• Tidak ada hasil yang ditemukan

DAN BRUNEI

2.5 Kosmetik Halal

Dari segi bahasa, kosmetik adalah alat solek atau bahan yang digunakan untuk men-cantikkan rupa orang perempuan dan luaran sahaja (tidak melibatkan fungsi).210 Dari segi istilah pula, kosmetik merupakan apa-apa bahan atau persediaan yang dicadangkan untuk digunakan atau boleh digunakan ke atas beberapa bahagian luaran tubuh badan manusia termasuklah epidermis, sistem rambut, kuku, bibir, organ genital luaran dan lain-lain atau ke atas gigi dan membran mukosa di dalam rongga mulut bagi membersih, mewangi,

209

Dzulkifli Abdul Razak, Ubat dan Anda, 16-17.

210

Pusat Rujukan Persuratan Melayu, “Kosmetik” laman sesawang Pusat Rujukan Persuratan Melayu, dicapai 26 Februari 2014, http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kosmetik.

University

memperbaiki dan merubahnya. Produk kosmetik juga digunakan untuk menjaga dan mencantikkan kulit serta menghilangkan berat badan.211

Di Malaysia, berdasarkan kepada MS 2200:2008, kosmetik halal adalah produk yang termasuk definisi kosmetik dan juga aksesorinya yang dibenarkan oleh hukum syarak. Produk kosmetik halal mestilah menepati ciri-ciri hukum syarak yang dibenarkan seperti yang berikut:212

a) Tidak terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau bahan daripada manusia atau terbitan daripadanya.

b) Tidak terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahan dari haiwan yang orang Islam dilarang oleh hukum syarak menggunakannya atau memakannya atau tidak disembelih mengikut hukum syarak.

c) Tidak mengandungi apa-apa bahan atau bahan terubah suai genetik (GMO) yang dihukum sebagai najis mengikut hukum syarak.

d) Tidak di sedia, diproses, di kilang atau disimpan menggunakan apa-apa alat yang tidak bebas daripada bahan-bahan najis mengikut hukum syarak.

e) Apabila menyedia, memproses atau mengilang produk kosmetik, tidak bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa bahan yang tidak memenuhi kehendak-kehendak perenggan a), b), c) atau d); dan

f) Tidak memudaratkan pengguna atau pemakainya.

Berdasarkan kepada definisi kosmetik halal di atas, dapat difahami bahawa kosmetik halal adalah sediaan kosmetik yang tidak mengandungi bahan ramuan yang tidak

211

Anan C. Mohd, “Kertas untuk Pertimbangan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam untuk Tujuan Kosmetik,” 2006, 2.

212

Jabatan Standard Malaysia, MS 2200: Bahagian 1: 2008 Barangan Kepenggunaan Islam-Bahagian 1:

Kosmetik dan Dandanan Diri (Putrajaya: Jabatan Standard Malaysia, 2008), 2.

University

78

halal menurut hukum syarak bagi kegunaan luar tubuh manusia sama ada untuk disapu, digosok, ditempel, dipakai dan seumpamanya. Selain itu, kosmetik halal juga menekankan kepada keselamatan dan kebersihan semasa proses penyediaannya malah mempunyai kualiti tertentu yang dapat memenuhi keperluan pengguna dalam aspek kepenggunaan dan keberkesanannya. Ini menunjukkan bahawa kosmetik halal mempunyai piawaian halal yang tinggi dalam aspek keselamatan, kebersihan dan kualiti produk.

Lazimnya, sediaan kosmetik dihasilkan daripada sumber haiwan, tumbuh-tumbuhan dan tumbuhan air. Namun begitu, kebanyakan daripada bahan ini telah diolah secara saintifik melalui teknologi moden dan menjadikannya sebagai sumber untuk bahan kosmetik tiruan.213 Bahan kosmetik juga mungkin mengandungi pelarut seperti alkohol, lelemak seperti lilin, minyak dan lemak. Sumber lelemak ini juga dapat diperoleh daripada dua sumber iaitu haiwan dan tumbuhan. Terdapat beberapa kes di mana sediaan kosmetik tersebut mengandungi minyak yang diperoleh daripada lemak babi seperti yang tertera dalam label sebagai asas salap babi (lard ointment base).214

2.5.1 Bahan Asas Kosmetik

Bahan asas yang digunakan dalam sediaan kosmetik adalah pengawet, pengimbang pH, pengawal kelembapan, pembantu prosesan, pewarna, perisa dan pewangi. Perincian adalah seperti berikut: 215

a) Pengawet

Pengawet digunakan untuk tujuan melindungi sediaan kosmetik daripada pencemaran kuman semasa kosmetik digunakan selain mengurangkan kerosakan sediaan yang

213

Anan C. Mohd, “Kertas untuk Pertimbangan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam untuk Tujuan Kosmetik,” 2.

214

Mohamad Isa Abd Majid et al., Kosmetik dan Anda, 88-89.

215

Ibid.

University

disebabkan oleh pembiakan kuman. Bahan-bahan yang tergolong sebagai pengawet adalah paraben, sebatian ammonium kuartenar, alkohol seperti etanol dan isopropanol serta terbitan fenol seperti p-kloro-m-kresol. Selain mencegah pembiakan kuman, pengawet juga mampu mencegah minyak di dalam sediaan kosmetik daripada menjadi tengik. Bahan seperti ini termasuklah asid benzoik, BHA dan tokoferol atau vitamin E.

b) Pengimbang pH

Pengimbang pH merupakan bahan yang akan mengekalkan pH sediaan kosmetik supaya sediaan tersebut serasi dengan kulit jika bahan tersebut tidak digunakan, perubahan mendadak dari segi nilai pH iaitu sama ada berasid atau berbes akan menyebabkan kerengsaan kulit semasa pengguna menggunakan sediaan kosmetik tersebut. Antara bahan yang digunakan untuk mengimbang pH sediaan ialah suatu asid iaitu asid sitrik atau suatu bes iaitu ammonium karbonat. Di samping penambahan suatu asid atau bes, pengimbang pH boleh juga merupakan campuran garam seperti ammonium bikarbonat atau kalsium karbonat dengan asid tartarik.

c) Pembantu prosesan

Pembantu prosesan merupakan bahan-bahan yang digunakan untuk memproses campuran bahan-bahan kosmetik agar menjadi suatu produk akhir yang menarik. Sebagai contohnya, kebanyakan sediaan kosmetik terdiri daripada campuran minyak di dalam air. Jika tiada pembantu prosesan digunakan di dalam campuran minyak dan air maka pemisahan kedua-dua lapisan dan produk yang terhasil merupakan suatu produk yang tidak menarik. Dalam hal ini, agen pengemulsi seperti natrium lauril sulfat atau gel alumina digunakan untuk mendapatkan minyak yang sebati dengan air. Bahan pembantu prosesan yang lain

University

80

termasuklah dodesilbenzen asid sukfonik dalam syampu untuk membolehkan syampu lebih berbuih.

d) Pengawal kelembapan

Pengawal kelembapan pula digunakan untuk mencegah kehilangan air daripada sediaan kosmetik apabila bekas sediaan kosmetik dibuka berulang kali. Bahan-bahan yang digunakan seperti gliserin dan propilena glikol di dalam losyen dank rim pelembap memudahkan penggunaan sediaan agar mudah disapu dan diratakan ke kulit.

e) Pewarna

Pewarna juga digunakan untuk menghasilkan warna sediaan yang menarik perhatian pengguna. Pewarna yang digunakan boleh merupakan pewarna tiruan seperti FD & C merah atau pewarna asli seperti karotena, alkanet dan safron.

f) Perisa

Perisa pula digunakan untuk menutup rasa bahan-bahan kosmetik yang tidak enak digunakan. Contoh bahan perisa yang digunakan adalah seperti amil asetat dan etil asetat.

g) Pewangi

Bahan ini amat penting dalam sediaan kosmetik terutamanya minyak wangi, nama pewangi tidak dinyatakan bertujuan untuk melindungi pelaburan pembangunan sediaan wangi yang dibuat oleh pengilang. Namun sesetengah pewangi boleh menyebabkan kesan alahan. Oleh sebab itu, terdapat pengeluar produk kosmetik yang cenderung melabelkan produk kosmetik mereka sebagai bebas pewangi.

University

Berlandaskan kepada konsep makanan halal, farmaseutikal halal dan kosmetik halal yang telah pun dibincangkan dalam perenggan-perenggan sebelumnya maka prinsip-prinsip umum penentuan halal dan haram dalam Islam akan dibahaskan di perenggan yang berikutnya.