• Tidak ada hasil yang ditemukan

DAPATAN KAJIAN

Dalam dokumen VOL. 4 (2) NOV. 2017 (Halaman 39-48)

The Usage Of Languages In Media Relations Material In Malaysia

DAPATAN KAJIAN

OBJEKTIF

Makalah ini mempunyai dua objektif kajian seperti berikut:

1. Menghuraikan penggunaan bahasa dalam bahan perhubungan media di Malaysia. 2. Menganalisis pola pengunaan bahasa bahan perhubungan media dalam kalangan

organisasi di negara ini.

KAEDAH KAJIAN

Kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan bahan perhubungan media dan temu bual bersemuka dengan para editor pertubuhan media. Penggunaan analisis kandungan dalam kajian ini dapat memberikan gambaran sebenar tentang bahan perhubungan media yang diterima oleh media massa daripada organisasi di negara ini. Ini selaras dengan pendapat Bailey (1992) dan Syed Arabi (1993) yang menegaskan bahawa analisis kandungan merupakan satu teknik penyelidikan komunikasi yang objektif, sistematik dan kuantitatif. Manakala temu bual bersemuka dengan para editor pertubuhan media dapat memperkukuh dapatan kajian yang dijalankan ini. Hasil daripada pemilihan secara rawak daripada populasi pertubuhan media cetak dan elektronik, sebuah pertubuhan surat khabar yang dinamakan Akhbar A dan sebuah stesen televisyen (TV A) telah dipilih sebagai sampel kajian ini.

DAPATAN KAJIAN

Bahasa Bahan Perhubungan Media Yang Diterima oleh Pertubuhan Media

dalam bahan perhubungan media yang diterima oleh kedua-dua media. Terdapat 104 (50.2%) bahan diterima oleh TV A dan 103 (49.8%) oleh Akhbar A yang menggunakan bahasa Inggeris. Sebaliknya, sebanyak 92 (50.5%) bahan yang diterima oleh Akhbar A dan 90 (49.5%) oleh stesen TV A menggunakan bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, terdapat 18 (58.1%) bahan perhubungan media yang diterima oleh TV A, iaitu lebih tinggi berbanding dengan 13 (41.9%) oleh Akhbar A yang menggunakan kedua-dua bahasa.

Hasil kajian ini menunjukkan, mungkin pengamal perhubungan awam kurang memahami keperluan Akhbar A yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penerbitan. Mereka seawajarnya menghantarkan bahan perhubungan media dalam bahasa Melayu yang mungkin lebih memudahkan pengamal media menggunakan bahan tersebut sebagai bahan berita. Pengamal media perlu menterjemahkan bahan tersebut jika dihantar dalam bahasa Inggeris. Ini mungkin memberikan masalah dari segi masa bekerja mereka, sedangkan banyak lagi bahan yang perlu disemak dan diteliti. Situasi ini berbeza dengan TV A kerana stesen ini menggunakan kedua-dua bahasa dalam siaran berita mereka.

Oleh sebab itu, kajian mencadangkan supaya pengamal perhubungan awam menghantarkan bahan perhubungan media mereka kepada media massa berdasarkan bahasa penerbitan yang digunakan oleh setiap media. Hal ini selaras dengan pandangan Wilcox, Cameron dan Reber (2015) yang berpendapat bahawa kenyataan media hendaklah menepati keperluan media massa. Maka, bahan yang ditulis dalam bahasa Melayu lebih sesuai dihantar kepada media yang menggunakan bahasa Melayu seperti

Berita Harian, Utusan Malaysia, Harian Metro, Kosmo dan Sinar Harian. Manakala

bahan dalam bahasa Inggeris lebih sesuai dihantar kepada akhbar seperti The Star, New

Straits Times, Malay Mail dan The Sun.

JADUAL 1

Penggunaan bahasa dalam bahan perhubungan media yang diterima oleh Akhbar A dan TV A ______________________________________________________________________________

Bahasa yang digunakan Media penerima Jumlah & peratusan Akhbar A TV A

______________________________________________________________________________

Bahasa Melayu Frekuensi 92 90 182

Peratusan 50.5 49.5 100.0

Bahasa Inggeris Frekuensi 103 104 207

Peratusan 49.8 50.2 100.0

Bahasa Melayu Frekuensi 13 18 31

& Inggeris Peratusan 51.9 58.1 100.0

______________________________________________________________________________

Jumlah 208 212 420

Peratusan 49.5 50.5 100.0

______________________________________________________________________________

Bahasa Bahan Perhubungan Media Mengikut Organisasi

Dapatan ini menunjukkan bahawa pengamal perhubungan awam atau penyedia bahan perhubungan media yang bertugas di organisasi kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan badan berkanun mengutamakan penggunaan bahasa Melayu, iaitu bahasa resmi negara ini dalam urusan mereka dengan pertubuhan media. Sebaliknya, organisasi swasta dan NGO didapati mengutamakan penggunaan bahasa Inggeris dalam bahan perhubungan media berbanding dengan bahasa Kebangsaan. Kedua-dua kategori organisasi ini harus menggunakan bahasa Melayu kerana mereka berurusan dengan Akhbar A yang menerbitkan surat khabar dalam bahasa Melayu, manakala TV A didapati banyak menyiarkan berita dan rancangan mereka juga dalam bahasa Melayu selain bahasa Inggeris. Tambahan pula, organisasi swasta dan NGO sewajarnya mendaulatkan bahasa Kebangsaan walaupun berurusan pihak media swasta.

JADUAL 2

Perbandingan antara kategori organisasi dengan bahasa yang digunakan dalam bahan perhubungan media

______________________________________________________________________________ Kategori Kerajaan Kerajaan Badan Swasta NGO Lain-lain Organisasi Persekutuan Negeri Berkanun

(frek. & %) (frek. & %) (frek. & %) (frek. & %) (frek. & %) (frek. & %) Bahasa ____________________________________________________________________________ Melayu 74 13 53 20 12 10 62.7 86.7 81.5 13.0 25.0 50.0 Inggeris 21 2 8 132 34 10 17.8 13.3 12.3 85.7 70.8 50.0 Melayu & 23 0 4 2 2 0 Inggeris 19.5 0.0 6.2 1.3 4.2 0.0 ______________________________________________________________________________ Jumlah 118 15 65 154 48 20 Peratusan 100.0 100.0 100.0 100.0 100.0 100.0 ______________________________________________________________________________

Nama Bahan Perhubungan Media

Kajian ini mendapati, terdapat pelbagai nama bahan perhubungan media yang diterima oleh kedua-dua pertubuhan media daripada organisasi luar sama ada menggunakan

bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Dalam kategori bahasa Melayu, nama bahan perhubungan media yang paling kerap digunakan ialah „kenyataan akhbar‟, iaitu sebanyak 45 (10.7%) daripada keseluruhan jumlah bahan, diikuti „kenyataan media‟ 43 (10.2%), „siaran akhbar‟ 22 (5.2%), dan „siaran media‟ 16 (3.8%). Bagi kategori bahasa Inggeris, nama bahan yang paling kerap digunakan ialah press release, iaitu sebanyak 81 (19.3%), diikuti news release 20 (4.8%), media release 17 (4.0%), press statement 12 (2.9%) dan media statement 6 (1.4%). Bahan perhubungan media yang menggunakan nama selain di atas ialah sebanyak 67 (16.0%), manakala 91 (21.7%) tidak menyatakan nama bahan perhubungan media (Jadual 3).

Dapatan ini hampir sama dengan kajian Mohd. Hamdan (1993) yang mendapati bahawa majoriti bahan yang diterima oleh editor dinamakan „siaran akhbar/media‟ atau seumpama dengannya. Manakala Cutlip et al. (2007) berpendapat, nama „kenyataan media‟ mungkin merupakan alat perhubungan media yang popular di Amerika Syarikat. Kajian ini mencadangkan supaya nama bahan harus seragam sama ada dalam bahasa Melayu atau Inggeris. Sarjana termasuk Berkowitz (1993); Morton (1993); Bland et al. (1996), Sulaiman dan Razali (2002) mencadangkan nama kenyataan media dan Mohd. Hamdan (1993) mencadangkan nama „siaran akhbar‟.

Manakala Hendrix (2001), Cutlip et al. (2007), dan Seitel (2007) menggunakan nama news release serta press release oleh Turk (1988), Stokkink (2001) untuk versi dalam bahasa Inggeris.

JADUAL 3

Nama bahan perhubungan media

______________________________________________________________________________

Nama bahan Frekuensi Peratusan

___________________________________________________________________________ Kenyataan Akhbar 45 10.7 Kenyataan Media 43 10.2 Siaran akhbar 22 5.2 Siaran Media 16 3.8 Press Release 81 19.3 News Release 20 4.8 Media Release 17 4.0 Press Statement 12 2.9 Media Statement 6 1.4 Lain-lain 67 16.0 Tiada 91 21.7 ___________________________________________________________________________ Jumlah 420 100.0 ______________________________________________________________________________

Nama Bahan Perhubungan Media Mengikut Jenis Organisasi Media

Hasil kajian daripada Jadual 4 jelas menunjukkan bahawa jumlah bahan yang diterima oleh Akhbar A dan TV A agak seimbang, walaupun menggunakan pelbagai nama dalam dua Bahasa, iaitu bahasa Melayu dan Inggeris. Sebanyak 22 (51.2%) bahan yang diterima oleh TV A dan 21 (48.8%) yang diterima oleh Akhbar A menggunakan nama „Kenyataan Media‟.

Nama bahan perhubungan media yang diterima oleh Akhbar A dan TV A

__________________________________________________________________________

Nama bahan perhubungan Media penerima Jumlah

Media dan

Akhbar A TV A peratusan __________________________________________________________________________

Kenyataan media Frekuensi 21 22 43

Peratusan 48.8 51.2 100.0

Siaran media Frekuensi 8 8 16

Peratusan 50.0 50.0 100.0

Kenyataan akhbar Frekuensi 23 22 45

Peratusan 51.1 48.9 100.0

Siaran akhbar Frekuensi 11 11 22

Peratusan 50.0 50.0 100.0

Press Release Frekuensi 40 41 81

Peratusan 49.4 50.6 100.0

Media Release Frekuensi 8 9 17

Peratusan 47.1 52.9 100.0

News Release Frekuensi 10 10 17

Peratusan 50.0 50.0 100.0

Press Statement Frekuensi 6 6 12

Peratusan 50.0 50.0 100.0

Media Statement Frekuensi 3 3 12

Peratusan 50.0 50.0 100.0 Lain-lain Frekuensi 34 33 67 Peratusan 50.0 50.0 100.0 Tiada Frekuensi 44 47 91 Peratusan 48.4 51.6 100.0 __________________________________________________________________________ Jumlah 208 212 420 Peratusan 49.5 50.5 100.0 __________________________________________________________________________

Nama Bahan Perhubungan Media Mengikut Organisasi

Analisis mendapati, terdapat pelbagai nama bahan perhubungan media sama ada dalam bahasa Malaysia atau bahasa Inggeris. Kajian menunjukkan, daripada 118 bahan, organisasi kerajaan persekutuan lebih cenderung menggunakan nama „Kenyataan Akhbar‟, iaitu 19 (16.1%), diikuti „Siaran Media‟ sebanyak 14 (11.9%). Walau

bagaimanapun, terdapat 29 (24.6%) bahan tidak mengandungi nama khusus, manakala 26 (22.0%) menggunakan pelbagai nama lain seperti nota kepada pengarang dan undangan untuk editor.

Organisasi kerajaan negeri hanya menggunakan 2 (13.3%) Press Release untuk bahan mereka, tetapi lebih banyak tidak menamakan bahan perhubungan media mereka, iaitu sebanyak 12 (80.0%) daripada 15 bahan. Bagi organisasi badan berkanun, mereka lebih banyak mengguna pakai nama „Kenyataan Akhbar‟, iaitu 20 (30.8%) dan „Kenyataan Media‟ 17 (26.2%) untuk bahan perhubungan media yang diterima oleh media massa. Hasil kajian mendapati bahawa organisasi swasta lebih cenderung menggunakan bahasa Inggeris untuk nama bahan mereka, iaitu Press Release yang berjumlah 57 (37.0%), News Release 20 (13.0%) dan Media Release 11(7.1%) daripada 154 bahan yang dihantar kepada media massa. Walau bagaimanapun, seperti organisasi kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, jumlah bahan yang dihantar oleh organisasi swasta kepada media massa yang tidak mengandungi nama agak tinggi, iatu 34 (22.1%). Bagi kategori NGO, mereka banyak menggunakan nama Press Statement iaitu 10 (20.8%) (daripada 48 bahan) berbanding dengan nama lain, manakala kategori organisasi lain banyak menggunakan nama „Kenyataan Media‟, iaitu 8 (40.0%) dan Press Release 6 (30.0%) daripada 20 bahan yang diterima oleh media massa (Jadual 5).

Dapatan ini menunjukkan bahawa terdapat trend dalam penggunaan nama bahan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris yang dikaitkan dengan kategori organisasi. Organisasi Kerajaan Persekutuan dan badan berkanun menggunakan nama dalam bahasa Melayu, manakala organisasi swasta dan NGO menggunakan nama dalam bahasa Inggeris. Ini menunjukkan bahawa urusan rasmi termasuk bahan perhubungan media daripada organisasi Kerajaan Persekutuan dan badan berkanun ditulis dalam bahasa Melayu, iaitu bahasa kebangsaan.

JADUAL 5

Perbandingan antara kategori organisasi dengan nama bahan perhubungan media

____________________________________________________________________________ Kategori Kerajaan Kerajaan Badan Swasta NGO Lain-lain organisasi Persekutuan negeri berkanun

(frek. (frek (frek. (frek. (frek (frek. & %) & %) & %) & %) & %) &%) Nama Bahan ___________________________________________________________________________ Kenyataan 10 0 17 4 4 8 media 8.5 0.0 26.2 8.3 8.3 40.0 Siaran 14 0 2 0 0 0 media 11.9 0.0 3.1 0.0 0.0 0.0 Kenyataan 19 0 20 2 4 0 akhbar 16.1 0.0 30.8 1.3 8.3 0.0 Siaran 8 0 6 2 6 0 akhbar 6.8 0.0 9.2 1.3 12.5 0.0 Press 6 2 4 57 6 6 Release 5.1 13.3 6.2 37.0 12.5 30.0 Media 6 0 0 11 0 0 Release 5.1 0.0 0.0 7.1 0.0 0.0

Peratusan 100.0 100.0 100.0 100.0 100. 100.0 __________________________________________________________________________

Temu bual dengan Editor Pertubuhan Media

Analisis temu bual dengan editor dua buah pertubuhan media menunjukkan, responden mengakui bahawa pemilihan bahasa yang betul dengan keperluan organisasi media massa sangat penting dan perlu dipatuhi oleh pengamal perhubungan awam. Dalam keghairahan menghantarkan bahan perhubungan media, responden berpendapat bahawa pengamal perhubungan awam mesti sensitif tentang penyediaan bahan, iaitu bahasa yang sesuai dengan bahasa penerbitan sesebuah pertubuhan media seperti saranan Wilcox, Cameron dan Reber (2015). Responden berpendapat bahawa bahan perhubungan media yang dihantar sewajarnya memudahkan tugasan para editor.

Akhbar A: Bahan perhubungan media perlu ditulis dalam bahasa Melayu. Hal ini disebabkan sebagai orang Malaysia pengamal perhubungan awam harus menghormati bahasa kebangsaan kita. Selain itu, penggunaan bahasa Melayu lebih sesuai dan memudahkan editor kerana kami menggunakan bahasa ini sebagai bahasa penerbitan. Berlaku keadaan bahawa terdapat akhbar berbahasa Inggeris yang meminta pengamal perhubungan awam menterjemahkan bahan kepada bahasa Inggeris jika ingin disiarkan, dan permintaan ini diambil perhatian oleh pengamal perhubungan awam. Jika ini boleh dilakukan, bermakna mereka boleh menterjemah atau menulis bahan perhubungan dalam bahasa Melayu. TV A: Untuk mendapat liputan pada waktu perdana, adalah wajar bahan perhubungan media ditulis dalam bahasa Melayu. Hal ini disebabkan siaran berita ini menggunakan bahasa Melayu dan mungkin memudahkan editor menggunakan bahan ini kerana selaras dengan bahasa penerbitan.

KESIMPULAN

Hasil kajian analisis kandungan menunjukkan bahawa Akhbar A menerima jumlah bahan perhubungan media dalam bahasa Melayu yang rendah berbanding dengan bahan dalam bahasa Inggeris, sedangkan akhbar ini menggunakan bahasa Melayu dalam penerbitannya. Pengamal perhubungan awam harus menyediakan bahan perhubungan dalam bahasa Melayu jika ingin menghantarkannya kepada media yang menggunakan

bahasa ini. Manakala penggunaan bahasa Inggeris lebih sesuai jika bahan perhubungan awam dihantar kepada media massa yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa penerbitan. Dalam perkaitan ini, para editor dua pertubuhan media yang ditemu bual memberikan beberapa cadangan supaya bahan perhubungan media yang disediakan oleh pengamal perhubungan awam boleh diterima sebagai berita. Mereka berpendapat, selain bernilai berita, bahan perhubungan media harus menggunakan bahasa yang sama dengan bahasa penerbitan media yang akan memudahkan tugasan para editor pertubuhan media.

BIBLIOGRAFI

Bailey, K. D. (1992). Kaedah penyelidikan sosial. (Terjemahan Hashim Awang). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Berkowitz, D. (1993). Work rules and news selection in local TV: Examining the business journalism dialectic. Journal of Broadcasting and Electronic Media, 37, 67-81.

Bland, M., Theaker, A., & Wragg, D. (1996). Effective media relations: How to get results. London: Kogan Page.

Cutlip, Center & Broom. (2007). Effective public relations (Edisi ke-9). New Jersey: Prentice Hall.

Hendrix, J. A. (2001). Public relation cases (Edisi ke-5). Belmont: Wadsworth.

Mohd. Hamdan Adnan. (1993). Teknik perhubungan awam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Morton, L. P. (1993). Producing publishable press release. Public Relation Quarterly, Winter, 9- 11.

Seitel, F.P. (2007). The practice of public relations (Edisi ke-10). New Jersey: Pearson Education Inc.

Stokkink, T. (2001). Basic elements of journalism. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.

Sulaiman Masri & Razali Ayob. (2002). Komunikasi kewartawanan: Penulisan berita, rencana

dan ulasan. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.

Syed Arabi Idid. (1993). Kaedah penyelidikan komunikasi dan sains sosial. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Turk, J. V. (1988). Public relations influence on the news. Dalam R.E. Hiebert (Sunt.). Precision

public relations 24-239. New York: Longman.

Wilcox, D.L., Cameron, G.T. & Reber, B.H. (2015). Public relatons: Strategies and tactics (Edisi ke11). Essex: Pearson Education Limited.

MAHAWANGSA 4 (2): 229 – 257 (2017)

MAHAWANGSA

Laman sesawang: http://www.mahawangsa.upm.edu.my/

Sistem Panggilan dalam Masyarakat Melayu Brunei: Pengekalan

Dalam dokumen VOL. 4 (2) NOV. 2017 (Halaman 39-48)