• Tidak ada hasil yang ditemukan

3.2 Kategori Pantun Utara KKMS Berdasarkan Nilai-Nilai Islam

3.2.3 Nilai Islam dalam Aspek Tatasusila

3.2.3.29 Malu

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005:988) menyatakan malu, i. perasaan aib (hina, rendah diri dan lain-lain), ii. Menaruh hormat akan, berasa segan (agak takut). Malu dapat diertikan sebagai suatu nilai suci dan murni yang menjadi asas kepercayaan dan diterima sebagai mutlak dan luhur yang merupakan maruah bangsa (Mohamed Mansor Abdullah, 1993:249). Dalam pantun Utara KKMS juga ditemui pantun berkaitan nilai malu ini, seperti pantun di bawah:

123

Bukit Jertih berhutan buluh, Bukit Kalong jalan ke Kedah, Tempat raja pergi memburu; Tempat orang menumpang lalu;

Minta selisih malaikat empat puluh, Minta tolong kepada Allah, Jangan saya diberi malu. Nak ambil juga pelepas malu.

(Pantun 2480, KKMS 1990) (Pantun 2481, KKMS 1990) Memburu rusa di tepi bukit, Naik bukit keladi tumbang, Rusa diburu sepanjang hari; Keras makan buah dedalu;

Malu bukan satu penyakit, Paras baik budinya kurang, Ubatnya tentu payah nak cari. Mana tempat orang nak malu.

(Pantun 2748, KKMS 1990) (Pantun 2759, KKMS 1990) Saya dahulu duduk di Luku, Timba-timba dicebok jangan, Di kaki bukit keladi tumbang; Takut dapat puyu saja;

Mana tempat abang nak malu, Gila-gila mabuk jangan, Rupa baik perangai kurang. Takut dapat malu saja.

(Pantun 2903, KKMS 1990) (Pantun 2986, KKMS 1990)

Menurut Islam, malu ialah perasaan yang mendesak seseorang supaya menghindarkan segala yang keji dan melaksanakan segala yang terpuji. Malu datang dari hati yang sedar akan nilai diri yang percaya akan kekuasaan dan kebesaran Allah SWT yang sentiasa memerhatikan gerak geri manusia. Dengan itu, manusia perlu mengawal zahir dan batin daripada melakukan perkara-perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah SWT (Mustafa Abd Rahman, 1996:248).

















“Buatlah apa yang kamu suka, Sesungguhnya Allah Maha melihat akan apa yang kamu lakukan (dan akan membalasnya)". (Fussilat, 41:40)

Dari Ibnu Umar RA bahawasanya Rasulullah SAW berjalan melalui seorang lelaki dari golongan kaum Ansar dan ia sedang menasihati saudaranya tentang hal sifat malu, yakni malu mengerjakan kejahatan. Kemudian baginda SAW bersabda yang bermaksud :

“Biarkanlah ia, sebab sesungguhnya sifat malu itu termasuk dari keimanan.”

(Muttafaq ‘alaih. M.Abdai Rathomy, 1984: 765)

124 3.2.3.30 Manfaat Masa Muda

Manfaat ialah guna, faedah, untung laba (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005:992), masa pula bermaksud waktu, ketika (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005:1000) dan muda bermaksud belum tua (orang dan lain-lain), masih remaja (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005:1047). Pantun Utara KKMS juga mengetengahkan nilai memanfaatkan masa muda. Masa muda ialah masa yang bebas untuk melakukan apa sahaja. Orang muda selalu beranggapan usia muda ialah masa untuk mencuba dan melakukan apa sahaja tetapi sekiranya untuk beribadat, ia ditangguhkan sehingga umur sudah menjadi tua. Berikut adalah pantun Utara KKMS yang memberi ingatan untuk memanfaatkan masa muda:

Jangan dikukur nyiur muda Jangan dilurut padi muda, Taruh makan durian berduri; Padi muda dibawa ke barat;

Jangan kufur semasa muda, Jangan diturut hati muda, Hati muda membawa maut. Hati muda membawa larat.

(Pantun 2623, KKMS 1990) (Pantun 2624, KKMS 1990) Padi muda jangan dilurut,

Kalau dilutur patah batangnya;

Hati muda jangan diturut, Kalau diturut susah datangnya.

(Pantun 2807, KKMS 1990)

Dalam Islam, beribadat disarankan untuk dilakukan ketika usia masih muda. Hal ini selari dengan hadis Rasulullah SAW iaitu lakukanlah lima hal sebelum terwujud lima hal yang lain. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Manfaatkan lima perkara sebelum lima perkara :(1) Waktu mudamu sebelum datang waktu tuamu, (2) Waktu sihatmu sebelum datang waktu sakitmu, (3) Masa kayamu sebelum datang masa kefakiranmu, (4) Masa luangmu sebelum datang masa sibukmu,dan (5) Hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR Al-Baihaqi, Ar-Riyad Thariq Al-Hijaz, 2003M/ 1423 H Juz 12, .h. 476)

125 3.3 Kesimpulan

Secara kesimpulannya, pantun ialah adalah media ucapan terpenting orang Melayu, ia menjadi falsafah, pencipta nilai, pendidik moral, kekasih yang ghairah atau terseksa, pemerhati dunia, orang tua, anak kecil dan memainkan peranan penting pada hampir setiap peringkat. Pantun adalah karya agung masyarakat Melayu yang mencerminkan nilai-nilai hidup dan sosial masyarakat Melayu. Keagungan itu bukan sahaja dalam falsafah, pegangan, tema dan maksud yang disampaikan, tetapi ia juga dalam rangkap kata-kata yang menjadi wadah nilai dan tanggapan itu. Kata-kata yang terdapat dalam pantun adalah padat, bernas, tepat dan berkesan. Pantun juga bersifat fungsional, iaitu bukan sahaja bertujuan untuk mendidik dan membimbing tetapi juga untuk menghiburkan khalayak yang mendengarnya (Muhammad Haji Salleh, 2007:510).

Daripada apa yang telah pengkaji bincangkan, nyatalah bahawa Pantun Utara KKMS yang dikaji itu terselit nilai-nilai Islam yang mengandungi nasihat serta pengajaran yang berguna sebagai panduan kepada seluruh genap masyarakat. Pantun dapat membentuk serta membina nilai-nilai Islam dalam diri seseorang kerana di dalamnya terkandung makna-makna tersirat dan dapat dijadikan pedoman. Jika kita mengkaji pantun daripada aspek semantik, tidak dapat dinafikan pantun-pantun yang dikaji memang terdapat 1001 pengajaran yang berguna kerana melalui pantun tersebut, ia dapat memberi panduan, mengajar dan mendidik kita berkaitan ilmu sama ada ilmu dunia atau akhirat.

Sebenarnya, tidaklah dapat diukur atau dijangka dengan tepat peranan pantun dalam kehidupan orang Melayu. Hanya yang dapat dikatakan di sini bahawa pantun itu berjaya memainkan peranan dalam mempengaruhi gaya hidup masyarakat baik

126

daripada peringkat kanak-kanak, remaja, orang dewasa dan orang tua. Pengaruhnya merangkumi daya berfikir, beradab, kreativiti, bekerja, berbahasa, bertindak atau dalam erti kata lain ia merangkumi banyak aspek kehidupan masyarakat Melayu. Oleh itu, kita perlu menghargai, mengenali dan menyayangi pantun kita ini supaya ia tetap kekal menjadi warisan kita turun-temurun seperti kata peribahasa "tak kenal maka tak cinta”.

127

BAB EMPAT

ANALISIS PANTUN UTARA KURIK KUNDI MERAH SAGA (KKMS) DARI ASPEK KETEPATAN DENGAN NILAI ISLAM

4.1 Pendahuluan

Dalam bab ini, pengkaji menganalisis nilai-nilai Islam yang digarap dalam pantun Utara KKMS sama ada secara langsung atau tidak langsung. Pelbagai huraian dan pandangan dalam menentukan pembahagian nilai Islam selaras dengan ajaran agama dan moral. Oleh itu, untuk menentukan kategori setiap nilai, pengkaji tekun meneliti setiap rangkap dan penggunaan istilah dalam pantun Utara KKMS.

‘Adat bersendi syarak, syarak bersendi adat’ ungkapan yang membuktikan orang Melayu diajar supaya segala perbuatan hendaklah jangan bertentangan dengan adat dan agama. Dalam masyarakat Melayu, ciri-ciri Islam menjadi asas kelakuan dan tindakan, bentuk dan hubungan, intisari nilai, sikap, dan pandangan. Islam menjadi jiwa dalam keseluruhan aspek sosial dan budaya orang Melayu (Zainal Kling, 1980).

Nilai dalam kehidupan orang Melayu bersandarkan Islam memandangkan Islam ialah alternatif beragama bagi orang Melayu (T.A. Ridwan, 2001:270). Nilai-nilai Islam itu telah membentuk peraturan sosial yang dapat membina disiplin sosial lalu wujudlah hubungan sosial yang berkesan.

Wan Mohd Zahid Mohd Nordin (1988) menyatakan nilai murni individu, sesuatu masyarakat atau bangsa adalah diasaskan kepada agama yang dianutinya. Nilai merupakan sesuatu yang terbit daripada keinginan, bermotif dan dibentuk serta diperakukan oleh budaya dan masyarakat. Nilai-nilai yang wujud dan dianuti semasa

128

berlaku interaksi sosial memberikan makna kepada individu tentang kepercayaan, peraturan dan norma hidup sesebuah masyarakat. Budaya dalam masyarakat memberikan satu garis panduan kepada seseorang individu tentang perbezaan, pemeringkatan dan pemilihan terhadap desakan, keinginan dan matlamat perlakuan hidup individu dalam berbagai-bagai bidang seperti ekonomi, politik, sosial, fizikal, rohaniah, kebudayaan, intelektual dan biologi. Nilai Islam mempunyai hubungan yang organik dengan pandangan yang universal Islam tentang Tuhan, manusia, dan alam (Mohd Kamal Hasan, 1980).

Garapan nilai-nilai Islam yang diadun dalam bait-bait pantun, kebanyakannya menggambarkan tingkah laku bersopan, berperibadi mulia, serta bersahsiah yang berupaya membina masyarakat mulia. Gambaran ini terpapar melalui penggunaan istilah berunsur Islam yang diterapkan sama ada secara langsung atau tidak melalui pantun Utara KKMS yang sedikit sebanyak akan mempengaruhi perlakuan pembacanya.

Bagi membolehkan penilaian yang lebih tepat tentang nilai Islam dalam pantun Utara KKMS, pengkaji akan membuat analisis berdasarkan aspek kepercayaan, amalan dan tatasusila. Pada hemat pengkaji adalah mudah apabila perbincangan ini dibuat melibatkan tiga aspek di atas untuk mengkaji pemikiran orang Melayu. Aspek kepercayaan, amalan dan tatasusila merupakan aspek-aspek yang pada pendapat pengkaji dapat mewakili unsur Islam dalam kehidupan orang Melayu.

129

Kajian tiga aspek tersebut akan meliputi empat perkara iaitu ciri-ciri, unsur-unsur, sifat-sifat dan adat-resam Melayu. Untuk itu, pengkaji hanya mengambil beberapa contoh pantun Utara KKMS yang agak dominan sebagai huraian dalam bab ini.

4.2 Analisis Nilai-Nilai Islam dalam Pantun Utara KKMS

Al-Quran yang merupakan perlembagaan agung kepada umat Islam telah menamakan Islam sebagai suatu cara hidup dan dijadikan kerangka syariat kepada semua umat manusia. Di samping itu, kandungannya mempunyai pelbagai pedoman dan mutiara hikmah yang amat bernilai kepada manusia dalam membina ketamadunan insan.

Malah, ia merupakan pembimbing hidayah yang datang daripada Allah SWT. Antara bimbingan yang terpenting adalah perkara-perkara yang berkaitan dengan akidah, syariah dan moral (akhlak). Al-Quran menekankan terhadap nilai kerana mencerminkan keperibadian seseorang Muslim yang bertakwa. Oleh yang demikian, penerapan nilai-nilai Islam dalam pantun ialah bertujuan membimbing pembentukan akhlak agar berfungsi dalam kehidupan setiap masyarakat Islam.

Bagi masyarakat Melayu, ajaran Islam, budaya dan norma sosiobudaya mereka merupakan sumber nilai luhur seseorang individu itu. Melalui acuan atau tarbiyyah iman dan ilmu Islam diolah dan diadun bersama oleh masyarakat ini sehingga mencorak kehidupan masyarakat ini dalam kehidupan seharian yang menepati kehendak al-Quran. Menurut Ismail Hamid (1985:56), apabila orang Melayu mula menganut agama Islam, mereka mempelajari ayat-ayat al-Quran untuk menunaikan fardu sembahyang. Daripada tahap ini, orang Melayu mula digalakkan belajar membaca serta diikuti pula dengan proses pembelajaran yang bercorak ilmu-ilmu agama.

130

Berdasarkan kajian dan analisis terhadap pantun-pantun pilihan Utara KKMS sebanyak 714 buah pantun, pengkaji akan menjelaskan penemuan dalam kajian ini.

Penemuan nilai Islam dalam pantun menjelaskan wujudnya pengarang untuk menerapkan prinsip nilai-nilai Islam kepada masyarakat pembacanya melalui aspek kepercayaan, aspek amalan dan aspek tatasusila.

4.2.1 Penemuan Nilai Islam dalam Aspek Kepercayaan

Aspek kepercayaan dalam kajian ini merujuk kepada pegangan akidah yang mentauhidkan Allah SWT. Aspek kepercayaan ini boleh dipecahkan kepada nilai-nilai yang terdiri daripada keimanan, kesabaran, kesyukuran, tawakal, qada’ dan qadar, ujian, tawakal dan syukur. Islam menuntut penganutnya beriman dengan Rukun Iman iaitu beriman kepada Allah, para malaikat, kitab-kitabnya, rasul-rasul, hari akhirat serta qada’ dan qadar. Berdasarkan pantun Utara KKMS terdapat lapan aspek yang ditemui berkaitan dengan aspek kepercayaan seperti berikut:

Jadual 4 : Nilai Islam dalam Aspek Kepercayaan

Bil Nilai Islam Huraian

1. Beriman kepada Allah Mentauhidkan Allah SWT dengan penuh keazaman.

2. Beriman kepada Malaikat

Mempercayai bahawa wujudnya malaikat yang diciptakan oleh Allah SWT.

3. Beriman kepada Rasul Mempercayai rasul diutus sebagai rahmat dan kurniaan.

4. Beriman kepada Hari Akhirat

Mempercayai hari akhirat dan memikirkan tentang akhirat dan keabadiannya.

5. Beriman kepada Qada’

dan Qadar

Perkara yang menimpa seseorang sudah ditakdirkan Allah SWT.

131

6. Ujian Menimbulkan rasa insaf membersihkan

diri untuk kesempurnaan iman.

7. Tawakal Melakukan kerja sungguh-sungguh

kemudian bertawakal (berserah) kepada Allah SWT.

8. Syukur Memerhati nikmat Allah SWT dan terus menerus bersyukur.

4.2.1.1 Beriman kepada Allah

Rukun Iman merupakan pegangan hidup orang Islam dan menjadikan asas panduan dalam kehidupan sehari-harian. Rasulullah SAW ketika baginda ditanya oleh Malaikat Jibril mengenai Iman yang mafhumnya: “Iman itu ialah bahawa engkau percaya kepada Allah, para malaikat-Nya, Kitab-kitab-Nya, para Rasul-Nya, hari kiamat dan bahawa engkau percaya qadar baik dan buruk”. (HR Muslim. Dr. Jamal Ahmed Badi, 2001:9-10). Hal ini telah dinyatakan dalam pantun Utara KKMS berikut:

Bukit Kalong jalan ke Kedah, Tempat orang menumpang lalu;

Minta tolong kepada Allah, Nak ambil juga pelepas malu.

(Pantun 2481, KKMS 1990)

Dalam konteks pantun di atas, pertolongan Allah SWT yang dimaksudkan ialah keluar daripada perasaan malu. Istilah ‘malu’ dalam Melayu merupakan sebuah emosi, penyataan atau situasi yang dialami akibat daripada perbuatan yang dilakukan sebelum atau kemudian yang ingin ditutupi kerana takut dicela. Manusia yang berada dalam masalah atau ujian, penggantungannya hanyalah kepada Allah SWT.

132

“Dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya hanya kaum yang kafir sahaja yang berputus asa daripada rahmat Allah."

(Yusuf, 12:87).

Pagi hari tumbuk beras, Lepas ditanak lalu dimakan;

Budi tuan tidak terbatas, Berserah saja pada Tuhan.

(Pantun 2810, KKMS 1990)

Pantun ini menjelaskan tentang budi pekerti yang mulia. Hidup di dunia ini mestilah sentiasa berbudi dengan melakukan perbuatan yang baik. Ini kerana amalan yang baik akan menerima ganjarannya di akhirat.

Luputlah siang malam berganti, Tiup api embun berderai, Cahaya terang gelap menjadi; Patah galah haluan perahu;

Tidak disangka sekali-kali, Niat hati tak hendak bercerai, Kesemuanya ialah kehendak Ilahi. Kuasa Allah siapa tahu.

(Pantun 2736, KKMS 1990) (Pantun 2993, KKMS 1990)

Penyataan “Tidak disangka sekali-kali, Kesemuanya ialah kehendak Ilahi”

menggambarkan sesuatu yang terjadi memang tidak dapat diduga dan penerimaan yang terjadi itu adalah kehendak Ilahi. Manusia yang berada pada tahap tersebut, sentiasa kasih kepada Allah SWT melebihi daripada segalanya dengan melazimkan dirinya mengabdi dan mengikat jiwa kepada PenciptaNya (Shuhairimi Abdullah, 2009:49). Seperti mana firman Allah SWT :

133

“Sesungguhnya keadaan kekuasaan-Nya apabila Dia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Dia berfirman kepada (hakikat) benda itu: “Jadilah engkau!”. Maka ia terus menjadi. Oleh itu, Maha Suci Tuhan Yang memiliki dan menguasai tiap-tiap sesuatu, kepada-Nyalah kamu semua dikembalikan”

(Yasin, 36:82-83).

“Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam”. (Al-Fatihah, 1:2)

4.2.1.2 Beriman kepada Malaikat

Terdapat juga pantun Utara KKMS yang menyentuh kepercayaan kewujudan malaikat, seperti berikut:

Bukit Jertih berhutan buluh, Tempat raja pergi memburu;

Minta selisih malaikat empat puluh, Jangan saya diberi malu.

(Pantun 2480, KKMS 1990)

Ungkapan “minta selisih malaikat empat puluh, Jangan saya diberi malu”

menjelaskan tentang perasaan malu kepada malaikat yang mungkin melihat dan mencatat sesuatu perbuatan terutamanya yang tidak elok atau berdosa. Firman Allah SWT : perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan Yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat yang sentiasa sedia (mencatatnya)”. (Qaf, 50 :17-18)

134

‘Malaikat 40’ merujuk kepada kepercayaan Melayu kepada angka 40. Menurut Asmah Haji Omar (1993:203) dalam kebudayaan Melayu, bilangan empat dikaitkan dengan empat buah kitab suci, empat orang khalifah dan empat mazhab. (Asmah Haji Omar, 1993:202) 10 merupakan bilangan yang unggul dalam peringkat tamadun Melayu yang awal. Ia juga dihubungkan dengan 10 jari dan sebagainya. Angka 10 dikaitkan dengan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam. Hari Raya Haji (10 Zulhijah) dan Asyura (10 Muharam). Asmah Haji Omar (1993:204-205) bilangan 40 boleh dilihat sebagai pendaraban 10 kepada empat atau sebaliknya. Kedua-dua bilangan itu ada makna yang penting bagi orang Melayu Islam.



“Segala puji bagi Allah Yang menciptakan langit dan bumi, Yang menjadikan malaikat utusan-utusan yang bersayap: Dua, tiga dan empat: Dia menambah pada ciptaan-Nya apa jua yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.” (Fathir, 35:1)



“Allah memilih utusan-utusan-Nya daripada malaikat dan daripada manusia.

Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.” (Al Hajj, 22:75)

4.2.1.3 Beriman kepada Rasul

Beriman kepada Rasul dan mengasihi Rasul juga ditemui dalam pantun Utara KKMS.

Nabi Muhammad SAW merupakan nabi dan rasul yang terakhir. Rasul merupakan manusia pilihan Allah SWT yang diangkat sebagai utusan dengan tujuan menyampaikan firman-firman-Nya kepada umat manusia sebagai pedoman hidup.

135

Mengasihi sesama manusia adalah ajaran Islam yang telah dibawa oleh Rasulullah SAW. Umat Islam disarankan untuk mengasihi Rasulullah SAW.

Inderagiri pasirnya lumat, Tabuh bunyi hari Jumaat, Kerang bercampur dengan lokan; Itu bernama gendang raya;

Bagai nabi kasihkan umat, Bagai nabi kasih umat, Begitu saya kasihkan puan. Begitu juga kasih saya.

(Pantun 2617, KKMS 1990) (Pantun 2943, KKMS 1990) Akar keramat akar bertuah,

Akar bertepuk di gua batu;

Nabi Muhammad cintakan Allah, Di mana tuan masa itu.

(Pantun 2298, KKMS 1990)

Ungkapan “Bagai nabi kasihkan umat”, “Nabi Muhammad cintakan Allah”

menjelaskan bahawa wujudnya seorang insan (nabi) yang mulia disisi Allah SWT.

Istilah Nabi Muhammad SAW adalah simbol kepada segala kemuliaan manusia.

Simbol ini akan mudah timbul dalam fikiran pembaca yang beragama Islam.

Mengasihi nabi dan ajarannya adalah nilai yang amat dituntut dalam Islam. Antara ajarannya ialah mengasihi sesama manusia. Firman Allah SWT :



“Tiadalah Kami mengutuskan engkau (Wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam”. (Al-Anbiya’, 21:107)



“Setiap umat mempunyai seorang Rasul (yang diutuskan kepada mereka).

Maka, setelah datang Rasul masing-masing (untuk menyampaikan risalah) maka hukuman pun dijalankan antara mereka dengan adil dan mereka tetap tidak dizalimi”. (Yunus, 10:47)

136 4.2.1.4 Beriman kepada Hari Akhirat

Pantun Utara KKMS juga menerangkan tentang kepercayaan orang Melayu tentang hari kebangkitan semula iaitu alam akhirat dan balasan syurga. Orang Melayu yakin dunia ini hanya sementara kerana alam yang kekal adalah alam akhirat. Lihat dua rangkap pantun Utara KKMS di bawah:

Berapa lebat bunga remia, Kalau tuan pergi ke hulu, Lebat lagi bunga pegaga; Saya kirim buah pelaga;

Betapa hebat pakaian dunia, Kalau tuan mati dahulu, Hebat lagi pakaian syurga. Saya nanti di pintu syurga.

(Pantun 2433, KKMS 1990) (Pantun 2672, KKMS 1990)

Kepercayaan bahawa perhiasan yang disimbolikkan kepada istilah ‘pakaian syurga’

lebih hebat berbanding ‘pakaian dunia’ yang bersifat sementara sahaja. Kehidupan di dunia satu amanah sebelum ke alam kekal abadi, bertepatan dengan firman Allah SWT dalam surah al-Anfal (8:27) :























“Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan Rasul-Nya, serta (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah (yang diserahkan kepada) kamu, sedang kamu mengetahui (dosanya)”.

Kepercayaan mengenai alam akhirat atau balasan syurga ini tergambar dalam pantun Utara KKMS di bawah:

Bunga Cina di dalam taman, Halia ini tanam-tanaman, Sayang keduduk bercabang dua; Di darat jua tumbuhnya;

Dunia ini pinjam-pinjaman, Dunia ini pinjam-pinjaman, Nak tumpang duduk sehari dua. Akhirat juga akan sungguhnya.

(Pantun 2493, KKMS 1990) (Pantun 2599, KKMS 1990)

Ungkapan “Dunia ini pinjam-pinjaman” menggambarkan kehidupan di dunia ini hanya sementara. Pantun ini menjelaskan tentang hidup di dunia ini hanya sementara

137

dan kehidupan di akhirat adalah kekal abadi. Oleh itu, apabila melakukan sesuatu, kita mestilah memikirkan kebaikan untuk di dunia dan di akhirat. Kehidupan di dunia merupakan permainan dan senda gurau. Ada kalanya menang ada kalanya kalah.

Susah dan senang silih berganti. Senangnya merupakan kesenangan yang menipu, sedihnya merupakan kesengsaraan sementara. Itulah di namakan kehidupan di alam fana. “Äkhirat juga akan sungguhnya”, Sungguh berbeza dengan kehidupan di dunia dan abadi di akhirat nanti. Barangsiapa senang, maka ia akan selamanya senang (Ya Allah, masukkanlah kami ke dalam golongan ini). Barangsiapa menderita, maka ia akan menderita selamanya (na’udzu billahi min zalik).

“Kamu akan dibangkitkan pada hari kiamat tanpa kasut, telanjang bulat dan tidak dikhatan. Aisyah bertanya, “Ya Rasulullah, lelaki dan perempuan saling melihat (aurat) yang lain?” Nabi SAW menjawab, “Pada saat itu segala urusan sangat dasyat sehingga orang tidak memperhatikan (mengendahkan) hal itu.”

(Mutafaq ‘alaih. Muhammad Faiz Almath, 1993:50)

4.2.1.5 Beriman kepada Qada’ dan Qadar

Nilai beriman kepada qada’ dan qadar juga didapati dalam pantun Utara KKMS seperti pantun di bawah:

Cincin perak di jari manis, Tiada contoh mata dua;

Jangan teriak jangan menangis, Tiada jodoh kita berdua.

(Pantun 2548, KKMS 1990)

Ayat “Tiada jodoh kita berdua” menggambarkan luahan perasaan yang mengakui dan penerimaan atas kepercayaan bahawa jodoh adalah ketentuan Ilahi. Pantun ini menjelaskan, setiap sesuatu kejadian yang berlaku merupakan kehendak dari Allah SWT. Segala hajat yang dipohonkan sama ada berjaya atau tidak sebenarnya

138

mempunyai hikmah di sebalik kejadian itu. Justeru, apa yang diberikan haruslah diterima dengan penuh kerelaan. Dalam Islam sangat jelas bahawa hanya Allah SWT sahaja yang tahu tentang urusan jodoh. Firman Allah dalam surah al-Rum (30:21) :



“Dan antara tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan dan rahmat-Nya) bahawa Dia menciptakan untuk kamu isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu hidup bahagia dengannya dan dijadikan-Nya antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan kasihan belas.Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang yang berfikir.”

Belahnya belum bunyinya malam, Bunyi di darat rumah penghulu;

Allah belum menjadikan alam, Barang bersurat dari dahulu.

(Pantun 2429, KKMS 1990)

Pantun ini menggambarkan tentang kekuasaan Allah SWT dalam menjadikan alam.

Allah SWT Maha pentadbir dan segalanya yang berlaku ke atas muka bumi ini adalah ketentuan dan kehendak-Nya. Sekiranya kita renungkan pantun di atas, terdapat isyarat (petunjuk) dalam pantun di atas bahawa Allah SWT telah menentukan apa yang akan terjadi dan bahawa Allah SWT mengulangi penciptaan apa sahaja, tentunya termasuk penciptaan alam semesta juga. Allah SWT berfirman:



“Dan Dialah yang memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian Dia mengembalikannya (hidup semula sesudah mereka mati), sedangkan perlaksanaan yang demikian amatlah mudah bagi-Nya. Dan bagi-Nyalah jua sifat yang tertinggi di langit dan di bumi serta Dialah jua yang Maha Perkasa, lagi Maha Bijaksana” (Ar-Ruum, 30:27).

139

“Allah yang menjadikan bumi sebagai tempat untuk kamu menetap, dan langit sebagai bumbung yang kukuh binaannya”. (Ghafir, 40:64).

“Allah yang menjadikan bumi sebagai tempat untuk kamu menetap, dan langit sebagai bumbung yang kukuh binaannya”. (Ghafir, 40:64).