• Tidak ada hasil yang ditemukan

3.2 Kategori Pantun Utara KKMS Berdasarkan Nilai-Nilai Islam

3.2.3 Nilai Islam dalam Aspek Tatasusila

3.2.3.21 Sabar

“Janganlah kamu berangan-angan (ingin mendapatkan) kurniaan yang dilebihkan Allah kepada sebahagian kamu daripada sebahagian yang lain (sama ada berbentuk keduniaan atau keagamaan). (kerana telah ditetapkan) bagi orang lelaki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan, dan bagi wanita pula ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan (maka berusahalah).Mohonlah kepada Allah akan limpah kurniaan-Nya.

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu”. (An-Nisa’, 4:32) bersyukurlah kepada-Nya; (ingatlah), kepada Allah jualah kamu akan dikembalikan.” (Al-Ankabut, 29:17)

3.2.3.21 Sabar

Sabar ialah tidak terburu-buru, tenang (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005:1361).

Nilai Islam seterusnya yang ditampilkan dalam pantun Utara KKMS ialah sifat sabar.

Nilai ini diterapkan dengan tujuan menyatakan kepada khalayak bahawa setiap ujian, cubaan atau musibah yang menimpa seseorang itu hendaklah diterima dengan tenang

115

dan penuh sabar bagi setiap orang Islam. Berikut adalah beberapa contoh pantun Utara KKMS berkaitan nilai sabar:

Banyak orang ambil baja, Kain pelikat dari Jawa, Saya seorang mengambil padi; Mari dijahit benang sutera;

Banyak orang balik saja, Sudah berikat kita berdua, Saya seorang gagah menanti. abarlah dulu menanti masa.

(Pantun 2417, KKMS 1990) (Pantun 2646, KKMS 1990) Pagi petang siang malam, Kajang tuan tali mengkuang, Tinggi rendah panjang lebar; Kajang saya bertali jerami;

Di luar pisang racun di dalam, Janganlah tuan berhati bimbang, Penawar mudah banyakkan sabar. Gunung dikejar takkan lari.

(Pantun 2812, KKMS 1990) (Pantun 2650, KKMS 1990)

Ia menggambarkan sesuatu tingkah laku yang dituntut oleh Islam. Mohd Rashid Md Idris (2011:228) mengatakan bahawa ungkapan “sabar separuh daripada iman”

memang menjadi nilai penting dalam masyarakat Melayu. Dalam mengharungi kehidupan, seseorang itu lazimnya akan menghadapi pelbagai masalah, dugaan, dan pancaroba. Oleh hal demikian, individu itu harus bersabar dan cuba mencari jalan penyelesaiannya kerana setiap yang rumit itu selalunya dapat diselesaikan dengan sifat sabar. Firman Allah SWT :



















“Dalam pada itu (ingatlah), orang Yang bersabar dan memaafkan (kesalahan orang terhadapnya), Sesungguhnya Yang demikian itu adalah dari perkara-perkara Yang dikehendaki diambil berat (melakukannya).” (Asy-Syura, 42:43)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

“Sabar adalah separuh dari iman dan keyakinan adalah seluruh keimanan”. (HR.

Ath Thabrani dan Al Baihaqi, Muhammad Faiz Almath, 1993:343)

116 3.2.3.22 Menjaga Rahsia

Menjaga ialah memberi perhatian kepada, memelihara. berikhtiar atau berusaha (supaya). (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005:596). Rahsia menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005:1268) ialah Sesuatu (benda, akal, dan lain-lain) yang sengaja disembunyikan supaya orang lain tidak mengetahuinya. Pantun Utara KKMS menekan kepentingan nilai ini seperti rangkap pantun di bawah:

Anak ikan dimakan ikan, Ikan siar dalam tuar;

Tahu makan tahu simpan, Rahsia kita jangan keluar.

(Pantun 2340, KKMS 1990)

Islam mengehendaki supaya kesalahan dan keburukan yang dilakukan oleh orang Islam disembunyikan dan tidak boleh diheboh-hebohkan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: ”Barangsiapa yang menutup ke'aiban seorang muslim, nescaya Allah akan menutup ke'aibannya di dunia dan akhirat.” (HR Muslim, Abu Daud dan At-Tirmizi. Dr. Jamal Ahmed Badi, 2001:184) dan firman Allah SWT dalam surah al-Isra’ (17:34) :















“Sempurnakanlah perjanjian (dengan Allah dan dengan manusia), Sesungguhnya perjanjian itu akan dipertanggungjawabkan.”

3.2.3.23 Menuntut Ilmu

Menuntut ilmu bermaksud berusaha untuk mencari ilmu (pengetahuan dan lain-lain), mempelajari. (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005:1743). Menuntut ilmu merupakan perkara wajib yang dituntut dalam Islam kerana ia boleh menjadi bekalan hidup di dunia dan akhirat. Bak kata pepatah “Tuntutlah ilmu biarlah hingga ke liang lahad”.

117

Pantun berkaitan kepentingan ilmu kepada manusia turut dikesan dalam pantun Utara KKMS yang dikaji.

Gunung Medan Hutan Aji, Tuan Haji memakai jubah, Padang Mawa bendang berlumpur; Disulam gambar dengan benang;

Kalau dah anak mengaji, Orang mengaji memuji Allah,

Bolehlah berdoa di atas kubur. Orang sembahyang mengampun dosa.

(Pantun 2597, KKMS 1990) (Pantun 2995, KKMS 1990) Tetak tebu buatkan dayung,

Hendak berdayung tanah besar;

Tuntut ilmu buatkan payung,

Hendak berpayung di Padang Mahsyar.

(Pantun 2982, KKMS 1990)

Hal ini menunjukkan menuntut ilmu itu wajib menurut Islam, firman Allah SWT :



“Allah meninggikan darjat orang yang beriman di kalangan kamu dan orang yang diberi ilmu pengetahuan (di kalangan kamu) beberapa darjat.”

"Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui?" (Az Zumar, 39:9)

3.2.3.24 Menjaga Kebersihan

Bersih menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005:172) ialah tidak kotor, bebas daripada pencemaran dan tidak mengandungi unsur-unsur yang boleh merosakkan atau mengganggu kesihatan. Nilai menjaga kebersihan juga ditemui dalam pantun Utara KKMS, seperti rangkap pantun di bawah:

Apa putih di tengah laut, Ruku-ruku tanaman Cina;

Apa putih di tengah rumput, Telur kutu disangka bunga.

(Pantun 2384, KKMS 1990)

118

Allah SWT juga menekankan kepentingan menjaga kebersihan sepertimana firman-Nya :















“Sesungguhnya Allah mencintai orang yang banyak bertaubat, dan mencintai orang yang sentiasa menyucikan diri.” (Al Baqarah , 2:222)











“Sesungguhnya berjayalah orang yang membersihkan diri (dengan beriman).”

(Al-A’la, 87:14)

3.2.3.25 Larangan Mengumpat

Larangan ialah perintah melarang (sesuatu perbuatan), tegahan (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005:893). Mengumpat menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005:1766) ialah mencela-cela (memburuk-burukkan) orang lain dibelakangnya, mengatai (orang) di belakang. Berikut adalah pantun Utara KKMS berkaitan nilai larangan mengumpat:

Kalau berjalan terasa lambat, Orang Cina dari seberang, Kalau berlari terasa cepat; Bawa jual ikan tenggiri;

Jangan kita suka mengumpat, Mengata orang jangan sebarang, Rugi di dunia akhirat tak dapat. Tak pernah cermin diri sendiri.

(Pantun 2659, KKMS 1990) (Pantun 2788, KKMS 1990)

Kecil-kecil kacang pelisa, Banyak nyamuk di hutan Tengar, Pandai melilit di pagar orang; Buah betik dipanggil papaya;

Tengok kecil mulutnya bisa, Kicau murai lagi didengar, Pandai menyakit hati orang. Inikan pula cerita manusia.

(Pantun 2700, KKMS 1990) (Pantun 2416, KKMS 1990)

Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan ini termasuklah apabila menyebut atau menceritakan keburukan orang lain biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya. Firman Allah SWT :

119

“Kecelakaan besar bagi setiap pengumpat lagi pengeji”. (Al-Humazah, 104:1)

“Allah tidak menyukai perkataan-perkataan buruk yang diucapkan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dizalimi. (Ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Berkuasa.”

(An Nisa’ 4:148)

“Wahai orang Yang beriman! jauhilah kebanyakan daripada sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah berdosa. Janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang. Janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (oleh itu, patuhilah larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah.

Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Penyayang.” (Al-Hujurat, 49:12

3.2.3.26 Belas Kasihan (Ihsan)

Belas ialah hiba,turut bersedih, kasihan (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005:153).

Kasihan bermaksud merasa sedih (hiba, belas) apabila melihat atau mendengar penderitaan seseorang (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005:682). Ihsan didefinisikan kebaikan, kebajikan, perbuatan baik, kemurahan (hati) (Dewan Bahasa Edisi Keempat, 2005:560). Berikut adalah pantun Utara KKMS yang boleh dikategorikan dalam nilai belas kasihan :

120

Beras padi makanan itik, Dua belas gunung bertani, Itil biasa makan berdua; Tanam nanas di dalam kebun;

Belas hati pandang ke bilik, Tuan tidak belaskah dagang kami, Bilik biasa tidur berdua. Siang berpanas malam berembun.

(Pantun 2435, KKMS 1990) (Pantun 2583, KKMS 1990)

Perbuatan atau sifat belas kasihan ialah tanda orang yang berakhlak. Melalui sifat belas kasihan, bertimbang rasa, murah hati, murah hati, saling faham memahami dan sedia memaafkan, memperlihatkan wujudnya unsur kebaikan dan kebajikan seperti yang dituntut oleh Islam. Dari Jarir bin Abdullah R.A., katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

“Barangsiapa yang tidak menaruh belas-kasihan kepada sesama manusia, maka Allah juga tidak menaruh belas-kasihan padanya.” (Muttafaq ‘alaih. M.Abdai Rathomy, 1984:347)

3.2.3.27 Rasional

Rasional bermaksud alasan munasabah yang mendasari sesuatu tindakan, perbuatan atau pegangan; berdasarkan penaakulan, menurut pertimbangan atau fikiran yang wajar atau waras (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005:1292). Nilai ini memperlihatkan keupayaan individu untuk menyatakan sesuatu menggunakan pemikiran dan bertindak dengan bukti yang nyata tanpa dipengaruhi oleh emosi dan perasaan. Contoh boleh dilihat seperti pantun Utara KKMS di bawah:

Kapal berlabuh nampaknya sayup, Ke Bandar Melaka ke rumah Cik Alang, Sauh dibongkar layar berkembang; Hendak bersafar ke Tanjung Keling;

Kalau tak sabit angin bertiup, Kalau semua orang berambut panjang, Masakan kelak pohon bergoyang. Apatah hal nasib si tukang gunting.

(Pantun 2691, KKMS 1990) (Pantun 2699, KKMS 1990)

121

Kelip-kelip kusangka api, “Nanas serumpun tidak berduri, Kalau api mana dapurnya; Buah manis seperti gula;

Hilang ghaib kusangka mati, Panas setahun hujan sehari, Kalau mati mana kuburnya. Telaga yang kering penuh semula.

(Pantun 2702, KKMS 1990) (Pantun 2763, KKMS 1990)

Pemikiran ini antaranya melibatkan penelitian terhadap sesuatu perkara sama ada ia baik atau buruk. Setiap apa yang terjadi adalah kehendak dan kekuasaan Allah SWT.



“Tidakkah Engkau melihat kekuasaan Tuhanmu? Bagaimana Dia memanjangkan bayang-bayang itu dan jika Dia mengkehendaki tentulah Dia menjadikannya tetap (tidak bergerak dan tidak berubah)! kemudian Kami jadikan matahari sebagai tanda (Yang menunjukkan perubahan bayang-bayang itu).” (Al-Furqan, 25:45)

3.2.3.28 Senyum

Nilai senyum juga ditemui dalam pantun Utara KKMS. Senyum adalah gerak bibir yang ternaik pada hujungnya yang membayangkan rasa suka tanpa mengeluarkan suara (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005:1457). Senyum merupakan amalan yang baik dan terpuji. Dalam pantun Utara KKMS juga ditemui pantun berkaitan nilai senyum ini, seperti pantun di bawah:

Anak dara tersenyum simpul, Anak sepat anak sembilai, Baru lepas bersanding semalam; Anak tengkarung di dalam padi;

Parang saya memangnya tumpul, Dari jauh sengok dan kulai, Tetak tak luka patah di dalam. Senyum serong haram tak jadi.

(Pantun 2332, KKMS 1990) (Pantun 2359, KKMS 1990) Burung pipit datang ke mari, Itik putih di Padang Basai, Tempat orang menanam pala; Luruh bulu batu bertelur;

Kening diangkat senyum di beri, Adik Putih ni tak ketahuan pasai, Bagaimana hati tak gila. Senyum dulu baru tegur.

(Pantun 2520, KKMS 1990) (Pantun 2620, KKMS 1990)

122

Kacang melilit di tanah rata, Lembu siapa tambat di pantai, Ambil dimasak bersama timun; Punca tali di pokok asam;

Dia masam sebelum disapa, Ilmu siapa adik pakai,

Bila ditegur dia tersenyum. Senyum sekali manis siang malam.

(Pantun 2635, KKMS 1990) (Pantun 2729, KKMS 1990) Pohon kelapa tumbuh di pantai,

Rumpun padi pangkal mempelam, Ilmu apa cik adik pakai,

Senyum pagi manis ke malam.

(Pantun 2841, KKMS 1990)

Senyum juga dapat memperbaiki hubungan seseorang, baik dengan orang lain mahupun dengan Tuhannya. Orang yang berwajah senyum ketika berhubungan atau berbicara dengan individu lain secara langsung menandakan bahawa hubungannya dengan individu tersebut terjalin dengan baik. Orang yang menjaga hubungan baiknya dengan orang lain bererti menyambung tali silaturahim. Perbuatan ini juga merupakan sunnah Rasulullah SAW. Daripada ‘Abdullah Bin Al-Harith RA yang berkata maksudnya :

“Aku tidak pernah melihat seseorang yang banyak tersenyum kecuali Rasulullah SAW” (HR Al-Imam Al-Tirmizi, Mustafar Mohd Suki & Abid Muhammad Noor, 2015:186)

3.2.3.29 Malu

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005:988) menyatakan malu, i. perasaan aib (hina, rendah diri dan lain-lain), ii. Menaruh hormat akan, berasa segan (agak takut). Malu dapat diertikan sebagai suatu nilai suci dan murni yang menjadi asas kepercayaan dan diterima sebagai mutlak dan luhur yang merupakan maruah bangsa (Mohamed Mansor Abdullah, 1993:249). Dalam pantun Utara KKMS juga ditemui pantun berkaitan nilai malu ini, seperti pantun di bawah:

123

Bukit Jertih berhutan buluh, Bukit Kalong jalan ke Kedah, Tempat raja pergi memburu; Tempat orang menumpang lalu;

Minta selisih malaikat empat puluh, Minta tolong kepada Allah, Jangan saya diberi malu. Nak ambil juga pelepas malu.

(Pantun 2480, KKMS 1990) (Pantun 2481, KKMS 1990) Memburu rusa di tepi bukit, Naik bukit keladi tumbang, Rusa diburu sepanjang hari; Keras makan buah dedalu;

Malu bukan satu penyakit, Paras baik budinya kurang, Ubatnya tentu payah nak cari. Mana tempat orang nak malu.

(Pantun 2748, KKMS 1990) (Pantun 2759, KKMS 1990) Saya dahulu duduk di Luku, Timba-timba dicebok jangan, Di kaki bukit keladi tumbang; Takut dapat puyu saja;

Mana tempat abang nak malu, Gila-gila mabuk jangan, Rupa baik perangai kurang. Takut dapat malu saja.

(Pantun 2903, KKMS 1990) (Pantun 2986, KKMS 1990)

Menurut Islam, malu ialah perasaan yang mendesak seseorang supaya menghindarkan segala yang keji dan melaksanakan segala yang terpuji. Malu datang dari hati yang sedar akan nilai diri yang percaya akan kekuasaan dan kebesaran Allah SWT yang sentiasa memerhatikan gerak geri manusia. Dengan itu, manusia perlu mengawal zahir dan batin daripada melakukan perkara-perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah SWT (Mustafa Abd Rahman, 1996:248).

















“Buatlah apa yang kamu suka, Sesungguhnya Allah Maha melihat akan apa yang kamu lakukan (dan akan membalasnya)". (Fussilat, 41:40)

Dari Ibnu Umar RA bahawasanya Rasulullah SAW berjalan melalui seorang lelaki dari golongan kaum Ansar dan ia sedang menasihati saudaranya tentang hal sifat malu, yakni malu mengerjakan kejahatan. Kemudian baginda SAW bersabda yang bermaksud :

“Biarkanlah ia, sebab sesungguhnya sifat malu itu termasuk dari keimanan.”

(Muttafaq ‘alaih. M.Abdai Rathomy, 1984: 765)

124 3.2.3.30 Manfaat Masa Muda

Manfaat ialah guna, faedah, untung laba (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005:992), masa pula bermaksud waktu, ketika (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005:1000) dan muda bermaksud belum tua (orang dan lain-lain), masih remaja (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005:1047). Pantun Utara KKMS juga mengetengahkan nilai memanfaatkan masa muda. Masa muda ialah masa yang bebas untuk melakukan apa sahaja. Orang muda selalu beranggapan usia muda ialah masa untuk mencuba dan melakukan apa sahaja tetapi sekiranya untuk beribadat, ia ditangguhkan sehingga umur sudah menjadi tua. Berikut adalah pantun Utara KKMS yang memberi ingatan untuk memanfaatkan masa muda:

Jangan dikukur nyiur muda Jangan dilurut padi muda, Taruh makan durian berduri; Padi muda dibawa ke barat;

Jangan kufur semasa muda, Jangan diturut hati muda, Hati muda membawa maut. Hati muda membawa larat.

(Pantun 2623, KKMS 1990) (Pantun 2624, KKMS 1990) Padi muda jangan dilurut,

Kalau dilutur patah batangnya;

Hati muda jangan diturut, Kalau diturut susah datangnya.

(Pantun 2807, KKMS 1990)

Dalam Islam, beribadat disarankan untuk dilakukan ketika usia masih muda. Hal ini selari dengan hadis Rasulullah SAW iaitu lakukanlah lima hal sebelum terwujud lima hal yang lain. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Manfaatkan lima perkara sebelum lima perkara :(1) Waktu mudamu sebelum datang waktu tuamu, (2) Waktu sihatmu sebelum datang waktu sakitmu, (3) Masa kayamu sebelum datang masa kefakiranmu, (4) Masa luangmu sebelum datang masa sibukmu,dan (5) Hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR Al-Baihaqi, Ar-Riyad Thariq Al-Hijaz, 2003M/ 1423 H Juz 12, .h. 476)

125 3.3 Kesimpulan

Secara kesimpulannya, pantun ialah adalah media ucapan terpenting orang Melayu, ia menjadi falsafah, pencipta nilai, pendidik moral, kekasih yang ghairah atau terseksa, pemerhati dunia, orang tua, anak kecil dan memainkan peranan penting pada hampir setiap peringkat. Pantun adalah karya agung masyarakat Melayu yang mencerminkan nilai-nilai hidup dan sosial masyarakat Melayu. Keagungan itu bukan sahaja dalam falsafah, pegangan, tema dan maksud yang disampaikan, tetapi ia juga dalam rangkap kata-kata yang menjadi wadah nilai dan tanggapan itu. Kata-kata yang terdapat dalam pantun adalah padat, bernas, tepat dan berkesan. Pantun juga bersifat fungsional, iaitu bukan sahaja bertujuan untuk mendidik dan membimbing tetapi juga untuk menghiburkan khalayak yang mendengarnya (Muhammad Haji Salleh, 2007:510).

Daripada apa yang telah pengkaji bincangkan, nyatalah bahawa Pantun Utara KKMS yang dikaji itu terselit nilai-nilai Islam yang mengandungi nasihat serta pengajaran yang berguna sebagai panduan kepada seluruh genap masyarakat. Pantun dapat membentuk serta membina nilai-nilai Islam dalam diri seseorang kerana di dalamnya terkandung makna-makna tersirat dan dapat dijadikan pedoman. Jika kita mengkaji pantun daripada aspek semantik, tidak dapat dinafikan pantun-pantun yang dikaji memang terdapat 1001 pengajaran yang berguna kerana melalui pantun tersebut, ia dapat memberi panduan, mengajar dan mendidik kita berkaitan ilmu sama ada ilmu dunia atau akhirat.

Sebenarnya, tidaklah dapat diukur atau dijangka dengan tepat peranan pantun dalam kehidupan orang Melayu. Hanya yang dapat dikatakan di sini bahawa pantun itu berjaya memainkan peranan dalam mempengaruhi gaya hidup masyarakat baik

126

daripada peringkat kanak-kanak, remaja, orang dewasa dan orang tua. Pengaruhnya merangkumi daya berfikir, beradab, kreativiti, bekerja, berbahasa, bertindak atau dalam erti kata lain ia merangkumi banyak aspek kehidupan masyarakat Melayu. Oleh itu, kita perlu menghargai, mengenali dan menyayangi pantun kita ini supaya ia tetap kekal menjadi warisan kita turun-temurun seperti kata peribahasa "tak kenal maka tak cinta”.

127

BAB EMPAT

ANALISIS PANTUN UTARA KURIK KUNDI MERAH SAGA (KKMS) DARI ASPEK KETEPATAN DENGAN NILAI ISLAM

4.1 Pendahuluan

Dalam bab ini, pengkaji menganalisis nilai-nilai Islam yang digarap dalam pantun Utara KKMS sama ada secara langsung atau tidak langsung. Pelbagai huraian dan pandangan dalam menentukan pembahagian nilai Islam selaras dengan ajaran agama dan moral. Oleh itu, untuk menentukan kategori setiap nilai, pengkaji tekun meneliti setiap rangkap dan penggunaan istilah dalam pantun Utara KKMS.

‘Adat bersendi syarak, syarak bersendi adat’ ungkapan yang membuktikan orang Melayu diajar supaya segala perbuatan hendaklah jangan bertentangan dengan adat dan agama. Dalam masyarakat Melayu, ciri-ciri Islam menjadi asas kelakuan dan tindakan, bentuk dan hubungan, intisari nilai, sikap, dan pandangan. Islam menjadi jiwa dalam keseluruhan aspek sosial dan budaya orang Melayu (Zainal Kling, 1980).

Nilai dalam kehidupan orang Melayu bersandarkan Islam memandangkan Islam ialah alternatif beragama bagi orang Melayu (T.A. Ridwan, 2001:270). Nilai-nilai Islam itu telah membentuk peraturan sosial yang dapat membina disiplin sosial lalu wujudlah hubungan sosial yang berkesan.

Wan Mohd Zahid Mohd Nordin (1988) menyatakan nilai murni individu, sesuatu masyarakat atau bangsa adalah diasaskan kepada agama yang dianutinya. Nilai merupakan sesuatu yang terbit daripada keinginan, bermotif dan dibentuk serta diperakukan oleh budaya dan masyarakat. Nilai-nilai yang wujud dan dianuti semasa

128

berlaku interaksi sosial memberikan makna kepada individu tentang kepercayaan, peraturan dan norma hidup sesebuah masyarakat. Budaya dalam masyarakat memberikan satu garis panduan kepada seseorang individu tentang perbezaan, pemeringkatan dan pemilihan terhadap desakan, keinginan dan matlamat perlakuan hidup individu dalam berbagai-bagai bidang seperti ekonomi, politik, sosial, fizikal, rohaniah, kebudayaan, intelektual dan biologi. Nilai Islam mempunyai hubungan yang organik dengan pandangan yang universal Islam tentang Tuhan, manusia, dan alam (Mohd Kamal Hasan, 1980).

Garapan nilai-nilai Islam yang diadun dalam bait-bait pantun, kebanyakannya menggambarkan tingkah laku bersopan, berperibadi mulia, serta bersahsiah yang berupaya membina masyarakat mulia. Gambaran ini terpapar melalui penggunaan istilah berunsur Islam yang diterapkan sama ada secara langsung atau tidak melalui pantun Utara KKMS yang sedikit sebanyak akan mempengaruhi perlakuan pembacanya.

Bagi membolehkan penilaian yang lebih tepat tentang nilai Islam dalam pantun Utara KKMS, pengkaji akan membuat analisis berdasarkan aspek kepercayaan, amalan dan tatasusila. Pada hemat pengkaji adalah mudah apabila perbincangan ini dibuat melibatkan tiga aspek di atas untuk mengkaji pemikiran orang Melayu. Aspek kepercayaan, amalan dan tatasusila merupakan aspek-aspek yang pada pendapat pengkaji dapat mewakili unsur Islam dalam kehidupan orang Melayu.

129

Kajian tiga aspek tersebut akan meliputi empat perkara iaitu ciri-ciri, unsur-unsur, sifat-sifat dan adat-resam Melayu. Untuk itu, pengkaji hanya mengambil beberapa contoh pantun Utara KKMS yang agak dominan sebagai huraian dalam bab ini.

4.2 Analisis Nilai-Nilai Islam dalam Pantun Utara KKMS

Al-Quran yang merupakan perlembagaan agung kepada umat Islam telah menamakan Islam sebagai suatu cara hidup dan dijadikan kerangka syariat kepada semua umat manusia. Di samping itu, kandungannya mempunyai pelbagai pedoman dan mutiara hikmah yang amat bernilai kepada manusia dalam membina ketamadunan insan.

Malah, ia merupakan pembimbing hidayah yang datang daripada Allah SWT. Antara bimbingan yang terpenting adalah perkara-perkara yang berkaitan dengan akidah, syariah dan moral (akhlak). Al-Quran menekankan terhadap nilai kerana mencerminkan keperibadian seseorang Muslim yang bertakwa. Oleh yang demikian, penerapan nilai-nilai Islam dalam pantun ialah bertujuan membimbing pembentukan akhlak agar berfungsi dalam kehidupan setiap masyarakat Islam.

Bagi masyarakat Melayu, ajaran Islam, budaya dan norma sosiobudaya mereka merupakan sumber nilai luhur seseorang individu itu. Melalui acuan atau tarbiyyah iman dan ilmu Islam diolah dan diadun bersama oleh masyarakat ini sehingga mencorak kehidupan masyarakat ini dalam kehidupan seharian yang menepati kehendak al-Quran. Menurut Ismail Hamid (1985:56), apabila orang Melayu mula menganut agama Islam, mereka mempelajari ayat-ayat al-Quran untuk menunaikan fardu sembahyang. Daripada tahap ini, orang Melayu mula digalakkan belajar membaca serta diikuti pula dengan proses pembelajaran yang bercorak ilmu-ilmu agama.

130

Berdasarkan kajian dan analisis terhadap pantun-pantun pilihan Utara KKMS sebanyak 714 buah pantun, pengkaji akan menjelaskan penemuan dalam kajian ini.

Penemuan nilai Islam dalam pantun menjelaskan wujudnya pengarang untuk menerapkan prinsip nilai-nilai Islam kepada masyarakat pembacanya melalui aspek kepercayaan, aspek amalan dan aspek tatasusila.

4.2.1 Penemuan Nilai Islam dalam Aspek Kepercayaan

Aspek kepercayaan dalam kajian ini merujuk kepada pegangan akidah yang mentauhidkan Allah SWT. Aspek kepercayaan ini boleh dipecahkan kepada nilai-nilai yang terdiri daripada keimanan, kesabaran, kesyukuran, tawakal, qada’ dan qadar, ujian, tawakal dan syukur. Islam menuntut penganutnya beriman dengan Rukun Iman iaitu beriman kepada Allah, para malaikat, kitab-kitabnya, rasul-rasul, hari akhirat serta qada’ dan qadar. Berdasarkan pantun Utara KKMS terdapat lapan aspek yang ditemui berkaitan dengan aspek kepercayaan seperti berikut:

Jadual 4 : Nilai Islam dalam Aspek Kepercayaan

Bil Nilai Islam Huraian

1. Beriman kepada Allah Mentauhidkan Allah SWT dengan penuh

1. Beriman kepada Allah Mentauhidkan Allah SWT dengan penuh