• Tidak ada hasil yang ditemukan

Isikan tempat kosong dengan jawapan yang paling tepat

Dalam dokumen Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot (Halaman 87-97)

Pengukuhan Konsep 1. Lengkapkan rajah di bawah:

Soalan 33 hingga 35 adalah berdasarkan rajah di bawah:

1. Isikan tempat kosong dengan jawapan yang paling tepat

2. Senaraikan lima faktor yang dipertimbangkan semasa memilih jenis gudang. a. ________________________________________________________ b. ________________________________________________________ c. ________________________________________________________ d. ________________________________________________________ e. ________________________________________________________ 3. Nyatakan peranan gudang untuk setiap situasi di bawah.

Situasi Peranan gudang

1. Penawaran barang bermusim tidak dapat memenuhi permintaan sepanjang tahun. 2. Lebihan penawaran menyebabkan harga

barang jatuh.

3. Modal kerja Saudagar Tan tidak

memungkinkannya menjelaskan semua pembayaran cukai importnya.

4. Pemborong Zen memerlukan tempat untuk memecahkan stok yang dibeli daripada pekilang.

5. Nelayan hendak memastikan kesegaran hasil tangkapan sementara menanti masa

mengeksportnya.

4. Perhatikan jadual di bawah dan isikan ruangan yang tertinggal.

Gudang berbon Perbezaan Gudang pengilang

1. Menyimpan bahan mentah yang

diperlukan dan produk kilang yang belum dipasarkan.

2. Gudang kastam dimiliki kerajaan dan gudang berlesen dimiliki swasta.

Milikan

3. Di pintu masuk negara seperti lapangan, pelabuhan dan stesyen keretapi.

Lokasi

4. Tidak disewakan kepada peniaga atau

pengilang yang lain. Jenis

gudang

Gudang peruncit Gudang pengilang

mlpl/smjkpt Page 88

Pengukuhan Objektif

Arahan: Setiap soalan di bawah disediakan empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan yang

terbaik sahaja.

5.1 Pergudangan

1. Pilih pernyataan yang tepat menerangkan tentang makna pergudangan. A. Dapat menstabilkan harga

B. Untuk menjamin bekalan stok yang berterusan C. Membeikan persaingan kepada gudang pemborong. D. Tidak mahu modalnya terikat dengan stok yang banyak.

2. Berikut adalah ciri gudang yang mempunyai lokasi yang baik.

A. Mudah dihubungi dan terletak dekat dengan sumber atau tempat keluaran barang yang hendak disimpan di dalamnya.

B. Sukar dimasuki pencuri kerana mempunyai alat kawalan keselamatan yang moden dan canggih.

C. Berhampiran dengan pengguna akhir untuk memudahkan mereka datang melihat pameran barang.

D. Terletak di pusat bandar yang mudah didatangi pelanggan.

3. Apakah tujuan disediakan gudang?

I Menyelaraskan permintaan dengan pengeluaran.

II Mengurangkan masalah kesesakan ruang di kilang.

III Mengurangkan masalah modal terikat.

IV Membolehkan pengeluaran besar-besaran dijalankan.

A. I, II, dan III sahaja C. II, III, dan IV sahaja

B. I, II, dan IV sahaja D. I, II, III dan IV

Soalan 4 dan 5 adalah berdasarkan rajah di bawah.

4. Peranan L dan M kemungkinan sekali

I Memenuhi keperluan pengguna.

II Mengelakkan kerosakan dan pembaziran.

III Memudahkan pengilang dan pengeluar.

IV Menjamin keselamatan barang

A. I dan II C. III dan IV

B. II dan III D. II dan IV

5. Boon merupakan seorang pengimport skru dan alat-alat kecil yang diperlukan oleh kilang perindustrian. Pergudangan memainkan peranan yang amat penting untuk melancarkan perniagaan beliau. Apakah sumbangan gudang kepada Boon?

I Membolehkan bekalan berterusan.

II Membolehkan kerja-kerja akhir dijalankan.

III Menjamin keselamatan barang.

IV Memudahkan pengilang.

A. I dan II C. I, II dan III sahaja

B. II dan III D. I, II, III dan IV

Peranan

Pergudangan

Membolehkan pengeluaran dan bekalan berterusan.

Membantu perniagaan antarabangsa. Membantu menstabilkan harga barang. Membolehkan aktiviti pecah pukal dilakukan.

L M

6. Pak Khairi merupakan seorang nelayan di Pulau Pinang. Beliau mempunyai beberapa buah bot besar dan mengusahakan penangkapan ikan dan udang besar di laut dalam untuk dieksport ke negeri Jepun. Mengapakah pergudangan penting kepada Pak Khairi?

I Membantu perniagaan antarabangsa.

II Membolehkan pengeluaran dan bekalan berterusan.

III Menjamin keselamatan barang.

IV Mengelakan kerosakan dan pembaziran.

A. I dan II C. I, II dan III sahaja

B. II dan III D. I, II, III dan IV

7. Pergudangan dapat menstabilkan harga barang dengan cara berikut. A. Menyelaraskan penawaran dengan permintaan.

B. Mengelakkan kerosakan dan pembaziran. C. Melicinkan perniagaan antarabangsa. D. Memnungkinkan kerja akhir dijalankan.

8. Puan Zaris Sofea yang amat kreatif, telah diupah oleh Syarikat Tanglung Classical Culture, sebuah syarikat yang membuat dan mengeksport tanglung ke Hong Kong dan Taiwan. Tugas Puan Zaris Sofea ialah mereka dan menghasilkan pelbagai jenis tanglung sepanjang tahun walaupun permintaan terhadap tanglung hanya timbul pada bulan Ogos setiap tahun. Apakah sumbangan pergudangan dalam konteks di atas?

A. Menjamin keselamatan barang.

B. Membolehkan kerja akhir dijalankan di dalam gudang. C. Membolehkan pengeluaran berterusan dijalankan. D. Menjamin kerosakan dan pembaziran barang. 9.

Jadual di bawah menunjukkan akibat yang akan ditanggung oleh beberapa jenis perniagaan sekiranya tidak wujud pergudangan. Pilih huraian yang tepat sahaja.

Jenis Perniagaan Akibat yang akan ditanggung oleh peniaga.

I. Daging dan hasil tenusu Kerosakan dan pembaziran barang.

II. Keluaran bermusim Tiada penawaran untuk memenuhi permintaan pengguna.

III. Entrepot Pengeluaran tidak dapat dijalankan berterusan.

IV. Barang bernilai tinggi Risiko kehilangan dan kecurian.

A. I, II dan III C. I, II dan IV sahaja

B. II, III dan IV D. I, II, III dan IV

Soalan 10 hingga 12 adalah berdasarkan petikan di bawah.

10. Apakah ciri yang perlu dipertimbangkan oleh Boonhua sebelum merealisasikan impiannya?

I Lokasi yang sesuai.

II Kesesuaian gudang dengan barang yang hendak disimpan.

III Pengurusan yang cekap.

IV Sewa yang mampu dibayar oleh penyewa gudangnya.

A. I, II dan III C. I, II dan IV sahaja

B. II, III dan IV D. I, II, III dan IV

11. Sekiranya perniaga yang Boonhua sasarkan untuk menyewa gudangnya adalah peniaga entrepot, di manakah harus gudangnya dibina?

A. Pelabuhan atau tempat pendaratan sampan, bot atau kapal nelayan. B. Pintu masuk negara seperti pelabuhan atau lapangan terbang. C. Terletak di atau dekat dengan kilang perusahaan.

D. Di pusat bandar yang mudah dikunjungi oleh pelanggan lalu lalang. Pergudangan merupakan salah satu bantuan perniagaan yang amat penting. Perniagaan tidak dapat berjalan lancar tanpa bantuan perniagaan ini.

Boonhua merupakan seorang usahawan yang bermodal besar. Beliau juga mewarisi beberapa bidang tanah yang luas daripada ayahnya. Oleh itu beliau bercadang untuk membina 23 buah gudang untuk disewakan kepada peniaga yang memerlukannya untuk melancarkan perniagaan mereka.

mlpl/smjkpt Page 90 12. Arasoo, rakan karib Boonhua yang mempunyai beberapa buah gudang yang disewakan

kepada pemborong, mengingatkan Boonhua untuk menyediakan troli, trak angkat susun serta trak pengangkut yang akan diperlukan oleh bakal penyewa gudangnya.

Apakah ciri yang ditekankan oleh Arasoo? A. Pengurusan yang cekap.

B. Sistem perekodan yang teratur. C. Peralatan yang lengkap.

D. Ciri keselamatan yang baik.

13.

Ciri-ciri pergudangan di atas merujuk kepada A. Lokasi yang sesuai

B. Gudang yang luas dan teratur C. Pengurusan yang cekap D. Ciri keselamatan yang baik

14.

Apakah kelebihan ciri pergudangan di atas?

I. Membolehkan peruncit mengunjungi gudang dengan senang.

II. Memudahkan kerja mencari dan mengesan stok yang disimpan.

III. Gudang dapat berfungsi dengan berkesan.

IV. Mengelakkan kes kecurian daripada berlaku dalam gudang.

A. I dan II C. III dan IV

B. II dan III D. I, II, III dan IV

15. Pergudangan memudahkan pengeluaran barang dengan __________________________ A. Membolehkan pengeluar mendapat pembeli dengan senang dan cepat.

B. Menstabilkan harga barang dalam pasaran.

C. Membolehkan proses eksport dijalankan dengan lancar. D. Membolehkan pengeluaran dijalankan sepanjang tahun.

16. Mak Meena bersyukur dapat makan nasi setiap hari walaupun padi hanya dituai dua kali sahaja dalam setahun. Apakah peranan gudang dalam konteks ini?

A. Menjamin pembekalan barang yang berterusan. B. Mengelakkan kerosakan dan pembaziran. C. Menstabilkan harga barang.

D. Menjamin keselamatan barang.

17. Perhatikan ciri gudang di bawah.

Persamaan antara gudang-gudang di atas ialah A. Mempunyai lokasi yang sesuai.

B. Memnunyai ciri keselamatan yang baik.

C. Kesesuaian gudang dengan barang yang disimpannya.

D. Pengurusan gudang adalah cekap dan sistem perekodannya adalah baik.

 Perlu ada pengawal yang berdidiplin dan terlatih.  Dipasang alat pengesan kebakaran.

 Dilengkapi dengan kamera serta alat kawalan moden.

 Rekod aliran masuk dan keluar disimpan dengan sistematik.

 Penggunaan komputer akan mempercepat dan meningkatkan mutu kerja.

 Pengurusan dan pentadbiran yang baik adalah amat penting.

 Gudang penyetoran sejuk terletak di pelabuhan ikan.

 Gudang pengilang terletak di kawasan perindustrian ringan.

 Gudang peruncit terletak dekat dengan premis perniagaan runcit besar-besaran.

18. Gudang Hoohua dan Boonhua mempunyai ciri di bawah.

Kelebihan gudang di atas ialah

A. Gudang disesuaikan dengan sifat barang yang disimpan di dalamnya.

B. Gudang menggunakan sistem yang moden untuk memastikan keselamatan barang terjamin.

C. Mempunyai sistem pengurusan yang cekap dan sistem perekodan yang teratur.

D. Penggunaan peralatan yang lengkap memudahkan proses penyimpanan dan pemunggahan barang.

5.2 Jenis Gudang

19. Mengapakah sebuah kilang di Bayan Lepas di Pulau Pinang telah diarahkan untuk meletakkan semua keluaran kilangnya di dalam gudang berbon?

A. Keluaran kilang berkenaan perlu diperiksa kualitinya.

B. Keluaran kilang berkenaan dikhaskan untuk pasaran domestik sahaja. C. Cukai eksais dikenakan ke atas barang keluaran kilang tersebut. D. Pihak kerajaan hendak merekod kuantiti keluaran kilang berkenaan.

Soalan 20 dan 21 adalah berdasarkan rajah di bawah.

Gudang berbon Gudang pengilang

I. Dimiliki oleh kerajaan sahaja. Dimiliki atau disewa oleh pengilang atau

pengeluar.

II. Menyimpan barang yang dikenakan

cukai tetapi cukai masih belum dibayar.

Menyimpan bahan mentah dan barang siap yang dihasilkan oleh pengilang.

III. Terletak di pintu masuk negara. Terletak di premis kilang.

IV. Tidak dapat disewa. Disewa kepada peniaga yang

memerlukannya.

20. Pilih perbezaan yang tepat membandingkan gudang berbon dengan gudang pengilang.

A. I dan II sahaja C. III dan IV sahaja

B. II dan III sahaja D. I dan IV

21. Selain ciri di atas, kelebihan gudang berbon ialah

I Boleh dilakukan kerja-kerja akhir.

II Membantu perniagaan berskel besar dan antarabangsa.

III Membolehkan pengeluar mengeluarkan barang berterusan sepanjang tahun.

IV Membantu kerajaan mengumpul maklumat dan statistik import dan eksport

yang lengkap.

A. I dan II sahaja C. III dan IV sahaja

B. II dan III sahaja D. I, II, III dan IV

22. Bagaimanakah gudang berbon membantu pengilang atau pengeluar?

A. Mudah mendapat maklumat import, eksport dan entrepot.

B. Dapat mengeluarkan barang secara besar-besaran dan berterusan. C. Dapat mengelakkan pembayaran cukai kastam.

D. Mencegah pihak yang mengelakkan pembayaran cukai. 23. Pilih pernyataan yang betul sahaja.

I Ada di antara gudang kerajaan merupakan gudang penyetoran sejuk.

II Gudang penyetoran sejuk adalah gudang kerajaan.

III Gudang berlesen adalah gudang berbon.

IV Gudang berbon adalah gudang kastam.

A. I dan III sahaja C. III dan IV sahaja

B. II dan IV sahaja D. I, II, III dan IV

 Sistem komputer moden untuk merekod segala kemasukan dan

pengeluaran stok ke dalam gudang.

 Setiap pekerja diberikan tugas tertentu untuk dilaksanakan dengan sempurna bagi menjamin kecekapan gudang.

mlpl/smjkpt Page 92 24. Pilih pernyataan yang tepat mengenai gudang berlesen.

I Perjanjian atau bon yang ditandatangani telah melarang barang dibawa keluar dari gudang sehingga cukai dijelaskan.

II Gudang ini dimiliki oleh peniaga tetapi adalah dibawah kawalan ketat Jabatan Kastam.

III Digunakan untuk menyimpan barang yang telah dibayar cukai tetapi peniaga masih tidak mahu mengeluarkan barang dari gudang.

IV Pihak kerajaan memiliki gudang ini dan diamanahkan kepada Jabatan Kastam untuk mengawal dan menguruskannya.

A. I dan II sahaja C. III dan IV sahaja

B. II dan III sahaja D. I, II, III dan IV

25. Perhatikan jadual di bawah. Pilih pasangan yang tepat sekali.

Jenis gudang Fungsi gudang

I. Gudang pengilang Menyimpan hasil keluaran kilang yang belum berbayar

cukai sementara menanti pengangkutan untuk mengeksportnya.

II. Gudang kastam Dimiliki dan dikawal sepenuhnya oleh Jabatan Kastam

Diraja Malaysia.

III. Gudang berlesen Merupakan gudang berbon.

IV. Gudang pemborong Gudang bayar dan bawa merupakan salah satu

daripadanya.

A. I dan IV sahaja C. III dan IV

B. II dan III sahaja D. II, III dan IV

26. Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) membantu para nelayan daripada ditindas oleh orang tengah dengan membeli hasil tangkapan mereka. Apakah jenis gudang yang dapat membantu LKIM mengekalkan kesegaran hasil belian mereka?

A. Gudang berlesen B. Gudang kerajaan

C. Gudang penyetoran sejuk D. Gudang berbon

Soalan 27 dan 28 adalah berdasarkan petikan di bawah.

Syarikat Fast-Max yang menjalankan perniagaan entrepot, mempunyai pejabat cawangan di Singapura. Barang yang diimportnya disimpan dalam gudang berbon sebelum dijual kepada pelanggan-pelanggannya di Pulau Pinang.

27. Apakah sumbangan gudang berbon kepada Syarikat Fast-Max?

I Boleh mencagarkan barang dalam gudang untuk mendapatkan pinjaman.

II Mengelakkan pembayaran cukai.

III Dapat menyediakan barang dalam kuantiti yang diperlukan oleh

pelanggannya di Pulau Pinang.

IV Mempunyai kecairan yang lebih kerana dapat membayar cukai secara

beransur-ansur, iaitu apabila mengeluarkan barang sahaja.

A. I dan II sahaja C. III dan IV sahaja

B. II dan III sahaja D. I, III dan IV

28. Sekiranya Syarikat Fast-Max terlibat dalam perniagaan mesin dan peralatan bersaiz besar yang diperlukan oleh kilang-kilang perindustrian, apakah ciri gudang dan di manakah lokasi gudang yang paling sesuai untuknya?

Ciri gudang Lokasi gudang

A. Mempunyai alat mengawal suhu Pintu masuk negara

B. Luas dan lapang Kawasan perindustrian

C. Mempunyai rak yang bertingkat Kawasan perindustrian

D. Berkunci dan selamat Pintu masuk negara

29. Apakah persamaan antara gudang pengilang dengan gudang peruncit?

I Tempat menyimpan bahan mentah.

II Terletak berhampiran dengan premis masing-masing.

III Mempunyai pengawal serta alat pengesan kebakaran untuk menjamin

keselamatan barang.

IV Boleh disewa atau dipunyai oleh pemilik masing-masing.

A. I, II dan III sahaja C. I, II dan IV sahaja

B. II, III dan IV sahaja D. I, II, III dan IV

30. Peruncit besar-besaran biasanya menyediakan gudang mereka sendiri. Mengapa? A. Dapat menstabilkan harga

B. Untuk menjamin bekalan stok yang berterusan C. Membeikan persaingan kepada gudang pemborong. D. Tidak mahu modalnya terikat dengan stok yang banyak.

31.

Apakah yang diwakili oleh ‘X’? A. Gudang awam

B. Gudang kerajaan C. Gudang pemborong D. Gudang berbon

32. Gudang adalah amat penting untuk melicinkan perjalanan perniagaan, khususnya perniagaan antarabangsa. Apakah jenis gudang yang memerlukan pemiliknya menandatangani bon dengan Jabatan Kastam dan Eksais?

A. Gudang berlesen B. Gudang awam C. Gudang pengilang D. Gudang pemborong

33. Gudang penyetoran sejuk mempunyai ciri yang berikut.

I Terletak dipintu masuk negara

II Menyimpan barang yang mudah rosak

III Menyimpan barang pukal

IV Menyimpan barang keperluan harian

A. I dan II sahaja C. III dan IV sahaja

B. II dan III sahaja D. I, II, III dan IV

34. Bagaimanakah gudang berbon membantu peniaga dari segi modal?

A. Peniaga dibenarkan menjalan kerja-kerja akhir dalam gudang berbon.

B. Peniaga tidak perlu mengupah pengawal untuk mengawal keselamatan gudang berbon kerana dikawal oleh pihak kastam.

C. Peniaga boleh mempelawa pembeli yang berpotensi untuk melihat stoknya yang disimpan di gudang berbon dengan kemas.

D. Peniaga boleh mencagarkan stok barangnya yang berada dalam gudang berbon untuk mendapatkan pinjaman daripada syarikat kewangan.

35. Pilih pernyataan yang menunjukkan kepentingan gudang berbon kepada pengilang.

I Mengurangkan pembayaran cukai.

II Boleh memperolehi perangkaan mengenai perbelanjaan eksport dan

pendapatan import dengan tepat.

III Menyimpan dan mengeluarkan bahan mentah mengikut keperluan.

IV Pengilang boleh mengeluarkan produk secara besar-besaran dan berterusan.

A. I dan II sahaja C. III dan IV

B. II dan III sahaja D. I, II, III dan IV

Gudang Persendirian

mlpl/smjkpt Page 94 36. Walaupun secara amnya kegunaan gudang adalah sama, iaitu untuk menyetor barang, namun

kelainan sifat gudang telah membezakan gudang-gudang berkenaan. Apakah sifat gudang pekilang yang paling ketara, yang membezakannya dengan gudang peruncit?

A. Menyimpan keluaran atau produk kilang.

B. Disediakan rak yang teratur serta mempunyai sistem perekodan keluar masuk stok yang sistematik.

C. Terletak dekat dengan premisnya.

D. Menyimpan bahan mentah yang diperlukan untuk proses pengeluaran.

Soalan 37 dan 38 adalah berdasarkan maklumat pada rajah di bawah.

37. Pilih pernyataan yang tepat menggambarkan rajah di atas.

I Gudang M ialah gudang pengilang dan gudang N ialah gudang pemborong.

II Gudang K ialah gudang pemborong dan gudang L ialah gudang kerajaan.

III Gudang M ialah gudang berbon, gudang N ialah gudang berlesen dan gudang O ialah gudang kastam.

IV Gudang P,Q dan R ialah gudang penyetoran sejuk, gudang peruncit dan gudang pengilang.

A. I, II dan III sahaja C. I, III dan IV

B. II, III dan IV sahaja D. I, II, III dan IV

38. Sekiranya P ialah gudang penyetoran sejuk dan L adalah gudang kerajaan, adalah benar jika dikatakan bahawa

I. Semua gudang kerajaan adalah gudang penyetoran sejuk.

II. Semua gudang penyetoran sejuk adalah gudang kerajaan.

III. Gudang kerajaan dan gudang penyetoran sejuk adalah antara jenis gudang yang terdapat di negara kita.

IV. Ada di antara gudang kerajaan merupakan gudang penyetoran sejuk.

A. I dan III sahaja C. I dan II

B. II dan IV sahaja D. III dan IV

39. Kini gudang bayar dan bawa adalah antara tempat yang suka dilawati pelanggan untuk

membeli keperluan harian mereka. Apakah ciri yang dimiliki oleh gudang ini?

I. Adalah gudang pemborong.

II. Menyediakan perkhidmatan bayaran kredit dan pengangkutan.

III. Barang dijual dalam kuantiti yang besar.

IV. Pelanggan perlu membayar tunai dan menyediakan pengangkutan sendiri untuk membawa barang yang dibeli dari gudang ini.

A. I dan III sahaja C. I, II dan IV

B. II dan IV sahaja D. I, III dan IV

Jenis-jenis Gudang Gudang K Gudang L Gudang M Gudang P Gudang Q Gudang R N O

40. Pilih pernyataan yang menghuraikan gudang berbon dengan tepat.

A. Peniaga dikenakan deposit sebagai wang jaminan sekiranya mereka hendak menyimpan barang dalam gudang berbon.

B. Pihak kastam mengawal ketat gudang berbon dan kebenaran perlu diambil sebelum seseorang peniaga dibenarkan masuk.

C. Digunakan untuk menyimpan hasil keluaran tempatan yang menanti masa untuk diekspot.

D. Gudang ini didirikan oleh pihak kerajaan untuk membantu peniaga yang tidak memiliki gudang menyimpan stok mereka.

Pengukuhan Esei

1. (a) Takrifkan maksud pergudangan. ( 3markah )

(b) Salah satu daripada peranan gudang ialah menjamin aktiviti pengeluaran yang

berterusan. Apakah peranannya yang lain? ( 12markah )

(c) Tunjukkan dan jelaskan perbezaan antara gudang berbon dengan gudang-gudang lain. ( 10 markah )

2. (a) Gudang yang baik perlulah dapat memenuhi pelbagai keperluan; baik keperluan

pengguna gudang mahupun keperluan memenuhi sifat barang yang hendak disimpan. Jelaskan dengan memberikan contoh, tentang ciri gudang yang baik. ( 16 markah )

(b) Huraikan sumbangan pergudangan dalam menstabilkan harga. ( 9 markah ) 3. (a) Kerajaan akan memperolehi statistik yang lebih tepat dan jitu dengan adanya gudang

berbon. Huraikan kebenaran pernyataan ini. ( 5 markah)

(b) Gudang berbon memberikan bantuan yang agak sama kepada pengeluar dan peniaga. Huraikan persamaan ciri yang disumbangkan oleh gudang berbon kepada kedua-dua golongan ini. ( 12 markah )

(c) Bincangkan perbezaan antara gudang penyetoran sejuk dengan gudang peruncit. ( 8 markah )

4. (a) Tuliskan huraian ringkas mengenai ( i ) gudang berlesen

( ii ) gudang pemborong

( iii ) gudang kerajaan ( 15 markah )

(b) Mengapakah gudang begitu penting kepada seorang pemborong? ( 5 markah ) (c) Bagaimanakah pergudangan membantu perniagaan antarabangsa? ( 5 markah )

mlpl/smjkpt Page 96

Pengukuhan Kajian Kes

Baca kes di bawah dengan teliti.

Giffy mengimport pelekat atau gam industri untuk dibekalkan kepada kilang-kilang di Pulau Pinang. Biasanya bekalan beliau cukup dan dapat memenuhi permintaan pelanggannya. Namun begitu, sejak kebelakangan ini bekalan gam Giffy terputus dan menjejaskan proses pengeluaran kilang-kilang yang menjadi pelanggannya. Ada di antara kilang yang menuntut gantirugi daripada Giffy kerana kegagalannya membekalkan gam telah menjejaskan proses pengeluaran. Lantaran itu, Giffy mengalami masalah kewangan dan perlu mendapat pinjaman daripada bank.

Berdasarkan kes di atas, jawab soalan-soalan yang berikut:

1. Bagaimanakah pergudangan dapat membantu Giffy menyelesaikan masalah keputusan bekalan gam industrinya itu? ( 8 markah ) 2. Sekiranya cukai dikenakan ke atas gam industri yang diimport oleh Giffy, ini bermakna bahawa Giffy perlu menyediakan sejumlah wang untuk membayar cukai setelah barang importnya sampai. Namakan dan terangkan gudang yang dapat membantu Giffy menyelesaikan masalahnya. Huraikan dengan terperinci cara gudang tersebut dapat

membantu Giffy. ( 10 markah )

3. Sekiranya Giffy hendak mendapatkan pinjaman wang daripada pihak bank, dan memerlukan cagaran, bagaimanakah pergudangan dapat membantu dalam

soal ini? ( 7 markah )

Bab 6 - Promosi

Konsep Kilat

PROMOSI

Dalam dokumen Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot (Halaman 87-97)