Graf bar 2:Bahagian C (Soalan 9)
Berdasarkan Graf bar 2, 30 orang responden (100%) mengenali terma baju renang, 26 orang responden (86.7%) mengenali terma kot labuh dan terma gaun pendek. Walau bagaimanapun, tidak ramai responden yang mengetahui terma simis dan celana lekap. Hanya 7 orang responden (23.3%) mengenali terma celana lekap dan seramai 11 responden (36.7%) mengenali terma simis. Menurut Kamus Dewan (2015 : 1495), simis merupakan kain dalam wanita (dipakai di bawah skirt, kain kembang, dan sebagainya). Celana lekap pula lebih dikenali dalam terma bahasa Inggeris, iaitu leggings. Leggings merupakan sejenis seluar yang ketat dan elastik dan biasanya dipakai oleh golongan wanita. Graf bar 1 menunjukkan bahawa majoriti responden lebih mengenali terma simis dan celana lekap dalam bahasa Inggeris, iaitu inner skirt dan leggings.
Soalan 10:
a) Sila tandakan terma fesyen yang anda kenali di dalam kotak yang disediakan
0 5 10
Cockta il dress Bell-bottom Plea ted skirt Fashion victim Fa shion crime Graf bar 3 : Bahagian C (Soalan 10a)
Graf bar 3 menunjukkan seramai 24 responden (80%) mengenali fashion victimdaripada 30 orang responden mengenali terma fashion victim dan 23 responden (76.7%) mengenali terma cocktail dress dan fashion crime. Bagi terma pleated skirt, seramai 20 responden (66.7%) mengenali terma tersebut, manakala hanya 18 responden (60%) yang mengenali terma bell-bottom. Setiap terma yang ditandakan oleh subjek kajian adalah tinggi, iaitu 60% dan ke atas.Ini menunjukkan bahawa responden lebih mengenali terma fesyen dalam bahasa Inggeris kerana istilah ini kerap digunakan dalam kalangan masyarakat.
b) Nyatakan adakah terma ini dapat diterjemahkan ke bahasa Melayu.
0 5 10 15 20 25 30 Cockta il dress
Bell-bottom Plea ted skirt Fa shion victim
Fa shion crime
YA TIDAK
Graf bar 4 menunjukkan majoriti responden berpendapat bahawa sesetengah terma bahasa Inggeris tidak dapat diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Seramai 17 orang (56.7%) yang berpendapat bahawa terma cocktail dress tidak dapat diterjemahkan, 21 orang (70%) bagi terma bell-bottom, dan 18 orang (60%) responden bagi terma pleated
skirt. Bagi terma fashion victim, seramai 22 orang (73.3%) responden mengatakan
bahawa istilah tersebut dapat diterjemahkan dalam bahasa Melayu dan terma fashion
crime pula seramai 18 orang (60%) responden. Bagi terma cocktail dress, bell-bottom
dan pleated skirt, majoriti responden mengatakan bahawa terma tersebut tidak dapat diterjemahkan dalam bahasa Melayu. Namun begitu, majoriti responden berpendapat bahawa terma fashion victim dan fashion crime dapat diterjemahkan dalam bahasa Melayu.Daripada kajian yang dijalankan ini, didapati bahawa responden yang terlibat lebih berminat untuk menggunakan istilah bahasa Inggeris dalam bidang fesyen berbanding dengan bahasa Melayu kerana biasa digunakan oleh semua orang.
Bahagian D: Soalan Terbuka Soalan 11:
Carta Pai 4.1 : Bahagian D (Soalan 11)
Berdasarkan data yang diperoleh untuk soalan soal selidik yang kesebelas, telah didapati bahawa majoriti responden mengetahui terma fesyen bahasa Inggeris yang diubah ke bahasa Melayu.Peratusannya ialah sebanyak 57% bersamaan 17 orang responden.Manakala 43% lagi bersamaan 13 orang responden mengatakan „Tidak” dalam ruangan jawapan yang diberikan. Antara alasan yang diberikan ialah:
Tidak pasti (40%),
Tidak tahu langsung (40%),
Tidak mengikuti perkembangan fesyen (20%).
Walau bagaimanapun, antara pandangan dan contoh yang diberikan tentang istilah fesyen yang terdapat dalam bahasa Melayu oleh para responden juga terdiri daripada
57% 43%
Soalan 11
Adakah anda mengetahui terma fesyen bahasa Inggeris yang diubah ke bahasa Melayu? Jika ya, sila nyatakan
satu (1) terma yang telah diubah tersebut
Ya Tida k
bahawa kebanyakan responden tidak kekok untuk menggunakan terma fesyen dalam bahasa Melayu.
Soalan 12:
Carta Pai 4.2: Bahagian D (Soalan 12)
Berdasarkan carta pai 4.2, pernyataan yang diberikan bertujuan untuk mengenal pasti terma fesyen yang diambil secara terus oleh bahasa Inggeris ke bahasa Melayu dengan berteraskan jawapan para responden. Bagi pernyataan ini, sebanyak 63%, iaitu seramai 19 orang responden yang tahu akan hal ini. Antara istilah yang diberikan oleh para responden ialah jeans, cardigan, bikini, dress, haute couture (high fashion), slack,
peplum, fish tail, bowtie, blouse, skirt, vest, leggings, ball gown dan bishop dress.
Responden mengatakan bahawa istilah tersebut lebih dikenali oleh pengguna dan kebarangkalian untuk menterjemah istilah tersebut adalah sukar.Namun begitu, sebanyak 11 orang responden bersamaan 47% mengatakan bahawa mereka tidak tahu dan tidak mengikuti perkembangan fesyen. Carta kajian ini dapat diperkukuh dengan adanya kajian yang dibuat oleh Hyunju Park. Hyunju Park (2006) telah membuat kajian tentang “English as Fashion: English Mixing in Women’s Fashion Magazines.” Kajian ini memberikanfokus kepada sumbangan bahasa Inggeris dalambidang fesyen, terutamanya
dalam majalah fesyen wanita.
Sesi temu bual
Ketika sesi temu bual dijalankan, 2 orang responden yang terdiri daripada seorang perempuan dan seorang lelaki telah dipilih, dan kedua-dua responden mengambil jurusan kesusasteraan Inggeris. Soalan yang disoal berdasarkan soalan 11 dan soalan 12.Maklumat balas yang diperoleh daripada responden untuk soalan 11 ialah terma kemeja T(T-shirt), baju T(T-shirt), selendang (scarf) dan seluar (trousers). Istilah fesyen yang diberikan oleh dua orang responden tersebut masih diguna pakai dan diketahui oleh orang ramai. Seterusnya, bagi soalan 12, responden mengatakan bahawa istilah fesyen bahasa Inggeris yang dipraktikkan dalam pertuturan harian mereka adalah seperti
leggings, shawl, dress, skirt, short pants, jacket, blazer, boxer dan slack.Hal ini
menunjukkan bahawa kedua-dua responden lebih mengetahui terma fesyen dalam bahasa Inggeris berbanding dengan bahasa Melayu. Kedua-dua responden juga mengatakan bahawa istilah ini tidak dapat diterjemah ke bahasa Melayu kerana mereka lebih selesa menggunakan istilah fesyen dalam bahasa Inggeris.
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, objektif kajian, iaitu untuk mengenal pasti terma fashion yang tidak dapat diterjemahkan ke bahasa Melayu dan menganalisis terma fashion bahasa Inggeris yang telah diubah ke bahasa Melayutelah tercapai. Kajian telah mengemukakan pelbagai istilah fesyen yang terdiri daripada bahasa Melayu dan juga bahasa Inggeris, seperti kasut tinggi dan tudung serta jeans dan cardigan. Selain itu, teori yang dikemukakan Chaer dan Agustina (2004) turut membahaskan bahawa perubahan bahasa yang berkenaan dengan soal bahasa sebagai kod, sesuai dengan sifatnya yang dinamik dan sebagai akibat perhubungan dengan kodlain, juga telah membuktikan bahawa istilah fesyen di Malaysia turut mengalami perubahan kerana pendedahan bahasa asing oleh media massa. Namun begitu, perkara ini masih boleh dikawal sekiranya pihak yang bertanggungjawab berusaha untuk memperkenalkan istilah fesyen dalam bahasa Melayu dengan lebih kerap. Tegasnya, penggunaan istilah bahasa Inggeris dan bahasa Melayu dalam bidang fesyen perlu diseimbangkan supaya tidak berlaku pencemaran bahasa akibat daripada percampuran kod.
BIBLIOGRAFI
AnidaAsuka& Siti NuurRoihanSaidin. (2014). Kekuatan dan Kelemahan Kamus Dwibahasa
dalam Membantu Penterjemah.Serdang:Universiti Putra Malaysia
Arifah A. Riyanto dan LiunirZulbahri. (2009). .Istilah-istilah dalam Model Busana dan
Penerapannya. Diambil daripada https://docslide.us/doc/documents/modul-busana.html
Arifah A. Riyantodan Liunir Zulbahri. (2009). Konsep Dasar Busana. Diambil daripada
https://docslide.us/documents/modul-busana.html
Behrooz Gharleghi. (2013). “Malaysian Young Consumer Preferences In Choosing International Fashion Brand”.Journal of Human and Social Science ResearchVol. 1, No. 1 (2013), 31-38.
Clothing in Peninsular Malaysia)”. Jurnal Arkeologi Malaysia, Bilangan 26: 147 – 161. Hyunju Park (2006).English as Fashion: English Mixing in Women‟s Fashion Magazines.Di
ambil daripadahttp://www.paaljapan.org/resources/proceedings/2004/ParkHyunju.pdf
Juan Ramón Guijarro Ojeda dan Raúl Ruiz Cecilia. (2004). Attitudes of English people
towards lexical borrowing. Glosasdidacticas.Diambil pada 25 November 2014 daripadahttp://www.um.es/glosasdidacticas/doc-es/19guijarro.pdf
Noorazma binti Nawi. (2010). Fesyen dalam Institusi Pendidikan Tinggi: Perspektif dari
Sarawak dan Kelantan.Kuching : Universiti Malaysia Sarawak.
Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Diambil pada 30 April 2015 daripada http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=peristilahan
Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Diambil pada 30 April 2015 daripadahttp://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=fesyen
Siti Zainon Ismail. (2009). Pakaian Cara Melayu. Bangi : Penerbit Universiti Kebangsaan malaysia
Zenith Vega Fauziah. (2013).Pemakaian Istilah Asing Fashion di Kalangan Sosialita(Kajian
MAHAWANGSA 4 (2): 379 – 388 (2017)
MAHAWANGSA
Laman sesawang: http://www.mahawangsa.upm.edu.my/