• Tidak ada hasil yang ditemukan

DAN BRUNEI

2.2 Takrifan Halal, Haram dan Syubhah

2.2.2 Definisi Haram

Haram adalah perkataan lawan kepada halal. Haram merupakan perkataan bahasa Arab yang berasal daripada perkataan haruma, yahrumu, hurmatan yang bermaksud perkara-perkara yang dilarang106 dan ditegah107 daripada melakukannya.108 Dari sudut bahasa, haram didefinisikan sebagai tegahan dalam agama Islam yang memberikan ganjaran pahala kepada sesiapa yang mematuhinya dan mempunyai implikasi dosa kepada sesiapa yang mengingkarinya.109 Dalam bahasa Inggeris, haram dikenali sebagai halang/larang (forbidden), melarang secara pasti (interdicted), melarang/mencegah (prohibited),110 larangan kerana agama atau adat (taboo)111 dan diisytiharkan sebagai tidak mengikut undang-undang (declared unlawful).112

Dari segi istilah, haram diistilahkan dalam pelbagai pengertian dan menurut sesetengah ulama haram adalah sesuatu perkara yang ditegah oleh hukum Allah SWT untuk melakukannya secara pasti sama ada dimaklumkan melalui dalil qat‟i ataupun zanni. Malah adalah menjadi kewajipan kepada manusia untuk mematuhi segala tegahan Allah SWT kerana ganjaran pahala akan diberikan bagi sesiapa yang mematuhinya. Al-hazr/al-mahzur adalah perkataan berlawanan kepada perkataan al-mubah/al-ibahah.113 Manakala bagi sesetengah pandangan ulama pula, haram adalah hukuman yang dikenakan ke atas perbuatan yang bertentangan dengan syarak114 ataupun sesuatu perbuatan yang dicela oleh hukum syarak sama ada dapat diketahuinya daripada al-Quran, sunnah, ijmak ulama dan

106

Dewan Bahasa dan Pustaka, Kamus Besar Arab-Melayu-Dewan, 428.

107

Muhammad bin Abi Bakr bin „Abd al-Qadir al-Razi, Mukhtar al-Sihah, 132.

108

Ibrahim Anis et al., al-Mu‟jam al-Wasit, 169.

109

Dewan Bahasa dan Pustaka, Kamus Dewan, 513.

110

Hans Wehr, A Dictionary of Modern Written Arabic, 171. Lihat juga, “tanpa penulis”, al-Faraid al-Ariyah

li al-Tullab `Arabi-Ingelisi, 104.

111

Ed. E. Elias dan Elias A. Elias, al-Qamus al-`Asri `Arabi - Ingelisi, 146.

112

H. Anthony Salmone, al-Qamus al-`Ali li al-Muta‟allim, 132.

113

Muhammad Amin al-Shahir bin `Abidin, Hashiyah Radd al-Mukhtar (Bayrut: Dar al-Fikr, 1992), 6: 339 Lihat juga, Wahbah al-Zuhayli, al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, 52-53. Lihat juga, Muhammad Abu Zuhrah,

Usul al-Fiqh, 46.

114

Al-Khadari Bik, Usul al-Fiqh, 54.

University

dalil syarak yang lain.115 Istilah haram ini juga sering dikenali sebagai perbuatan maksiat, berdosa, buruk (al-qabih), hina dan seumpamanya oleh hukum syarak.

Pelbagai pendekatan digunakan yang membawa kepada maksud haram antaranya adalah:116

i. Perkara yang telah ditetapkan oleh syarak tentang pengharamannya.117 Firman Allah SWT:           Al-Isra‟ 17: 32 Terjemahan: Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat iaitu yang membawa kerosakan.

Dalam ayat di atas, Allah SWT melarang orang Islam melakukan zina dan segala faktor-faktor yang membawa manusia mendekati zina. Ini kerana zina termasuk dalam perbuatan yang berdosa besar dan perbuatan yang keji.118

ii. Nas yang mengkhabarkan pengharamannya.119 Iaitu lafaz tegahan. Firman Allah SWT:       Al-Baqarah 2: 275 Terjemahan: Dan Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.

Ayat al-Quran di atas jelas menunjukkan secara pasti bahawa Allah SWT menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Ayat ini merupakan penolakan kepada perbuatan golongan yang menyamakan antara riba dengan urusan jual beli.120

115

Al-Zarkhashi, Bahr Muhit fi Usul Fiqh, 255. Lihat juga, `Iyad bin Nami Sulmi, Usul Fiqh

al-Ladhi la Yasa‟ al-Faqih Jahluhu, 48.

116

`Iyad bin Nami Sulmi, Usul al-Fiqh al-Ladhi la Yasa‟ al-Faqih Jahluhu, 48.

117

Ibid.

118

Ibn Kathir, Tafsir al-Qur'an al-`Azim, 3:38. Lihat juga, al-Qurtubi, al-Jami‟ li Ahkam al-Quran, 1: 306.

119

`Iyad bin Nami Sulmi, Usul al-Fiqh al-Ladhi la Yasa‟ al-Faqih Jahluhu, 48.

University

48

iii. Menjelaskan sesuatu perbuatan itu mengandungi dosa.121 Firman Allah SWT:                Al-Furqan 25: 68-69 Terjemahan: Sesiapa melakukan yang demikian akan mendapat (balasan) dosa(nya) dan digandakan azab seksa untuknya pada hari kiamat dan dia pula akan kekal di dalam azab tersebut dalam keadaan terhina.

Dalam ayat ini, Allah SWT menjanjikan balasan dosa ke atas sesiapa yang menyekutukan Allah SWT, melakukan pembunuhan dan perzinaan. Malah mereka diberikan jaminan oleh Allah SWT untuk mendapat azab neraka dalam keadaan yang sangat terhina.122

Para ulama123 telah mengkategorikan hukum haram kepada dua bahagian iaitu haram li dhatih dan haram li ghayrihi. Haram li dhatih124

adalah perkara yang diharamkan ke atas zatnya seperti arak dan babi. Pengharaman ini bertujuan untuk menjaga lima perkara yang asas kepada manusia iaitu penjagaan ke atas nyawa, keturunan, harta benda, akal dan agama. Manakala haram li ghayrihi125 adalah perkara yang diharamkan disebabkan faktor-faktor luaran yang lain. Dalam erti kata yang lain, perbuatan itu pada asalnya dibenarkan oleh syarak tetapi menjadi di haram disebabkan berlaku perkara-perkara yang dilarang menurut hukum syarak.

Oleh kerana itu, dapat disimpulkan di sini bahawa haram adalah setiap perkara yang menjadi tegahan dan juga larangan daripada Allah SWT ke atas setiap manusia maka setiap manusia wajib untuk menjauhi dan mematuhi segala tegahan dan larangan Allah SWT

120

Ibn Kathir, Tafsir al-Qur'an al-`Azim, 1:309. Lihat juga, al-Qurtubi, al-Jami‟ li Ahkam al-Quran, 1: 306.

121

`Iyad bin Nami Sulmi, Usul al-Fiqh al-Ladhi la Yasa‟ al-Faqih Jahluhu, 48.

122

Ibn Kathir, Tafsir al-Qur'an al-`Azim, 3: 2041-2043.

123

`Iyad bin Nami Sulmi, Usul al-Fiqh al-Ladhi la Yasa‟ al-Faqih Jahluhu, 48-49.

124

Muhammad Abu Zuhrah, Usul al-Fiqh, 43.

125

Ibid.

University

tersebut. Ini kerana Allah SWT telah menjanjikan ganjaran pahala yang besar bagi setiap manusia yang patuh kepada tegahanNya. Tegahan dan larangan Allah SWT hanya boleh diketahui melalui keterangan daripada al-Quran dan sunnah. Dalam konteks makanan misalnya, makanan yang diharamkan ke atas manusia (khususnya yang beragama Islam) seperti arak, darah, bangkai, dadah dan lain-lain lagi walau bagaimanapun makanan yang diharamkan adalah sedikit jika dibandingkan dengan makanan yang dihalalkan oleh Allah SWT kepada manusia.