• Tidak ada hasil yang ditemukan

SISTEM PANGGILAN

Dalam dokumen VOL. 4 (2) NOV. 2017 (Halaman 55-58)

Address System within The Brunerian Malay Community:

SISTEM PANGGILAN

Secara umumnya, sistem panggilan ialah sistem gelaran, sapaan atau sebutan nama bagi seseorang, iaitu yang ada hubung kait dengan cara menyapa atau memanggil seseorang mengikut nama gelarannya. Sistem panggilan ini agak luas, merangkumi kata nama gelaran dan kata ganti nama diri. Sistem panggilan ini boleh kita lihat dari segi mikro atau makro,malah dari segimeso.

Menurut Amat Juhari Moain (1989:1), sistem sapaan dan panggilan itu terdapat dalam hubungan antara anggota dalam lingkungan keluarga, kaum kerabat, persanakan, dan seterusnya dalam hubungan dengan masyarakat yang lebih besar. Seseorang itu harus tahu menggunakan kata panggilan atau kata sapaan yang betul dan sesuai. Bagi sebahagian masyarakat tertentu, penggunaan kata panggilan atau kata sapaan yang tidak betul boleh mengakibatkan salah faham, sehingga dianggap tidak tahu berbahasa atau berbudi bahasa. Kenyataan ini selaras dengan pendapat Pg Hj Mahmud Pg Damit (1992:80), yang mengatakan bahawa penggunaan kata-kata, misalnya penggunaan kata panggilan yang salah boleh menimbulkan perselisihan faham dan merosakkan hubungan antara kedua-dua belah pihak.

Semasa bertegur sapa, kita menggunakan kata panggilan atau kata sapaan yang tertentu mengikut siapa yang menyapa dan siapa yang disapa. Kata sapaan yang tertentu digunakan berdasarkan aturan dari segi hubungan kekeluargaan, sama ada melalui perhubungan pertalian darah ataupun pertalian perkahwinan, pangkat atau kedudukan dalam keluarga, usia dan gelaran yang disandang.Menurut Asni Ayub et al. (1984) dan Halipami Rasyad (1985), pemilihan kata sapaan lebih banyak ditentukan oleh faktor usia, kedudukan dan hubungan antara penyapa dengan orang yang disapa. Kata sapaan sebagai gambaran budi bahasa dan nilai murni orang Melayu ada antaranya sudah tidak diamalkan oleh generasi muda, sedangkan ia sesuatu yang berharga, yang mesti

dipulihara oleh orang Melayu (Dani, 2007).

Sistem panggilan dan kata sapaan sesuatu masyarakat dapat melambangkan nilai kebudayaan dan nilai kemasyarakatan yang bersopan santun bagi bangsa Melayu termasuk masyarakat Melayu Brunei. Melalui sistem panggilan yang digunakan, seseorang dapat menentukan sikap, kelas sosial, pendidikan dan hubungan antara penutur dengan pendengar. Sehubungan itu, sistem panggilan yang disampaikan menggunakan bahasa memainkan peranan yang penting dalam menghubungkan seseorang dengan seseorang yang lain. Dalam konteks perbualan, kata sapaan adalah penting untuk menimbulkan suatu suasana yang bukan sahaja semata-mata menyampaikan maklumat, malah juga menimbulkan dan memupuk perhubungan yang erat sesama manusia.

Kata panggilan atau kata sapaan ini juga berbeza antara satu bangsa atau puak dengan bangsa atau puak yang lain. Setiap puak atau bangsa mempunyai sistem dan kata panggilan yang tertentu. Kepentingan dan penggunaan kata panggilan atau kata sapaan antara satu masyarakat dengan masyarakat yang lain juga berbeza. Penggunaan kata panggilan atau kata sapaan yang betul adalah sangat penting, yang bertujuan untuk menghormati seseorang yang diajak berbicara, di samping memperlihatkan sikap bersopan santun, hormat-menghormati penyapa kepada yang disapa. Perkara ini pernah disentuh oleh Teo Kok Seong (1996).

Panggilan kekerabatan atau sapaan kekerabatan (badangan sanak) merupakan kata panggilan yang digunakan untuk menyapa anggota keluarga yang terdapat dalam lingkungan kaum keluarga yang merangkumi panggilan bagi nenek, ibu bapa, bapa saudara, ibu saudara, adik-beradik, sepupu, dua pupu, anak saudara, cucu,„piut‟, dan „antah‟. Dalam bahasa Melayu Brunei, terdapat pelbagai kata panggilan dalam sistem panggilan tradisional bagi kekerabatan. Antaranya panggilan bagi bapa saudara atau ibu saudara (indung patuan), seperti tua, acai/asai, tangah/ngangah, iring, uda, amit dan

bungsu/ucu/uncu/usu. Namun dalam masyarakat Melayu Brunei, tiada jenama khusus

untuk menunjukkan urutan kelahiran bagi anak, cucu, dan anak saudara (anak buah). Panggilan yang biasa atau umum digunakan ialah wang (singkatan bagi awang) bagi lelaki dan dang (singkatan bagi dayang). Manakala bagi cucu, selalunya dipanggil

cusahaja.

Meskipun, sistem panggilan kekeluargaan dianggap sebagai isu yang ketinggalan zaman dan tidak memberikan nilai ekonomi dalam suasana dunia yang maju, moden dan global, (Nor Hashimah Jalaluddin et al., 2005) berbanding dengan isu yang lain, namun disebabkan kehidupan orang Melayu yang terikat dengan persekitaran dan institusi bangsa serta memandangkan peranan dan kepentingannya dalam mendidik dan mensosialisasikan generasi muda supaya lebih bersopan santun, berbudi bahasa dan hidup hormat-menghormati melalui bahasa, penyelidikan dan perbincangan tentang sistem panggilan dan sistem sapaan masih relevan.

Sistem panggilan dalam masyarakat Melayu Brunei agak berbeza dengan sistem panggilan di Semenanjung Malaysia. Perkara ini jelas dipaparkan dalam Jadual 1.

JADUAL 1

Perbezaan sistem panggilan dalam DMB dengan Semenanjung Malaysia(bapa/ibu saudara [patuan])

Bilangan Menurut

KataPanggilan Kekerabatan bagi

Kata Panggilan Kata Panggilan/ Kata Sapaan

Urutan Kelahiran

Malaysia MMSM Kekerabatan bagi MMB MMPL

1. Sulung Long Tua pak long

2. Kedua Ngah Acai/Asai/Basar/Basai pak chak

3. Ketiga Lang Tangah/Angah/Ngangah pak ngah

4. Keempat Anjang Iring pak lang

5. Kelima - Uda pak jang

6. Keenam Cik Amit pak tam

7. Ketujuh Busu/Su Bungsu/Uncu/Usu pak teh

8. Kelapan - - pak ndak

9. Kesambilan - - pak chik

10. Kesepuluh - - pak uda

11. Kesebelas - - pak usu/pak su.

MMB : Masyarakat Melayu Brunei

MMSM : Masyarakat Melayu Semenanjung Malaysia MMPL : Masyarakat Melayu di Pulau Langkawi

Seperti yang dipaparkan dalam Jadual 1, Mansor bin Ahmad (1992) dalam Latihan

Ilmiahnya mengatakan bahawa Kata Panggilan/Kata Sapaan Masyarakat Melayu di

Pulau Langkawi (MMPL) bagi bapa saudaraialah pak long, pak chak, pak ngah, pak

lang, pak jang, pak tam, pak teh, pak ndak,pak chik, pak uda, dan pak usu/pak su.Manakala menurut Asmah Haji Omar (1986:37), jenama pertalian darah diwakili oleh

perkataan seperti Long, Ngah, Lang, Anjang, Cik, dan Busu atau Su. Asmah Haji Omar (1986:38), menambah masing-masing daerah pertuturan bahasa Melayu mempunyai kelainan tersendiri, dan kelainan itu biasanya terdapat pada jenama bagi anak-anak antara anak keempat dengan anak bungsu. Sebelum jenama Cik, ada jenama seperti Teh (singkatan dari Putih) danTam (singkatan dari Hitam). Hal ini selaras dengan apa yang dinyatakan oleh Mansor bin Ahmad (1992).

Lazimnya sistem panggilan yang ada dalam sesuatu masyarakat itu akan mengalami perubahan yang disebabkan perubahan sosial ataupun perubahan budaya kerana perubahan sosial atau perubahan budaya sering menjadi penyebab berlakunya perubahan bahasa. Perubahan bahasa itu boleh berlaku perubahan semata-mata, iaitu perubahan secara total, kadang-kadang berlaku penambahan ataupun penghilangan beberapa sistem panggilan. Faktor penting penyebab perubahan ini adalah kerana hubungan kekeluargaan sudah menjadi semakin renggang atau longgar (lack). Akibatnya, ramai generasi muda pada masa ini tidak lagi mengetahui akan sistem panggilan kekerabatan. Ini memudahkan generasi mengaplikasikan unsur luar seperti sistem panggilan kekerabatan bahasa Inggeris. Rasa hormat-menghormati dan berawar galat sudah mulai pudar dalam kalangan mereka.

dalam masyarakat Melayu Brunei ialah kecenderungan generasi muda mengasimilasikan terminologi panggilan kekerabatan bahasa Inggeris „uncle‟ untuk merujuk bapa saudara dan „aunty‟ untuk merujuk ibu saudara. Panggilan kekeluargaan asas dalam bahasa Melayu Brunei seperti tua, acai, tangah, iring, uda, amit dan bungsu sudah semakin kurang digunakan. Sekiranya masih digunakan, bilangan kata panggilan itu sudah semakin berkurangan jumlahnya. Panggilan yang masih banyak digunakan masa ini adalah seperti tua, tangah, amit dan bungsu. Sebaliknya, panggilan seperti acai, iring, dan uda sudah semakin kurang digunakan. Hanya sebilangan keluarga yang masih mengekalkan penggunaan panggilan tersebut. Sistem panggilan yang digunakan bagi satu keluarga dengan keluarga yang lain juga didapati berbeza-beza ataupun bervariasi dan tidak seragam.

Secara tradisi, panggilan untuk adik-beradik yang lebih tua atau saudara yang usianya lebih tua bagi masyarakat Melayu Brunei dipanggil kaka (merangkumi saudara lelaki dan perempuan). Walau bagaimanapun, akhir-akhir ini, penggunaan panggilan

abang bagi saudara lelaki yang lebih tua dan panggilan kepada suami sudah lumrah

dalam masyarakat Melayu Brunei.Perkara ini berlaku mungkin pengaruh daripada negara jiran atau berlaku penerobosan budaya. Data kajian menunjukkan bahawa 23% responden memanggil abang bagi saudara tertua.

Dalam makalah ini, sistem panggilan yang dibincangkan akan dibuat secara umum dan ringkas sahaja, iaitu penjelasan secara ringkas tentang sesuatu gelaran dan disertai dengan contohnya. Jenis gelaran juga tidak akan dibincangkan mengikut susun lapis masyarakat atau sratifikasi masyarakat, misalnya (jenis pertama [gelaran raja-raja], jenis kedua [gelaran daripada keturunan orang-orang besar] dan jenis ketiga [gelaran daripada keturunan Nabi Muhammad], dan sebagainya).

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2015:446), gelaran ialah panggilan. Oleh itu, kata nama gelaran ialah kata nama bagi panggilan, iaitu sama ada gelaran kekeluargaan (seperti jenama kekeluargaan, gelaran warisan), gelaran keagamaan, ataupun gelaran kurniaan. Menurut Asmah Haji Omar (1986:35), kata nama gelaran dalam bahasa Melayu dibahagikan kepada beberapa kumpulan menurut konteks penggunaannya dan latar belakang pemeran dalam konteks itu, iaitu gelaran kekeluargaan, gelaran pergaulan biasa, gelaran pergaulan tak bersahaja (formal), gelaran warisan, gelaran kurniaan, gelaran keagamaan, gelaran olokan, gelaran kegerunan dan gelaran gabungan. Manakala Amat Juhari Moain (1989:46-56) membahagikan jenis gelaran kepada tiga sahaja, iaitu gelaran warisan, gelaran kurniaan dan gelaranlain.

Perbincangan dalam makalah ini hanya memfokus terhadap jenama kekeluargaan pertalian darah yang merangkumi, nama kekeluargaan asas dalam sistem kekeluargaan seperti datuk, nenek, ibu bapa, adik-beradik, bapa dan ibu saudara. Jenama kekeluargaan melalui ikatan perkahwinan hanya disentuh sedikit, iaitu panggilan bagi suami dan isteri.Kajian juga akan menyentuh jenama kata panggilan hubungan sosial yang rapat, iaitu kata panggilan bagi pengiran, pehin, dan orang atasan.

ANALISIS DAN PERBINCANGAN: SISTEM PANGGILAN DALAM

Dalam dokumen VOL. 4 (2) NOV. 2017 (Halaman 55-58)