• Tidak ada hasil yang ditemukan

Unit 4 : Pengertian Harus, Wajib, Haram, Sunat Dan Makruh

PELAJARAN 6 FALSAFAH IBADAT DALAM ISLAM Unit 3 : Munakahat

8. Bagaimanakah cara menyelamatkan diri daripada terjerumus ke lembah perzinaan

9. Dalam syariat Islam manusia dituntut memelihara keturunan untuk tujuan tertentu. Jelaskan tujuan tersebut

10. Jelaskan hukum perkahwinan satu persatu.

11. Pertunangan bagi pasangan yang ingin berkahwin adalah penting. Bincangkan. 12. Nyatakan hikmat iddah terhadap pasangan suami dan isteri..

13. Bagaimanakah sesuatu perkahwinan boleh menjadi ibadat. 14. Nyatakan kesan perlaksanaan akad nikah

15. Mengapakah Islam menggalakkan seseorang itu berkahwin. 16. Saksi dalam sistem munakahah mestilah seorang yang adil

Jelaskan maksud adil dalam pernyataan tersebut. 17. Jelaskan kepentingan saksi dalam pernikahan 18. Jelaskan tanggungjawab suami

19. Jelaskan tanggungjawab isteri

20. Jelaskan tanggungjawab bersama suami isteri

21. Bincangkan cara mengekalkan kebahagian rumahtangga 22. Jelaskan punca keutuhan sesebuah rumahtangga

Jawapan

1. Falsafah munakahat ialah

 ikatan antara suami isteri untuk membina keluarga dan menjaga keturunan umat manusia secara sah dan bertanggungjawab.

2. Maksud munakahat

 Sistem yang mengatur perkara yang berkaitan dengan perkahwinan, perceraian, kewajipan suami isteri dan sebagainya.

3. Nikah bermaksud  bahasa: berkumpul.

 Syarak: ikatan yang teguh antara lelaki dan perempuan melalui akad nikah yang sah untuk hidup bersama, tolong-menolong dan menunaikan naluri seks secara halal.

4. Faedah / hikmah perkahwinan.  Mendapat ketenangan jiwa

 Melahirkan rasa bertanggungjawab dikalangan suami isteri  Dapat memupuk semangat daya juang yang tinggi

 Dapat memelihara nasab dan keturunan manusia dengan sempurna  Dapat mengembangkan zuriat umat Islam dengan teratur

5. Hikmah disyariatkan wali sebagai salah satu daripada rukun nikah  supaya akad nikah tidak dilakukan dengan sewenang-wenangnya.  supaya tidak berlaku penipuan dan fitnah dalam masyarakat  mengesahkan status perempuan tersebut

 membuktikan bakal isteri adalah daripada nasab yang sah 6. Enggan berkahwin boleh mendatangkan keburukan kerana:-

 menyalahi sunnah rasulullah yang menggalakkan umatnya supaya berkahwin  membantutkan perkembangan zuriat manusia di muka bumi

 menghapuskan institusi kekeluargaan

 terdorong melakukan maksiat dan bersekedudukan tanpa nikah

7. Hujah bahawa perkahwinan dalam Islam ialah memelihara akhlak manusia ialah  melalui perkahwinan nafsu seks dapat disalurkan dengan baik dan beradab sopan  memupuk kasih sayang dan hubungan mesra antara suami isteri

 menyekat dari melakukan maksiat

8. Cara menyelamatkan diri daripada terjerumus ke lembah perzinaan  menghindarkan diri dari pergaulan bebas

 menjauhkan diri daripada tempat-tempat maksiat  menjaga akhlak dan tingkah laku manusia.  berkahwin apabila cukup syaratnya

 mengamalkan Islam dalam kehidupan seharian.

 Menutup aurat dan memelihara pandangan daripada perkara maksiat  Menghindarkan diri daripada unsur-unsur dan bahan-bahan lucah

9. Dalam syariat Islam manusia dituntut memelihara keturunan untuk tujuan untuk  melahirkan zuriat yang bersih dan suci

 mengelakkan daripada maksiat dan fitnah dalam masyarakat  memantapkan institusi kekeluargaan Islam

 sistem munakahat Islam dapat diteruskan

 dapat menentukan dan memelihara pertalian keturunan manusia 10. Hukum perkahwinan ialah

 haram: mereka tidak mampu dari segi nafkah zahir dan batin serta berkahwin dengan tujuan menzalimi pasangannya

 sunat: mempunyai nafkah , sihat tubuh badan dan mempunyai keinginan untuk berkahwin tetapi berupaya mengawal nafsu

 wajib: mempunyai nafkah, sihat tubuh badan dan takut terjerumus kepada zina kerana tidak dapat mengawal nafsu.

 makruh: mereka yang tidak mampu memberi nafkah tetapi berkeinginan untuk beristeri

 harus: mereka yang tidak ada perkara mendesak untuk berkahwin dan juga tidak ada perkara yang menghalang.

11. Pertunangan bagi pasangan yang ingin berkahwin adalah penting supaya:-  dapat memberi peluang menilai pasangan masing-masing.

 Mengenali bakal pasangan masing-masing / suami isteri  supaya kedua-dua belah pihak berpuas hati.

 Dapat berpeluang mengenali pasangan masing-masing 12. Hikmat iddah terhadap pasangan suami dan isteri..

 memberi peluang kepada suami isteri untuk kembali semula kepada ikatan perkahwinan .  memastikan rahim perempuan tersebut bersih daripada zuriat bekas suaminya.

 memberi masa kepada isteri untuk menyesuaikan diri hidup bersendirian tanpa suami  memberi penghormatan kepada kaum wanita.

13. Perkahwinan boleh menjadi ibadat apabila  niat perkahwinan adalah kerana Allah

 segala kaifiat perkahwinan hendaklah mengikut hukum syarak  niat perkahwinan adalah kerana untuk mengikut sunnah Rasulullah. 14. Kesan perlaksanaan akad nikah menyebabkan:-

 Isteri wajib mentaati suami

 halalnya hubungan lelaki dan perempuan yang telah diijabkabukan

 suami bertanggungjawab memberi nafkah, pendidikan dan perlindungan kepada isteri dan anak-anak

 suami isteri berhak mewarisi harta peninggalan masing-masing  suami diwajibkan membayar mas kahwin kepada isteri

 suami isteri sama berkongsi tanggungjawab membina kebahagiaan keluarga dan rumahtangga. 15. Islam menggalakkan seseorang itu berkahwin kerana

 untuk memupuk sikap bertanggunjawab  dapat mengatur kehidupan yang lebih baik

 dengan perkahwinan dapat mengembangkan dakwah Islamiah  dapat mengatasi masalah sosial.

16. Saksi adil dalam sistem munakat bermaksud  seorang yang warak dan zuhud

 seorang yang tidak meninggalkan ibadah wajib

 seorang yang tidak melakukan dosa besar dan mengekali dosa kecil

 seorang yang tidak melakukan perkara yang menjatuhkan maruah atau tidak fasik  seorang yang boleh dipercayai atau tidak dikenali sebagai seorang yang pembohong 17. Kepentingan saksi dalam pernikahan kerana

 untuk memastikan sesuatu pernikahan itu dilaksanakan mengikut syarak  menjadi rujukan jika berlaku sesuatu masalah antara suami isteri 18. Tanggungjawab suami ialah:-

 memberi nafkah kepada isteri dan anak  memberi layanan yang baik kepada isteri

19. Tanggungjawab isteri ialah  Sentiasa taat kepada suami

 Sentiasa memberi layanan yang baik dan ikhlas kepada suami  Sentiasa menjaga harta suami

 Sentiasa menjaga maruah diri dan keluarga 20. Tanggungjawab bersama suami isteri ialah

 mengekalkan kerukunan rumah tangga supaya sentiasa bahagia  memelihara dan mendidik anak-anak dengan baik

 memberi layanan yang saksama kepada keluarga kedua-dua pihak suami dan isteri 21. Cara mengekalkan kebahagian rumahtangga

 Setiap pasangan mestilah melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan ikhlas  Mewujudkan hubungan silaturahim dikalangan anggota keluarga setiap pasangan  Sentiasa tegur menegur dan nasihat menasihati antara satu sam a lain

 Sentiasa menjauhi perkara mungkar dalam rumahtangga  Sentiasa menjaga amanah dalam kehidupan berumahtangga

 Setiap pasangan mestilah sedia bermaaf-maafan dan tidak membesarkan isu yang remeh temeh  Segera menyelesaikan setiap masalah yang timbul dan merujuk kepada mereka yang pakar jika

timbul sebarang masalah

 Saling memenuhi keperluan pasangan masing-masing

 Sentiasa berusaha untuk mengukuhkan ekonomi rumahtangga 22. Punca keutuhan sesebuah rumahtangga

 Semua pihak menjalankan tanggungjawab terhadap rumahtangga dengan sempurna mengikut bidang dan tugas masing-masing

 Mengamalkan segala perintah agama dan menjauhi maksiat dalam keluarga  Mengamalkan sikap hormat menghormati dan berkasih sayang dalam keluarga  Sentiasa berusaha mencari rezeki yang halal dan berbelanja mengikut kemampuan

Soalan

1. Apakah maksud jenayah

2. Nyatakan maksud falsafah jenayah Islam 3. Jelaskan pengertian istilah-istilah berikut:

a. Qisas b. Hudud c. Takzir d. Diat

4. Huraikan faedah / kepentingan undang-undang jenayah dan qadha’

5. Nyatakan jenis, kesalahan, dan hukuman yang ditetapkan di dalam hukum jenayah Islam

PELAJARAN 6 : FALSAFAH IBADAT DALAM ISLAM