• Tidak ada hasil yang ditemukan

2.3 Peranan Pantun

2.3.4 Meluahkan Rasa Kasih Sayang

Selain itu, pantun-pantun yang dikarang oleh masyarakat terdahulu juga mempunyai fungsi untuk meluahkan rasa kasih sayang dalam masyarakat Melayu, khasnya golongan muda amat mementingkan rasa berkasih sayang. Oleh hal demikian, untuk meluahkan perasaan itu perlu disulami dengan kata-kata yang indah, berbunga-bunga, puji-memuji yang sebenarnya menampakkan jiwa mereka yang melankolik. Oleh itu, terciptanya pantun adalah sebagai cara untuk melepaskan rasa kasih dan rindu dendam golongan muda. Pantun juga dapat menggambarkan rasa kasih sayang suami kepada isteri, anak kepada ayah dan ibu sepertimana pantun yang diungkapkan di bawah:

Anak ayam dalam celepa, Buah kemuning setangkai lebat, Buka tudung memasak padi; Mari diperam dalam panggung;

Siang dan malam saya tak lupa, Sakit dan pening dapat diubat, Kasih terkandung dalam hati. Rindu dendam siapa nak tanggung.

(Pantun 2317, KKMS 1990) (Pantun 2455, KKMS 1990)

50 2.3.5 Sindiran dan Tempelak

Seterusnya, pantun juga dikarang bertujuan sebagai sindiran dan tempelak secara halus. Kehalusan dalam menegur atau menempelak juga terpancar dalam bait-bait pantun. Penggunaan pantun dirasakan dapat mengelak dari berlakunya pertelingkahan yang serta-merta di antara dua pihak. Orang Melayu menggambarkan rasa tidak puas hatinya dengan bahasa yang tidak terus terang dengan tujuan mengelakkan berlakunya pertelingkahan yang serta-merta sesama mereka. Sebagai contoh perhatikan pantun di bawah ini:

Makan ketupat di kecung baru, Putih rupanya bunga kecubung, Lempar kulit di kaki tiang; Anak buaya mati di pantai;

Dah boleh sahabat baru, Hajat hati nak peluk gunung, Sahabat lama tinggal buang. Apakan daya tangan tak sampai.

(Pantun 2739, KKMS 1990) (Pantun 2868, KKMS 1990) Anak dara pandai bergaya,

Kain sempit berbelah dada;

Jalannya lembut berlenggang sahaja, Rajin bersolek malas bekerja.

(Pantun 2333, KKMS 1990)

Pantun ini menyatakan kepada yang ditujukan tentang rasa kecewa, kesal dan dukacita si penutur pantun. Jelas di sini bahawa pantun berupaya menyembunyikan maksud atau perasaan dengan penyusunan kata-kata yang indah. Si penutur pantun mungkin mengharapkan agar beliau dapat dihargai dan tidak dilupakan begitu saja dengan kehadiran sahabat baru. Adapun maksud sebenar pantun sindiran ini ialah apabila seseorang itu mendapat teman baru, janganlah sekali-kali melupakan jasa baik teman lama. Inilah antara keunikan pantun Melayu yang penuh dengan kata-kata simbolik yang tidak terdapat pada mana-mana bangsa lain.

51

2.3.6 Menyampaikan Rasa Penghargaan atau Terima Kasih

Di samping itu, pantun juga digunakan untuk menyampaikan rasa penghargaan atau terima kasih. Menurut Mohd Rashid Md Idris (2011:75-76) “pujian yang disampaikan melalui pantun bukan sahaja sedap dan halus didengar, malah boleh menyenangkan hati orang yang mendengarnya”. Hal ini kerana, masyarakat Melayu terkenal dengan sikap mengenang budi dan jasa, justeru itu banyak pantun berkaitannya dikarang, antaranya:

Anak ayam dalam celepa, Bintang tidak terbit pagi, Buka tudung memasak padi; Diselaputi oleh awan putih;

Siang dan malam saya tak lupa, Puan sudi sampai ke mari, Kasih terkandung dalam hati. Saya memberi terima kasih.

(Pantun 2317, KKMS 1990) (Pantun 2445, KKMS 1990)

2.3.7 Menekankan Pendapat dan Menjelaskan Maklumat

Pada zaman sebelum tersebarnya agama Islam, masyarakat terdahulu menggunakan pantun untuk menekankan pendapat dan menjelaskan maklumat. Malah pantun juga digunakan di dalam penghujahan supaya pendapat yang diberikan lebih berasas.

Pantun ini dapat digunakan jika seseorang berhujah/bercakap mengenai perubahan yang berlaku pada seseorang. Perhatikan contoh ini:

Anak punai anak merbah, Pandai ia membuat sarang;

Anak sungai lagi berubah, Ini pula hati orang.

(Pantun 2356, KKMS 1990)

Pantun berikutnya memberi maklumat kepada orang lelaki agar tidak mengganggu anak dara (perempuan yang belum berkahwin) kerana akan dimarahi oleh ibunya.

52 Anak ikan jangan digoreng,

Kalau digoreng pecah lemaknya;

Anak orang jangan dijeling, Kalau dijeling marah emaknya.

(Pantun 2339, KKMS 1990)

2.3.8 Adat Istiadat

Selain itu, pantun juga digunakan untuk menggambarkan adat istiadat yang sering digunakan oleh masyarakat Melayu secara sosialisasi serta tidak formal (Norazit Selat

& Zainal Abidin Borhan, 1996:28). Hal ini kerana, adat dalam kehidupan masyarakat Melayu pada zaman tradisi amat penting sebagai tanda kesopanan bagi individu malah turut dipupuk di dalam lapisan masyarakat sehingga kini. Justeru terdapat juga pantun yang terdapat di dalam upacara yang berkaitan dengan adat istiadat, seperti majlis merisik, majlis meminang, majlis perkahwinan atau majlis lain yang formal.

Muhammad Haji Salleh (2005), menyatakan bahawa sejak zaman berzaman pantun sudah menjadi wadah atau saluran untuk adat, tidak kira apa pun jenis adat yang dianuti sesebuah masyarakat itu. Malah dalam masyarakat yang tidak mempunyai tulisan atau tidak mementingkannya, maka saluran lisanlah yang harus menyimpan dan menyebarkan segala peraturan dan undang-undang yang tercipta untuk masyarakat itu.

Anak Cina bertimbang madat, Dari mengkasar lalu ke Deli;

Hidup di dunia biar beradat, Bahasa tidak dijual beli.

(Pantun 2327, KKMS 1990)

2.3.9 Hiburan

Kebiasaannya, pantun adat akan dimulai sebagai mukadimah bagi menandakan bermulanya sesuatu acara rasmi, seperti majlis perkahwinan atau sebagai tanda

53

meminta izin, kebenaran atau untuk menyampaikan maksud di hati, di dalam upacara peminangan umpamanya. Di dalam majlis perkahwinan, acara berbalas pantun dapat menghiburkan dan menghangatkan suasana serta memeriahkan lagi majlis berkenaan.

Di samping itu, pantun secara tidak langsung juga dapat mengeratkan tali silaturrahim di antara sesama sekampung atau di antara kedua belah pihak pengantin. Contohnya:

Burug pipit datang ke mari, Nyiur manis condong ke Keling, Tempat orang menanam pala; Sudah ke Keling ke Jawa pula;

Kening diangkat senyum di beri, Hitam manis duduk mengoleng, Bagaimana hati tak gila. Sudah mengoleng ketawa pula.

(Pantun 2520, KKMS 1990) (Pantun 2779, KKMS 1990)

Walaubagaimanapun, dalam aspek kehidupan masyarakat Melayu yang amat mementingkan adat, masyarakat pada zaman tradisi juga menggunakan pantun untuk tujuan berhibur ataupun menghiburkan hati yang sedang dilanda kesedihan. Pantun ini juga menggambarkan cara kehidupan masyarakat Melayu dari segi mendapatkan hiburan. Di dalam nyanyian rakyat seperti nyanyian lagu 'Rasa Sayang', ’Tudung Periuk’, dan ’Dondang sayang’, nyata dapat memberikan hiburan kepada masyarakat Melayu yang menghasilkan sendiri cara mereka berhibur. Pantun menjadi lirik yang berkesan dan menawan dalam lagu-lagu tersebut (Aripin Said, 1986:3). Muhammad Haji Salleh dan Bazrul bin Bahaman (1999) turut mengatakan bahawa hiburan boleh berupa nyanyian dan ujaran, pemerian atau dialog di dalam hikayat, juga boleh menjadi penawar untuk mereka yang harus menanggung takdir buruk. Beliau juga mengatakan bahawa kita menyaksikan pantun digunakan di dalam Dondang Sayang sebagai dasar lagu, begitu juga di dalam Gendang Sarawak, lagu-lagu Asli, Boria Awal, dan juga Dikir Barat (Harun Mat Piah, 1989:199). Pantun juga sesekali dimasukkan ke dalam wayang kulit, syair dan hikayat untuk membawa ghairah muda dan kasih sayang terutama semasa mengejek, memikat, perpisahan dan kesedihan.

54 2.3.10 Menguji Minda

Malahan, pantun juga pernah dicipta untuk tujuan mencabar ketangkasan fikiran dan minda seseorang, misalnya dalam pantun teka-teki. Pantun sebegini begitu digemari ramai, khasnya golongan kanak-kanak. Keindahan yang terdapat di dalam pantun jenis ini melambangkan kreativiti si penciptanya. Contohnya:

Pohon temak akar pun temak, Lipan bara di dalam beras,

Gugur di kuala bunga sekuntum; Kura-kura di dalam di dalam reba;

Diluah bapa ditelan emak, Apa binatang belakang keras, Sampai bila hendak dikulum? . Binatang kura semua serupa.

(Pantun 2848, KKMS 1990) (Pantun 2734, KKMS 1990)

Menguji minda bukan hanya tertumpu pada pantun teka-teki saja, akan tetapi minda kita juga akan diuji dalam pantun-pantun yang amat sukar untuk difahami.

Sememangnya masyarakat Melayu pandai mengolah sesebuah pantun itu sehingga ia menjadi begitu sukar untuk diketahui makna yang tersirat di sebalik yang tersurat.

Pendek kata, orang Melayu mampu menghasilkan pantun yang penuh simbolik, mempunyai makna yang mendalam. Sebagai contoh, perhatikan pantun di bawah ini:

Padi pulut beras segantang, Gula sekati buat tambahnya;

Hujan ribut pohon bercongcang, Gempa di hati buruk padahnya.

(Pantun 2809, KKMS 1990)

2.3.11 Memberi Semangat

Dalam pada itu, pantun juga berfungsi untuk membangkitkan semangat Melayu bagi mempertahankan institusi Melayu sepertimana yang digunakan oleh pahlawan atau pendekar Melayu untuk membangkit semangat. Pantun merupakan warisan yang menjadi identiti dan mengukuh jati diri orang Melayu. Justeru, untuk membangkitkan semangat kepahlawanan dan keperwiraan, pahlawan Melayu ketika dahulu sering

55

menggunakan pantun kepada pengikut atau lawannya. Contohnya seperti pantun berikut:

Bolehkah abang menebar jala, Saya ke darat ke rumah Zaharah, Dapat seekor ikan selangat; Mari mengambil buah keranji;

Berani abang menahan dada, Biar kumati bertumpah darah, Biar mati bertindih mayat. Namun menyerah tidak sekali.

(Pantun 2449, KKMS 1990) (Pantun KKMS, 2006:645)

2.3.12 Menggambarkan Sistem Hidup Masyarakat Yang Beraja

Selain itu, terdapat juga gambaran lain tentang pantun seperti menggambarkan sistem hidup masyarakat yang beraja. Sebilangan pantun menggambarkan cara hidup masyarakat Melayu yang mempunyai pemimpin. Sebagai contoh, kita boleh lihat petikan pantun 'Kemakmuran Negeri Perak' di bawah:

Asah kapak tajam beliung, Terbang mari kayu berduri;

Tuanku umpama kemuncak, Patik di bawah berteduh diri.

(Pantun 2385, KKMS 1990)

2.3.13 Menampakkan Suasana Tempat

Pantun juga secara kasar menampakkan suasana tempat atau lokasi. Nama tempat sering menjadi baris pembayang sesebuah pantun dan khazanah kita menunjukkan bahawa inilah antara mencipta yang sering digunakan pemantun kita (KKMS, 2006:xxvii). Perkara ini dapat dilihat melalui penggunaan nama tempat yang banyak terdapat di dalam pembayang pantun. Pada kebiasannya, pengunaan nama tempat dalam pantun adalah berdasarkan tempat-tempat yang benar-benar wujud. Merujuk kepada pantun di bawah, keistimewaannya ditambah dengan pernyataan lokasi tempat-tempat tersebut. Buktinya nama tempat ’Negeri Perlis’, ’Simpang Empat’,

56

’Bintung’dan Útan Aji’ di Negeri Perlis, Utara Tanah Semenanjung, Malaysia, seperti pantun di bawah:

Negeri Perlis Indera Kayangan, Simpang Empat sampai ke Bintung, Tuanku Raja Syed Alwi; Jalan melintas Utan Aji;

Kalau boleh abang duk angan-angan, Kalau dapat memanglah untung, Aku nak puasa tiga hari. Kalau terlepas tergigit jari.

(Pantun 2771, KKMS 1990) (Pantun 2932, KKMS 1990)

2.3.14 Menggambarkan Kegiatan Harian Masyarakat Melayu

Pantun selain mementingkan maksud dan fungsi, ia juga menggambarkan aktiviti harian masyarakat Melayu itu. Aktiviti yang dimaksudkan di sini ialah pantun secara langsung mempaparkan cara orang Melayu mencari rezeki iaitu melalui perniagaan, menangkap ikan di laut, bersawah padi, berniaga, bertenun kain, penghasilan kain batik, pertukangan besi, emas dan perak, dan sebagainya (KKMS edisi kedua, 2005:xxx). Hasil dari cara mereka mengharungi hidup itulah maka terjadinya pengalaman-pengalaman pahit manis, suka dan duka yang diluahkan dalam bentuk pantun.

Malah, sebenarnya terlalu banyak jenis pantun yang menceritakan perkerjaan orang-orang Melayu itu, di antaranya:

Anak dara memenun kain, Orang padang berukur-ukir, Kain ditenun benang sutera; Membuat ukiran di kayu jati;

Hati tidak pada yang lain, Terpandang tuan sedang berfikir, Tuan seorang hati tak lupa. Saya merasa sakit hati.

(Pantun 2334, KKMS 1990) (Pantun 2802, KKMS 1990) Banyak orang mengetam pulut, Banyak ubi perkara ubi, Saya seorang mengetam padi; Ubi keledek ditanam orang;

Ramai orang karam di laut, Banyak budi bicara budi, Saya seorang karam di hati. Budi baik dikenang orang.

(Pantun 2418, KKMS 1990) (Pantun 2422, KKMS 1990)

57

Empat contoh pantun di atas ini jelas membuktikan bahawa orang Melayu itu mahir dalam hasil kerja tangan seperti bidang tenunan kain serta bidang kraftangan (pengukir). Orang Melayu juga mempunyai sikap bertanggungjawab untuk mengusahakan tanaman bagi memanfaatkan tanah dengan bersawah padi dan menanam ubi keledek.

2.3.15 Menyampaikan Mesej Agama

Pantun juga berperanan dalam menyampaikan mesej agama yang mengandungi mengenai aqidah, hukum-hakam, amalan syariat dan keimanan kepada Allah SWT.

Pantun sebegini ingin mengajak para pendengar untuk mengtauhidkan diri kepada Allah SWT. Apabila tersebarnya ajaran Islam di Nusantara, maka fungsi pantun menjadi lebih penting, iaitu bertindak sebagai media dakwah. Pantun akan dilantunkan di dalam majlis peminangan, perkahwinan, temasya menuai padi atau menumbuk padi, menangkap ikan dan lain-lain aktiviti dalam masyarakat Melayu terutamanya sekiranya pelbagai lapisan masyarakat akan hadir. Pada majlis tersebut, pemantun-pemantun akan memperdengarkan pantun ciptaan mereka. Para pemantun akan berbalas-balas pantun dan suasana akan menjadi begitu meriah. Dalam majlis-majlis sedemikian terkumpullah khalayak yang ramai dan turut hadir dalam kalangan pemantun itu golongan yang pandai agama. Di sinilah situasi yang sebaiknya untuk mereka berdakwah melalui pantun yang dicipta itu (Bazrul Bahaman, 2002). Berikut adalah dua contoh pantun yang menyampaikan mesej agama:

Asalnya kandis buah gelegur, Pohon mangga dalam kebun, Masak sebiji di pintu pagar; Berbuah lebat patah dahan;

Duduk menangis di pintu kubur, Salah silap minta ampun, Terkenang di dunia tidak belajar. Mana termakan minta halalkan.

(Pantun 2387, KKMS 1990) (Pantun 2843, KKMS 1990)

58

Pantun juga berperanan sebagai media memberi nasihat atau teguran secara puitis dan berhikmah. Pantun Melayu sering dirujuk sebagai pemberi nasihat, sindiran atau cacian halus, memberi pujian dan sanjungan serta sebagai bahasa diplomasi yang dihuraikan selanjutnya (Mohd Rashid Md Idris, 2011:72). Ini juga selaras dengan Firman Allah SWT dalam Surah al-Nahl (16:125):

 (kebijaksanaan) dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang terbaik, sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dia lah juga yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah”.

Menurut Wan Hussain Azmi Abdul Kadir (1994:44), al-Quran menyatakan bahawa metode yang baik untuk mengajak manusia kepada kebaikan ialah tiga cara, iaitu:

1. Cara hikmah

2. Cara kata nasihat yang baik 3. Cara perbincangan yang lebih baik

Zainal Kling (2001:5) menyatakan melalui tema keagamaan yang dikaji oleh pengkaji di dalam pantun, peranan pantun bertanggungjawab untuk nasihat supaya berkelakuan baik serta menyuruh kepada kebaikan (al-amru bil makruf), mencegah daripada keburukan (al-nahyu ‘anil munkar), beriman dan berlaku adil berupaya membentuk sebuah Negara dan tamadun yang gemilang sepertimana firman Allah SWT dalam surah Ali-Imran (3:110) :

59

“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang yang fasik.”.

Oleh yang demikian, jelas menunjukkan bahawa pantun merupakan sebuah puisi lama yang bertitik tolak daripada perkara kebaikan, kebenaran dan keindahan yang disebut di dalam al-Quran mengikut estetika Islam untuk manusia.

Daripada perkara-perkara yang telah dibincangkan, ternyatalah bahawa pantun itu menggambarkan identiti kehidupan masyarakat Melayu yang kaya dengan khazanah seninya. Sebenarnya, tidaklah dapat diukur atau dijangka dengan tepat gambaran tersebut. Hanya yang dapat pengkaji nyatakan bahawa pantun itu memainkan peranan dalam mempengaruhi gaya hidup masyarakat baik dari peringkat kanak-kanak, orang dewasa dan orang tua. Pengaruhnya merangkumi daya berfikir, beradab, kreativiti, berkerja, berbahasa, bertindak atau dalam erti kata lain pantun merangkumi banyak aspek kehidupan masyarakat Melayu. Oleh itu, untuk mengekalkan warisan kita ini kita perlu menghargai, mengenali dan menyayangi pantun kita ini supaya ia tetap kekal menjadi warisan kita turun temurun "Tak kenal maka tak cinta".

Ungku Adul Aziz Ungku Abdul Hamid di dalam syarahan yang disampaikan oleh beliau di Dewan Bahasa dan Pustaka pada 4 Disember 2009 yang bertajuk “Pantun dan Kebijaksanaan Akal Budi Melayu” telah menjelaskan bahawa orang Melayu

60

adalah bangsa yang mempunyai kebijaksanaan dalam memanipulasikan setiap kata dan gaya hidup mereka di dalam pantun. Bahkan masyarakat Melayu juga merupakan masyarakat yang mempunyai kelebihan dalam konteks daya fikir yang amat tinggi dengan cara mencipta dan mendedahkan perasaan serta buah fikiran mereka melalui pantun. Haron Mat Piah (2004:19) turut menyatakan setiap pantun membawa mesej pengajaran, nasihat dan panduan, semuanya bersifat membina dan positif, hingga tidak ada yang secara jelas bersifat negatif dengan tujuan memesongkan sikap yang baik di kalangan anggota masyarakat. Tenas effendi (2007:xxvi) turut menyatakan bahawa peranan pantun dalam kehidupan orang Melayu adalah untuk menyampaikan pesan-pesan moral yang sarat berisi nilai-nilai luhur agama, budaya dan norma-norma sosial masyarakatnya. Selain itu, pantun juga berperanan dalam mewujudkan pergaulan seresam, hiburan yang bernas serta penyampaian isi hati, kritikan dan sebagainya.

Bagi Nurazmi Kuntum (1991:58) pula, hal-hal yang realiti yang terdapat di dalam pantun yang sering kali digunakan sebenarnya lahir daripada keinsafan, kesedaran dan pengalaman hidup pemantun. Atas rasa tanggungjawab, mereka menyuarakan sesuatu setepat mungkin dengan harapan akan dapat dimanfaatkan oleh pendengar atau pembacanya. Kenyataan ini selaras dengan firman Allah SWT dalam surah Ali-Imran (3:104) :































“Hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Mereka yang bersifat demikian itulah orang yang berjaya”.

61

Manakala seorang sarjana Barat seperti Braginsky (1998:363), menyatakan bahawa pada umumnya pantun mengandungi unsur-unsur alam sekeliling iaitu makrokosmos dan mikrokosmos yang merupakan sumber alamiyah yang digunakan oleh sejauh yang terjangkau oleh akal fikiran manusia. Ini termasuklah dengan bahagian maksud atau isi yang merupakan roh dan jiwa pantun. Korpus datanya berdasarkan pengalaman inderawi dan batin manusia. Maka, bahagian ini mengandungi persoalan rasional dan logikal, interaksi manusia dengan alamnya dan interaksi manusia dengan manusia.

Yang menariknya, orang Melayu sangat kaya dengan amalan budaya dan adat. Bagi masyarakat Melayu, ajaran Islam berserta budaya dan norma-norma adalah sumber kepada nilai luhur yan terkandung di dalam tunjuk ajar yang dikatakan itu. Pesan-pesan yang diutarakan berfungsi sebagai penapis kepada anak Melayu dalam mencari ilmu pengetahuan, iaitu seperti: “Meluruskan ilmu dengan iman”, “Kalau mencari ilmu dunia, luruskan olehmu dengan agama”, “Kalau hendak hidup selamat, carilah ilmu yang bermananfaat” dan sebagainya. Selain itu pesanan juga dilahirkan dalam bentuk pantun kilat, antaranya “Kalau hidup hendak terhormat, carilah ilmu jauh dan dekat”, “Kalau hidup hendak terpuji, menuntut ilmu jangan berhenti”, “Kalau hidup hendak bertuah, menuntut ilmu janganlah lengah” dan lainnya.

Tenas Effendy (2013:30) menyatakan kearifan berfikir orang Melayu tidak dapat dilepaskan dari budaya Melayu. Beratus-ratus ungkapan Melayu mengingatkan mereka supaya berfikir dalam hidupnya, berfikir dalam merancang usaha, berfikir dalam bekerja, berfikir sebelum berbicara, berfikir sebelum bertindak, berfikir sebelum mengambil keputusan, berfikir untuk memelihara alam lingkungan, berfikir

62

untuk memahami rahsia alam, berfikir mengenai ciptaan Allah SWT dan sebagainya.

Peringatan itu menjadikan pegangan orang Melayu, sehingga mereka selalu berfikir dalam menjalankan bahtera kehidupannya.

2.4 Buku Kurik Kundi Merah Saga (KKMS)

“Yang Kurik itu Kundi, Yang Merah itu Saga;

Yang Baik itu Budi, Yang indah itu bahasa.”

Nama buku ini diambil dari pantun di atas yang menyentuh mengenai adab sopan dan budi bahasa dalam budaya masyarakat Melayu. Walaupun nampak mudah dan ringkas ia mempunyai maksud yang luas dan mendalam. Frasa yang kurik itu kundi, yang merah itu saga ini sangat berkait dan menepati ciri-ciri pantun yang baik. Buku ini mengumpulkan pantun-pantun yang mencerminkan sifat-sifat dan sikap orang Melayu yang amat mementingkan kasih sayang, menjunjung tinggi hubungan kekeluargaan, budi, menghormati diri dan menghormati sesama insan, muafakat, dan pelbagai nilai murni.

Buku ini mempunyai 1093 halaman yang membariskan rangkap-rangkap pantun dari 6 kawasan, iaitu kawasan Selatan (Johor dan Melaka), kawasan Tengah (Selangor dan Negeri Sembilan), kawasan Utara (Perak/ Kedah/ Perlis), kawasan Timur (Kelantan/

Terenggganu / Pahang), dan Sabah & Sarawak. Koleksi pantun Utara berjumlah 714 diambil dari Perak (Parit, Gerik, Lenggong dan Ipoh), Kedah (Alor Setar dan Langkawi) dan Perlis (Kangar, Mata Air dan Chuping). Seramai 14 orang dari Perak, 5 orang dari Perlis dan 7 orang dari Kedah (Rujuk Jadual 2).

63

Jadual 2: Kawasan-Kawasan yang Terlibat dalam Koleksi Pantun Utara KKMS

Perak Perlis Kedah

Seramai 26 orang individu telah terlibat dalam memberi sumbangan pantun Utara KKMS seperti dalam jadual 3.

Jadual 3 : Individu-Individu Penyumbang Pantun Utara KKMS

Perak Perlis Kedah

1. Abu Hassan bin Raof 2. Awang bin Man 3. Hajah Hamiah binti

Ghalib

4. Haji Mohd Baharudin bin Malik 9. Rabaiyah binti Tahir 10. Salehan binti Hashim 11. Ustaz Namik 3. Haton binti Abdullah 4. Mahmud bin Wahid

Pantun-pantun yang terkumpul ini mengandungi nilai dan falsafah tentang alam Melayu. KKMS Edisi Kedua (2005:xviii), Bentuk pantun ini bukan saja cukup purba, tetapi jelas teruji zaman dan manusia, dan nampaknya menawan hati penduduk Nusantara secara meluas, tidak kira asal, suku dan bahasanya, malah tawanan ini sampai ke negara Eropah. Seterusnya, didapati koleksi pantun dalam KKMS ini lebih

64

jujur kepada rangkap-rangkap yang masih wujud, yang tumbuh dan masih hidup dalam pandang luas khazanah pantun Melayu dari kampung terpencil, pinggir kota, tepi sungai dan pantai. Malah sumber pantun ini juga datang daripada berbagai-bagai lapisan masyarakat dan taraf pendidikan formal. Pemilihan pantun Utara dalam buku KKMS ini juga bertujuan untuk memperoleh maklumat tentang perkembangan

jujur kepada rangkap-rangkap yang masih wujud, yang tumbuh dan masih hidup dalam pandang luas khazanah pantun Melayu dari kampung terpencil, pinggir kota, tepi sungai dan pantai. Malah sumber pantun ini juga datang daripada berbagai-bagai lapisan masyarakat dan taraf pendidikan formal. Pemilihan pantun Utara dalam buku KKMS ini juga bertujuan untuk memperoleh maklumat tentang perkembangan