• Tidak ada hasil yang ditemukan

Jawapan

1 Maksud harta menurut Islam

• Harta merupakan anugerah Allah SWT kepada manusia. Harta boleh dimiliki oleh setiap manusia melalui usaha dan ikhtiar mereka sendiri.

2 Konsep harta menurut Islam ialah:

• harta merupakan milik mutlak Allah SWT

• harta adalah amanah Allah SWT kepada manusia untuk digunakan dengan cara yang telah ditetapkan oleh Allah SWT

• harta menjadi ujian kepada manusia untuk menentukan tahap keimanan manusia • Kewajipan mencari dan membelanjakan harta secara halal.

• Harta yang cukup syarat-syaratnya mestilah dikeluarkan zakat. 3 Bentuk ujian Allah SWT terhadap manusia yang memiliki harta

 Allah menguji mereka dengan ditimpa bencana seperti bencana alam , kebakaran dan lain-lain.  Harta yang dimiliki menjadikan mereka sombong dan angkuh.

 Mereka membelanjakan harta secara batil dan kepada perkara yang tidak diredhai seperti berjudi dan sebagainya

 Allah SWT memudahkan lagi jalan mendapatkan harta.

 kesibukan mencari harta hingga lupa tanggungjawab kepada Allah SWT seperti solat, zakat dan sebagainya.

4 Alasan bahawa Islam menggalakkan umatnya memiliki harta sebanyak mungkin.

 ibadat zakat dan haji yang diwajibkan oleh Islam memerlukan harta yang banyak untuk dilaksanakan

 untuk membantu golongan yang miskin melalui sedekah, sesorang itu mestilah memiliki harta terlebih dahulu.

 Islam mewajibkan ketua keluarga menyediakan kemudahan asas bagi diri dan keluarga sendiri.  Islam melarang umatnya bergantung kepada orang lain.

5 Sebab harta hanya merupakan amanah Allah SWT kepada manusia

 Supaya manusia menguruskan sumber harta dengan sebaik-baiknya, seperti yang telah ditetapkan oleh Allah SWT

 Supaya manusia tidak terlalu sombong dengan harta yang dimilikinya

 Supaya manusia tidak menggunakan harta yang di miliki secara membazir dan sia-sia

 Supaya manusia berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari harta bagi kesenangan hidup mereka di dunia dan akhirat.

6 Konsep pemilikan harta menurut Islam ialah:

 Proses mencari harta mestilah mengikut cara yang telah ditetapkan oleh Islam.  sebahagian dari harta yang cukup syarat-syaratnya mestilah dikeluarkan zakat.

 Proses pemilikan harta tidak boleh mengganggu kepentingan orang lain dan mencemarkan alam sekitar

7 Sebab Islam menyuruh umatnya mencari harta secara halal

 Untuk mengelakkan daripada penindasan dan penganiayaan kepada orang lain seperti mendapatkan harta melalui riba, monopoli dan sebagainya

 Untuk mengelakkan permusuhan dan perbalahan semasa mendapatkan harta, contohnya melalui manipulasi

 Untuk memajukan ekonomi negara dengan lebih teratur dan sesuai dengan kehendak Islam 8 Kesan memperolehi harta secara halal kepada akhlak manusia

 Hidup manusia akan menjadi tenang dan bahagia sepanjang masa.  Hartanya akan diberkati oleh Allah SWT

 Akan di kasihi dan dihormati oleh anggota masyarakat kerana mencari harta secara halal

 Jiwa manusiaakan sentiasa tenang kerana tidak terlibat dengan perkara yang diharamkan Allah SWT.

9 Cara menguruskan harta menurut Islam

 Menunaikan hak yang wajib terhadap harta seperti zakat dan menafkahkan harta kepada ibu bapa dan keluarga

 Memanfaatkan harta untuk kepentingan orang ramai seperti membina kemudahan awam  Membelanjakan harta dengan berhemat dan tidak membazir

 Melaksanakan tanggungjawab sosial yang dapat mewujudkan perpaduan di kalangan manusia seperti sedekah, derma dan wakaf

10 Kebaikan menguruskan harta menurut Islam  Mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat

 Dapat memupuk semangat persaudaraan sesama manusia  Memperoleh harta dengan cara yang diredai oleh Allah SWT  Mendapat keredaan Allah SWT

11 Cara membelanjakan harta agar ianya diredai Allah SWT.

 Infak kepada mereka yang berhak menerimanya melalui derma dan sedekah sedekah  menggunakan harta untuk berjihad ke jalan Allah SWT seperti beramal jariah.

 membina kemudahan asas untuk kegunaan orang ramai seperti jalan raya  mengeluarkan zakat dan menunaikan haji

12 Maksud pembaziran harta ialah

 penggunaan harta pada jalan yang tidak diredai oleh Allah SWT seperti kearah maksiat atau membelanjakan kepada perkara yang sia-sia dan tidak berfaedah kepada diri senfiri atau orang lain.

13 Sebab Islam melarang umatnya membazir.

 Akan melahirkan masyarakat mementingkan diri sendiri tanpa memperdulikan nasib orang lain  Akan menyebabkan seorang itu terpaksa menanggung beban hutang

 Akan menghilangkan perasaan belas kasihan, kasih sayang dan bertimbangrasa dalam masyarakat

 Akan menjejaskan ekonomi negara kerana rakyatnya melakukan pembaziran  Akan menyebabkan berlakunya inflasi dalam negara.

14 Kesan pembaziran terhadap ekonomi negara.  ekonomi negara akan menjadi tidak stabil

 berlaku inflasi dalam negara kerana nilai matawang jatuh dan harga barang meningkat naik.  tabungan negara berkurangan kerana banyak dihabiskan kepada perkara yang tidak berfaedah  Membantutkan pembangunan negara

15 Umat Islam masih lagi melakukan pembaziran kerana.  kurang didikan agama

 mementingkan diri sendiri serta sering mengikut hawa nafsu  jahil tentang cara hidup Islam yang menekankan kesederhanaan  mementingkan kemewahan dunia.

16 Amalan membazir dapat dicegah dengan cara.  merancang perbelanjaan secara bersistematik  membeli barangan mengikut keperluan  bijak mengenalpasti mutu barangan.

 kempen kesedaran tentang keburukan pembaziran. 17 Maksud wasatiah dalam penggunaan harta

 bijak menggunakan harta ke arah kebajikan

 Berbelanja dengan berhemah serta tidak bakhil dan tidak boros.  Menggunakan harta secara seimbang untuk kebaikan dunia dan akhirat 18 Sebab wasatiah dalam penggunaan harta dituntut dalam Islam.

 Akan melahirkan sifat jimat cermat dalam masyarakat  Akan menambahkan keberkatan dalam harta

 Akan meningkatkan taraf ekonomi diri dan negara

 Akan menjauhkan sifat tamak dan riak dalam diri seseorang  Akan mengimbangi keperluan kehidupan dunia dan akhirat. 19 Contoh pengabaian tanggungjawab terhadap harta

 Mendapatkan harta dengan cara yang haram contohnya menipu, manipulasi dalam perniagaan, monopoli, pecah amanah dan sebagainya

 Membelanjakan harta dengan cara yang dilarang seperti berjudi, boros, kedekut dan sebagaiya

Soalan

1. Mengapakah Allah SWT membenarkan manusia memiliki harta. 2. Jelaskan sumber harta yang halal dan haram

3. Nyatakan contoh pemilikan harta yang dilarang oleh Islam. 4. Nyatakan langkah dalam memperolehi harta secara halal 5. Huraikan tanggungjawab manusia terhadap harta