• Tidak ada hasil yang ditemukan

Soalan 10 dan 11 adalah berdasarkan petikan di bawah

Dalam dokumen Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot (Halaman 74-80)

Pengukuhan Konsep 1. Lengkapkan rajah di bawah:

Soalan 10 dan 11 adalah berdasarkan petikan di bawah

8. Pilih pernyataan yang tepat menerangkan maksud komunikasi.

A. Penyampaian berita atau maklumat secara bercetak melalui akhbar dan majalah.

B. Proses pemesanan barang yang dilakukan dengan terdapatnya bukti bercetak seperti yang dihantar melalui mel ataupun maklumat yang dihantar dengan mesin faksimili.

C. Pengumuman dan penyiaran maklumat dan berita melalui rangkaian radio dan televisyen.

D. Proses penyampaian berita atau maklumat mengenai sesuatu yang berlaku antara dua pihak.

9. Bagaimanakah komunikasi dapat membantu seorang peniaga menguruskan perniagaannya dengan lancar?

I Penerimaan berita yang cepat mengenai bencana alam yang akan berlaku dapat menyelamatkan beribu-ribu nyawa.

II Penyampaian maklumat yang cepat dan tepat akan membantu peniaga

menguasai pasaran.

III Masa dan perbelanjaan dapat dijimatkan apabila kuliah yang dijalankan oleh seorang pensyarah dapat dipancarkan kepada beberapa kumpulan siswa-siswi yang berada di tempat yang berlainan.

IV Penerimaan maklumat pasaran dapat membantu peniaga mengambil

langkah berjaga-jaga untuk meminimakan kerugian.

A. I dan III sahaja C. II, III, dan IV sahaja

B. II dan IV sahaja D. I, II, III dan IV

Soalan 10 dan 11 adalah berdasarkan petikan di bawah.

10. Perhatikan pernyataan di bawah dan pilih sumbangan saluran komunikasi kepada Syarikat Fast-Max Berhad.

I Memperkenal nama syarikat serta memperluaskan pasarannya.

II Memudahkan pengawalan cawangan-cawangannya melalui sistem

III Sistem komunikasi yang tepat dan cepat dapat menjamin keuntungan maksima syarikat Fast-Max.

Syarikat Fast-Max Berhad terlibat dalam pengilangan dan penjualan peralatan kecil yang diperlukan oleh kilang perindustrian. Pengarah urusannya, Mynn mentadbir perniagaan dengan bantuan alat komunikasi yang semakin moden. Mynn telah mencipta laman web syarikat yang dimuatkan ke dalam internet. Ini telah meluaskan pasaran produk mereka. Pentadbiran

perniagaan dan urusan kewangan syarikat juga dipermudahkan dengan bantuan perkhidmatan komunikasi yang semakin maju dan moden.

IV Konferens dapat dibuat antara pengurus – pengurus kilang dengan pihak Fast-Max melalui sidang audio.

A. I dan III sahaja C. I, II, dan IV sahaja

B. I, II dan III sahaja D. I, II, III dan IV

11. Dengan mengambil kesempatan daripada kemudahan saluran komunikasi, pentadbir Syarikat Fast-Max akan dapat menjalankan urusan perbankan tanpa perlu pergi ke bank. Apakah kelebihan menjalankan urusan perbankan secara begini?

I Tidak perlu membayar pembekal mereka kerana pihak bank akan

menanggung semua pemiutang syarikat.

II Dapat menyemak maklumat kewangan syarikat serta mengesahkan

pembayaran yang diterima daripada penghutang dengan serta merta melalui komputer.

III Boleh melakukan pemindahan ke dalam akaun pemiutang dengan cepat dalam talian komputer.

IV Dapat mengesahkan status kad kredit dan keadaan kewangan pelanggan sebelum membenarkan mereka membayar dengan cara pembayaran tertentu.

A. I dan IV sahaja C. I, II, dan IV sahaja

B. II, III dan IV sahaja D. I, II, III dan IV

12. Wei yang menempah buku kegemarannya melalui internet, dapat membuat bayaran segera kepada pembekal buku berkenaan.

Apakah peranan komunikasi dalam konteks ini? A. Menyebarkan maklumat

B. Mewujudkan sistem perbankan yang baik C. Mengelakkan kerugian

D. Melicin dan mempercepatkan aktiviti perdagangan

13. Bagaimanakah komunikasi dapat disamakan dengan pengangkutan dalam dunia perniagaan?

A. Membolehkan peniaga menghubungi pelanggan tanpa perlu berganjak dari pejabatnya.

B. Membolehkan produk diagihkan kepada pengguna tepat pada masa yang diperlukan untuk mengawal harga pasaran.

C. Merupakan bantuan perniagaan yang amat penting untuk memajukan dan mengembangkan perniagaan.

D. Amat penting untuk memajukan sistem barter.

14. Mario, seorang penerbit rancangan pengiklanan, telah menerbitkan pelbagai adengan pendek untuk peniaga-peniaga yang ingin mengiklankan produk mereka melalui siaran radio dan televisyen. Mario telah menggunakan rangkaian komunikasi untuk

A. Melicinkan aktiviti perdagangan B. Memudahkan kegiatan promosi C. Mengelakan kerugian dan kerosakan D. Mengawal pentadbiran dan pengurusan

mlpl/smjkpt Page 76 15. Perhatikan pernyataan berikut. Pilih situasi yang menunjukkan alat komunikasi

digunakan untuk melicinkan dan mempercepatkan aktiviti perdagangan.

I Menghantar spesifikasi dan lukisan yang tepat melalui e-mel kepada pembekal untuk menempah skru industri yang diperlukan oleh kilang. II Mengirim kad untuk mengucapkan selamat hari jadi kepada kakak yang

berada di London.

III Encik Basram memindahkan wang ke dalam akaun anaknya dengan

menggunakan talian komputer atau internet banking.

IV Menyemak kekosongan tempat duduk dalam kapal terbang melalui sistem MAYPAC semasa pelanggan menempah tiket di kaunter.

A. I dan III sahaja C. I dan IV sahaja

B. II dan III sahaja D. I, II, III dan IV

16. Biing yang baru balik dari pengajian di luar negara, mengemukakan cadangan kepada ayahnya untuk meluaskan pasaran bagi produk yang dikilangkan oleh mereka.

Bagaimanakah komunikasi dapat menolong Biing mencapai hasratnya?

I Mencipta laman web untuk mengiklankan produk.

II Mengiklankan dalam media seperti radio, televisyen dan akhbar untuk memperkenalkan produk.

III Mendapatkan perkhidmatan data pos untuk mengirim katalog kepada bakal

pelanggan.

IV Mendapatkan mesin frangki untuk mempercepatkan kerja penghantaran

surat kepada pelanggan.

A. I dan III sahaja C. II, III, dan IV sahaja

B. II dan III sahaja D. I, II, III dan IV

17. Pilih pernyataan yang menunjukkan bahawa komunikasi adalah penting untuk mengelakkan kerugian dan kerosakan.

I Mengambil tindakan menjual saham setelah mendapat berita mengenai

kejatuhan harga saham di negara lain.

II Dengan adanya jalan yang baik, dapatlah ambulans itu masuk ke kawasan pedalaman itu untuk menyelamatkan mangsa.

III Saluran paip yang mengeluarkan pancutan air yang kuat itu telah memadamkan api yang sedang marak dan menyelamatkan beberapa buah kedai daripada turut terbakar.

IV Sebaik sahaja menerima berita menerusi radio maritim mengenai

kemungkinan berlakunya laut bergelora, kapten kapal tangki itu telah mengambil haluan lain.

A. I dan IV sahaja C. I, II, dan IV sahaja

B. II dan III sahaja D. I, II, III dan IV

4.1(b) Perkhidmatan Komunikasi

18. Eng Choon telah menerima kiriman wang yang telah dipalang. Di manakah Eng Choon boleh menunaikan kiriman wang itu?

A. Bank Negara Malaysia B. Pejabat Pos Besar

C. Mana-mana cawangan pejabat pos di seluruh negara D. Akaunnya di mana-mana bank di seluruh negara

19. Mengapakah pelanggan-pelanggan syarikat kurier sanggup membayar kos yang tinggi untuk menghantar dokumen dengan menggunakan perkhidmatan kurier?

I Syarikat kurier memiliki kapal terbang dan dapat menghantar ke mana-mana destinasi yang dikehendaki oleh pengirim.

II Jaminan dokumen akan selamat sampai.

III Syarikat kurier dapat menyampaikan dokumen kepada penerima pada masa

yang lebih singkat berbanding dengan pos biasa.

IV Pelanggan tidak perlu risau tentang cara penghantaran kerana samuanya akan diuruskan oleh syarikat kurier.

A. I dan III sahaja C. II, III, dan IV sahaja

B. II dan III sahaja D. I, II, III dan IV

20. Penghantaran maklumat dengan menggunakan telegram telah semakin berkurangan. Mengapakah keadaan ini berlaku?

I Pos Malaysia telah meningkatkan caj ke atas penghantaran telegram.

II Kemajuan dalam sistem pengangkutan di negara ini.

III Kos menghantar maklumat dengan alat komunikasi lain adalah lebih murah.

IV Kemajuan teknologi telah mencipta alat lain yang lebih berkesan.

A. I dan II sahaja C. III dan IV sahaja

B. II dan III sahaja D. I dan IV

21. Mynn, seorang peguam, ingin mendapat pengesahan bahawa dokumen yang dihantar telah diterima oleh pelanggannya. Apakah perkhidmatan yang paling sesuai

digunakan?

A. Mel berinsurans B. Mel berdaftar C. Pos ekspres

D. Surat berdaftar A.R.

22. Apakah jenis perkhidmatan komunikasi yang membolehkan tetamu mereka di Amerika melihat majlis perkhawinan Zher dan isterinya serta berhunung secara langsung dengan mereka di Pulau Pinang?

A. Sidang video B. MAYPAC C. Internet D. Sidang audio

Zher dan bakal isterinya yang akan mengadakan majlis perkahwinan mereka secara besar-besaran di Pulau Pinang, telah juga menempah tempat di sebuah hotel di Amerika untuk menjamu rakan setugas mereka di sana.

mlpl/smjkpt Page 78 23. Perhatikan petikan di bawah.

Apakah jenis alat komunikasi yang paling sesuai untuk digunakan? A. Telefon frekuensi tinggi

B. Radio maritim C. MAYPAC

D. Telefon mudah alih 24. Perhatikan ciri-ciri di bawah.

Apakah perkhidmatan komunikasi yang memiliki ciri di atas? A. Perkhidmatan teleks

B. Mesin frangki C. Perkhidnatan kurier D. MAYPAC

25. Perhatikan petikan di bawah.

Jason menjalankan perniagaan pesanan mel yang menjual alat tulis, keperluan harian pelajar dan lain-lain. Pelanggan sasaran beliau adalah remaja belasan tahun ataupun murid sekolah menengah. Untuk menghantar katalog kepada pelanggan dan bakal pelanggannya, Jason memerlukan perkhidmatan pencetakan, penyelitan, penampalan alamat serta pengeposan.

Berdasarkan keperluan Jason di atas, apakah jenis perkhidmatan yang paling sesuai untuk membolehkan beliau menghantar katalog kepada pelanggan sasarannya?

A. Setem dan filateli B. Perkhidmatan data pos C. Pos renti

D. Pusat Khidmat Pelanggan

Setelah mendapat berita mengenai ombak Tsunami yang melanda beberapa kawasan di Asia, Puan Naqirah berasa amat risau dan ingin menghubungi suaminya yang sedang belayar di Lautan Pasifik.

 Merupakan perkhidmatan direktori berkomputer.

 Menerima dan menghantar data antara terminal komputer di dalam dan di luar negara.

 Digunakan oleh bank, hotel dan syarikat broker saham.  Bayaran adalah berdasarkan bilangan panggilan.

26.

Apakah jenis perkhidmatan yang dapat membantu pekerja Syarikat Fast-Max mempercepatkan kerja penampalan setem pada sampul surat yang hendak dihantar kepada pelanggan-pelanggannya?

A. Perkhidmatan pos 2020 B. Mesin frangki

C. Khidmat beg berkunci D. Khidmat jawapan perniagaan

27. Pos Malaysia Berhad menjalankan tugas agensi untuk pihak yang berikut.

I Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

II Astro

III Lembaga Tabung Haji

IV Jabatan Pengangkutan Jalan

A. I dan III sahaja C. II, III, dan IV sahaja

B. I, II, dan IV sahaja D. I, II, III dan IV

28. Antara yang berikut, yang manakah merupakan perkhidmatan komunikasi secara audiovisual?

I Telestok

II Internet

III Sidang Video

IV Sidang Audio

A. I dan III sahaja C. II, III, dan IV sahaja

B. II dan III sahaja D. I, II, III dan IV

29. Pilih pernyataan yang menerangkan ciri panggilan antarabangsa terus dail.

I Pemanggil mendail kod laluan, yang diikuti oleh kod negara dan kod kawasan sebelum mendail nombor telefon yang ingin dihubungi.

II Perkhidmatan operator diperlukan untuk menyambungkan pemanggil

dengan penerima.

III Pemanggil boleh membuat panggilan terus ke negara lain.

IV Membolehkan tiga atau lebih pihak yang berada di berlainan tempat berkomunikasi pada satu masa yang sama.

A. I dan III sahaja C. II, III, dan IV sahaja

B. II dan IV sahaja D. I, II, III dan IV

Syarikat Fast-Max menjual peralatan kecil kepada kilang-kilang di Zon Perindustrian Bebas. Syarikat ini mempunyai ramai pelanggan dan pada hujung setiap bulan, syarikat ini perlu menghantar penyata akaun kepada para pelanggannya.

mlpl/smjkpt Page 80 30. Perhatikan ciri-ciri di bawah.

Apakah perkhidmatan komunikasi yang menepati ciri-ciri di atas? A. Pos 2020

B. Perkhidmatan kurier C. Data Pos

D. Mel berinsurans

31. Syarikat Andarmanjaya Berhad yang hendak mengambil pekerja baru dalam syarikatnya, telah mengiklankan kekosongan jawatan dalam akhbar tempatan. Apakah perkhidmatan yang disediakan oleh pejabat pos yang dapat membantu syarikat ini mengumpul surat permohonan yang akan dikirimkan?

A. Filateli B. Frangki C. Pos renti D. Peti surat

32. Ka Wei hendak mengirim wang RM50.00 kepada rakannya di London yang telah menolongnya membeli sebuah buku cerita. Apakah jenis perkhidmatan kiriman wang yang sesuai digunakan?

A. Pengiriman cek B. Wang Pos British C. Wang Pos Malaysia

D. Perkhidmatan Kiriman Wang

Dalam dokumen Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot (Halaman 74-80)