• Tidak ada hasil yang ditemukan

VOL. 4 (2) NOV. 2017

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "VOL. 4 (2) NOV. 2017"

Copied!
215
0
0

Teks penuh

(1)

VOL. 4 (2) NOV. 2017

(2)

P e rt a n ik a M a h a w a n g s a P e rt a n ik a M A H AW A N G S A P e rt a n ik a M A H AW A N G S A P e rt a n ik a M A H AW A N G S A

Pertanika MAHAWANGSA (Jurnal Bahasa, Budaya dan Warisan Melayu)

Latar Belakang

Pertanika merupakan jurnal berwasit antarabangsa yang berfungsi sebagai medium penerbitan

dan perbincangan isu pertanian tropika serta bidang berkaitan. Pertanika memulakan penerbitan pertama pada 1978 sebagai Journal of Tropical Agricultural Science. Pada 1992, Pertanika diselaraskan kepada tiga jurnal berasingan, iaitu Journal of Social Sciences & Humanities (JSSH),

Journal of Tropical Agricultural Science (JTAS) dan Journal of Science and Technology (JST)

sebagai memenuhi keperluan jurnal yang lebih khusus dalam bidang pengajian. Pengasingan ini memberikan ruang tumpuan yang khusus terhadap kekuatan bidang yang pelbagai di universiti. Pada 2013, siri terbaharu dalam Pertanika telah diwujudkan, iaitu Pertanika MAHAWANGSA (Jurnal Bahasa, Budaya dan Warisan Melayu). Siri jurnal ini lebih tertumpu kepada bidang bahasa, budaya dan warisan Melayu. Pertanika MAHAWANGSA diterbitkan dalam bahasa Melayu, dua kali setahun, iaitu pada Jun dan November dan dibuka kepada pengarang dari seluruh dunia

Matlamat

Menyebarluaskan penyelidikan berkualiti tinggi kepada umum.

Kualiti

Pertanika menyasarkan kecemerlangan melalui profesionalisme dalam penerbitan. Keputusan

penerimaan makalah dijamin dalam tempoh 14 minggu. Masa diambil daripada serahan makalah kepada penerbitan untuk artikel adalah dalam purata 5-6 bulan.

Indeks Petikan

Pengetahuan dan pengalaman penerbitan selama 33 tahun telah melayakkan siri terbitan Pertanika diindeks dalam SCOPUS (Elsevier), Thomson (ISI) Web of Knowledge [CAB Abstracts], EBSCO,

DOAJ, ISC, MyAIS dan Rubriq.

Visi

Pertanika akan terus mempertingkatkan kandungan, khidmat penyelidikan dan capaian arkib jurnal

kepada umum. Pertanika berusaha merealisasikan wawasan baharu yang akan memberikan manfaat kepada ahli akademik dan masyarakat umum. Kemunculan medium atas talian menjadi pemacu utama sebaran berita penyelidikan terkini untuk pembaca Pertanika.

Skop dan Matlamat

Matlamat Pertanika MAHAWANGSA adalah untuk menjadi peneraju utama dalam bidang bahasa, budaya dan warisan Melayu merentas disiplin. Kandungan penulisan boleh berbentuk konseptual, teoritikal, empirikal, sejarawi, dan sebagainya dalam kerangka kebahasaan, kesusasteraan, pendidikan, kebudayaan dan warisan Melayu. Ranah pengajian mestilah meliputi alam Melayu dan diaspora Melayu.

Kenyataan Redaksi

Pertanika ialah jurnal rasmi Universiti Putra Malaysia. Singkatan untuk Jurnal Pertanika Bahasa, Budaya dan Warisan Melayu ialah Pertanika MAHAWANGSA.

(3)

Abdul Mua’ti@ Zamri Ahmad Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik

Universiti Putra Malaysia

Editor Bersekutu I

Mohd Zariat Abdul Rani

Teori dan Kritikan Sastera

Universiti Putra Malaysia

Editor Bersekutu II

Muhd Zulkifli Ismail

Bahasa dan Kesusasteraan Arab

Universiti Putra Malaysia

Anggota Sidang Editorial Arndt Graf, Linguistik dan Bahasa Melayu, Goethe-University Frankfurt, Germany. Barbara Watson Andaya, Pengajian Sejarah Alam Melayu, University of Hawai‘i, USA. Che Ibrahim Salleh, Linguistik Terapan dan Tatabahasa Melayu, Universiti Putra Malaysia. Deddy Mulyana, Komunikasi antara budaya, Universitas Padjadjaran, Indonesia.

Ezhar Tamam, Komunikasi antara Budaya, Pembangunan Belia dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia. Halis Azhan, Penulisan Kreatif, Kesusasteraan Kanak-Kanak dan Remaja, Universiti Putra Malaysia. Hashim Musa, Sosiolinguistik, Falsafah Bahasa, Manuskrip Melayu dan Tulisan Jawi, Universiti Putra Malaysia. Mohamad Mokhtar Abu Hassan, Kesusasteraan Melayu Moden, Universiti Malaya.

Noriah Mohamed, Bahasa Melayu dan Linguistik, Universiti Sains Malaysia.

Osman Bakar, Falsafah Sains, Peradaban dan Pemikiran Islam, Universiti Brunei Darussalam. Syed Farid Alatas, Sosiologi Pengajian Masyarakat dan Budaya Melayu, National University of Singapore. Wu Zong Yu, Bahasa, Sastera dan Pengajian Melayu, Beijing Foreign Studies University, China. Zaharani Ahmad, Bahasa Melayu dan Linguistik, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ketua Editor

Pertanika MAHAWANGSA (Jurnal Bahasa, Budaya dan Warisan Melayu), Pejabat Dekan,

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor, Malaysia

Tel: +603-8946 8661 / 8326 / 8723 / 8753 • Faks: +603 8943 9951 E-mel: mahawangsa@upm.edu.my ; azuwan_nor@yahoo.com

Laman Sesawang: http://www.mahawangsa.upm.edu.my

Penerbit

Penerbit Universiti Putra Malaysia

Universiti Putra Malaysia 43400 UPM, Serdang, Selangor, Malaysia Tel: +603 8946 8855, 8946 8854 • Faks: +603 8941 6172

E-mel: penerbit@upm.edu.my

Laman Web : http://penerbit.upm.edu.my

(4)

Corak dasar : PUCUK REBUNG

Variasi : PUCUK REBUNG BUAH PADI Filosofi : Pucuk rebung buah padi

Tanda hidup mengenang budi Sebarang kerja akan menjadi Ilmu banyak dada berisi

Keterangan Warna

Emas : Mercu Kegemilangan Ungu : Warisan Peradaban Melayu

Adaptasi daripada:

Corak dan Ragi Tenun Melayu Riau

Penulis: Abdul Malik, Tenas Effendy, Hassan Junus dan Auzar Thaher

(5)

Kandungan

Makalah

Penaklukan Perkembangan Tulisan Jawi Mutakhir Berdasarkan Etimologi 187

Adi Yasran Abdul Aziz Wan Muhammad Wan Sulung dan Norhafiza

Meneroka Kerumitan Kognitif Dalam Membaca Jawi Melalui KajianPergerakan Mata

201

Khazriyati Sallehudin dan Ho Hong-Fa

Penggunaan Bahasa Dalam Bahan Perhubungan Media di Malaysia 217

Mohd Yahya Mohamed Ariffin, Sharil Nizam Sha’ri dan Jesicca Ong Hai Liaw

Sistem Panggilan dalam Masyarakat Melayu Brunei: Pengekalan dan Pemantapan Jati Diri

229

Aini Haji Karim

Pengunaan Bahasa dalam Telefon Pintar 259

Sivaneswary Sivaratanam, Vijayaletchumy Subramaniam dan Che Ibrahim Salleh

Kesalahan Tatabahasa Melayu Dalam Pembelajaran Bahasa Kedua 273

Nur Eliani Husaini dan Che Ibrahim Salleh

Medan Maklumat Dalam Kamus Dewan dan Kamus Bear Bahasa Indonesia 285

Chong Oi Chin, Vijayaletchumy a/p Subramaniam dan Che Ibrahim Salleh

Medan Semantik Hari Budi Melayu Dalam Warkah Melayu Tradisional 309

Isnariah Binti Idris dan Che Ibrahim Salleh

Penggunaan Frasa Kerja Dalam Akhbar Harian Metro 329

Muhammad Fitri Abdul Mutalib, Che Ibrahim Salleh dan Sharil Nizam Sha’ri

Penguasaan Peribahasa Dalam Kalangan Murid Sekolah Kebangsaan 345

Hamsiah Juki dan Che Ibrahim Salleh

Peristilahan Bidang Fesyen Daripada Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu 361

Amirra Shazreena Amirul Razin, Vijayaletchumy Subramamniam dan Che Ibrahim Salleh

Mistik Bahasa: ‘Timang Mayang’ Sebagai Adat Tradisi Melayu Sambas Yang Semakin Dilupakan

379

Muhammad Saiful Haq Bin Husin dan Agus Syahrani

(6)

MAHAWANGSA 4 (2): 187 – 200 (2017)

MAHAWANGSA

Laman sesawang: http://www.mahawangsa.upm.edu.my/

Penaakulan Perkembangan Tulisan Jawi Mutakhir Berdasarkan

Etimologi

Adi Yasran Abdul Aziz1*, Wan Muhammad Wan Sulung2 dan Norhafiza Alias1

1

Jabatan Bahasa Melayu,Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi,, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor, Malaysia

2

Jabatan Bahasa Asing, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi,, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor, Malaysia

ABSTRAK

Teori evolusi Jawi Kang Kyoung Seock (1993) berakhir pada 1986 apabila Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan diterbitkan pada tahun tersebut seolah-olah pedoman tersebut adalah muktamad dan tiada lagi perubahan pada sistem ejaan Jawi. Bagaimanapun, hasil penelitian yang dilakukan didapati bahawa masih banyak perubahan sistem ejaan yang berlaku dari tahun tersebut sehingga buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi – Sebutan – Jawi Edisi Kedua (2008) diterbitkan. Maka seharusnya buku ini dijadikan sebagai pegangan muktamad pada masa ini. Dalam buku ini, terdapat sistem ejaan bagi kata serapan bahasa Arab dan kata serapan Inggeris, namun sistem ejaan kata Melayu jati tidak dinyatakan dengan jelas dan banyak kekecualian berlaku. Hal ini telah menyebabkan beberapa isu timbul seperti pengejaan kata dasar dua suku kata yang mengecualikan hukum –rama pada akhir kata, kaedah umum ejaan kata serapan Arab dan ejaan ta marbutah, dan ejaan untuk gugus konsonan pada akhir kata bagi kata serapan Inggeris. Oleh itu, kajian ini bertujuan menganalisis perkembangan sistem ejaan Jawi mutakhir berdasarkan etimologi yang dapat difahami daripada buku tersebut. Kaedah yang digunakan dalam analisis ini ialah kaedah perbandingan, iaitu membandingkan buku pedoman ejaan Jawi yang dikeluarkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sejak 1986. Hasil penaakulan mendapati bahawa analisis berdasarkan pendekatan etimologi mampu mengurangkan kekecualian dan kekeliruan sebelum ini

Kata kunci: Jawi, bahasa Melayu, grafologi, ortografi, etimologi

The Reasoning of Current Jawi Script Development Based on

Etymology

INFO MAKALAH Pewasitan Makalah: Dihantar: - Diterima: -E-mail:

adi@upm.edu.my (Adi Yasran Abdul Aziz)

w_mhd@upm.edu.my (Wan Muhammad Wan Sulung)

fiza_tm@yaho..com (Nohafiza Alias) *Penulis penghubung

ABSTRACT

Kang Kyoung Seock’s Jawi Evolution Theory (1993) ended in 1986 after publication of Pedoman the Ejaan Jawi Yang Disempurnakan in the same years, as if to say that Pedoman is considered final and no more changes will occur on Jawi spelling system. However, results obtained from observation shows that Jawi spelling system is still undergoing changes from 1986 until Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi – Sebutan –

(7)

Jawi Edisi Kedua (2008) is published. Hence, this book should serve as a current final guideline. This book contained spelling system of Arabic and English loanwords, but the spelling system of native Malay words was not clearly stated and many exceptions occur. This has led to several issues such as in the spelling of two-syllable root word which violates –rama law in the word final position, general spelling approach of Arabic loanwords and spelling of ta marbutah, and the spelling of consonant sequence in word final position for English loanwords. Therefore, this study aims to analyse the development of current Jawi spelling system based on the etymology comprehend from the book. Analysis of this study utilizing comparison approach, applied on the Jawi spelling guideline published by Dewan Bahasa dan Pustaka since 1986. The reasoning found that an analysis based on the etymology approach is able to reduce exceptions and confusion occurred.

Keywords: Jawi, Malay language, graphology, orthography, etymology

PENGENALAN

Penaakulan atau pertimbangan dan penilaian dengan menggunakan akal perlu dibuat untuk memahami sesuatu sistem yang terbina hasil daripada kesepakatan bersama pengguna sistem tersebut. Hal yang sama perlu dilakukan pada perkembangan sistem tulisan Jawi yang menjadi lingua franca di Alam Melayu sejak abad ke-14 sehingga pertengahan abad ke-20. Masyarakat Melayu pada waktu itu umumnya dapat menggunakan tulisan Jawi dengan baik walaupun tiada panduan khusus tentang sistem ejaannya. Hal ini membuktikan bahawa terdapat proses penaakulan berlaku dalam kalangan pengguna tulisan Jawi pada waktu itu yang perlu dianalisis secara saintifik untuk diaplikasikan ke dalam sistem ejaan Jawi pada masa ini. Dalam erti kata lain, sistem ejaan Jawi sekarang seharusnya mempunyai kesinambungannya dengan sistem ejaan Jawi lama yang telah disepakati bersama. Berdasarkan penaakulan ini, didapati pengguna tulisan Jawi membezakan ejaan mengikut sumber kata, terutama kata Melayu jati dan Arab. Bagaimanapun, selepas pertengahan abad ke-20, berlaku pula kebanjiran kata serapan Inggeris ke dalam bahasa Melayu yang menuntut pengguna dan penggubal dasar tulisan Jawi mencipta satu sistem yang dapat membezakannya dengan kata Melayu jati.

Untuk melaksanakan kaedah pengajaran dan pembelajaran berkesan, maka pelbagai panduan menulis dan mengeja Jawi telah dihasilkan. Antaranya ialah Za‟ba (1949 dan 1965), Matlob (1989, 2003a dan b), Pedoman Ejaan Jawi yang

Disempurnakan (PEJYD) (1986/93), Mohd Hussein (2002), Daftar Kata Bahasa Melayu

(2005 - DKBM1/Edisi Kedua 2008 – DKBM2), Che Siah (2006), Adi Yasran dan Hashim Musa (2008), Hamdan (2014) dan Azman (2014). Namun begitu, disebabkan masih terdapat beberapa perubahan yang berlaku dalam sistem ejaan Jawi sehingga kini, dan sistem pendidikan secara keseluruhannya, maka bahan pengajaran dan rujukan ejaan Jawi juga perlu dikaji semula supaya sesuai dengan perkembangan semasa.

Terdapat arahan khusus daripada Kementerian Pendidikan Malaysia yang mengehendaki PEJYD ini digunakan di seluruh negara seperti yang dinyatakan dalam Petikan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1992 di bawah:

“...Mulai dari tarikh ini (22 Jan. 1992) Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (PEJYD) itu hendaklah

(8)

digunakan di semua sekolah rendah, sekolah menengah, maktab-maktab perguruan, di dalam buku teks dan peperiksaan yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan dan Majlis Peperiksaan Malaysia serta dalam semua sektor dan masyarakat di seluruh negara...”

(Kementerian Pelajaran Malaysia)

Bagaimanapun, PEJYD ini kemudiannya digantikan dengan Pedoman Umum Ejaan Jawi

Bahasa Melayu (PUEJBM) yang disisipkan dalam buku DKBM.

Dalam pendahuluan Pedoman Ejaan Jawi Bahasa Melayu (PEJBM), iaitu penerbitan semula PUEJBM, Ismail dan Manshoor (pnys.) (2004) mengatakan bahawa sistem ejaan Za‟ba telah diubah suai berdasarkan sistem bunyi (fonologi) dan bentuk kata dalam bahasa Melayu dan telah dipecahkan kepada tiga kelompok ejaan, iaitu kata Melayu jati, kata serapan Arab dan kata serapan Inggeris dan bahasa asing yang lain. Oleh itu, cadangan untuk mengklasifikasikan sistem ejaan mengikut sumber kata ini bukanlah perkara baharu. Walau bagaimanapun, dalam buku pedoman tersebut, mereka masih mencampuradukkan sumber kata berkenaan dan masih terikut-ikut dengan PUEJBM.

Pedoman Umum Ejaan Jawi Bahasa Melayu (PUEJBM)

Menurut (PUEJBM) dalam DKBM (2008), Pedoman Umum Ejaan Jawi Bahasa Melayu yang termuat dalam buku (DKBM) ini merupakan maklumat terkini tentang sistem ejaan Jawi yang disusun berdasarkan dokumen pedoman ejaan Jawi yang telah diterbitkan oleh DBP, dan maklumat pedoman ejaan Jawi yang diselaraskan selepas itu, khususnya daripada terbitan yang berikut:

i. Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan (PEJYD). Dewan Bahasa dan

Pustaka, Cetakan Pertama Edisi Ketiga, 1993.

ii. Daftar Ejaan Rumi-Jawi (DERJ), Dewan Bahasa dan Pustaka, Cetakan

Kedua, 1989.

Oleh sebab terdapat perbezaan antara PEJYD dengan PUEJBM, maka kedua-dua pedoman ejaan Jawi ini akan dibezakan dalam makalah ini.

METODOLOGI

Kajian ini menggunakan pendekatan etimologi, iaitu cabang ilmu linguistik yang mengkaji asal usul dan perkembangan sesuatu kata. Setiap bahasa mempunyai sistem yang tersendiri yang berbeza dengan bahasa lain. Sistem ejaan Jawi mutakhir didapati masih mengekalkan beberapa ciri bahasa sumber dengan sedikit penyesuaian dengan sistem bahasa Melayu, terutama dari segi sistem ejaan, sistem bunyi dan bentuk katanya. Berdasarkan pendekatan etimologi ini, sistem ejaan Jawi mutakhir boleh dipecahkan kepada tiga kelompok ejaan, iaitu:

(9)

i. Kata Melayu jati

ii. Kata serapan Bahasa Arab

iii. Kata serapan Bahasa Inggeris dan lain-lain

Pada umumnya, pendekatan etimologi ini selaras dengan pandangan Ismail dan Manshoor (pnys.) (2004). Ketiga-tiga kelompok ini mempunyai sistem ejaan yang tersendiri. Kata serapan yang telah sebati dengan sistem bunyi bahasa Melayu seperti bahasa Sanskrit, Tamil dan Cina akan dieja berdasarkan kaedah ejaan Melayu jati, manakala bunyi kata serapan yang belum sebati dengan sebutan Melayu seperti sesetengah perkataan yang menggunakan aksara Arab seperti bahasa Parsi akan dieja mengikut bunyi atau ejaan bahasa sumber.

KATA MELAYU JATI

Kata Melayu jati merujuk kepada kata yang berasal daripada bahasa Melayu kuno dan klasik yang diturunkan kepada bahasa Melayu moden dengan mengekalkan tatabahasa yang sedia ada. Ini bermakna, perkataan yang baru muncul dalam bahasa Melayu moden dan yang tidak mematuhi tatabahasa sedia ada tidak dianggap sebagai kata Melayu jati. Antaranya, termasuklah perkataan yang disebut dengan bunyi [a] pada akhir kata seperti

wanita, anda, merdeka, fakta, bola, asrama, data, dana, dan sebagainya. Hal ini

demikian kerana salah satu ciri bahasa mempunyai satu sistem yang tersendiri yang membolehkan penuturnya bertutur dengan lancar. Oleh sebab dalam fonologi bahasa Melayu, bunyi /a/ pada akhir kata direalisasikan sebagai [] seperti [sa.j], [ka.t], [bi.l], [ma.n], [ka.t], [lu.p], dan sebagainya, maka jika ada /a/ yang tidak direalisasikan sebagai [] pada akhir kata akan dianggap bukan kata Melayu jati. Hal ini berkait rapat dengan sistem ejaan Jawi sekarang kerana sistem ejaannya berdasarkan sumber kata walaupun tidak dinyatakan dengan jelas kategori kata Melayu jati.

Antara perkara yang menjadi isu dalam sumber kata Melayu jati ini ialah ejaan mengikut hukum di luar darlung. Dalam PEJYD 1986, kaedah ini dibincangkan di bawah tajuk kata dasar suku kata terbuka + suku kata terbuka yang dirumuskan oleh Adi Yasran dan Hashim Musa (2009) seperti berikut:

i. Hukum darlung

Ejaan Jawi mengikut hukum darlung berlaku apabila memenuhi syarat berikut: a. Kata Melayu jati dan serapan bukan Arab

b. Suku kata akhir dan praakhir diakhiri dengan vokal /a/.

c. Suku kata akhir dimulai dengan salah satu huruf darlung, iaitu dal, ra,

lam, wau, dan nga.

Mengikut hukum ini, huruf alif hendaklah ditambah pada akhir kata, kecuali pada ejaan Jawi tradisi seperti ada, tiada, pada, kepada, dan daripada.

ii. Hukum luar darlung

(10)

kecuali suku kata akhirnya dimulai dengan salah satu huruf selain huruf dal, ra, lam,

wau, dan nga. Mengikut hukum ini, huruf alif tidak diletakkan pada akhir kata kecuali

jika berlaku homograf atau untuk mengelakkan berlaku kekeliruan. Berikut ialah contoh hukum luar darlung yang terdapat dalam PUEJBM.

Ejaan Jawi Padanan Rumi

ٕبع saya

طاس rasa

جبب baja

ڽبح tanya

ثبه mata

Kaedah ini sama dengan sistem ejaan Jawi Za'ba, iaitu lanjutan daripada kaedah

dal-ra-lam-wau-nga atau darlung. Oleh sebab perkara (ii) berlawanan dengan kaedah darlung dalam perkara (i) di atas, maka kaedah ini dinamakan hukum di luar darlung.

Perkataan yang termasuk dalam kategori ini ialah saya, kata, mana, masa, mata, bapa,

kaca, bata, sama, rama-rama, serama, dan sebagainya. Namun didapati perkataan data, dana, fasa, mama, lava, drama, panorama dan asrama tidak termasuk dalam kategori ini

walaupun memenuhi syarat yang ditetapkan. Apabila dianalisis, kata yang termasuk dalam kategori hukum di luar darlung ini semuanya kata Melayu jati sedangkan yang tidak termasuk itu pula terdiri daripada bukan kata Melayu jati. Hal ini dapat dikenali daripada bunyi /a/ pada akhir kata, iaitu semua bunyi yang mengikut hukum di luar

darlung disebut [], manakala yang tidak termasuk hukum di luar darlung disebut [a]. Walau bagaimanapun, dalam DKBM2 masih terdapat kekecualian daripada sistem di atas seperti perkataan „kana‟ yang disebut [ka.na] tetapi termasuk dalam hukum di

luar darlung. Dalam Kamus Pelajar dalam Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM)

ada disebutkan bahawa buah ini asalnya dari negeri China. Oleh sebab itu, kata ini tidak mengikut sistem bunyi kata Melayu jati tetapi dalam rujukan yang sama sudah ada pantun tentang buah kana yang menunjukkan bahawa kata „kana‟ ini sudah terserap ke dalam bahasa Melayu. Hal yang sama berlaku kepada beberapa perkataan Sanskrit seperti merdeka, asmara dan maha yang juga dianggap sebagai kata Melayu jati kerana telah wujud dalam bahasa Melayu klasik. Oleh sebab itu, tiada kategori khusus untuk kata serapan Sanskrit dalam sistem ejaan Jawi.

Dalam DKBM2 terdapat catatan 1 sebagai pengecualian kepada hukum di luar

darlung, iaitu sekiranya bentuk akhir –KVKV itu ialah –rama, maka huruf alif

digunakan pada akhir kata. Contoh yang diberikan ialah:

Ejaan Jawi Padanan Rumi بهاس ٢ rama-rama بهاسد drama بهاسًْبڤ panorama بهاشکڠچ cengkerama بهسّبٗد diorama

(11)

merupakan kata Melayu jati manakala yang lainnya bukan kata Melayu jati berdasarkan sebutan /a/ pada akhir kata yang berbeza. Pengecualian ini tidak terdapat dalam PEJYD 1986, malah sehingga DERJ 1994 rama-rama masih dieja ماس٢ , iaitu sama seperti mengeja sama-sama مبع٢ . Ejaan ini bertepatan dengan hukum di luar darlung yang telah ditetapkan dalam PEJYD 1986 yang merupakan kesinambungan daripada sistem ejaan Jawi Za‟ba. Untuk menganggapnya sebagai suatu kekecualian perlu kepada alasan yang kukuh.

Dalam catatan 2 pula dinyatakan bahawa untuk mengelakkan kekeliruan, huruf

alif digunakan pada akhir kata yang berikut:

Jawi Rumi Jawi Rumi

بشبب basya بحاد data

بًاد dana بعبف fasa

بهبه mama بًبً nana

بڤبڤ papa بشبڤ pasya

Berdasarkan contoh di atas, didapati semuanya bukan kata Melayu jati, maka sudah sewajarnya kata ini dieja dengan membubuh alif pada akhir kata. Dari segi sumber kata, didapati contoh dalam catatan 2 ini sama sahaja dengan contoh dalam catatan 1 di atas kecuali rama yang patut diasingkan kerana kata Melayu jati. Jika ejaan

rama-rama mematuhi PEJYD 1993 dan DERJ 1994 yang menjadi asas kepada sistem ejaan

sekarang, maka tiada lagi kekecualian berlaku kerana semua contoh dalam catatan 1 dan 2 boleh dijelaskan di bawah kaedah ejaan kata serapan Inggeris dan lain-lain sekali gus memantapkan sistem ejaan Jawi. Hal yang sama berlaku pada perkataan serama yang merujuk kepada sejenis gendang atau ayam yang sepatutnya dieja tanpa alif pada akhir kata. Jika pandangan ini diterima pakai, penambahan hukum –rama yang tidak mematuhi PEJYD tidak diperlukan, dan dalam masa yang sama dapat mengelakkan kekecualian berlaku pada hukum di luar darlung yang sudah mantap.

KATA SERAPAN ARAB 1. Kaedah Umum

Sumber kata serapan Arab sangat penting kerana bahasa Melayu banyak menerima perkataan Arab sesuai dengan kebanyakan penuturnya yang beragama Islam. Dalam PEJYD 1986, kata serapan ini hanya menggunakan dua kaedah, iaitu kaedah istilah agama dan kata umum. Namun, didapati kaedah ini agak umum dan telah diubah suai dalam DKBM seperti berikut:

i. Kata serapan daripada bahasa Arab yang berupa istilah khusus dieja seperti ejaan asal dalam bahasa Arab. Contohnya:

Ejaan Jawi Padanan Rumi

ءْضّ wuduk

فْقّ wuquf

نو٘ح tayamum

ىاءشق Quran

(12)

ٌَع sunah ثٗذح hadis

ii. Kata umum daripada bahasa Arab yang sudah terserap dalam bahasa Melayu dieja dalam ejaan Jawi mengikut cara mengeja kata jati dalam bahasa Melayu. Contohnya:

Ejaan Jawi Padanan Rumi

ىْببع sabun

اْخڤ petua

ٖلّذڤ peduli

ظحشك kertas

لاٗس rela

iii. Bunyi vokal [a], [i] atau [u] tanpa huruf vokal pada istilah agama ditulis dengan huruf alif, ya atau wau pada kata serapan yang digunakan dengan pengertian umum. Contohnya:

Ejaan Jawi Padanan Rumi

فٗسبع arif

فسبعلا al-Arif

ن٘كبح hakim

نكبحلا al-Hakim

iv. Bagi kata serapan daripada bahasa Arab yang berakhir dengan suku kata terbuka menggunakan bunyi vokal [a], [i] atau [u] dan dieja tanpa huruf vokal pada suku kata akhir, kata dasar yang berkenaan hendaklah ditulis seperti dalam bahasa asalnya, yakni tanpa menggunakan huruf vokal. Namun demikian, apabila dibentuk kata terbitan dengan akhiran atau partikel perlulah ditulis dengan huruf alif, ya atau wau untuk menghindarkan kesamaran dalam pembacaan. Contohnya:

Ejaan Jawi Padanan Rumi

ضشف fardu يكْضشفوه memfardukan جبح haji يك٘جبحڠه menghajikan ْٓخف fatwa يكاْخفوه memfatwakan

v. Pada umumnya, semua kata serapan daripada bahasa Arab dieja seperti asal dalam bahasa Arab. Walau bagaimanapun, untuk menghindarkan

kekeliruan dalam pembacaan bunyi vokal atau membezakan dua kata yang

berlainan, huruf vokal ya atau wau digunakan dalam ejaan Jawi. Contohnya: Ejaan Arab Ejaan Jawi Padanan Rumi

شكف ش٘ك٘ف fikir

(13)

يكس ىْكّس rukun

شفص ش٘ف٘ع sifir

شوع سْوع umur

vi. Huruf alif maqsurah (ٓ) yang melambangkan bunyi vokal [a] dalam ejaan asal bahasa Arab dikekalkan demikian dalam ejaan Jawi. Contohnya:

Ejaan Asal Arab Ejaan Jawi Padanan Rumi

ٔعْه ٔعْه Musa

ٔغ٘ع ٔغ٘ع Isa

ٔلبعح الله ٔلبعح الله Allah Taala

ْٓخف ْٓخف fatwa

ْٓقح ْٓقح takwa

vii. Walau bagaimanapun, huruf tersebut hendaklah digantikan dengan huruf alif apabila dibentuk kata terbitan dengan akhiran atau partikel. Contohnya:

Ejaan Jawi Padanan Rumi يكاْخفوه memfatwakan ىءاْقخك ketakwaan

Berdasarkan penambahbaikan yang dibuat dalam PUEJBM di atas, secara keseluruhannya boleh disimpulkan bahawa penambahbaikan tersebut ialah penambahan cara ejaan untuk menghindarkan kekeliruan dalam pembacaan seperti dalam 1(iv) dan 1(v), manakala yang lain hampir sama seperti dalam PEJYD. Oleh itu, kata dakwa dan

makna yang asalnya dieja dengan alif maqsurah(ye) kini telah dieja dengan alif biasa

kerana kedua-dua kata ini tidak termasuk dalam istilah agama/khusus, tetapi Isa, Musa,

Taala dan takwa masih kekal dengan alif maqsurah kerana kata tersebut merupakan

istilah agama/khusus (DKBM2). Istilah agama yang dimaksudkan dalam makalah ini ialah istilah agama Islam, manakala istilah khusus pula merujuk kepada kata nama khas.

Berdasarkan kaedah ejaan kata serapan Arab di atas juga, didapati kebanyakan perubahan yang berlaku adalah pada bunyi vokalnya kecuali kaedah 1(ii), iaitu kata

sabun, petua, peduli, kertas dan rela yang semuanya melibatkan konsonan juga.Oleh itu,

ejaan kata pinjaman Arab yang berakhir dengan ta marbutah tetapi dieja dengan ta

maftuhah seperti dahsyat, mesyuarat, surat, dan ha simpul(ٍ) seperti nafkah, hadiah,

ijazah dalam ejaan Jawi juga termasuk dalam kaedah ini. Selain contoh di atas,terdapat juga contoh lain seperti perlu, markas dan subahat tetapi jumlahnya sangat terhad. Kebanyakannya boleh diramal kerana perubahan tersebut selaras dengan ejaan Rumi seperti peduli, petua, kertas dan rela. Bagi kata sabun mungkin ada sedikit kekeliruan bagi pengguna yang menguasai bahasa Arab kerana <s> dalam Rumi boleh jadi <ص> dalam kata serapan Arab seperti sabar, khas, sahabat, dan termasuklah sabun yang tidak dikategorikan sebagai istilah agama/khusus. Jika berlaku demikian, maka pilihan yang ada adalah dengan cara menghafalnya. Setakat ini, belum ditemukan kata lain yang asalnya dieja dengan sad berubah menjadi sin melainkan sabun. Kaedah 1(ii) ini juga sama seperti ejaan kata Melayu jati bagi ejaan lazim. Untuk mengelakkan kekeliruan, kata yang tergolong dalam kaedah 1(ii) ini perlu dibuat senarai penuh dan dihadkan.

(14)

Bagi kaedah 1(iii), tidak banyak ditemukan contoh sedemikian. Antaranya ialah

alim, zalim, dan adil. Oleh itu, kata yang mematuhi kaedah 1(iii) ini perlu dibuat senarai

penuh dan dihadkan. Bagaimanapun, ejaan kata kafir agak mengelirukan kerana dieja dengan menambah huruf vokal yapada suku kata kedua (ش٘فبک)sedangkan kata ini istilah agama/khusus sepertifasiq, fajir, fasid, fariq,dan sebagainya.Tambahan pula, dalam

Daftar Ejaan Melayu Za’ba (1949) kata kafir ini masih dieja tanpa ya, iaitu شفبک. Namun

begitu, ejaan sebegini masih boleh dianggap sebagai mematuhi kaedah 1(v), iaitu untuk mengelakkan kekeliruan atau boleh juga dianggap kekecualian daripada kaedah 1(iii).Bagaimanapun kaedah 1(v) didapati agak longgar dan boleh menyebabkan pelbagai interpretasi kerana kekeliruan yang timbul pada sesetengah pengguna mungkin tidak keliru pada sesetengah pengguna yang lain. Oleh itu, kata yang mematuhi kaedah 1(v) perlu dibuat senarai penuh dan dihadkan.

2. Padanan Ta Marbutah (ة)

Antara ejaan kata serapan Arab yang masih dianggap belum mantap ialah penggunaan ta

marbutahةyang dipadankan dengan ta maftuhahث dan ha simpul (ٍ) dalam ejaan Jawi.

Perkara ini dibincangkan di bawah tajuk yang lain, iaitu „pelambangan konsonan‟ dan bukan di bawah tajuk „kaedah kata serapan Arab‟. Perbincangan secara terpisah seperti ini boleh mengelirukan pengguna seolah-olah banyak kaedah yang digunakan untuk mengeja kata serapan Arab. Menurut PUEJBM, huruf ta marbutah, iaitu ة (huruf ta

simpul), dalam kata serapan daripada bahasa Arab melambangkan fonem [t] atau [h]

sebagai kelainan sebutan (sekiranya kelainan sebutan tersebut tidak membezakan makna). Contohnya:

(i)

Bunyi [t] yang terserap ditulis dengan ejaan ta (ث)

Ejaan Jawi Sebutan Padanan Rumi

جشُد [dah.syat] dahsyat ثساْشه [me.syua.rat] mesyuarat

ثسْع [su.rat] surat

(ii)

Bunyi [t] dengan ejaan ta marbutah (ة)

Ejaan Jawi Sebutan Padanan Rumi

تً٘ [niat] niat

ةسْع [au.rat]/[au.rat] aurat تع٘بط [ta.bi.at] tabiat

(iii)

Bunyi [h] dengan ejaan ta marbutah (ة)

Ejaan Jawi Sebutan Padanan Rumi تحخف [fat.hah] fathah

(15)

ةسْع [su.rah] surah

(iv) Bunyi [t] atau [h] dengan ejaan ta marbutah (ة)

Ejaan Jawi Padanan Rumi تٗاذُ hidayat/hidayah تب٘صه musibat/musibah

تلهبعه muamalat/muamalah

2.1 Ta marbutah dipadankan dengan ta maftuhah

Ta marbutah dalam bahasa Arab yang dipadankan dengan ta maftuhah dalam bahasa

Melayu ditunjukkan dalam 2(i). Walaupun kaedah 2(i) di atas hanya menyatakan bunyi [t] yang terserap, namun jika dikaitkan dengan kaedah umum kata serapan Arab sebelum ini, kaedah ini termasuk dalam kaedah kata umum atau kata dengan pengertian umum yang terserap ke dalam bahasa Melayu. Manakala kaedah 2(ii) hingga 2(iv) merupakan istilah agama/khusus atau yang belum terserap ke dalam bahasa Melayu yang menyebabkannya dieja dengan ta marbutah.

Bagaimanapun tidak ditemukan kaedah ta marbutah atau ta maftuhah untuk kata Melayu jati di bawah tajuk pelambangan konsonan ini. Ini menunjukkan bahawa ejaan bunyi [t] untuk kata Melayu jati hanyalah dipadankan dengan ta maftuhah dan bunyi [h] dipadankan dengan ha simpul. Oleh itu, kekeliruan kaedah ejaan untuk ta marbutah dan

ta maftuhah sebenarnya hanya melibatkan kata serapan Arab yang sepatutnya

dibincangkan di bawah kaedah kata serapan Arab. Berdasarkan kaedah di atas, sepatutnya semua kata umumserapan Arab yang berakhir dengan [t] dieja dengan ta

maftuhah, manakala semua istilah agama/khusus yang berakhir dengan [t] atau [h]

hendaklah dieja dengan ta marbutah kecuali beberapa perkataan yang asalnya dieja dengan ta maftuhahdikekalkan seperti miqat, mukminat, muslimat, dan sebagainya. Kata yang termasuk dalam kekecualian ini sangat sedikit dan tidak membebankan pengguna untuk mengingatinya. Manakala kata serapan Arab yang berakhir dengan ha simpul pula setakat ini tidak ditemukan kecuali kata kerah yang telah terserap sepenuhnya ke dalam bahasa Melayu dan bukan istilah agama/khusus.

Terdapat perubahan yang sedikit mendadak daripada DKBM1 kepada DKBM2 apabila mencatatkan banyak berlaku perubahan daripada ta marbutah kepada ta

maftuhah. Perkataan tersebut ialah nasihat, nikmat, rakyat, zuriat, hajat, khianat, istiadat,

dan isyarat. Keseluruhan perkataan ini juga bukan istilah agama. Oleh itu, DKBM2 telah mematuhi PEJYD dan PUEJBM. Selain bukan istilah agama, didapati juga keseluruhannya berakhir dengan huruf „t‟ dalam ejaan Rumi. Oleh itu, semua kata serapan Arab yang bukan istilah agama/khusus dan berakhir dengan „t‟ dalam tulisan Rumi hendaklah dieja dengan ta maftuhah dalam Jawi, manakala istilah agama/khususatau yang belum terserap ke dalam bahasa Melayu hendaklah dikekalkan dengan ta marbutah seperti berkat, niat, nubuwah, rahmat, qamat, istirahat, khurafat dan

kiamat. Bagaimanapun agak mengelirukan juga apabila tabiatdalam 2(ii) dieja dengan ta marbutah sedangkan perkataan ini bukan istilah agama dan sudah lama terserap ke dalam

(16)

beberapa perkataan lain yang bukan istilah agama/khusus atau sudah terserap ke dalam bahasa Melayu yang dieja dengan ta marbutah perlu dikaji semula.

2.2 Ta marbutah dipadankan dengan ha simpul (ه)

Berdasarkan pedoman yang diberikan, didapati masih ada isu berkaitan yang perlu dianalisis atau dibuat penaakulan, iaitu isu penggunaan ha simpul bagi kata yang berakhir dengan [h] dalam kata serapan Arab. Berdasarkan kaedah umum tadi, jika kata tersebut merupakan kata umum, maka kata itu hendaklah dieja dengan ha simpul, tetapi jika kata tersebut merupakan istilah agama/khusus maka hendaklah dieja dengan ta marbutah. Pemadanan ta marbutah dengan ha simpul pada akhir kata juga belaku dalam manuskrip Arab (Adi Yasran et al. 2016). Berdasarkan DKBM2, berikut ialah contoh kata umum serapan Arab yang dieja dengan ha simpul.

Ejaan Jawi Padanan Rumi َٗذُ hadiah َجبح hajah ٍصبجا ijazah َٗشق kariah َقفً nafkah َخغً naskhah َج٘خً natijah َبغً nisbah َئٌِ٘ح tahniah َٗضعح takziah ٍسبٗص ziarah َجحلاّر Zulhijah

Berdasarkan contoh yang diberikan, didapati penggunaan kata umum serapan Arab tersebut adalah jelas. Tidak terdapat istilah yang hanya digunakan dalam bidang agama Islam/istilah khusus. Bagaimanapun,mungkin masih terdapat beberapa kata yang agak mengelirukan seperti kafilah dan taifah.

kafilahAr rombongan orang (berserta dgn unta dan barang-barang

yg dibawa) dlm perjalanan di padang pasir: bandar Mekah semenjak beratus-ratus tahun dikunjungi oleh ~ perniagaan.

taifah(ta.i.fah) Ar golongan, kaum, suku.

(Kamus Dewan Edisi Keempat, 2015: 654, 1572)

Berdasarkan makna yang diberikan oleh Kamus Dewan Edisi Keempat (KDE4) ini, ternyata kata ini bukan istilah agama/khusus, namun kata ini masih dieja dengan ta

marbutah dalam DKBM2 tetapi dieja dengan ha simpuldalam DERJ 1994. Contoh ini

membuktikan bahawa kata yang asalnya diejadengan ta marbutah dalam bahasa Arab dikekalkan ejaannya jika belum dianggap terserap atau jarang digunakan dalam bahasa Melayu walaupun bukan istilah agama/khusus. Oleh itu, DKBM2 mematuhi PUEJBM, manakala dalam DERJ 1994 pula, belum ada pedoman khusus tentangkaedah mengeja ta

(17)

diserapkan ke dalam kaedah umum pengejaan kata serapan Arab dan berbeza sama sekali dengan isu kata Melayu jati yang dieja tanpa ta marbutah.

2.3 Ta marbutah dikekalkan

Ta marbutah dalam bahasa Arab dikekalkan dalam bahasa Melayu adalah seperti yang

ditunjukkan dalam kaedah 2(ii)-(iv). Untuk memastikan bahawa daftar kata mematuhi kaedah ejaan yang telah ditetapkan dalam pedoman ejaan ini, beberapa kata yang merupakan istilah agama Islam telah dipilih secara rawak untuk diuji, iaitu berkat,

istirahat, kaabah, kafilah, kamariah, kasrah, khurafat, kiamat, nubuwah, qamat, rahmat

dan walimah.

Ejaan Jawi Ejaan Rumi تکشب berkat تحاشخعا istirahat تبعک kaabah تلفبق kafilah تٗشوق kamariah ةشغک kasrah تفاشخ khurafat تهب٘ق kiamat ةْبً nubuwah تهبق qamat توحس rahmat تو٘لّ walimah

Selain itu, terdapat juga perubahan daripada ta marbutah kepada ha dalam DKBM2, seperti kabilah, kalimah dan zarah.

kabilah Ar suku bangsa, kaum: permusuhan dan persengketaan

antara keluarga dan keturunan, ~, suku dan bangsa; ~ Quraisy. Tetapi digunakan dalam sejarah dna sains politik (hlm. 648)

kalimah Ar lafaz yg dituturkan oleh manusia; (dua) ~ syahadat = ~

yg dua lafaz ikrar bahawa seseorang beriman kpd Allah dan Nabi Muhammad SAW dgn ungkapan yg bermaksud aku naik saksi bahawasanya tidak ada Tuhan yg disembah melainkan Allah, dan aku naik saksi bahawa (Nabi) Muhammad ialah Rasul Allah. (hlm. 663)

zarah habuk yg halus sekali, hama; 2. (Fiz) bahagian kecil sesuatu

jirim, spt atom, molekul, elektron, dll; ~ subatom (Fiz) zarah spt proton, elektron, dan neutron yg terdapat dlm atom; sezarah halus sekali, sedikit sekali, sebesar zarah; menzarah; pecah ~ hancur lebur (menjadi zarah), hancur luluh. Pertanian, kejuruteraan, perubatan dan sebagainya (hlm. 1815)

(18)

Berdasarkan KDE4, semua perkataan tersebut bukan istilah agama/khusus, maka perubahan daripada ta marbutah kepada ha simpul dalam DKBM2 amatlah wajar dan mematuhi PEJYD dan PUEJBM.

KATA SERAPAN INGGERIS

Selain kata serapan Arab, kata serapan Inggeris dan Eropah yang lain juga dibincangkan secara khusus dalam PEJYD dan PUEJBM. Kaedah ejaan kata serapan Inggeris ini agak jelas dan kurang menimbulkan kekeliruan sebagaimana kata serapan Arab. Namun, didapati kaedah memisahkan gugus konsonan pada akhir kata perlu dibincangkan kerana tidak semua gugus konsonan yang dieja terpisah. Misalnya, kata bank, zink dan trend. Dalam DERJ, ejaan kata ini dipisahkan, manakala dalam DKBM ejaan ini dicantumkan.

Ejaan Rumi DERJ DKBM

bank کڠب کڠب

trend tiada ذٌٗشح

zink کٌٗص کٌٗص

Oleh itu, dicadangkan supaya pengecualian kepada kaedah ejaan terpisah gugus konsonan pada akhir kata yang mengalami asimilasi nasal ini dimasukkan ke dalam PUEJBM dalam DKBM keluaran akan datang.

KESIMPULAN

Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa perbincangan tentang kaedah ejaan Jawi di atas perlu dilakukan mengikut pendekatan etimologi, khususnya sumber katanya, sama ada kata Melayu jati atau bukan, kata serapan Arab, kata serapan Inggeris dan Eropah. Analisis yang dibuat berdasarkan PEJYD 1986 hingga PUEJBM 2008, dan DERJ 1988 hingga DKBM2 2008 mendapati bahawa masih berlaku perubahan ejaan Jawi dalam tempoh lebih kurang 20 tahun kebelakangan ini. Walaupun PUEJBM ialah pedoman ejaan Jawi yang paling lengkap dan berwibawa, namun rujukan terhadap PEJYD masih diperlukan memandangkan ada perubahan yang berlaku boleh mengelirukan pengguna seperti perubahan ejaan rama-rama yang boleh dielakkan, perubahan ejaan ta marbutah kepada ta maftuhah atau ha simpul bagi kata serapan Arab, perubahan ejaan gugus konsonan pada akhir kata serapan Inggeris yang menunjukkan berlaku asimilasi nasal, dan sebagainya.

BIBLIOGRAFI

Adi Yasran dan Hashim Musa.(2008). Isu Homograf dan Cabarannya dalam Usaha Pelestarian Tulisan Jawi. Jurnal Aswara. Bil. 3, hlm. 109-126.

Adi Yasran Abdul Aziz, Wan Muhammad Wan Sulong, Muhd Zulkifli Ismail, Adel M. Abdul Aziz Al-Geriani dan Norhafiza binti Alias. (2016). Hubungan Bahasa Arab-Melayu Berdasarkan Surat Perjanjian Wakaf Masyarakat Melayu Mekah. Jurnal Kemanusiaan, 25(1): 34-47.

Azman Ahmad.(2014). Kaedah Pembelajaran Jawi Peringkat Asas. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia.

(19)

Pustaka.

Daftar Ejaan Rumi-Jawi, (1988/1989/1994/1996/2002). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Daftar Kata Bahasa Melayu:Rumi-Sebutan-Jawi.(2006)/Edisi Kedua 2008. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hamdan Abdul Rahman.(2014). Panduan Menulis dan Mengeja Jawi, Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ismail Dahaman dan Manshoor Ahmad (pnys.).(2004). Pedoman Ejaan Jawi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dewan Edisi Keempat.(2015). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kang Kyoung Seock.(1993). Perkembangan Tulisan Jawi dalam Masyarakat Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian.(2012). (dalam talian) http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/circularfile/1992/circularfile_file_000916.pdf (diakses pada 10/11/2014).

Matlob.(1989). Rahsia Belajar Jawi. Kuala Lumpur: Pustaka Antara.

Matlob.(2003ª). Modul Cekap/Pandai Jawi: Pandai Jawi, Pandai Khat, Siri 4 dan 5. Kuala Lumpur: Penerbitan Matlob.

Matlob.(2003b). Pandai Jawi. Shah Alam: Cerdik Publication.

Mohd Hussein Baharudin.(2002). Sistem Tulisan Jawi. Batu Caves: Pustaka Wira.

Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan (1986/1993). Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka..

(20)

MAHAWANGSA 4 (2): 201 – 215 (2017)

MAHAWANGSA

Laman sesawang: http://www.mahawangsa.upm.edu.my/

Meneroka Kerumitan kognitif dalam Membaca Jawi Melalui

Kajian Pergerakan Mata

Khazriyati Sallehuddin1* dan Ho Hong-Fa2

1Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, Fakulti Sains Sosial dan Komunikasi,, Universiti Kebangsaan

Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia

2Department of Applied Electronics Technology, National Taiwan Normal University, Taipei 10610, Taiwan

Republic of China

ABSTRAK

Proses membaca tulisan Jawi adalah rumit kerana dari segi kognitifnya, tulisan ini melibatkan proses kompleks disebabkan oleh sistem ejaanya. Kajian terdahulu menunjukkan bahawa walaupun tanda diakritik untuk bunyi vokal bahasa Arab (baris atas, bawah dan hadapan) membantu pembaca membaca Jawi dengan lebih tepat, ia tidak mampu memendekkan tempoh seseorang membaca Jawi. Tidak diketahui pula sama ada kehadiran diakritik tersebut mengganggu proses pembacaan Jawi sebagaimana ia mengganggu proses pembacaan teks bahasa Arab dalam kalangan penutur bahasa Arab. Sehubungan itu, kajian ke atas 18 orang responden yang melibatkan pembacaan 18 perkataan dua suku kata Melayu yang dieja dalam tulisan Jawi dalam empat variasi ejaan telah dijalankan di Universiti Kebangsaan Malaysia untuk menyelidik sama ada diakritik vokal yang digunakan boleh dianggap sebagai “gangguan persepsi” (perceptual noise) dalam proses membaca tulisan Jawi atau sebaliknya. Sebuah alat penjejakan mata EyeNTNU-180 digunakan untuk menjejak pergerakan mata ketika perkataan tersebut dibaca, termasuklah dalam keadaan huruf vokal dan diakritik vokal digunakan sebagai pemboleh ubah dalam sistem ejaan Jawi. Dapatan daripada tumpuan mata dan peta haba yang digunakan untuk menilai “gangguan persepsi” menunjukkan bahawa kerumitan dalam membaca Jawi boleh dikurangkan sekiranya transformasi, terutamanya dengan penambahan diakritik vokal, dilakukan ke atas sistem ejaan Jawi yang sedia ada.

Kata kunci: tulisan Arab, kerumitan kognitif, jejak mata, Jawi, bahasa Melayu

INFO MAKALAH

Pewasitan Makalah:

Dihantar: -

Diterima:

-E-mail:

khazudin@ukm.edu.my (Khazriyati Salehuddin)

jackho@ntnu.edu.tw (Ho Hong-Fa) *Penulis penghubung

An Eye Study to Investigate The

Cognitive Complexity in Reading

JAWI

ABSTRACT

The process of reading the Arabic script of Malay (henceforth Jawi), is difficult becauseit involves a complex cognitive process due to its spelling system. Past studies have shown that although vowel diacritics do facilitate readers in reading Jawi, they do not improve reading latency. It

(21)

not known if the presence of the diacritics interfers the reading of Jawi as it does in the process of reading Arabic texts among Arabic speakers. Hence, a study on reading 18 bi -syllabic words in four different spelling conditions in Jawi was conducted on 18 participants at Universiti Kebangsaan Malaysia to investigate if vowel diacritics are indeed “perceptual noise” in the process of reading Jawi. EyeNTNU-180, an eye-tracking instrument, was used to track the eye movement behaviour of Malay readers when reading Malay words in Jawi in various spelling conditions, including in conditions where vowel letters and diacritics were used as variables in the Jawi spelling system. Results from fixations and heat maps to address the “perceptual noise” show that reading Jawi can be made less cognitively complex when transformations, particularly in the addition of vowel diacritics, are made to the current Jawi spelling system.

Keywords: Arabic script; cognitive complexity; eye tracking; Jawi, Malay.

PENGENALAN

Masyarakat Tulisan Jawi, pada suatu ketika dahulu, merupakan tulisan standard bagi bahasa Melayu dan telah digunakan di alam Melayu, Nusantara, semenjak 1303 lagi. Penggunaannya amat meluas sehinggakan kerajaan British yang menjajah Tanah Melayu pada suatu ketika dahulu terpaksa menyediakan dokumen penting berkaitan hal penjajahan mereka dalam tulisan Jawi. Perjanjian Pangkor yang ditandatangani oleh Sir Frank Swettenham pada 1874, sebagai contoh, merupakan salah satu daripada dokumen penting dalam sejarah negara yang telah disediakan oleh British dalam tulisan Jawi.

Malangnya, tulisan Jawi tidak lagi menjadi tulisan standard bagi bahasa Melayu sebaik sahaja berakhirnya Perang Dunia Kedua. Tulisan Rumi mula mengambil alih peranan tulisan Jawi dan menjadi tulisan yang lebih dominan untuk bahasa Melayu – sehinggakan tanpa disedari, tulisan Jawi beransur-ansur dipinggirkan. Kini, tulisan Jawi begitu terhad penggunaannya. Ia lebih banyak digunakan oleh generasi tua dan dalam kalangan generasi muda pula, penggunaan tulisan Jawi hanya terhad kepada mereka yang terlibat dalam pengajian agama Islam. Malah, sebahagian besar teks berkaitan agama Islam hari ini telah dicetak dalam tulisan Rumi, walaupun teks asalnya ditulis dalam tulisan Jawi. Ini merupakan langkah-langkah yang diambil untuk memastikan bahawa pengetahuan agama Islam dapat sampai kepada masyarakat Malaysia keseluruhannya.

Untuk memastikan bahawa Jawi tidak hanya dikenali sebagai“warisan negara”, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia telah mengambil pelbagai langkah bersama-sama pelbagai agensi lain termasuklah Kementerian Pendidikan Malaysia. Berjuta-juta ringgit telah dilaburkan untuk menggalakkan penggunaan Jawi dengan meluas dalam kalangan masyarakat Malaysia. Iklan “Semarak Jawi” di kaca televisyen (Rajah 1) ialah salah satu contoh langkah yang diambil kerajaan untuk mempopularkan Jawi dalam kalangan masyarakat Malaysia, tanpa mengira bangsa mahupun agama mereka.

(22)

Rajah 1: Kempen “Semarak Jawi”seperti yang dilihat di kaca televisyen

PERNYATAAN MASALAH

Pelaburan kerajaan yang bernilai jutaan ringgit itu, walau bagaimanapun, tidak banyak membantu dalam merealisasikan matlamat kerajaan. Menurut Salehuddin (2012), Jawi tidak lagi menjadi pilihan dalam kalangan masyarakat Malaysia kerana dari perspektif kognitifnya, tulisan Jawi adalah lebih kompleks berbanding dengan tulisan Rumi. Berdasarkan penilaian ke atas kerumitan Jawi berbanding dengan tulisan Rumi, Salehuddin (2013) mencadangkan beberapa transformasi inovatif dalam sistem ejaan Jawi untuk mengurangkan kerumitan yang sedia ada. Salah satu transformasi yang dicadangkan ialah penggunaan diakritik vokal (yang lebih dikenali sebagai baris atas, bawah dan hadapan dalam pembelajaran al-Qur‟an) dalam sistem tulisan Jawi yang sedia ada.

Menurut Chahine (2012), beberapa ciri teks tertentu biasanya akan dimanipulasi oleh ahli saintis kognitif untuk memahami proses yang berlaku dalam pembacaan. Sehubungan itu, untuk meninjau sama ada transformasi yang dicadangkan oleh Salehuddin (2013) itu dapat atau tidak dapat membantu mengurangkan kerumitan kognitif dalam membaca Jawi dan seterusnya membantu pembaca membaca tulisan Jawi dengan lebih mudah, beberapa siri eksperimen dalam membaca Jawi telah dijalankan. Penutur asli bahasa Melayu daripada pelajar sekolah rendah sehinggalah mahasiswa universiti dan penutur asli bahasa Arab dalam kalangan pelajar pasca siswazah menjadi respondendalam eksperimen yang dijalankan. Eksperimen yang dijalankan menggunakan DMDX, satu sistem perisian berasaskan Win 32, bagi eksperimen berkaitan kajian psikologi yang mampu merekodkan masa tindak balas (reaction times) bagi stimulus dalam bentuk visual dan auditori (Forster & Forster, 2003). Dapatan menunjukkan bahawa pembaca dalam kalangan penutur asli bahasa Melayu memberikan jawapan yang lebih tepat ketika mereka membaca perkataan Jawi yang ditambah dengan diakritik vokal berbanding dengan perkataan Jawi yang tidak ditambah dengan diakritik vokal.Namun, masa tindak balas yang diambil adalah lebih pantas ketika membaca perkataan dalam tulisan Jawi yang tidak ditambah dengan diakritik vokal berbanding dengan yang ditambah dengan diakritik vokal (Salehuddin & Winskel, 2014a). Penutur asli bahasa Arab pula membaca Jawi dengan lebih tepat jika perkataan Melayu yang ditulis dalam tulisan Jawi itu tidak ditambah dengan diakritik vokal berbanding dengan perkataan yang ditambah dengan diakritik vokal (Salehuddin & Wisnkel, 2014b). Kajian yang sama juga menunjukkan bahawa penutur asli bahasa Melayu membaca tulisan Jawi dengan lebih baik apabila tulisan Jawi itu disertakan dengan diakritik vokal, berbanding dengan membaca tulisan Rumi. Namun, pembacaan Jawi tanpa diakritik vokal mereka

(23)

tidaklah berbeza dengan signifikan berbanding jika mereka membaca perkataan Melayu dalam tulisan Rumi (Salehuddin & Winskel, 2015). Dalam satu eksperimen, Salehuddin dan Winskel (2015b) mendapati bahawa pelajar Melayu sekolah menengah, membaca dengan lebih tepat apabila diakritik vokal ditambah kepada ejaan Jawi yang sedia ada.Walau bagaimanapun, berlawanan dengan hipotesis mereka, kehadiran huruf vokal tambahan tidak membantu pelajar membaca tulisan Jawi dengan lebih pantas.

Kajian terdahulu menggunakan perisian DMDX ke atas pembacaan Jawi menunjukkan bahawa walaupun secara amnya penggunaan diakritik vokal membantu pembaca dalam membaca Jawi dengan lebih tepat, kehadiran diakritik vokal ini tidak membantu mempercepat pembacaan. Secara bandingannya, kajian terdahulu ke atas pembacaan menyatakan bahawa penambahan diakritik vokal dalam Jawi memperlahankan pembacaan tulisan Jawi. Diakritik, menurut Roman dan Pavard (1987), merupakan satu bentuk “gangguan persepsi” (perceptual noise) dalam proses bacaan bahasa Arab. Kajian mereka ke atas pergerakan mata ketika membaca teks bahasa Arab yang ditanda dengan diakritik vokal dan yang tidak ditandakan dengan diakritik vokal menunjukkan bahawa kehadiran diakritik vokal telah mengurangkan kepantasan membaca, walaupun bilangan tumpuan (fixation) dan jumlah tempoh tumpuan ketika membaca telah meningkatkan. Peningkatan dalam tempoh dan bilangan tumpuan, menurut mereka, disebabkan oleh “gangguan persepsi”. Ini kerana, kehadiran diakritik sebenarnya telah menambahkan satu lagi lapisan untuk pemprosesan maklumat yang pembaca perlu lalui apabila mereka membaca (Roman &Pavard, 1987; Abu-Rabia, 2002).

Walau bagaimanapun, dakwaan yang dibuat oleh penyelidik terdahulu adalah hanya untuk teks bahasa Arab. Bolehkah dakwaan yang sama, iaitu diakritik vokal ialah “gangguan persepsi” dibuat untuk tulisan Jawi? Walaupun Jawi berasal daripada tulisan Arab, membaca Jawi sebenarnya amat berlainan dengan membaca teks bahasa Arab dalam banyak perkara (Lihat Salehuddin (2012) untuk analisis perbandingan antara kedua-dua tulisan Jawi dan teks bahasa Arab). Walaupun eksperimen DMDX menunjukkan kehadiran diakritik vokal tidak membantu dalam mempercepat bacaan, tidak diketahui pula sama ada kehadiran diakritik vokal ini benar-benar mengganggu pembaca (sehingga ia dinamakan “gangguan persepsi”) atau tidak. Satu cara untuk menyelidik sama ada diakritik vokal benar-benar mengganggu persepsi untuk Jawi atau sebaliknya ialah menerusi penggunaan alat penjejakan mata, iaitu satu bentuk peranti yang mampu melakukan ujian kepantasan dan tingkah laku mata dengan tepat ketika seseorang sedang membaca (Chahine, 2012).

Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk menyelidik sama ada diakritik vokal benar-benar merupakan satu bentuk “gangguan persepsi” atau tidak dalam proses membaca Jawi, seperti yang didakwa oleh penyelidik terdahulu yang menjalankan kajian ke atas proses pembacaan teks bahasa Arab. Satu alat penjejakan mata yang dinamakan EyeNTNU-180 telah digunakan untuk menjejak pergerakan mata pembaca Melayu apabila mereka membaca perkataan bahasa Melayu dalam tulisan Jawi dalam pelbagai kaedah ejaan, termasuklah dalam keadaan huruf vokal dan diakritik vokal digunakan sebagai pemboleh ubah dalam sistem ejaan Jawi. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan untuk mencapai objektif berikut:

(24)

dengan lebih berkesan.

2. Membuat kesimpulan tentang corak pembacaan masyarakat Melayu ketika membaca tulisan Jawi.

Berdasarkan objektif di atas, kajian ini, secara khususnya, dirangka untuk mendapatkan jawapan untuk persoalan kajian berikut:

1. Kaedah ejaan Jawi yang manakah yang akan menyebabkan pembaca mengambil masa yang paling lama dan yang paling pendek untuk membaca perkataan Melayu berbentuk dua suku kata?

2. Adakah pembaca menumpukan pandangan mereka kepada diakritik vokal untuk tempoh yang lebih lama berbanding dengan aksara lain dalam tulisan Jawi tersebut?

Kajian ini dijalankan berdasarkan andaian berikut: 1) Pembaca menumpukan pandangan untuk tempoh yang lebih lama kepada perkataan Jawi tertentu jika perkataan tersebut sukar untuk dibaca. Oleh itu, tumpuan yang lebih pendek menandakan bahawa perkataan tersebut adalah lebih mudah untuk dibaca. 2) Tumpuan pandangan untuk tempoh masa yang lebih pendek menandakan kurangnya pemprosesan kognitif yang terlibat.

KAEDAH KAJIAN

Kajian pergerakan mata telah pun dijalankan dalam pelbagai bidang seperti psikologi kognitif, pemasaran, dan interaksi antara manusia dengan computer untuk membantu penyelidik memahami hal berkaitan dengan pemerhatian visual. Alat penjejakan mata digunakan dalam kajian tersebut untuk mengesan apa-apa yang sedang dilihat oleh seseorang, tempoh yang diambil olehnya untuk melihat satu-satu perkara, danaliran pergerakan mata mereka (Schall & Bergstrom, 2014). „Tumpuan mata‟ merujuk kepada keadaan bilamana mata berjeda, atau mengambil rehat pendek pada satu-satu kawasan visual tertentu (Reichle & Laurent, 2006). Panjang tumpuan boleh diukur berdasarkan jumlah masa contact (Total Contact Time). Saccades pula merujuk kepada pergerakan mata yang pantas daripada satu titik tumpuan kepada titik tumpuan yang lain untuk melengkapkan penglihatan seseorang individu (Schall & Bergstrom, 2014: 5). Alat penjejakan mata mampu memberikan representasi dan pemahaman yang amat tepat tentang tabiat pergerakan mata. Alat ini memberikan maklumat kepada penggunanya tentang tumpuan, tempoh, dan aliran pergerakan mata setiap individu yang mengambil bahagian dalam eksperimen tersebut. Oleh yang demikian, kajian pergerakan mata sebenarnya mempunyai potensi yang besar untuk menjurus kepada inovasi (Holmqvist, Nyström, Andersson, Dewhurst, Jarodzka, & van de Weiger, 2011).

1. Responden

Lapan belas orang responden(9 lelaki, 9 perempuan) mengambil bahagian dalam eksperimen ini. Mereka berumur antara 14 hingga 48 tahun. Empat belas orang daripada

(25)

mereka ialah pemegang ijazah, sama ada ijazah doktor falsafah (3 orang) atau sarjana (6 orang) atau sarjana muda (4 orang), sementara 4 orang lagi masih berada di sekolah menengah. Walaupun jurang usia mereka agak besar, mereka boleh dianggap sebagai satu kumpulan homogen kerana pertama, semua mereka ialah penutur asli bahasa Melayu dan kedua, semua mereka membaca al-Qur‟an, yang ditulis dalam tulisan Arab dengan diakritik vokal, sama ada seminggu sekali (2 orang) atau sehari sekali (16 orang). Sebahagian besar daripada mereka jarang sekali membaca Jawi, dan mereka yang membaca Jawi pula mengatakan yang mereka hanya membaca Jawi ketika mereka belajar ilmu yang berkaitan dengan hal keagamaan. Hanya dua orang responden yang menganggap membaca Jawi ialah satu proses membaca yang lebih mudah daripada membaca al-Qur‟an. Semua responden mengambil bahagian dalam eksperimen ini secara sukarela. Jadual 1 memberikan maklumat secara ringkas tentang responden kajian ini.

JADUAL 1

Maklumat responden

Umur Jantina Pendidikan UPSR/SPM/Dip /BA/MA/PhD Kekerapan membaca Jawi Kekerapan membaca al-Quran Mana Lebih mudah?

PT1 42 P PhD 1x setahun 1x sehari al-Quran

PT2 27 P MA 1x sebulan 1x sehari al-Quran

PT3 29 P MA 1x setahun 1x sehari al-Quran

PT4 42 L PhD 1x setahun 1x sehari al-Quran

PT5 45 P PhD 1x setahun 1x seminggu al-Quran

PT6 38 P MA 1x setahun 1x sehari al-Quran

PT7 36 P MA 1x setahun 1x sehari Jawi

PT8 41 P MA 1x setahun 1x sehari al-Quran

PT9 23 P BA 1x setahun 1x seminggu Jawi

PT10 42 L MA 1x sebulan 1x sehari al-Quran

PT11 30 L BA 1x setahun 1x sehari al-Quran

PT12 19 L SPM 1x sebulan 1x sehari al-Quran

PT13 22 L SPM 1x setahun 1x sehari al-Quran

PT14 15 P UPSR 1x seminggu 1x sehari al-Quran

PT15 48 L BA 1x setahun 1x sehari al-Quran

PT16 14 L UPSR 1x seminggu 1x sehari al-Quran

PT17 25 L BA 1x sebulan 1x sehari al-Quran

(26)

2. Peralatan

EyeNTNU-180 ialah satu sistem penjejakan mata yang kadar pensampelannya ialah 180Hz (kesalahan sudut <.03), yang dibangunkan oleh sekumpulan jurutera daripada National Taiwan Normal Universiti. Ia merupakan perkakasan utama yang digunakan dalam eksperimen ini. Sebuah tempat merehatkan dagu dan sebuah komputer riba jenama Lenovo turut digunakan. Perisian Analysing Tool yang digunakan untuk menjalankan eksperimen ini dan menganalisis data juga telah dibangunkan oleh kumpulan jurutera yang sama.

Lapan belas perkataan dua suku kata yang dieja dalam empat kaedah ejaan yang berlainan digunakan sebagai stimulus dalam eksperimen ini. Perkataan tersebut pada ketika ini dieja tanpa sebarang huruf vokal baikpada suku kata pertama mahupun suku kata kedua. Sebahagian perkataan yang dijadikan stimulus merupakan perkataan yang turut digunakan dalam Salehuddin dan Winskel (2015b), dan setiap satu perkataan tersebut dipersembahkan kepada responden dalam 4 kaedah ejaan yang berbeza. Kaedah Pertama: 18 perkataan dua suku kata yang ditulis dengan ejaan Jawi yang sedia ada. Kedua: 18 perkataan dua suku kata yang ditulis dengan penambahan diakritik vokal pada kedua-dua suku kata. Ketiga: 18 perkataan dua suku kata yang ditambah pada dengan huruf vokal pada kedua-dua suku kata. Keempat: 18 perkataan dua suku kata seperti dalam kaedah ejaan 3, tetapi huruf vokalnya digantikan dengan diakritik vokal yang sepadan. Setiap satu daripada 72 stimulus dipaparkan di tengah-tengah slaid Microsoft

Powerpoint dalam font Arial (Body) bersaiz 199. Setiap satu daripadanya kemudiannya

ditukarkan kepada format fail .jpg untuk membolehkannya digunakan dalam eksperimen penjejakan mata. Perkataan dua suku kata yang dipilih merupakan perkataan yang biasa digunakan dalam persekitaran kehidupan masyarakat Melayu dan frekuensinya dalam korpus DBP adalah antara 7 dengan 23,763 bagi setiap satu juta perkataan (Korpus Dewan Bahasa & Pustaka untuk Buku dan Majalah).

3. Prosedur

Responden diminta “membaca dalam hati” (tanpa mengeluarkan suara) perkataan Jawi yang dipaparkan satu persatu kepada mereka pada skrin komputer riba. Mereka juga tidak dibenarkan menggerakkan mulut mereka dalam eksperimen ini. Paparan (i.e., peralihan daripada satu perkataan kepada perkataan yang lain) dikawal oleh responden sendiri dengan menekan butang (klik) kiri pada tetikus. Responden juga dimaklumi bahawa pergerakan mata mereka akan ditentu ukur dengan alat penjejakan mata terlebih dahulu sebelum mereka membaca perkataan Jawi tersebut. Ini untuk memastikan bahawa setiap satu daripada data akan direkodkan dengan tepat oleh alat tersebut. Mereka diberitahu agar tidak membuat sebarang bentuk pergerakan dalam eksperimen ini. Jika tidak, mereka perlu menjalani semula proses menentu ukur. Objektif sebenar kajian ini tidak dimaklumkan kepada responden untuk mendapatkan dapatan yang sebenarnya secara alamiah. Responden juga tidak dimaklumi bahawa perkataan yang akan dibaca oleh mereka ialah perkataan dua suku kata, kerana maklumat seumpama itu berkemungkinan mempengaruhi cara responden membaca stimulus. Setelah selesai sesi pengenalan ini, responden diminta merehatkan dagu mereka di atas tempat merehatkan dagu untuk memastikan bahawa jarak antara mata mereka dengan skrin komputer riba adalah tepat 50cm. Satu proses penentu- ukuran berbentuk sembilan penjuru

(27)

menggunakan GazeTrackerUI sebelum eksperimen dijalankan. Proses penentuukuran ini melibatkan responden mengekori dengan mata mereka pergerakan satu titik putih di atas skrin yang berlatar belakang hitam pada sembilan titik penjuru. Proses penentuukuran dianggap berjaya apabila responden mencapai jumlah mata 3, atau 4, atau 5 bintang. Sekiranya proses penentuukuran tidak mencapai 3 bintang, proses penentu ukuran terpaksa dilakukan sekali lagi sehinggalah responden mencapai sekurang-kurangnya 3 bintang. Eksperimen dijalankan sebaik sahaja proses penentuukuran berlangsung dengan jayanya.

Satu demi satu perkataan Jawi dua suku kata dipersembahkan kepada responden. Peralihan daripada satu perkataan kepada perkataan yang lain dikawal sendiri oleh responden. Ini bermakna, kepantasan bacaan mereka juga dikawal sendiri oleh responden. Lapan belas perkataan yang pertama dieja dengan ejaan Jawi mengikut Kaedah 1. 18 perkataan seterusnya dieja dengan ejaan Jawi mengikut Kaedah 2. 18 perkatan seterusnya dieja dengan ejaan Jawi mengikut Kaedah 3, dan 18 perkataan yang akhir dieja dengan ejaan Jawi mengikut Kaedah 4. Susunan bagaimana perkataan tersebut dipersembahkan adalah sama bagi setiap responden. Jadual 2 menyenaraikan kaedah ejaan yang berlainan bagi semua 18 perkataan Melayu yang menjadi stimulus dalam eksperimen ini.

JADUAL 2

Empat kaedah mengeja 18 perkataan Melayu yang dijadikan stimulus dalam eksperimen ini

Ejaan Rumi Kaedah 1 Kaedah 2 Kaedah 3 Kaedah 4

ria اير اَيِر اييِر َ ِر jua اىج اَىُج اوىج َىُج luar راىل راَىُل راوىل رَىُل biar رايب راَيِب راييب رَيِب tanda اَدىَت اَدىَت ادوات َدىَت harta اَترَه اَترَه اثراه َررَه kahwin هيىهك هيِىهَك هيىهاك نِىهَك sambil ليبمس ليِبمَس ليبماس لِبمَس tuai اىت اَىُت اوىت َىُت suai اوىس اىس اوىس َىُس lantai اتىل اَتىَل اتولا يَتىَل rantai اتور اَتوَر اتوار يَتوَر kita تيك َتيِك اتيك َتِك masa سام َساَم اسام َ َم dalam ملاد مَلاَد ملااد مَلَد kain هياك هِياَك هيياك هِيَك

(28)

lintas تىيل َتىيِل ساتىيل َتىِل

sumbat تبمىس تَبمىُس رابمىس تَبمُس

Sebaik sahaja eksperimen selesai dijalankan, responden diminta mengisi borang soal selidik yang dibina untuk mendapatkan maklumat demografi mereka. Memandangkan hanya satu unit EyeNTNU-180 yang boleh digunakan pada ketika itu, hanya seorang responden yang boleh menjalani eksperimen tersebut dalam satu-satu masa. Masa yang diambil oleh setiap responden untuk melengkapkan eksperimen dan borang soal selidik adalah antara 10-15 minit.

DAPATAN KAJIANDAN PERBINCANGAN

Bagi setiap perkataan yang ditulis dengan tulisan Jawi, Kawasan yang Dikaji (Region of

Interest, seterusnya, ROI) ditentukan. Bilangan ROI bagi setiap stimulus adalah

berlainan, bergantung kepada bilangan huruf Jawi dan diakritik vokal yang terdapat dalam ejaan Jawi tersebut. Sebagai contoh, bagi perkataan “rantai”, terdapat 6 ROI bagi kaedah 1, 8 bagi kaedah 2, 7 bagi kaedah 3, dan 6 bagi kaedah 4 (Rajah 2).

Kaedah 1 Kaedah 2 Kaedah 3 Kaedah 4

Rajah 2: ROI bagi perkataan “rantai”

Peta haba (heat map) dan imbasan aliran pergerakan mata (scan path) bagi semua 72 stimulus oleh 18 respondendirekodkan. Ini bermakna, 1296 peta haba dan imbasan aliran pergerakan mata dihasilkan daripada eksperimen ini. Rajah 3 menunjukkan contoh peta haba dan imbasan aliran pergerakan mata bagi keempat-empat kaedah ejaan bagi perkataan “rantai” oleh responden PT15.

(29)

Kaedah 3 Kaedah 4

Rajah 3: Contoh peta haba dan imbasan aliran pergerakan mata bagi perkataan “rantai” oleh responden PT15

1. Tempoh Bacaan bagi Keempat-Empat Kaedah Ejaan

Ujian Sampel Berpasangan menunjukkan bahawa perbezaan antara keempat-empat kaedah ejaan adalah berbeza dengan signifikannya antara satu sama lain, kecuali antara Kaedah 2 dengan 3 (p=.5). Kaedah 1-2: t(17)=7.509, p<.001; Kaedah 1-3: t(17)=5.832,

p<.001; Kaedah 1-4: t(17)=13.550, p<.001; Kaedah 2-4: t(17)=5.321, p<.001; dan

Kaedah 3-4: t(17)=9.168, p<.001. Ini mencadangkan bahawa responden mengambil masa yang paling lama apabila membaca Jawi dalam keadaan ejaan Jawi yang sedia ada. Responden mengambil masa yang paling singkat (paling pantas) apabila membaca tulisan Jawi yang tidak mempunyai huruf vokal, tetapi mempunyai diakritik vokal dalam kedua-dua suku katanya. Rajah 4 menunjukkan purata Total Contact Time (iaitu jumlah tempoh mata menumpukan perhatian kepada perkataan yang dipersembahkan) bagi keempat-empat keadaan.

Rajah 4: Purata Total Contact Time(dalam milisaat) bagi semua perkataan dalam keempat-empat kaedah ejaan Jawi

Referensi

Dokumen terkait

Pengguna setuju terhadap Aplikasi Virtual Reality Media Pembelajaran Sistem Tata Surya efektif mempermudah pembelajaran terkait sistem tata surya yang dibuktikan dari hasil

Rizaldi (2002) dalam Astuti (2006) menerangkan penilaian prestasi kerja merupakan sistem yang digunakan untuk menilai dan mengetahui apakah karyawan telah memahami dan melaksanakan

Berdasarkan uraian di atas, perlu dilakukan penelitian yang bertujuan untuk mengetahui hasil berpikir kritis siswa menggunakan LKS berbasis proyek medan arus

Jika pengguna software akuntansi telah mempunyai persepsi terhadap kualitas sistem serta yakin dengan kualitas sistem yang digunakan, dan merasa bahwa menggunakan sistem

Oleh karenanya, untuk memahami substansi (materi, cakupan pengertian) dari hak mendisiplinkan ini perlu dilakukan penelurusan terhadap pendapat para ahli hukum pidana

Pada metode ini, penilaian akan kualitas layanan Website BTKP-DIY terhadap pengguna menggunakan kuesioner yang dirancang dengan skala likert dengan instrumen atau dimensi

Penelitian ini bertujuan untuk membangun suatu sistem pendukung keputusan yang dapat digunakan oleh pengguna untuk menyeleksi pengguna jasa Leasing mobil; mengimplementasikan

Dalam proses penilaian seleksi asisten masih menggunakan sistem manual dengan beberapa kelemahan yaitu proses yang lama dalam perhitungan, segi penilaian kurang mempertimbangkan bobot