• Tidak ada hasil yang ditemukan

jangan lupa, jumpa di PISA!!

Dalam dokumen Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot (Halaman 172-177)

29. Apakah kelebihan Bayaran Tertunda berbanding dengan Sewa Beli?

A. Pengguna boleh membeli barang mahal dengan segera.

B. Penjual tidak boleh mendakwa pembeli jika tidak menjelaskan bayaran.

C. Pembeli berhak untuk mengembalikan barang jika ansuran tidak dapat

dibayar.

D. Pengguna mempunyai hakmilik ke atas barang sebaik sahaja ansuran

pertama dibayar.

30. Akta perihal Dagangan digubal oleh kerajaan untuk membantu hak pengguna dari segi

A. mendapat perwakilan dan pendidikan kepenggunaan

B. mendapat ganti rugi dan keperluan asas

C. mendapat maklumat dan perlindungan

D. membuat pilihan dan keselamatan

31. Antara berikut, pernyataan manakah yang menerangkan etika penjual membantu kerajaan untuk bersama-sama mewujudkan suasana muhibah dalam aktiviti perniagaan

A. Menghulurkan bantuan kewangan untuk projek kajian dan penyeledikan untuk membenteras wabak JE.

B. Menggunakan bahan mentah yang diimport dalam aktiviti pengeluaran.

C. Tidak melibatkan diri dalam penggubalan dan pelaksanaan polisi negara. D. Meminta kerajaan memberi pelbagai insentif untuk meggalakkan aktiviti

pengeluaran.

32. Berikut adalah cara sebuah perniagaan melakukan promosi.

Jualan Murah!!!

Diskaun hingga 70%

Jualan barang-barang berjenama terkenal

Jangan lepaskan peluang ini

Ingat!!!!!!

20 Mei hingga 21Jun 2005

di PISA, Pulau Pinang

Apakah bentuk promosi yang berkaitan dengan rajah di atas? A. Publisiti B. Promosi jualan C. Jualan terus D. Iklan bertanding

33. Antara berikut, pernyataan manakah yang menepati ciri-ciri gudang awam

I Merupakan gudang penyetoran sejuk.

II Menyimpan barang-barang yang belum dijelaskan cukai.

III Terletak di pintu masuk negara dan tempat-tempat yang diperlukan.

IV Menyimpan barang-barang tidak bercukai dan yang telah dijelaskan cukai.

A. I dan II sahaja C. II dan III sahaja

B. I dan III sahaja D. III dan IV sahaja

34. Antara berikut, situasi manakah yang memerlukan perkhidmatan gudang berbon?

A. Pasaraya Sunshine Square di Pulau Pinang membeli stok dengan banyaknya

dari kilang-kilang di kawasan perusahaan ringan di Johor Bahru pada harga yang amat murah.

B. Pemborong beras Jeremy yang mengimport beras dari Thailand dan telah

menjelaskan cukainya

C. Syarikat Perniagaan Boonhua mengimport kain dari Jepun dam menunggu

pengimportnya di Thailand memberikan arahan untuknya menghantarkan stok kain itu.

D. Kapal ikan yang telah balik ke Pelabuhan Pulau Pinang dengan tangkapan

yang banyak setelah menangkap ikan di kawasan perairan laut dalam

35. Berikut adalah kenyataan mengenai sebuah milikan perniagaan.

Berdasarkan pernyataan tersebut, berapakah keuntungan yang diperoleh oleh Asyraf?

A. RM15 000

B. RM10 000

C. RM7 500

D. RM5 000

36. Modal Kamal dalam Syarikat Idaman Rini terdiri daripada berikut: Asyraf dan Adilah telah bersetuju berkongsi menubuhkan satu perniagaan bengkel membaiki kereta dengan modal awal masing-masing RM5 000 dan RM10 000. Mereka tidak menyediakan perjanjian perkongsian. Bengkel ini memperoleh keuntungan sebanyak RM15 000.

5 000 6% syer keutamaan @ RM1.00 seunit 10 000 syer biasa @ RM1.00 seunit

mlpl/smjkpt Page 174 Kirakan pendapatan yang akan diterima oleh Kamal pada tahun tersebut jika Syarikat Idaman Rini meluluskan pembayaran dividen 10% ke atas pemegang syer biasa (cukai diabaikan) A. RM19 000 B. RM1 900 C. RM1 000 D. RM600

37. Pilih pernyataan yang benar mengenai Sistem Barter.

A. Lebihan keluaran wajib ada sebelum sistem ini dapat dijalankan

B. Tiada masalah pembahagian kerana melibatkan barang yang ringkas sahaja

C. Sistem ini dapat diamalkan selagi terdapatnya persetujuan di atas cara pembahagian barang ; sama ada dengan menggunakan wang sebagai rangka rujuk ataupun benda lain sebagai rangka rujukannya

D. Manusia perlu saling bergantungan

38. Berikut merupakan sejenis pengangkutan darat yang mempunyai lesen pembawa tertentu.

Antara berikut, lori manakah yang mematuhi pelesenan tersebut?

A. Lori persendirian yang mengangkut muatan 1 000 kg.

B. Lori persendirian yang mengangkut muatan 2 500 kg.

C. Lori sewa yang mengangkut muatan 1 000 kg.

D. Lori sewa yang mengangkut muatan 2 500 kg.

39. Antara jenis-jenis perniagaan berikut, yang manakah berkemungkinan menggunakan kad jawapan perniagaan?

A. Gedung aneka jabatan

B. Kedai sejaras

C. Pesanan mel

D. Pasar raya

40. Di antara berikut, pemilik gudang yang manakah harus menandatangani suatu perjanjian dengan pihak kastam?

A. Gudang kerajaan

B. Gudang peruncit

C. Gudang berlesen

Kertas 2

Bahagian A : Jawab mana-mana tiga soalan.

1. a. Bezakan antara perdagangan dengan perniagaan. (8 markah)

b. Apakah maksud keperluan fisiologi dalam model hieraki keperluan manusia? (3 markah)

c. Proses pengeluaran melibatkan penciptaan nilai-nilai faedah. Huraikan nilai – nilai faedah itu (8 markah) d. Mengapakah pengkhususan wujud dalam pengeluaran ? (6 markah)

2. a. Apakah sumbangan insurans kepada individu, peniaga dan negara? (9 markah) b. Bagaimanakah syarikat insurans menentukan premium insurans kebakaran untuk

sesebuah bangunan? (10 markah)

c. Bezakan antara risiko boleh diinsuranskan dengan risiko yang tidak boleh

diinsuranskan. (6 markah)

3. a. Salah satu faktor yang perlu dipertimbangkan oleh seseorang pengurus bank sebelum meluluskan sesuatu permohonan pinjaman ialah cagaran.

Apakah faktor-faktor lain yang dipertimbangkan? (10 markah)

b. Jelaskan jenis-jenis cek berikut:

i. Cek tak layan (3 markah)

ii. Cek bertanda (3 markah)

c. Pada 25 hb September 2004, Puan Sarah binti Osman ingin membayar sebanyak RM2 650 kepada Syarikat Murni Setia yang membekalkan barang-barang kepada perniagaannya. Beliau mempunyai akaun semasa di Bank Wawasan Perkasa Berhad. Untuk menjadikan cek itu selamat beliau telah memalang cek berkenaan.

Anda dikehendaki melakarkan cek berkenaan. (9 markah)

4. a. Mengapakah sesuatu barang perlu diiklankan? (7 markah)

b. Apakah faktor-faktor yang menentukan kos pengiklanan dalam suratkhabar dan

televisyen? (12 markah)

c. Jelaskan tiga faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum memilih sesuatu media

pengiklanan. (6 markah)

5. a. Apakah yang dimaksudkan dengan pemasaran? (3 markah)

mlpl/smjkpt Page 176 c. Jelaskan fungsi agensi pemasaran berikut:

i. FAMA (5 markah)

ii. BERNAS (5 markah)

Bahagian B

Baca Kes di bawah dengan teliti.

Dr. Wani adalah seorang doktor pakar kanak-kanak. Sejak 6 tahun yang lalu, beliau telah mengusahakan sebuah klinik persendirian dengan nama Klinik Wani dengan jayanya. Perniagaan Dr Wani berkembang dengan pesat dan pengurusan klinik menjadi semakin sukar. Baru-baru ini beliau telah berbincang dengan dua rakanya yang bertugas di sebuah hospital kerajaan. Mereka berminat untuk melabur modal dalam perniagaan Dr Wani dengan syarat mereka menanggung liabiliti yang terhad. Dr Wani bersetuju dengan cadangan mereka dan menamakan Klinik Wani dan Rakan-rakan.

Berdasarkan kes di atas, jawab soalan berikut

1. Apakah bentuk milikan perniagaan yang ditubuhkan oleh Dr Wani dan

rakan-rakannya? (2 markah)

2. Bezakan status Dr Wani dengan rakan-rakannya dalam milikan perniagaan

tersebut? (3 markah)

3. Terangkan tiga kebaikan dan keburukan milikan perniagaan yang ditubuhkan oleh

mereka. (12 markah)

4. Apakah faedah yang mungkin mereka nikmati apabila mereka menukarkan bentuk milikan perniagaan ini kepada bentuk syarikat sendirian berhad?

Dalam dokumen Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot (Halaman 172-177)