3.2 Kategori Pantun Utara KKMS Berdasarkan Nilai-Nilai Islam
3.2.1 Nilai Islam dalam Aspek Kepercayaan
3.2.1.8 Syukur
“Sesiapa yang bertawakkal kepada Allah, maka Allah akan mencukupkannya (menolong dan menyelamatkannya.” (At-Thalaq, 65:3)
3.2.1.8 Syukur
Syukur bermaksud terima kasih (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005:1560). Syukur ialah suasana suka dan senang kerana sesuatu nikmat yang diperolehi (Imam Ghazali, 1990:731). Nilai syukur boleh ditakrifkan sebagai perasaan dan perlakuan yang dizahirkan dengan ikhlas terhadap segala pemberian yang diterima sama ada yang dihajati atau mendapat keselamatan daripada musibah. Syukur ialah suasana suka dan senang kerana sesuatu nikmat yang diperoleh (Imam Ghazali, 1990:731). Berikut adalah penemuan nilai syukur dalam pantun Utara KKMS:
Ada yang datang waktu petang, Dari teluk pergi ke pekan,
Ada yang datang pakai kereta; Singgah bermalam di Batu Lima;
Tuahlah badan mendapat gelang, Sekalian makhluk Tuhan jadikan, Mendapat cincin berbatu pula. Kaya miskin dipandang sama.
(Pantun 2292, KKMS 1990) (Pantun 2569, KKMS 1990)
Bersyukur bermakna menerima sesuatu sumbangan, pemberian dan khidmat bakti dengan rasa senang hati. Sifat rasa bukan sahaja dilihat sewaktu mendapat sesuatu yang dihajati tetapi juga apabila terselamat daripada sesuatu tragedi. Firman Alah SWT dalam surah Ali- Imran (3:144) :
“Allah akan memberi balasan pahala kepada orang yang bersyukur (terhadap nikmat kurniaan-Nya)”.
81 3.2.2 Nilai Islam dalam Aspek Amalan
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005:42) amalan bermaksud sesuatu yang dilakukan (dilaksanakan, dikerjakan) sebagai suatu kebiasaan dan maksud kedua perbuatan baik atau kebajikan. Dalam konteks kajian ini, amalan yang dimaksudkan ialah melakukan sesuatu amalan Islam yang diperintah oleh Allah SWT. Menurut Shahnon Ahmad (1982), Islam ialah cara hidup yang sah mengikut fitrah manusia yang dijamin oleh Allah SWT dan ia juga ialah cara hidup yang sentiasa meningkatkan taraf kehidupan dan penghidupan manusia. Dalam erti kata lain, Islam ialah satu dakwah, baik dakwah lisan, mahupun dakwah tulisan yang bertujuan untuk mengubah satu situasi, kondisi dan konstelasi (material dan spiritual) tertentu menjadi situasi, kondisi dan kontelasi yang lebih baik seperti yang dikehendaki oleh Islam.
Islam menekankan pengikutnya untuk mengamalkan amalan-amalan yang positif sepertimana yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW. Daripada Abdullah bin Amru bin al-‘As RA, bahawasanya seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah SAW, yang bermaksud:
“Apakah amalan yang terbaik dalam Islam?” Baginda bersabda, “Memberi makan makanan dan memberi salam kepada orang engkau kenal dan orang yang engkau tidak kenali”. (Mutaffaq ‘alaih. M.Abdai Rathomy, 1984: 908)
Islam menekankan, segala sesuatu amalan tergantung pada niatnya selain tergantung pada niat, nilainya juga tergantung caranya, maka walau niat ikhlas kerana Allah SWT, bila salah dalam caranya maka amal itu hanya akan jadi amal yang sia-sia dan tak berguna.
82
Dalam aspek amalan, pengkaji menemui nilai-nilai Islam dalam pantun Utara KKMS seperti sembahyang, doa, puasa, merisik, meminang, kahwin dan rujuk atau kembali.
3.2.2.1 Sembahyang (Solat)
Sembahyang ialah perbuatan menyembah Allah SWT (Dewan Bahasa Edisi Keempat, 2005:1435). Pantun Utara KKMS menekankan kepentingan menunaikan solat supaya mendapat keampunan Allah SWT. Solat ialah rukun Islam kedua yang wajib dilaksanakan oleh setiap orang yang mukalaf. Ia merupakan tiang agama yang tanpanya Islam akan runtuh (Ghazali Darusalam, 1997:37). Menunaikan ibadah solat dituntut oleh Islam malah ia dapat membentuk akhlak seseorang. Firman Allah SWT dalam surah al-Ankabut (29 45) :
“Dan dirikanlah solat; Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar”.
Solat boleh menghapuskan dosa (kecil) dan sesiapa bersembahyang akan mendapat ganjaran tertentu dari Allah SWT, seperti pantun di bawah:
Tuan Haji memakai jubah, Layang-layang terbang melayang, Disulam gambar dengan benang; Turun ke tanah memakan padi;
Orang mengaji memuji Allah, Kalau ada kita sembahyang, Orang sembahyang mengampun dosa. Padang mahsyar kita berhenti.
(Pantun 2995, KKMS 1990) (Pantun 2721, KKMS 1990)
Sembahyang di antara nilai Islam yang penting sekali kerana ia memainkan peranan yang berkesan untuk membina keperibadian dan merupakan sifat orang yang bertaqwa. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah (2:45) :
83
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan bersabar dan mengerjakan solat. Sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”.
3.2.2.2 Doa
Sembahyang dihubungkan dengan doa. Doa didefinisikan permohonan (permintaan) kepada Tuhan (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005:358). Perbuatan ini ditafsirkan sebagai sebuah bentuk komunikasi antara manusia dengan tuhannya. Doa secara keseluruhannya ialah ibadah, senjata, ubat dan pintu segala kebaikan. Seluruh hamba sangat bergantung kepada penciptanya. Firman Allah SWT dalam surah Az-Zumar (39:8) :
“Apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, dia segera berdoa kepada Tuhannya dengan bertaubat kepada-Nya; kemudian apabila Allah memberikannya sesuatu nikmat daripada-Nya, dia melupai segala bahaya yang pernah menyebabkannya merayu kepada Allah sebelum itu”.
Lihat pantun Utara KKMS yang berkaitan doa seperti berikut :
Gunung Medan Hutan Aji, Jurumudi mana haluannya, Padang Mawa bendang berlumpur; Barat daya angin kencang;
Kalau dah anak mengaji, Baik budi apa balasnya, Bolehlah berdoa di atas kubur. Doa minta umur panjang.
(Pantun 2597, KKMS 1990) (Pantun 2632, KKMS 1990)
Bunga melur berjinjang-jinjang, Angin bertiup lautan bergelombang, Bunga mawar dalam raga; Di tengah lautan kapal berlabuh;
Minta doa umur panjang, Diharap keluarga tak usahlah bimbang, Lambat laun bertemu juga. Doakan sakit segera sembuh.
(Pantun 2499, KKMS 1990) (Pantun 2365, KKMS 1990)
84 Tinggi sungguh Gunung Tahan, Di Tanah Melayu gunung yang tinggi;
Berdoa kita ke hadrat Tuhan, Panjang umur berjumpa lagi.
(Pantun 2990, KKMS 1990)
Doa merupakan sebuah ibadah yang dituntut dilaksanakan oleh setiap umat Islam.
Firman Allah SWT dalam surah Ghafir (40:60) :
“Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang yang bersikap sombong untuk beribadah dan berdoa kepada-Ku, akan masuk ke dalam neraka jahannam dalam keadaan hina”.
3.2.2.3 Puasa
Puasa ialah perbuatan menahan diri daripada makan dan minum dan lain-lain tindakan yang membatalkan puasa antara waktu matahari naik hingga matahari jatuh dalam agama Islam. (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005:1239). Puasa secara bahasanya boleh diertikan sebagai "menahan diri". Daripada segi istilah syarak, puasa bermaksud menahan diri daripada hal-hal yang masuk ke dalam rongga mulut dalam bentuk makanan dan minuman serta perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula daripada terbit fajar shadiq sehingga terbenam matahari berserta niat. Puasa juga ialah menahan daripada perbuatan dan percakapan yang bercanggah dengan syarak (Haron Din, 1993:196). Biasanya umat Islam berpuasa pada bulan Ramadhan. Dalam pantun Utara KKMS terdapat istilah atau nilai amalan untuk puasa dalam pembayang dan maksud, seperti pantun berikut:
85
Kalau tuan ke Tanjung Buluh, anas terik pada bulan puasa, Beli manisan bulan puasa; Menjemur padi di sudut laman;
Kalau nak tambat biar teguh, Tikar emas bantal suasa,
Saya nak ambil beradap mata. Manakan sama berbantal lengan.
(Pantun 2682, KKMS 1990) (Pantun 2817, KKMS 1990) Negeri Perlis Indera Kayangan,
Tuanku Raja Syed Alwi;
Kalau boleh abang duk angan-angan, Aku nak puasa tiga hari.
(Pantun 2771, KKMS 1990)
Puasa mempunyai banyak hikmat atau rahsia sama ada dari segi rohaniah atau fizikal.
Sesungguhnya puasa adalah amalan yang dituntut kepada setiap manusia yang beriman.
“Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu
“(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu, maka sesiapa antara kamu yang sakit, atau sedang bermusafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa beberapa (hari yang dia berbuka) itu pada hari-hari yang lain, dan wajib atas orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih daripada yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (Walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), jika kamu mengetahui.” (Al-Baqarah, 2:184)
86 3.2.2.4 Merisik dan Meminang
Merisik ialah (mengirim orang) menyiasat berjaya atau tidak pinangan, mengirim orang untuk meminang. (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005:1336). Meminang pula bermaksud meminta seseorang perempuan menjadi isteri, melamar. (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005:1209). Ternyata hal ini juga terdapat dalam pantun Utara KKMS seperti di bawah:
Bunga ros bunga melati, Negeri Perlis Indera Kayangan, Harum semerbak di dalam taman; Tempat orang mengambil baja;
Besar sungguh hajat di hati, Kalau sudah rasa berkenan, Untuk menyunting bunga di taman. Siaplah duit untuk belanja.
(Pantun 2502, KKMS 1990) (Pantun 2772 , KKMS 1990)
Upacara merisik dan meminang mempunyai adatnya yang tersendiri, kaedah dalam merisik dan meminang dilaksanakan bertujuan memberi peluang kepada pihak lelaki dan perempuan mengetahui satu sama lain tentang keadaan peribadi dan akhlak masing-masing. Adab dalam merisik dan meminang ini tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Syariat Islam mengharuskan dan menggalakkan lelaki melihat perempuan terlebih dahulu, bahkan melihat itu hukumnya sunat dalam Islam (Haron Din, 1997:200)
“Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa Yang kamu bayangkan (secara sindiran), untuk meminang perempuan (yang kematian suami dan masih Dalam idah)”. (Al-Baqarah, 2:235)
“Apabila datang lelaki (untuk meminang) yang kamu redai agamanya dan akhlaknya maka kahwinkanlah dia, dan bila tidak kamu lakukan akan terjadi fitnah di muka bumi dan kerosakan yang meluas” (HR At Tirmizi dan Ahmad, Muhammad Faiz Almath, 1993:280)
87 3.2.2.5 Kahwin
Kahwin bermaksud perikatan yang sah antara lelaki dengan perempuan menjadi suami isteri, nikah. (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005:654). Kahwin merupakan sunnah Rasulullah SAW. Perkahwinan atau nikah bermaksud berkumpul atau bercampur. Menurut istilah syarak, pernikahan ialah ijab dan qabul (akad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan (Haron Din, 1997:189).
Upacara adat perkahwinan orang Melayu tradisional dapat dibahagikan kepada tiga peringkat; Pertama: merisik dan menilai, meminang, menghantar belanja dan akad nikah; Kedua, berandam dan berasah gigi dan berinai; Ketiga, bersanding, mandi berlimau, bertandang dan sambut menantu. Sejak zaman berzaman, pantun memainkan peranannya sebagai suatu bentuk hiburan, di samping berperanan dalam upacara adat istiadat seperti merisik, meminang dan istiadat nikah kahwin (KKMS, 2005:xli). Pantun Utara KKMS juga ada menyentuh hal ini, seperti pantun di bawah:
Balai cik wan kecil, Apa guna pasang pelita, Bentuk panjang lima; Pasang tanglung cerah lagi;
Bertunang dari kecil, Apa guna bermain cinta, Menikah bulan lima. Ambil langsung puas hati.
(Pantun 2414, KKMS 1990) (Pantun 2375, KKMS 1990) Orang berkayuh dalam perahu, Kain batik baju pun batik, Kerana hendak mudik ke hulu; Batik datang dari Jawa;
Minta selamat pengantin baru, Adik cantik abang pun cantik, Daripada anak hingga ke cucu. Macam pinang dibelah dua.
(Pantun 2786, KKMS 1990) (Pantun 2639, KKMS 1990)
Allah SWT menjadikan manusia itu berpasang-pasangan, menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan zina. Sebagaimana firman-Nya dalam surah al-Dhariyat (51:49) :
“Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan, supaya Kamu mengingati (kekuasaan Kami dan mentauhidkan Kami).”
88 3.2.2.6 Rujuk atau Kembali
Rujuk atau kembali bermaksud kembali (kahwin) dengan isteri yang sudah diceraikan mengikut syarat-syarat tertentu (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005:1348). Pantun Utara KKMS juga mengetengahkan nilai rujuk dalam perkahwinan, seperti pantun di bawah:
Anak Cina jambul tercacak, Mati dipanah Seri Rama;
Hati di dalam rasa nak kocak, Rasa nak balik ke janda lama.
(Pantun 2325, KKMS 1990)
Rujuk daripada segi bahasa bermaksud kembali. Daripada segi syarak pula ia bermaksud mengembalikan isteri kepada nikah dalam waktu idah yang bukan talak bain. Rujuk adalah hak yang diberi oleh Islam kepada bekas suami untuk meneruskan ikatan perkahwinannya dengan bekas isteri yang diceraikannya sebelum habis waktu idah isteri. Firman Allah SWT :
“Kemudian, apabila mereka (hampir) tamat tempoh iddahnya, maka bolehlah kamu kembali kepada mereka (rujuk) dengan cara yang baik, atau lepaskan mereka dengan cara Yang baik”. (At-Talaq, 65:2).
3.2.3 Nilai Islam dalam Aspek Tatasusila
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005:1616), tatasusila bermaksud adat sopan santun dan budi pekerti yang baik. Tatasusila juga boleh dirujuk kepada individu yang mempunyai akhlak yang baik. Akhlak ialah perkataan Arab, iaitu kata jamak (plural) daripada perkataan al-Khuluq yang bermaksud budi pekerti, tingkah laku dan tabiat (Mustafa Hj Daud, 1996:4). Ia adalah pecahan daripada perkataan al-Khalaq yang bermaksud ciptaan (Haron Din, 1985:143). Bagi aspek tatasusila, terdapat rangkap
89
pantun yang dikaji mengetengahkan ketinggian nilai sopan santun dan budi pekerti yang baik. Hasil dapatan kajian ini adalah hidup berteraskan agama Islam, pendidikan demi membentuk manusia yang berilmu, beradab, berbudi dan bertakwa serta taat kepada ibu bapa.
Masyarakat Melayu memang sudah terkenal dengan budaya kesopanan dan kesantunan yang tinggi. Sedari kecil anak-anak sudah diajar tentang tatacara dan sopan santun ketika berbual atau melakukan sesuatu. Setiap perbuatan ada batasan dan peraturan yang harus dipatuhi (Salinah Ja’afar dalam Jurnal Peradapan). Dalam Islam, akhlak menjadi salah satu ajaran yang dituntut, sebagaimana yang ditunjuk oleh Nabi Muhammad SAW. Firman Allah SWT dalam surah al–Qalam (68:4) :
“Dan sesungguhnya Engkau benar-benar mempunyai akhlak Yang amat mulia.”
Keseluruhan akhlak Nabi Muhammad SAW juga diungkap oleh Aisyah RA saat ditanya tentang akhlak baginda. Aisyah berkata yang bermaksud “Akhlak Nabi iaitu Al-Quran” (Imam Al-Ghazali, 2012:150). Demikian juga firman Allah SWT dalam surah al Ahzab (33:21):
“Sesungguhnya, bagi kamu pada diri Rasulullah itu model ikutan Yang baik, Iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula banyak menyebut dan mengingati Allah.”
90
Dalam aspek tatasusila, pengkaji menemui nilai-nilai Islam dalam pantun Utara KKMS seperti berikut kasih sayang dan cinta, yatim piatu, persaudaraan, muafakat dan tolong-menolong, hormat-menghormati dan memuliakan tetamu, memberi salam, mendapat restu ibu, taat pemerintah, tanggungjawab dalam keluarga, kerjasama, tolak ansur dan persefahaman, memegang janji, kesederhanaan dan kesempurnaan, keberanian, ikhlas, hemah tinggi, berbudi bahasa, baik hati, rendah diri, mohon maaf, rajin bekerja, sabar, menjaga rahsia, menuntut ilmu, menjaga kebersihan, larangan mengumpat, belas kasihan, rasional, senyum, malu dan manfaat masa muda dalam pantun Utara KKMS yang dikaji.
3.2.3.1 Kasih Sayang dan Cinta
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005:682), kasih sayang bermaksud (perasaan) belas kasihan; berkasih sayang menaruh kasih sayang. Pantun Utara KKMS juga digunakan untuk meluahkan perasaan kasih sayang dalam kalangan masyarakat Melayu tanpa mengira batasan umur, sama ada rasa sayang teruna kepada dara, suami kepada isteri atau anak kepada ibu dan bapa. Nilai kasih sayang ialah satu cetusan emosi terhadap sesuatu yang melibatkan suasana, sikap dan harapan terhadap seseorang atau sesuatu yang lain. Masyarakat Melayu amat mementingkan menjaga hubungan dalam kehidupan seharian. Rangkap pantun tema kasih sayang atau percintaan akan disulami dengan kata-kata yang indah, berbunga-bunga, puji-pujian yang menggambarkan perasaan kasih, sayang, cinta dan rindu yang mendalam.
Tidak semua pantun ini terhenti pada menyatakan perasaan kasih sayang, rindu dan benci. Terdapat juga sejumlah rangkap yang mengandungi mesej pengajaran, nasihat dan panduan dalam aspek kehidupan dan pengalaman berkasih sayang, khususnya
91
antara pasangan yang sedang atau baru terlibat dalam alam percintaan. Antara aspek yang diberikan penekanan adalah tentang perlunya kesetiaan dan pengorbanan antara pasangan yang bercinta. Ini termasuklah mengotakan janji, menjaga kesucian dan keutuhan cinta dan tidak terpikat atau berubah hati kepada yang lain. Pasangan kekasih juga hendaklah sedia berkorban, mempertahankan kekasih daripada sebarang ancaman, terutama hal berkaitan taraf status kedudukan. Lihat contoh pantun Utara KKMS di bawah:
Layang-layang terbang melayang, Layang-layang menyambar buih, Sambung tali sambung benang; Buih di laut di pakai jua;
Siapa bilang tiada sayang, Kasih sayang dicari boleh, Siang malam terkenang-kenang. Cinta hati jarang nak jumpa.
(Pantun 2723, KKMS 1990) (Pantun 2725, KKMS 1990) Bila petang matahari rendah, Burung punai terbang melayang, Perahu belayar masuk ke kuala; Turun ke sawah makan padi;
Sayang abang jangan susah, Sana kasih sini sayang, Adik berada di hadapan mata. Di mana tempat letak hati.
(Pantun 2444, KKMS 1990) (Pantun 2523, KKMS 1990) Layang-layang menyambar duri, Tinggi-tinggi pohon jati,
Hinggap sekejap di kayu jati; Tempat bermain si manja sayang;
Kasih sayang datang ke mari, Sungguh tinggi harga budi, Abang sudah sedia menanti. Budi dibalas kasih sayang.
(Pantun 2724 , KKMS 1990) (Pantun 2991, KKMS 1990)
Malah pengkaji juga menemui pantun Utara KKMS yang menunjukkan nilai kasih sayang terhadap binatang seperti pantun di bawah :
Ayuh Pak Pek, Pak Pong, Ayun laju laju;
Apa kakak dukung, Dukung kucing kelabu.
(Pantun 2402, KKMS 1990)
Perasaan cinta merujuk kepada perasaan atau berperasaan sangat sayang kepada negara, orang tua, kebebasan; perasaan atau berperasaan sangat berahi antara lelaki
92
dan perempuan; perasaan atau berperasaan dukacita; perasaan atau berperasaan ingin akan sesuatu, rindu (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005:280-281). Lihat pantun Utara KKMS nilai cinta seperti di bawah:
Angkup-angkup terbang ke langit, Kalau boleh duri landak, Tiba di langit bersidai kain; Hendak pegang di tangan kiri;
Bertangkup bumi dengan langit, Kalau boleh seperti kehendak, Baru abang mencari lain. Nyawa di badan hendak bagi.
(Pantun 2366, KKMS 1990) (Pantun 2660, KKMS 1990)
Perasaan bercinta mungkin sesuatu yang sukar dielakkan, keinginan untuk berjumpa amat meluak-luak sehinggakan jika tidak berjumpa antara satu sama lain, perasaan hati berasa tidak tenteram atau tidak senang. Aturan cinta atau kasih sayang ini perlu dipelihara keindahannya agar tidak terjadi perkara yang menyalahi adat terutamanya ajaran Islam. Apabila kita mampu menjaga kehadiran rasa cinta, kita akan memiliki perlindungan yang terbaik untuk menghadapi segala ujian dan cubaan yang bakal menimpa. Jumlah pantun yang menyentuh soal cinta ini terdapat banyak dalam pantun Utara KKMS. Berikut adalah sebahagian pantun berkaitan nilai cinta sesama manusia:
Dari Acheh belayar ke Kedah, Di dalam mangkuk tuang serbat, Beli kurau dengan senangin; Bubuh di atas dulang suasa;
Orang berkasih bukan mudah, Beberapa dukun datang mengubat, Umpama wau mencari angin. Mustahilkan hilang penyakit cinta.
(Pantun 2552, KKMS 1990) (Pantun 2576, KKMS 1990) Mendung si mega mendung,
Mendung datang dari utara;
Hari-hari saya termenung, Terkenang cinta lama tak jumpa.
(Pantun 2750, KKMS 1990)
Hadis dan firman Allah SWT mengenai nilai kasih sayang dan cinta :
"Orang-orang yang mengasihi akan dikasihi oleh Ar Rahman, berkasih sayanglah kepada siapapun yang ada dibumi, niscaya Yang ada di langit akan mengasihi kalian.” (Abu Muqbil Ahmad Yuswaji, 2002:521).
93
“(Walaupun demikian), terdapat juga antara manusia yang mengambil selain daripada Allah sebagai sekutu-sekutu (bagi Allah). Mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah.” (Al-Baqarah, 2:165)
3.2.3.2 Yatim Piatu
Yatim Piatu ialah anak yang kematian kedua-dua ibu bapanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005:1812). Menurut Islam, anak yatim adalah anak yang kematian ibu bapa atau salah seorang daripadanya semasa ia kecil atau belum baligh, atau anak yang kematian bapanya sebelum ia menjangkau baligh. Nilai mengasihi anak yatim juga terdapat dalam pantun Utara KKMS yang dikaji.
Lembu tiga tapak pun tiga, Terang bulan awan beralih, Ambil galah membedal jantung; Anak yatim berkayuh perahu;
Ibu tiada bapa pun tiada, Lahir kupandang nampak kekasih, Kepada siapa hendak bergantung. Dalam hati siapa tahu.
(Pantun 2730, KKMS 1990) (Pantun 2969, KKMS 1990)
Yatim Piatu merupakan istilah yang digunakan oleh masyarakat Melayu Malaysia yang bermaksud individu yang kehilangan kedua-dua ibu bapa, walaupun istilah ini tiada dalam syariat Islam. Mengasihani dan menjaga kebajikan anak yatim amat dituntut dalam Islam. Sebagaimana firman Allah SWT :
“Dan janganlah kamu menghampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang terbaik (untuk mengurus dan mengembangkannya), sehingga dia baligh (dewasa, serta layak mengurus hartanya dengan sendiri). Sempurnakanlah perjanjian (dengan Allah dan dengan manusia), Sesungguhnya perjanjian itu akan dipertanggungjawabkan.” (Al-Isra’ 17:34)
94 3.2.3.3 Persaudaraan
Persaudaraan bermaksud perihal bersaudara, perhubungan seperti bersaudara, pertalian yang rapat sekali seolah-olah bersaudara (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005:1398). Tanda menjaga persaudaraan ialah saling tolong-menolong, bantu-membantu, nasihat-menasihati, hormat-menghormati, menghilangkan kesusahan dan menutup keaiban, membuang rasa hasad dengki dan mengasihi saudaranya sesuatu yang disukai atau dikasihi bagi dirinya sendiri. Nilai ini juga ditemui dalam pantun Utara KKMS seperti pantun di bawah:
Lebat sungguh hujan di padang, Habis kambing lari berteduh;
Lambat sungguh sahabatku datang, Hamba menanti sampai berpeluh.
(Pantun 2726, KKMS 1990)
Menjaga persaudaraan termasuk dalam ajaran yang dituntut oleh Islam. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat (49:10) :
“Sesungguhnya orang Yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.”
Dari Abu Hurairah RA., katanya Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
“Tidak akan masuk syurga engkau semua itu sehingga engkau beriman dan tidak akan dinamakan beriman engkau semua itu sehingga engkau semua saling cinta-mencintai. Tidakkah engkau semua suka kalua saya menunjukkan kepadamu semua pada sesuatu yang jikalau engkau semua melakukannya tentu engkau semua akan saling cinta-mencintai? Iaitu ratakanlah salam antara sesamamu semua!” (HR Muslim, M.Abdai Rathomy, 1984:910)
95 3.2.3.4 Muafakat dan Tolong-Menolong
Muafakat ialah seia, sepakat (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005:1045). Tolong-menolong ialah bantu-membantu, saling membantu (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005:1705). Tolong-menolong merupakan satu keperluan dalam kehidupan kita. Sebagai manusia yang mempunyai kemampuan yang berbeza-beza, kelebihan kita dalam suatu perkara dapat memberi manfaat bukan sahaja kepada diri sendiri bahkan orang lain yang memerlukan. Begitu juga kelebihan orang lain akan memberi kebaikan kepada kita. Bagi mewujudkan hubungan yang harmoni dan saling lengkap-melengkapi sesama manusia maka manusia memerlukan antara satu sama lain. Oleh itu, antara konsep penting yang perlu ada dalam perhubungan sesama manusia ialah tolong-menolong. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat konsep bertolongan ini membawa maksud bantu-membantu, saling membantu. Nilai muafakat dan tolong-menolong ini juga terdapat dalam pantun Utara KKMS, seperti pantun di bawah:
Muafakat ialah seia, sepakat (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005:1045). Tolong-menolong ialah bantu-membantu, saling membantu (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005:1705). Tolong-menolong merupakan satu keperluan dalam kehidupan kita. Sebagai manusia yang mempunyai kemampuan yang berbeza-beza, kelebihan kita dalam suatu perkara dapat memberi manfaat bukan sahaja kepada diri sendiri bahkan orang lain yang memerlukan. Begitu juga kelebihan orang lain akan memberi kebaikan kepada kita. Bagi mewujudkan hubungan yang harmoni dan saling lengkap-melengkapi sesama manusia maka manusia memerlukan antara satu sama lain. Oleh itu, antara konsep penting yang perlu ada dalam perhubungan sesama manusia ialah tolong-menolong. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat konsep bertolongan ini membawa maksud bantu-membantu, saling membantu. Nilai muafakat dan tolong-menolong ini juga terdapat dalam pantun Utara KKMS, seperti pantun di bawah: