• Tidak ada hasil yang ditemukan

12. Cara kehakiman Islam menegakkan keadilan.

• menjatuhkan hukuman dengan adil tanpa mengira warna kulit, kedudukan dan pangkat seseorang.

• hukuman yang setimpal mengikut kesalahan yang dilakukan. • Menjatuhkan hukaman tanpa sebarang keraguan

• Semua hukum berlandaskan al-Quran dan al-Hadis • Penghakiman adalah dilakukan secara menyeluruh 13. Peranan hakim selaku pelaksana hukuman.

• Menjatuhkan hukuman berlandaskan al-Quran dan hadis

• Menjatuhkan hukuman dengan adil dan saksama tanpa mengira bangsa dan keturunan seseorang

• Menjatuhkan hukuman tanpa ragu terhadap pesalah.

• Membebaskan tertuduh jika terdapat sebarang keraguan dalam kes 14. Ciri-ciri / sifat-sifat Hakim

• Seorang yang bekerja dengan niat mencari keredaan Allah SWT • Berilmu pengetahuan yang luas

• Seorang yang menguasai dan mendalami al-Quran dan al-hadis • Seorang yang bertakwa dan warak

• Seorang yang berfikiran waras • Seorang yang berwibawa • Seorang yang berpandangan jauh

15. Cara untuk mencapai matlamat perundangan Islam yang bertujuan menjamin kesejahteraan

hidup manusia adalah:

• Perundangan Islam mendorong manusia berpegang teguh kepada ajaran Islam

• Perundangan Islam sentiasa menegakkan keadilan dan kebenaran dalam semua perkara • Pelaksanaan perundangan Islam dapat menghindarkan masyarakat daripada melakukan

jenayah.

Soalan

1. Terangkan pengertian sistem sosial Islam. 2. Jelaskan ciri-ciri sistem sosial Islam

3. Nyatakan matlamat sistem sosial Islam

4. Nyatakan aspek sosial Islam yang boleh berubah dan tidak boleh berubah

5. Antara nilai murni sistem sosial Islam ialah ukhuwwah Islamiah, berkasih sayang sesama makhluk dan hormat menghormati. Bincangkan

6. Sistem sosial Islam dikatakan sistem hidup yang terbaik jika dibandingkan dengan sistem bukan Islam. Huraikan.

7. Kenapakah alam remaja dikatakan zaman yang penuh dengan dugaan dan cabaran. 8. Jelaskan tiga peranan remaja dalam membangunkan sesebuah negara.

9. Nyatakan punca-punca keruntuhan akhlak remaja.

10. “ Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara “ ( al-Hujurat: 10 )

Nyatakan usaha-usaha untuk memperkukuhkan persaudaraan / ukhuwah Islamiyah dalam kalangan masyarakat.

11. Nyatakan kesan sekiranya orang mukmin memutuskan tali persaudaraan 12. Huraikan bagaimanakah pembentukan keluarga bahagia dapat dicapai. 13. Anak-anak dikatakan satu amanah dan juga fitnah. Bincangkan.

14. Hubungan kekeluargaan amat penting di dalam sistem sosial Islam Jelaskan pernyataan di atas. 15. “ Sesungguhnya bagi tuhan kamu ke atas kamu ada tanggungjawab, ke atas diri kamu ada

tanggungjawab, ke atas keluarga kamu ada tanggungjawab, maka tunaikanlah segala tanggungjawab itu kepada yang berhak menerimanya” (maksud hadis )

Berdasarkan maksud kenyataan di atas huraikan kewajipan seorang muslim ke atas keluarganya. 16. Huraikan kewajipan seorang muslim terhadap masyarakat

17. Berikan akibat buruk jika tidak menunaikan tanggungjawab kepada ahli keluarga 18. Bagaimanakah cara untuk mencapai sistem sosial Islam yang bersifat Rabbani 19. Huraikan implikasi pengabaian tanggungjawab sosial

20. Nyatakan perbezaan antara sistem sosial Islam dengan sistem sosial bukan Islam

Jawapan

1 Pengertian sistem sosial Islam:

• Sistem sosial Islam ialah perhubungan sesama manusia melalui ikatan undang-undang Rabbani untuk mencapai kehidupan bermasyarakat yang harmoni dan aman damai.

2 Ciri-ciri sistem sosial Islam:

• ciptaan Allah SWT

• berteraskan perancangan Allah SWT atau batasan Allah SWT dalam pergaulan

• menjalin ikatan ukhuwah sesama manusia yang berteraskan akidah, syariat dan akhlak yang mulia.

3 Matlamat sistem sosial Islam

• Untuk mendapatkan keredaan Allah SWT

• Untuk merealisasikan keadilan sosial kepada semua rakyat

• Untuk melaksanakan hak dan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya • Untuk memakmurkan alam mengikut ajaran Islam.

• Untuk mencapai kesejahteraan dan keharmonian hidup di dunia dan di akhirat

• memupuk semangat berkerjasama antara anggota masyarakat untuk melaksanakan kebajikan • menghindarkan masyarakat dari melakukan dosa dan kezaliman

• memupuk ukhuwah Islamiah tanpa mengira warna kulit dan keturunan

• menegakkan keadilan sosial dengan memberi kebebasan dan hak tertentu kepada masyarakat. 4 Aspek sosial Islam yang boleh berubah dan tidak boleh berubah

Boleh berubah Tidak boleh berubah

Fesyen pakaian Hukum menutup aurat

Kaeadah mencari dan memilikki harta Peraturan mencari dan memilikki harta

Methologi menuntut ilmu Hukum menuntut ilmu

5 Huraian nilai murni sistem sosial Islam ialah ukhuwwah Islamiah, berkasih sayang sesama makhluk dan hormat menghormati.

1. Ukhuwwah Islamiah

• Sistem sosial Islam menjadikan semua manusia adalah bersaudara tanpa mengira warna kulit, kedudukan atau pangkat seseorang. Persaudaran dalam Islam adalah berlandaskan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT

2. Kasih sayang sesama makhluk

• Islam mewajibkan umatnya supaya sama-sama menjaga kebajikan dan keperluan semua manusia tanpa mementingkan diri sendiri dan berprasangka buruk

3. Hormat menghormati/ toleransi / bertolak ansur

• Masyarakat Islam wajib hormat menghormati antara satu sama lain dalam pergaulan seharian 6 Bandingan sistem sosial Islam dengan sistem sosial bukan Islam

sistem sosial Islam sistem bukan Islam

1. berasaskan al-Quran berdasarkan pemikiran.

2. berdasarkan kepada ukhuwah berdasarkan kedudukan, warna kulit dan

lain-lain.

3. mementing urusan dunia dan akhirat mementingkan kebendaan / keduniaan semata-mata

7 Alam remaja dikatakan zaman yang penuh dengan dugaan dan cabaran kerana:

• remaja mudah terdorong dengan hawa nafsu

• remaja mempunyai perasaan ingin tahu dan perasaan ingin mencuba sesuatu perkara baru tanpa memikirkan baik buruk sesuatu perkara.

• remaja mudah terpengaruh dengan persekitaran dan rakan sebaya yang bersifat negetif 8 Peranan remaja dalam membangunkan sesebuah negara.

• menumpukan perhatian terhadap pelajaran bagi menambahkan ilmu untuk membangunkan negara seperti ilmu sains dan teknologi

• menjauhkan diri dari perkara-perkara negatif yang merosakkan seperti menjauhi dadah • menceburi bidang kemahiran dan teknologi tinggi seperti ICT dan sebagainya.

9 Punca-punca keruntuhan akhlak remaja ialah:

• kurangnya penghayatan iman menyebabkan mereka tidak takut kepada azab Allah SWT • kurangnya ilmu agama menyebabkan mereka jahil tentang hukum agama

• kurang perhatian daripada ibubapa memyebabkan mereka terbiar dan bebas melakukan apa sahaja.

• pengaruh media massa dan persekitaran serta rakan sebaya yang negetif

10 Usaha-usaha untuk memperkukuhkan persaudaraan / ukhuwah Islamiyah dikalangan masyarakat.

• Sentiasa mengamalkan amalan ziarah menziarahi antara satu sama lain • Sentiasa memberi dan menjawab salam semasa bertemu dengan orang lain • Sentiasa menunaikan solat secara berjemaah

• Sentiasa mengamalkan sikap tolong menolong dan bantu membantu antara satu sama lain.

11 Kesan sekiranya orang mukmin memutuskan tali persaudaraan

• berlaku permusuhan, pergaduhan dan perpecahan dalam masyarakat. • menggugat kestabilan negara kerana rakyat berpecah belah

• melemahkan kesatuan umat Islam dalam semua segi

• umat Islam mudah dijajah dan dipermainkan oleh bangsa asing kerana tidak bersatu 12 Huraian bagaimana pembentukan keluarga bahagia dapat dicapai.

• Semua ahli keluarga mesti melakukan tanggungjawab masing-masing dengan baik

• Sentiasa mengamalkan sikap bersefahaman, bertolak ansur dan berkasih sayang dalam keluarga

• Semua ahli keluarga mesti amanah dan jujur dalam semua urusan

• Semua ahli keluarga mesti sentiasa berkerjasama dalam melakukan kebajikan. • Semua ahli keluarga sentiasa bersama membenteras kemungkaran dalam keluarga • Semua ahli keluarga sentiasa menjadikan agama sebagai asas pembentukan keluarga 13 Anak-anak dikatakan satu amanah dan juga fitnah

• Anak-anak dikatakan satu amanah kerana ibu bapa wajib menyempurnakan pendidikan anak-anak dengan sempurna supaya menjadi insan bertaqwa

• anak-anak dikatakan satu fitnah iaitu apabila ibu bapa lalai dan gagal mematuhi perintah Allah SWT kerana mengutamakan anak-anak.

14 Alasan yang menyatakan hubungan kekeluargaan amat penting di dalam sistem sosial Islam:

• sistem sosial Islam melahirkan individu yang mampu menyumbang kearah pembentukan masyarakat berkualiti

• Sistem sosial Islam melahirkan ahli masyarakat yang berakhlak mulia , penyayang dan amanah 15 Kewajipan seorang muslim ke atas keluarganya.

• memberi nafkah kepada keluarga dengan menyediakan keperluan asas seperti tempat tinggal, pakaian dan makanan

• menjaga keselamatan ahli keluarga daripada perkara yang membahayakan

• memberi pendidikan yang sempurna kepada ahli keluarga iaitu ilmu fardhu ain dan ilmu fardhu kifayah.

16 Kewajipan seorang muslim terhadap masyarakat

• Sentiasa menziarahi ketika mereka sakit • Sentiasa membantu ketika dalam kesusahan • Sentiasa memberi salam ketika bertemu

• Sentiasa tolong menolong dalam perkara kebajikan

17 Akibat buruk tidak menunaikan tanggungjawab kepada ahli keluarga

• Kehidupan ahli keluarga akan menderita, kucar kacir dan tiada kebahagiaan dalam keluarga • Menyebabkan ahli keluarga mudah terlibat dengan perkara-perkara yang menyalahi hukum

syarak seperti sumbang mahram dan sebagainya

• Kehidupan keluarga tersebut tidak mendapat keberkatan daripada Allah SWT. • Menyebabkan ahli keluarga tersebut jahil dalam ilmu agama

18 Cara mencapai sistem sosial Islam yang bersifat Rabbani

• mengenal dan menghayati sistem sosial Islam

• berusaha memperkukuh perpaduan antara satu sama lain

• berusaha mencapai kebahagiaan diri, keluarga dan masyarakat berdasarkan syariat 19 Implikasi pengabaian tanggungjawab sosial

• Perbalahan dan perpecahan keluarga akan berlaku.

• Keharmonian, perpaduan dan kesejahteraan masyarakat dan negara akan tergugat • Sumber alam tidak dapat dimanfaatkan untuk kesejahteraan masyarakat

• Gejala sosial akan berleluasa dalam masyarakat

• Penyelewengan tanggungjawab dan amanah akan berleluasa seperti rasuah, pecah amanah dan sebagainya

20 Perbezaan antara sistem sosial Islam dengan bukan Islam

sistem sosial Islam sistem bukan Islam

Bersifat Rabani iaitu ciptaan Allah SWT Ciptaan Manusia

Perhubungan sesama manusia diatas dasar keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.

Perhubungan di atas dasar warna kulit,

bangsa, keturunan dan kemanusiaan

semata-mata Mengamalkan akhlak mulia walau dimana saja kita

berada

Akhlak dan nilai-nilai moral tidak begitu dititik beratkan dalam pergaulan

TINGKATAN 5