• Tidak ada hasil yang ditemukan

Prakata. Sekian, Wasaalam. Salam dari penyusun. Ustaz Safaee b. Zakaria Tokburong.wordpress.com 15 Zulkaedah 1430 H / 3 Nov 2009

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Prakata. Sekian, Wasaalam. Salam dari penyusun. Ustaz Safaee b. Zakaria Tokburong.wordpress.com 15 Zulkaedah 1430 H / 3 Nov 2009"

Copied!
126
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

Prakata

Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan kekuatan yang diberikanNya dapat saya menyiapkan buku soalan topikal dan jawapan Tasawwur Islam tingkatan 4 dan 5 ini dengan jayanya, walaupun saya terbelenggu dengan hambatan kerja-kerja yang semakin menimbun. Tetapi demi untuk menambahkan khazanah ilmu dan memenuhi hasrat pelajar, saya korbankan masa rehat untuk menyiapkan buku yang tidak seberapa ini.

Buku ini adalah lanjutan daripada buku nota lengkap tasawwur Islam ting 4 dan 5 yang telah saya siapkan terdahulu. Kebanyakan soalan dan jawapan yang terdapat dalam buku ini adalah berdasarkan kepada soalan-soalan sebenar SPM yang lepas-lepas. Disamping itu buku ini juga di susun mengikut bab dan tajuk sepertimana yang terdapat dalam buku teks. Penyusunan mengikut bab dan tajuk ini adalah untuk menyenangkan pelajar membuat ulangkaji bagi menghadapi peperiksaan. Jawapan bagi setiap tajuk di sediakan sebagai rujukan kepada pelajar.

Harapan saya mudah-mudahan buku ini dapat membantu pelajar dalam memperolehi A+ Tasawwur Islam dalam SPM nanti, serta dapat meningkatkan kecemerlangan matapelajaran Tasawwur Islam di sekolah anda.

Akhir sekali mudah-mudahan buku kecil yang tak seberapa ini boleh menjadi pemangkin kepada kejayaan pelajar dalam menghadapi peperiksaan khasnya dan dalam kehidupan amnya. Amin

Sekian, Wasaalam. Salam dari penyusun Ustaz Safaee b. Zakaria Tokburong.wordpress.com

(3)

TINGKATAN 4

BAB 1 ASAS PEMIKIRAN ISLAM

Pelajaran 1 Konsep Ketuhanan 5

Pelajaran 2 Konsep Kerasulan 8

Pelajaran 3 Konsep Insan 11 Pelajaran 4 Konsep Alam 14

Pelajaran 5 Tanggungjawab Memelihara dan Memulihara Alam 16

Pelajaran 6 Unit 1 dan 2 - Kedudukan Wahyu 19

Unit 3 - Kedudukan Akal 24

Unit 4 – Islam Agama Syumul 27

Pelajaran 7 Bimbingan Al-Quran 30

Pelajaran 8 Bimbingan Hadis 33

Pelajaran 9 Pengaruh Yang Merosakkan Pemikiran Muslim 35

BAB 2 CIRI PANDANGAN HIDUP MUSLIM

Pelajaran 10 Rabaniyyah 44

Pelajaran 11 Syumuliyyah 45

Pelajaran 12 Waqiiyyah 47

Pelajaran 13 Alamiyyah 49

Pelajaran 14 Murunah 50

BAB 3 INSTITUSI ISLAM

Pelajaran 15 Sistem Pemerintahan Islam

Unit 1 – Negara Islam 52

Unit 2 – Khalifah 56

Unit 3 – Rakyat 59

Pelajaran 16 Sistem kehakiman Islam 61

(4)

TINGKATAN 5

BAB1 EKONOMI ISLAM

PELAJARAN 1 – ISLAM DAN HARTA

Unit 1 Harta amanah Allah 71

Unit 2 Memperoleh dan membelanjakan

harta 75

PELAJARAN 2 – ISLAM DAN HAK MILIK

Unit 1 Islam mengiktiraf hak milik 82

Unit 2 Larangan mencerobohi harta 85

PELAJARAN 3 – ISLAM DAN PEKERJAAN

Unit 1 Galakkan bekerja 87

Unit 2 Bekerja kerana Allah 92

PELAJARAN 4 - FALSAFAH DAN SISTEM MUAMALAH ISLAM Unit 1 Pengertian dan sistem muamalah

Islam 94

Unit 2 Kepentingan Muamalah Islam 97

Unit 3 Jenis-jenis muamalah 99

BAB 2 FALSAFAH PERUNDANGAN ISLAM PELAJARAN 5 – PERUNDANGAN ISLAM

Unit 1 Pengertian perundangan Islam

Dan falsafah 101

Unit 2 Pengertian qadha, fikah,

Ijtihad dan fatwa 105

Unit 3 Matlamat perundangan Islam 110

Unit 4 Pengertian hukum harus, wajib

Haram, sunat dan makruh 116

PELAJARAN 6 – FALSAFAH IBADAT DALAM ISLAM

Unit 1 Pengertian ibadat 119

Unit 2 konsep dan falsafah ibadat 123

Unit 3 Munakahat 125

(5)

BAB 3 PENYELESAIAN MASALAH

PELAJARAN 7 – Asas dan pertimbangan penyelesaian

Masalah menurut Islam 134

PELAJARAN 8 - Cara penyelesaian masalah 136

PELAJARAN 9 - Isu masalah dan cara penyelesaian

Menurut Islam 140

PELAJARAN 10 – Kelebihan penyelesaian masalah

(6)

BAB 1 : ASAS PEMIKIRAN ISLAM

Soalan

1. Apakah yang dimaksudkan dengan tuhan

2. Mengapa manusia memerlukan tuhan dalam kehidupan mereka 3. Nyatakan pengertian uluhiyyah

4. Jelaskan tiga konsep Uluhiyyah 5. Nyatakan pengertian Rububiyyah 6. Huraikan tiga konsep Rububiyyah

7. Jelaskan dua perbezaan antara tauhid Rububiyyah dengan tauhid Uluhiyyah 8. Nyatakan Pengertian Asma’ wasifat

9. Senaraikan tiga contoh nama-nama Allah SWT yang mulia. 10. Apakah yang dimaksudkan dengan fitrah beragama

11. Berikan bukti bahawa mengamalkan agama merupakan fitrah semulajadi manusia 12. Huraikan dua peranan agama dalam membina tamadun yang cemerlang

13. Jelaskan tiga ciri orang yang beragama

14. Nyatakan dengan memberi contoh cara manusia mencintai Allah SWT

Jawapan

1. Maksud tuhan ialah :

• Allah yang mempunyai kuasa mutlak yang Maha Sempurna, tiada cacat celanya dan dapat di akui sebagai pencipta, pentadbir dan pemilik alam ini. Tiada kuasa lain yang dapat menyamai dan menandingi kuasa Allah SWT

2. Manusia memerlukan tuhan dalam kehidupan mereka kerana:

• Fitrah semulajadi manusia yang mempunyai kepercayaan kepada suatu kuasa yang Maha Agung

• Hanya kepercayaan kepada Tuhan dapat menjadikan kehidupan manusia lebih sempurna dan selamat.

• Kepercayaan kepada Tuhan menyebabkan manusia sentiasa menjauhkan diri daripada perkara-perkara negatif dalam kehidupan.

(7)

3. Pengertian uluhiyyah ialah :

Uluhiyyah ialah mengakui Allah SWT yang Maha Esa yang layak disembah, dipatuhi dan ditaati secara mutlak.

4. Konsep Uluhiyyah

• Mengakui hanya Allah SWT yang layak disembah dan ditaati • Paksi utamanya ialah kalimah syahadah

• Orang yang tidak beriman dengan tauhid uluhiyyah dianggap sesat 5. Pengertian Rububiyyah

Rububiyyah ialah keyakinan dalam hati secara mutlak bahawa Allah SWT memiliki, mentadbir dan mencipta seluruh alam.

6. Konsep Rububiyyah

• Allah SWT adalah pencipta, pemilik dan pentadbir alam. • Kekuasaan Allah SWT meliputi langit dan bumi

• Allah SWT berkuasa memberi sesuatu mengikut kehendaknya 7. Perbezaan antara tauhid Rububiyyah dengan tauhid uluhiyyah

Tauhid Rububiyyah Tauhid Uluhiyyah

• Keyakinan dalam hati secara mutlak Allah SWT sebagai pentadbir alam

• Keyakinan dalam hati bahawa Allah SWT yang Maha Esa yang layak disembah dan dipatuhi

• Diimani / dipercayai oleh semua manusia • Diimani / dipercayai oleh orang Islam sahaja

8. Pengertian Asma’ wasifat ialah :

• Allah SWT mempunyai nama-nama yang indah dan memiliki sifat-sifat yang mulia 9. Contoh nama-nama Allah SWT yang mulia.

• Al-Hakim • Al-Khabir • Al-Azim • Al-Ghafur • Al-Alim

10. Maksud fitrah beragama ialah :

Naluri semulajadi manusia yang mengakui adanya Allah SWT.

11. Bukti bahawa mengamalkan agama merupakan fitrah semulajadi manusia :

Manusia terdorong memohon kepada sesuatu yang dipercayai mempunyai kuasa ghaib yang boleh membantu melindungi dan menunaikan sesuatu hajat mereka. Contohnya masyarakat primatif memuja sungai, semangat dan sebagainya.

Secara fitrah manusia mengakui kewujudan sesuatu yang berkuasa dan berusaha mencarinya. Contohnya usaha Nabi Ibrahim mencari-cari tuhan yang sebenar untuk di sembah.

(8)

memohon pertolongan. Kerana mereka yakin hanya kuasa ghaib sahaja yang mampu menolong mereka, iaitu tuhan.

12 Peranan agama dalam membina tamadun yang cemerlang : • Islam menghendaki umatnya berfikir secara kreatif dan inovatif

• Islam mewajibkan umatnya menuntut dan mendalami ilmu pengetahuan

• Islam mengatur peradaban dan akhlak yang terpuji untuk memastikan manusia dapat hidup dengan aman dan bahagia di dunia dan akhirat

• Menuntut penganutnya beramal dan berusaha untuk memajukan diri, bangsa dan negara 13 Ciri orang yang beragama :

• Sentiasa reda dengan ketentuan Allah SWT

• Bersyukur dengan nikmat yang dimiliki dengan cara memanfaatkan kejalan Allah SWT • Melakukan sesuatu pekerjaan dengan ikhlas kerana Allah SWT

• Memiliki jiwa yang mantap dan teguh atas prinsip kebenaran

• Memiliki kesempurnaan akhlak, menghormati rakan, jiran dan tidak mencintai dunia 14 Cara manusia mencintai Allah SWT

• Mematuhi perintahNya, contohnya menunaikan solat lima waktu • Menjauhi laranganNya, contohnya menjauhi daripada zina

• Sentiasa mengingatiNya, contohnya berdoa dan sentiasa bertahmid

• Bertawakal kepada Allah SWT dan tidak hanya berserah kepadaNya contohnya sentiasa berdoa dan berusaha

• Redha dengan ketentuanNya; contohnya sentiasa sabar dengan musibah yang menimpa • Bersyukur atas nikmat kurniaanNya; contohnya melakukan syujud syukur apabila mendapat

nikmat daripada Allah SWT

• Melakukan amalan kebajikan; contohnya bersedekah kepada fakir miskin

Soalan

1. Nyatakan maksud nabi. 2. Nyatakan pengertian rasul. 3. Jelaskan maksud rasul Ulul Azmi

4. Berikan dua sebab gelaran Ulul Azmi diberikan kepada rasul-rasul tertentu. 5. Huraikan dua perbezaan antara nabi dan rasul

6. Terangkan tiga peranan rasul

7. Jelaskan cara anda beradab kepada rasul 8. Jelaskan sifat wajib, mustahil dan harus bagi rasul

(9)

9. Antara keistimewaan para rasul ialah maksum dan mukjizat, berikan pengertian perkara-perkara tersebut

10. Huraikan peranan mukjizat kepada para rasul

11. Perkara luar biasa yang berlaku kepada manusia ialah irhas, karamah, maunah istidraj dan sihir. Berikan maksud perkara-perkara tersebut.

12. Jelaskan tiga sebab nabi Muhammad s.a.w. dipilih sebagai rasul terakhir.

Jawapan

1. 1 Maksud nabi

Nabi ialah manusia lelaki pilihan Allah SWT yang diberikan wahyu untuk dirinya dan tidak wajib menyampaikannya kepada orang lain.

2. 2 Pengertian rasul.

Rasul ialah manusia lelaki pilihan Allah SWT yang diberikan wahyu untuk dirinya dan wajib menyampaikannya kepada orang lain.

3. 3 Maksud rasul Ulul Azmi

Gelaran yang diberikan kepada rasul yang memiliki kesabaran yang amat tinggi dalam menghadapi cabaran semasa berdakwah.

4. 4 Sebab diberi gelaran Ulul Azmi

• Mendapat pengiktirafan Allah SWT diatas usaha dakwah yang telah dijalankan • Memiliki kesabaran yang tinggi semasa berdakwah

• Sentiasa memohon kepada Allah SWT supaya kaum mereka tidak diturunkan azab • Sentiasa berdoa kepada Allah SWT supaya memberi hidayah kepada kaum mereka • Memiliki keazaman yang tinggi semasa berdakwah

5. Perbezaan antara nabi dan rasul

Nabi Rasul

• Wahyu untuk dirinya sahaja dan tidak wajib disampaikan kepada orang lain.

• Wajib menyampaikan wahyu kepada orang lain

• Kitab tidak diturunkan kepada para nabi • Menerima kitab dan sufuf

• Bilangan nabi tidak wajib diketahui • Wajib mengetahui bilangan dan nama 25 orang rasul

• Jumlah nabi 124,000 orang • Jumlah rasul 313 orang

6. 6 Peranan rasul

• Membimbing manusia ke jalan yang benar • Menyeru manusia supaya menyembah Allah SWT

• Menerangkan kepada manusia tentang perkara-perkara ghaib

• Menyampaikan berita gembira dan berita buruk sebagai peringatan kepada manusia • Menyampaikan segala perintah Allah SWT

• Mengajar manusia cara beribadat yang betul • Menunjukkan akhlak yang mulia

(10)

7. 7 Cara anda beradab kepada rasul ialah : • Sentiasa berselawat kepada rasul

• Beriman dengan ajaran yang dibawa oleh rasul • Mengasihi dan mencintai mereka melebihi mahkluk lain • Mengamalkan sunnah rasul dalam kehidupan

• Mentaati ajaran yang disampaikan oleh para rasul dengan hati yang ikhlas 8. 8 Sifat wajib, mustahil dan harus bagi rasul ialah

Sifat Wajib • As-Sidq (benar) • Al-Amanah (Jujur) • At-Tabligh (Menyampaikan) • Al-Fatanah (Bijaksana) Sifat Mustahil • Al-Kizb (Pendusta)

• Al-Khiyanah (Pecah Amanah) • Al-Kitman (Menyembunyikan) • Al-Baladah (Bodoh)

Sifat Harus

• Bersifat seperti manusia biasa yang tidak menjejaskan martabat sebagai utusan Allah SWT. 9. Pengertian maksum dan mukjizat ialah :

maksum

• Maksum bermaksud rasul-rasul terpelihara daripada melakukan perkara kejahatan, dosa dan perkara kurang sopan yang boleh merosakkan kehormatannya. Rasul juga terpelihara daripada perkara cacat yang mengurangkan kemuliaan seseorang seperti buta, tuli, bisu, gila atau lain-lain penyakit yang boleh merosakkan darjat kemuliaan seorang rasul

Mukjizat

• Perkara luar biasa yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada para nabi dan rasul untuk membuktikan kebenaran, kenabian dan kerasulan serta melemahkan musuh-musuh mereka contohnya Keluar air dari celah Nabi Muhammad.

10. Peranan mukjizat kepada para rasul

• Membuktikan kebenaran para nabi dan rasul • Mengukuhkan keyakinan orang ramai • Membantu nabi dan rasul menjalankan tugas • Menunjukkan kekuasaan Allah SWT

11. Maksud irhas, karamah, maunah istidraj dan sihir.

Irhas

• Perkara luar biasa yang berlaku kepada orang yang bakal dilantik oleh Allah SWT sebagai rasul. Contohnya Nabi Isa boleh bercakap semasa masih bayi

Karamah

• Perkara luar biasa yang berlaku kepada manusia biasa yang tinggi darjatnya disisi Allah SWT Contohnya Maryam ( ibu Nabi Isa ) dianugerahi hidangan dari langit ketika beribadat

(11)

Maunah

• Perkara luar biasa yang berlaku kepada Umat Islam tanpa diusahakan untuk dipelajarinya. Perkara tersebut berlaku hanya sekali sahaja. Contohnya seseorang yang terlibat dalam kemalangan yang dahsyat, tetapi beliau tidak mengalami kecederaan yang teruk

Istidraj

• Perkara luar biasa yang berlaku kepada orang yang tidak taat atau derhaka kepada Allah SWT untuk menyesatkannya lagi. Contohnya Qarun yang beroleh kekayaan yang luar biasa telah beransur-ansur menjadi sombong dan kufur

Sihir

• Perkara luar biasa yang berlaku kepada seseorang dengan bantuan daripada syaitan dan boleh dipelajari. Contohnya seseorang yang kebal dan tidak lut oleh sebarang senjata.

Soalan

1 Berikan pengertian insan

2 Nyatakan proses kejadian insan menurut Islam

3 Jelaskan dua tanggungjawab insan terhadap Allah SWT

4 Huraikan sebab manusia perlu memikul tanggungjawab tersebut 5 Senaraikan tiga keistimewaan insan berbanding makhluk yang lain

6 Nyatakan dua amalan yang boleh dilakukan oleh manusia bagi mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

7 Nyatakan perbezaan utama antara manusia dengan haiwan. 8 Jelaskan tiga kebaikan memerhati dan memikir kejadian manusia. 9 Huraikan peranan manusia terhadap alam

10 Terangkan akibat mengabaikan tanggungjawab sebagai insan

(12)

Jawapan

1 Pengertian insan

• Insan ialah makhluk istimewa yang boleh berfikir, menerima ilmu dan berkehendak. 2 Proses kejadian insan menurut Islam

• Pati berasal daripada tanah (Nutfah ) ( Air mani )

• Percampuran benih lelaki dan perempuan )(Ovum + Sperma ) • Darah beku( Alaqah) ( Zigot)

• Seketul tulang (Mudghah )( Embrio) • Tulang dibaluti dengan daging( Fetus ) • Ditiupkan roh

• Dilahirkan sebagai manusia

3 Tanggungjawab insan terhadap Allah SWT

• Mentaati perintah Allah dan menjauhi larangannya

• Bersyukur dengan nikmat Allah SWT dan menggunakannya dengan baik • Sentiasa mengingati Allah SWT melalui amalan zikir

4 Sebab manusia perlu memikul tanggungjawab tersebut :

• Manusia memiliki akal fikiran yang sempurna • Manusia memiliki fizikal yang sempurna dan menarik

• Manusia telah dilantik sebagai khalifah Allah SWT di muka bumi • Rasul dilantik daripada kalangan manusia

• Manusia mahkluk yang berbudaya dan bertamadun

5 Keistimewaan insan berbanding makhluk yang lain

• Memiliki akal fikiran sedangkan makhluk lain tidak mempunyai akal fikiran • Dilantik menjadi khalifah Allah di muka bumi

• Setiap amalan akan mendapat ganjaran daripada Allah sedangkan makhluk lain, amalannya tidak dikira oleh Allah SWT

• Rasul dilantik dari kalangan manusia • Mempunyai fizikal yang sempurna

• Dijadikan daripada unsur-unsur jasmani dan rohani • Berbudaya dan bertamadun

6 Amalan yang boleh dilakukan oleh manusia bagi mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat

• Menunaikan solat fardu • Menjauhi perkara maksiat • Mentaati setiap perintah Allah

(13)

7 • Perbezaan utama antara manusia dengan haiwan ialah manusia memiliki akal fikiran sedangkan haiwan tiada akal.

8 Kebaikan memerhati dan memikir kejadian manusia

• Dapat meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT • Dapat menyedari kelemahan diri manusia dalam semua bidang

• Dapat mengakui keagungan dan kekuasaan Allah SWT yang Maha Agung 9 Peranan manusia terhadap alam

• Mengurus alam secara bijaksana

• Memelihara dan memulihara alam dengan sempurna

• Mengkaji dan menyelidiki khazanah alam untuk kegunaan manusia

• Memaju dan memakmurkan alam dengan cara yang telah ditetapkan oleh Allah SWT 10 Akibat mengabaikan tanggungjawab sebagai insan

• Berlaku kerosakan di muka bumi seperti banjir dan sebagainya • Manusia akan melakukan perkara syirik kepada Allah SWT • Manusia menjadi sesat dari kebenaran

• Mendapat kemurkaan daripada Allah SWT

Soalan

1. Berikan maksud alam. 2. Nyatakan jenis-jenis alam.

3. Terangkan perbezaan antara alam ghaib dan alam musyahadah 4. Alam merupakan bukti kekuasaan Allah. Buktikan

5. Jelaskan cara meningkatkan keimanan dengan melihat alam ini

6. Syurga dan neraka merupakan sebahagian daripada alam ghaib. Bagaimanakah cara untuk menanam keimanan kepada syurga dan neraka di dalam diri pelajar?.

7. Mengapakah Allah merahsiakan alam ghaib daripada penglihatan manusia

8. Setiap muslim wajib beriman dengan perkara ghaib. Jelaskan kesan beriman dengan perkara ghaib 9. Jelaskan alam ghain yang dilalui oleh setiap manusia

10. Akal tanpa wahyu tidak akan dapat memikirkan perkara ghaib. Berikan hujah untuk menyokong pernyataan di atas.

(14)

Jawapan

1. Maksud alam.

• Alam ialah makhluk ciptaan Allah SWT 2. Jenis-jenis alam.

• Alam terbahagi kepada dua iaitu

1. Alam musyahadah ialah alam yang dapat dilihat dan ditanggapi oleh pancaindera manusiacontohnya haiwan, tumbuhan sungai dan sebagainya

2. Alam Ghaib iaitu alam yang tidak dapat ditanggapi dan dilihat oleh pancaindera manusia, contohnya syurga, neraka, dosa, pahala dan sebagainya.

3. Perbezaan antara alam ghaib dan alam musyahadah

Alam Ghaib Alam Musyahadah

• Pancaindera manusia tidak mampu memikir dan menanggapi alam ghaib

• Dapat ditanggapi oleh pancaindera

• Untuk menguji keimanan manusia • Boleh dimanfaatkan manusia untuk

membina tamadun • Akal tidak mampu memikirkan hakikat

sebenar alam ghaib

• Akal mampu mentafsir, mengkaji dan menyelidik.

• Manusia yang telah mati berada di alam ghaib

• Manusia yang hidup dapat menyaksikan alam musyahadah.

• Kenikmatan yang dikecapi kekal buat selama-lamanya

• Kenikmatan yang diperolehi tidak kekal

4. Bukti alam merupakan tanda kekuasaan Allah. :

• Keunikkan alam ini menunjukkan kekuasaan penciptaannya. • Kesempurnaan Alam ini melambangkan kesempurnaan Allah SWT.

• Tiada sebarang mahkluk pun yang dapat menandingi kekuasaan dan ciptaan Allah SWT. 5. Cara meningkatkan keimanan dengan melihat alam ini:

• Menyakini bahawa semua yang ada dalam alam ini adalah milik Allah SWT • Menyakini alam ini adalah sementara dan akan musnah.

• Menyakini bahawa penciptaan alam ini tidaklah sia-sia 6. Cara menanam keimanan kepada syurga dan neraka

• Sentiasa mengikuti ceramah tentang nikmat syurga dan azab neraka.

• Memberi didikan agama yang sempurna kepada anak-anak sejak daripada kecil.

• Ibu bapa hendaklah sentiasa mengawasi tingkah laku anak-anak daripada pengaruh negetif. • Memantau pergaulan anak-anak dan rakan sebaya agar terkawal.

7. Sebab Allah merahsiakan alam ghaib daripada penglihatan manusia : • Menunjukkan kekuasaan Allah SWT.

• Menguji keimanan manusia kepada perkara ghaib • Meningkatkan ilmu pengetahuan manusia

• Menilai sejauh mana ketaatan manusia kepada perintah Allah SWT. • Mengukuhkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.

(15)

8. Kesan beriman dengan perkara ghaib :

• Menjadikan manusia taat dan patuh kepada perintah dan larangan Allah SWT.

• Menjadikan manusia takut melakukan maksiat dan kemungkaran kerana menyedari bahawa malaikat sentiasa memerhati perbuatan mereka

• Menjadikan manusia sentiasa melakukan ibadat kepada Allah SWT. • Menjadikan manusia melakukan sesuatu ikhlas kerana Allah SWT. • Menjadikan manusia sentiasa istiqamah dalam melakukan pekerjaan.

• Menjadikan manusia mempunyai motivasi yang tinggi dalam kehidupan seharian. 9. Alam ghaib yang dilalui oleh setiap manusia :

• Alam roh • Mati • Alam kubur • Kiamat • Hari Kebangkitan • Padang masyhar • Hisab • Mizan • Titian sirat

• Syurga atau neraka

10. Hujah akal tanpa wahyu tidak dapat memikirkan perkara ghaib

• Akal manusia terbatas dan hanya boleh memikirkan perkara yang nyata sahaja • Akal sering berubah-ubah mengikut perubahan manusia

• Akal mudah dipengaruhi oleh nafsu dan keadaan semasa

• Kebenaran wahyu adalah mutlak dan tidak berubah sehingga ke hari kiamat

Soalan

1. Terangkan langkah-langkah yang boleh anda lakukan untuk memelihara alam sekitar. 2. Nyatakan cara memelihara alam musyahadah

3. Terangkan dua cara pemuliharaan Alam sekitar 4. Senaraikan bentuk pencemaran alam sekitar. 5. Huraikan punca berlakunya kerosakan kepada alam

6. Cadangkan tiga cara untuk mengatasi masalah pencemaran alam 7. Apakah yang akan berlaku jika manusia tidak memelihara alam

PELAJARAN 5 : TANGGUNGJAWAB MEMELIHARA DAN

MEMULIHARA

(16)

8. Jelaskan faedah yang akan diperoleh oleh generasi yang akan datang jika pengekalan keindahan alam diteruskan?.

9. Anda terserempak dengan aktiviti pembuangan sisa toksik ke dalam sungai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Apakah tindakan yang anda lakukan.

10. Senaraikan sumbangan alam kepada kehidupan manusia.

Jawapan

1. Langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk memelihara alam sekitar. • Menjaga kebersihan alam sekitar

• membuang sampah di tempat yang dikhaskan • Membakar sampah di tempat yang disediakan. • Membantu program keceriaan sekolah. 2. Cara memelihara alam musyahadah

• Mengawal penebangan hutan • merancang kawasan pembangunan • Memelihara keindahan sungai • Mengawal pencemaran udara • Mengekalkan habitat flora dan fauna • Mengawal penggunaan bahan galian • Menjaga kebersihan alam ini

• Gotong royong / kempen

• Penguatkuasaan undang-undang alam sekitar 3. Cara pemuliharaan alam musyahadah

• Menanam semula pokok-pokok yang telah ditebang

• Menimbus kawasan lombong yang telah ditinggalkan / tebus guna semula • Menguatkuasakan larangan aktiviti memburu /bunuh binatang liar

• Membersihkan sungai / mencantikkannya • Menguatkuasakan undang-undang alam sekitar • Melakukan kitar semula keatas barangan terpakai 4. Bentuk pencemaran alam sekitar

• Pencemaran udara seperti perlepasan asap oleh kenderaan • pencemaran air seperti pembuangan sisa toksid ke dalam sungai • pencemaran bunyi seperti bunyi bising yang keterlaluan

5. Punca berlakunya kerosakan alam

• Kerakusan nafsu manusia bagi mendapatkan keuntungan dengan cepat seperti menebang hutan untuk pembalakan dengan sewenang-wenangnya.

• Kejahilan manusia tentang pentingnya menjaga khazanah alam.

• Wujudnya perindustrian yang tidak terkawal yang melepaskan asap dan bahan toksid tanpa dirawat dengan sewenang-wenangnya.

• Pembangunan yang tidak terancang dan terkawal

(17)

6. Cara mengatasi masalah pencemaran alam

• Memberi kesedaran tentang kepentingan menjaga alam

• Mengedarkan risalah tentang keburukan pencemaran alam sekitar • Menguatkuasakan undang-undang alam sekitar

• Mengenakan hukuman yang berat kepada pencemar alam • Mendedahkan kegiatan pencemaran kepada umum

7. Perkara yang akan berlaku jika manusia tidak memelihara alam

• Boleh menyebabkan berlakunya bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh • Keindahan dan habitat semulajadi tumbuhan dan haiwan akan musnah

• Akan dilaknat oleh Allah SWT kerana orang yang merosakkan alam adalah termasuk dalam golongan yang kufur dengan nikmat Allah SWT.

• Kehidupan manusia menjadi tidak selesa dan terancam • Sumber makanan dan haiwan akan pupus.

8. Faedah yang akan diperoleh oleh generasi yang akan datang jika pengekalan keindahan alam

diteruskan

• Dapat mengawal suhu dan cuaca bumi

• Dapat mengawal bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh

• Dapat mengelakkan pupusnya habitat tumbuhan dan haiwan yang tertentu • Dapat mengekalkan keindahan alam sekitar

• Dapat menjadikan hidup manusia lebih tenteram dan nyaman

9. Tindakan yang boleh saya lakukan jika terserempak dengan aktiviti pembuangan sisa toksik

ke dalam sungai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.:

• Melapurkan perbuatan tersebut kepada pihak berkuasa

• Melarang orang yang melakukan perbuatan tersebut daripada meneruskan perbuatannya • Menasihati orang tersebut agar tidak membuang sisa toksid ke dalam sungai

10. Sumbangan Alam kepada kehidupan manusia : • Menyediakan keperluan makanan dan minuman

• Mengekalkan sistem semulajadi seperti kawasan tadahan hujan • Memudahkan pergerakan manusia

• Menstabilkan cuaca dan iklim bumi

(18)

Soalan

1. Berikan pengertian wahyu dari segi bahasa dan istilah. 2. Jelaskan ciri-ciri wahyu.

3. Nyatakan perbezaan di antara wahyu dan akal. 4. Terangkan keperluan wahyu kepada manusia.

5. Terangkan kesan jika undang-undang tidak bersumberkan wahyu 6. Mengapakah wahyu tidak boleh dipinda.

7. Bagaimana cara bersyukur kerana dikurniakan wahyu. 8. Terangkan cara wahyu diturunkan kepada Rasulullah SAW 9. Jelaskan cara-cara untuk menjadi orang yang bertakwa 10. Berikan dua contoh hubungan manusia dengan Allah SWT 11. Berikan dua contoh hubungan manusia sesama manusia

12. Fahaman anti hadis boleh mengugat kesucian agama Islam Berikan dua hujah anda 13. Islam membahagikan ilmu kepada ilmu fardu ain dan ilmu fardu kifayah.

Nyatakan maksud kedua-dua ilmu tersebut

14. Nyatakan empat faedah anda mempelajari ilmu fardu kifayah

Jawapan

1. Pengertian wahyu dari segi bahasa dan istilah.

• Bahasa: Isyarat, ilham, panduan, nasihat yang disampaikan ke dalam hati manusia.

• Istilah : Kalam Allah / sesuatu yang disampaikan kepada Nabi dan Rasul melalui Malaikat Jibril mengenai syariat Allah untuk menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

2. Ciri-ciri wahyu.

• wahyu hanya disampaikan kepada Nabi dan Rasul • kebenaran wahyu bersifat mutlak

• hukum wahyu kekal / tidak boleh dipinda

PELAJARAN 6 : KEDUDUKAN WAHYU DAN AKAL

UNIT 1 WAHYU

(19)

• wahyu tidak diturunkan lagi selepas wafatnya Rasulullah • wahyu mengandungi undang-undang Allah / syariat • wahyu menerangkan perkara sam’iyat / perkara ghaib 3. Perbezaan di antara wahyu dan akal:

Wahyu Akal

1. wahyu tidak boleh diubah / dipinda akal boleh berubah ubah

2. wahyu adalah kekal akal bersifat sementara.

3. wahyu menerangkan perkara

sam’iyat/perkara ghaib

akal memikirkan perkara yang zahir sahaja 4. wahyu hanya diturunkan kepada Nabi dan

Rasul

dimiliki oleh semua manusia

5. wahyu merupakan kalam Allah hasil pemikiran manusia.

6. wahyu merupakan kebenaran yang mutlak terdedah kepada salah dan silap 7. wahyu diperlukan untuk membimbing akal akal hanya untuk memahami wahyu. 8. wahyu telah terhenti penurunannya akal terus berkembang .

4. Keperluan wahyu kepada manusia ialah:

• wahyu membetulkan aqidah manusia dan membawa manusia ke jalan yang benar

• wahyu membetulkan ajaran agama atau syariat yang telah diselewengkan oleh penganut agama yang terdahulu .

• wahyu menerangkan cara-cara melaksanakan ibadat dengan betul. • wahyu mendidik akhlak manusia dengan akhlak yang mulia

• wahyu mendorong, membimbing akal membina tamadun manusia yang berlandaskan ajaran agama

• wahyu memandu manusia berfikiran rasional

5. Kesan jika undang-undang tidak bersumberkan wahyu

• keadilan tidak terjamin yang menyebabkan berlakunya kezaliman dan pergaduhan dalam masyarakat.

• menyalahi dan bercanggah dengan fitrah semulajadi manusia

• mudah berlakunya penyelewengan dan terpesong dalam perlaksanaannya

• sentiasa berlaku perubahan dalam undang-undangtersebut mengikut perubahan manusia 6. Wahyu tidak boleh di pinda kerana:

• kebenaran wahyu bersifat mutlak

• wahyu lengkap dan sempurna merangkumi semua aspek kehidupan • ajaran wahyu sesuai diamalkan pada setiap keadaan, zaman dan tempat • ajaran wahyu sesuai dengan fitrah semulajadi manusia

7. Cara bersyukur kerana dikurniakan wahyu.

• mengamalkan syariat wahyu dalam kehidupan seharian • meninggalkan segala larangan wahyu.

• mendalami dan mengkaji kebenaran wahyu 8. Cara wahyu diturunkan kepada Rasulullah SAW

• Rasulullah SAW mendengar seperti deringan loceng yang kuat • Malaikat Jibril datang menyerupai manusia dan mengajar rasulullah

(20)

9. Cara-cara untuk menjadi orang yang bertakwa

• Sentiasa taat pada AllahSWT dalam segenap urusan kehidupan seharian

• Sentiasa membanyakkan zikir dengan melaksanakan ibadat sunat seperti membaca al-Quran • Sentiasa menyempurnakan ibadat fardu seperti solat 5 waktu

• Sentiasa memahami dan mengamalkan ajaran al- Quran dalam kehidupan 10. Contoh hubungan manusia dengan Allah SWT melalui

• Ibadat solat • Ibadat Puasa • Ibadat Haji

11. Contoh hubungan manusia dengan sesama manusia • Sistem munakahat seperti nikah kahwin

• Sistem muamalat seperti jual beli • Sistem munakahat seperti perkahwinan

12. Hujah fahaman anti hadis boleh mengugat kesucian agama Islam kerana • Akan menyebabkan hilangnya rasa hormat terhadap Rasulullah SAW

• Akan menyebabkan umat Islam berpecah belah kerana perbezaan pendapat • Umat Islam tidak dapat memahami ajaran al-Quran dengan terperinci

• Penolakan hadis membawa kepada penolakan al-Quran.

• Boleh membawa kepada ajaran sesat dan penyelewengan serta merosak akidah dan murtad 13. Maksud ilmu fardu ain dan fardu kifayah

Ilmu Fardu Ain

• Ilmu yang berkaitan dengan amalan yang wajib diketahui dan diamalkan oleh umat Islam • Ilmu yang berkaitan dengan Syariah, Akidah dan Akhlak Contoh: ilmu tajwid, ilmu solat, ilmu

zakat

• Ilmu yang berkaitan dengan amalan wajib atau syarak contoh ilmu akidah dan syariah

Ilmu Fardu kifayah

• Ilmu yang wajib dipelajari oleh setiap umat Islam, tetapi jika sudah ada sebahagian daripada umat Islam mempelajari ilmu tersebut, maka orang lain terlepas daripada kewajipan tersebut contohnya ilmu perubatan, pertanian dan sebagainya

14. Empat faedah anda mempelajari ilmu fardu kifayah

• Meluaskan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang seperti kejuruteraan, kedoktoran dan sebagainya

• Memajukan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan yang berguna

• Memberi sumbangan, khidmat, idea, tenaga atau ilmu kepada kemajuan negara seperti bertugas sebagai jurutera dan sebagainya

• Meningkatkan imej diri kerana dapat menyumbangkan idea dan tenaga dalam membangunkan negara

• Memupuk sifat positif dalam diri seperti berakhlak mulia dan bantu membantu • Mendapat keberkatan Allah SWT kerana telah melaksanakan perintah Allah SWT • Mendekatkan diri serta dapat meningkatkan keimanan kepada Allah SWT

(21)

Soalan

1. Berikan pengertian akal 2. Jelaskan ciri akal.

3. Terangkan peranan akal kepada manusia

4. Berikan contoh perkara yang tidak mampu difikirkan oleh akal.

5. Jelaskan hujah yang menunjukkan bahawa penggunaan akal semata-mata tidak mampu menyelesaikan masalah manusia tanpa bimbingan wahyu.

6. Nyatakan persoalan yang tidak mampu difikirkan oleh manusia tanpa wahyu. 7. Huraikan bagaimana proses pemikiran dikawal supaya berlandaskan al-Quran. 8. Huraikan fungsi akal dalam mengenal tuhan.

9. Terangkan peranan akal dalam membentuk umat berkualiti.

10. Nyatakan fungsi akal dalam membangunkan tamadun manusia yang diredai Allah SWT

11. Mengapakah penggunaan akal semata-mata tidak dapat menjamin kebahagian hidup manusia? 12. Bagaimanakah gabungan akal, roh dan jasad dapat membentuk manusia sempurna menurut

Islam.

13. Nyatakan sebab-sebab Allah menurunkan wahyu kepada manusia, sedangkan mereka telah dianugerahkan akal.

14. Nyatakan cara mensyukuri nikmat kurniaan akal kepada manusia 15. Senaraikan tiga amalan yang boleh merosakkan akal

16. Bagaimanakah al-Quran dan al-Hadis membimbing akal.

17. Nyatakan amalan lain yang merosakkan akal selain daripada meminum arak 18. Nyatakan dua cara bersyukur dengan anugerah akal.

PELAJARAN 6 : KEDUDUKAN WAHYU DAN AKAL

UNIT 2 AKAL

(22)

Jawapan

1. Pengertian akal ialah:

• anugerah Allah SWT kepada manusia untuk berfikir .

• alat atau proses berfikir manusia yang dapat membezakan baik dan buruk 2. Ciri-ciri akal.

• Di anugerahkan oleh Allah SWT kepada manusia

• sentiasa berkembang dan berubah atau sentiasa menerima perubahan. • Akal tidak mampu memikirkan perkara-perkara ghaib.

• terdedah kepada kesilapan kerana mempunyai banyak kekurangan 3. Peranan akal kepada manusia

• akal dapat membezakan baik dan buruk sesuatu perkara

• dengan akal manusia dapat mengenal dan menyakini kewujudan Allah SWT dan RasulNya. • akal dapat memandu manusia mengamalkan perintah Allah SWT dan RasulNya

• akal meletakkan manusia di tahap yang mulia.

• akal membolehkan manusia membina tamadun berteraskan wahyu • akal membimbing manusia menjalani kehidupan yang diredai Allah SWT. • penggunaan akal yang sempurna mampu menyelesaikan masalah dengan baik. 4. Contoh perkara yang tidak mampu difikirkan oleh akal.

• perkara ghaib ( malaikat / Jin )

• perkara sam'iyat ( pahala dan dosa/ syurga dan neraka ) • hukum agama

• cara beribadah • rezeki, ajal dan jodoh • zat dan sifat Allah. • Hakikat kejadian alam

5. Hujah yang menunjukkan bahawa penggunaan akal semata-mata tidak mampu menyelesaikan

masalah manusia tanpa bimbingan wahyu adalah seperti berikut.

• kebenaran akal bersifat relatif dan berubah • akal mudah dipengaruhi oleh hawa nafsu • akal terdedah kepada kesilapan

• Akal hanya dapat memikirkan perkara nyata sahaja

6. Persoalan yang tidak mampu difikirkan oleh manusia tanpa wahyu.

• perkara-perkara samiyat dan ghaibiyat seperti syurga, neraka, dosa dan sebagainya • cara melaksanakan ibadat

• hakikat sifat dan zat Allah SWT yang sebenar.

7. Cara proses pemikiran dikawal supaya berlandaskan al-Quran ialah. • hendaklah sentiasa berfikir secara rasional

• sentiasa memelihara kewarasan akal

• berfikir perkara-perkara yang memberi faedah sahaja

(23)

8. Fungsi akal dalam mengenal Tuhan.

• memahami dan mempelajari wahyu Allah SWT

• berfikir mengenai kebesaran Allah SWT dalam kejadian alam / hakikat kejadian manusia . • berfikir tentang kesempurnaan syariat yang telah diciptakan oleh Allah SWT

9. Peranan akal dalam membentuk umat berkualiti.

• akal membolehkan manusia meneroka pelbagai bidang ilmu dan kemahiran • akal memandu manusia membina tamadun berteraskan wahyu

• akal mengangkat martabat manusia ke tahap yang mulia • akal dapat membezakan perkara baik dan buruk.

• akal dapat membimbing mengamalkan perintah Allah SWT dan meninggalkan laranganNya 10. Fungsi akal dalam membangunkan tamadun manusia yang diredai Allah SWT

• merekacipta alat yang dapat membantu manusia dalam urusan hidup seharian • memikirkan cara memelihara dan memulihara alam .

• memikirkan cara untuk mendekatkan diri dengan Allah melalui sains dan teknologi • memikirkan cara untuk melahirkan masyarakat dan negara yang aman damai.

11. Penggunaan akal semata-mata tidak dapat menjamin kebahagian hidup manusia kerana: • akal tidak dapat menjangkau perkara yang akan datang kerana kemampuan akal adalah terbatas • sebahagian urusan agama tidak dapat difikirkan dengan logik akal

• akal manusia mudah terdorong kepada hawa nafsu • kebenaran akal bersifat relatif dan tidak tetap.

12. Pengabungan akal, roh dan jasad yang dapat membentuk manusia sempurna menurut Islam: • manusia mesti mengunakan unsur-unsur tersebut secara bersepadu

• manusia mesti menuntut ilmu dan mengamalkannya

• manusia mesti memenuhi keperluan dan kehendak rohani, akal dan jasad

• manusia mesti melakukan segala suruhan Allah SWT dan meninggalkan laranganNya

13. Sebab-sebab Allah SWT menurunkan wahyu kepada manusia walaupun mereka telah

dianugerahkan akal ialah:

• kemampuan akal adalah terhad lagi terbatas dan tidak dapat memikirkan perkara ghaib seperti dosa, pahala dan sebagainya

• akal tidak seragam dalam menangani sesuatu masalah • akal sering dipengaruhi oleh nafsu.

• kebenaran akal bersifat relatif •

14. Cara mensyukuri nikmat kurniaan akal kepada manusia

• Sentiasa menjauhi perkara yang merosakkan akal seperti penggunaan dadah, arak dan lain-lain. • Sentiasa mendalami dan mengkaji kebesaran Allah SWT.

• sentiasa berfikir secara rasional.

• sentiasa menjadikan al-Quran dan al-Sunnah sebagai landasan berfikir. • Sentiasa menuntut ilmu pengetahuan yang berguna

15. Amalan yang boleh merosakkan akal • Penyalahgunaan dadah

(24)

• Menghidu gam

• Melihat dan membaca bahan lucah

16 Cara al-Quran dan al-Hadis membimbing akal.

• menjelaskan perkara-perkara ghaib yang tidak mampu difikir oleh akal. • menetapkan batasan hukum supaya diikuti oleh akal agar tidak menyeleweng. • memberi panduan untuk mengenal Allah SWT.

• membimbing akal supaya dapat berfikir dengan rasional

17 Amalan lain yang merosakkan akal selain daripada meminum arak

• penyalahgunaan dadah

• makan atau meminum sesuatu yang memabukkan, seperti ubat batuk secara berlebihan • melihat dan membaca bahan lucah

Soalan

1. Jelaskan maksud agama samawi / langit dan agama budaya serta contohnya sekali 2. Senaraikan ciri-ciri agama samawi / langit dan agama budaya

3. Nyatakan dua perbezaan antara agama Islam dengan agama budaya 4. Berikan bukti bahawa Islam adalah agama samawi

5. Apakah maksud Islam

6. Nyatakan maksud Islam sebagai Addin 7. Huraikan ciri Islam sebagai Addin 8. Jelaskan tiga keistimewaan ajaran Islam 9. Senaraikan dua implikasi meragui Islam

10. Islam menyediakan peraturan yang lengkap untuk menjamin kesejahteraan hidup manusia sejagat. Huraikan pernyataan di atas

(25)

Jawapan

1. Maksud agama samawi dan agama budaya :

Agama Samawi :

Ialah agama yang diturunkan oleh Allah SWT kepada manusia melalui perantaraan Rasul dan Nabi. Contohnya Agama Islam

Agama Budaya :

Ialah agama yang diciptakan oleh manusia sendiri hasil daripada pemikiran mereka. Contohnya fahaman-fahaman seperti komunisme dan sebagainya

2. Ciri-ciri agama samawi / langit dan agama budaya

Ciri-cir agama samawi / langit :

Mempunyai kitab suci yang datangnya daripada Allah SWT seperti al-Quran, Taurat, Zabur dan Injil

Mempunyai Nabi dan Rasul sebagai pembawa agama tersebut.

Ajarannya lengkap dan merangkumi semua aspek kehidupan manusia seperti ekonomi, politik, sosial, kerohanian dan sebagainya

Sesuai dengan fitrah semulajadi manusia

Untuk semua manusia tanpa mengira pangkat dan keturunan

Ciri-ciri agama budaya :

Ajarannya berdasarkan pemahaman pengasas ajaran itu sahaja.

Pengasas ajaran ini adalah terdiri daripada manusia biasa sahaja.

Ajarannya tidak lengkap dan hanya merangkumi bahagian tertentu sahaja seperti kerohanian semata-mata

Bertentangan dengan fitrah semulajadi manusia

Untuk golongan tertentu sahaja

Mempunyai pangkat dan kasta tertentu

3. Perbezaan antara agama Islam dengan agama budaya

Agama Islam Agama Budaya

• Diturunkan oleh Allah SWT kepada nabi dan rasul

• Hasil pemikiran seseorang

• Lengkap dan menyeluruh • Ajarannya tidak lengkap dan tidak

menyeluruh

(26)

4. Bukti bahawa Islam adalah agama samawi :

Ajaran Islam sesuai dengan fitrah semulajadi manusia.

Islam datangnya daripada Allah SWT

Agama Islam bersifat syumul, universal serta tidak terhad kepada sesuatu bangsa dan kaum tertentu.

Ajaran Islam merangkumi setiap aspek kehidupan manusia seperti, politik, ekonomi, sosial dan sebagainya.

Mempunyai kitab suci (wahyu) yang datangnya daripada Allah SWT 5. Maksud Islam :

Tunduk dan patuh serta menyerah diri dengan sepenuhnya kepada Allah SWT dengan cara mengakui kebesaran dan keagungan-Nya.

6. Maksud Islam sebagai Addin ialah :

Islam adalah agama yang mengatur cara hidup yang lengkap dan sempurna. Cara hidup Islam merangkumi akidah, syariat, ibadat dan akhlak. ( Islam adalah satu cara hidup ) / Islam ialah satu cara hidup yang lengkap dan meliputi setiap aspek kehidupan manusia samada di dunia maupun di akhirat

7. Ciri-ciri Islam sebagai ad-Din ialah:

• ajarannya Syumuliyyah iaitu lengkap dan sempurna meliputi semua aspek kehidupan seperti bidang ekonomi, polotik, perundangan,sosial dan sebagainya.

• ajarannya bersifat Alamiyyah iaitu sesuai dengan semua tempat, waktu dan zaman. • ajarannya merangkumi keperluan hidup dunia dan akhirat

• Ajarannya bersifat Waqiiyyah iaitu sesuai dengan fitrah semulajadi manusia .

8. Ciri Keistimewaan / keunggulan Islam

• Wahyu terakhir, lengkap dan terpelihara hingga ke hari kiamat • Bersifat Rabaniyyah iaitu datangnya daripada Allah SWT

• Bersifat syumuliyyah iaitu lengkap dan merangkumi segenap aspek kehidupan manusia di dunia dan akhirat

• Menekankan hubungan sejagat antara manusia dengan Allah SWT dan hubungan antara manusia dengan manusia

• Bersifat waqiiyyah iaitu sesuai dengan fitrah semulajadi manusia 9. Implikasi meragui Islam

• Dijanjikan azab yang pedih

• Setiap amalan kebajikan yang dilakukan menjadi sia-sia. • Akidah akan terpesong dan terkeluar daripada Islam

10. Huraian terhadap pernyataan bahawa Islam menyediakan peraturan yang lengkap untuk

menjamin kesejahteraan hidup manusia sejagat ialah

• ajarannya sesuai pada setiap waktu dan tempat .

• Islam merangkumi semua aspek kehidupan dunia dan akhirat.

• Islam mewajibkan prinsip-prinsip keadilan sejagat dilaksanakan dalam kehidupan seharian. • Islam meletakkan manusia dalam taraf yang sama disudut hukum dan undang-undang

(27)

Soalan

1. Berikan maksud al-Quran

2. Huraikan Kesempurnaan kitab Al-Quran

3. Jelaskan hikmat al-Quran diturun secara beringkat-peringkat

4. Nyatakan keistimewaan al-Quran berbanding dengan kitab-kitab sebelumnya. 5. Terangkan tiga bidang ilmu yang terdapat dalam al-Quran

6. Nyatakan dua hujah yang membuktikan al-Quran sebuah kitab yang lengkap 7. Huraikan keistimewaan kitab al-Quran

8. Berikan perbezaan antara al-Quran dengan hadis 9. Jelaskan cara anda kembali kepada al-Quran

10. Nyatakan bentuk-bentuk pemikiran yang menyalahi al-Quran / syarak 11. Huraikan pemikiran yang menepati al-Quran / syarak

Jawapan

1. Maksud al-Quran ialah :

Al-Quran ialah kalam Allah SWT yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui Malaikat Jibril untuk disampaikan dan diamalkan oleh manusia. Al-Quran bermukjizat, lafaznya dalam bahasa arab dan maknanya daripada Allah SWT yang termaktub dalam mushaf, dipindahkan secara mutawatir. Al-Quran bermula daripada surah al-Fatihah dan berakhir dengan surah an-Nas. Membacanya adalah ibadat.

2. Kesempurnaan kitab Al-Quran :

Kandungannya merangkumi pelbagai peraturan hidup, akhlak dan ilmu pengetahuan.

Kesucian dan kebenarannya tidak dapat ditandingi oleh manusia dan jin.

Kandungan al-Quran kekal dan sesuai sehingga ke hari akhirat.

Isi kandungannya tidak bercanggah antara satu sama lain.

(28)

3. Hikmat al-Quran diturunkan secara berperingkat / beransur-ansur

• Memberi panduan serta merubah gaya hidup zaman Jahiliah kepada hidup berasaskan keimanan.

• Untuk menjawab pertanyaan-pertanyaan yang dikemukakan oleh sahabat • Memberi ketenteraman dan keteguhan jiwa kepada Rasulullah SAW • Memudahkan para sahabat menghafal ayat yang diturunkan

4. Keistimewaan al-Quran berbanding dengan kitab-kitab sebelumnya. • kandungan al-Quran sesuai untuk semua bangsa, tempat dan zaman • al-Quran kekal dan terpelihara

• keindahan bahasa al-Quran tidak dapat ditandingi

• dapat membimbing manusia mencapai kebahagian dunia dan akhirat. • membacanya mendapat pahala sepuluh ganjaran bagi setiap huruf. • keluasan

• ilmu al-Quran merangkumi semua bidang. 5. Ilmu yang terdapat dalam al-Quran

• ilmu Sains • ilmu Ekonomi • ilmu Falak • ilmu Akidah

6. Dua hujah yang membuktikan al-Quran sebuah kitab yang lengkap • Bersifat Rabaniyyah iaitu datangnya daripada Allah SWT

• Bersifat waqiiyyah iaitu sesuai dengan fitrah semulajadi manusia kerana mengandungi semua peraturan hidup manusia

• Bersifat syumuliyyah iaitu lengkap dan merangkumi pelbagai ilmu samada ilmu dunia dan akhirat

• Bahasanya indah serta tidak dapat ditandingi oleh mana-mana manusia dan jin

• Bersifat mutlak iaitu kandungannya kekal dan tidak berubah-ubah hingga ke hari kiamat • Bersifat alamiyyah iaitu isi kandungannya sesuai sepanjang zaman

7. Keistimewaan al-Quran

• Kandungan al-Quran sesuai untuk semua bangsa, tempat dan zaman. • al-Quran kekal dan terpelihara.

• Keindahan bahasa al-Quran tidak dapat ditandingi

• Membacanya mendapat pahala sepuluh ganjaran bagi setiap huruf 8. Perbezaan antara al-Quran dengan hadis

Al-Quran Al-Hadis

• Lafaz dan makna al-Quran datangnya

daripada Allah SWT

Lafaznya manakala maknanya daripada Allah SWT daripada Rasulullah SAW

• Membacanya akan mendapat pahala • Membaca hadis tidak mendapat pahala

• Orang yang berhadas tidak boleh menyentuh al-Quran

• Hadis boleh di sentuh walaupun dalam keadaan berhadas besar

(29)

9. Cara kembali kepada al-Quran :

• Menyelesaikan segala masalah yang berlaku dengan berpandukan kepada ajaran al-Quran • Mengkaji dan mempelajari ilmu-ilmu yang terdapat di dalam al-Quran

• Menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup seharian

• Mengamalkan segala ajaran al-Quran dalam kehidupan seharian • Mengkaji kebenaran al-Quran

10. Bentuk-bentuk pemikiran yang menyalahi al-Quran / syarak :

Memikirkan cara untuk merosakkan manusia lain, harta benda atau alam ini

Mencipta alatan yang boleh memusnah dan merosakkan manusia dan alam

Berfikir untuk kepentingan diri sendiri

Berfikiran negetif terhadap nikmat Allah SWT 11. Pemikiran yang menepati al-Quran / syarak :

Pemikiran yang menjurus kepada mencari kebenaran. Umpamanya berfikir tentang kebesaran Allah SWT

Berfikir untuk memaju dan memakmurkan alam.

Berfikir untuk mencipta peralatan baru yang boleh memberi faedah kepada manusia sejagat

Berfikir perkara-perkara yang positif dan mengelakkan daripada fikiran negetif seperti berkhayal

Berfikir untuk memajukan diri, keluarga, agama dan bangsa

Berfikir secara rasional.

Soalan

1. Apakah yang dimaksudkan dengan Hadis 2. Jelaskan kepentingan / peranan hadis

3. Hadis terbahagi kepada hadis sahih dan hadis dhaif. Berikan maksud kedua-dua hadis tersebut. 4. Senaraikan ciri-ciri hadis sahih dan hadis dhaif

5. Nyatakan perbezaan antara hadis sahih dengan hadis dhaif. 6. Apakah yang dimaksudkan dengan fahaman anti hadis

7. Mengapakah fahaman anti hadis bertentagan dengan ajaran Islam 8. Jelaskan kesan / keburukan fahaman anti hadis kepada umat Islam

(30)

Jawapan

1. Maksud Hadis :

Hadis bermaksud sesuatu yang diterima daripada Rasulullah SAW sama ada berupa perkataan, perbuatan atau pengakuan baginda.

2. Kepentingan / peranan hadis :

Menguatkan hukum-hukum yang terdapat nasnya dalam al-Quran.

Menghuraikan nas-nas al-Quran yang mujmal ( ringkas)

Mentaksihkan (menentukan ) maksud nas yang umum

Membataskan hukum nas yang mutlak (tidak terbatas)

Menerangkan hukum yang tidak dinyatakan dalam al-Quran 3. Maksud hadis sahih dan hadis dhaif

Hadis Sahih :

Hadis yang mempunyai periwayatnya yang bersambung terus dengan Rasulullah SAW. Periwayatnya seorang yang memenuhi syarat-syarat periwayat hadis, iaitu seorang yang adil, seorang yang kuat ingatannya., seorang yang boleh dipercayai, seorang yang tidak melakukan sebarang dosa

Hadis dhaif

Hadis yang tidak memenuhi syarat-syarat hadis Sahih dan hadis Hasan. Contohnya Periwayat hadis yang tidak disebutkan sebagai periwayat dalam sesetengah hadis, periwayatnya tidak menepati syarat periwayat hadis sahih seperti pendusta, pelupa dan sebagainya

4. Ciri-ciri hadis sahih dan hadis dhaif

Ciri Hadis Sahih

Hadis diriwayatkan oleh perawi yang boleh dipercayai. ( Thiqah )

Perawi hadis tersebut adalah seorang yang adil.

Perawi hadis tersebut adalah seorang perawi yang kuat ingatannya. ( Dhabit )

Hadis tersebut bersih daripada sebarang kecacatan.

Ciri Hadis Dhaif

Gugur seorang atau beberapa orang periwayat dalam hadis tersebut.

Nama periwayat hadis tersebut tidak di sebut dengan jelas atau tergugur.

Hadis yang diriwayatkan itu bertentangan dengan hadis lain yang menceritakan perkara yang sama.

(31)

5. Perbezaan antara hadis sahih dengan hadis dhaif.

Hadis Sahih Hadis Dhaif

• Dijadikan hujah dalam sesuatu hukum • Hujah daripada hadis dhaif tidak boleh diterima pakai. • Mengingkari hukum hadis sahih adalah

berdosa • Meningkari hadis dhaif tidak berdosa

6. Maksud fahaman anti hadis ialah :

Fahaman yang menolak hadis sebagai sumber perundangan Islam 7. Sebab fahaman anti hadis bertentagan dengan ajaran Islam :

Menghilangkan rasa hormat kepada nabi yang menjadi utusan Alllah SWT

Dianggap menolak al-Quran kerana al-Quran juga diturunkan melalui nabi yang sama.

Umat Islam akan berpecah belah

Ajaran al-Quran tidak dapat difahami dengan jelas kerana al-Quran memerlukan penjelasan daripada hadis.

8. Kesan / keburukan fahaman anti hadis kepada umat Islam

Hilangnya rasa hormat kepada Rasulullah sebagai seorang utusan Allah SWT SAW

Berlakunya perpecahan keatas umat Islam.

Ajaran Islam tidak dapat difahami dengan sempurna kerana terdapat hukum yang tidak dinyatakan dengan jelas dalam al-Quran dan memerlukan hadis untuk memahaminya.

Umat Islam akan mundur dan ketinggalan dalam semua bidang.

Soalan

1. Apakah yang dimaksudkan dengan fahaman mulhid.

2. Apakah yang dimaksudkan dengan sekularisme,materialisme, sosialisme, kapitalisme nasionalisme, liberalisme dan komunisme.

3. Nyatakan keburukan fahaman kapitalisme 4. Nyatakan keburukan fahaman liberalisme. 5. Nyatakan keburukan sekularisme. 6. Nyatakan keburukan materialisme.

PELAJARAN 9 : PENGARUH YANG MEROSAKKAN

PEMIKIRAN MUSLIM

(32)

7. Nyatakan keburukan Atheisme.

8. Jelaskan ciri-ciri golongan yang berfahaman mulhid ( atheis / kapitalisme / sosialisme / nasionalisme / liberalisme / materialisme / sekularisme dan komunisme )

9. Jelaskan mengapa sebahagian masyarakat terpengaruh dengan fahaman mulhid 10. Bagaimana fahaman tersebut ( mulhid ) mempengaruhi pemikiran umat Islam 11. Bagaimanakah cara membasmi fahaman tersebut dalam masyarakat. 12. Apakah bahaya fahaman falsafah mulhid kepada umat Islam.

13. Nyatakan aktiviti-aktiviti masyarakat Islam yang jelas telah dipengaruhi oleh fahaman falsafah mulhid. 14. Nyatakan contoh-contoh fahaman materialistik yang berlaku dalam masyarakat.

15. Media massa meninggalkan kesan positif dan negatif terhadap pemikiran dan perlakuan masyarakat. Huraikan pernyataan di atas dengan memberi contoh-contoh yang sesuai.

16. Aktiviti kebudayaan yang bertentangan dengan prinsip Islam banyak berlaku di kalangan remaja Islam masa kini. Terangkan langkah-langkah untuk mengelakkan aktiviti tersebut dari terus berlaku.

17. Sekolah anda akan mengadakan malam kebudayaan Islam. Sarankan aktiviti yang dapat mengisi program pada malam tersebut.

18. Bagaimanakah cara penjajahan pemikiran dijalankan ke atas umat Islam. 19. Nyatakan kesan-kesan negatif akibat penjajahan pemikiran.

20. Nyatakan tiga ciri pengaruh asing yang merosakkan pemikiran umat Islam 21. Berikan pengertian ajaran sesat

22. Senaraikan ciri-ciri ajaran sesat

23. Dua cara mengelakkan diri daripada terlibat dengan ajaran sesat 24. Huraikan dua kesan buruk ajaran sesat terhadap umat Islam

25. Terangkan dua cara media massa mempengaruhi pemikiran umat Islam dengan budaya kuning 26. Jelaskan dua tindakan yang anda perlu lakukan untuk menangani ancaman budaya kuning 27. Terangkan bentuk-bentuk ancaman budaya asing

(33)

Jawapan

1. Maksudkan fahaman mulhid ialah.

• Fahaman, ajaran dan kepercayaan yang bercanggah dengan ajaran Islam dan membawa kepada kesesatan dengan menganggap Tuhan itu tiada / tidak mempercayai tuhan

2. Maksud sekularisme,materialisme, sosialisme, kapitalisme nasionalisme, liberalisme dan

komunisme adalah seperti berikut.

Sekularisme: Satu kepercayaan / kefahaman yang menganggap urusan keagamaan atau ketuhanan

terpisah dengan urusan kehidupan dan bernegara.

Materialisme: Fahaman kebendaan, menilai kehidupan dunia berasaskan kebendaan atau harta /

harta sebagai matlamat hidup.

Sosialisme : Teori atau sistem sosial yang menganjurkan supaya sumber kekayaan dijadikan milik

negara / dinikmati sama rata.

Kapitalisme :Fahaman yang memberikan kebebasan mutlak kepada individu, khususnya dalam pemilikan harta

Nasionalisme:Fahaman ta’asub atau fanatik kepada bangsa walaupun dalam perkara yang

salah.

Liberalisme: Fahaman yang mahukan kebebasan mutlak individu dalam melahirkan pendapat dan

bertindak mengikut cara dan pilihannya sendiri

Komunisme : Fahaman yang meletakkan semua harta dimiliknegarakan dan rakyat adalah samarata,

fahaman ini juga tidak mempercayai adanya Tuhan 3. Keburukan fahaman kapitalisme

melebarkan jurang perbezaan taraf hidup golongan kaya dan miskin

monopoli, manipulasi dan riba dibenarkan untuk mendapat keuntungan yang besar.

berlaku penindasan, kezaliman dan pergaduhan.

wujud sifat tamak dan mementingkan diri sendiri. 4. Keburukan fahaman liberalisme.

membenarkan berlaku penindasan dalam mengumpulkan kekayaan

berlakunya persaingan yang tidak sihat dalam bidang ekonomi

mementingkan diri sendiri.

(34)

5. Keburukan sekularisme.

mementingkan diri sendiri

perundangan Islam tidak dapat ditegakkan

manusia tidak dapat membezakan yang hak dan batil.

memisahkan secara mutlak antara kajian ilmu daripada pengaruh agama.

memisahkan urusan pemerintahan dengan agama 6. Keburukan Materialisme.

wujud sifat suka mementingkan diri sendiri dan tamak.

lalai dalam mengerjakan perintah Allah SWT.

kufur dengan nikmat Allah SWT.

merenggangkan hubungan kemasyarakatan dengan itu akan mewujudkan jurang perbezaan antara golongan kaya dan miskin.

7. Keburukan Atheisme.

Menyebabkan seseorang itu tiada pegangan hidup serta tidak percaya kepada Tuhan

Menyebabkan seseorang itu tiada matlamat hidup dan hala tuju kehidupan tidak jelas

Menyebabkan seseorang itu bebas melakukan kemungkaran dan kemaksiatan tanpa takut kepada dosa dan azab Allah SWT.

Menyebabkan seseorang itu tidak percaya kepada dosa dan pahala.

8. Ciri-ciri golongan yang berfahaman mulhid ( atheis / kapitalisme / sosialisme / nasionalisme /

liberalisme / materialisme / sekularisme dan komunisme )

Menafikan kewujudan Allah SWT sebagai pencipta dan pemilik alam ini

menentang hukum agama sebagai pengatur kehidupan manusia

bebas dari kawalan hukum agama

mempercayai segala yang berlaku terjadi dengan sendiri.

Menafikan kewujudan dosa, pahala, syurga dan neraka

Bertuhankan nafsu, kebendaan, keduniaan semata - mata

9. Sebahagian masyarakat terpengaruh dengan fahaman mulhid kerana:

lemahnya keimanan kepada Allah SWT menyebabkan mereka tidak takut kepada ancaman daripada Allah SWT

kurang didikan agama menyebabkan mereka tidak mengetahui keburukan perbuatan tersebut

mementingkan diri sendiri, kebendaan dan nafsu menyebakan mereka sanggup melakukan apa saja demi memuaskan nafsu mereka

Terpengaruh dengan persekitaran dan rakan sebaya yang mengamalkan fahaman mulhid dalam kehidupan mereka, walaupun berakhlak buruk

(35)

10. Cara fahaman tersebut ( mulhid ) mempengaruhi pemikiran umat Islam:

melalui media massa dengan mengagungkan cara hidup yang bertentangan dengan Islam

menimbulkan keraguan kepada umat Islam tentang kebaikan syariat Islam

melalaikan umat Islam dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti hiburan yang keterlaluan

Mengagungkan kebendaan dan status seseorang berdasarkan harta yang dimilikinya. 11. Cara membasmi fahaman tersebut dalam masyarakat.

mengamalkan cara hidup Islam secara menyeluruh dalam kehidupan seharian

kembali kepada ajaran Islam yang sebenar

memperkukuhkan dan memantapkan akidah Islam dalam diri umat Islam

memberikan didikan agama yang sempurna kepada anak-anak sejak dari kecil

mendalami ilmu agama dengan sentiasa mendengar ceramah

mengawal fahaman-fahaman tersebut daripada tersebar dengan menapis berita-berita dalam media massa.

12. Bahaya fahaman falsafah mulhid kepada umat Islam ialah :

menyebabkan berlaku pemisahan agama dengan urusan dunia

berlaku kerosakan aqidah umat Islam

hilang keperibadian dan akhlak sebagai seorang muslim

menyebabkan manusia lupa kepada Allah SWT dalam urusan seharian

menyebabkan manusia berani bertindak mengikut kehendak nafsu tanpa berpandukan kepada ajaran agama

13. Aktiviti-aktiviti masyarakat Islam yang jelas telah dipengaruhi oleh fahaman falsafah mulhid.

program amal kebajikan dan sosial yang bercampur aduk dengan maksiat

pertandingan ratu cantik, muzik dan nyayian yang keterlaluan

bermuamalah dengan sistem riba dalam urusan perniagaan

persembahan muzik dan nyanyian yang bertentangan dengan Islam 14. Contoh fahaman materialistik yang berlaku dalam masyarakat.

mementingkan perniagaan sehingga meninggalkan solat fardu

enggan melakukan kebajikan tanpa ganjaran dan upah

(36)

15. Kesan positif dan negatif media massa terhadap pemikiran dan perlakuan masyarakat:

Positif Negatif

• Memberi maklumat dan berita yang

berfaedah • memberikan maklumat yang palsu / fitnah

• Memanfaatkan masa dengan sesuatu yang berfaedah

• melalaikan manusia dari mengingati Allah SWT.

• Fahaman yang benar dapat disebarkan secara meluas dan berkesan.

• fahaman-fahaman yang bercanggah

dengan Islam tidak dapat dikawal .

16. Langkah-langkah untuk mengelakkan aktiviti kebudayaan yang bertentangan dengan prinsip

Islam daripada terus berlaku di kalangan remaja Islam:

mengadakan program kesedaran kepada ibubapa dan remaja

menguatkuasakan undang-undang mengenai kebudayaan yang bertentangan dengan Islam

mengawal penyebaran dan penjualan bahan-bahan hiburan yang keterlaluan

menyediakan aktiviti berfaedah untuk remaja seperti perkhemahan ibadat.

Menyediakan aktiviti kebudayaan Islam sebagai satu alternatif 17. Aktiviti yang dapat mengisi program malam kebudayaan Islam ialah:

Pertunjukan fesyen berasaskan Islam

Persembahan nasyid yang memuji Allah SWT

Pertunjukan sajak, pentomen, pementasan dan lain-lain yang bercirikan Islam.

Pementasan drama berunsur Islam.

18. Cara penjajahan pemikiran dijalankan ke atas umat Islam.

mempengaruhi pemikiran umat Islam sehingga mengagungkan kebendaan dan hawa nafsu

menggalakkan kebudayaan jahiliyah melalui aktiviti sosial dan kebudayaan

menyediakan peluang pemilikkan harta dengan cara yang tidak sah

melalui imperialisme dan kolonialisme dari aspek politik.

melalui media massa dengan menerbitkan buku-buku, berita dan filem yang melalaikan dan memesongkan akidah.

19. Kesan-kesan negatif akibat penjajahan pemikiran.

menyebabkan umat Islam tidak mengamalkan Islam secara menyeluruh.

berlaku keruntuhan moral dalam kalangan remaja

hilang semangat jihad untuk mempertahankan ajaran Islam

Umat Islam hilang identiti dan jati diri sebagai umat Islam

(37)

20. Ciri pengaruh asing yang merosakkan pemikiran umat Islam.

Memberi kebebasan kepada manusia bertindak tanpa batas dan ikut nafsu contohnya fahaman Liberalisma

Menolak ayat-ayat al-Quran pendapat Ulamak dan hukum-hukum yang terdapat dalam al-quran

Menggalakkan manusia mencari harta kekayaan tanpa batasan atau melakukan kezaliman contohnya fahaman Kapitalisme

Menafikan kekuasaan Allah SWT sebagai pencipta contohnya fahaman Atheis

Memuja manusia secara berlebihan contohnya ajaran sesat

Berfahaman sempit berdasarkan bangsa, darjat, kaum, negeri, warna kulit

pengasingan agama dari kehidupan contohnya fahaman sekularisma

menolak hadis sebagai sumber hukum seperti fahaman anti hadis.

Mementingkan kebendaaan dan keduniaan contohnya fahaman Materialisma

21. Pengertian ajaran sesat :

Ajaran Sesat ialah sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang-orang Islam atau orang bukan Islam yang bertentangan dengan ajaran Islam yang berdasarkan kepada Quran dan al-Hadis

22. Ciri-ciri ajaran sesat :

Kepercayaan kepada rukun Iman dan asas akidah yang tidak selaras dengan al-Quran dan Hadis.

Mempertikaikan kebenaran al-Quran dan Hadis Nabi sebagai sumber hukum

Ketua kumpulan ajaran yang diamalkan mendakwa bahawa dia adalah nabi Isa, Imam Mahadi atau lain-lain istilah yang serupa.

Mendewa-dewakan ketua ajaran tersebut secara berlebih-lebihan.

Menghuraikan al-Quran dan Hadis sesuka hati mereka.

Membawa ajaran bahawa penyatuan semua agama di dunia sebagai agama yang mesti diikuti.

Mengubah suai ibadat dalam ajaran Islam seperti solat hanya memadai dengan niat sahaja dan sebagainya.

Mengadakan hukum baru yang bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenarnya

23. Cara mengelakkan diri daripada terlibat dengan ajaran sesat

Mendapatkan didikan agama yang sempurna / kempen / ceramah / kem ibadat

mendalami / menghayati ajaran Islam sepenuhnya / amal soleh

Mengenalpasti kumpulan ajaran tersebut / tidak terpengaruh

memantapkan iman dan takwa

mendampingi alim ulamak

memulau / menyisih kumpulan ajaran sesat

Melapurkan kepada pihak berkuasa

Referensi

Dokumen terkait

Penelitian ini merupakan penelitian kualitatif dengan menggunakan pen-dekatan studi kasus karena tujuan penelitian ini adalah untuk memahami materi kampanye sebagai identitas

Tujuan penelitian ini adalah untuk mengetahui bukti empiris pengaruh atau hubungan antara variabel independen terhadap variabel dependen yaitu pengaruh biaya produksi

Dari rangkaian ayat 238-242 surat al-Baqarah di atas dapat disimpulkan bahwa untuk mencapai pemahaman, manusia harus melalui proses, dengan mendayagunakan akalnya,

Berdasarkan baku mutu air kelas I dan II, kadar DO di Situ Gintung telah melampaui ambang batas air minum >6 mg/L, sehingga tidak cocok digunakan sebagai air baku minum,

Jenis sedimen pasir dan pasir lanauan banyak terdapat pada stasiun pengambilan sampel yang terletak di sekitar muara sungai sedangkan pada stasiun- stasiun pengambilan sampel

proses produksi dalam perindustrian juga dalam pembuatan sistem kerja yang efektif dan efisien, teknik mesin berperan dalam proses kerja mesin

Nilai-nilai humanisme di SMP Alternatif Qaryah Thayyibah dapat di lihat dalam bentuk bagaimana seorang pendidik disana memperlakukan siswa bukan hanya sebagai obyek didik

Hasil pengujian blank dengan sambungan las titik dengan ketebalan plat 0,7 mm dengan 1,5 mm (plat A + plat B) dari pengamatan secara visual spesimen tidak mengalami gagal pada