• Tidak ada hasil yang ditemukan

4.2 Analisis Nilai-Nilai Islam dalam Pantun Utara KKMS

4.2.3 Penemuan Nilai Islam dalam Aspek Tatasusila

4.2.3.5 Hormat-menghormati dan Memuliakan Tetamu….…

Seterusnya pantun Utara KKMS juga mengetengahkan nilai hormat menghormati dan memuliakan tetamu. Menghormati dan memuliakan tetamu adalah budaya orang Melayu yang amat mulia. Tetamu disambut ketika datang dan pulang, malah amalan memberi salam ketika bertemu juga dipraktikkan. Lihat ungkapan “Lembaran bersua di ruangan mata, Alamat takzim salam diberi” pantun 2828, “Ayuhai encik kami nak pulang, Mari hantar di anak tangga” pantun 2453 dan “Kerana hari pun dah larut malam, Mohon izin mengundur diri” pantun 2547.

Pergi bersiar di Padang Kota, Udaranya nyaman di malam hari;

Lembaran bersua di ruangan mata, Alamat takzim salam diberi.

(Pantun 2828, KKMS 1990)

Amalan ziarah menziarahi, merai tetamu, menghormati tuan rumah, dan memberi salam adalah bertepatan dengan saranan Islam seperti mana yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW.

“Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia memuliakan tetamu yang datang menziarahinya serta mengeratkan silaturahim dengan semangat persaudaraan Islam. Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, hendaklah bercakap dengan perkataan yang baik dan manis didengar, atau pun berdiam sahaja dari bercakap perkara yang sia-sia”.

(Muttafaq ‘alaih. M.Abdai Rathomy, 1984:794)

Buah betik dalam dulang, Mari belah tepi telaga;

Ayuhai encik kami nak pulang, Mari hantar di anak tangga.

(Pantun 2453, KKMS 1990)

Apabila tetamu akan pulang, tuan rumah digalakkan menghantarnya sampai ke pintu rumah sebagai tanda memuliakan dan menghormatinya. Agama Islam telah memberi

166

panduan yang jelas dalam aspek menghormati sesama makhluk Allah SWT sama ada menghormati sesama manusia mahupun makhluk-makhluknya yang lain. Ini khususnya untuk memelihara hubungan yang baik dan persaudaraan dalam Islam.

Cincin emas permata nilam, Manis sungguh pakai di jari;

Kerana hari pun dah larut malam, Mohon izin mengundur diri.

(Pantun 2547, KKMS 1990)

Pantun di atas menerangkan adab-adab dalam bertamu ke rumah orang. Adabnya ialah jangan sampai menyusahkan tuan rumah. Waktu malam adalah masa berehat dan hak peribadi seseorang. Sebenarnya, keadaan ini bagi mengelak perasaan terbeban oleh tuan rumah. Amalan berziarah yang awalnya dianggap mulia, tetapi jika berlarutan sehingga menyusahkan tuan rumah, dikhuatiri menimbulkan suasana tidak elok, malah mungkin boleh menimbulkan persepsi yang tidak baik akhirnya.

4.2.3.6 Memberi Salam

Pantun Utara KKMS juga menerapkan nilai mengucap salam.

Bakawali akar seruntun, Mari disimpan di kotak;

Kirim salam di dalam pantun, Adakah sampai atau tidak.

(Pantun 2413 , KKMS 1990)

Pada baris ketiga, rangkap pantun di atas menggambarkan bahawa dalam amalan orang Melayu, ucapan salam juga diutus melalui rangkap pantun sama ada tulisan dalam surat atau kiriman melalui seseorang yang akan menemui orang yang kita hendak ucapkan salam. Dari Abu Hurairah RA dari Rasulullah SAW, sabdanya yang bermaksud :

167

“Apabila seseorang di antara engkau semua bertemu saudaranya-yakni sesama muslim, maka hendaklah mengucapkan salam padanya.” (HR Abu Daud.

M.Abdai Rathomy, 1984:919)

Pergi bersiar di Padang Kota, Udaranya nyaman di malam hari;

Lembaran bersua di ruangan mata, Alamat takzim salam diberi.

(Pantun 2828, KKMS 1990)

Ungkapan “lembaran bersua di ruangan mata, Alamat takzim salam diberi”

bermaksud lafaz salam berlaku apabila dua orang bertemu mata. Islam menekan kepentingan memberi atau mengucapkan salam serta menjawab salam kerana perbuatan ini adab mulia dalam pergaulan. Mengucap atau memberi salam dan menjawab salam adalah merupakan anjuran dari Allah SWT. Firman Allah SWT :



“Apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu” (Surah al-Nisa’ 4:86).

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Hak muslim pada muslim yang lain ada enam.” Lalu ada yang menanyakan,

”Apa saja keenam hal itu?” Lantas beliau shallallahu ’alaihi wa sallam bersabda, ”(1) Apabila engkau bertemu, ucapkanlah salam padanya, (2) Apabila engkau diundang, penuhilah undangannya, (3) Apabila engkau dimintai nasehat, berilah nasehat padanya, (4) Apabila dia bersin lalu dia memuji Allah (mengucapkan ’alhamdulillah’), doakanlah dia (dengan mengucapkan ’yarhamukallah’), (5) Apabila dia sakit, jenguklah dia, dan (6) Apabila dia meninggal dunia, iringilah jenazahnya (sampai ke pemakaman).”

(HR. Muslim no. 2162 & Bukhari no.1240. Syeikh Amin Bin Abdullah Asy- Syaqawi, 2013:5)

168 4.2.3.7 Mendapat Restu Ibu

Nilai mentaati ibu juga ditemui dalam pantun Utara KKMS. Restu atau redha ibu amat dititik beratkan dalam pantun Utara KKMS terutamanya dalam hal membina rumah tangga, seperti pantun di bawah:

Kayu sepang mudik ke hulu, Masak minyak dalam belanga;

Wahai cik abang tunggu dahulu, Emak balik baru nak tanya.

(Pantun 2698, KKMS 1990)

Dalam pantun di atas, di baris ketiga dan keempat, pengarang menunjukkan nilai mentaati ibu melalui ungkapan “Wahai Cik abang tunggu dahulu, Emak balik baru nak tanya”. Mendapat restu atau redha ibu sangat diperlukan dalam semua perkara.

Restu ibu amat penting kerana sikap ini dapat menyakinkan seseorang itu dengan keputusan yang telah diambil oleh seseorang itu. Sikap redha ini termasuklah menjaga hati mereka. Redha atau restu perkahwinan orang-orang Melayu dulu dapat menjadi contoh di mana jodoh mereka betul-betul atas pilihan ibu bapa dan jangka hayat rumah tangga mereka lebih lama. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Keredhaan Allah bergantung kepada keredhaan kedua orang tua dan murka Allah pun terletak pada murka kedua orang tua.” (HR Al Hakim. Muhammad Faiz Almath, 1993:300)

Firman Allah SWT dalam surah Al-Ahqaf (46:15) :



169

“Kami wajibkan manusia supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapanya.

Ibunya telah mengandungkannya dengan susah payah, dan telah melahirkannya dengan susah payah. Sedangkan tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah dia membesar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah dia dengan berkata, “Wahai Tuhanku, tunjukkanlah aku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai. Berikanlah kebaikan kepadaku dengan memberi kebaikan kepada zuriat keturunanku.

Sesungguhnya aku bertaubat kepada Mu dan sesungguhnya aku termasuk orang Islam (yang tunduk patuh kepada Mu).”

4.2.3.8 Taat Pemerintah

Pantun Utara KKMS juga menekankan nilai taat pemerintah. Nilai taat kepada pemerintah adalah budaya orang Melayu malah ia juga dituntut dalam Islam. Budaya Melayu tradisi taat kepada pemerintah, seperti imam (ketua ibadat), pemimpin masyarakat (ketua kampung/penghulu) atau sultan (ketua negeri/negara) adalah amat penting.

Asah kapak tajam beliung, Terbang mari kayu berduri;

Tuanku umpama kemuncak payung, Patik di bawah berteduh diri.

(Pantun 2385, KKMS 1990)

Ungkapan “Tuanku umpama kemuncak payung, Patik di bawah berteduh diri”

menjelaskan ketaatan rakyat dan mohon perlindungan kepada pemerintah atau raja.

Sabda Rasulullah SAWyang bermaksud :

“Hendaklah kamu mendengar, patuh dan taat (kepada pemimpinmu) dalam masa kesenangan (kemudahan dan kelapangan), dalam kesulitan dan kesempitan, dalam kegiatanmu dan di saat mengalamai hal-hal yang tidak menyenangkan sekalipun keadaan itu merugikan kepentinganmu.” (HR Muslim dan An Nasa’i. Muhammad Faiz Almath, 1993:205)

170

Pemerintah tertinggi dalam alam Melayu dipanggil tuanku. Istilah ‘tuanku’

menggambarkan status seorang pemerintah yang mempunyai status kedudukan tertinggi dalam struktur pemerintahan dan dipercayai berupaya menjaga keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan rakyatnya seperti pantun Utara KKMS di bawah:

Seri Bangi gelaran paman, Seri Panji gelaran paman, Waktu tuan raja Kedah; Menjadi ratu raja Kedah;

Tinggi bulan sayup pandangan, Bulan tinggi jauh pandangan,

Berpakat kita tumpang cerah. Hamba di bawah menumpang cerah.

(Pantun 2927, KKMS 1990) (Pantun 2929, KKMS 1990) Seri Johor nama negeri,

Sultan Ismail raja yang mulia;

Alangkah terangnya matahari, Bulan juga membawa cahaya.

(Pantun 2928 , KKMS 1990)

Perlambangan pemerintah dengan ‘bulan’ dalam pantun di atas, menggambarkan masyarakat Melayu memandang status sultan sebagai orang yang mulia, disayangi, dihormati dan dapat dilihat oleh semua orang. Bulan mengambang biasanya cerah dan berupaya menerangi malam hari yang gelap gelita. Perumpamaan ini menggambarkan peranan dan kekuasaan seseorang pemerintah itu boleh memberi manfaat kepada pengikut atau masyarakat di bawahnya. Pemerintah-pemerintah Islam berkewajipan untuk mendukung Islam, berkewajipan mengajarnya kepada manusia, berkewajipan mendidik mereka dengan nilai-nilainya, berkewajipan merancang, melaksanakan dan menegakkan kebajikan, kesejahteraan serta keselamatan masyarakat berlandaskan ajaran al-Quran dan al-Hadis. Setiap masyarakat Muslim bertanggungjawab melaksanakan peranan-peranannya dalam kehidupan berorganisasi berorientasi hukum Islam. Taat kepada pemerintah adalah tuntutan Islam sepertimana firman Allah dalam surah al-Nisa (4:59) :

171

“Wahai orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasulullah dan kepada Ulil Amri (orang yang berkuasa) daripada kalangan kamu. Kemudian jika kamu berselisih pendapat dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (al-Quran) dan (sunnah) Rasul-Nya -jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari Akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih baik pula akibatnya”.

4.2.3.9 Tanggungjawab dalam Keluarga

Pantun Utara KKMS juga menekankan kepentingan tanggungjawab dalam menjaga hubungan hidup berkeluarga seperti pantun di bawah:

Cinta sayang dari Perlis, Dibawa menari dalam majlis;

Saya umpama kain putih, Sebarang warna boleh ditulis.

(Pantun 2549, KKMS 1990)

Pantun Utara KKMS ini menggambarkan nilai tanggungjawab ibu dan bapa dalam mencorakkan peribadi, keilmuan dan akhlak anaknya agar menjadi manusia yang berguna. Seorang bayi yang suci ibarat seperti kain putih. Sebagai ibu bapa, mereka tidak boleh lalai atau mengambil ringan sahaja terhadap anak-anak sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Tidak seorang jua pun anak yang baru lahir melainkan dia dalam keadaan suci bersih. Kedua orang tuanyalah yang menyebabkan dia menjadi Yahudi, Nasrani, atau Majusi.” (HR Muslim. Abu Husan Muslim bin al-Hajjaj Al-Naisaburi, 1997:242-243)

Menunaikan tanggungjawab dalam keluarga memerlukan keikhlasan serta sentiasa berpegang kepada ajaran al-Quran dan al-hadis. Firman Allah SWT :

172

“Maka hadapkanlah wajahmu (mengikhlaskan dirimu) ke arah agama Allah, fitrah Allah yang menciptakan manusia menurut fitrah itu, tidaklah patut ada sebarang perubahan pada agama Allah itu; itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” (Ar-Ruum, 30:30).

Ayam hutan terbang ke hutan, Hinggap ke tanah mencari makan;

Hendak memikat burung di hutan, Burung di sangkar mati tak makan.

(Pantun 2398, KKMS 1990)

Pantun Utara KKMS di atas menzahirkan bentuk pantun kiasan yang menggambarkan seorang pemimpin keluarga yang mengabaikan tanggungjawab terhadap ahli keluarganya di rumah kerana asyik tergila-gilakan perempuan lain. Pengabaian ini lebih bersalah atau berdosa, kerana isteri di rumahnya telah mati atau metaforanya

“Burung disangkar mati tak makan”.

Ayam hutan terbang ke hutan, Turun ke tanah mencari makan;

Kerana digila burung di hutan, Denak di rumah mati tak makan.

(Pantun 2396 , KKMS 1990)

Analisa pantun seterusnya “Ayam hutan terbang ke hutan, Turun ke tanah mencari makan”, bermaksud setiap makhluk termasuk ayam yang hidup dalam alamnya iaitu di hutan perlu berusaha untuk mencari makanan. Dalam konteks ayam, makanannya adalah cacing yang hidup di dalam tanah. Pembayang ini dikaitkan dengan maksud pantun “Kerana digila burung di hutan, Denak di rumah mati tak makan” yang menggambarkan haiwan yang sepatutnya bebas tetapi telah dikurung perlulah diberi makan. Tetapi kerana terlalu asyik dengan burung di hutan, burung di rumah mati

173

kelaparan. Pengarang menerapkan sifat tidak bertanggungjawab ini sebagai memberi sindiran dan amaran kepada pembaca. Dalam Islam, nilai tanggungjawab kehidupan berkeluarga adalah perkara wajib dilaksanakan apabila kita menerima atau mengambil sesuatu amanah. Allah SWT berfirman :



“Kaum lelaki itu adalah pemimpin terhadap kaum wanita disebabkan Allah telah melebihkan orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) mengatasi orang wanita, dan juga kerana orang lelaki telah menafkahkan (membelanjakan) sebahagian daripada harta mereka.” (An-Nisa’, 4:34)



“Setiap diri terikat (bertanggungjawab) dengan apa yang telah dikerjakannya.”

(Al-Muddaththir, 74:38)

4.2.3.10 Kerjasama, Tolak Ansur dan Persefahaman

Tiada individu atau kelompok yang dapat hidup bersendirian. Pengertian kerjasama secara umumnya ialah orang-orang yang bersatu dalam sesuatu pekerjaan yang terdiri daripada dua orang atau lebih untuk tujuan tertentu, untuk menghasilkan sesuatu dan mengagihkannya. Setiap manusia yang bergaul dengan satu golongan yang lain mestilah mempunyai cara hubungan yang tertentu. Hubungan ini tidak kira dalam bentuk apa sekalipun sama ada memberi bantuan, kerjasama dan sebagainya tetapi khusus kepada perkara-perkara kebaikan sahaja.

Jerat semata di hujung tanjung, Terkena landak jantan betina;

Panjang dikerat pendek disambung, Untuk kita bekerjasama.

(Pantun 2631, KKMS 1990)

174

Pantun ini menggambarkan bagi menjayakan sesuatu kerjasama, nilai tolak ansur dan persefahaman amat dituntut agar apa yang diinginkan bersama dapat dijayakan. Allah SWT berfirman dalam surah al-Ma’idah, 5:2) :



“Hendaklah kamu bantu-membantu untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah pula kamu bantu-membantu pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan (melampaui batas-batas ajaran Allah); dan bertaqwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya.”

Kacang kelisa tumbuh di dusun, Tumbuh sepohon di tiang layang;

Kami menyambut bersusun-susun, Kerana meraikan pengantin datang.

(Pantun 2634 , KKMS 1990)

Nilai kemasyarakatan tergambar dalam pantun di atas. Amalan masyarakat Melayu seperti pantun di atas membuat kenduri perkahwinan dengan bergotong-royong.

Pantun Utara KKMS ini menerapkan nilai kemasyarakatan ini dengan agak menonjol dalam adat menyambut pengantin.







“Dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka.” (Al-Syura, 42:38)

Kedua-dua rangkap pantun di atas mengetengahkan nilai kerjasama, nilai tolak ansur dan nilai persefahaman yang boleh menjamin kedamaian dalam sebuah masyarakat.

Firman Allah SWT dalam surah al-Ma’idah (5:2) :

175

“Hendaklah kamu bantu-membantu untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah pula kamu bantu-membantu pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan (melampaui batas-batas ajaran Allah); dan bertaqwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya.”

4.2.3.11 Memegang Janji

Seterusnya pengkaji menemui nilai memegang janji dalam pantun Utara KKMS.

Dalam Islam, amalan menunaikan janji selagi mana tidak berkaitan dengan maksiat, keburukan atau pengaduan adalah perkara yang sangat dituntut tanggungjawabnya bagi setiap Muslim. Hal ini sebagaimana diterangkan dalam firman Allah SWT dalam surah al-Isra’ (17:34) :

“Sempurnakanlah perjanjian (dengan Allah dan dengan manusia), Sesungguhnya perjanjian itu akan dipertanggungjawabkan.”

Anak Yu dua serupa, Bukit Lagi bintang berkarang, Yu berjumpa dengan sembilang; Anak yu dua serupa;

Janji dulu adik tak lupa, Adik pergi abang tak larang, Tunggulah sampai adik pulang. Janji dahulu janganlah lupa.

(Pantun 2361, KKMS 1990) (Pantun 2482 , KKMS 1990)

Ingatan agar janji yang pernah dibuat tidak dilupa atau dimungkiri.

Tempat mana cepok berbunyi, Lembu merah tanduk bercabang, Pokok kabu tepi kolam; Satu tanduk memangku tali;

Tempat mana adik berjanji, Ayuh adik jangan marah abang, Di dalam kelambu atas tilam. Abang datang nak temu janji.

(Pantun 2962, KKMS 1990) (Pantun 2728, KKMS 1990) Dari Jejawi ke Kubang Gajah, “Terang bulan bagai diukir, Jangan simpang ke Mata Air; Pinang sendawa dari Makasar;

Mungkir janji bukan mudah, Kalau saya setianya mungkir, Bagai pemotong belum dibayar. Tuntut dakwa di Padang Mahsyar.

(Pantun 2557, KKMS 1990) (Pantun 2968, KKMS 1990)

176

Ungkapan janji dalam masyarakat orang Melayu kini biasanya merujuk kepada maksud yang negatif iaitu janji yang tidak dipatuhi atau ditepati. Orang yang tidak menepati janji adalah individu yang tidak berakhlak dan dibenci. Dalam syarak, tidak menepati janji adalah salah satu ciri orang munafik, sebagaimana dari Abu Hurairah RA, bahawa sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:

“Tanda orang munafik itu tiga apabila ia berucap berdusta, jika membuat janji berdusta, dan jika dipercayai mengkhianati” (Muttafaa ‘alaih. Abu Muqbil Ahmad Yuswaji, 2002:67)

“Tanda-tanda orang munafik itu ada tiga, iaitu bila berbicara dusta, bila berjanji tidak ditepat dan bila diamanati dia berkhiana” (HR Muslim.

Muhammad Faiz Almath, 1993:348)

4.2.3.12 Kesederhanaan dan Kesempurnaan

Sifat kesederhanaan dan kesempurnaan juga diketengahkan dalam pantun Utara KKMS. Sifat-sifat ini termasuklah melakukan sesuatu berdasarkan kemampuan diri sendiri. Lihat pantun Utara KKMS di bawah:

Jangan dilurut padi muda, Terung catur tepi sempadan, Padi muda dibawa ke barat; Tanam gelugur di tebing tinggi;

Jangan diturut hati muda, Sudah patut sudah padan, Hati muda membawa larat. Sudah ukur sama tinggi.

(Pantun 2624, KKMS 1990) (Pantun 2971, KKMS 1990)

Kesederhanaan dan pertengahan dalam Islam adalah amalan sunnah. Maksud kesederhanaan dalam konteks Islam ialah meletakkan setiap sesuatu pada tempatnya yang betul dan tepat selari dengan syariat secara adil, berhikmah dan beradab.

Menurut Syed Ahmad Jamal (1992:2) dalam budaya Melayu sifat terpuji ialah kesederhanaan, tidak membesarkan diri, tidak mahu menunjuk-nunjukkan kepandaian atau kemewahan.

177 Anak beruk di tepi pantai,

Anak merpati merah kakinya;

Biar buruk kain dipakai,

Asal pandai mengambil hatinya.

(Pantun 2297, KKMS 1990)

Jika ditelusuri secara cermat dalam pantun Utara KKMS, pengkaji dapat melihat juga ada pantun yang menyentuh nilai kesempurnaan diri melalui kiasan seperti “Biar buruk kain dipakai, Asal pandai mengambil hati”. Maksud rangkap pantun ini mengutamakan sifat bersederhana dan bersyukur dengan keadaan diri.

Dari Abu Yahya, iaitu Suhaib bin Sinan RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sungguh menakjubkan perkaranya orang yang beriman, kerana segala urusannya adalah baik baginya. Dan hal yang demikian itu tidak akan terdapat kecuali hanya pada orang mu’min. iaitu jika ia mendapatkan kebahagiaan, ia bersyukur, karena (ia mengetahui) bahwa perkara tersebut merupakan yang terbaik untuknya. Dan jika ia tertimpa musibah, ia bersabar, karena (ia mengetahui) bahwa perkara tersebut merupakan terbaik bagi dirinya." (HR Muslim. M.Abdai Rathomy, 1984:111)

4.2.3.13 Keberanian

Pantun Utara KKMS juga menekankan nilai keberanian memikul tanggungjawab.

Lihat pantun di bawah:

Bukan dedak sebarang dedak, Dedak seberang laut jati;

Bukan budak sebarang budak, Budak ini berani mati.

(Pantun 2471, KKMS 1990)

Ungkapan, “Bukan budak sebarang budak, Budak ini berani mati” menggambarkan sifat berani mati walaupun masih berusia muda kerana mempertahankan apa yang dilakukan atau diperkatakan adalah benar ternyata digarap dengan dinyatakan dalam pantun di atas. Sifat berani kerana benar amat sesuai dengan pepatah Melayu yang menyatakan ‘berani kerana benar dan takut kerana salah’. Ia membawa maksud

178

keberanian atau kemampuan menyatakan kebenaran serta takut melakukan sesuatu yang tidak benar atau salah. Oleh yang demikian, sifat tersebut merupakan sifat yang mulia kerana orang yang bersifat benar mempunyai perasaan yang halus dan tidak mampu menjadi pengkhianat (Mohd Ali Hashimi, 1988:104). Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

“Rasa takut terhadap manusia jangan sampai menghalangi kamu untuk menyatakan apa yang sebenarnya jika memang benar kamu melihatnya, menyaksika atau mendengarnya.” (HR Ahmad. Muhammad Faiz Almath, 1993:352)

Kalau tuan singgah ke Tanjung Batu, Singgah beli sebatang galah;

Kalau tuan kata begitu, Saya berani mengaku salah.

(Pantun 2683, KKMS 1990)

Pantun di atas dalam maksud pantun, “Kalau tuan kata begitu, Saya berani mengaku salah” menggambarkan sifat berani mengaku salah adalah sifat yang mulia, dihargai dan dalam masa yang sama dicemuh oleh orang yang tidak berani memikulnya. Orang yang berani memikul tanggungjawab adalah orang yang bersedia untuk menerima amanah berat bagi mengendalikan kehidupan sesebuah masyarakat, baik ianya masyarakat kecil atau besar (Abdul Rahman Abdul Aziz, 2006:117). Nilai Keberanian adalah jiwa yang berasal dari dalam hati. Sifat keberanian adalah sesuatu yang tersembunyi yang membuat orang tak pernah gentar walau apa pun yang dia hadapi terutama dalam memperjuangkan yang hak. Islam menuntut nilai keberanian dalam mempertahan amanah terutamanya akidah.

Menurut Aboebakar Atjeh (1988:19) keberanian ialah sikap tidak ragu-ragu untuk mengambil sesuatu tindakan walaupun dalam keadaan berbahaya dan berisiko tinggi.

179

Keberanian memerlukan kebijaksanaan dan keupayaan memanipulasi keadaan, kerana berani secara melulu akan mengakibatkan kehancuran dan kemusnahan. Dalam konteks kajian ini, nilai keberanian merupakan kesanggupan seseorang untuk menghadapi cabaran dan tentangan dengan penuh yakin serta berani menanggung risiko.

“Wahai orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan ucapkanlah perkataan yang benar (dalam Segala perkara). Nescaya Allah memperbaiki amalan-amalan kamu dan mengampunkan dosa-dosa kamu.(Ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, maka Sesungguhnya dia telah berjaya mencapai kejayaan yang besar.” (Al-Ahzab, 33: 70-71)

4.2.3.14 Ikhlas

Seterusnya nilai ikhlas merupakan perlakuan yang kerap dikaitkan dengan fahaman orang Melayu yang melakukan sesuatu kebaikan semata-mata kerana Allah SWT.

Nilai ikhlas ialah niat yang tulus dalam berbuat sesuatu yang baik atau beribadah kerana Allah SWT. Ikhlas dizahirkan atas segala perbuatan atau pekerjaan kerana Allah SWT sahaja. Firman Allah SWT dalam surah al-An’am (6:162) :



“Katakanlah: sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.”

Nasi lemak gulai keladi, Mari makan rumah Pak Abas;

Sungguhpun banyak saya berbudi, Tapi tidak pula saya hendakkan balas.

(Pantun 2768, KKMS 1990)

180

Pantun di atas menjelaskan kepentingan banyak berbudi kepada orang lain tetapi jangan berharap kepada balasan. Menurut Asmah Haji Omar (1991:21), dalam budaya Melayu suatu pujian biasanya ditolak untuk mengelakkan sifat riak dan takbur.

Konsep ini sesuai dengan ajaran Islam iaitu setiap amalan yang baik adalah ikhlas tanpa meminta sebarang balasan. Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud :

“Allah Ta’ala berfirman: “Ikhlas adalah rahsia di antara rahsia-Ku, Aku menitipkannya pada hati orang yang Aku cintai daripada hamba-hamba-Ku.”

(Al Ghazali, 2012:318)

“Seorang sahabat berkata kepada Rasulullah , “Ya Rasulullah, seorang melakukan amal (kebaikan) dengan rahsia dan bila diketahui orang, dia juga menyukainya (merasa senang). “Rasulullah SAW berkata, “Baginya dua pahala iaitu pahala merahsiakannya dan pahala terang-terangan.” (HR At

“Seorang sahabat berkata kepada Rasulullah , “Ya Rasulullah, seorang melakukan amal (kebaikan) dengan rahsia dan bila diketahui orang, dia juga menyukainya (merasa senang). “Rasulullah SAW berkata, “Baginya dua pahala iaitu pahala merahsiakannya dan pahala terang-terangan.” (HR At