Baca kes di bawah dengan teliti.
Mynn Wei ialah seorang peniaga entrepot muda yang kurang pengetahuan mengenai pemilihan pengangkutan yang sesuai untuk menghantar stoknya kepada pembelinya yang berada di merata tempat. Beliau terlibat dalam perniagaan ubat-ubatan, peralatan perubatan yang bersaiz kecil dan sederhana seperti kapas, sarung tangan, botol, dan lain-lain. Selain itu beliau juga mengimport perabot perubatan yang besar seperti katil khas, kerusi roda dan lain-lain, untuk dieksport semula ke negara pengimportnya.
Pelanggan-pelanggannya terdiri daripada pemborong peralatan perubatan, hospital, farmasi dan juga individu yang terlibat dalam bidang yang sama. Jangka masa yang diberikan oleh pelanggan -pelanggannya untuk menerima stok mereka juga berlainan. Ada yang memerlukan stok yang ditempah dengan cepat, khususnya hospital atau farmasi yang menempah ubat-ubatan. Sementara itu, para pemborong peralatan perubatan dan perabot khas, biasanya tidak menekankan faktor masa sebagai kriteria utama mereka.
Berdasarkan kes di atas, jawab soalan-soalan yang berikut:
1. Apakah faktor yang perlu dipertimbangkan oleh Mynn Wei sebelum membuat keputusan untuk memilih jenis pengangkutan yang sesuai. Huraian anda harus
dikaitkan dengan barang niagaan Mynn Wei. ( 7 markah ) 2. Dalam kejadian ribut Tsunami baru-baru ini, Mynn Wei telah menerima banyak
tempahan ubat, perlatan perubatan dan juga perabot khas perubatan untuk dihantar ke Banda Acheh di Indonesia, Thailand dan juga India. Kos pengangkutan bukanlah menjadi kriteria utama, yang pentingnya, kargo yang ditempah perlu sampai ke negara yang terlibat dengan segera. Apakah cara pengangkutan yang paling sesuai digunakan ? Huraikan
kelebihan-kelebihan memilih cara ini. ( 10 markah ) 3. Bincangkan peranan Lembaga Pelabuhan dan tugas-tugas yang
diamanahkan kepadanya. ( 8 markah )
Bab 4 - Komunikasi
Konsep Kilat
Televisyen & Radio Perkhidmatan Pos Mel Mel terus Surat Posdaftar Poskad r Poslaju Pos ekspres Paket kecil Aerogram Datapos Bahan bercetak Mel berinsurans Pos bungkusan Kad jawapan perniagaan Persuratan untuk orang buta Perkhidmatan jualan Perkhidmatan agensi Perkhidmatan pembayaran Kaunter Pusat khidmat pelanggan B.W.T Perkhidmatan frangki Perkhidmatan telegram Poste restante Peti surat persendirian / beg berkunci Perkhidmatan Lain Lisan Videofon Telefon Telestok Panggilan bebas tol Telefon bimbit Sidang audio Sidang video E-Mel Audio Visual Internet MAYPAC Panduan telefon Bercetak Telegram Teleks Telefaks Perkhidmatan Telekomunikasi Perkhidmatan Kurier Peranan Komunikasi Domestik AntarabangsaMelicin dan mempercepat aktiviti perdagangan Memperluas pasaran Menyebarkan maklumat Mengelakkan kerugian dan kerosakan Memudahkan kawalan dan pentadbiran perniagaan Memudahkan kegiatan promosi KOMUNIKASI Faktor pemilihan komunikasi Kos Jarak Jenis maklumat Kemudahan
mlpl/smjkpt Page 66
Revisi Kilat
4.1(a) Peranan Komunikasi
1. Komunikasi dapat melicinkan dan mempercepatkan aktiviti perdagangan dengan membolehkan segala maklumat mengenai produk, pelanggan, penjual dan pembekal disampaikan dengan segera.
2. Pasaran juga dapat diperluaskan kerana komunikasi yang sempurna membolehkan segala maklumat mengenai produk dapat disampaikan kepada pelanggan atau bakal pelanggan di seluruh dunia.
3. Penyebaran maklumat dan berita terkini membolehkan peniaga membuat perancangan, persediaan dan keputusan yang menguntungkan.
4. Maklumat penting yang dapat disampaikan dengan segera dapat mengelakkan
kerugian dan kerosakan aset. Nyawa juga dapat diselamatkan dengan adanya alat
komunikasi yang canggih dan moden.
5. Kawalan dan pentadbiran perniagaan adalah lebih lancar dan berkesan dengan adanya alat komunikasi yang baik.
6. Sistem komunikasi yang cekap memungkinkan promisi dijalankan dengan lancar kerana maklumat produk dapat sampai kepada sasarannya pada masa yang singkat.
4.1(b) Perkhidmatan Komunikasi Peranan Komunikasi Melicin dan mempercepat aktiviti perdagangan Memperluas pasaran Menyebarkan maklumat Mengelakkan kerugian dan kerosakan Memudahkan kawalan dan
pentadbiran perniagaan Memudahkan
kegiatan promosi
Perkhidmatan Komunikasi
Televisyen dan radio
i. Televisyen dan Radio
1. Televisyen dan radio merupakan perkhidmatan komunikasi yang penting untuk pihak
kerajaan menyampaikan berita, pengumuman dan maklumat kepada masyarakat.
2. Pihak swasta, khususnya peniaga biasanya melakukan promosi atau iklan melalui rangkaian televisyen dan radio untuk meluaskan pasaran.
ii. Perkhidmatan Pos
1. Perkhidmatan pos, yang dikendalikan oleh Pos Malaysia Berhad, menyediakan tiga jenis perkhidmatan, iaitu perkhidmatan mel, perkhidmatan kaunter dan
perkhidmatan lain.
2. Perkhidmatan Mel menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan penghantaran; seperti penghantaran surat, mel terus, poskad, posdaftar, pos ekspres, poslaju, aerogram, pos bungkusan, mel berinsurans, khidmat jawapan perniagaan, persuratan untuk orang buta, bahan bercetak, peket kecil, dan data pos.
3. Perkhidmatan kaunter pula menyediakan tiga kategori perkhidmatan, iaitu: a. Bahagian jualan mengendalikan penjualan setem, poskad, buku setem, sampul
surat berdaftar, aerogram, kupon jawapan antarabangsa, sampul surat hari pertama, buku poskad dan setem hasil.
b. Bahagian pembayaran membantu orang ramai membuat pembayaran tanpa melibatkan pengiriman wang tunai, iaitu melalui perkhidmatan wang pos
Malaysia, wang pos British dan perkhidmatan kiriman wang.
Perbezaan antara wang pos Malaysia, wang pos British dan kiriman wang
Wang pos Malaysia Wang pos British Kiriman wang
Untuk mengirim jumlah kecil di Malaysia.
Untuk mengirim jumlah
kecil ke negara Komenwel.
Untuk mengirim jumlah
wang yang banyak ke dalam dan luar negeri.
Murah untuk kiriman jumlah Murah untuk kiriman jumlah Mahal untuk kiriman jumlah
Perkhidmatan Pos Perkhidmatan Mel Perkhidmatan Lain Perkhidmatan Kaunter
mlpl/smjkpt Page 68
kecil kecil kecil
Mahal untuk kiriman jumlah besar
Mahal untuk kiriman jumlah besar
Murah untuk kiriman jumlah
besar
Nilai minima RM1.00 Nilai minima 10 Pence Tidak sesuai untuk kiriman
kurang daripada RM100.00
Nilai maksima RM100.00 Nilai maksima 10 Pound Nilai maksima RM10,000.00
Boleh beli terus dari kaunter pejabat pos
Dijual dalam matawang Malaysia mengikut kadar pertukaran Pound Sterling
Perlu mengisi borang sebelum membeli dari kaunter.
c. Selaku agensi, Pos Malaysia Berhad bertindak sebagai ejen kepada kerajaan, separuh kerajaan dan organisasi swasta.
Contoh perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pos Malaysia Berhad
Ejen kerajaan Ejen separuh kerajaan Ejen organisasi swasta
Bayar elaun kepada keluarga Angkatan Tentera Malaysia
Menerima simpanan daripada bakal haji
Menerima bayaran untuk bil syarikat telekomunikasi 4. Perkhidmatan lain yang ditawarkan oleh Pos Malaysia Berhad ialah perkhidmatan
peti surat, tiket serahan tingkap, khidmat beg berkunci, setem dan filateli, pos 2020, perkhidmatan mesin frangki, pos renti dan pusat khidmat pelanggan.
iii. Perkhidmatan Telekomunikasi
Perkhidmatan Telekomunikasi
Lisan Bercetak Audiovisual
Telefon
Panggilan tanpa tol Sidang audio Telefon bimbit Videofon Radio maritim Telestok Telegram Teleks Telefaks Panduan telefon Internet Sidang video E-mel MAYPAC
a. Perkhidmatan lisan
1. Telefon merupakan alat komunikasi yang paling berkesan kerana membolehkan dua pihak yang berada di dua tempat yang berlainan berkomunikasi; iaitu menerima atau menyampaikan maklumat.
2. Dalam sistem panggilan tanpa tol, pemanggil hanya membayar caj panggilan tempatan sahaja, bayaran selebihnya akan ditanggung oleh penerima panggilan itu.
3. Sidang audio merupakan panggilan yang membolehkan tiga pihak yang berada di tiga tempat yang berlainan berkomunikasi atau berbincang pada satu masa yang sama.
4. Telefon bimbit ialah sistem telefon tanpa talian yang mana setiap panggilan atau penerimaan di hantar melalui gelombang radio.
5. Perkhidmatan videofon melibatkan pemasangan talian sebuah telefon serta sebuah kamera yang kecil pada skrin yang membolehkan pelanggan yang menggunakannya melihat pihak yang berbual dengannya.
6. Radio maritim membolehkan panggilan dibuat dari darat dengan kapal di Lautan Atlantik, Lautan Pasifik dan Lautan Hindi.
7. Telekom Malaysia menyediakan perkhidmatan telestok untuk membolehkan pelabur mengetahui harga semasa saham di bursa saham.
b. Perkhidmatan bercetak
1. Telegram merupakan cara mengirim maklumat bertulis ringkas yang cepat. Perkhidmatan ini disediakan oleh Telekom.
2. Cara terpantas untuk mengirim maklumat bercetak adalah dengan menggunakan
teleks.
3. Perkhidmatan telefaks sangat berguna untuk melancarkan perniagaan, khususnya kepada pihak bank, syarikat perkapalan, firma guaman dan lain-lain kerana
gambar, lukisan, grafik dan dokumen dapat dikirim dan diterima secara elektronik dengan cepat.
4. Panduan telefon yang memberikan maklumat mengenai nombor telefon dan telefaks individu dan perniagaan, merupakan panduan dan rujukan yang sangat penting.
c. Perkhidmatan audio visual
1. Internet adalah cara komunikasi dan pemerolehan maklumat yang paling moden, cepat, efisien, dan murah. Selain, mengemukakan iklan, peniaga juga dapat memperoleh maklumat perniagaan yang penting.
2. Sidang video merupakan perkhidmatan telefon yang membolehkan pemanggil dan penerima yang berada di tempat yang berlainan, berkomunikasi di samping dapat melihat wajah masing-masing.
3. E-mel adalah satu cara menghantar mesej menerusi rangkaian komputer. 4. Malaysia Packed Switched Public Data Network (MAYPAC) membolehkan
penghantaran dan penerimaan data di antara terminal komputer di dalam dan di luar negara, yang digunakan untuk menempah tiket atau mengesahkan kad kredit.
mlpl/smjkpt Page 70
iv. Perkhidmatan kurier
1. Perkhidmatan kurier disediakan oleh syarikat kurier seperti DHL Worldwide, United Parcel Services (UPS) dan Poslaju Malaysia, menawarkan perkhidmatan penghantaran mel, bungkusan, dan dokumen dengan segera, di dalam dan di luar
negara.
2. Kelebihan perkhidmatan kurier adalah seperti berikut: a. Barang yang dihantar dapat sampai dengan cepat b. Keselamatan barang terjamin
c. Memudahkan kerja pengirim
d. Penyerahan terus ke destinasi penerima 3. Kekurangan perkhidmatan ini adalah:
a. Harganya mahal
b. Kegunaannya terhad pada tempat yang ada cawangan perkhidmatan kurier digunakan di tempat yang terdapatnya perkhidmatan syarikat kurier sahaja.
Faktor Pemilihan Jenis Komunikasi
1. Kos atau bayaran yang terlibat menjadi persoalan yang penting dipertimbangkan kerana perbelanjaan yang tinggi akan mengurangkan keuntungan.
2. Jarak atau jauhnya antara pihak penyampai maklumat dengan penerima maklumat adalah antara fakta yang akan menentukan kos yang terlibat.
3. Kesegeraan atau kecepatan sesuatu maklumat itu perlu sampai akan menentukan jenis saluran komunikasi yang akan menjadi pilihan.
4. Jenis maklumat, iaitu sama ada maklumat berbentuk lisan atau bercetak akan memerlukan saluran komunikasi yang berlainan.
5. Pengguna akan memilih jenis komunikasi yang ringkas dan yang mudah didapati, seperti telefon.