Revisi Kilat
26. Kelebihan pengangkutan rel ialah mempunyai ruang muatan yang luas
23. Mengapakah barang yang rapuh dan mudah rosak sesuai dibawa dengan pengangkutan jalan raya?
A. Kos pengangkutan jalan raya adalah lebih murah.
B. Kurangnya kerja pemunggahan kerana dapat sampai tepat ke destinasinya.
C. Pekerja pengangkutan jalan raya lebih cermat dan berpengalaman.
D. Had laju pengangkutan jalan raya ditetapkan.
24. Pelbagai jenis kapal digunakan dalam pengangkutan laut. Pilih huraian yang menggambarkan kesesuaian setiap jenis kapal dengan muatannya.
I Peti kontena dihantar dengan kapal kargo.
II Kayu balak, besi dan kepingan getah dihantar dengan kapal pesisir pantai.
III Kapal penumpang membawa penumpang dan sedikit barang.
IV Kapal kerentan membawa penumpang dan barang dari pelabuhan kecil ke kapal besar yang tidak dapat masuk ke pelabuhan.
A. III sahaja C. II dan IV
B. I dan III sahaja D. I, II, III dan IV
25. Nyatakan dua jenis pengangkutan yang mempunyai persamaan ciri di bawah.
A. Pengangkutan rel dan pengangkutan udara
B. Pengkontenaan dan pengangkutan jalan raya.
C. Pengangkutan udara dan pengangkutan saluran paip.
D. Pengangkutan rel dan pengangkutan saluran paip.
26. Kelebihan pengangkutan rel ialah mempunyai ruang muatan yang luas.
Apakah kelebihan yang dapat diperolehi oleh seorang penumpang keretapi daripada ruang muatan yang luas?
I Tidak perlu terperap pada tempat duduknya sahaja.
II Tiada had muatan yang boleh dibawa.
III Terdapanya gerabak restoran yang dapat memenuhi selera penumpang.
IV Boleh membawa sesiapa sahaja tanpa caj tambahan.
A. I dan II C. I, II dan III sahaja
B. II dan III D. I, II, III dan IV
27. Terdapatnya beberapa persamaan antara pengangkutan laut dan pengangkutan rel. Apakah persamaan di antara kedua-dua jenis pengangkutan ini?
I Tidak fleksibel.
II Kos penyelenggaraan yang rendah.
III Sesuai untuk barang yang besar, tahan lama dan tidak bernilai tinggi. Kos permulaan yang tinggi.
Sesuai untuk sesetengah jenis barang sahaja. Risiko kecurian dan kehilangan yang rendah.
IV Ruang muatan yang luas.
A. I, II dan II C. II, III dan IV
B. I, III dan IV D. I, II dan IV
28. Satu persamaan yang besar antara agensi pengangkutan seperti JPJ dan Lembaga Pelabuhan ialah kedua-dua agensi ini_________________________
A. Melesenkan malim
B. Mengeluarkan permit sekolah memandu dan mengemudi
C. Bertindak selaku tuan tanah
D. Mengeluarkan lesen
29. Mengapakah sistem saluran paip menjadi semakin penting dan sedang berkembang pesat penggunaannya?
A. Kos permulaan sistem pengangkutan jenis ini adalah lebih rendah berbanding
dengan kos permulaan sistem pengangkutan jenis lain.
B. Jangka waktu penghantaran bijirin dan cecair adalah lebih cepat berbanding dengan menggunakan sebarang pengangkutan yang lain.
C. Kerajaan menggalakkan dan membiayai pembinaan sistem saluran paip ke
seluruh negara.
D. Sistem ini dapat mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas. 30. Pilih pernyataan yang benar mengenai pengangkutan laut.
I Merupakan cara pengangkutan yang amat penting untuk perniagaan
antarabangsa.
II Tugas utama Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia (MISC) ialah menyediakan kemudahan yang lengkap untuk memudahkan pengendalian kargo.
III Bertindak selaku tuan tanah dan melesenkan malim adalah antara tugas yang dipertanggungjawabkan ke atas Lembaga Pelabuhan.
IV Pengangkutan laut tidak memerlukan kerja pemunggahan yang rumit.
A. I dan III C. I, II dan III
B. II dan IV D. I, II, III dan IV
Soalan 31 dan 32 adalah berdasarkan petikan di bawah.
31. Pilih cara yang paling sesuai untuk Encik Thor memindahkan keluarga dan kargonya.
A. Menggunakan pengangkutan udara untuk memindahkan keluarga dan kargo.
B. Menggunakan kapal pengangkut pukal untuk memindahkan kargo dan
Encik Allan Thor dan keluarganya hendak berpindah dari Sabah ke Pulau Pinang. Selain kotak-kotak buku dan pakaian, mereka juga ingin memindahkan perabot dan kereta mereka. Encik Thor perlu melaporkan diri di tempat kerja barunya di Pulau Pinang dengan segera dan anak-anaknya perlu mendaftar di sekolah baru mereka. Mereka tidak begitu merisaukan kargo mereka asalkan mereka diberikan tempat penginapan yang sesuai.
60 keluarganya menggunakan pengangkutan udara.
C. Menggunakan kapal kontena untuk memindahkan barang pindahannya yang
dimasukkan ke dalam peti kontena sementera ahli keluarganya boleh menggunakan pengangkutan udara.
D. Menggunakan kapal kontena untuk memindahkan kargonya sementara ahli
keluarganya boleh menggunakan kapal penumpang.
32. Sekiranya masa bukan menjadi kriteria utama kepada Encik Thor sekeluarga, apakah jenis pengangkutan yang sesuai untuk digunakan?
A. Kapal kerenan dan kapal kargo
B. Kapal kontena dan keretapi
C. Kapal penumpang dan kapal kapal terbang kargo
D. Kapal penumpang dan kapal kontena
3.3 Pengkontenaan
33. Mynn Wei merupakan seorang pemilik syarikat pengangkutan kontena yang
menyediakan peti kontena bersaiz standard untuk disewa kepada pelanggannya yang hendak menghantar barang dengan kontena.
Apakah kelebihan menggunakan menggunakan peti yang bersaiz standard?
A. Memudahkan dokumentasi kastam.
B. Mengurangkan kerosakan dan kecurian.
C. Memudahkan kendalian dengan menggunakan mesin.
D. Mengurangkan kos insurans dan bayaran pelabuhan.
34. Sabaruddin merupakan seorang pengusaha perabot kayu jati yang kerap menerima
tempahan daripada pelanggannya di luar negara. Walaupun beliau sedar akan kelebihan menggunakan peti kontena untuk mengeksport perabotnya, namun beliau tidak
menggunakan perkhidmatan ini sepenuhnya. Mengapa?
I Perabotnya tahan lama.
II Stok yang ingin dihantar bukan selalunya banyak.
III Kosnya mahal.
IV Pelanggannya tidak suka perabot dihantar dengan kontena.
A. I dan II C. III dan IV
B. II dan III D. I, II dan III
35. Pilih pernyataan yang tepat menerangkan pengkontenaan.
I Pengkontenaan tidak dapat digunakan dengan sepenuhnya kerana memerlukan
sistem pengangkutan bersepadu.
II Kontena kargo adalah untuk mengangkut barang pukal.
III Walaupun kontena menghantar barang dalam peti kontena sebagai satu unit, namun kos insurans masih tidak dapat dijimatkan.
IV Kelebihan sistem pengkontenaan ialah terkecuali daripada sistem dokumentasi yang rumit.
A. I dan II C. III dan IV
36. Pernyataan–pernyataan yang berikut tepat menerangkan sistem Pengangkutan Antarabangsa Routier (TIR).
I Kastam di negara pengeksport perlu mengisi borang untuk memperaku isi kandung dalam peti kontena.
II Kastam di negara pengimport tidak memeriksa peti kontena yang dibawa masuk.
III Sistem ini melicinkan kerja penghantaran kargo kerana prosedur dan dokumentasi kastam dipermudahkan.
IV Cukai akan dikenakan oleh negara pengimport terhadap barang yang dibawa masuk.
A. I dan III C. I, III dan IV
B. II dan III D. I, II dan III
37. Apakah kekurangan sistem pengkontenaan?
A. Keselamatan kargo terjamin daripada rosak atau tercalar. B. Peti kontena yang bersaiz piawai menjimatkan ruang.
C. Bayaran cukai pelabuhan dapat dijimatkan.
D. Kos modalnya tinggi.
3.4 Pemilihan Pengangkutan
38. “Kita tidak boleh menghantar intan permata dengan menggunakan kapal kargo”, pemilik BH Design, Encik BH Teoh memberitahu pekerjanya.
Apakah faktor yang dititikberatkan oleh pemilik kilang intan permata itu semasa memilih jenis pengangkutan?
I Sifat dan jenis barang
II Kos pengangkutan
III Nilai barang
IV Kesegeraan
A. I dan II C. III dan IV
B. II dan III D. I dan III
39. Tenaga pakar perubatan yang diperlukan dengan segera di tempat yang dilanda wabak
penyakit tidak boleh menggunakan pengangkutan laut.
Apakah faktor yang dipertimbangkan dalam konteks di atas semasa memilih jenis pengangkutan?
A. Kesegeraan
B. Kesegaran
C. Kos pengangkutan
D. Kemudahan
40. Boon Hua merupakan seorang peniaga yang bijak. Apakah faktor yang
dipertimbangkannya semasa memilih jenis pengangkutan untuk menghantar produknya?
I Nilai barang
62 III Harga pasaran barang
IV Kos pengeluaran barang
A. I dan II C. II dan IV
B. I dan III D. III dan IV
Pengukuhan Esei
1. (a) Huraikan pemahaman anda mengenai pengangkutan. ( 7markah )
(b) Mengapakah pengangkutan laut masih digunakan padahal
pengangkutan udara adalah lebih cepat. ( 8markah )
(c) Tunjukkan dan jelaskan perbezaan antara kapal kargo
dengan kapal kerentan. ( 10 markah )
2. (a) Keluarga Liew yang tinggal di Kampung Aulong
di Taiping lebih suka memandu dari kampung mereka terus ke rumah nenek mereka yang berada di Muar, Johor.
Menurut bapa mereka, mereka akan membazir banyak masa dan
wang sekiranya mereka memilih untuk menaiki kapal terbang. (10 markah ) Mengapa?
(b Nyatakan dah huraikan peranan yang dimainkan Lembaga ( 7 markah ) Perlesenan Kenderaan Perdagangan ( LPKP )
(c) Encik Choong ialah seorang pemilik Kilang Papan di Grik, Perak. Walaupun memiliki banyak lori, beliau tetap memilih untuk menghantar papan dan kayu yang dihasilkan di kilangnya
ke Johor dengan menggunakan keretapi. ( 8 markah ) Adakah pemilihan Encik Choong itu satu pilihan yang bijak?
3. (a) Walaupun pengkontenaan merupakan pengangkutan yang selamat dan sesuai untuk menghantar muatan besar seperti perabot, namun pengangkutan jenis ini tidak digunakan dengan
meluasnya ( 7 markah ) Mengapakah keadaan ini berlaku?
(b) Apakah perkaitan Pengangkutan Anterabangsa Routier dengan (6 markah ) pengkontenaan.
(c) Perniagaan tidak dapat dijalankan dengan lancar tanpa sistem pengangkutan yang sempurna. Walaupun begitu, seseorang peniaga yang bijak akan mempertimbangkan pelbagai faktor sebelum membuat keputusan untuk memilih jenis pengangkutan yang sesuai untuk mengagihkan barang niagaannya.
Huraikan faktor yang diambil kira dalam pemilihan itu. ( 12 markah )
4. (a) Mengapakah sistem pengangkutan rel dikatakan dapat menawarkan perkhidmatan yang tidak dapat ditawarkan oleh sebarang sistem pengangkutan yang lain?
Bincangkan keunikan sifat gerabak-gerabaknya yang dapat ( 12 markah ) disesuaikan dengan sifat muatannya.
(b) Meskipun memiliki keunikannya yang tersendiri, namun ramai orang masih kurang yakin terhadap kemampuan sistem pengangkutan rel.
Huraikan kriteria yang menyebabkan orang ramai kurang yakin ( 8 markah ) terhadap pengangkutan rel.
(c) Tuliskan huraian ringkas mengenai Keretapi Tanah Melayu ( 5 markah ) Berhad ( KTMB )
5. (a) Huraikan tiga peranan Jabatan Penerbangan Awam ( DCA ) ( 6 markah )
(b) Untuk setiap situasi yang berikut, cadangkan jenis pengangkutan yang sesuai digunakan dan berikan alasan yang munasabah untuk pilihan anda itu.
i. Menghantar 8 tan ubat-ubatan dari Amerika untuk membantu
mangsa ribut Tsunami di Banda Acheh di Indonesia. ( 3 markah ) ii. Shuit Thang, seorang pengusaha perabot di Malaysia
hendak menghantar tempahan 22,000 kerusi yang ditempah
oleh seorang pemborong perabot di Jepun. ( 3 markah ) iii. Pengurus Kilang Gula Chuping, di Perlis hendak menghantar
120,000 guni gula ke Johor Baru. ( 3 markah )
(c) Huraikan kelebihan pengangkutan udara, dengan memberikan
64