• Tidak ada hasil yang ditemukan

2.2 Definisi dan konsep Pantun Melayu

2.2.5 Jenis-Jenis

Pantun dikelompokkan atas dasar jumlah baris serangkap. Melalui kaedah tersebut, penjenisan pantun dibuat dengan mengasingkan jenis-jenis pantun yang berbeza dari segi jumlah baris. Pantun terdiri daripada banyak jenis dan bentuk. Kebiasaannya pantun diketahui dikarang dua atau empat kerat. Bagaimanapun, umumnya pantun terbahagi kepada empat (Zainal Abidin Bakar, 1984:25-31).

i. Pantun dua baris-dikenali juga sebagai pameo atau pantun kilat ii. Pantun empat baris-kuantrain.

iii. Pantun yang lebih dari empat baris iv. Pantun berkait

Pantun 4 kerat merupakan bentuk pantun yang paling digemari dan dipratikkan dalam acara berbalas pantun. Lumrahnya pantun empat kerat merupakan bentuk pantun yang

45

paling dikerap dikarang oleh masyarakat berbudaya. Malah dalam acara berbalas pantun, hanya pantun 4 kerat sahaja dibenarkan.

Selain pantun 4 kerat, terdapat juga pantun 6 kerat, 8 kerat, 10 kerat, 12 kerat atau 14 kerat. Menurut Mokhtar Yasin (2004:17), jenis pantun yang mempunyai 6 kerat, 8 kerat, 10 kerat, 12 kerat atau 14 kerat pada serangkap dipanggil Talibun. Berdasarkan ikatan pantun, jika pantun 6 kerat, tiga barisan di atas dinamakan sampiran (pembayang) dan tiga barisan berikutnya ialah maksud atau isi pantun.

Selain itu, ada juga pantun yang dikenali sebagai ‘pantun berkait’ atau ‘pantun terikat’. Zainal Abidin Bakar (1984:26) menyatakan bahawa pantun berkait adalah sejenis pantun yang berkaitan di antara satu rangkap dengan rangkap yang berikutnya sehingga beberapa rangkap untuk membentuk satu wacana yang lengkap. Menurut Zainal Abidin Bakar (1984:25), jenis-jenis pantun tersebut tidaklah digunakan setiap masa kecuali pantun 4 kerat yang dianggap popular sejak zaman tradisi kerana penggunaannya mudah untuk dihafal dan diingati.

Jadual 1 : Jenis-Jenis Pantun

Pantun Dua Baris Pantun Empat Baris

Ada ubi ada batas, Ada budi ada balas.

(ZainalAbidin Bakar, 1983:71 [199]) Banyak udang banyak garam,

Banyak orang banyak ragam.

(ZainalAbidin Bakar, 1983:43 [1])

Limau purut jatuh ke pangkal, Sayang selasih condong ke barat;

Hujan ribut dapat kutangkal, Hati rindu apa nak buat.

Pohon kelapa tumbuh di pantai, Rumpun padi pangkal mempelam, Ilmu apa cik adik pakai,

Senyum pagi manis ke malam.

(Pantun 2733 dan 2481, KKMS 1990)

46

Pantun Enam Baris Pantun Lapan Baris

Apa didapat orang memburu, Dapat rusa jantan betina,

Sedang bersembunyi di celah batu;

Bila mendapat bunga yang baru, Bunga yang lama tiada berguna, Adat dunia sudah begitu.

Bukan cempedak kami katakan, Buah delima dalam pasu, Pisau lipat baru diasah;

Bukankah telah kami katakan, Pandang pertama cinta palsu, Tiada dapat dibawa bersusah.

(Petikan daripada Kumpulan Pantun Melayu susunan Zainal Abidin Bakar, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991, halaman 319)

Rumpun rotan di kota alam, Ditebang dibelah empat, Tumbuh serumpun di seberang, Selasih muara sungai;

Penglihatan usah diperdalam, Pandang nan usah dipertepat, Adik di dalam tangan orang, Maksud rasa tak akan sampai.

(Petikan daripada Pantun Melayu, Balai Pustaka, 1958, halaman 68)

Pantun Dua Belas Baris Pantun Berkait

Rotan sepatah dua patah, Tarik kerakap batang padi, Dibawa Sutan dari Judah, Padi yang jangan digemparkan, Kalau gempar antara gugur, Bila gugur masuk perigi;

Tuan di Mekah di Madinah, Naik akhirat batu haji, Tegak berdiri Rasulullah, Kami yang jangan dilupakan, Kalau lupa antara tidur, Dalam tidur menjadi mimpi.

(Petikan daripada Puisi Melayu Tradisi susunan Mohd. Yusof Md. Nor dan Abd.

Rahman Kaeh, Penerbit Fajar Bakti, 1985, halaman 20)

Angsana berpucuk di atas batu, Pucuk digangsa beribu-ribuan;

Ada bunga di naung batu,

Kuntumnya kaca tangkainya embun.

Pucuk digangsa beribu-ribuan, Kembang diuca balik beroleh;

Kuntumnya kaca tangkainya embun, Dipandang sahaja diambil tak boleh.

“Kembang diuca balik beroleh, Tambang garam di dalam sekoci;

Dipandang sahaja diambil tak boleh, Bertambah geram di dalam hati.

Petikan daripada Warisan Puisi Melayu susunan Mohd. Taib Osman, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1975, halaman 28)

47 2.3 Peranan Pantun

Pantun merupakan warisan lisan yang lahir dan berkembang sejak zaman berzaman.

Dalam pantun Melayu, tersirat satu bentuk ucapan yang mengungkapkan rasa hati, melahirkan idea serta fikiran tentang kehidupan dalam rentak irama yang menarik dan menawan. Menurut buku Kurik Kundi Merah Saga edisi kedua (2006:xli), “dalam kehidupan masyarakat Melayu tiada suatu pun bentuk yang begitu terjalin di dalam banyak ruang hidup seperti pantun”. Sejak awal lagi pantun sudah berperanan dalam kehidupan seharian masyarakat Melayu. Pantun digunakan secara puitis di dalam satu corak komunikasi berseni di tempat yang tertentu, di dalam upacara yang tertentu atau untuk menyampaikan kiasan, atau sindiran yang tertentu (Hamidy, 1986:26).

Tujuannya adalah untuk menjaga kehalusan bahasa dan kelembutan jiwa orang Melayu secara tidak terus terang. Ini bermaksud agar yang disindir atau yang dinasihat itu tidak akan cepat marah atau terasa hati, tetapi sebaliknya ada azam untuk memperbaiki perbuatan dan perangai yang tidak disukai.

Pantun dapat berfungsi dalam hampir setiap aktiviti kehidupan masyarakat Melayu.

Dalam kehidupan masyarakat Melayu, tiada suatu pun bentuk yang begitu terjalin ke dalam begitu banyak ruang hidupnya seperti pantun (KKMS, 2005:xxxii). Pengkaji dapat menyenaraikan 15 peranan pantun yang paling dominan. Antara peranan pantun ialah:

2.3.1 Mendidik

Pantun digunakan untuk mendidik anak-anak atau generasi muda dengan nilai-nilai yang baik seperti yang disebut di dalam al-Quran. Ia juga digunakan dalam sosialisasi seperti untuk tujuan menasihat atau membentuk moral yang lebih baik di kalangan

48

orang muda mahupun kanak-kanak misalnya pantun nasihat dan mesej-mesej yang terdapat di dalam pantun nasihat adalah berdasarkan kebenaran atau penilaian masyarakat Melayu akan sesuatu, baik ia perkerjaan atau pun perbuatan, seperti contoh:

Bukanlah mahal harga perabot, Bunga terhambur di dalam perigi, Tidak ternilai tinggi harganya; Dari jauh nampak putih;

Harta orang jangan direbut, Rosak nasi kerana api, Kalau direbut buruk padahnya. Rosak hati kerana kasih.

(Pantun 2474, KKMS 1990) (Pantun 2512, KKMS 1990)

2.3.2 Permainan Kanak-kanak

Seterusnya pantun 2 atau 4 kerat berperanan sebagai alat permainan anak-anak daripada peringkat kanak-kanak hinggalah dewasa. Bahkan sekarang, pantun juga digunakan sebagai alat permainan sehingga kadang kala tidak mencerminkan cita rasa (Zainal Abidin Bakar, 1984:32). Berikut contoh pantun permainan kanak-kanak:

Pat-pat siku lipat;

Siapa cepat dia dapat.

(Md Ali Bachik 1989, Himpunan Puisi Klasik) Buai laju-laju,

Sampai pucuk sena;

Apa dalam baju, Sekumtum bunga sena.

(Pantun 2465, KKMS 1990)

2.3.3 Menasihat

Pantun nasihat pula dihasilkan oleh orang Melayu menggambarkan akibat sesuatu perkara buruk yang jika dilakukan akan mendatangkan kesan negatif (Tenas Affendy, 2012:19). Sebagai contoh, dapatlah kita lihat pantun nasihat seperti di bawah ini:

49

Nak gugur,gugurlah nangka, Burung camar burung di laut, Jangan di timpa si ranting pauh; Camar seekor beliak mata;

Nak tidur- tidurlah mata, Jangan digemar ikan di laut, Jangan dicinta orang yang jauh.” Ramai orang balik saja.

(Pantun 2761, KKMS 1990) (Pantun 2514, KKMS 1990)

Pantun di atas, jika diteliti adalah nasihat yang disasarkan untuk isteri-isteri demi menjaga kerukunan rumah tangga. Di sini, para isteri dinasihati supaya jangan menengking atau memarahi suami yang telah penat bekerja kerana ditakuti si suami akan beristeri baru jika kerap dimarahi. Sebaliknya pantun ini mengajar isteri atau pun gadis yang bakal menjadi suri rumah tangga supaya menyambut baik kedatangan suami yang baru balik bekerja dengan kata-kata yang manis, yang dapat menghilangkan rasa penat mencari rezeki.

2.3.4 Meluahkan Rasa Kasih Sayang

Selain itu, pantun-pantun yang dikarang oleh masyarakat terdahulu juga mempunyai fungsi untuk meluahkan rasa kasih sayang dalam masyarakat Melayu, khasnya golongan muda amat mementingkan rasa berkasih sayang. Oleh hal demikian, untuk meluahkan perasaan itu perlu disulami dengan kata-kata yang indah, berbunga-bunga, puji-memuji yang sebenarnya menampakkan jiwa mereka yang melankolik. Oleh itu, terciptanya pantun adalah sebagai cara untuk melepaskan rasa kasih dan rindu dendam golongan muda. Pantun juga dapat menggambarkan rasa kasih sayang suami kepada isteri, anak kepada ayah dan ibu sepertimana pantun yang diungkapkan di bawah:

Anak ayam dalam celepa, Buah kemuning setangkai lebat, Buka tudung memasak padi; Mari diperam dalam panggung;

Siang dan malam saya tak lupa, Sakit dan pening dapat diubat, Kasih terkandung dalam hati. Rindu dendam siapa nak tanggung.

(Pantun 2317, KKMS 1990) (Pantun 2455, KKMS 1990)

50 2.3.5 Sindiran dan Tempelak

Seterusnya, pantun juga dikarang bertujuan sebagai sindiran dan tempelak secara halus. Kehalusan dalam menegur atau menempelak juga terpancar dalam bait-bait pantun. Penggunaan pantun dirasakan dapat mengelak dari berlakunya pertelingkahan yang serta-merta di antara dua pihak. Orang Melayu menggambarkan rasa tidak puas hatinya dengan bahasa yang tidak terus terang dengan tujuan mengelakkan berlakunya pertelingkahan yang serta-merta sesama mereka. Sebagai contoh perhatikan pantun di bawah ini:

Makan ketupat di kecung baru, Putih rupanya bunga kecubung, Lempar kulit di kaki tiang; Anak buaya mati di pantai;

Dah boleh sahabat baru, Hajat hati nak peluk gunung, Sahabat lama tinggal buang. Apakan daya tangan tak sampai.

(Pantun 2739, KKMS 1990) (Pantun 2868, KKMS 1990) Anak dara pandai bergaya,

Kain sempit berbelah dada;

Jalannya lembut berlenggang sahaja, Rajin bersolek malas bekerja.

(Pantun 2333, KKMS 1990)

Pantun ini menyatakan kepada yang ditujukan tentang rasa kecewa, kesal dan dukacita si penutur pantun. Jelas di sini bahawa pantun berupaya menyembunyikan maksud atau perasaan dengan penyusunan kata-kata yang indah. Si penutur pantun mungkin mengharapkan agar beliau dapat dihargai dan tidak dilupakan begitu saja dengan kehadiran sahabat baru. Adapun maksud sebenar pantun sindiran ini ialah apabila seseorang itu mendapat teman baru, janganlah sekali-kali melupakan jasa baik teman lama. Inilah antara keunikan pantun Melayu yang penuh dengan kata-kata simbolik yang tidak terdapat pada mana-mana bangsa lain.

51

2.3.6 Menyampaikan Rasa Penghargaan atau Terima Kasih

Di samping itu, pantun juga digunakan untuk menyampaikan rasa penghargaan atau terima kasih. Menurut Mohd Rashid Md Idris (2011:75-76) “pujian yang disampaikan melalui pantun bukan sahaja sedap dan halus didengar, malah boleh menyenangkan hati orang yang mendengarnya”. Hal ini kerana, masyarakat Melayu terkenal dengan sikap mengenang budi dan jasa, justeru itu banyak pantun berkaitannya dikarang, antaranya:

Anak ayam dalam celepa, Bintang tidak terbit pagi, Buka tudung memasak padi; Diselaputi oleh awan putih;

Siang dan malam saya tak lupa, Puan sudi sampai ke mari, Kasih terkandung dalam hati. Saya memberi terima kasih.

(Pantun 2317, KKMS 1990) (Pantun 2445, KKMS 1990)

2.3.7 Menekankan Pendapat dan Menjelaskan Maklumat

Pada zaman sebelum tersebarnya agama Islam, masyarakat terdahulu menggunakan pantun untuk menekankan pendapat dan menjelaskan maklumat. Malah pantun juga digunakan di dalam penghujahan supaya pendapat yang diberikan lebih berasas.

Pantun ini dapat digunakan jika seseorang berhujah/bercakap mengenai perubahan yang berlaku pada seseorang. Perhatikan contoh ini:

Anak punai anak merbah, Pandai ia membuat sarang;

Anak sungai lagi berubah, Ini pula hati orang.

(Pantun 2356, KKMS 1990)

Pantun berikutnya memberi maklumat kepada orang lelaki agar tidak mengganggu anak dara (perempuan yang belum berkahwin) kerana akan dimarahi oleh ibunya.

52 Anak ikan jangan digoreng,

Kalau digoreng pecah lemaknya;

Anak orang jangan dijeling, Kalau dijeling marah emaknya.

(Pantun 2339, KKMS 1990)

2.3.8 Adat Istiadat

Selain itu, pantun juga digunakan untuk menggambarkan adat istiadat yang sering digunakan oleh masyarakat Melayu secara sosialisasi serta tidak formal (Norazit Selat

& Zainal Abidin Borhan, 1996:28). Hal ini kerana, adat dalam kehidupan masyarakat Melayu pada zaman tradisi amat penting sebagai tanda kesopanan bagi individu malah turut dipupuk di dalam lapisan masyarakat sehingga kini. Justeru terdapat juga pantun yang terdapat di dalam upacara yang berkaitan dengan adat istiadat, seperti majlis merisik, majlis meminang, majlis perkahwinan atau majlis lain yang formal.

Muhammad Haji Salleh (2005), menyatakan bahawa sejak zaman berzaman pantun sudah menjadi wadah atau saluran untuk adat, tidak kira apa pun jenis adat yang dianuti sesebuah masyarakat itu. Malah dalam masyarakat yang tidak mempunyai tulisan atau tidak mementingkannya, maka saluran lisanlah yang harus menyimpan dan menyebarkan segala peraturan dan undang-undang yang tercipta untuk masyarakat itu.

Anak Cina bertimbang madat, Dari mengkasar lalu ke Deli;

Hidup di dunia biar beradat, Bahasa tidak dijual beli.

(Pantun 2327, KKMS 1990)

2.3.9 Hiburan

Kebiasaannya, pantun adat akan dimulai sebagai mukadimah bagi menandakan bermulanya sesuatu acara rasmi, seperti majlis perkahwinan atau sebagai tanda

53

meminta izin, kebenaran atau untuk menyampaikan maksud di hati, di dalam upacara peminangan umpamanya. Di dalam majlis perkahwinan, acara berbalas pantun dapat menghiburkan dan menghangatkan suasana serta memeriahkan lagi majlis berkenaan.

Di samping itu, pantun secara tidak langsung juga dapat mengeratkan tali silaturrahim di antara sesama sekampung atau di antara kedua belah pihak pengantin. Contohnya:

Burug pipit datang ke mari, Nyiur manis condong ke Keling, Tempat orang menanam pala; Sudah ke Keling ke Jawa pula;

Kening diangkat senyum di beri, Hitam manis duduk mengoleng, Bagaimana hati tak gila. Sudah mengoleng ketawa pula.

(Pantun 2520, KKMS 1990) (Pantun 2779, KKMS 1990)

Walaubagaimanapun, dalam aspek kehidupan masyarakat Melayu yang amat mementingkan adat, masyarakat pada zaman tradisi juga menggunakan pantun untuk tujuan berhibur ataupun menghiburkan hati yang sedang dilanda kesedihan. Pantun ini juga menggambarkan cara kehidupan masyarakat Melayu dari segi mendapatkan hiburan. Di dalam nyanyian rakyat seperti nyanyian lagu 'Rasa Sayang', ’Tudung Periuk’, dan ’Dondang sayang’, nyata dapat memberikan hiburan kepada masyarakat Melayu yang menghasilkan sendiri cara mereka berhibur. Pantun menjadi lirik yang berkesan dan menawan dalam lagu-lagu tersebut (Aripin Said, 1986:3). Muhammad Haji Salleh dan Bazrul bin Bahaman (1999) turut mengatakan bahawa hiburan boleh berupa nyanyian dan ujaran, pemerian atau dialog di dalam hikayat, juga boleh menjadi penawar untuk mereka yang harus menanggung takdir buruk. Beliau juga mengatakan bahawa kita menyaksikan pantun digunakan di dalam Dondang Sayang sebagai dasar lagu, begitu juga di dalam Gendang Sarawak, lagu-lagu Asli, Boria Awal, dan juga Dikir Barat (Harun Mat Piah, 1989:199). Pantun juga sesekali dimasukkan ke dalam wayang kulit, syair dan hikayat untuk membawa ghairah muda dan kasih sayang terutama semasa mengejek, memikat, perpisahan dan kesedihan.

54 2.3.10 Menguji Minda

Malahan, pantun juga pernah dicipta untuk tujuan mencabar ketangkasan fikiran dan minda seseorang, misalnya dalam pantun teka-teki. Pantun sebegini begitu digemari ramai, khasnya golongan kanak-kanak. Keindahan yang terdapat di dalam pantun jenis ini melambangkan kreativiti si penciptanya. Contohnya:

Pohon temak akar pun temak, Lipan bara di dalam beras,

Gugur di kuala bunga sekuntum; Kura-kura di dalam di dalam reba;

Diluah bapa ditelan emak, Apa binatang belakang keras, Sampai bila hendak dikulum? . Binatang kura semua serupa.

(Pantun 2848, KKMS 1990) (Pantun 2734, KKMS 1990)

Menguji minda bukan hanya tertumpu pada pantun teka-teki saja, akan tetapi minda kita juga akan diuji dalam pantun-pantun yang amat sukar untuk difahami.

Sememangnya masyarakat Melayu pandai mengolah sesebuah pantun itu sehingga ia menjadi begitu sukar untuk diketahui makna yang tersirat di sebalik yang tersurat.

Pendek kata, orang Melayu mampu menghasilkan pantun yang penuh simbolik, mempunyai makna yang mendalam. Sebagai contoh, perhatikan pantun di bawah ini:

Padi pulut beras segantang, Gula sekati buat tambahnya;

Hujan ribut pohon bercongcang, Gempa di hati buruk padahnya.

(Pantun 2809, KKMS 1990)

2.3.11 Memberi Semangat

Dalam pada itu, pantun juga berfungsi untuk membangkitkan semangat Melayu bagi mempertahankan institusi Melayu sepertimana yang digunakan oleh pahlawan atau pendekar Melayu untuk membangkit semangat. Pantun merupakan warisan yang menjadi identiti dan mengukuh jati diri orang Melayu. Justeru, untuk membangkitkan semangat kepahlawanan dan keperwiraan, pahlawan Melayu ketika dahulu sering

55

menggunakan pantun kepada pengikut atau lawannya. Contohnya seperti pantun berikut:

Bolehkah abang menebar jala, Saya ke darat ke rumah Zaharah, Dapat seekor ikan selangat; Mari mengambil buah keranji;

Berani abang menahan dada, Biar kumati bertumpah darah, Biar mati bertindih mayat. Namun menyerah tidak sekali.

(Pantun 2449, KKMS 1990) (Pantun KKMS, 2006:645)

2.3.12 Menggambarkan Sistem Hidup Masyarakat Yang Beraja

Selain itu, terdapat juga gambaran lain tentang pantun seperti menggambarkan sistem hidup masyarakat yang beraja. Sebilangan pantun menggambarkan cara hidup masyarakat Melayu yang mempunyai pemimpin. Sebagai contoh, kita boleh lihat petikan pantun 'Kemakmuran Negeri Perak' di bawah:

Asah kapak tajam beliung, Terbang mari kayu berduri;

Tuanku umpama kemuncak, Patik di bawah berteduh diri.

(Pantun 2385, KKMS 1990)

2.3.13 Menampakkan Suasana Tempat

Pantun juga secara kasar menampakkan suasana tempat atau lokasi. Nama tempat sering menjadi baris pembayang sesebuah pantun dan khazanah kita menunjukkan bahawa inilah antara mencipta yang sering digunakan pemantun kita (KKMS, 2006:xxvii). Perkara ini dapat dilihat melalui penggunaan nama tempat yang banyak terdapat di dalam pembayang pantun. Pada kebiasannya, pengunaan nama tempat dalam pantun adalah berdasarkan tempat-tempat yang benar-benar wujud. Merujuk kepada pantun di bawah, keistimewaannya ditambah dengan pernyataan lokasi tempat-tempat tersebut. Buktinya nama tempat ’Negeri Perlis’, ’Simpang Empat’,

56

’Bintung’dan Útan Aji’ di Negeri Perlis, Utara Tanah Semenanjung, Malaysia, seperti pantun di bawah:

Negeri Perlis Indera Kayangan, Simpang Empat sampai ke Bintung, Tuanku Raja Syed Alwi; Jalan melintas Utan Aji;

Kalau boleh abang duk angan-angan, Kalau dapat memanglah untung, Aku nak puasa tiga hari. Kalau terlepas tergigit jari.

(Pantun 2771, KKMS 1990) (Pantun 2932, KKMS 1990)

2.3.14 Menggambarkan Kegiatan Harian Masyarakat Melayu

Pantun selain mementingkan maksud dan fungsi, ia juga menggambarkan aktiviti harian masyarakat Melayu itu. Aktiviti yang dimaksudkan di sini ialah pantun secara langsung mempaparkan cara orang Melayu mencari rezeki iaitu melalui perniagaan, menangkap ikan di laut, bersawah padi, berniaga, bertenun kain, penghasilan kain batik, pertukangan besi, emas dan perak, dan sebagainya (KKMS edisi kedua, 2005:xxx). Hasil dari cara mereka mengharungi hidup itulah maka terjadinya pengalaman-pengalaman pahit manis, suka dan duka yang diluahkan dalam bentuk pantun.

Malah, sebenarnya terlalu banyak jenis pantun yang menceritakan perkerjaan orang-orang Melayu itu, di antaranya:

Anak dara memenun kain, Orang padang berukur-ukir, Kain ditenun benang sutera; Membuat ukiran di kayu jati;

Hati tidak pada yang lain, Terpandang tuan sedang berfikir, Tuan seorang hati tak lupa. Saya merasa sakit hati.

(Pantun 2334, KKMS 1990) (Pantun 2802, KKMS 1990) Banyak orang mengetam pulut, Banyak ubi perkara ubi, Saya seorang mengetam padi; Ubi keledek ditanam orang;

Ramai orang karam di laut, Banyak budi bicara budi, Saya seorang karam di hati. Budi baik dikenang orang.

(Pantun 2418, KKMS 1990) (Pantun 2422, KKMS 1990)

57

Empat contoh pantun di atas ini jelas membuktikan bahawa orang Melayu itu mahir dalam hasil kerja tangan seperti bidang tenunan kain serta bidang kraftangan (pengukir). Orang Melayu juga mempunyai sikap bertanggungjawab untuk mengusahakan tanaman bagi memanfaatkan tanah dengan bersawah padi dan menanam ubi keledek.

2.3.15 Menyampaikan Mesej Agama

Pantun juga berperanan dalam menyampaikan mesej agama yang mengandungi mengenai aqidah, hukum-hakam, amalan syariat dan keimanan kepada Allah SWT.

Pantun sebegini ingin mengajak para pendengar untuk mengtauhidkan diri kepada Allah SWT. Apabila tersebarnya ajaran Islam di Nusantara, maka fungsi pantun menjadi lebih penting, iaitu bertindak sebagai media dakwah. Pantun akan dilantunkan di dalam majlis peminangan, perkahwinan, temasya menuai padi atau menumbuk padi, menangkap ikan dan lain-lain aktiviti dalam masyarakat Melayu terutamanya sekiranya pelbagai lapisan masyarakat akan hadir. Pada majlis tersebut, pemantun-pemantun akan memperdengarkan pantun ciptaan mereka. Para pemantun akan berbalas-balas pantun dan suasana akan menjadi begitu meriah. Dalam majlis-majlis sedemikian terkumpullah khalayak yang ramai dan turut hadir dalam kalangan pemantun itu golongan yang pandai agama. Di sinilah situasi yang sebaiknya untuk mereka berdakwah melalui pantun yang dicipta itu (Bazrul Bahaman, 2002). Berikut adalah dua contoh pantun yang menyampaikan mesej agama:

Asalnya kandis buah gelegur, Pohon mangga dalam kebun, Masak sebiji di pintu pagar; Berbuah lebat patah dahan;

Duduk menangis di pintu kubur, Salah silap minta ampun, Terkenang di dunia tidak belajar. Mana termakan minta halalkan.

(Pantun 2387, KKMS 1990) (Pantun 2843, KKMS 1990)

58

Pantun juga berperanan sebagai media memberi nasihat atau teguran secara puitis dan berhikmah. Pantun Melayu sering dirujuk sebagai pemberi nasihat, sindiran atau cacian halus, memberi pujian dan sanjungan serta sebagai bahasa diplomasi yang dihuraikan selanjutnya (Mohd Rashid Md Idris, 2011:72). Ini juga selaras dengan Firman Allah SWT dalam Surah al-Nahl (16:125):

 (kebijaksanaan) dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang terbaik, sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dia lah juga yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah”.

Menurut Wan Hussain Azmi Abdul Kadir (1994:44), al-Quran menyatakan bahawa metode yang baik untuk mengajak manusia kepada kebaikan ialah tiga cara, iaitu:

1. Cara hikmah

2. Cara kata nasihat yang baik 3. Cara perbincangan yang lebih baik

Zainal Kling (2001:5) menyatakan melalui tema keagamaan yang dikaji oleh pengkaji di dalam pantun, peranan pantun bertanggungjawab untuk nasihat supaya berkelakuan baik serta menyuruh kepada kebaikan (al-amru bil makruf), mencegah daripada keburukan (al-nahyu ‘anil munkar), beriman dan berlaku adil berupaya membentuk

Zainal Kling (2001:5) menyatakan melalui tema keagamaan yang dikaji oleh pengkaji di dalam pantun, peranan pantun bertanggungjawab untuk nasihat supaya berkelakuan baik serta menyuruh kepada kebaikan (al-amru bil makruf), mencegah daripada keburukan (al-nahyu ‘anil munkar), beriman dan berlaku adil berupaya membentuk