• Tidak ada hasil yang ditemukan

dan 7 adalah berdasarkan rajah di bawah

Dalam dokumen Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot (Halaman 106-111)

PROMOSI Maksud

Soalan 6 dan 7 adalah berdasarkan rajah di bawah

Soalan 6 dan 7 adalah berdasarkan rajah di bawah.

6. Merujuk pada rajah di atas, M dan N ialah

A. Menghubungi pelanggan dan mengagihkan produk kepada pelanggan. B. Mengekalkan pasaran sedia ada dan memantapkan imej barang dan syarikat. C. Menghubungi pelanggan dan memantapkan imej barang dan syarikat.

D. Mengagihkan produk kepada pelanggan dan mengekalkan pasaran sedia ada.

7. Kegiatan-kegiatan berikut akan dapat melaksanakan peranan M dan N.

I Sentiasa mengingati pengguna mengenai kewujudan sesuatu jenama,

khusunya untuk produk yang diperlukan untuk musim tertentu sahaja.

II Mengaitkan kejayaan dan status dengan jenama produk.

III Melakukan pujukan untuk mempengaruhi pelanggan membeli produk.

IV Menghebohkan kelebihan produk yang baru dikeluarkan dalam pasaran.

A. I dan II sahaja C. II, III, dan IV sahaja

B. II dan III sahaja D. I, II, III dan IV

8. Sekiranya tujuan utama Syarikat Ubat Gigi BerSeri mengadakan promosi adalah untuk menyampaikan maklumat mengenai produknya, apakah aktiviti promosi yang mungkin dilakukan?

I Menonjolkan keistimewaan ubat gigi BerSeri dengan dibandingkan dengan

ubat gigi jenama lain yang diwakili dengan menggunakan ‘Cap X’

Peranan Promosi Menyampaikan maklumat Memujuk dan mempengaruhi M Mengatasi pesaing Mewujudkan pasaran baru N Meningkatkan jualan dan mengurangkan kos

II Mengumumkan bahawa tiub ubat gigi BerSeri telah diberikan ‘wajah’ baru yang lebih menarik.

III Mengemukakan mesej bahawa kualiti ubat gigi diperbaiki dengan harga yang tidak berubah.

IV Memberikan kupon diskaun untuk memujuk dan mempengaruhi pengguna

membeli ubat gigi BerSeri.

A. I dan II sahaja C. II, III, dan IV sahaja

B. II dan III sahaja D. I, II, III dan IV

9. Pilih pernyataan yang menunjukkan tindakan promosi agresif yang bertujuan untuk mengatasi pesaing.

I Memberikan maklumat dan penjelasan mengenai produk yang baru

dikeluarkan dalam pasaran.

II Mengaitkan jenama produk dengan gaya hidup orang ternama yang berjaya.

III Menonjolkan kelebihan produk dengan membandingkannya dengan produk

lain yang digambarkan sebagai ‘Cap Y’.

IV Memberikan kupon diskaun yang laku untuk 3 hari sahaja semasa kegiatan

promosi dijalankan.

A. I dan II sahaja C. III dan IV sahaja

B. II dan III sahaja D. I dan IV sahaja

6.1(b) Promosi dalam Pemasaran

10. Dengan merujuk pada rajah di atas, P, Q, R dan S mewakili A. Keluaran, promosi, harga dan agihan

B. Pengeluar, pemborong, peruncit dan pengguna Campuran pemasaran bagi beras wangi S R Q P

mlpl/smjkpt Page 108 C. Peruncit, produk, agihan dan promosi

D. Pemboron, ejen, peruncit dan pengguna

Soalan 11 adalah berdasarkan perbualan di bawah.

Mario bercadang untuk melibatkan diri dengan pengilangan barang mainan kanak-kanak. Sebelum memulakan perniagaannya, Mario telah mendapatkan nasihat daripada Mynn, seorang pakar ekonomi dan ahli perniagaan yang berpengalaman.

Mynn:

Mario

11. Mynn menasihati Mario supaya memberikan tumpuan pada ____________________ A. Campuran pemasaran dan sasaran pengguna

B. Sasaran pasaran, produk, harga, promosi dan agihan C. Sasaran pengguna dan sasaran pasaran

D. Hasil keluaran, harga, cara agihan dan promosi

12. Untuk memenuhi kehendak pengguna, seseorang pengeluar perlu memberikan perhatian kepada perkara yang berikut untuk setiap produk dikeluarkannya.

I Kualiti yang tinggi

II Jenama yang dipercayai

III Jaminan kegunaan barang dan perkhidmatan selepas jualan

IV Pembungkusan yang menarik

A. I dan III sahaja C. II, III, dan IV sahaja

B. II dan III sahaja D. I, II, III dan IV

6.2 Jenis Promosi

13. Pilih pernyataan yang tepat menggambarkan publisiti.

I Pengeluar merancang aktivitinya untuk melariskan hasil keluarannya.

II Publisiti mempunyai kreditibiliti yang lebih tinggi di lamangan pengguna atau pelanggan kerana maklumat disiarkan secara berkecuali.

III Komen atau kritikan akan menjejaskan nama baik pengeluar produk.

IV Pihak media yang bertanggungjawab membuat liputan untuk diutarakan kepada orang ramai.

A. I dan III sahaja C. II, III, dan IV sahaja

B. II dan III sahaja D. I, II, III dan IV

Apakah cara terbaik untuk saya mempromosikan barang mainan kanak-kanak? Anda harus… ….

Soalan 14 dan 15 adalah berdasarkan rajah di bawah.

14. Apakah jenis iklan T dan U?

I Penerangan

II Penggalak

III Rasional

IV Peringatan

A. I dan III sahaja C. III dan IV sahaja

B. II dan III sahaja D. I dan IV

15. Sekiranya iklan T dijalankan secara tidak agresif dan hanya bertujuan untuk memaklumkan kewujudan sesuatu produk sahaja, pilih huraian yang tepat menggambarkan tujuan iklan U diadakan.

A. Mendesak bakal pengguna membeli

B. Mengukuhkan minda pengguna mengenai kewujudan sesuatu produk C. Mengumumkan produk baru

D. Menonjolkan keunggulan produk

16. Pengeluar biasanya akan mencari pelbagai cara untuk menarik perhatian bakal pengguna mereka. Antaranya termasuklah penggunaan faktor emosi sebagai senjata untuk melembutkan hati pembeli agar mereka akan membeli produk yang

dipromosikan.

Pilih situasi promosi yang menggunakan taktik ini.

A Pasaraya mengadakan kempen kesedaran sivik yang akan menderma 10sen

kepada Tabung Anak Yatim untuk setiap ringgit yang dibelanjakan oleh pelanggan di dalam gedung mereka.

B Pengiklanan syarikat telekomunikasi Maxis memaparkan kebahagiaan yang

tidak terhingga apabila ibu bapa di kampung menerima satu panggilan daripada anak mereka.

C Syarikat McDonald memberikan hadiah percuma kepada kanak-kanak

sebagai penggalak untuk orang berbelanja di McDonald kerana membawa kanak-kanak ke situ.

D Kentucky Fried Chicken (KFC) memberikan kupon Rm2.00 untuk setiap

pembelian melebihi RM20.00.

Jenis Iklan

T Iklan U

mlpl/smjkpt Page 110 17. Pilih pasangan yang dihuraikan dengan tepat maknanya.

Jenis Iklan Ciri Iklan

A. Iklan memujuk Menggunakan gadis cantik untuk menarik perhatian

pelanggan.

B. Iklan penerangan Mengumumkan produk yang baru dalam pasaran.

C. Iklan peringatan Memberikan maklumat mengenai sifat produk dalam

pasaran.

D. Iklan pemetaan Mengingati pengguna mengenai kewujudannya.

18. Perhatikan pernyataan berikut dan pilih pernyataan yang menunjukkan kelebihan promosi jualan.

I Pembeli biasanya terbeli lebih banyak daripada kuantiti yang mereka perlukan kerana terpengaruh dengan promosi yang dijalankan.

II Pengeluar biasanya dapat melariskan stok mereka, khusunya stok lama. III Pembeli biasanya dapat membeli bukan sahaja pada harga yang murah,

malah diberikan hadiah percuma juga.

IV Pembeli akan mempunyai banyak pilihan, kerana pengeluar berbeza akan menawarkan promosi yang berlainan.

A. I dan III sahaja C. II, III, dan IV sahaja

B. I, II dan III sahaja D. I, II, III dan IV

19. Perhatikan ciri-ciri di bawah.

Apakah jenis promosi yang mempunyai ciri-ciri di atas? A. Jualan terus

B. Promosi jualan C. Publisiti D. Iklan memujuk

20. Walaupun pengiklanan mempunyai pelbagai jenis kelebihan, namun Reenee, seorang peniaga yang mengiklankan produknya melalui televisyen mengkritik kekurangan-kekurangannya. Apakah yang mungkin menjadi rungutan Reenee?

I Meingkatkan kos pengeluarannya.

II Mendorong pembeli membeli lebih.

III Pengguna biasanya hilang rasional semasa membuat pilihan kerana

dikelirukan oleh pelbagai jenama dan tawaran.

IV Pengiklanan dapat menonjolkan kelebihan produk tanpa menyatakan kesan

sampingannya.

A. I sahaja C. I dan II sahaja

B. III sahaja D. II, III dan IV

 Penjual berhadapan dengan bakal pembeli.

 Cuba mempengaruhi pembeli dengan pujukan dan tunjuk

cara yang menarik.

 Dianggap memudahkan kerana pembeli tidak perlu keluar

mlpl/smjkpt Page 111 21. Everleena, seorang pegawai pengiklanan di sebuah syarikat pengiklanan yang

terkemuka, telah dikehendak menyiapkan kertas kerja untuk bakal pelanggan, Encik Zambriinii, seorang pengeluar shampu dan pendandan rambut.

Apakah kelebihan pengiklanan yang mungkin dibentangkan oleh Everleena kepada Encik Zambriini?

I Peningkatan kuantiti jualan memungkinkan penikmatan faedah ekonomi

bidangan.

II Penggunaan unsur lucah boleh menarik pelanggan walaupun menimbulkan

kesan negatif dalam masyarakat.

III Encik Zambriini dapat memperkenalkan produknya ke dalam pasaran.

IV Kos pengiklanan dapat diagihkan kepada pengguna produknya.

A. I, II dan IIIsahaja C. II, III dan IV sahaja

B. I, III dan IVsahaja D. I, II, III dan IV

Dalam dokumen Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot (Halaman 106-111)