• Tidak ada hasil yang ditemukan

Prinsip Insurans

Dalam dokumen Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot (Halaman 33-43)

Pengukuhan Objektif

1. Berikut merupakan peranan insurans kepada peniaga, kecuali A. Membayar pampasan terhadap risiko yang diinsuranskan

2.2 Prinsip Insurans

10. Nemo dan Dori merupakan jiran. Di belakang rumah mereka terdapat stesyen minyak. Kedua-duanya membeli polisi insurans kebakaran untuk melindungi aset mereka. Mengapakah kadar premium yang dikenakan adalah berbeza?

A. Nemo adalah pengurus kilang sementara Dori adalah penjaja.

B. Rumah Nemo adalah rumah batu tetapi rumah Dori adalah rumah papan. C. Nemo berumur 45 tahun tetapi Dori berumur 54 tahun.

D. Nemo mengenali ejen insuran tetapi Dori tidak mengenalinya.

2.2 Prinsip Insurans

Soalan 11 dan 12 adalah berdasarkan petikan berikut:

Izwart Emmir membeli polisi insurans kebakaran daripada 3 insurer untuk melindungi banglo mewahnya yang diperbuat daripada kayu jati. Semasa mengisi borang cadangan, beliau telah menyatakan banglonya diperbuat

daripada batu, iaitu beliau telah tidak memberikan maklumat yang benar semasa mengisi borang cadangan.

11. Mengapakah Izwart Emmir tidak diberikan pampasan semasa banglo mewahnya musnah dalam satu kebakaran?

A. Menginsurans aset dengan 3 insurer adalah satu kesalahan.

B. Insurer biasanya tidak menginsuranskan aset yang diperbuat daripada kayu. C. Izwart telah tidak membayar premium yang mencukupi untuk mendapatkan

perlindungan.

D. Izwart menyatakan banglonya dibuat daripada batu.

12. Daripada petikan yang diberikan di atas, apakah prinsip insurans yang telah dilanggari oleh Izwart Emmir?

A. Penuh percaya mutlak B. Indemniti

C. Kepentingan diinsuranskan D. Doktrin sebab hampiran

13. Syarikat Pengangkutan Superfast menginsuranskan vannya yang membawa peralatan elektronik daripada risiko kecurian dan rompakan. Salah sebuah vannya telah terlibat dalam kemalangan yang mengakibatkan muatannya remuk sama sekali tetapi pihak insurer telah enggan membayar ganti rugi.

mlpl/smjkpt Page 33 Kes ini dikaitkan dengan prinsip __________

A. Ganti rugi

B. Kepentingan diinsuranskan C. Doktrin sebab hampiran D. Penuh percaya

14. Perhatikan pernyataan di bawah dan nyatakan prinsip insurans yang diwakili oleh pernyataan tersebut.

A. Indemniti B. Subrogasi

C. Penuh percaya mutlak D. Kepentingan boleh insurans

15. Kendrik Thavis menginsuranskan rumahnya daripada risiko kebakaran. Semasa ombak tsunami melanda kawasan pantai Pulau Pinang, rumahnya turut mengalami kerosakan, tetapi beliau tidak diberikan bayaran ganti rugi.

Apakah prinsip yang diikuti oleh insurer dalam kes di atas? A. Subrogasi

B. Penuh percaya mulak C. Doktrin sebab hampiran D. Kepentingan boleh diinsurans

16. Pilih pernyataan yang memberikan huraian yang paling tepat mengenai indemniti. A. Pampasan yang dibayar oleh insurer kepada insured ke atas risiko yang

diinsuranskan.

B. Insured mengisi borang cadangan dengan jujur.

C. Bayaran yang dibuat oleh insured kepada insurer untuk mendapatkan perlindungan ke atas risiko yang berlaku.

D. Perjanjian antara insurer dengan insured.

17. Setakat manakah seorang usahawan boleh menginsuranskan rakan kongsinya?

I Keseluruhan aset yang dimiliki oleh rakan kongsinya.

II Jumlah modal yang dilaburkan rakan kongsinya dalam perusahaan mereka.

III Keseluruhan nilai perusahaan mereka. IV Tiada had dalam insurans hayat.

A. I sahaja C. III dan IV

B. II sahaja D. I, II, III dan IV

Semasa mengisi borang cadangan, insured mesti

2.3 Jenis Insurans

Soalan 18 dan 19 adalah berdasarkan maklumat di bawah:

Cun baru membeli kereta idamannya. Cun ingin mendapat perlindungan terhadap sebarang kemalangan yang berlaku ke atas dirinya, keretanya dan juga orang ramai yang mungkin tercedera sekiranya berlaku kemalangan yang bersabit dengan kereta idamannya itu.

18. Apakah jenis polisi yang perlu dibelinya? A. Insurans motor

B. Insurans pihak ketiga C. Insurans komprehensif

D. Insurans kemalangan peribadi

19. Sekiranya Cun mengupah Jason sebagai pemandunya, apakah jenis insurans yang perlu dibelinya untuk melindungi diri daripada tuntutan Jason atau keluarganya sekiranya Jason tercedera atau terkorban semasa menjalankan tugasnya?

A. Insurans hayat sementara B. Insurans jaminan setia C. Insurans laibiliti am D. Insurans liabiliti majikan

Soalan 20 dan 21 adalah berdasarkan maklumat di bawah:

Boonhua membuka kilang memproses alat perhiasan besi dan keluli. Pekerja-pekerjanya terdedah pada banyak bahaya kerana menggunakan bahan kimia dan bahan api yang panas membara untuk menghasilkan kerja ukiran, mengilatkan produk dan lain-lain.

20. Apakah jenis polisi insurans yang perlu dibeli oleh Boonhua untuk melindungi dirinya daripada pelbagai jenis tuntutan?

I Insurans liabiliti majikan

II Insurans kebakaran

III Insurans hayat sementara

IV Insurans endownmen

A. I dan II C. I dan IV

B. II dan IV D. II, III dan IV

21. Seterusnya Boonhua bercadang untuk menyahut seruan kerajaan dalam usaha menarik kedatangan pelancong dengan membenarkan kilangnya dilawati oleh

mlpl/smjkpt Page 35 pelancong. Beliau juga hendak membuka kaunter untuk menjual produknya kepada pelancong dalam satu sudut di kilangnya.

Apakah polisi tambahan yang perlu dibelinya?

I Insurans gadaian

II Insurans jaminan setia III Insurans liabiliti am

IV Insurans kecurian

A. I dan II C. II, III dan IV

B. II dan IV D. II, III dan IV

Soalan 22 dan 23 adalah berdasarkan meklumat di bawah:

Giok Liin merupakan ibu tunggal yang mempunyai seorang anak cacat. Dia ingin menabung serta hendak memastikan kebajikan dirinya dan anaknya terjaga sekiranya berlaku kemalangan yang mengakibatkannya hilang keupayaan ataupun menghadapi maut.

22. Apakah jenis polisi yang wajar dibelinya? A. Insurans hayat sementara

B. Insurans hayat seumur hidup C. Insurans endownmen

D. Insurans pendidikan

23. Azni mengambil pinjaman bank untuk membeli rumah kos rendah dan telah dinasihati untuk membeli insurans gadaian.

Apakah fungsi insurans ini?

I Melindunginya daripada risiko ditipu oleh pengusaha perumahan.

II Menjamin bahawa aset yang dibeli tidak dirampas sekiranya insured meninggal dunia sebelum sempat menjelaskan ansuran.

III Membantu insured menjelaskan ansuran ketika insured mengalami masalah

kewangan.

IV Menjelaskan kos rawatan insured dan tanggungan waria.

A. I sahajaI C. I, II, dan II I

B. II sahaja D. II, III dan IV

Soalan 24 dan 25 adalah berdasarkan petikan di bawah.

Puan Wong telah mengambil polisi insurans kebakaran untuk melindungi rumahnya yang bernilai RM280,000. Pada tahun yang berikutnya pula, beliau telah membeli polisi insurans daripada tiga insurer untuk melindungi rumahnya yang kini dinilaikan sebanyak RM300,000. Polisi insurans lama telah

24. Berapakah pampasan yang dapat diperolehi Puan Wong daripada setiap insurer? A. RM 900,000.00

B. RM 200,000.00 C. RM 300,000.00 D. RM 100,000.00

25. Apakah prinsip yang dirujuk semasa menentukan bayaran pampasan kepada Puan Wong?

A. Subrogasi

B. Penuh percaya mutlak C. Sumbangan

D. Doktrin sebab hampiran

26. Mengapakah pemilik kenderaan bermotor yang menggunakan jalan raya diwajibkan mengambil polisi insurans bermotor pihak ketiga?

A. Untuk melindungi insured.

B. Untuk melindungi pengguna-pengguna jalan raya yang lain. C. Insured boleh mendapatkan ganti rugi daripada pihak ketiga.

D. Insured boleh mendapat pampasan untuk kenderaannya yang rosak akibat kemalangan jalan raya.

Soalan 27 dan 28 adalah berdasarkan maklumat berikut:

Vinodtha Vinod hendak membeli insurans komprehensif untuk menginsuranskan kereta mewahnya yang bernilai RM800,000. Rumahnya yang bernilai

RM980,000 juga diinsuranskan daripada risiko kebakaran.

27. Kirakan jumlah premium yang perlu dibayarnya sekiranya dia perlu membayar

premium RM9.80 untuk setiap seribu nilai keretanya dan RM8.80 untuk setiap seribu nilai rumahnya A. RM8624.00 B. RM7040.00 C. RM16,464.00 D. RM16,644.00

28. Kereta mewahnya hilang setelah lima tahun, berapakah jumlah gantirugi yang akan diterimanya sekiranya nilai semasa keretanya hanya RM230,000?

A. RM 230,000 B. RM800,000 C. RM980,000 D. RM23,000

mlpl/smjkpt Page 37

2.4 Takaful

29. Pilih pernyataan yang paling tepat menghuraikan insurans takaful.

I Takaful tetap mengamalkan 3 prinsip insurans konvensional.

II Tabarru’ merupakan teras utama yang membina paksi takaful.

III Akaun khas peserta mengendalikan bahagian wang sumbangan peserta

yang dilaburkan.

IV Takaful hanya dijual kepada warga yang beragama Islam sahaja.

A. II sahaja C. I dan II

B. IV sahaja D. I, II, III dan IV

30. Pilih pernyataan yang tepat menunjukkan perbezaan antara takaful dengan insurans konvensional.

I Insurans konvensional beroperasi berlandaskan tiga prinsipnya manakala takaful berlandaskan konsep al-Mudharabah sahaja.

II Takaful tidak melaburkan wangnya dalam perniagaan yang berunsur

perjudian tetapi insurer boleh melakukan demikian.

III Takaful dan syarikat insurans konvensional bebas menjual polisi

insuransnya kepada sesiapa sahaja tanpa mengira kaum dan agama.

IV Peserta takaful dan pemegang polisi insurans konvensional adalah tertakluk pada prinsip indemniti yang tidak membenarkan mereka mendapat keuntungan daripada insurans.

A. I dan II C. II, III, dan IV

B. II dan IV D. I, II, III dan IV

31. Pernyataan yang berikut adalah benar mengenai takaful, kecuali A. Syarikat takaful bertindak sebagai al-Mudharib, iaitu pengusaha.

B. Operasi takaful adalah berlandaskan konsep al-Mudharabah yang merupakan akad perjanjian antara syarikat takaful dan peserta.

C. Akaun khas peserta digunakan untuk membayar pampasan kepada peserta yang ditimpa malang.

D. Keuntungan yang diperolehi dalam perkongsian antara syarikat takaful dan peserta akan dibahagikan sama rata.

32. Soleh telah menyertai Skim Takaful Kebakaran selama 5 tahun dengan bayaran sebanyak RM500 setiap tahun. Rumahnya dinilaikan sebanyak RM190,000. Kos membaiki bahagian belakang rumahnya yang rosak akibat kebakaran ialah RM20,000. Berapakah ganti rugi yang akan diterima oleh Soleh?

A. RM2,500 B. RM190,000 C. RM500 D. RM20,000

33. Takaful tidak membenarkan beberapa unsur yang terdapat sistem insurans konvensional. Apakah unsur-unsur itu?

II Perjudian III Ketidakpastian

IV Perkongsian untung

A. I dan II C. II dan IV

B. I, II dan III D. I, II, III dan IV

34. Intan Aidid membuka Kedai Intan Wanita Anggun, yang menjual barang emas dan intan permata. Beliau mempunyai 8 orang pekerja yang membantunya. Apakah skim takaful yang perlu disertainya?

I Skim Takaful Kecurian

II Skim Takaful Keluarga

III Skim Takaful Jaminan Setia

IV Skim Takaful Gadaian

A. II sahaja C. I dan III

B. IV sahaja D. I, II, dan IV

2.5 Belian Polisi dan Tuntutan Ganti Rugi

35. Mengapakah insurer perlu menjalankan penyiasatan setelah menerima borang tuntutan ganti rugi yang diisi oleh insurer?

I Menentukan aset itu diambil alih oleh insurer.

II Memastikan jumlah tuntutan adalah kerugian yang sebenarnya.

III Memastikan insured tidak melanggar syarat dalam polisi.

IV Memastikan bahawa kerugian yang dituntut adalah berpunca daripada risiko

yang diinsuranskan.

A. I,II dan III C. I, III dan IV

B. I, II dan IV D. II, III dan IV

36. Susun langkah-langkah yang perlu diambil semasa membeli polisi insurans.

I Meminta nota lindungan sementara menunggu polisi siap.

II Mengisi borang dengan berhati-hati dan jujur.

III Membuat kajin dan meneliti produk yang ditawarkan oleh insurer ;ain. IV Membayar insurer dan meminta resit sebagai bukti bayaran.

A. I, II. III IV C. III, II, IV, I

B. IV, II,I, III D. IV, II, III,I

37. Apakah tidakan pertama yang perlu dilakukan sekiranya seseorang pemegang polisi insurans motor komprehensif terlibat dalam kemalangan jalan raya?

A. Membuat laporan polis. B. Mengisi borang tuntutan.

C. Mengembalikan borang cadangan kepada insurer. D. Mencari polisi insurans

38. Susun mengikut urutan yang betul sebelum insured dapat menuntut ganti rugi daripada insurer.

mlpl/smjkpt Page 39

II Mengembalikan borang bersama-sama salinan laporan polis.

III Mengisi borang tuntutan.

IV Membuat laporan polis.

A. II,I,III, IV C. IV, III, II, I

B. IV, II, III, I D. I, II, III dan IV

39. Mengapakah laporan polis perlu dibuat sekiranya insured hendak membuat tuntutan gantirugi daripada insurer?

A. Untuk mendapat kebenaran polis agar siasatan kejadian dapat dilakukan. B. Untuk mendapat ganti rugi yang lebih tinggi.

C. Untuk merekod tentang kejadian yang berlaku.

D. Untuk mengesahkan kebenaran kejadian sebelum diluluskan bayaran pampasan.

40. Puan Lee Wah ingin membeli polisi insurans pendidikan untuk anaknya yang berusia 9 tahun. Susun langkah-langkah yang perlu dilakukan olehnya.

I Mendapatkan maklumat insurans pendidikan.

II Memahami dan mengisi borang cadangan.

III Membayar premium.

IV Mendapatkan nota lindungan.

A. II,I,III, IV C. IV, III, II, I

B. IV, II, III, I D. I, II, III dan IV

Pengukuhan Esei

1. a. Takrifkan konsep insurans. (5markah) b. Jelaskan istilah insurans yang berikut.

i. Insurer ii. Insured iii. Premium iv. Al-Mudharabah

v. Nota Lindungan (10markah) c. Terangkan sumbangan insurans kepada individu dan peniaga. (10markah) 2. a. Jelaskan pemahaman anda mengenai takaful. (7markah)

b. Huraikan perbezaan antara takaful dengan insurans konvensional. (8markah)

c. Nyatakan dan terangkan cara membuat tuntutan gantirugi insurans. (10markah)

3. a. Jason mengidap penyakit lelah. Semasa membeli polisi insurans kesihatan, beliau enggan menyakitkan sejarah penyakit yang dihidapinya. Nyatakan prinsip yang telah dilanggari Jason serta huraikankan akibatnya. (5markah) b. Kereta Yantini hilang dan beliau telah diberikan pampasan oleh insurer. Dua tahun kemudian, keretanya dijumpai semula.

Siapakah yang dapat menuntut hak ke atas kereta tersebut? Kaitkan dan huraikan jawapan anda dengan prinsip insurans. ( 8markah) c. Nyatakan dan huraikan faktor yang menentukan kadar premium yang perlu dibayar oleh seseorang yang hendak menyertai skim insurans kebakaran. (12markah) 4. a. Huraikan pemahaman anda mengenai insurans hayat. (5markah) b. Nyatakan dan terangkan tiga jenis insurans hayat yang ditawarkan. (15markah) c. Pampasan merujuk pada bayaran gantirugi yang akan dibayar oleh insurer kepada

insured sekiranya berlaku risiko yang diinsuranskan. Dalam konteks ini,

terangkan keadaan di mana pampasan atau gantirugi akan dibayar oleh insurans penerbangan. (5markah) 5. a. Apakah insurans gadaian? (5markah)

b. Mengapakah insurans ini penting kepada seorang ketua keluarga? (5markah) c. Huraikan mengenai insurans pendidikan dan terangkan sebabnya insurans ini

disamakan dengan insurans endowmen? (8markah) d. Jelaskan pemahaman anda mengenai insurans liabiliti am. Terangkan dua keadaan

insurans ini dapat membantu insured. (7markah)

Pengukuhan Kajian Kes

Baca kes di bawah dengan teliti.

Berdasarkan kes di atas, jawab soalan-soalan yang berikut:

1. Nyatakan dan terangkan empat jenis-jenis insurans yang perlu dibeli oleh Fei Bien untuk melindungi dirinya. ( 20 markah ) 2. Jelaskan langkah-langkah yang perlu diambil oleh Fei Bien semasa hendak membeli

polisi insurans. ( 5 markah )

Fei Bien merupakan seorang peniaga yang berpandangan jauh. Beliau telah mengusahakan perniagaan restoran bergerak di atas sebuah kapal yang berulang-alik antara Pulau Pinang dan Seberang Perai.

Perniagaannya yang semakin maju, dikunjungi oleh ramai pelanggan; baik dari dalam negeri mahupun dari luar negeri. Selain menikmati makanan yang lazat, para pelanggan akan dihibur dengan nyanyian dan tarian tradisional dan moden. Tambahan pula mereka dapat menikmati udara nyaman sambil melihat pemandangan waktu malam.

Beliau mempunyai seramai 30 pekerja tetap. Selain itu, terdapat penyanyi undangan yang diupahnya setiap malam.

41

Bab 3 - Pengangkutan

Konsep Kilat

PENGANGKUTAN Jenis Pengangkutan Keselesaan Kemudahan Kuantiti, saiz & berat Kecepatan Risiko Nilai Jarak Kos Jenis barang Faktor Pemilihan Peranan

Mengelak keadaan lebihan dan kurangan Meluaskan pasaran dan menggalakkan perniagaan Mengalakkan pengeluaran secara besar-besaran Mengurangkan kos penyimpanan stok

Mempelbagaikan pilihan pengguna

Membantu pertumbuhan ekonomi & peluang pekerja Menyebarkan hasil ciptaan sains dan teknologi Memudahkan pergerakan tenaga buruh

Laut Kapal kargo Kapal kerentan Kapal pesisir pantai Kapal Udara Helikopter Kapal terbang Saluran Paip Air Gas Minyak Darat Jalan Raya Rel  MAS  DCA Pengangkutan udara Pengangkutan rel KTMB Saluran paip Petronas Pengangkutan laut MISC Jabatan Laut Lembaga Pelabuhan  JPJ  LPKP  PUSPAKOM Pengangkutan darat Agensi

Dalam dokumen Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot (Halaman 33-43)