), 4.

University

b) Bahan tidak mengandungi bahan daripada babi atau keturunannya.

c) Bahan bukan merupakan khamr (minuman beralkohol) atau turunan khamr yang dipisahkan secara fizikal.

d) Bahan tidak mengandungi khamr (minuman beralkohol) atau turunan khamr yang dipisahkan secara fizik.

e) Bahan bukan merupakan darah, bangkai dan bahagian dari tubuh manusia. f) Bahan tidak mengandungi darah, bangkai dan bahagian daripada tubuh manusia. g) Bahan tidak boleh dihasilkan daripada fasilitas produksi (peralatan penghasilan) yang juga digunakan untuk membuat produk yang menggunakan babi atau turunannya sebagai salah satu bahannya.

h) Bahan tidak bercampur dengan bahan haram atau najis yang dapat berasal dari bahan tambahan, bahan penolong dan fasilitas produksi.

i) Bahan yang memiliki potensi/kemungkinan di produksi di kilang yang sama dengan bahan dari babi atau turunannya, harus disertai penyataan pork free facility daripada syarikatnya.

j) Perusahaan yang menerapkan pengkodean (pengkodan/de-coding) terhadap bahan atau produk harus dapat menjamin masih dapat ditelusuri dengan jelas, baik terhadap bahan yang digunakan, produsen mahupun status halal dari masing-masing bahan. Pengkodean juga harus menjamin barang dengan kod yang sama berstatus halal yang sama.

Berdasarkan kepada definisi makanan halal di empat negara, dapat difahami bahawa makanan halal adalah makanan yang tidak mengandungi apa-apa bahan yang tidak halal mengikut hukum syarak, cara pengendalian makanan adalah mengikut syarak, peralatan yang digunakan bersih dan suci serta menepati keperluan halal sepenuhnya. Makanan halal

University

56

tidak hanya menitikberatkan aspek kesucian semata-mata bahkan merangkumi aspek kebersihan, kesihatan dan keselamatan kepada pengguna. Justeru, pengguna yang memilih makanan halal sebagai pilihan utama boleh mengambil manfaat daripada produk halal tanpa sebarang keraguan.