• Tidak ada hasil yang ditemukan

Implikasi Pengesahan Halal Indonesia, Brunei dan Singapura Bagi Produk Yang Diimport ke Malaysia

Implikasi Cadangan

Malaysia  Produk halal Indonesia, Brunei dan Singapura bebas memasuki pasaran Malaysia tanpa sekatan  Dari aspek bidang kuasa JAKIM,

JAKIM tegas tidak memberikan pengesahan halal jika tidak selaras dengan piawaian halal Malaysia

 Dari aspek kepenggunaan,

produk makanan dan barang gunaan yang bertentangan

dengan Muzakarah

Jawatankuasa Fatwa, haram digunakan

Setiap produk halal yang dieksport ke Malaysia perlu mendapat pengiktirafan halal daripada JAKIM

Indonesia  Indonesia tegas tidak akan membenarkan produk halal memasuki pasaran Indonesia kecuali mendapat pengesahan halal semula daripada LPPOM MUI

Menilai semula prosedur pensijilan halal Indonesia yang sedia ada terutamanya dalam pemeriksaan audit lapangan

Penggiat Industri halal & Pengguna

 Kesukaran memasarkan produk halal ke peringkat antarabangsa  Menanggung fi pensijilan yang

berganda

 Kekeliruan pengguna berikutan pengesahan logo halal yang pelbagai

Tiada

* Panduan:

Tidak dinyatakan: Tidak dinyatakan dalam mana-mana piawaian halal.

Tiada: Tidak wujud piawaian halal di negara berkenaan atau tiada cadangan yang diutarakan.

4.4 Analisis Perbandingan Terhadap Penentuan Piawaian Halal Antara Empat Negara

Dalam membangunkan piawaian halal di empat negara iaitu JAKIM di Malaysia, MUI di Indonesia, MUIS di Singapura dan MUIB di Brunei. Keempat-empat badan ini pasti menghadapi kepelbagaian kesulitan dalam sistem pentadbiran halal, kekangan perundangan, tarikan komersil dan pelbagai faktor setempat yang mempengaruhi kepada persamaan, perbezaan, kelebihan dan kelemahan di antara piawaian halal dari negara-negara tersebut.

University

178

Amalan politik, pentadbiran dan tadbir urus bagi empat negara jelas memiliki perbezaan yang nyata seperti amalan pentadbiran monarki sepenuhnya di Brunei pasti memiliki keunikan tersendiri berbanding negara lain. Hal ini serupa dengan amalan pentadbiran di Malaysia yang mengamalkan pentadbiran agama mengikut negeri-negeri yang diketuai Sultan, Yang Dipertuan Besar dan Dipertua Negeri dan begitu juga Singapura dan Indonesia dengan pentadbiran yang diketuai Presiden dalam menguruskan pentadbiran negara sepenuhnya. Perbezaan „urf dan maslahah setempat pasti memberi kesan signifikan terhadap pembangunan piawaian halal dan mempengaruhi pengeluaran fatwa berkaitan isu-isu halal dari empat negara ini meskipun dalam kaca mata umum ia kelihatan hampir banyak persamaan kerana pengaruh Mazhab Syafii yang meluas di Asia Tenggara.

4.4.1 Persamaan Piawaian Halal Antara Empat Negara

Daripada analisis piawaian halal antara empat negara yang telah dilakukan, terdapat tiga aspek persamaan yang telah dikenal pasti dalam kajian penyelidikan ini. Iaitu, a) definisi makanan halal, kosmetik halal dan farmaseutikal halal yang jelas; b) kecekapan prosedur penilaian audit; dan c) ketelitian prosedur pensampelan dan analisis makmal.

4.4.1.1 Definisi makanan halal, kosmetik halal dan farmaseutikal halal yang jelas Sedia maklum bahawa definisi bagi makanan halal, kosmetik halal dan farmaseutikal halal di empat negara telah dijelaskan secara terperinci dalam bab kedua. Berikutan analisis ini merangkumi tiga piawaian halal yang berbeza maka kajian mengkategorikan mengikut tertib (i), (ii) dan (iii).

University

(i) Definisi Makanan Halal

Merujuk kepada MS 1500:2009 di klausa 2.3463 telah menerangkan definisi makanan halal daripada butiran a) hingga f). Syarat a) telah dijelaskan lagi di klausa 3.5.1 tentang sumber bahan dan di klausa 3.5.2 tentang proses penyembelihan haiwan. Syarat b) dijelaskan di klausa 2.4 tentang najis menurut hukum syarak. Syarat d) dijelaskan di klausa 3.3 tentang peralatan, perkakas, mesin dan bahan bantuan pemprosesan manakala syarat e) dan f) pula dapat difahami dengan jelas.

Dalam PBD 24:2007 di klausa 2.4464 menerangkan definisi makanan halal daripada butiran a) hingga f). Syarat a) telah dijelaskan di klausa 3.0 tentang sumber bahan dan di klausa 3.2 tentang prosedur penyembelihan haiwan. Syarat b) dijelaskan di klausa 2.8 tentang najis. Syarat d) dijelaskan di klausa 3.4 tentang pengilangan, pemprosesan, pengendalian, penyimpanan, pengangkutan dan pengedaran produk khususnya di klausa 3.4.2 yang berkaitan peralatan, perkakas, mesin dan bahan bantuan pemprosesan. Syarat e) dan f) dijelaskan dengan baik sekali.

Dalam MUIS-HC-S001 di klausa 4.1465 menerangkan definisi makanan halal daripada butiran a) hingga e). Syarat a) dijelaskan di Lampiran A tentang sumber bahan bagi makanan dan minuman, tumbuh-tumbuhan, dan haiwan. Syarat b) dijelaskan di Lampiran B tentang prosedur sembelihan halal. Syarat c) dijelaskan di Lampiran C tentang kaedah penyucian najis khususnya di klausa C.2 dan C.3 ia berkaitan tentang definisi najis dan jenis-jenis najis. Syarat d) dijelaskan di klausa 4.2 tentang penyimpanan, peragaan dan penyajian produk manakala syarat e) dihuraikan dengan baik dan boleh difahami.

463

Jabatan Standard Malaysia, MS 1500:2009, 1-2.

464

The Religious Council Brunei Darussalam, PBD 24:2007, 8-9.

465

Singapura MUIS Halal Standard, MUIS-HC-S001, 8.

University

180

Dalam HAS 23201, definisi makanan halal diterangkan secara umum di klausa 4.1466 daripada butiran a) hingga j). Syarat a) dan b) dijelaskan di klausa 4.2 tentang pensyaratan bahan haiwan. Syarat c) dan d) dijelaskan di klausa 4.4 tentang persyaratan alkohol/etanol dan di klausa 4.5 tentang persyaratan hasil sampingan industri khamr. Syarat e), f), g) dan h) boleh difahami dengan jelas. Manakala syarat i) dijelaskan di klausa 5.0 tentang pensyaratan dokumen bahan khususnya di klausa 5.1 (b) yang berkaitan pensyaratan umum manakala syarat j) dijelaskan di klausa 5.2 tentang pensyaratan dokumen bahan berdasarkan jenis bahan khususnya di klausa 5.2.1 yang berkaitan persyaratan bahan yang harus dilengkapi Sertifikat Halal.

(ii) Definisi Farmaseutikal Halal

Merujuk kepada MS 2424:2010 di klausa 3.2467 menerangkan definisi farmaseutikal halal daripada butiran a) hingga f). Syarat a) dijelaskan lagi di klausa 4.15 tentang bahan-bahan yang digunakan dalam pengeluaran farmaseutikal halal. Syarat b) dijelaskan di klausa 3.5 tentang najis manakala syarat d) pula dijelaskan di klausa 4.9 tentang premis dan peralatan dan di klausa 4.10 tentang kawasan pengeluaran dan penyimpanan. Manakala syarat c), e) dan f) diterangkan dengan jelas dan baik sekali.

Dalam GD 24:2010 di klausa 2.8468 menerangkan definisi produk ubat-ubatan moden dan tradisional serta suplemen kesihatan daripada butiran a) hingga f). Syarat a) dijelaskan di klausa 3.1 tentang sumber bahan dan di klausa 3.4 tentang penyembelihan haiwan menurut hukum syarak. Syarat b) dijelaskan lagi di klausa 2.15 tentang najis. Syarat d) dijelaskan di klausa 3.5.5 tentang peralatan, perkakas, mesin dan bantuan pemprosesan manakala syarat c) dan f) dijelaskan dengan baik sekali.

466

LPPOM-MUI, HAS 23201, 4.

467

Jabatan Standard Malaysia, MS 2424:2010, 1.

468

The Religious Council Brunei Darussalam, GD 24:2010, 8.

University

(iii) Definisi Kosmetik Halal

Merujuk kepada MS 2200:2008 di klausa 3.4469 menerangkan definisi kosmetik dan dandanan diri halal daripada butiran a) hingga f). Syarat a), c) dan e) boleh difahami dengan jelas manakala syarat b) dijelaskan di klausa 4.0 tentang keperluan sumber-sumber bahan kosmetik dan dandanan diri yang halal. Syarat d) dijelaskan lagi di klausa 4.5 tentang peralatan, perkakas, mesin dan bahan bantuan pemprosesan.

Berdasarkan kepada huraian definisi di atas, produk yang dikategorikan sebagai makanan halal, farmaseutikal halal dan kosmetik halal adalah produk yang mematuhi peraturan yang digariskan dalam Islam iaitu bebas daripada komponen yang diharamkan oleh Allah SWT. Ia bukan sahaja melihat kepada sumber bahan yang digunakan tetapi merangkumi aspek-aspek lain seperti pengurusan, pemprosesan, pengendalian, pengedaran, penyajian, penyimpanan, pengangkutan, pembungkusan, pelabelan, pengiklanan, dan semua proses yang berkaitan.

Walau bagaimanapun, dalam piawaian makanan halal MS 1500:2009 syarat c) telah menyatakan supaya makanan halal hendaklah selamat untuk dimakan, tidak beracun, tidak memabukkan atau tidak memudaratkan kesihatan. Syarat c) dijelaskan di klausa 3.5.3 yang menyatakan makanan atau ramuannya yang diproses hendaklah selamat dimakan, tidak beracun, tidak memabukkan ataupun tidak memudaratkan kesihatan dan di klausa 3.7.1 (d) bahan pembungkus tidak mempunyai kesan toksik ke atas makanan halal. Begitu juga dalam PBD 24:2007 syarat c) menjelaskan makanan halal hendaklah selamat dan tidak memudaratkan. Syarat c) dijelaskan di klausa 3.4.1 (c) menyatakan produk atau ramuan makanan adalah selamat dan tidak memudaratkan dan di klausa 3.7.1 (d) bahan

469

Jabatan Standard Malaysia, MS 2200:Bahagian 1: 2008, 2.

University