77%
43% 23%
40%
17%
Soalan 10 Ya Tidak Soalan 11
Berdasarkan rajah diatas, untuk soalan 10, 23 responden daripada 30 (77%) telah mengatakan „ya‟ terhadap pengaruh pemilihan bahasa oleh pengguna aplikasi telefon pintar. Antara sebab yang diberikan oleh responden ialah mereka mengikuti perkembangan trend terkini pada zaman serba moden ini. Selain itu, responden juga memberikan sebab yang kebanyakan aplikasi ataupun website menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar, lalu bahasa tersebut telah menjadi bahasa pilihan mereka.
Walau bagaimanapun, seramai 7 responden (23%) mengatakan „tidak‟ dalam soalan ini. Sebab yang dikemukakan oleh responden ialah ia terpulang kepada individu tersebut untuk memilih bahasa pilihan mereka. Responden ini terpengaruh dengan keadaan sekeliling yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa percakapan, namun apabila dalam penggunaan aplikasi telefon pintar, mereka lebih suka menggunakan bahasa Melayu kerana ia mampu meningkatkan kemahiran berbahasa mereka dalam bahasa ibunda.
Soalan 11 pula, sebanyak 13 orang calon (43%) memilih bersetuju dengan kenyataan jika penggunaan bahasa Inggeris tidak diaplikasikan dalam penggunaan telefon pintar dan diterjemahkan isi kandungannya ke dalam bahasa Melayu, mereka akan mengalami kesusahan. Sebabnya ialah kebanyakan istilah dalam teknologi adalah dalam bahasa Inggeris dan memudahkan mereka untuk memahami jika mereka menggunakan aplikasi telefon pintar dalam bahasa Inggeris. Hal ini dapat diperkukuh dengan kenyataan daripada Supyan Hussin (2005). Beliau mengatakan bahawa trend peningkatan bilangan telefon bimbit dan aktiviti SMS dalam kalangan remaja pada tahun berikutnya, menyebabkan prestasi keputusan kertas Bahasa Inggeris 2004 memjadi lebih baik pada keseluruhannya.
Terdapat juga responden sebanyak 17% mengatakan, „mungkin‟ mereka akan mengalami kesusahan jika bahasa Melayu digunakan. Namun begitu, ia masih lagi bergantung kepada keadaan penggunaan aplikasi berkenan. Jika aplikasi tersebut menggunakan bahasa Inggeris yang sangat susah untuk difahami, maka ia telah menyusahkan mereka. Terdapat juga situasi yang ayat dalam bahasa Inggeris ini telah diringkaskan mengikut kemajuan teknologi seperti TTYL dan LOL. Terdapat sekelompok pengguna yang kurang biasa dengan bahasa berkenan, malahan penggunaan bahasa Melayu lebih mudah untuk menyampaikan maklumat.
Akhir sekali, 40% daripada responden mengatakan „tidak‟ kepada pernyataan tersebut. Antara sebab mereka mengatakan demikian ialah:
mempelajari perkataan baharu memahami bahasa yang digunakan
menyedari bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi negara
Sesi Temu ramah
Temu ramah ini dijalankan oleh pengkaji dengan mengambil responden yang terdiri daripada seorang lelaki dan seorang perempuan daripada Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Soalan yang dipilih dalam temu ramah ini adalah daripada Bahagian II; soalan 1 dan soalan 4, Bahagian III; soalan 8. Soalan yang dipilih berkait rapat dengan objektif kajian. Hasil daripada temu ramah ini mendapati bahawa responden lebih selesa menggunakan bahasa Inggeris dalam aplikasi telefon pintar kerana bagi mereka, ia lebih
didedahkan sejak kecil lagi dengan perkataan bahasa Inggeris dalam setiap aspek kehidupan mereka. Hal ini jelas menunjukkan bahawa bahasa Melayu ini semakin kurang dituturkan dan digunakan dalam aspek kehidupan. Dari aspek keutamaan makna, kandungan mesej itu adalah penting dan terjemahan yang dilakukan perlulah melalui perubahan yang radikal supaya maklumat yang disampaikan dapat dikekalkan. Dalam kajian ini juga, terdapat beberapa langkah diusulkan agar bahasa Melayu ini dapat dimartabatkan, terutamanya dalam kalangan golongan masa kini. Antara langkah yang boleh diambil ialah mengadakan kempen kesedaran bahasa, menerbitkan lebih banyak kamus penterjemahan teknologi daripada bahasa asing kepada bahasa Melayu, dan memperbanyak kursus penterjemahan di instutusi pengajian tinggi.
Kesimpulannya, penggunaan bahasa Melayu sebagai medium penterjemahan dalam aplikasi telefon pintar ini haruslah diseimbangkan supaya dapat memberikan manfaat kepada pengguna dalam kehidupan seharian. Walaupun bahasa Inggeris telah menjadi bahasa yang kerap dipertuturkan oleh masyarakat Malaysia, tetapi kita haruslah mendukung bahasa ibunda kita agar ia tidak lapuk ditelan zaman. Bak kata pepatah, yang
dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.Diharapkan keseimbangan dalam
berbahasa, terutamanya bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam masyarakat kini haruslah dijaga dan dimurnikan sebaik mungkin.
BIBLIOGRAFI
Abdullah Hassan. (1989). Isu-Isu Perancangan Bahasa: Pengintelektualan Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Abdul Rashid Daing Melebek dan Amat Juhari Moain. (2005). Sejarah Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributions
Awang Sariyan. (2013). Penterjemahan Memperkasakan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Diambil daripadahttp://dwnbahasa.dbp.my/?p=1251
Berita Harian - Dewan Bahasa dan Pustaka. (n.d.). Diambil daripada
http://dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=articles&ArticleID=453
Bahasa SMS Penyeri Landskap Bahasa Melayu pada abad ke-21? DEWAN BAHASA. (2013, March 27). Diambil daripada http://dwnbahasa.dbp.my/?p=1141
Evolusi Penggunaan Telefon, Utusan Malaysia 24 Ogos 2008
Hassan Ahmad. (2009). Ke Luar Jendela . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Haryati Ariffin (2013). Generasi Y dan Budi Bahasa yang Semakin Terpinggir. The Malaysian Insider.
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2015). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Noor Mayudia Mohd Mothar, Musa Abu Hassan, Md Salleh Haji Hassan dan Mohd Nizam Osman (2013). The Importance of Smartphone‟s Usage Among Malaysian Undergraduates. Projek Penyelidikan, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan. Universiti
Islam Malaysia.
Nida, E.A. & C.R. Taber. (1974). The theory and practice of translation. Leiden : E.J. Brill Nur Ratasha Alia Md Roslisiti, AzrahMohamad Samsuri, Noor Azianti Abd Rashi, Nurfarahida
Hanim Mohd Fadzil (2011). Penerimaan Istilah Bahasa Asing ke Bahasa Melayu dalam Bidang Sains dan Teknologi. ZZZT 2213. Bentuk-bentuk Penulisan. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Raha Radzi (2013). Komunikasi Efektif Melalui Media Perantaraan dalam Kalangan Masyarakat Melayu: Satu Kajian Kes di Melaka dalam Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK). Universiti Teknologi MARA.
Rais Yatim (2004). Cabaran Bahasa Melayu Dalam Era Globalisasi. Diambil daripada
http://lokmandayat.blogspot.com/2008/11/bahasa-melayu-dalam-era-globalisasi.html
Sin Wai Chan (2012). Teknologi Terjemahan: Dahulu, Sekarang dan Masa Depan. Jurnal
Terjemahan Alam & Tamadun Melayu 4:1 (2012) 25 – 44.
Supyan Hussin. (2005). “Korpus bahasa SMS: Antara kreativiti dan ancaman kepada bahasa” Prosiding Seminar Kebangsaan Linguistik SKALI 05. Kajian Bahasa dan Korpus: Dimensi Linguistik Semasa. Universiti Kebangsaan Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Supyan Hussin (2006). “Perimbangan Pembangunan Bahasa SMS dan Pelestarian Bahasa Kebangsaan”. Prosiding Persidangan Antarbangsa Pengajian Melayu 2006: Warisan Seni Budaya Melayu – Pelestarian dan Pembangunan. Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, 275-284.
Supyan Hussin (2012). “Parasit Bahasa”. Program Hujjah TV9. 15 Jun 2011.
Supyan Hussin (2013). “Pengurusan maklumat dan ilmu dalam transformasi dan pembangunan sosial. Kertas ucaptama dibentangkan di International Conference on Social Sciences and Humanities, ICOSH 2013. Universiti Kebangsaan Malaysia. 13-14 Dec 2011.
Supyan Hussin (2014). Kelestarian Insan dan Bahasa dalam Arus Telekomunikasi Global. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Tay Meng Guat (2011). Analisis Linguistik Terhadap Penggunaan Bahasa SMS Dalam Kalangan Guru Pelatih.Jilid 10. Jurnal Penyelidikan,IPG Kampus Batu Lintang.
MAHAWANGSA 4 (2): 273 – 284 (2017)
MAHAWANGSA
Laman sesawang: http://www.mahawangsa.upm.edu.my/