2.3 Peranan Pantun
2.3.15 Menyampaikan Mesej Agama
Pantun juga berperanan dalam menyampaikan mesej agama yang mengandungi mengenai aqidah, hukum-hakam, amalan syariat dan keimanan kepada Allah SWT.
Pantun sebegini ingin mengajak para pendengar untuk mengtauhidkan diri kepada Allah SWT. Apabila tersebarnya ajaran Islam di Nusantara, maka fungsi pantun menjadi lebih penting, iaitu bertindak sebagai media dakwah. Pantun akan dilantunkan di dalam majlis peminangan, perkahwinan, temasya menuai padi atau menumbuk padi, menangkap ikan dan lain-lain aktiviti dalam masyarakat Melayu terutamanya sekiranya pelbagai lapisan masyarakat akan hadir. Pada majlis tersebut, pemantun-pemantun akan memperdengarkan pantun ciptaan mereka. Para pemantun akan berbalas-balas pantun dan suasana akan menjadi begitu meriah. Dalam majlis-majlis sedemikian terkumpullah khalayak yang ramai dan turut hadir dalam kalangan pemantun itu golongan yang pandai agama. Di sinilah situasi yang sebaiknya untuk mereka berdakwah melalui pantun yang dicipta itu (Bazrul Bahaman, 2002). Berikut adalah dua contoh pantun yang menyampaikan mesej agama:
Asalnya kandis buah gelegur, Pohon mangga dalam kebun, Masak sebiji di pintu pagar; Berbuah lebat patah dahan;
Duduk menangis di pintu kubur, Salah silap minta ampun, Terkenang di dunia tidak belajar. Mana termakan minta halalkan.
(Pantun 2387, KKMS 1990) (Pantun 2843, KKMS 1990)
58
Pantun juga berperanan sebagai media memberi nasihat atau teguran secara puitis dan berhikmah. Pantun Melayu sering dirujuk sebagai pemberi nasihat, sindiran atau cacian halus, memberi pujian dan sanjungan serta sebagai bahasa diplomasi yang dihuraikan selanjutnya (Mohd Rashid Md Idris, 2011:72). Ini juga selaras dengan Firman Allah SWT dalam Surah al-Nahl (16:125):
(kebijaksanaan) dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang terbaik, sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dia lah juga yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah”.
Menurut Wan Hussain Azmi Abdul Kadir (1994:44), al-Quran menyatakan bahawa metode yang baik untuk mengajak manusia kepada kebaikan ialah tiga cara, iaitu:
1. Cara hikmah
2. Cara kata nasihat yang baik 3. Cara perbincangan yang lebih baik
Zainal Kling (2001:5) menyatakan melalui tema keagamaan yang dikaji oleh pengkaji di dalam pantun, peranan pantun bertanggungjawab untuk nasihat supaya berkelakuan baik serta menyuruh kepada kebaikan (al-amru bil makruf), mencegah daripada keburukan (al-nahyu ‘anil munkar), beriman dan berlaku adil berupaya membentuk sebuah Negara dan tamadun yang gemilang sepertimana firman Allah SWT dalam surah Ali-Imran (3:110) :
59
“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang yang fasik.”.
Oleh yang demikian, jelas menunjukkan bahawa pantun merupakan sebuah puisi lama yang bertitik tolak daripada perkara kebaikan, kebenaran dan keindahan yang disebut di dalam al-Quran mengikut estetika Islam untuk manusia.
Daripada perkara-perkara yang telah dibincangkan, ternyatalah bahawa pantun itu menggambarkan identiti kehidupan masyarakat Melayu yang kaya dengan khazanah seninya. Sebenarnya, tidaklah dapat diukur atau dijangka dengan tepat gambaran tersebut. Hanya yang dapat pengkaji nyatakan bahawa pantun itu memainkan peranan dalam mempengaruhi gaya hidup masyarakat baik dari peringkat kanak-kanak, orang dewasa dan orang tua. Pengaruhnya merangkumi daya berfikir, beradab, kreativiti, berkerja, berbahasa, bertindak atau dalam erti kata lain pantun merangkumi banyak aspek kehidupan masyarakat Melayu. Oleh itu, untuk mengekalkan warisan kita ini kita perlu menghargai, mengenali dan menyayangi pantun kita ini supaya ia tetap kekal menjadi warisan kita turun temurun "Tak kenal maka tak cinta".
Ungku Adul Aziz Ungku Abdul Hamid di dalam syarahan yang disampaikan oleh beliau di Dewan Bahasa dan Pustaka pada 4 Disember 2009 yang bertajuk “Pantun dan Kebijaksanaan Akal Budi Melayu” telah menjelaskan bahawa orang Melayu
60
adalah bangsa yang mempunyai kebijaksanaan dalam memanipulasikan setiap kata dan gaya hidup mereka di dalam pantun. Bahkan masyarakat Melayu juga merupakan masyarakat yang mempunyai kelebihan dalam konteks daya fikir yang amat tinggi dengan cara mencipta dan mendedahkan perasaan serta buah fikiran mereka melalui pantun. Haron Mat Piah (2004:19) turut menyatakan setiap pantun membawa mesej pengajaran, nasihat dan panduan, semuanya bersifat membina dan positif, hingga tidak ada yang secara jelas bersifat negatif dengan tujuan memesongkan sikap yang baik di kalangan anggota masyarakat. Tenas effendi (2007:xxvi) turut menyatakan bahawa peranan pantun dalam kehidupan orang Melayu adalah untuk menyampaikan pesan-pesan moral yang sarat berisi nilai-nilai luhur agama, budaya dan norma-norma sosial masyarakatnya. Selain itu, pantun juga berperanan dalam mewujudkan pergaulan seresam, hiburan yang bernas serta penyampaian isi hati, kritikan dan sebagainya.
Bagi Nurazmi Kuntum (1991:58) pula, hal-hal yang realiti yang terdapat di dalam pantun yang sering kali digunakan sebenarnya lahir daripada keinsafan, kesedaran dan pengalaman hidup pemantun. Atas rasa tanggungjawab, mereka menyuarakan sesuatu setepat mungkin dengan harapan akan dapat dimanfaatkan oleh pendengar atau pembacanya. Kenyataan ini selaras dengan firman Allah SWT dalam surah Ali-Imran (3:104) :
“Hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Mereka yang bersifat demikian itulah orang yang berjaya”.
61
Manakala seorang sarjana Barat seperti Braginsky (1998:363), menyatakan bahawa pada umumnya pantun mengandungi unsur-unsur alam sekeliling iaitu makrokosmos dan mikrokosmos yang merupakan sumber alamiyah yang digunakan oleh sejauh yang terjangkau oleh akal fikiran manusia. Ini termasuklah dengan bahagian maksud atau isi yang merupakan roh dan jiwa pantun. Korpus datanya berdasarkan pengalaman inderawi dan batin manusia. Maka, bahagian ini mengandungi persoalan rasional dan logikal, interaksi manusia dengan alamnya dan interaksi manusia dengan manusia.
Yang menariknya, orang Melayu sangat kaya dengan amalan budaya dan adat. Bagi masyarakat Melayu, ajaran Islam berserta budaya dan norma-norma adalah sumber kepada nilai luhur yan terkandung di dalam tunjuk ajar yang dikatakan itu. Pesan-pesan yang diutarakan berfungsi sebagai penapis kepada anak Melayu dalam mencari ilmu pengetahuan, iaitu seperti: “Meluruskan ilmu dengan iman”, “Kalau mencari ilmu dunia, luruskan olehmu dengan agama”, “Kalau hendak hidup selamat, carilah ilmu yang bermananfaat” dan sebagainya. Selain itu pesanan juga dilahirkan dalam bentuk pantun kilat, antaranya “Kalau hidup hendak terhormat, carilah ilmu jauh dan dekat”, “Kalau hidup hendak terpuji, menuntut ilmu jangan berhenti”, “Kalau hidup hendak bertuah, menuntut ilmu janganlah lengah” dan lainnya.
Tenas Effendy (2013:30) menyatakan kearifan berfikir orang Melayu tidak dapat dilepaskan dari budaya Melayu. Beratus-ratus ungkapan Melayu mengingatkan mereka supaya berfikir dalam hidupnya, berfikir dalam merancang usaha, berfikir dalam bekerja, berfikir sebelum berbicara, berfikir sebelum bertindak, berfikir sebelum mengambil keputusan, berfikir untuk memelihara alam lingkungan, berfikir
62
untuk memahami rahsia alam, berfikir mengenai ciptaan Allah SWT dan sebagainya.
Peringatan itu menjadikan pegangan orang Melayu, sehingga mereka selalu berfikir dalam menjalankan bahtera kehidupannya.