• Tidak ada hasil yang ditemukan

Unit 4 : Pengertian Harus, Wajib, Haram, Sunat Dan Makruh

PELAJARAN 6 FALSAFAH IBADAT DALAM ISLAM Unit 1 : Pengertian Ibadat

Ibadat Umum

 Segala amalan kebaikan yang disyariatkan oleh Allah SWT bagi menghubungkan sesama manusia dalam masyarakat demi keharmonian hidup bersama. Amalan tersebut samada fardu ain atau kifayah seperti tolong menolong, bekerjasama dan sebagainya

3. Perkara-perkara yang boleh mengukuhkan ibadat seseorang

 Percaya kepada rukun Iman seperti percaya kepada Allah SWT, Malaikat, Kitab, Rasul, Hari Akhirat dan Qada dan Qadar.

 Melaksanakan segala rukun Islam, seperti mengucap dua kalimah syahadah, solat, puasa, zakat dan menunaikan haji

 Sentiasa berakhlak dengan akhlak yang mulia seperti, tolong-menolong, bekerjasama dan sebagainya.

 Sentiasa taat kan kepada pemerintah yang adil dan menjaga kepentingan rakyatnya 4. Perkaitan antara ibadat khusus dengan ibadat umum

Bil Ibadat Khusus Ibadat Umum

1

 Membolehkan segala dosa dan kesalahan yang kecil terhapus daripada seseorang

 Membolehkan segala akhlak buruk seperti mengumpat dan hasad dengki terhapus dalam masyarakat

2  Dapat melahirkan individu yang bersih jiwa dan peribadinya

 Melahirkan masyarakat dan negara yang harmoni yang dan aman damai

3  Melahirkan individu yang taatkan

perintah Allah SWT dan Rasul-Nya

 Melahirkan masyarakat yang taatkan pemimpin dan kerajaan

4  Dapat meningkatkan ekonomi diri dan keluarga

 Dapat meningkatkan ekonomi dan memajukan negara

5  Melahirkan individu yang berilmu

pengetahuan

 Melahirkan masyarakat dan negara yang maju.

5. Perkaitan antara ibadat dengan perudangan menurut Islam

 Kepatuhan kepada undang-undang menunjukkan pengabdian seseorang kepada Allah SWT.  Mendisiplinkan diri ke arah yang lebih baik dan cemerlang kerana akal dan jiwa manusia tidak

mengcukupi untuk mengawal akhlak dan tingkah laku mereka.

 Sebagai panduan kepada manusia untuk memilih antara kebaikan dengan keburukan kerana semua perkara yang dikira sebagai ibadat adalah perkara yang boleh membawa kebaikan manakala perkara yang dilarang pula akan membawa keburukan kepada manusia.

 Dorongan kepada manusia melakukan ibadat. Contohnya hukum wajib akan disertai dengan ganjaran pahala manakala hukum haram pula akan disertai dengan balasan dosa, oleh itu penetapan hukum tersebut akan mendorong manusia melakukan ibadat kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.

 Perundangan hukum wajib, haram, makruh, sunat dan sebagainya memudahkan manusia pelaksanaan ibadat kepada Allah SWT, kerana semua hukum wajib itu mesti dilaksanakan manakala semua hukum haram pula wajib ditinggalkan

6. Cara perundangan menjelaskan cara beribadat

 Menetapkan sesuatu perbuatan tersebut sebagai wajib. Seperti kewajipan bersuci

 Perundangan menetapkan sesuatu perkara tersebut sebagai perkara yang sangat-sangat digalakkan kepada manusia untuk melakukannya. Seperti berbuat baik kepada orang tua

 Perundangan menjelaskan dengan terperinci tentang sesuatu perkara tersebut. Contohnya mengenai aurat lelaki

7. Hikmah sentiasa melakukan ibadat.

 Dapat membaiki peribadi manusia dan menjauhi daripada perbuatan yang dilarang oleh Allah SWT.  Dapat membersihkan jiwa dari sifat-sifat mazmumah.

 Dapat meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.  Dapat merapatkan hubungan dengan sesama manusia.

8. Perkara yang boleh menjejaskan ibadat seseorang

1. Murtad :

 ialah seseorang yang keluar daripada agama Islam.

2. Syirik :

 ialah menyekutukan Allah SWT dengan sesuatu yang lain.

3. Munafik :

 ialah seseorang yang berpura-pura menganut dan patuh kepada ajaran Islam sedangkan hatinya tidak mempercayai ajaran Islam. Amalan kebajikan yang dilakukan oleh orang yang mempunyai sifat-sifat tersebut tidak akan diterima oleh Allah SWT.

4. Takbur :

 Sikap membesarkan diri seperti sombong dan angkuh dengan perkara kebaikan yang telah dilakukan dan segala nikmat kesenangan yang telah dikurniakan oleh Allah SWT. kepadanya.

5. Riak :

 Iaitu menunjuk-nunjuk amalan baik yang telah dilakukannya kepada orang lain dengan tujuan mendapat pujian dan sanjungan daripada masyarakat

6. Ujub :

 Iaitu merasa kagum dengan amalan sendiri serta sombong dalam melakukan sesuatu ibadat serta memandang rendah dan melekeh-lekehkan amalan kebaikan yang dilakukan oleh orang lain

7. Sum,ah

 Iaitu menceritakan amalan baik yang dilakukan kepada orang lain dengan tujuan untuk mendapatkan pujian dan sanjungan daripada orang lain

8. Mengungkit- ungkit:

 Iaitu mengungkit-ungkit kembali bantuan dan perbuatan baik yang telah diberikan kepada seseorang dengan tujuan supaya orang tersebut sentiasa mengenang jasa dan pertolongan yang telah diberikannya

9. Aza :

 Ialah perkataan atau perbuatan yang dilakukan ke atas orang yang menerima bantuan dan pertolongan daripada seseorang. Perbuatan itu dilakukan dengan mengungkit-ungkit pertolongan yang telah diberikannya sehingga menimbulkan perasaan sakit hati orang yang mendapat pertolongan tersebut.

10. Hasad dengki:

 Iaitu iri hati atau rasa benci dengan nikmat dan kebaikan yang diperoleh oleh orang lain dan berusaha agar nikmat tersebut hilang daripada orang itu atau berpindah kepadanya dengan cara yang salah

9. Cara meningkatkan kualiti ibadat yang dilakukan.

 Sentiasa mengingati Allah SWT. dalam melakukan sebarang pekerjaan dengan mengambil kira segala peraturan dan batasan yang telah ditetapkan agama. Contohnya sentiasa menjaga batasan halal dan haram dalam memperoleh harta.

 Meningkatkan ilmu pengetahuan tentang sesuatu ibadat supaya ibadat yang dilakukan akan mencapai kesempurnaan dan menepati tujuan ibadat tersebut. Contohnya dalam melakukan solat umat Islam mestilah sentiasa mendalami ilmu solat dan tidak memadai dengan ilmu pengetahuan yang sedia ada.

 Mendampingi orang-orang yang berilmu dan soleh dengan sentiasa mengikut segala amalan kebaikan mereka serta mendalami sesuatu ilmu yang dipelajari daripada mereka.

 Ibadat yang dilakukan mestilah dengan tenang dan sabar dalam menghadapi segala kesusahan dan cabaran. Contohnya tabah dan berhati-hati dalam menuntut ilmu agar ilmu yang dipelajari dapat dimiliki dengan sempurna dan menyeluruh.

 Melakukan ibadat secara berterusan dan tidak mengikut trend masyarakat pada sesuatu masa. Contohnya memakai pakaian yang menutup aurat mestilah dilakukan secara berterusan walau di mana jua kita berada.

Soalan

1. Nyatakan ciri-ciri kesempurnaan ibadat 2. Huraikan ciri-ciri ibadat dalam Islam

3. Mengapakah manusia mesti melakukan ibadat

4. Jelaskan kesan melakukan ibadat tanpa berpandukan syariah 5. Jelaskan kesan melaksanakan syariah tanpa ibadah

Jawapan

1. Ciri-ciri kesempurnaan ibadat

 Mempunyai niat yang ikhlas kerana Allah SWT.

 Memenuhi segala peraturan dalam ibadat yang dilakukan.  Dilakukan dengan sebaik-baiknya dan bersungguh-sungguh  Memenuhi tuntutan hukum wajib, sunat, makruh dan haram  Ihsan semasa melakukan ibadat.

PELAJARAN 6 : FALSAFAH IBADAT DALAM ISLAM