Modul
Perdagangan
Tingkatan 5
Edisi 2012
oleh Pn. Maggie Low
SMJK Phor Tay
mlpl/smjkpt Page 1
Bab 1 – Perbankan dan Institusi Kewangan
Konsep Kilat
PERBANKAN DAN INSTITUSI KEWANGAN LAIN Konvensional Islam Sistem Perbankan Jenis Bank Bank Pusat Bank Perdagangan Bank Islam Bank Saudagar Bank Koperasi Bank Badan Berkanun Bank Pembangunan & Infrastruktur Bank Simpanan Nasional Bank Pertanian Institusi Kewangan Lain Syarikat Kewangan Syarikat Pemfaktoran Syarikat Pajakan Syarikat Jaminan Kredit Malaysia Cek
Jenis Cek Dan Penggunaan Faedah Cek Lain Cek terbuka Cek berpalang Mudah Selamat Kepelbagaian Bukti bayaran Cek bertarikh hadapan Cek mati Cek dalaman Cek kosong Perkhidmatan Bank Perdagangan Perkhidmatan Lain Pembiayaan Pembayaran Simpanan Akaun Simpanan Akaun Semasa Akaun Simpanan Tetap Arahan tetap Pindahan kredit Pindahan Draf bank Cek jurubank Pinjaman Overdraf Kad kredit Peti simpan selamat Perbankan elektronik Tukaran mata wang Cek kembara Jaminan jurubank
Revisi Kilat
1.1 Sistem Perbankan
1. Sistem perbankan merujuk kepada pelbagai jenis aktiviti kewangan yang dijalankan oleh bank dan institusi kewangan.
Sistem Perbankan Konvensional
1. Sistem perbankan tertua di dunia ini beroperasi berasaskan kapitalisme serta menegaskan kebebasan menguruskan wang.
2. Keuntungan, yang menjadi motif utama sistem ini, didapati melalui pelaburan. 3. Perbezaan antara faedah yang diperolehi dan faedah yang dicajkan juga
menghasilkan keuntungan. Sistem Perbankan Islam
1. Perbankan Islam ditadbir berlandaskan lunas syariah.
2. Operasinya tidak mengandungi unsur gharar (ketidakpastian), maisir (judi) dan riba (bunga).
1.2 Jenis-Jenis Bank
Bank Pusat
1. Tugas utama bank pusat ialah mengawas dan mengawal perlaksanaan dasar dan
peraturan perbankan dan kewangan sesebuah negara. 2. Selain itu, bank pusat menjalankan fungsi berikut:
a. Mengeluar dan mengawal mata wang negara
Sistem Perbankan Konvensional Islam Jenis Bank Bank Pusat Bank Perdagangan Bank Saudagar Bank Badan Berkan un Bank Koperasi
mlpl/smjkpt Page 3
b. Menjadi jurubank dan penasihat kewangan kepada kerajaan
c. Melaksanakan dasar kewangan kerajaan
d. Menjadi jurubank kepada semua bank perdagangan
Bank Perdagangan
2. Bank perdagangan ialah institusi kewangan yang dimiliki dan diuruskan sepenuhnya oleh pihak swasta.
3. Bank perdagangan boleh diuruskan secara konvensional ataupun secara Islam. 4. Bank Islam menjalankan aktiviti berlandaskan syariah Islam tetapi fungsinya adalah
sama dengan bank perdagangan yang lain.
5. Konsep kongsi untung digunakan untuk menggantikan konsep faedah atau bunga
dalam sistem perbankan .
6. Perkhidmatan yang ditawarkan adalah seperti berikut:
a. Menerima simpanan
b. Kemudahan pembayaran
c. Memberikan pembiayaan
d. Perkhidmatan lain
7. Terdapat dua jenis milikan bank perdagangan, iaitu: a. Milikan tempatan
b. Milikan asing
8. Antara bank perdagangan yang terdapat di Negara kita termasuklah Bank Bumiputra-Commerce Berhad (milikan tempatan), Citibank Berhad (milikan asing) dan Bank Islam Malaysia Berhad (bank Islam).
Bank Saudagar
1. Bank ini memberikan perkhidmatan perbankan dan kewangan kepada badan-badan
berkanun dan institusi perniagaan yang besar sahaja.
2. Arab-Malaysian Merchant Bank Berhad dan Commerce International Merchant Bankers Berhad adalah antara contoh bank saudagar.
3. Bank ini menawarkan perkhidmatan:
a. Menerima simpanan
b. Memberikan pinjaman
c. Memberi khidmat nasihat kepada syarikat
d. Menguruskan pelaburan
e. Menjamin terbitan syer Bank Badan Berkanun
1. Bank jenis ini ditubuhkan oleh kerajaan.
2. Tujuannya ialah membantu sektor penting dalam negara seperti sektor pertanian, perikanan, pembangunan dan penternakan.
3. Antara bank jenis ini ialah:
Contoh bank badan berkanun
Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia
Bank Pertanian Malaysia Bank Simpanan Nasional Perkhidmatan
yang disediakan
Pembiayaan aset tetap
Pembiayaan modal kerja Pinjaman/Pembiayaan - Pembiayaan pusingan - Pembiayaan dagangan Simpanan Pembiayaan Kad kredit
Skim Kilang Bimbingan
Tabung Usahawan Baru
Skim Modal Asas untuk Industri Kecil dam Sederhana (IKS) - Dana Khas Simpanan Perkhidmatan bank Islam Tujuan Menggalakkan penyertaan bumiputera dalam bidang industri dan perniagaan
Membangun dan memodenkan sektor pertanian
Menggalakkan tabiat berjimat cermat dan menabung
Bank Koperasi
1. Operasi bank ini mematuhi prinsip koperasi.
2. Bank ini tidak menjalankan tugas bank dengan sepenuhnya. Pengendalian akaun
semasa, mendiskaunkan bil dan pertukaran mata wang asing tidak dibenarkan. 3. Perkhidmatan ditawarkan kepada ahlinya sahaja.
1.3 Perkhidmatan Bank Perdagangan
Menerima Simpanan
Jenis Simpanan Huraian
Akaun Simpanan Biasa Penyimpan boleh menyimpan jumlah kecil.
Bebas memasukkan dan mengeluarkan wang pada
bila-bila sahaja.
Faedah adalah tidak tinggi.
Akaun Simpanan Tetap Penyimpan menyimpan jumlah yang tertentu untuk
tempoh yang dipersetujui.
Hanya boleh mengeluarkan wang pada tempoh matang.
Faedah adalah tinggi.
Akaun Semasa Pemegang akaun memerlukan seorang perujuk untuk
membuka akaun.
Penyimpan boleh mengeluarkan cek.
Tiada faedah yang diberikan kepada penyimpan.
Kemudahan Pembayaran
Jenis Perkhidmatan Huraian
Arahan Tetap Arahan diberikan oleh pemegang akaun kepada pihak
bank untuk membayar pemiutangnya secara berterusan
Perkhidmatan Bank Perdagangan
Menerima Simpanan
Kemudahan Pembayaran
Memberi Pembiayaan
mlpl/smjkpt Page 5
pada tarikh-tarikh tertentu dan dalam jumlah yang ditetapkan.
Contoh: membayar premium insurans, sewa dan ansuran.
Pindahan Kredit Pelanggan membayar dengan menggunakan sekeping cek
sahaja dan pihak bank akan membayar terus ke dalam akaun penerima.
Contoh : membayar gaji kaki tangan, bil elektrik.
Pindahan Elektronik Akaun penerima dapat dikreditkan serta-merta dengan
jumlah pembayaran yang diarahkan.
Pindahan Mel Merupakan perintah bertulis yang dihantar oleh bank
kepada cawangannya untuk membuat pembayaran.
Contoh: Pindahan mel biasa dan pindahan mel udara
Pindahan Telegraf Pihak bank menghantar telegraf kepada cawangannya
untuk mengarahkan pindahan.
Draf Bank Merupakan sejenis cek yang dikeluarkan oleh bank
kepada pelanggannya yang hendak membuat bayaran dengan menggunakan cek.
Cek Jurubank Dikeluarkan atas permintaan pelanggan bank yang hendak
membuat bayaran kepada penerima yang berada di tempat yang sama dengannya.
Memberi Pembiayaan
Jenis Pembiayaan Huraian
Pinjaman Bercagar Peminjam perlu mencagarkan hartanya yang mempunyai
nilai yang lebih tinggi daripada jumlah pinjamannya.
Contoh : Pinjaman perumahan
Pinjaman Tidak Bercagar Cagaran tidak diperlukan tetapi peminjam perlu dijamin
oleh beberapa orang penjamin
Contoh : Pinjaman persendirian dan pinjaman pendidikan
Overdraf Diberikan kepada pemegang akaun semasa.
Membolehkan pemegang akaun semasa mengeluarkan
cek melebihi amaun yang ada dalam akaunnya. Perkhidmatan Lain
Jenis perkhidmatan Huraian
Kad Kredit Sekeping kad yang membolehkan pemiliknya membuat
pembelian barang atau perkhidmatan tanpa menggunakan wang tunai.
Pemilik membayar pada akhir bulan setelah menerima
penyata atau bil.
Peti Simpan Selamat Merupakan peti keluli yang disimpan di bilik kebal bank.
Pelanggan perlu menyewanya untuk menyimpan barang
berharga ataupun dokumen penting mereka. Perbankan Elektronik
(e-banking)
Pelanggan boleh melakukan urusan 24 jam dalam
Contoh : Mesin ATM, Mesin deposit cek dan lain-lain.
Tukaran Mata Wang Menukarkan mata wang asing ke mata wang tempatan
dan sebaliknya, mengikut kadar pertukaran semasa.
Cek Kembara Dibeli dalam mata wang asing tetapi dibayar dalam mata
wang tempatan.
Sesuai, mudah dan selamat digunakan oleh pengembara
ke luar negara.
Jaminan Juru Bank Bank menjamin pelanggannya terhadap bayaran yang
dikenakan, seperti barang bercukai yang belum dibayar cukainya kepada pihak kastam.
Perbankan Islam Aktiviti perbankan adalah sama dengan bank
konvensional yang lain tetapi dijalankan atas landas prinsip syariah.
Sistem perbankan ini melarang ciri Gharar (ketidak
pastian), Maisir (perjudian) dan Riba (bunga atau faedah)
Menggalakkan perkongsian untung.
Menawarkan produk simpanan, pelaburan dan
pembiayaan.
1.4 Cek
1. Cek merupakan arahan bertulis kepada jurubank untuk membayar.
2. Tiga pihak yang penting dalam cek:
a. Pesuruh bayar - Bank yang membayar nilai wang untuk cek berkenaan b. Penerima - Nama orang atau syarikat yang tertulis atas cek c. Penyuruh bayar - Orang yang mengeluarkan cek
3. Cek dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu cek terbuka dan cek berpalang.
Cek Terbuka Cek Berpalang
Tidak perlu dimasukkan ke dalam akaun
bank.
Perlu dimasukkan ke dalam akaun bank.
Cek
Terbuka Berpalang
mlpl/smjkpt Page 7 Tidak selamat kerana boleh ditunaikan di
kaunter bank.
Adalah selamat kerana tidak boleh ditunaikan di kaunter bank.
Cek Pembawa Cek Perintah Palang Am Palang Khas
Sesiapa sahaja boleh menunaikan cek di kaunter.
Hanya nama yang tertulis pada cek yang boleh menunaikan cek.
Tidak dinyatakan dengan spesifik nama bank yang perlu dimasukkan cek.
Menyatakan dengan spesifik nama bank dan cawangannya.
Tanda tangan tidak diperlukan di belakang semasa menunaikan cek.
Tanda tangan diperlukan di belakang sebelum dibenarkan menunaikan cek
Adalah lebih mudah secara bandingan dengan menerima cek palang khas.
Dianggap tidak fleksibel dan menyusah -kan sekiranya tiada akaun di bank tersebut.
Biro Kredit
1. Ditubuhkan oleh Bank Negara dengan menggabungkan Biro Maklumat Cek dengan
Biro Kredit untuk mengatasi masalah cek tak layan.
2. Diberikan tugas mengumpul dam menyebar maklumat kredit (termasuk maklumat
cek tak layan) kepada bank dan institusi kewangan yang lain.
3. Bertujuan menghapuskan rasa was-was masyarakat terhadap penggunaan cek.
4. Berfungsi untuk mencegah atau menghalang penipuan dengan mengenakan dendaan
kepada pemegang akaun semasa yang tidak jujur. 1.5 Institusi Kewangan Lain
1. Selain bank, institusi kewangan yang memberikan perkhidmatan perbankan, menjadi semakin penting dan popular dalam dunia perniagaan.
Institusi Kewangan Tugas Sumbangan Contoh
Syarikat Kewangan Menerima simpanan Pembiayaan Sewa Beli Perkhidmatan lain Berfungsi seperti bank yang membantu hal kewangan peniaga. Eon Finance Arab Malaysian Finance Bhd. Mayban Finance
Syarikat Pemfaktoran Membeli invois daripada pelanggan dan mengutip bayaran daripada pembeli
Wang peniaga tidak terikat dengan hutang pembeli-pembelinya.
PB International Factors Sdn. Bhd.
Public Leasing and Factoring Sdn.Bhd.
Syarikat Pajakan Menawarkan kaedah pembiayaan dengan membeli peralatan mahal yang diperlukan dan membenarkan pelanggannya membayar ansuran. Peniaga berkesempatan menggunakan peralatan mahal untuk memajukan perniagaan dengan membayar ansuran bulanan sahaja. Syarikat Jaminan Kredit Malaysia Menjamin pinjaman yang dipohon oleh peniaga. Memberikan khidmat nasihat kepada peniaga yang dijaminnya. Memberi peluang kepada syarikat untuk maju. Membolehkan perkembangan ekonomi dan kenaikan taraf hidup rakyat
Pengukuhan Konsep
1. ( a ) Isikan tempat kosong dengan jawapan yang tepat.
( b ) Senaraikan empat perkhidmatan lain yang ditawarkan oleh bank perdagangan.
i. _______________________________
ii. _______________________________
iii. _______________________________
iv. _______________________________
2. Isikan ketinggalan dalam jadual di bawah.
Berbezaan antara Sistem Perbankan Konvensional dan Sistem Perbankan Islam
Perbankan Konvensional Aspek
Perbezaan Perbankan Islam Dasar Perniagaan Mengamalkan konsep perkongsian untung
Akta Perbankan dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA)
Bebas melabur dalam semua
jenis pelaburan yang menjanjikan keuntungan asalkan tidak bertentangan dengan undang-undang.
Penasihat
Kewangan
3. Senaraikan empat institusi kewangan yang lain selain bank.
i. ________________________________
ii. ________________________________
iii. ________________________________
iv. ________________________________
Perkhidmatan Bank Perdagangan
mlpl/smjkpt Page 9
4.(a) Isikan ketinggalan dalam rajah di bawah
(b) Nyatakan tiga kelebihan menggunakan cek.
i. __________________________________
ii. __________________________________
iii. __________________________________
(c) Penuhkan kekosongan pada jadual di bawah.
Jenis Cek Huraian
Cek Bertanda
Cek yang tarikh pembayarannya ditundakan.
Cek yang melepasi tempoh pembayarannya.
Cek kosong
(d) Tuliskan enam sebab cek menjadi tidak layan.
i. ______________________________________________________ ii. ______________________________________________________ iii. ______________________________________________________ iv. ______________________________________________________ v. ______________________________________________________ vi. ______________________________________________________ Cek Pembawa Palang Am
Pengukuhan Objektif
Arahan: Setiap soalan di bawah disediakan empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan yang terbaik sahaja.
1.1 Sistem Perbankan
1. Pilih huraian yang tepat menggambarkan sistem perbankan.
A. Pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh bank untuk kemudahan orang ramai. B. Pelbagai aktiviti kewangan yang dijalankan oleh bank dan institusi
kewangan yang lain.
C. Aktiviti simpanan dan pembiayaan yang disediakan oleh bank untuk kemudahan peniaga.
D. Operasi perbankan yang tidak melibatkan unsur gharar, maisir dan riba.
2. Pilih pernyataan yang menunjukkan perbezaan antara sistem perbankan konvensional dan sistem perbankan Islam yang tepat.
I Perbankan konvensional dikawal oleh Akta Bank Negara sementara
perbankan Islam beroperasi berlandaskan Akta Perbankan Islam.
II Penasihat perbankan konvensional terdiri daripada pakar ekonomi sementara penasihat perbankan Islam adalah para ulama.
III Dasar bank konvensional berlandaskan pemberian faedah tetapi bank Islam mengikut prinsip syariah.
IV Bank konvensional melabur dalam semua sektor tetapi bank Islam bebas daripada unsur yang meragukan.
A. I, II dan III sahaja C. I, III dan IV sahaja
B. I, II, dan IV sahaja D. II, III dan IV sahaja
3. Apakah persamaan antara perbankan konvensional dan perbankan Islam?
I Melakukan pelaburan untuk mencari keuntungan.
II Bebas melakukan pelaburan, asalkan tidak melanggar undang-undang.
III Pembahagian keuntungan diberikan antara pelabur dan penyimpan.
IV Antara produk kedua-dua jenis sistem ini ialah menerima simpanan, membuat
pembayaran dan memberi pembiayaan.
A. II dan III sahaja C. I, III dan IV sahaja
B. I dan IV sahaja D. II, III dan IV sahaja
4. Pilih pernyataan yang benar sahaja.
I Produk-produk sistem perbankan Islam ditawarkan kepada semua golongan masyarakat tanpa mengira kaum, agama dan bangsa.
II Perbankan Islam berpegang pada prinsip tiada unsur gharar, maisir dan riba.
III Sebagai pengurus besar Bank Muamalat, Sally bebas melakukan pelaburan di
mana-mana sektor untuk mencari keuntungan bagi banknya.
IV Perbankan konvensional memberikan tumpuan pada ciri faedah, pelaburan dan keuntungan.
A. I dan III sahaja C. I, III dan IV sahaja
mlpl/smjkpt Page 11
1.2 Jenis-jenis Bank
5. Pilih pernyataan yang tepat menunjukkan perbezaan antara bank pusat dan bank perdagangan.
Bank Pusat Bank Perdagangan
I. Dimiliki oleh kerajaan. Dimiliki oleh sektor swasta.
II. Adalah jurubank kepada kerajaan. Adalah jurubank kepada orang ramai. III. Bertujuan mendapat keuntungan
yang minima.
Bertujuan memberi kemudahan kepada orang ramai.
IV. Berkuasa mutlak mengeluar dan mengedar mata wang negara.
Berurusan dalam mata wang negara dan juga mata wang asing.
A. I dan III sahaja C. I, II dan IV sahaja
B. II dan IV sahaja D. I, II, III dan IV
6. Fast-max Sdn Bhd, pemilik kilang pembuat skru, ingin mengambil alih Syarikat Maxim Berhad, sebuah kilang besi dan keluli.
Apakah bank yang dapat membantu Fast-max mengambil alih Syarikat Maxim Berhad?
A. Bank koperasi B. Bank saudagar C. Bank perdagangan D. Bank badan berkanun
7. Di antara yang berikut, bank manakah yang dikelaskan sebagai bank koperasi? A. Malayan Banking Berhad
B. Bank Bumiputera Commerce
C. Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia D. Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad 8. Apakah bank yang menepati ciri-ciri di bawah?
Bertujuan melindungi kepentingan dan memberi faedah kepada ahli-ahlinya.
Tidak menjalankan fungsi penuh bank.
Tidak mengendalikan akaun semasa dan pasaran pertukaran mata wang
asing.
A. Bank badan berkanun B. Bank koperasi
C. Bank saudagar D. Bank Islam
Soalan 9 dan 10 adalah berdasarkan petikan di bawah.
9. Apakah bank yang dapat membantu Solehuddin untuk mencapai hajatnya menceburi
sektor industri kecil dan sederhana? A. Bank Islam
B. Bank koperasi C. Bank saudagar
D. Bank pembangunan dan infrastruktur
10.Selain dapat membantu Solehuddin menyelesaikan masalah modalnya, bank ini juga telah merangkakan pelbagai skim dan projek untuk meggalakkan penyertaan
bumiputera dalam bidang industri dan perniagaan.
Apakah skim dan projek yang telah dirangkakan oleh bank ini untuk membantu bakal usahawan bumiputera?
I Skim modal asas untuk IKS
II Skim pembiayaan modal kerja
III Skim kilang bimbingan
IV Skim mencari bakal pembeli untuk pengusaha IKS
A. I dan II sahaja. C. II, III dan IV sahaja
B. I, II dan III sahaja D. I, II, III dan IV
11.Apakah fungsi bank pusat?
I Mengeluar dan mengawal mata wang.
II Menjadi jurubank dan penasihat kewangan kepada kerajaan.
III Menjadi jurubank kepada orang ramai.
IV Melaksanakan dasar kewangan kerajaan.
A. I dan II sahaja. C. I, III dan IV sahaja
B. I, II dan IV sahaja D. I, II, III dan IV
12.Bank Simpanan Nasional adalah antara bank badan berkanun yang memainkan
peranan penting dalam kehidupan harian kita.
Pilih huraian yang tepat mengenai perkhidmatan yang ditawarkan melalui skim simpanannya.
Jenis Simpanan Huraian
I. Simpanan Biasa Mneyimpan wang untuk jangka masa tertentu
untuk mendapatkan faedah yang lebih tinggi.
II. Perkhidmatan wang segera Penyimpan boleh mengeluarkan sebarang
jumlah dengan kad ATM pada bila-bila sahaja.
III. Sijil simpanan premiun Pemegang sijil boleh mendapat faedah di
samping berlpeluang memenangi hadiah Setelah tamat pengajian dalam bidang teknologi makanan, Solehuddin berhajat menceburkan diri dalam industri kecil dan sederhana dengan membuka kilang mengetin buah-buahan tempatan. Namun begitu, beliau memerlukan bantuan kewangan serta bimbingan.
mlpl/smjkpt Page 13
menerusi cabutan nombor sijil.
IV. Skim SEDAR Menyimpan wang secara ansuran dalam jumlah
yang tetap setiap bulan.
A. I dan II sahaja. C. III dan IV sahaja
B. II dan III sahaja D. I, II, III dan IV
13.Bank berikut memberikan perkhidmatan yang berikut kepada pelanggan-pelanggannya.
Apakah bank yang menyediakan perkhidmatan di atas? A. Bank badan berkanun
B. Bank koperasi
C. Bank Pembangunan dan Infrastruktur D. Bank saudagar
1.3 Perkhidmatan Bank Perdagangan
14.Mengapakah wang yang disimpan dalam akaun semasa tidak boleh dianggap sebagai
pelaburan?
A. Pelanggan bank tidak menandatangani kontrak atau perjanjian dengan bank. B. Wang yang disimpan di dalam akaun semasa bukanlah untuk jangka panjang C. Pelanggan bank tidak mendapat apa-apa pulangan daripada simpanan itu. D. Pemegang akaun semasa tidak menggunakan tunai tetapi menggunaka cek.
15.Mengapakah Mynnwei menasihati neneknya untuk menyimpan RM18,000 dalam
akaun simpanan tetap?
A. Simpanan tetap merupakan kaedah penyimpanan yang paling selamat untuk menyimpan lebihan wang.
B. Nenek Mynnwei dapat mengeluarkan cek semasa beliau memerlukan wang. C. Faedahnya akan dihantar ke rumah neneknya setiap bulan.
D. Kadar faedahnya adalah lebih tinggi berbanding dengan simpanan biasa.
16.Pak Soleh adalah seorang pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang mempunyai 88 orang pekerja. Belaiu telah dirompak beberapa kali semasa beliau mengeluarkan wang untuk membayar gaji pekerjanya.
Apakah jenis perkhidmatan bank yang dapat membantu Pak Soleh? A. Debit terus B. Pindahan kredit C. Draf bank D. Pindahan elektronik Menerima simpanan Memberikan pinjaman
Memberikan khidmat nasihat kepada pelanggan
Menguruskan pelaburan
17.Sally telah mengambil pinjaman bank untuk membeli kereta idamannya. Oleh sebab sibuk dengan tugasnya, adalah sukar untuknya untuk membayar ansuran keretanya setiap bulan. Pihak bank dapat membantunya dengan menasihatinya memohon perkhidmatan ______________________
A. Arahan tetap B. Pindahan kredit C. Akaun semasa D. Pindahan elektronik
18.Baki akaun semasa Encik Ramli Sunny ialah sebanyak RM15,000. Beliau dibenarkan
mengeluarkan cek RM88.000. Ini bermakna Encik Ramli Sunny dibenarkan membuat overdraf sebanyak____________________
A. RM 88,000 B. RM 15,000 C. RM 103,000 D. RM 73,000
Soalan 19 hingga 21 adalah berdasarkan petikan di bawah.
Kuldip Singh yang mengusahakan perniagaan borong, hanya ada RM25,000 dalam akaun semasanya. Beliau sedar akan kelebihan kemudahan overdraf kepadanya. Antaranya ialah beliau akan boleh membayar pekilang walaupun belum memerima bayaran daripada peruncit. Keadaan ini akan membolehkannya menjalankan perniagaannya dengan lebih lancar.
19. Semasa beliau memohon untuk mendapatkan perkhidmatan itu, apakah faktor yang akan dipertimbangkan oleh pihak bank?
I Nilai cagaran yang dikemukakan.
II Kejujuran dan kedudukan kredit Kuldip. III Taraf pelajaran dan pencapaian akademiknya.
IV Sejarah perniagaannya.
A. I dan II sahaja. C. II, III dan IV sahaja
B. I, II dan IV sahaja D. I, II, III dan IV
20.Jumlah overdraf yang diluluskan oleh pihak bank ialah RM100,000. Pilih pernyataan yang betul mengenai urusan dan keadaan kewangan Kuldip setelah mendapat
kebenaran menggunakan overdraf.
I Kuldip perlu menelefon pihak bank untuk mendapatkan kepastian kedudukan
kreditnya setiap kali hendak menggunakan overdraf.
II Kemudahan overdraf yang diberikan ini memungkinkan Kuldip
mengeluarkan tunai dari akaun semasanya dengan menggunakan kad ATM sehingga ke takat overdraf dibenarkan itu.
III Kuldip bebas mengeluarkan amaun cek, asalnya jumlahnya tidak melebihi RM125,000.
mlpl/smjkpt Page 15
A. I sahaja. C. III dan IV sahaja
B. II dan III sahaja D. II, III dan IV sahaja
21.Sekiranya faedah yang dikenakan ke atas overdraf ialah 15% setahun, kirakan jumlah faedah yang perlu dibayar balik oleh Kuldip sekiranya beliau telah mengeluarkan cek sebanyak RM123,456.00. Andaikan Kuldip telah menggunakan kemudahan overdraf selama 15 hari. A. RM 761.03 B. RM 14, 768.40 C. RM 616.44 D. RM 606.92
22.Apakah kelebihan overdraf berbanding dengan pinjaman bank?
A. Faedah hanya dikenakan ke atas amaun yang digunakan.
B. Kadar faedah yang dikenakan adalah lebih rendah berbanding dengan pinjaman.
C. Kemudahan ini boleh didapati hanya dengan mempunyai aset untuk dicagarkan kepada pihak bank.
D. Sesiapa sahaja pun boleh memohon untuk mendapatkan kemudahan ini.
23.Walaupun memberikan faedah yang lebih rendah daripada akaun simpanan tetap, akaun simpanan biasa adalah lebih popular di kalangan penyimpan kerana
I Amaun minima yang perlu disimpan dalam akaun simpanan biasa adalah lebih kecil berbanding amaun yang perlu disimpan dalam akaun simpanan tetap.
II Pelanggan boleh mengeluarkan cek pada bila-bila sahaja semasa hendak membuat bayaran.
III Sijil simpanan adalah lebih senang disimpan berbanding dengan buku simpanan.
IV Penyimpan bebas mengeluarkan wang pada bila-bila sahaja.
A. II dan III sahaja. C. I, III dan IV sahaja
B. I dan IV sahaja D. I, II, III dan IV
24.Pilih pernyataan yang benar mengenai akaun simpanan yang ditawarkan oleh bank Islam.
I Faedah yang dibayar oleh bank Islam adalah lebih tinggi berbanding dengan
faedah yang dibayar oleh bank perdagangan yang lain.
II Wang simpanan pelanggan akan dilaburkan oleh pihak bank untuk
mendapatkan keuntungan.
III Pelanggan boleh mengeluarkan wang pada bila-bila sahaja.
IV Pelanggan biasanya dianggap sebagai rakan kongsi dengan pihak bank.
A. I dan III sahaja. C. II, III dan IV sahaja
25.Menggunakan kad kredit mempunyai banyak kelebihannya. Apakah kelebihan-kelebihan itu?
I Boleh mendapat diskaun daripada semua gedung yang menerimanya.
II Boleh digunkan untuk membayar bil elektrik dan bil lain.
III Pemegang kad boleh menempah barang melalui laman web dengan
menyatakan nombor kad kreditnya.
IV Tidak perlu membawa banyak wang semasa melancong.
A. I dan III sahaja C. II, III dan IV
B. II dan IV sahaja D. I, II, III dan IV
26.Pilih ciri yang tepat menggambarkan simpanan wang Al Wadiah.
I Penyimpan diberikan buku akaun dan kad ATM.
II Penyimpan mungkin diberikan ‘hibah’ atau hadiah atas budi bicara bank . III Merupakan pengaturan di antara pemberi modal dengan pengusaha projek
yang membenarkan pengarah projek menggunakan wang untuk
perniagaannya.
IV Penyimpan ada kebebasan mengeluarkan wang pada bila-bila sahaja.
A. I dan III sahaja C. II, III, dan IV
B. II dan IV sahaja D. I, II, dan IV
27.Perkhidmatan e-lobi yang disediakan oleh bank perdagangan, merangkumi perkhidmatan-perkhidmatan berikut:
I Mesin deposit cek
II Mesin deposit tunai
III Kaunter mendeposit cek
IV Kaunter ekpress untuk pelanggan keutamaan bank
A. I dan II sahaja C. I, II, dan III sahaja
B. III dan IV sahaja D. I, II, III, dan IV
28.Perhatikan ciri-ciri di bawah dan nyatakan jenis perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak bank perdagangan kepada pelanggan-pelanggannya.
A. Peti simpanan malam B. Peti simpan selamat C. Overdraf
D. Peti kontena
Merupakan peti keluli yang disimpan di bank.
Disewa kepada pelanggan bank yang memerlukan tempat yang selamat
untuk menyimpan aset berharga mereka seperti barang kemas, geran dan lain-lain dokumen penting.
Pelanggan perlu membayar sewa tahunan untuk menggunakan
mlpl/smjkpt Page 17
1.4 Cek
29.Cek biasanya menjadi pilihan utama peniaga sebagai cara untuk membuat pembayaran kepada pembekal mereka. Mengapa?
A. Cek boleh dijadikan bukti pembayaran. B. Cek merupakan wang sah.
C. Peniaga boleh meminda butiran dalam cek dengan mudah. D. Cek adalah dijamin pembayarannya oleh pihak bank.
30.Pilih perkara yang tidak boleh dilakukan oleh seorang penerima cek terhadap cek yang diterimanya.
A. Mencatatkan rangkai kata ‘Akaun penerima sahaja’. B. Mengubah cek perintah kepada cek pembawa.
C. Menjadikan cek palangan am kepada cek palangan khas. D. Menjadikan cek terbuka kepada cek berpalang.
31.Pilih perbezaan di antara cek terbuka dan cek berpalang yang betul.
Cek Terbuka Cek Berpalang
I. Tidak mempunyai dua garisan
selari yang merentasi muka cek.
Mempunyai dua garisan selari yang merentasi cek.
II. Tidak boleh ditunaikan di kaunter bank dan penerima perlu ada akaun bank.
Boleh ditunaikan di kaunter tanpa perlu membuka akaun bank..
III. Perkataan pembawa dipotong. Perkataan pembawa dibiarkan.
IV. Cek adalah kurang selamat kerana pihak bank sukar mengesan penyelewengan.
Cek adalah lebih selamat kerana pihak bank boleh mengesan penyelewengan.
A. I dan IV sahaja C. I, II dan IV
B. II dan III sahaja D. I, II, III dan IV
32.Pilih pernyataan memberikan huraian yang tepat mengenai cek yang berkenaan.
Jenis cek Huraian
A. Cek mati Cek yang tarikhnya belum sampai.
B. Cek kosong Cek yang belum ditulis apa-apa.
C. Cek bertanda Cek yang dijamin bayaran oleh bank penyuruh bayar.
D. Cek dalaman Cek yang dikeluarkan oleh ahli keluarga sendiri.
33.Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh seseorang yang menerima cek palang khas?
A. Mengkreditkan cek ke dalam akaunnya.
B. Membuka satu akaun di mana-mana bank sekiranya tidak ada akaun di bank. C. Menunaikan cek di kaunter yang dinyatakan di atas cek.
Soalan 34 hingga 36 adalah berdasarkan rajah di bawah.
34.Apakah ciri-ciri yang tepat menggambarkan L?
I Mempunyai dua garis selari yang merentangi permukaan cek.
II Cek ini boleh ditunaikan di kaunter bank yang menerbitkan cek berkenaan. III Cek ini kurang selamat.
IV Tiada dua garisan selari yang merentangi permukaan cek.
A. I, II dan III sahaja C. I, III, dan IV sahaja
B. II, III dan IV sahaja D. I, II, III, dan IV
35.Apakah jenis cek M? A. Cek biasa B. Cek pemberi C. Cek perintah D. Cek khas
36.Cek kategori N akan mempunyai palangan berikut: I. II
Fastmax Bank Berhad
III IV. Fastmax Bank Bhd.
Akaun Penerima Sahaja Akaun Penerima Sahaja
A. I dan II sahaja B. II dan III sahaja C. III dan IV sahaja D. I dan IV sahaja
Jenis Jenis Cek
L Cek Tertutup
mlpl/smjkpt Page 19
1.5 Institusi Kewangan Lain 37.Perhatikan ciri-ciri di bawah.
Membeli terlebih dahulu mesin dan jentera yang mahal daripada kedai jentera.
Membenarkan pelanggannya membayar ansuran untuk jentera berkenaan.
Memungkinkan peniaga menggunakan mesin dan jentera yang mahal untuk
memajukan perniagaannya.
Apakah institusi kewangan yang memberikan perkhidmatan di atas kepada pelanggannya?
A. Syarikat Pajakan B. Syarikat Pemfaktoran
C. Syarikat Jaminan Kredit Malaysia D. Syarikat Kewangan
38.Syarikat Pemfaktoran adalah antara institusi kewangan yang memainkan peranan penting dalam perkembangan dan kemajuan perniagaan dalam negara kita. Di antara yang berikut, pilih tugas yang dilaksanakan oleh syarikat ini.
I Memberikan pinjaman kepada peniaga yang memerlukan wang untuk
memperkembangkan perniagaannya.
II Menawarkan pembiayaan dengan membeli terlebih dahulu peralatan yang
diperlukan oleh pelanggannya dan membenarkan pelanggannya membayar ansuran.
III Membeli invois daripada peniaga dan kemudiannya mengutip hutang
daripada penghutang peniaga berkenaan.
IV Membolehkan peniaga memperolehi wang tunai terlebih dahulu.
A. I sahaja C. III dan IV
B. II sahaja D. I, II, III dan IV
39.Mengapakah Syarikat Jaminan Kredit Malaysia penting untuk perkembangan
perniagaan dan peningkatan ekonomi negara?
I Syarikat ini membiayai peniaga yang ingin memperkembangkan perniagaan
mereka. II
III
Syarikat ini memberi jaminan agar perniagaan yang berpotensi boleh mendapatkan pinjaman untuk memulakan atau memperkembangkan perniagaan mereka.
Syarikat ini memberikan jaminan agar semua peniaga yang memohon pinjaman dari bank perdagangan diluluskan untuk mereka
memperkembangkan perniagaan mereka.
IV Keupayaan syarikat-syarikat berpotensi memperkembangkan perniagaan
mereka akan meningkatkan peluang pekerjaan dan ekonomi negara.
A. I dan III sahaja C. II, III dan IV
B. II dan IV sahaja D. I, II, III dan IV
40.Mengapakah syarikat pemfaktoran adalah berfaedah kepada peniaga?
membayar ansuran bulanan.
II Membolehkan peniaga memperolehi wang tunai dengan cepat.
III Wang tunai peniaga tidak terikat dengan hutang oleh pelanggan mereka. IV Masalah aliran tunai peniaga dapat dikurangkan.
A. I, II dan III sahaja C. I, III dan IV sahaja
B. I, II, dan IV sahaja D. II, III dan IV sahaja
Pengukuhan Esei
1. (a) Huraikan fungsi bank bank pusat dalam sesebuah negara. (12 markah)
(b) Bagaimanakah bank dapat melicinkan aktiviti perniagaan
seseorang peniaga? (7 markah)
(c) Nyatakan dan bincangkan kelebihan akaun semasa kepada
seseorang peniaga. (6 markah)
2. (a) Lakarkan sekeping cek dengan memasukkan butir-butir yang
lengkap. (6 markah)
(b) Huraikan kelebihan-kelebihan menggunakan cek sebagai alat
pembayaran. (10 markah)
(c) Apakah bezanya cek palangan am dengan cek palangan khas? (4 markah)
(d) Tuliskan tugas yang dimainkan oleh Biro Kredit dalam usahanya
untuk menggalakkan penggunaan cek di kalangan masyarakat. (5 markah) (a) Selain bank, terdapat institusi kewangan yang lain yang dapat
membantu peniaga melancarkan aktiviti perniagaan mereka. Apakah institusi kewangan? Nyatakan empat institusi kewangan
yang terdapat di negara kita. (5 markah)
(b) Huraikan peranan keempat-empat jenis institusi kewangan yang
terdapat di negara kita. (20 markah)
3. (a) Huraikan sistem perbankan Islam. (5 markah)
(b) Bincangkan perbezaan sistem perbankan konvensional dan sistem
perbankan Islam. (16 markah)
(c) Nyatakan dan bincangkan dua produk perbankan Islam. (4 markah)
4. (a) Apakah bank perdagangan? (5 markah)
(b) Selain kemudahan simpanan, pembayaran dan pembiayaan, bincangkan lima lagi perkhidmatan yang disediakan oleh
bank perdagangan. (12 markah)
(c) Selain menerima simpanan, apakah perkhidmatan lain yang
mlpl/smjkpt Page 21
Pengukuhan Kajian Kes
Baca kes di bawah dengan teliti.
Izzat Emmir mengusahakan Syarikat Izzaco Berhad, sebuah syarikat yang mengimport skru dan peralatan kecil untuk diagihkan ke kilang-kilang di kawasan perindustrian bebas di Pulau Pinang. Beliau mempunyai 18 orang pekerja yang membantunya di premis yang disewanya untuk menjalankan perniagaannya.
Dalam urusan perniagaannya, biasanya beliau menerima cek. Namun begitu, kadang kala beliau terpaksa mengeluarkan tunai yang banyak untuk membayar pekerja sementara yang diupahnya untuk menjalankan kerja pada ‘waktu kecemasan’ seperti mengasing dan mengelaskan skru dan peralatan kecil yang diperlukan serta merta.
Kebelakangan ini, Izzat telah menerima banyak tempahan daripada kilang-kilang di negeri lain. Keadaan ini telah mendorong beliau untuk mengembangkan perniagaannya dengan membuka cawangan di Perak, Selangor dan Johor, walaupun pada dasarnya beliau kekurangan modal untuk berbuat demikian.
Berdasarkan kes di atas, jawab soalan-soalan yang berikut:
1. Nyatakan perkhidmatan-perkhidmatan bank yang dapat membantu Izzat Emmir
menjalankan perniagaannya dengan lancar dan selamat. ( 8 markah )
2. Apakah bank yang dapat membantu Izzat Emmir mencapai impiannya untuk
membuka cawangan-cawangannya? Apakah sumbangan lain bank berkenaan dalam dunia perniagaan? ( 12 markah )
Bab 2 Insurans
Konsep Kilat
INSURANS kepada individu kepada peniaga kepada negara Peranan MaksudSkim yang melindungi insured daripada pelbagai jenis risiko.
Konsep
‘Yang bernasib baik menolong yang malang.”
Risiko dikumpul dan disebarkan antara insured. Jenis Risiko Risiko Tidak Boleh Diinsuranskan Risiko Boleh Diinsuranskan Prinsip Berkonsepkan : Kepentingan Boleh Insurans Penuh Percaya Mutlak Indemniti Insurans Konvensional Takaful Berlandaskan: Tiada riba Tiada gharar Tiada maisir Produk Takaful Takaful Keluarga Takaful Am Jenis Insurans Kecurian Jaminan Setia Kesihatan Pendidikan Gadaian Insurans Lain InsuransLa in Insurans Am Kemalangan Kebakaran Marin / Penerbangan Insurans Hayat Seumur Hidup Insurans Hayat Sementara Insurans Endowmen Insurans Hayat
mlpl/smjkpt Page 23
Revisi Kilat
INSURANSTakrifan : Satu rancangan untuk melindungi individu dan institusi perniagaan daripada risiko.
2.1 Konsep Insurans
1. Insurans merupakan perjanjian antara insured, iaitu pihak yang membeli polisi insurans dengan insurer, iaitu pihak yang menawarkan perlindungan terhadap risiko ataupun kemungkinan berlakunya sesuatu kecelakaan atau kemalangan.
2. Polisi, iaitu perjanjian yang ditandatangani akan menyatakan jumlah premium ( bayaran yang perlu dibuat untuk mendapatkan perlindungan ) dan pampasan atau ganti rugi yang akan diterima oleh insured sekiranya berlaku risiko yang
diinsuranskan.
3. Terdapat dua jenis risiko.
a. Risiko boleh diinsuranskan merujuk pada kejadian malang yang boleh diramalkan seperti kecurian dan kemalangan.
b. Risiko tidak boleh insuranskan merupakan kejadian malang yang tidak dapat diramalkan atau yang tidak ada statistik mengenainya.
4. Insurans memainkan peranan kepada tiga pihak yang utama.
a. Insurans memberikan perlindungan kepada individu dan tanggungan mereka
terhadap risiko yang diinsuranskan.
b. Para peniaga yang membeli polisi insurans, dapat menumpukan perhatian untuk memajukan perniagaan mereka tanpa merisaukan risiko yang akan berlaku.
c. Selain menambahkan peluang pekerjaan, wang premium yang dilaburkan akan
dapat memajukan ekonomi negara. 2.2 Prinsip Insuran
1. Setiap insured memesti mempunyai kepentingan boleh insurans sebelum
dibenarkan membeli polisi. Ini bermakna insured akan mendapat susah sekiranya kemalangan berlaku ke atas harta atau nyawa yang diinsuranskan.
2. Insured perlu mengamalkan nilai penuh percaya mutlak dengan memberikan semua
maklumat yang benar kepada insurer semasa mengisi borang cadangan.
3. Prinsip indemniti, yang mempunyai tiga sub prinsipnya, akan memastikan bahawa
insured tidak mendapat keuntungan daripada insurans.
a. Prinsip sumbangan membolehkan insurer mencarum atau berkongsi membayar
jumlah kerugian sebenar yang dialami oleh insured.
b. Subrogasimemberikan hak kepada insurer untuk menuntut daripada pihak ketiga setelah membayar pampasan kepada insured.
c. Doktrin sebab hampiran hanya membenarkan insured menuntut pampasan sekiranya kerugian yang dialami adalah berpunca daripada risiko yang diinsuranskan.
2.3 Jenis Insurans
1. Insurans am meliputi empat jenis insurans, iaitu insurans kemalangan, insurans kebakaran, insurans marin dan penerbangan serta insurans lain.
a. Insurans kemalangan hanya melindungi insured daripada kerugian yang berpunca daripada kemalangan sahaja, seperti insurans motor, insurans kemalangan peribadi, insurans liabiliti majikan dan insurans liabiliti am. i. Insurans motor memberi pampasan terhadap kemalangan yang melibatkan
kenderaan bermotor. Insurans komprehensif melindungi insured, kenderaannya dan juga pihak ketiga serta kenderaannya. Inusrans pihak ketiga yang wajib dimiliki semua pemilik kenderaan di Malaysia, hanya memberi pampasan kepada pihak ketiga sahaja.
ii. Insurans kemalangan peribadi hanya memberi pampasan kepada insured yang mengalami kecederaan atau maut yang berpunca daripada kemalangan sahaja.
iii. Insurans Liabiliti
Jenis insurans
Insurans Am Insurans Hayat
kemalangan Kebakaran Marin dan penerbangan Lain-lain Hayat Sementara Endownmen Jaminan setia Kesihatan Pendidikan Gadaian Hayat Seumur Hidup Kecurian
mlpl/smjkpt Page 25
Majikan memberikan lindungan terhadap majikan daripada tuntutan pekerjanya yang mengalami kemalangan semasa menjalankan tugas.
iv. Insurans Liabiliti Am melindungi majikan daripada tuntutan orang awam yang mengalami kecederaan akibat ditimpa kemalangan semasa berada dalam premis peniaga berkenaan.
b. Insurans kebakaran melindungi insured daripada kerugian yang berpunca daripada kebakaran sahaja.
c. Insurans marin akan membayar pampasan terhadap kerugian yang berlaku di laut sementara insurans penerbangan melindungi syarikat penerbangan terhadap tuntutan yang dibuat oleh keluarga penumpang sekiranya kemalangan udara berlaku. Bayaran pampasan merangkumi pampasan kepada nyawa dan aset yang pupus dalam kemalangan yang bersabit dengan kapal atau kapal terbang.
d. Insurans kecurian, jaminan setia, kesihatan, pendidikan dan gadaian telah menjadi semakin penting.
i. Insurans kesihatan memberikan perlindungan terhadap kerugian yang dalami akibat kecurian atau pecah rumah.
ii. Majikan boleh melindungi diri daripada menghadapi kerugian sekiranya pekerjanya tidak jujur dan pecah amanah dengan mengambil insurans jaminan setia.
iii. Kos perubatan yang semakin tinggi serta penyakit kronik yang semakin meningkat menjadikan insurans kesihatan begitu penting untuk menjamin kesihatan dan keselamatan keluarga.
iv. Insurans pendidikan berfungsi sebagai tabungan ibu bapa untuk pendidikan anak-anak mereka pada masa hadapan. Premium yang dibayar oleh insurer akan dibayar bersama-sama dengan faedah pada tarikh matangnya.
v. Ketua keluarga yang sedang membayar ansuran pinjaman perumahan
biasanya akan membeli polisi insurans gadaian untuk memastikan syarikat kewangan tidak merampas aset yang belum habis dibayarnya, sekiranya dia cedera atau meninggal dunia sebelum sempat menjelaskan pinjaman
kewangannya.
2. Insurans hayat dapat dibahagikan kepada tiga jenis yang utama; iaitu insurans hayat seumur hidup, insurans hayat sementara dan insurans endowmen. a. Insurans hayat seumur hidup merupakan polisi yang diambil oleh insured
untuk memberikan perlindungan kepada warisnya. Insured tidak dapat menikmati wangnya kerana pampasan cuma akan dibayar setelah insured meninggal dunia.
b. Insured yang hendak membeli insurans sebagai tabungan atau simpanan akan
membeli polisi insurans endowmen. Kelebihan polisi ini ialah sekiranya insured meninggal dunia, pampasan akan dibayar kepada warisnya tetapi sekiranya insured masih hidup sehingga ke tarikh matang polisi insuransnya, keseluruhan wang tabungannya akan dibayar balik kepadanya.
c. Insurans hayat sementara merupakan polisi yang melindungi insured untuk satu tempoh yang dipersetujui sahaja, seperti tempoh perjalanan yang tertentu sahaja. Selepas tempoh yang dipersetujui, insured tidak lagi dilindungi.
2.4 Takaful
1. Takaful merupakan skim insurans yang menggunakan tiga prinsip asas insurans
konvensional tetapi ditadbir berlandaskan hukum syariah.
2. Prinsip-prinsip takaful termasuklah kepentingan boleh insurans, penuh percaya mutlak dan indemniti tetapi ditadbir berlandaskan konsep al-Mudgarabah. Syarikat takaful bertindak sebagai al-Mudhrib atau pengusaha sementara insured merupakan peserta yang menyumbangkan modal.
3. Takaful melarang unsur gharar atau ketidak pastian, maisir atau perjudian dan riba atau faedah dalam pentadbirnya.
4. Setiap peserta diberikan penjelasan yang terperinci mengenai perkara berikut:
a. Cara sumbangan wang takaful
b. Cara wang dilaburkan
c. Ganti rugi yang diberikan
d. Cara pembahagian untung dilakukan.
5. Wang sumbangan peserta dibahagikan kepada dua akaun,
a. Sumbangan peserta yang digunakan untuk membuat pelaburan dengan tujuan
mencari keuntungan akan dimasukkan ke dalam Akaun peserta.
b. Akaun Khas Peserta digunakan untuk membayar pampasan kepada peserta yang ditimpa kemalangan.
6. Produk takaful boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu:
a. Ketua keluarga biasanya membeli Takaful keluarga untuk melindungi
keluarganya sekiranya dia ditimpa malang.
b. Takaful am merupakan skim yang memberikan perlindungan terhadap risiko kebakaran, kemalangan dan lain-lain, yang dapat disertai oleh individu, syarikat ataupun perbadanan.
2.5 Belian Polisi dan Tuntutan Ganti Rugi
1. Individu ataupun syarikat yang ingin membeli polisi insurans harus mengikut langkah-langkah berikut:
a. Mendapatkan maklumat mengenai polisi yang ingin dibeli.
b. Mendapatkan ejen insurans untuk menyediakan pelan cadangan yang dapat
memperjelas lagi mengenai produk insurer.
c. Mengisi borang cadangan dengan penuh jujur, iaitu menjawab semua soalan dengan penuh percaya mutlak.
d. Mengembalikan borang cadangan kepada ejen untuk diserahkan kepada insurer, serta membayar premium yang ditetapkan.
e. Mendapatkan resit sebagai bukti pembayaran serta nota lindungan yang berfungsi sementara untuk melindungi insured.
mlpl/smjkpt Page 27
2. Untuk memastikan insured boleh mendapatkan tuntutan ganti rugi, langkah-langkah berikut perlu diikuti:
a. Membuat laporan polis mengenai kejadian.
b. Menghubungi insurer untuk memberitahu mengenai kejadian.
c. Mengisi borang tuntutan dengan lengkap serta nyatakan amaun yang hendak dituntut.
d. Mengembalikan borang bersama-sama salinan laporan polis dan dokumen sokongan yang lain.
e. Menantikan siasatan dilakukan oleh insurer sebelum mendapatkan bayaran ganti rugi.
Pengukuhan Konsep
1. Isikan tempat kosong dengan jawapan yang sesuai
2. Isikan tempat kosong di bawah dan tuliskan penerangan ringkasnya di tempat yang disediakan.
Faktor yang
mempengaruhi kadar
premium
Luas perlindungan Cara pembayaran premium Prinsip-prinsip Insurans Indemniti Doktrin sebab hampiranmlpl/smjkpt Page 29
3.
4.
Lengkapkan tempat-tempat kosong di bawah dengan jawapan yang tepat. Insured
Borang permohonan yang diisi oleh bakal insured yang berminat membeli polisi. Nota Lindungan
Syarikat insurans yang mengelolakan skim perlindungan insurans.
Premium
Bayaran gantirugi yang diberikan oleh inusrer kepada insured yang ditimpa risiko. Insurans secara
Islam / Takaful
Unsur yang tidak dibenarkan
Produk yang ditawarkan
Pengukuhan Objektif
Arahan: Setiap soalan di bawah disediakan empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan yang terbaik sahaja.
2.1 Konsep Insurans
1. Berikut merupakan peranan insurans kepada peniaga, kecuali A. Membayar pampasan terhadap risiko yang diinsuranskan.
B. Mengurangkan beban peniaga daripada pekerja yang tidak amanah. C. Membolehkan peniaga memberikan tumpuan pada cara memajukan
perniagaan.
D. Menambahkan peluang pekerjaan.
2. Sektor insurans memainkan peranan yang amat penting dalam pembangunan negara.
Pilih huraian yang tepat menggambarkan pernyataan di atas.
A. Insurans gadaian memastikan aset yang belum habis dibayar, tidak dirampas oleh insurer.
B. Premium, iaitu bayaran yang diberikan oleh insured kepada insurer, dapat dilaburkan dalam sektor ekonomi negara.
C. Peluang pekerjaan bertambah dengan adanya sektor insurans, iaitu ramai yang dapat bekerja sebagai pekerja insurans atau pekerjaan yang berkaitan secara tidak langsung dengan sektor insurans.
D. Insurans kenderaan motor pihak ketiga menjamin setiap pengguna jalan raya dilindungi, supaya kerajaan tidak perlu membelanjakan wang perubatan membantu mangsa kemalangan jalan raya.
3. Sementara menunggu polisi insurans siap, dokumen sementara yang diberikan oleh insurer kepada insured dipanggil _______________
A. Nota lindungan B. Borang cadangan
C. Polisi sementara insurans D. Resit insurans
4. Pernyataan yang berikut adalah tepat mengenai insurans, kecuali
A. Insurans mengelakkan insured daripada ditimpa malang.
B. Insured hanya boleh mendapat gantirugi dan bukannya keuntungan. C. Pampasan daripada insurans adalah bertujuan mengembalikan insured
kepada keadaan asal seperti sebelum berlakunya risiko.
D. Bayaran premium insurans adalah berbeza kerana keadaan insured berlainan
5. Jumlah wang yang dibayar oleh insured kepada insurer untuk mendapatkan
perlindungan dikenali sebagai_________________ A. Premium
B. Dividen C. Insurans D. Pampasan
mlpl/smjkpt Page 31
6. Pilih huraian yang tepat menerangkan konsep insurans.
I Satu rancangan perniagaan insurer untuk memaksimakan keuntungan.
II Satu rancangan pembahagian risiko antara insurer-insurer yang terlibat dalam perniagaan perkhidnatan.
III Satu rancangan pembahagian risiko yang menyediakan pampasan kepada insured.
IV Berlandaskan konsep ‘yang bernasib baik membantu yang malang’.
A. I sahaja C. III dan IV
B. II sahaja D. I, II, III dan IV
7. Pilih pernyataan yang tepat sekali menerangkan risiko.
I Risiko merupakan kemungkinan mengalami kerugian.
II Pengiraan kadar premium untuk risiko boleh diinsuranskan dilakukan dengan menjumlahkan kos syarikat untuk dibahagikan dengan unit polisi insurans yang dijual.
III Risiko yang kekerapan kejadiannya tidak dapat diramalkan, tidak boleh diinsuranskan.
IV Penyakit kronik merupakan risiko yang tidak boleh diinsuranskan.
A. I dan II C. III dan IV
B. II dan III D. I, II dan III
8. Semasa ombak tsumani melanda kawasan pantai Pulau Pinang, tempat meletak kereta
di sebuah kompleks membeli-belah telah dibanjiri air. Ramai pemilik kenderaan mengalami kerugian kerana insurer enggan membayar pampasan.
Pilih alasan munasabah yang mungkin diberikan oleh insurer.
I Bencana alam merupakan risiko yang tidak boleh diinsuranskan.
II Insured perlu membayar premium tambahan untuk mendapat pampasan.
III Insuran komprehensif dan insurans pihak ketiga hanya memberikan
pampasan terhadap kerosakan kenderaan dan nyawa yang terlibat dalam kemalangan jalan raya sahaja.
IV Insurer tidak mempunyai peruntukan yang mencukupi untuk membayar
pampasan yang sebegitu banyak.
A. I sahaja C. I, III, dan IV
B. I dan III D. I, II, III dan IV
Kam Hoong memiliki rangkaian gedung beraneka jabatan yang maju. Beliau ingin mewariskan perniagaannya kepada anaknya tetapi beliau kurang percaya akan keupayaan anaknya untuk menguruskan perniagaannya. Beliau ingin membeli polisi insurans untuk melindungi dirinya daripada kurangan untung yang mungkin berlaku setelah perniagaan diambil alih oleh anaknya.
9. Mengapakah tidak ada insurer yang sanggup menjual polisi yang sebegini? A. Kam Hoong enggan membayar premium yang tinggi.
B. Insurans jenis ini hanya ditawarkan di negara maju sahaja.
C. Tiada perangkaan mengenai risiko kerugian akibat pengurusan tidak cekap. D. Insurer tidak mungkin mampu membayar pampasan insurans sebegini yang
biasanya berjumlah besar.
10.Nemo dan Dori merupakan jiran. Di belakang rumah mereka terdapat stesyen minyak. Kedua-duanya membeli polisi insurans kebakaran untuk melindungi aset mereka. Mengapakah kadar premium yang dikenakan adalah berbeza?
A. Nemo adalah pengurus kilang sementara Dori adalah penjaja.
B. Rumah Nemo adalah rumah batu tetapi rumah Dori adalah rumah papan. C. Nemo berumur 45 tahun tetapi Dori berumur 54 tahun.
D. Nemo mengenali ejen insuran tetapi Dori tidak mengenalinya.
2.2 Prinsip Insurans
Soalan 11 dan 12 adalah berdasarkan petikan berikut:
Izwart Emmir membeli polisi insurans kebakaran daripada 3 insurer untuk melindungi banglo mewahnya yang diperbuat daripada kayu jati. Semasa mengisi borang cadangan, beliau telah menyatakan banglonya diperbuat
daripada batu, iaitu beliau telah tidak memberikan maklumat yang benar semasa mengisi borang cadangan.
11.Mengapakah Izwart Emmir tidak diberikan pampasan semasa banglo mewahnya
musnah dalam satu kebakaran?
A. Menginsurans aset dengan 3 insurer adalah satu kesalahan.
B. Insurer biasanya tidak menginsuranskan aset yang diperbuat daripada kayu. C. Izwart telah tidak membayar premium yang mencukupi untuk mendapatkan
perlindungan.
D. Izwart menyatakan banglonya dibuat daripada batu.
12.Daripada petikan yang diberikan di atas, apakah prinsip insurans yang telah dilanggari oleh Izwart Emmir?
A. Penuh percaya mutlak B. Indemniti
C. Kepentingan diinsuranskan D. Doktrin sebab hampiran
13. Syarikat Pengangkutan Superfast menginsuranskan vannya yang membawa peralatan
elektronik daripada risiko kecurian dan rompakan. Salah sebuah vannya telah terlibat dalam kemalangan yang mengakibatkan muatannya remuk sama sekali tetapi pihak insurer telah enggan membayar ganti rugi.
mlpl/smjkpt Page 33
Kes ini dikaitkan dengan prinsip __________ A. Ganti rugi
B. Kepentingan diinsuranskan C. Doktrin sebab hampiran D. Penuh percaya
14.Perhatikan pernyataan di bawah dan nyatakan prinsip insurans yang diwakili oleh pernyataan tersebut.
A. Indemniti B. Subrogasi
C. Penuh percaya mutlak D. Kepentingan boleh insurans
15.Kendrik Thavis menginsuranskan rumahnya daripada risiko kebakaran. Semasa ombak tsunami melanda kawasan pantai Pulau Pinang, rumahnya turut mengalami kerosakan, tetapi beliau tidak diberikan bayaran ganti rugi.
Apakah prinsip yang diikuti oleh insurer dalam kes di atas? A. Subrogasi
B. Penuh percaya mulak C. Doktrin sebab hampiran D. Kepentingan boleh diinsurans
16.Pilih pernyataan yang memberikan huraian yang paling tepat mengenai indemniti. A. Pampasan yang dibayar oleh insurer kepada insured ke atas risiko yang
diinsuranskan.
B. Insured mengisi borang cadangan dengan jujur.
C. Bayaran yang dibuat oleh insured kepada insurer untuk mendapatkan perlindungan ke atas risiko yang berlaku.
D. Perjanjian antara insurer dengan insured.
17.Setakat manakah seorang usahawan boleh menginsuranskan rakan kongsinya?
I Keseluruhan aset yang dimiliki oleh rakan kongsinya.
II Jumlah modal yang dilaburkan rakan kongsinya dalam perusahaan mereka.
III Keseluruhan nilai perusahaan mereka. IV Tiada had dalam insurans hayat.
A. I sahaja C. III dan IV
B. II sahaja D. I, II, III dan IV
Semasa mengisi borang cadangan, insured mesti memberikan maklumat yang benar.
2.3 Jenis Insurans
Soalan 18 dan 19 adalah berdasarkan maklumat di bawah:
Cun baru membeli kereta idamannya. Cun ingin mendapat perlindungan terhadap sebarang kemalangan yang berlaku ke atas dirinya, keretanya dan juga orang ramai yang mungkin tercedera sekiranya berlaku kemalangan yang bersabit dengan kereta idamannya itu.
18. Apakah jenis polisi yang perlu dibelinya? A. Insurans motor
B. Insurans pihak ketiga C. Insurans komprehensif
D. Insurans kemalangan peribadi
19.Sekiranya Cun mengupah Jason sebagai pemandunya, apakah jenis insurans yang perlu dibelinya untuk melindungi diri daripada tuntutan Jason atau keluarganya sekiranya Jason tercedera atau terkorban semasa menjalankan tugasnya?
A. Insurans hayat sementara B. Insurans jaminan setia C. Insurans laibiliti am D. Insurans liabiliti majikan
Soalan 20 dan 21 adalah berdasarkan maklumat di bawah:
Boonhua membuka kilang memproses alat perhiasan besi dan keluli. Pekerja-pekerjanya terdedah pada banyak bahaya kerana menggunakan bahan kimia dan bahan api yang panas membara untuk menghasilkan kerja ukiran, mengilatkan produk dan lain-lain.
20.Apakah jenis polisi insurans yang perlu dibeli oleh Boonhua untuk melindungi dirinya daripada pelbagai jenis tuntutan?
I Insurans liabiliti majikan
II Insurans kebakaran
III Insurans hayat sementara
IV Insurans endownmen
A. I dan II C. I dan IV
B. II dan IV D. II, III dan IV
21.Seterusnya Boonhua bercadang untuk menyahut seruan kerajaan dalam usaha
mlpl/smjkpt Page 35
pelancong. Beliau juga hendak membuka kaunter untuk menjual produknya kepada pelancong dalam satu sudut di kilangnya.
Apakah polisi tambahan yang perlu dibelinya?
I Insurans gadaian
II Insurans jaminan setia III Insurans liabiliti am
IV Insurans kecurian
A. I dan II C. II, III dan IV
B. II dan IV D. II, III dan IV
Soalan 22 dan 23 adalah berdasarkan meklumat di bawah:
Giok Liin merupakan ibu tunggal yang mempunyai seorang anak cacat. Dia ingin menabung serta hendak memastikan kebajikan dirinya dan anaknya terjaga sekiranya berlaku kemalangan yang mengakibatkannya hilang keupayaan ataupun menghadapi maut.
22.Apakah jenis polisi yang wajar dibelinya? A. Insurans hayat sementara
B. Insurans hayat seumur hidup C. Insurans endownmen
D. Insurans pendidikan
23.Azni mengambil pinjaman bank untuk membeli rumah kos rendah dan telah
dinasihati untuk membeli insurans gadaian. Apakah fungsi insurans ini?
I Melindunginya daripada risiko ditipu oleh pengusaha perumahan.
II Menjamin bahawa aset yang dibeli tidak dirampas sekiranya insured meninggal dunia sebelum sempat menjelaskan ansuran.
III Membantu insured menjelaskan ansuran ketika insured mengalami masalah
kewangan.
IV Menjelaskan kos rawatan insured dan tanggungan waria.
A. I sahajaI C. I, II, dan II I
B. II sahaja D. II, III dan IV
Soalan 24 dan 25 adalah berdasarkan petikan di bawah.
Puan Wong telah mengambil polisi insurans kebakaran untuk melindungi rumahnya yang bernilai RM280,000. Pada tahun yang berikutnya pula, beliau telah membeli polisi insurans daripada tiga insurer untuk melindungi rumahnya yang kini dinilaikan sebanyak RM300,000. Polisi insurans lama telah
24.Berapakah pampasan yang dapat diperolehi Puan Wong daripada setiap insurer? A. RM 900,000.00
B. RM 200,000.00 C. RM 300,000.00 D. RM 100,000.00
25.Apakah prinsip yang dirujuk semasa menentukan bayaran pampasan kepada Puan
Wong?
A. Subrogasi
B. Penuh percaya mutlak C. Sumbangan
D. Doktrin sebab hampiran
26.Mengapakah pemilik kenderaan bermotor yang menggunakan jalan raya diwajibkan
mengambil polisi insurans bermotor pihak ketiga? A. Untuk melindungi insured.
B. Untuk melindungi pengguna-pengguna jalan raya yang lain. C. Insured boleh mendapatkan ganti rugi daripada pihak ketiga.
D. Insured boleh mendapat pampasan untuk kenderaannya yang rosak akibat kemalangan jalan raya.
Soalan 27 dan 28 adalah berdasarkan maklumat berikut:
Vinodtha Vinod hendak membeli insurans komprehensif untuk menginsuranskan kereta mewahnya yang bernilai RM800,000. Rumahnya yang bernilai
RM980,000 juga diinsuranskan daripada risiko kebakaran.
27.Kirakan jumlah premium yang perlu dibayarnya sekiranya dia perlu membayar
premium RM9.80 untuk setiap seribu nilai keretanya dan RM8.80 untuk setiap seribu nilai rumahnya A. RM8624.00 B. RM7040.00 C. RM16,464.00 D. RM16,644.00
28.Kereta mewahnya hilang setelah lima tahun, berapakah jumlah gantirugi yang akan diterimanya sekiranya nilai semasa keretanya hanya RM230,000?
A. RM 230,000 B. RM800,000 C. RM980,000 D. RM23,000
mlpl/smjkpt Page 37
2.4 Takaful
29.Pilih pernyataan yang paling tepat menghuraikan insurans takaful.
I Takaful tetap mengamalkan 3 prinsip insurans konvensional.
II Tabarru’ merupakan teras utama yang membina paksi takaful.
III Akaun khas peserta mengendalikan bahagian wang sumbangan peserta
yang dilaburkan.
IV Takaful hanya dijual kepada warga yang beragama Islam sahaja.
A. II sahaja C. I dan II
B. IV sahaja D. I, II, III dan IV
30.Pilih pernyataan yang tepat menunjukkan perbezaan antara takaful dengan insurans konvensional.
I Insurans konvensional beroperasi berlandaskan tiga prinsipnya manakala takaful berlandaskan konsep al-Mudharabah sahaja.
II Takaful tidak melaburkan wangnya dalam perniagaan yang berunsur
perjudian tetapi insurer boleh melakukan demikian.
III Takaful dan syarikat insurans konvensional bebas menjual polisi
insuransnya kepada sesiapa sahaja tanpa mengira kaum dan agama.
IV Peserta takaful dan pemegang polisi insurans konvensional adalah tertakluk pada prinsip indemniti yang tidak membenarkan mereka mendapat keuntungan daripada insurans.
A. I dan II C. II, III, dan IV
B. II dan IV D. I, II, III dan IV
31.Pernyataan yang berikut adalah benar mengenai takaful, kecuali A. Syarikat takaful bertindak sebagai al-Mudharib, iaitu pengusaha.
B. Operasi takaful adalah berlandaskan konsep al-Mudharabah yang merupakan akad perjanjian antara syarikat takaful dan peserta.
C. Akaun khas peserta digunakan untuk membayar pampasan kepada peserta yang ditimpa malang.
D. Keuntungan yang diperolehi dalam perkongsian antara syarikat takaful dan peserta akan dibahagikan sama rata.
32.Soleh telah menyertai Skim Takaful Kebakaran selama 5 tahun dengan bayaran sebanyak RM500 setiap tahun. Rumahnya dinilaikan sebanyak RM190,000. Kos membaiki bahagian belakang rumahnya yang rosak akibat kebakaran ialah RM20,000. Berapakah ganti rugi yang akan diterima oleh Soleh?
A. RM2,500 B. RM190,000 C. RM500 D. RM20,000
33.Takaful tidak membenarkan beberapa unsur yang terdapat sistem insurans konvensional. Apakah unsur-unsur itu?
II Perjudian III Ketidakpastian
IV Perkongsian untung
A. I dan II C. II dan IV
B. I, II dan III D. I, II, III dan IV
34.Intan Aidid membuka Kedai Intan Wanita Anggun, yang menjual barang emas dan
intan permata. Beliau mempunyai 8 orang pekerja yang membantunya. Apakah skim takaful yang perlu disertainya?
I Skim Takaful Kecurian
II Skim Takaful Keluarga
III Skim Takaful Jaminan Setia
IV Skim Takaful Gadaian
A. II sahaja C. I dan III
B. IV sahaja D. I, II, dan IV
2.5 Belian Polisi dan Tuntutan Ganti Rugi
35.Mengapakah insurer perlu menjalankan penyiasatan setelah menerima borang tuntutan ganti rugi yang diisi oleh insurer?
I Menentukan aset itu diambil alih oleh insurer.
II Memastikan jumlah tuntutan adalah kerugian yang sebenarnya.
III Memastikan insured tidak melanggar syarat dalam polisi.
IV Memastikan bahawa kerugian yang dituntut adalah berpunca daripada risiko yang diinsuranskan.
A. I,II dan III C. I, III dan IV
B. I, II dan IV D. II, III dan IV
36.Susun langkah-langkah yang perlu diambil semasa membeli polisi insurans.
I Meminta nota lindungan sementara menunggu polisi siap.
II Mengisi borang dengan berhati-hati dan jujur.
III Membuat kajin dan meneliti produk yang ditawarkan oleh insurer ;ain. IV Membayar insurer dan meminta resit sebagai bukti bayaran.
A. I, II. III IV C. III, II, IV, I
B. IV, II,I, III D. IV, II, III,I
37.Apakah tidakan pertama yang perlu dilakukan sekiranya seseorang pemegang polisi insurans motor komprehensif terlibat dalam kemalangan jalan raya?
A. Membuat laporan polis. B. Mengisi borang tuntutan.
C. Mengembalikan borang cadangan kepada insurer. D. Mencari polisi insurans
38.Susun mengikut urutan yang betul sebelum insured dapat menuntut ganti rugi daripada insurer.
mlpl/smjkpt Page 39
II Mengembalikan borang bersama-sama salinan laporan polis.
III Mengisi borang tuntutan.
IV Membuat laporan polis.
A. II,I,III, IV C. IV, III, II, I
B. IV, II, III, I D. I, II, III dan IV
39.Mengapakah laporan polis perlu dibuat sekiranya insured hendak membuat tuntutan gantirugi daripada insurer?
A. Untuk mendapat kebenaran polis agar siasatan kejadian dapat dilakukan. B. Untuk mendapat ganti rugi yang lebih tinggi.
C. Untuk merekod tentang kejadian yang berlaku.
D. Untuk mengesahkan kebenaran kejadian sebelum diluluskan bayaran pampasan.
40.Puan Lee Wah ingin membeli polisi insurans pendidikan untuk anaknya yang berusia 9 tahun. Susun langkah-langkah yang perlu dilakukan olehnya.
I Mendapatkan maklumat insurans pendidikan.
II Memahami dan mengisi borang cadangan.
III Membayar premium.
IV Mendapatkan nota lindungan.
A. II,I,III, IV C. IV, III, II, I
B. IV, II, III, I D. I, II, III dan IV
Pengukuhan Esei
1. a. Takrifkan konsep insurans. (5markah) b. Jelaskan istilah insurans yang berikut.
i. Insurer ii. Insured iii. Premium iv. Al-Mudharabah
v. Nota Lindungan (10markah) c. Terangkan sumbangan insurans kepada individu dan peniaga. (10markah) 2. a. Jelaskan pemahaman anda mengenai takaful. (7markah)
b. Huraikan perbezaan antara takaful dengan insurans konvensional. (8markah)
c. Nyatakan dan terangkan cara membuat tuntutan gantirugi insurans. (10markah)
3. a. Jason mengidap penyakit lelah. Semasa membeli polisi insurans kesihatan, beliau enggan menyakitkan sejarah penyakit yang dihidapinya. Nyatakan prinsip yang telah dilanggari Jason serta huraikankan akibatnya. (5markah) b. Kereta Yantini hilang dan beliau telah diberikan pampasan oleh insurer. Dua tahun kemudian, keretanya dijumpai semula.