• Tidak ada hasil yang ditemukan

3.2 Kategori Pantun Utara KKMS Berdasarkan Nilai-Nilai Islam

3.2.3 Nilai Islam dalam Aspek Tatasusila

3.2.3.10 Kerjasama, Tolak Ansur dan Persefahaman

ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (menurut syarak)”. (Al-Baqarah, 2:228)



“Tempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani idahnya) itu di tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu; dan janganlah kamu menyusahkan mereka (di tempat tinggal itu)” (Ath-Talaq 65: 6)

3.2.3.10 Kerjasama, Tolak Ansur dan Persefahaman

Kerjasama bermaksud kerja (usaha dan sebagainya) bersama-sama atau saling membantu (antara dua atau beberapa pihak), gotong-royong (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005:763). Tolak ansur ialah tolak raih saling menuruti (memberi) (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005:1704). Persefahaman pula bermaksud perihal bersefahaman, permuafakatan, persetujuan (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005:404). Pantun Utara KKMS juga menekankan nilai kerjasama dalam kehidupan bermasyarakat. Manusia merupakan ciptaan yang mempunyai fitrah untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain kerana manusia hidup dalam sesebuah kelompok kehidupan yang dikenali sebagai masyarakat. Oleh itu, bagi memastikan segala urusan berjalan dengan lancar, sikap kerjasama yang telah subur dalam diri mesti dipraktikkan dan dilaksanakan ditonjolkan dalam pantun Utara KKMS seperti berikut:

102

Ayam ini ayam tambatan, Hari ini hari Ahad, Mari ditambat Pantai Melaka; Esok hari Isnin;

Kudengar tuan bergedung intan, Kalau kerja tidak muafakat, Bolehkah saya tumpang berniaga. Kerja kita itu main-main.

(Pantun 2399, KKMS 1990) (Pantun 2604, KKMS 1990) Kacang kelisa tumbuh di dusun, Ribut-ribut bawa pukat, Tumbuh sepohon di tiang layang; Melihat gelung di Selat Jawa;

Kami menyambut bersusun-susun, Kita hidup tanda muafakat, Kerana meraikan pengantin datang. Tolong menolong tanda sejiwa.

(Pantun 2634 , KKMS 1990) (Pantun 2880 , KKMS 1990) Jerat semata di hujung tanjung,

Terkena landak jantan betina;

Panjang dikerat pendek disambung, Untuk kita bekerjasama.

(Pantun 2631, KKMS 1990)

Nilai tolak ansur dan persefahaman juga ditemui dalam pantun Utara KKMS. Tiada individu atau kelompok yang dapat hidup bersendirian. Pengertian tolak ansur secara umumnya ialah orang-orang yang bersatu dalam sesuatu pekerjaan yang terdiri daripada dua orang atau lebih untuk tujuan tertentu, untuk menghasilkan pengeluaran dan mengagihkannya. Setiap manusia yang bergaul dengan sesuatu golongan mestilah ada caranya yang tertentu dan ada berbagai-bagai bentuk. Hubungan ini tidak kira dalam bentuk apa sekalipun sama ada memberi bantuan, kerjasama dan sebagainya tetapi khusus kepada perkara-perkara kebaikan sahaja.



“Hendaklah kamu bantu-membantu untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah pula kamu bantu-membantu pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan (melampaui batas-batas ajaran Allah); dan bertaqwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya.” (Al-Ma’idah, 5:2)

103 3.2.3.11 Memegang Janji

Pantun Utara KKMS juga menekankan nilai memegang janji. Janji bermaksud; 1.

Pernyataan kesediaan untuk berbuat atau memberi sesuatu; 2. Syarat, ketentuan atau tuntutan dengan syarat; 3. Pengunduran waktu, tangguh atau penundaan; 4. Ajal, had, waktu atau sudah sampai masanya (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005:608).

Apabila seseorang berjanji, maka janji tersebut wajib ditunaikan. Oleh sebab itu, apabila sesuatu perjanjian tidak dapat dipenuhi, ia akan memberi kesan-kesan yang negatif kepada kedua-dua individu yang berjanji. Terutama perjanjian antara sepasang kekasih yang sedang bercinta. Berikut adalah contoh pantun Utara KKMS berkaitan janji:

Anak Yu dua serupa, Dari Jejawi ke Kubang Gajah Yu berjumpa dengan sembilang; Jangan simpang ke Mata Air Janji dulu adik tak lupa, Mungkir janji bukan mudah Tunggulah sampai adik pulang. Bagai pemotong belum dibayar.

(Pantun 2361, KKMS 1990) (Pantun 2557 , KKMS 1990) Bukit Lagi bintang berkarang, Tempat mana cepok berbunyi, Anak yu dua serupa; Pokok kabu tepi kolam;

Adik pergi abang tak larang, Tempat mana adik berjanji, Janji dahulu janganlah lupa. Di dalam kelambu atas tilam.

(Pantun 2482 , KKMS 1990) (Pantun 2962, KKMS 1990) Dari Jejawi ke Kubang Gajah, Terang bulan bagai diukir, Jangan simpang ke Mata Air; Pinang sendawa dari Makasar;

Mungkir janji bukan mudah, Kalau saya setianya mungkir, Bagai pemotong belum dibayar. Tuntut dakwa di Padang Mahsyar.

(Pantun 2557, KKMS 1990) (Pantun 2968, KKMS 1990) Lembu merah tanduk bercabang,

Satu tanduk memangku tali;

Ayuh adik jangan marah abang, Abang datang nak temu janji.

(Pantun 2728, KKMS 1990)

Islam menuntut umatnya menunaikan janji apabila mereka berjanji. Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah (2:177) :

104 barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, hari akhirat, segala malaikat, segala kitab, sekalian nabi dan mendermankan hartanya yang dicintai kepada: kaum kerabat, anak-anak yatim, orang miskin, orang yang sedang musafir (yang memerlukan pertolongan), kepada orang yang meminta dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi serta mendirikan solat, mengeluarkan zakat dan orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka berjanji dan ketabahan orang yang sabar dalam keadaan kesempitan (kemiskinan yang melarat) dan dalam peperangan. Mereka (yang bersifat demikian) itulah orang yang benar (dalam keimanan dan kebaktian) dan mereka itulah juga orang yang bertaqwa”.

3.2.3.12 Kesederhanaan dan Kesempurnaan

Kesederhanaan ialah perihal sederhana (sedang, pertengahan) (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005:1407). Nilai kesederhanaan dilihat berlawanan dengan sifat membazir dan boros. Ia juga boleh dikenali sebagai sifat berpada-pada (qanaah). Sifat ini boleh dilihat daripada pemakaian, komunikasi dan tingkah laku seseorang. Justeru, sikap yang tidak berlebihan ini dilihat sebagai sifat yang diterapkan dalam kehidupan masyarakat Melayu melalui pantun Utara KKMS yang dihasilkan seperti berikut:

Jangan dilurut padi muda, Terung catur tepi sempadan, Padi muda dibawa ke barat; Tanam gelugur di tebing tinggi;

Jangan diturut hati muda, Sudah patut sudah padan, Hati muda membawa larat. Sudah ukur sama tinggi.

(Pantun 2624, KKMS 1990) (Pantun 2971, KKMS 1990)

105

“Makanlah dari buahnya ketika ia berbuah, dan keluarkanlah haknya (zakatnya) pada hari memetik atau menuainya; dan janganlah kamu berlebih-lebihan (pada apa-apa jua yang kamu makan atau nafkahkan); Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlebih-lebihan. (Al-An’am, 6:141)

Islam menganjurkan umatnya sentiasa hidup sederhana dalam semua hal. Ini selaras dengan firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah (2:143) :

 pertengahan (pilihan lagi adil), supaya kamu layak menjadi saksi terhadap umat manusia (pada hari kiamat kelak) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi saksi terhadap kamu”.

Air surut ikan geramai, Anak beruk di tepi pantai, Sudah dapat ikan tenggiri; Anak merpati merah kakinya;

Masa hidup kita berdamai, Biar buruk kain dipakai,

Masa mati seorang diri. Asal pandai mengambil hatinya.

(Pantun 2297, KKMS 1990) (Pantun 2319, KKMS 1990)

kesempurnaan ialah perihal sempurna (lengkap, teratur) (Dewan Bahasa Edisi Keempat, 2005:1442). Nilai kesempurnaan yang terangkum dalam pantun kajian ini ialah berkaitan dengan kesempurnaan hidup menurut hakikat Islam yang sejati. Ini termasuklah akhlak, kasih sayang, keharmonian rumah tangga dan tatatertib pergaulan.

106

“Jikalau Allah melapangkan rezeki bagi setiap hamba-Nya, nescaya mereka akan melampaui batas di bumi. Tetapi Allah menurunkan (rezeki-Nya itu) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendaki-Nya.

Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hamba-Nya, lagi melihat.” (Asy-Syura, 42:27)



“Kamu (wahai umat Muhammad) adalh sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Kalaulah ahli tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) antara mereka ada yang beriman dan kebanyak mereka orang yang fasik.” (Ali Imran, 3:110)

3.2.3.13 Keberanian

Keberanian bermaksud kegagahan, keperkasaan (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005:167). Pantun Utara KKMS yang berkaitan keberanian adalah seperti berikut:

Bukan dedak sebarang dedak, Kalau tuan singgah ke Tanjung Batu, Dedak seberang laut jati; Singgah beli sebatang galah;

Bukan budak sebarang budak, Kalau tuan kata begitu, Budak ini berani mati. Saya berani mengaku salah.

(Pantun 2471, KKMS 1990) (Pantun 2683, KKMS 1990) Kalau bulan tiada bercahaya,

Pasang pelita di hujung titi;

Kalau tuan tiada percaya, Belah dada lihatlah hati.

(Pantun 2661, KKMS 1990)

Nilai keberanian boleh dilihat apabila seseorang berada dalam keadaan berbahaya dan berisiko tinggi. Kebijaksanaan yang tinggi dalam diri seseorang yang yang berada dalam keadaan tersebut diperlukan kerana seseorang yang berani mesti berupaya memanipulasi keadaan kepada yang lebih positif dan bukan bertindak

107

secara membuta tuli yang akan membawa kepada kehancuran dan kemusnahan. Ini termasuk jugalah dalam hal berani bercakap benar tentang sesuatu perkara.

Firman Allah SWT :

“Wahai orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan ucapkanlah perkataan yang benar (dalam Segala perkara). Nescaya Allah memperbaiki amalan-amalan kamu dan mengampunkan dosa-dosa kamu.(Ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, maka Sesungguhnya dia telah berjaya mencapai kejayaan yang besar.” (Al-Ahzab, 33: 70-71)











“Katakanlah (Wahai Muhammad): "Tiap-tiap seorang beramal menurut keadaannya masing-masing”. (Al-Isra’ 17: 84)

3.2.3.14 Ikhlas

Ikhlas bermaksud (dengan) hati suci, tidak menipu atau tidak berpura-pura (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005:563). Erti ikhlas ialah murni atau bersih yang tidak ada campuran (Humaidi Tatapangarsa, 1980:151). Maksud bersih di sini ialah bersihnya sesuatu pekerjaan daripada campuran motif selain dari Allah SWT. Campuran motif tersebut seperti ingin dipuji orang, ingin mendapat nama dan sebagainya. Contoh pantun ikhlas boleh dilihat melalui pantun Utara KKMS di bawah:

Nasi lemak gulai keladi, Mari makan rumah Pak Abas;

Sungguhpun banyak saya berbudi, Tapi tidak pula saya hendakkan balas.

(Pantun 2768, KKMS 1990)

108

Oleh itu, sesuatu pekerjaan itu dikatakan ikhlas sekiranya pekerjaan itu dilakukan semata-mata kerana Allah SWT, mengharapkan redha-Nya dan pahala-Nya. Melalui pantun di atas nilai Ikhlas ini cukup jelas diterapkan dalam pantun Utara KKMS.









“Ingatlah! Hanya kepada Allahlah segala ketaatan yang murni”. (Az Zumar, 39:3)

3.2.3.15 Hemah Tinggi

Hemah tinggi didefinisikan sebagai mempunyai budi pekerti yang mulia (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005:525). Nilai hemah tinggi bermaksud beradap sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2000:4). Hemah tinggi menggambarkan seseorang yang mempunyai budi pekerti dan tingkah laku yang mulia dan lemah lembut dalam hubungannya dengan ahli masyarakat yang lain.

Orang Acheh memacu kuda, Orang Daik menunggang kuda, Kuda dipacu laju sekali; Kuda ditunggang laju sekali;

Buat baik berpada-pada, Buat baik berpada-pada, Buat jahat jangan sekali. Perkara jahat jangan sekali.

(Pantun 2781, KKMS 1990) (Pantun 2789, KKMS 1990)

Dua rangkap pantun di atas jelas menunjukkan bahawa nilai hemah tinggi juga terdapat dalam pantun Utara KKMS. Hemah tinggi merangkumi unsur-unsur kerohanian, kemanusiaan dan kewarganeraan serta dikaitkan dengan sikap menghormati dan simpati kepada orang lain (Yus’Aiman Jusoh, 2013:75). Ciri-ciri berhemah tinggi ialah, kesopanan, mengakui kesalahan diri dan ramah mesra.

109 kelapangan dalam majlis”(untuk membuka ruang tempat duduk orang lain), maka lapangkanlah, nescaya Allah memberi kelapangkan untuk kamu.

Apabila diminta kamu, “Berdirilah”, maka bangunlah, nescaya Allah meninggikan darjat orang yang beriman di kalangan kamu, dan orang yang diberi ilmu pengetahuan (di kalangan kamu) - beberapa darjat. (Ingatlah) Allah Maha Mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang kamu lakukan.”(Al-Mujadalah, 58:11)

3.2.3.16 Berbudi Bahasa

Nilai berbudi bahasa merupakan antara nilai terpenting dalam kehidupan masyarakat.

Nilai ini menggambarkan keluhuran peribadi seseorang. Ia bermula daripada tindakan fizikal seperti menundukkan badan apabila melalui orang yang lebih dewasa sehinggalah tindakan yang melibatkan pertuturan seperti tidak mencerca dan menghina individu yang lain. Kamus Dewan Edisi Keempat (2005:212) mentakrifkan budi kepada beberapa bahagian, iaitu:

a. Budi sebagai akal, kebijaksanaan

b. Budi sebagai perangai, tingkah laku, kelakuan, watak c. Budi sebagai sifat baik, perbuatan baik, kebajikan d. Budi sebagai bicara, daya upaya

Budi boleh dibahagikan kepada rumpun atau gugusan yang bersirat seperti akal budi, hati budi, budi bicara, budi bahasa dan budi pekerti (Salinah Ja’afar, Jurnal Peradapan Melayu vol. 3/, 2005:52). Bagi masyarakat Melayu, orang yang memiliki budi akan

110

dianggap orang budiman, iaitu seorang yang mulia sifatnya. Nilai ini sangat ditekankan dan diilustrasikan melalui pantun Utara KKMS seperti berikut:

Banyak ubi perkara ubi, Kain buruk berikan saya, Ubi keledek ditanam orang; Mari dibungkus sedikit kopi;

Banyak budi bicara budi, Rupa yang buruk jangan dikira, Budi baik dikenang orang. Budi bahasa yang hendak dicari.

(Pantun 2422, KKMS 1990) (Pantun 2642, KKMS 1990)

Dalam masyarakat Melayu orang-orang yang dianggap mempunyai nilai etika, moral dan akhlak yang tinggi dan dipandang mulia oleh masyarakat. Mereka dinamakan sebagai orang yang “budiman” yang mempunyai tiga sifat utama tadi, iaitu; Pertama, budi pekerti dan adab sopan yang mulia; Kedua, budi bahasa dan budi bicara yang santun, bernas dan berwibawa; Ketiga, hati budi dan akal yang tinggi dan bijaksana (Hashim Haji Musa, 2008:118).













“Bukankah tidak ada balasan bagi amalan yang baik - melainkan balasan yang baik juga?” (Ar Rahman, 55:60)

“Tidak ada sesuatu yang lebih berat dalam timbangan (pada hari kiamat) dari akhlak yang baik (HR Abu Daud, Muhmmad Faiz Almath, 1993:322)

3.2.3.17 Baik Hati

Baik hati bermaksud suka menolong, mudah simpati dan pengasih (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005:108). Nilai baik hati sangat sukar dilihat tetapi dapat dizahirkan melalui kata-kata, perbuatan serta tindak-tanduk seseorang individu terhadap individu yang lain. Antara elemen-elemen yang wujud dalam sifat ini seperti belas kasihan, bertimbang rasa, murah hati, faham-memahami dan sedia memaafkan kesalahan orang lain (Jumali Hj Selamat, 2001:268). Nilai baik hati juga dikesan dalam pantun Utara KKM seperti dibawah :

111

Dewa Sakti melayang ke Daik, Orang Daik memasak periuk, Hendak mencari dewa Jaruga; Bawa pergi tanah seberang;

Kalau ada budi yang baik, Budi baik kelaku elok,

Sampai ke mati orang tak lupa. Ke mana jatuh disayang orang.

(Pantun 2575, KKMS 1990) (Pantun 2792, KKMS 1990) Orang Daik pulang ke Daik,

Anak angsa terenang-renang;

Orang baik disambut baik, Budi bahasa yang terkenang.

(Pantun 2790, KKMS 1990)

Kesempurnaan hidup bagi seseorang Muslim sejati ialah dengan baik akhlaknya.

Selain itu, sifat mudah memberi pertolongan serta mudah kira bicaranya tidak menyusahkan orang dan tidak menyakiti orang, lemah lembut bicaranya, melaksanakan hidayat Islam dan mengikuti sunnah Rasulullah SAW dalam segala perkara juga merupakan antara aspek sebagai Muslim sejati.



















“Sesungguhnya Allah bersama orang yang bertaqwa dan orang yang berusaha memperbaiki amalannya” (Al-Nahl, 16:128)

“Barang siapa melapangkan kesusahan (kesempitan) untuk seorang mukmin di dunia maka Allah akan melapangkan baginya kesusahan dari kesusahan-kesusahan hari kiamat dan barang siapa memudahkan kesukaran seseorang maka Allah akan memudahkan baginya di dunia dan akhirat.” (HR Muslim, Muhammad Faiz Almath, 1993:136)

3.2.3.18 Rendah Diri

Rendah diri ialah suka merendahkan diri, tidak angkuh (sombong,bongkak), baik hatinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005:1313). Nilai rendah diri sememangnya sudah terpupuk sedari kecil dalam budaya masyarakat Melayu. Seseorang yang mempunyai sifat rendah diri dilihat sebagai seorang yang baik dan berkeperibadian

112

mulia. Hal ini telah dinyatakan dalam pantun Utara KKMS yang dihasilkan, antaranya:

Anak merak Kampung Cina, Kain putih koyak di tengah, Singgah berhenti kepala titi; Pakaian anak naik ke hulu;

Emas Perak kebesaran dunia, Tengah kasih datang fitnah, Budi Bahasa tak dapat dicari. Biar saya berundur dahulu.

(Pantun 2353, KKMS 1990) (Pantun 2647, KKMS 1990)

Nilai rendah diri ini sejajar dengan ajaran Islam. Firman Allah SWT :

























"Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai (kerana tidak sedap didengar)." (Luqman, 31:19)

3.2.3.19 Mohon Maaf

Mohon bermaksud memohon meminta (lebih halus) (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005:1040) dan maaf bermaksud kerelaan melepaskan atau membebaskan seseorang daripada hukuman atau denda kerana sesuatu kesalahan (kekeliruan), ampun (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005:971). Lihat pantun Utara KKMS di bawah yang mempunyai kaitan dengan nilai memohon maaf:

Kain cukin basahan mandi, Pohon mangga dalam kebun, Jemur mari di hujung galah; Berbuah lebat patah dahan;

Ditamatkan pantun kebajikan budi, Salah silap minta ampun, Memohon ampun barang yang salah. Mana termakan minta halalkan.

(Pantun 2644, KKMS 1990) (Pantun 2843, KKMS 1990) Dari Seremban ke Kuala Pilah, Tuan Haji memakai jubah,

Singgan sekejap membeli roti; Disulam gambar dengan benang;

Kalau ada silap dan salah, Orang mengaji memuji Allah,

Janganlah simpan di dalam hati.” Orang sembahyang mengampun dosa.

(Pantun 2567, KKMS 1990) (Pantun 2995, KKMS 1990)

113

Nilai memohon maaf merupakan nilai yang amat ditekankan dalam Islam. Pengakuan daripada setiap kesalahan ialah sifat yang terpuji, kerana memang manusia itu cenderung melakukan kesalahan maka sebaik menyedarinya bersegeralah melakukan perbaikan dari setiap kesalahan yang dilakukan.









“Perbuatan kamu bermaaf-maafan (halal menghalalkan) itu lebih hampir kepada takwa”. ( Al-Baqarah, 2:237)

Umat Islam juga disaran untuk sentiasa memohon maaf kepada Allah SWT.























“Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang bertaqwa”. (Ali Imran, 3:133)

3.2.3.20 Rajin Bekerja

Rajin ialah suka bekerja (belajar dan lain-lain), giat, bersungguh-sungguh, tekun (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005:1271). Bekerja ialah bahasa perbuatan bagi kerja iaitu usaha (kegiatan, urusan) yang bertujuan untuk menghasilkan (menyelesaikan, menyediakan, dan sebagainya) sesuatu (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005:761). Kata-kata “Usaha Tangga Kejayaan” menggambarkan satu pekerjaan yang dilakukan mestilah dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh tanpa mengenal erti putus asa bagi mencapai kejayaan. Ini dilihat sebagai satu manifestasi sifat kerajinan. Justeru, seseorang yang tidak mempunyai sifat kerajinan ini pasti akan ketinggalan. Nilai rajin ini juga terdapat dalam pantun Utara KKMS, antaranya:

114

Apa guna pasang pelita, Pongsu empat tinggal empat, Kalau tidak dengan sumbunya; Pongsu tiga tinggal tiga;

Apa guna berjaga mata, Aku bersungguh-sungguh tapi tak dapat, Kalau tidak dengan sungguhnya. Kalau ada kudrat aku nak cuba juga.

(Pantun 2377, KKMS 1990) (Pantun 2857, KKMS 1990) Gesek biola tali empat,

Putus satu tali kecapi;

Sudah cari serata tempat, Baru dapat kehendak hati.

(Pantun 2592, KKMS 1990)

Islam menuntut ummatnya agar rajin berusaha, ini selaras dengan firman Allah SWT:



“Janganlah kamu berangan-angan (ingin mendapatkan) kurniaan yang dilebihkan Allah kepada sebahagian kamu daripada sebahagian yang lain (sama ada berbentuk keduniaan atau keagamaan). (kerana telah ditetapkan) bagi orang lelaki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan, dan bagi wanita pula ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan (maka berusahalah).Mohonlah kepada Allah akan limpah kurniaan-Nya.

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu”. (An-Nisa’, 4:32) bersyukurlah kepada-Nya; (ingatlah), kepada Allah jualah kamu akan dikembalikan.” (Al-Ankabut, 29:17)

3.2.3.21 Sabar

Sabar ialah tidak terburu-buru, tenang (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005:1361).

Nilai Islam seterusnya yang ditampilkan dalam pantun Utara KKMS ialah sifat sabar.

Nilai ini diterapkan dengan tujuan menyatakan kepada khalayak bahawa setiap ujian, cubaan atau musibah yang menimpa seseorang itu hendaklah diterima dengan tenang

115

dan penuh sabar bagi setiap orang Islam. Berikut adalah beberapa contoh pantun Utara KKMS berkaitan nilai sabar:

Banyak orang ambil baja, Kain pelikat dari Jawa, Saya seorang mengambil padi; Mari dijahit benang sutera;

Banyak orang balik saja, Sudah berikat kita berdua, Saya seorang gagah menanti. abarlah dulu menanti masa.

(Pantun 2417, KKMS 1990) (Pantun 2646, KKMS 1990) Pagi petang siang malam, Kajang tuan tali mengkuang, Tinggi rendah panjang lebar; Kajang saya bertali jerami;

Di luar pisang racun di dalam, Janganlah tuan berhati bimbang, Penawar mudah banyakkan sabar. Gunung dikejar takkan lari.

(Pantun 2812, KKMS 1990) (Pantun 2650, KKMS 1990)

Ia menggambarkan sesuatu tingkah laku yang dituntut oleh Islam. Mohd Rashid Md Idris (2011:228) mengatakan bahawa ungkapan “sabar separuh daripada iman”

memang menjadi nilai penting dalam masyarakat Melayu. Dalam mengharungi kehidupan, seseorang itu lazimnya akan menghadapi pelbagai masalah, dugaan, dan pancaroba. Oleh hal demikian, individu itu harus bersabar dan cuba mencari jalan penyelesaiannya kerana setiap yang rumit itu selalunya dapat diselesaikan dengan sifat sabar. Firman Allah SWT :



















“Dalam pada itu (ingatlah), orang Yang bersabar dan memaafkan (kesalahan orang terhadapnya), Sesungguhnya Yang demikian itu adalah dari perkara-perkara Yang dikehendaki diambil berat (melakukannya).” (Asy-Syura, 42:43)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

“Sabar adalah separuh dari iman dan keyakinan adalah seluruh keimanan”. (HR.

Ath Thabrani dan Al Baihaqi, Muhammad Faiz Almath, 1993:343)

116 3.2.3.22 Menjaga Rahsia

Menjaga ialah memberi perhatian kepada, memelihara. berikhtiar atau berusaha (supaya). (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005:596). Rahsia menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005:1268) ialah Sesuatu (benda, akal, dan lain-lain) yang sengaja disembunyikan supaya orang lain tidak mengetahuinya. Pantun Utara KKMS menekan kepentingan nilai ini seperti rangkap pantun di bawah:

Anak ikan dimakan ikan, Ikan siar dalam tuar;

Tahu makan tahu simpan, Rahsia kita jangan keluar.

(Pantun 2340, KKMS 1990)

Islam mengehendaki supaya kesalahan dan keburukan yang dilakukan oleh orang Islam disembunyikan dan tidak boleh diheboh-hebohkan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: ”Barangsiapa yang menutup ke'aiban seorang muslim, nescaya Allah akan menutup ke'aibannya di dunia dan akhirat.” (HR Muslim, Abu Daud dan At-Tirmizi. Dr. Jamal Ahmed Badi, 2001:184) dan firman Allah SWT dalam surah al-Isra’ (17:34) :















“Sempurnakanlah perjanjian (dengan Allah dan dengan manusia), Sesungguhnya perjanjian itu akan dipertanggungjawabkan.”

3.2.3.23 Menuntut Ilmu

Menuntut ilmu bermaksud berusaha untuk mencari ilmu (pengetahuan dan lain-lain), mempelajari. (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005:1743). Menuntut ilmu merupakan perkara wajib yang dituntut dalam Islam kerana ia boleh menjadi bekalan hidup di dunia dan akhirat. Bak kata pepatah “Tuntutlah ilmu biarlah hingga ke liang lahad”.

117

Pantun berkaitan kepentingan ilmu kepada manusia turut dikesan dalam pantun Utara KKMS yang dikaji.

Gunung Medan Hutan Aji, Tuan Haji memakai jubah, Padang Mawa bendang berlumpur; Disulam gambar dengan benang;

Kalau dah anak mengaji, Orang mengaji memuji Allah,

Bolehlah berdoa di atas kubur. Orang sembahyang mengampun dosa.

(Pantun 2597, KKMS 1990) (Pantun 2995, KKMS 1990) Tetak tebu buatkan dayung,

Hendak berdayung tanah besar;

Tuntut ilmu buatkan payung,

Hendak berpayung di Padang Mahsyar.

(Pantun 2982, KKMS 1990)

Hal ini menunjukkan menuntut ilmu itu wajib menurut Islam, firman Allah SWT :



“Allah meninggikan darjat orang yang beriman di kalangan kamu dan orang yang diberi ilmu pengetahuan (di kalangan kamu) beberapa darjat.”

"Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui?" (Az Zumar, 39:9)

3.2.3.24 Menjaga Kebersihan

Bersih menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005:172) ialah tidak kotor, bebas daripada pencemaran dan tidak mengandungi unsur-unsur yang boleh merosakkan atau mengganggu kesihatan. Nilai menjaga kebersihan juga ditemui dalam pantun Utara KKMS, seperti rangkap pantun di bawah:

Apa putih di tengah laut, Ruku-ruku tanaman Cina;

Apa putih di tengah rumput, Telur kutu disangka bunga.

(Pantun 2384, KKMS 1990)

118

Allah SWT juga menekankan kepentingan menjaga kebersihan sepertimana firman-Nya :















“Sesungguhnya Allah mencintai orang yang banyak bertaubat, dan mencintai

“Sesungguhnya Allah mencintai orang yang banyak bertaubat, dan mencintai