PROMOSI Maksud
PERANAAN KERAJAAN
3. Secara amnya, terdapat tujuh sektor kerajaan
a. Penyelidikan dan Pembangunan bertanggungjawab memastikan pelbagai kajian
dijalankan untuk memajukan dan mempertingkatkan produk setiap bidang, seperti bidang pertanian, perniagaan, infrastruktur dan lain-lain.
i. Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia atau Malaysian Agriculture Research Institute (MARDI) bertanggungjawab ke atas semua bidang yang berkaitan dengan tanaman dan ternakan untuk menghasilkan produk yang bermutu tinggi.
ii. Lembaga Getah Malaysia atau Malaysian Rubber Board (MRB) diamanahkan ke atas semua kerja penyelidikan yang berkaitan dengan getah serta melaksanakan strategi pemasaran untuk industri getah.
iii. Lembaga Minyak Sawit Malaysia atau Malaysian Palm Oil Board (MPOB) diberikan tugas untuk mempertingkatkan mutu kelapa sawit serta barang berasaskan kelapa sawit.
iv. Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia atau Standards and Industrial Research Institute of Malaysia Berhad (SIRIM) bertujuan
membantu pengeluar menghasilkan produk yang berkualiti menerusi penyelidikan dan kaedah yang berteknologi tinggi.
v. Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia atau Forest Research Institute Malaysia (FRIM) ditubuhkan untuk menjalankan kajian terhadap sektor perhutanan dan industri penghasilan produk berasaskan hasil hutan.
vi. Institut Penyelidikan Perikanan Malaysia atau Fisheries Research Institute
(FRI) yang terletak di bawah Jabatan Perikanan Malaysia diberikan
tanggungjawab memajukan sektor perikanan ; iaitu memperkenalkan teknologi
Penyelidikan dan Pembangunan Perundangan Perniagaan Latihan dan Pengurusan
Kemudahan Infrastruktur dan Ruang Niaga Promosi dan Pemasaran
Pelepasan Cukai Pembiayaan Peranan Kerajaan dihulurkan melalui sektor berikut:
saintifik dalam penangkapan dan pemeliharaan kesegaran hasil laut. FRI juga memberikan perhatian dalam bidang akuakultur.
vii. Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia atau Malaysian Pineapple Industry Board (MPOB) ditubuhkan untuk menyelidik dan memajukan industri nanas di negara kita, termasuklah mencari pasaran untuk produk berasaskan nanas.
viii. Lembaga Koko Malaysia atau Malaysian Coco Board (MCB)
dipertanggungjawabkanmengawal selia serta memajukan sektor pengeluaran koko di Malaysia.
ix. Lembaga Pemasaran Lada Hitam atau Pepper Marketing Board Malaysia
(PMBM) ditugaskan memaju, mempromosi serta memasarkan lada hitam di
samping memperbaiki keadaan ekonomi dan kebajikan peladang lada hitam.
b. Perundangan Perniagaan menyediakan akta dan undang-undang untuk dirujuk
sekiranya timbulnya masalah, penyalahgunaan kuasa dan lain-lain penyelewengan dalam perniagaan. Pelbagai jenis akta disediakan.
i. Akta berkaitan Penubuhan adalah untuk memastikan setiap perniagaan ditubuhkan secara sah. Antaranya termasuklah Akta Syarikat 1965, Akta
Perkongsian 1961, Akta Koperasi 1948 dan lain-lain. Agensi
Penyelidikan dan Pembangunan Lembaga Pemasaran
Lada Hitam Malaysia (PMBM)
Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Lembaga Getah Malaysia (MRB) Lembaga Koko Malaysia (MCB) Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (MPIB) Institut Penyelidikan Perikanan Malaysia (FRI)
mlpl/smjkpt Page 122 ii. Akta berkaitan Pengeluaran berfungsi memastikan tiada penyelewengan
berlaku dalam proses pengeluaran, termasuklah untuk melindungi pengeluar dan pekerja seperti Akta Hak Cipta 1987 dan Akta Makanan 1983.
iii. Akta berkaitan Jualan bertujuan melindungi pengguna daripada muslihat penjual atau pengeluar. Antaranya termasuklah Akta Jualan Barangan 1957,
Akta Sewa Beli 1967, Akta Perihal Dagangan 1972 dan lain-lain.
iv. Akta-akta lain termasuklah Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Keselamatan
Sosial Pekerja 1969 dan lain-lain.
c. Latihan dan Pengurusan biasanya disediakan oleh pihak Kerajaan dalam bidang teknikal, pengurusan, perakaunan, motivasi, perniagaan serta pemasaran untuk
meningkatkan imej negara dalam dunia perniagaan.
i. Perbadanan Produktiviti Negara atau National Productivity Board (NPC) bertanggungjawab untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti dalam sistem pengurusan dan organisasi perniagaan.
ii. Majlis Amanah Rakyat (MARA) memainkan peranan penting dalam
meningkatkan kualiti usahawan menerusi pemberian latihan, kursus dan khidmat pakar runding.
iii. Perbadanan Industri Kecil dan Sederhana atau Small and Medium Ondustries Development Corporation (SMIDEC) ditubuhkan khas untuk memajukan syarikat-syarikat IKS. Perundangan Perniagaan Penubuhan Pengeluaran Jualan Aspek Lain Akta Syarikat 1965 Akta Perkongsian 1961 Akta Koperasi 1948 Akta hak Cipta 1987 Akta Makanan 1983 Akta Jualan Barangan 1957 Akta Sewabeli 1967
Akta Perihal Dagangan 1972 Akta Cukai Pendapatan 1967
Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969
Latihan dan Pengurusan
Perbadanan Produktiviti Negara (NPC )
Majlis Amanah Rakyat (MARA)
d. Kemudahan Infrastruktur dan Ruang Niaga adalah penting untuk perkembangan
ekonomi dan pembangunan negara.
i. Lembaga Pembangunan Bandar atau Urban Developmeng Authority (UDA) mempunyai tugas khas untuk merancang dan memajukan bandar secara terancang dan teratur.
ii. Taman Teknologi Malaysia atau Technology Park Malaysia (TPM)
diamanahkan untuk menyediakan kemudahan yang dapat mendorong penggunaan inovasi teknologi dan penyelidikan untuk meningkat mutu pengeluaran agar dapat bersaing pada peringkat antarabangsa.
iii. Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) bertanggungjawab memajukan ekonomi negeri selaras dengan matlamat Dasar Ekonomi Baru. iv. Majlis Amanah Rakyat (MARA) diberi tugas menyediakan premis kilang dan
premis perniagaan yang diperlukan.
v. Perbadanan Pembangunan Multimedia atau Multimedia Development
Corporation (MDC) diamanahkan tugas mencipta persekitaran yang baik dalam bidang multimedia untuk memastikan kejayaan dalam bidang teknologi
maklumat.
e. Promosi dan Pemasaran diperlukan untuk menjamin wujudnya pasaran pada
peringkat domestik dan antarabangsa.
i. Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) memikul tanggungjawab memperbaiki dan memajukan sektor yang kaitan padi dan beras negara kita, termasuklah memastikan kebajikan para petani dijaga.
ii. Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan atau Federal Agricultural Marketing Authority (FAMA) diberi tugas untuk mempromosi dan memasarkan hasil pertanian di samping memaju dan membangunkan sektor tersebut.
iii. Perbadanan Pembangunan Perniagaan Antarabangsa Malaysia atau Malaysian External Trade Development Corporation (MATRADE)
bertanggungjawab untuk membekalkan maklumat produk Malaysia ke peringkat antarabangsa untuk mencari pasaran.
Kemudahan Infrastruktur dan Ruang Niaga
Lembaga Pembangunan Bandar (UDA)
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN)
Majlis Amanah Rakyat (MARA) Taman Teknologi Malaysia (TPM)
mlpl/smjkpt Page 124 iv. Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKKM) berusaha untuk
mempertingkatkan mutu kraftangan kita di samping mencari pasaran pada peringkat antarabangsa.
f. Pelepasan Cukai diberikan untuk menggalakkan pertumbuhan perdagangan dan
menarik pelabur asing dan juga untuk menggalakkan projek perkilangan di negara kita. Antara insentif yang diberikan untuk tujuan ini termasuklah:
i. Taraf perintis Elaun cukai pelaburan ii. Elaun pelaburan semula
iii. Pengecualian cukai iv. Potongan cukai
g. Pembiayaan merujuk pada pinjaman dan sumbangan kewangan kerajaan ke atas
projek perniagaan atau perkilangan, yang diberikan menerusi agensi tertentu. i. Majlis Amanah Rakyat (MARA) menawarkan sistem bantuan kredit untuk
menggalakkan penyertaan bumiputra ke dalam perniagaan
ii. Kementerian Pembangunan Usahawan (KPUn) bertanggungjawab melatih
dan melahirkan usahawan yang berminat dan berkebolehan .
iii. Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) bertujuan untuk
meningkatkan penyertaan bumiputera dalam industri strategik yang mempunyai
potensi yang cerah.
iv. Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia Berhad (BPIMB) membantu
syarikat IKS bumiputera mendapatkan modal yang mencukupi.
v. Bank Pertanian Malaysia (BPM) diberi amanah untuk menyelaras dan
menyelia bantuan kredit kepada individu yang menjalankan kegiatan pertanian.
vi. Syarikat Permodalan Kemajuan Perusahaan Malaysia Berhad atau
Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) merupakan agensi yang bertugas membantu syarikat mengumpul modal menerusi penerbitan syer dan debentur.
Promosi dan Pemasaran
Padiberas Nasional Berhad (BERNAS)
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
Perbadanan Kemajuan
Kraftangan Malaysia (PKKM)
Perbadanan Pembangunan Perniagaan Antarabangsa Malaysia (MATRADE)
vii. Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia atau Malaysian Technology
Development Corporation (MTDC) merupakan usahasama antara syarikat
swasta di bawah konsep persyarikatan Malaysia untuk mempromosikan pembangunan teknologi di negara kita.
Pengukuhan Konsep
1. Lengkapkan ketinggalan-ketinggalan pada rajah di bawah
2. Isikan tempat kosong pada jadual di bawah.
Perbezaan antara FRI dan FRIM
FRI FRIM
Sejarah Ditubuhkan pada 1957 di Pulau Pinang
Ibu pejabat telah dipindah ke Batu Maung Pulau Piang semenjak 1995
Bidang penyelidikan perhutanan bermula di negara kita semenjak 1928
Dipindah ke bangunan FRIM di Kepong
semenjak 1929 Bidang kajian Perikanan Akuakultur _____________________ _____________________ Sektor perhutanan _______________________________ _______________________________ _______________________________
Objektif Membekalkan pengetahuan saintifik untuk Menjana pengetahuan mengenai sektor
Peranan Kerajaan
Latihan dan Pengurusan Pembiayaan
mlpl/smjkpt Page 126 menguruskan sumber perikanan
__________________________________
__________________________________
Memberi latihan dalam bidang perikanan
perhutanan
________________________________
________________________________
Mengawal penggunaan sumber hutan
Fungsi dan Aktiviti
Menyediakan kepakaran untuk
penyelidikan perikanan
__________________________________ __________________________________
Mengembangkan hasil penyelidikan bagi
membangunkan teknologi akuakultur
__________________________________ __________________________________ __________________________________ __________________________________ __________________________________ __________________________________ _________________________________ _________________________________ _________________________________
Menyebarkan maklumat mengenai
pengurusan sumber hutan dan pembangunan hutan
_________________________________ _________________________________ _________________________________
Mengadakan hubungan dan kerja sama
dengan badan di luar Malaysia untuk mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar 3. Tuliskan lima fungsi SMIDEC
a. _________________________________________________________________ b. _________________________________________________________________ c. _________________________________________________________________ d. _________________________________________________________________ e. _________________________________________________________________
4. Isikan ruang yang tertinggal.
Program Latihan
MARA
Pusat Teknologi Industri
5. Lengkapkan jadual berikut :
Pengukuhan Objektif
Arahan: Setiap soalan di bawah disediakan empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan
yang terbaik sahaja.
7.1 Peranan Kerajaan dalam Perniagaan
1. “Penyertaan pelaburan asing serta penglibatan pengusaha Bumiputera di kawasan bandar amat penting untuk memastikan kemajuan dan pembangunan negara.” Bagaimanakah kerajaan dapat menggalakkan penyertaan pelabur asing di samping memastikan pertambahan bilangan pengusaha Bumiputera dalam sektor perusahaan?
A. Mengemaskinikan perundangan perniagaan.
B. Menyediakan kemudahan infrastruktur dan ruang niaga.
C. Menambahkan usaha promosi dan pemasaran.
D. Menambahkan kemudahan pembiayaan.
2. Pengeluar yang bertanggungjawab tidak akan menjual barang-barang palsu kerana perbuatan ini adalah bercanggahan dengan
A. Akta Perihal Dagangan
B. Akta Kawalan Bekalan
C. Akta Timbang dan Sukat
D. Akta Jualan Barang-barang
3. Apakah tugas SIRIM dalam usaha memajukan perniagaan di negara kita?
A. Mencari pasaran antarabangsa untuk produk yang dikeluarkan oleh
usahawan tempatan.
B. Menyelidik dan memajukan sektor pengeluaran di negara kita.
C. Menetapkan piawaian ke atas produk yang dihasilkan di negara kita.
D. Melatih dan membimbing pengusaha IKS untuk menguruskan perniagaan
mereka secara moden dan sistematik.
4. Apakah agensi yang diamanahkan tugas menyediakan kemudahan infrastruktur dan ruangan niaga? I TPM II MIDF III MATRADE Tugas BERNAS _______________________________________________
Mengawal dan menetapkan harga beras mengikut gred
_______________________________________________
_______________________________________________
_______________________________________________
mlpl/smjkpt Page 128
IV PKEN
A. I dan IV sahaja C. II, III, dan IV sahaja
B. II dan III sahaja D. I, II, III dan IV