• Tidak ada hasil yang ditemukan

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Dalam dokumen VOL. 4 (2) NOV. 2017 (Halaman 98-104)

Malay Grammatical Errors in Second Language Learning

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Jenis kesalahan struktur ayat dalam pembelajaran bahasa kedua

Kesalahan sintaksis merupakan pembentukan ayatyang menyalahi atau menyimpang daripada rumus struktur ayat yang betul dan sesuai dengan sesuatu bahasa (Abdullah Hassan, 2006). Kesalahan ayat merangkumi kesalahan klausa dan ayat. Kesalahan ayat terjadi disebabkan oleh ketidaktepatan dalam penggunaan bentuk kata dan frasa tertentu yang mendokong kegramatisan dalam binaan sesebuah ayat.

Berdasarkan kajian ini, terhadap 20 sampel penulisan karangan daripada pelajar India tersebut. Pengkaji mendapati bahawa banyak kesalahan yang telah dilakukan oleh pelajar berkenaan. Antaranya ialah:

a. kekeliruan atau ketidakjelasan struktur ayat b. penggunaan kata kerja yang tidak gramatis c. penggunaan kata imbuhan

d. ejaan

Kesalahan tersebut telah menyebabkan kebanyakan struktur ayat yang dihasilkan mempunyai sifat tergantung atau tidak lengkap serta mempunyai makna yang sukar untuk ditanggapi dan difahami.

kokurikulum untuk menjadi budak yang baik dan pandai.

kokurikulum untuk menjadi pelajar yang baik dan pandai.

3 Kebaikan pakaian perseragam ialah menolong orang dalam kesusahan.

Kebaikan unit badan beruniform ialah pelajar dapat menolong orang lain yang berada dalam kesusahan.

Berdasarkan jadual 1, pengkaji mendapati bahawa terdapat kesalahan dalam ayat tersebut bagi sampel 1, 2 dan 3. Sampel 1 menunjukkan bahawa pelajar berkenaan melakukan kesalahan pada struktur ayat berkenaan. Hal ini demikian kerana, ‘PBSM’ merujuk kepada badan beruniform. Manakala, ‘ahli PBSM’ pula merujuk kepada subjek atau orang yang menganggotai badan beruniform berkenaan. Oleh itu, pelajar berkenaan hendaklah meletakkan subjek dalam struktur ayat tersebut untuk memberikan penerangan kepada predikatnya. Seterusnya, sampel 2 pula menunjukkan bahawa pelajar berkenaan melakukan kesalahan pada kata nama. Hal ini demikian kerana, pelajar berkenaan meletakkan kata nama ‘budak’, walhal kata nama yang sesuai ialah ‘pelajar’ bagi merujuk kanak-kanak yang sudah bersekolah. Selaras dengan itu, sampel 3 pula menunjukkan terdapat juga pelajar yang melakukan kesalahan pada frasa nama, iaitu pakaian perseragam. Oleh itu, pelajar tersebut perlu meletakkan frasa nama ‘badan beruniform’ untuk merujuk kepada persatuan pakaian tertentu yang digunakan khas oleh sesuatu golongan.

Seterusnya, pelajar juga didapati kerap melakukan kesalahan dari segi penggunaan kata kerja yang tidak gramatis.Hal ini demikian kerana, pelajar berkenaan didapati gagal memahami makna kata kerja dan konteks penggunaanya dalam ayat sehingga menyebabkan masalah ini timbul. Contoh penggunaan kata kerja yang tidak gramatis dapat dilihat melalui jadual dibawah:

JADUAL 2

Contoh kesalahan penggunaan kata kerja yang tidak gramatis

Sampel Contoh Ayat Pembetulan

4 Tetamu-tetamu melihat majlis perkahwinan.

Tetamu menghadiri majlis perkahwinan. 5 Encik Khai Chun mengambil nasi

goreng untuk anaknya.

Encik Khai Chun menyenduk nasi goreng untuk anaknya.

6 Encik Lokman silat dihadapan pengantin

Encik Lokman bersilat di hadapan pengantin

Berdasarkan jadual di atas, pengkaji mendapati bahawa terdapat kesalahan dalam ayat tersebut bagi sampel 4, 5dan 6. Sampel 4 menunjukkan bahawa terdapat pelajar yang melakukan kesalahan pada struktur ayat berkenaan. Ayat berkenaan menunjukkan bahawa pelajar tersebut menggunakan kata kerja melihat. Walhal, penggunaan kata kerja menghadiri lebih sesuai berdasarkan bahan grafik

yang diberikan. Kata kerja melihat merujuk kepada menggunakan pancaindera untuk melihat sesuatu, manakala kata kerja menghadiri pula merujuk kepada datang dan turut serta dalam sesuatu majlis atau program. Sejajar dengan itu, sampel 5 juga menunjukkan bahawa terdapat pelajar menggunakan kata kerja mengambil sedangkan kata kerja yang sesuai ialah menyenduk. Hal ini demikian kerana, penggunaan kata kerja tersebut hendaklah sesuai dengan bahan grafik yang diberikan. Seterusnya, sampel 6 menunjukkan bahawa pelajar menggunakan kata silat, yang bererti seni atau kepandaian berjuang dengan menggunakan ketangkasan menyerang dan mempertahankan diri. Dalam konteks ini, kata yang lebih sesuai ialah bersilat, yang bererti perbuatan yang dilakukan seseorang, iaitu bermain silat (Kamus Dewan,2015: 1493)

Kesalahan struktur ayat dalam pembelajaran bahasa kedua dapat dikesan melalui penggunaan kata imbuhan. Penggunaan kata imbuhan dalam struktur ayat memainkan peranan penting untuk menyampaikan sesuatu konteks dan mempunyai makna yang tersendiri. Contoh penggunaan kata imbuhan dapat dilihat melalui jadual berikut:

JADUAL 3

Contoh kesalahan penggunaan kata imbuhan

Sampel Contoh Ayat Pembetulan

7 Pengambil gambar sedang mengambil gambar tntang majlis perkahwinan.

Jurukamera sedang mengambil gambar majlis perkahwinan.

Berdasarkan jadual 3 di atas, pengkaji mendapati bahawa terdapat kesalahan dalam ayat tersebut bagi sampel 7. Sampel 7 menunjukkan bahawa terdapat pelajar yang melakukan kesalahan pada struktur ayat berkenaan. Ayat berkenaan menunjukkan bahawa pelajar tersebut menggunakan kata imbuhan awalan pe(n)- untuk memberikan maksud kepada subjek. Walhal penggunaan kata imbuhan awalan tersebut tidak sesuai dengan subjek yang digambarkan. Hal ini demikian kerana, berdasarkan bahan grafik yang diberikan, penggunaan kata awalan juru lebih sesuai digunakan, kerana untuk mendukung penanda makna ahli atau orang yang terlibat secara langsung dengan maksud pekerjaan, kata dasar boleh bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata nama.

Seterusnya, penggunaan ejaan juga telah dikenal pasti sebagai kesalahan yang paling kerap dilakukan oleh pelajar yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Kesalahan ini menyebabkan struktur ayat tidak gramatis. Hal ini demikian kerana, ayat yang gramatis hendaklah mematuhi hukum tatabahasa yang telah ditetapkan dan perkara tersebut merangkum ejaan yang betul, lengkap dan tepat.Selaras dengan itu, pengkaji mendapati bahawa terdapat banyak kesalahan dalam penggunaan ejaan. Kesalahan tersebut dapat diklasifikasi dalam beberapa jenis seperti:

a. penukaran huruf dengan huruf lain b. pengguguran huruf dalam perkataan c. penambahan huruf dalam perkataan

Contoh penggunaan ejaan dapat dilihat melalui jadual berikut: JADUAL 4

Contoh kesahalan dari segi penggunaan ejaan

Ejaan yang salah Ejaan yang betul

perkawinan perkahwinan

batminton badminton

penganting pengantin

huruf konsonan [d] dalam perkataan ‘badminton’ ditulis sebagai [t], huruf konsonan [p] dalam perkataan pengakapditulis sebagai [t] dan huruf konsonan [g] dalam perkataan gimrama ditulis sebagai [j] serta konsonan [ng] dalam perkataan pingpong ditulis sebagai [m]. Selain huruf konsonan, pelajar juga keliru dengan vokal [a] dalam perkataan ‘kadet’ ditulis sebagai [e]. Penukaran huruf akhir [um] dalam perkataan ‘kokurikulum’ ditulis sebagai akhiran [ang]. Manakala, kesalahan dalam aspek pengguguran huruf dapat dilihat melalui perkataanperkawinan, ola raga, Ingeris dan ecik, sedangkan ejaan yang betul bagi perkataan tersebut ialah perkahwinan, olahraga, Inggeris dan encik. Kesalahan seterusnya ialah aspek penambahan huruf dalam perkataan yang ditonjolkan melalui perkataanpengantingdan perpustakawan. Melalui perkataan tersebut, dapat dibuktikan bahawa terdapat pelajar yang melakukan kesalahan dengan menambah konsonan /g/ bagi perkataan

pengantin, dan konsonan /w/ bagi perkataan perpustakaan.

Langkah mengatasi kesalahan tatabahasa dalam pembelajaran bahasa kedua

Untuk mengatasi masalah ini, perkara utama yang perlu diberikan perhatian ialah keadaan persekitaran dan guru. Keadaan persekitaran sekolah memainkan peranan yang penting untuk membantu pelajar yang mempelajari bahasa kedua, khususnya bahasa Melayu. Keadaan persekitaran disini dimaksudkan dengan penggunaan poster, papan tanda peraturan sekolah, papan tanda tunjuk arah dan kata-kata nasihat yang menggunakan tatabahasa yang bersistematik selaras dengan nahu Melayu mutakhir. Sebanyak 79% pelajar mengatakan bahawa faktor persekitaran mempengaruhi dan membantu mereka menggunakan kosa kata dan tatabahasa dengan sistematik. Hal ini juga dibuktikan oleh kajian Zaliza Mohamad Nasir et. al, 2013.

Peranan media massa khususnya media cetak juga merupakan salah satu keadaan persekitaran yang dapat membantu pelajar mengatasi kesalahan tatabahasa. Hal ini demikian kerana, pelajar akan menggunakan medium ini untuk mencari maklumat atau informasi yang tepat. Menurut Zaliza Mohamad Nasiret al. (2013) dalam kajiannya, sebanyak 50% daripada pelajar menggunakan medium internet untuk memperoleh maklumat dengan menggunakan bahasa Melayu. Oleh itu, pengkaji menyarankan kepada penulis media cetak atau bloggeragar menggunakan bahasa, khususnya bahasa Melayu yang betul dan tepat selaras dengan nahu tatabahasa agar bahasa yang digunakan boleh dijadikan pedoman.

Guru perlu memainkan peranan dan menitikberatkan motivasi pembelajaran. Peranan guru yang dimaksudkan disini ialah membetulkan kesalahan yang telah dilakukan oleh pelajar, khususnya pelajar yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Guru tersebut hendaklah mempunyai ilmu tatabahasa yang betul agar dapat memahami perkataan atau ayat yang ditulis oleh pelajar. Guru bahasa Melayu hendaklah memberikan latihan tatabahasa yang secukupnya dan membuat aktiviti yang berkaitan dengan bahasa Melayu agar dapat menarik minat pelajar bahasa kedua terhadap bahasa yang dipelajarinya.Persediaan kaedah, bahan rujukan dan aktiviti pengajaran yang menarik dapat

meningkatkan sikap positif pelajar untuk mempelajari bahasa Melayu (Yong Chyn Chye & Vijayaletchumy, 2012).Oleh itu, guru merupakan tunjang untuk memperbaiki kesalahan tatabahasa yang telah dilakukan oleh pelajar agar dapat melahirkan pelajar yang cemerlang, khususnya dalam bahasa Melayu.

KESIMPULAN

Pembelajaran bahasa kedua khususnya bahasa Melayu dalam kalangan pelajar India di Sekolah Jenis Kebangsaan penting kerana bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan. Namun begitu, pelajar tersebut tidak menguasai Bahasa Melayu secara berpada, kerana mereka masih melakukan kesalahan Bahasa yang serius. Kesalahan ini dapat dilihat menerusi penulisan karangan pelajar India berdasarkan penulisan struktur dan merujuk kepada bahan grafik. Antara kesalahan tersebut ialah kesalahan struktur ayat yang merangkumi kekeliruan atau ketidakjelasan struktur ayat, penggunaan kata kerja yang tidak gramatis, penggunaan kata imbuhan yang tidak sesuai dan kesalahan ejaan. Oleh itu, kesalahan tatabahasa dalam pembelajaran bahasa kedua akan menggugat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa negara. Kesalahan tersebut dapat diatasi sekiranya keadaan persekitaran dan guru memainkan peranan yang sewajarnya terhadap pelajar yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua.

BIBLIOGRAFI

Ab. Razak Ab. Karim & Muhammad Saiful Haq Hussin. (2011). Tahap Penguasaan Bahasa Melayu Pelajar di Islamis Santtham Foundation School (ISFS). Jurnal Pengajian Melayu,

Jilid 22.

Abdullah Hassan. (2003). Tatabahasa Bahasa Melayu: Morfologi dan Sintaksis untuk Guru dan

Pelajar. Pahang: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.

Abdullah Hassan, Seri Lanang Jaya Rohani, Razali Ayob & Zulkifli Osman. (2006). Sintaksis:

Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Batu Caves: PTS Professional

Publications Sdn. Bhd.

Abdul Rasid Jamian. (2010). Permasalahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Kalangan Murid Cina. Jurnal Bahasa, 2(2), 1-20.

Aini Haji Karim. (2007). Analisis Kontrastif dan Analisis Kesalahan Bahasa: Antara Hipotesis dan Realiti. Prosiding Seminar Tahunan Jabatan Bahasa Melayu dan Linguistik II

(SETALING),2, 212-225.

Ang Lay Hoon & Che Radiah Mieza. (2012). Masalah Penggunaan Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar Etnik Cina di Malaysia.Sosio Humanika- Jurnal Pendidikan Sains Sosial

dan Kemanusiaan, 5(2), 215-226.

Arina Johari & Mohd. Zuber Ismail. (2013).Analisis Kesalahan Umum Struktur Ayat Majmuk oleh Pelajar Asing.In: International Language for Communication Conference (ILCC 2013):

Engaging Global Community: Breaking the Barries to Effective Communication, 23- 25 August 2013, International Islamic University Malaysia.

Asmah Haji Omar. (2014). Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Cheun, H. H., Ho, W.C. & Hoe, F.T. (2009). A study of Mandarin sentence grammar mistake made by non-native speaker. Proceeding Language and Culture: Creating and Fostering

Global Communities.

Fathiyah Chapakia Omar Chapakia. (2008). Amalan Pengajaran Bahasa Melayu di Sekolah

Agama Rakyat Selatan Thailand: Kajian Kes di Sekolah Muslim Phatanasad. Tesis sarjana

yang tidak diterbitkan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya

Jeniri Amir. (2005). Bahasa Melayu mudah dipelajari, tetapi sukar dikuasai. Jurnal Dewan

Persian University Students Majoring in Teaching English as a Foregin Language. Disertasi

tidak diterbitkan. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Money, J.N. J.S. (2004). Kesalahan Bahasa dalam Karangan Murid Tamil yang Mempelajari

Bahasa Melayu di Sekolah Menengah. Tesis PhD. yang tidak diterbitkan. Serdang:

Universiti Putra Malaysia.

Muhammad Saiful Haq Russin. (2006). Amalan Psikolinguistik dalam Penguasaan Asas Bacaan

Bahasa Melayu di Kalangan Pelajar Muda. Tesis PhD. yang tidak diterbitkan. Serdang:

Universiti Putra Malaysia.

Noor Asliza Abdul Rahim, Zaliza Zubir, Wan Saliha Yusoff & Nurul Syazwani Zulkifli. (2011).

Penggunaan Bahasa Melayu Dalam Kalangan Pelajar Antarabangsa: Kajian Kes IPTA Bahagian Utara Semenanjung Malaysia. Prosiding Seminar Antarabangsa Linguistik dan

Pembuanaan Bahasa Melayu VII. UPM 9-10 November.

Norsidah Ab. Hamid, Jamaludin Badushah & Fairose Sulaiman. (2010). Kelemahan Tatabahasa Pelajar Cina dalam Penulisan Karangan pada Peringkat Menengah Rendah.Prosiding

Seminar Antarabangsa Pendidik Bahasa Melayu. 12-18 Jun.

Richards, J. C., Platt, J.T., Weber, H. & Candlin C.N. (1992). Logman Dictionary of Applied

Linguistics. Essex: Logman.

Saw, K. L. (1997). Kesilapan Sintaksis dalam Pembelajaran Bahasa Mandarin di Kalangan

Dewasa Melayu. Tesis sarjana yang tidak diterbitkan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Siti Baidura Kasiran & Nurul Jamilah Rosly (2012). Analisis Kesalahan Tatabahasa Bahasa Melayu dalam Karangan Pelajar Asing di Sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam. 2nd

International Language Conference (ILC) Proceeding.

Siti Saniah Abu Bakar. (2011). Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu untuk Penutur Asing di Malaysia. Prosiding Seminar Antarabangsa Linguistik dan Pembudayaan Bahasa Melayu

VII. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Yong Chyn Chye & Vijayaletchumy a/p Subramaniam. (2012). Analisis Kesilapan dalam Pembelajaran Bahasa Melayu oleh Pelajar Asing. GEMA Online™ Journal of Language

Studies, 12(2), May, 667-692.

Zaharani Ahmad & Teressa Jabar. (2010). Tahap Penguasaan Bahasa Melayu Remaja Malaysia: Analisis Aspek Tatabahasa. Jurnal Linguistik, Jilid 10 (Edisi Khas) 48-61.

Zaliza Mohamad Nasir, Zaitul Azma Zainon Hamzah, Normahdiah Sheikh Said & Norizan Che Su. (2013). Penguasaan Tatabahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar di Universiti Teknologi Malaysia. Jurnal Linguistik, 17(2), 84-90.

Zulkifley Hamid. (1996). Bahasa, konsep, fungsi dan penguasaannya oleh penutur. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

MAHAWANGSA 4 (2): 285 – 307 (2017)

MAHAWANGSA

Laman sesawang: http://www.mahawangsa.upm.edu.my/

Medan Maklumat dalam Kamus Dewan dan Kamus Besar

Dalam dokumen VOL. 4 (2) NOV. 2017 (Halaman 98-104)