• Tidak ada hasil yang ditemukan

7. Nyatakan keburukan Atheisme.

8. Jelaskan ciri-ciri golongan yang berfahaman mulhid ( atheis / kapitalisme / sosialisme / nasionalisme / liberalisme / materialisme / sekularisme dan komunisme )

9. Jelaskan mengapa sebahagian masyarakat terpengaruh dengan fahaman mulhid 10. Bagaimana fahaman tersebut ( mulhid ) mempengaruhi pemikiran umat Islam 11. Bagaimanakah cara membasmi fahaman tersebut dalam masyarakat. 12. Apakah bahaya fahaman falsafah mulhid kepada umat Islam.

13. Nyatakan aktiviti-aktiviti masyarakat Islam yang jelas telah dipengaruhi oleh fahaman falsafah mulhid. 14. Nyatakan contoh-contoh fahaman materialistik yang berlaku dalam masyarakat.

15. Media massa meninggalkan kesan positif dan negatif terhadap pemikiran dan perlakuan masyarakat. Huraikan pernyataan di atas dengan memberi contoh-contoh yang sesuai.

16. Aktiviti kebudayaan yang bertentangan dengan prinsip Islam banyak berlaku di kalangan remaja Islam masa kini. Terangkan langkah-langkah untuk mengelakkan aktiviti tersebut dari terus berlaku.

17. Sekolah anda akan mengadakan malam kebudayaan Islam. Sarankan aktiviti yang dapat mengisi program pada malam tersebut.

18. Bagaimanakah cara penjajahan pemikiran dijalankan ke atas umat Islam. 19. Nyatakan kesan-kesan negatif akibat penjajahan pemikiran.

20. Nyatakan tiga ciri pengaruh asing yang merosakkan pemikiran umat Islam 21. Berikan pengertian ajaran sesat

22. Senaraikan ciri-ciri ajaran sesat

23. Dua cara mengelakkan diri daripada terlibat dengan ajaran sesat 24. Huraikan dua kesan buruk ajaran sesat terhadap umat Islam

25. Terangkan dua cara media massa mempengaruhi pemikiran umat Islam dengan budaya kuning 26. Jelaskan dua tindakan yang anda perlu lakukan untuk menangani ancaman budaya kuning 27. Terangkan bentuk-bentuk ancaman budaya asing

Jawapan

1. Maksudkan fahaman mulhid ialah.

• Fahaman, ajaran dan kepercayaan yang bercanggah dengan ajaran Islam dan membawa kepada kesesatan dengan menganggap Tuhan itu tiada / tidak mempercayai tuhan

2. Maksud sekularisme,materialisme, sosialisme, kapitalisme nasionalisme, liberalisme dan

komunisme adalah seperti berikut.

Sekularisme: Satu kepercayaan / kefahaman yang menganggap urusan keagamaan atau ketuhanan

terpisah dengan urusan kehidupan dan bernegara.

Materialisme: Fahaman kebendaan, menilai kehidupan dunia berasaskan kebendaan atau harta /

harta sebagai matlamat hidup.

Sosialisme : Teori atau sistem sosial yang menganjurkan supaya sumber kekayaan dijadikan milik

negara / dinikmati sama rata.

Kapitalisme :Fahaman yang memberikan kebebasan mutlak kepada individu, khususnya dalam pemilikan harta

Nasionalisme:Fahaman ta’asub atau fanatik kepada bangsa walaupun dalam perkara yang

salah.

Liberalisme: Fahaman yang mahukan kebebasan mutlak individu dalam melahirkan pendapat dan

bertindak mengikut cara dan pilihannya sendiri

Komunisme : Fahaman yang meletakkan semua harta dimiliknegarakan dan rakyat adalah samarata,

fahaman ini juga tidak mempercayai adanya Tuhan 3. Keburukan fahaman kapitalisme

melebarkan jurang perbezaan taraf hidup golongan kaya dan miskin

monopoli, manipulasi dan riba dibenarkan untuk mendapat keuntungan yang besar.

berlaku penindasan, kezaliman dan pergaduhan.

wujud sifat tamak dan mementingkan diri sendiri. 4. Keburukan fahaman liberalisme.

membenarkan berlaku penindasan dalam mengumpulkan kekayaan

berlakunya persaingan yang tidak sihat dalam bidang ekonomi

mementingkan diri sendiri.

5. Keburukan sekularisme.

mementingkan diri sendiri

perundangan Islam tidak dapat ditegakkan

manusia tidak dapat membezakan yang hak dan batil.

memisahkan secara mutlak antara kajian ilmu daripada pengaruh agama.

memisahkan urusan pemerintahan dengan agama 6. Keburukan Materialisme.

wujud sifat suka mementingkan diri sendiri dan tamak.

lalai dalam mengerjakan perintah Allah SWT.

kufur dengan nikmat Allah SWT.

merenggangkan hubungan kemasyarakatan dengan itu akan mewujudkan jurang perbezaan antara golongan kaya dan miskin.

7. Keburukan Atheisme.

Menyebabkan seseorang itu tiada pegangan hidup serta tidak percaya kepada Tuhan

Menyebabkan seseorang itu tiada matlamat hidup dan hala tuju kehidupan tidak jelas

Menyebabkan seseorang itu bebas melakukan kemungkaran dan kemaksiatan tanpa takut kepada dosa dan azab Allah SWT.

Menyebabkan seseorang itu tidak percaya kepada dosa dan pahala.

8. Ciri-ciri golongan yang berfahaman mulhid ( atheis / kapitalisme / sosialisme / nasionalisme /

liberalisme / materialisme / sekularisme dan komunisme )

Menafikan kewujudan Allah SWT sebagai pencipta dan pemilik alam ini

menentang hukum agama sebagai pengatur kehidupan manusia

bebas dari kawalan hukum agama

mempercayai segala yang berlaku terjadi dengan sendiri.

Menafikan kewujudan dosa, pahala, syurga dan neraka

Bertuhankan nafsu, kebendaan, keduniaan semata - mata

9. Sebahagian masyarakat terpengaruh dengan fahaman mulhid kerana:

lemahnya keimanan kepada Allah SWT menyebabkan mereka tidak takut kepada ancaman daripada Allah SWT

kurang didikan agama menyebabkan mereka tidak mengetahui keburukan perbuatan tersebut

mementingkan diri sendiri, kebendaan dan nafsu menyebakan mereka sanggup melakukan apa saja demi memuaskan nafsu mereka

Terpengaruh dengan persekitaran dan rakan sebaya yang mengamalkan fahaman mulhid dalam kehidupan mereka, walaupun berakhlak buruk

10. Cara fahaman tersebut ( mulhid ) mempengaruhi pemikiran umat Islam:

melalui media massa dengan mengagungkan cara hidup yang bertentangan dengan Islam

menimbulkan keraguan kepada umat Islam tentang kebaikan syariat Islam

melalaikan umat Islam dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti hiburan yang keterlaluan

Mengagungkan kebendaan dan status seseorang berdasarkan harta yang dimilikinya. 11. Cara membasmi fahaman tersebut dalam masyarakat.

mengamalkan cara hidup Islam secara menyeluruh dalam kehidupan seharian

kembali kepada ajaran Islam yang sebenar

memperkukuhkan dan memantapkan akidah Islam dalam diri umat Islam

memberikan didikan agama yang sempurna kepada anak-anak sejak dari kecil

mendalami ilmu agama dengan sentiasa mendengar ceramah

mengawal fahaman-fahaman tersebut daripada tersebar dengan menapis berita-berita dalam media massa.

12. Bahaya fahaman falsafah mulhid kepada umat Islam ialah :

menyebabkan berlaku pemisahan agama dengan urusan dunia

berlaku kerosakan aqidah umat Islam

hilang keperibadian dan akhlak sebagai seorang muslim

menyebabkan manusia lupa kepada Allah SWT dalam urusan seharian

menyebabkan manusia berani bertindak mengikut kehendak nafsu tanpa berpandukan kepada ajaran agama

13. Aktiviti-aktiviti masyarakat Islam yang jelas telah dipengaruhi oleh fahaman falsafah mulhid.

program amal kebajikan dan sosial yang bercampur aduk dengan maksiat

pertandingan ratu cantik, muzik dan nyayian yang keterlaluan

bermuamalah dengan sistem riba dalam urusan perniagaan

persembahan muzik dan nyanyian yang bertentangan dengan Islam 14. Contoh fahaman materialistik yang berlaku dalam masyarakat.

mementingkan perniagaan sehingga meninggalkan solat fardu

enggan melakukan kebajikan tanpa ganjaran dan upah

15. Kesan positif dan negatif media massa terhadap pemikiran dan perlakuan masyarakat:

Positif Negatif

• Memberi maklumat dan berita yang

berfaedah • memberikan maklumat yang palsu / fitnah

• Memanfaatkan masa dengan sesuatu yang berfaedah

• melalaikan manusia dari mengingati Allah SWT.

• Fahaman yang benar dapat disebarkan secara meluas dan berkesan.

• fahaman-fahaman yang bercanggah

dengan Islam tidak dapat dikawal .

16. Langkah-langkah untuk mengelakkan aktiviti kebudayaan yang bertentangan dengan prinsip

Islam daripada terus berlaku di kalangan remaja Islam:

mengadakan program kesedaran kepada ibubapa dan remaja

menguatkuasakan undang-undang mengenai kebudayaan yang bertentangan dengan Islam

mengawal penyebaran dan penjualan bahan-bahan hiburan yang keterlaluan

menyediakan aktiviti berfaedah untuk remaja seperti perkhemahan ibadat.

Menyediakan aktiviti kebudayaan Islam sebagai satu alternatif 17. Aktiviti yang dapat mengisi program malam kebudayaan Islam ialah:

Pertunjukan fesyen berasaskan Islam

Persembahan nasyid yang memuji Allah SWT

Pertunjukan sajak, pentomen, pementasan dan lain-lain yang bercirikan Islam.

Pementasan drama berunsur Islam.

18. Cara penjajahan pemikiran dijalankan ke atas umat Islam.

mempengaruhi pemikiran umat Islam sehingga mengagungkan kebendaan dan hawa nafsu

menggalakkan kebudayaan jahiliyah melalui aktiviti sosial dan kebudayaan

menyediakan peluang pemilikkan harta dengan cara yang tidak sah

melalui imperialisme dan kolonialisme dari aspek politik.

melalui media massa dengan menerbitkan buku-buku, berita dan filem yang melalaikan dan memesongkan akidah.

19. Kesan-kesan negatif akibat penjajahan pemikiran.

menyebabkan umat Islam tidak mengamalkan Islam secara menyeluruh.

berlaku keruntuhan moral dalam kalangan remaja

hilang semangat jihad untuk mempertahankan ajaran Islam

Umat Islam hilang identiti dan jati diri sebagai umat Islam

20. Ciri pengaruh asing yang merosakkan pemikiran umat Islam.

Memberi kebebasan kepada manusia bertindak tanpa batas dan ikut nafsu contohnya fahaman Liberalisma

Menolak ayat-ayat al-Quran pendapat Ulamak dan hukum-hukum yang terdapat dalam al-quran

Menggalakkan manusia mencari harta kekayaan tanpa batasan atau melakukan kezaliman contohnya fahaman Kapitalisme

Menafikan kekuasaan Allah SWT sebagai pencipta contohnya fahaman Atheis

Memuja manusia secara berlebihan contohnya ajaran sesat

Berfahaman sempit berdasarkan bangsa, darjat, kaum, negeri, warna kulit

pengasingan agama dari kehidupan contohnya fahaman sekularisma

menolak hadis sebagai sumber hukum seperti fahaman anti hadis.

Mementingkan kebendaaan dan keduniaan contohnya fahaman Materialisma

21. Pengertian ajaran sesat :

Ajaran Sesat ialah sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang-orang Islam atau orang bukan Islam yang bertentangan dengan ajaran Islam yang berdasarkan kepada Quran dan al-Hadis

22. Ciri-ciri ajaran sesat :

Kepercayaan kepada rukun Iman dan asas akidah yang tidak selaras dengan al-Quran dan Hadis.

Mempertikaikan kebenaran al-Quran dan Hadis Nabi sebagai sumber hukum

Ketua kumpulan ajaran yang diamalkan mendakwa bahawa dia adalah nabi Isa, Imam Mahadi atau lain-lain istilah yang serupa.

Mendewa-dewakan ketua ajaran tersebut secara berlebih-lebihan.

Menghuraikan al-Quran dan Hadis sesuka hati mereka.

Membawa ajaran bahawa penyatuan semua agama di dunia sebagai agama yang mesti diikuti.

Mengubah suai ibadat dalam ajaran Islam seperti solat hanya memadai dengan niat sahaja dan sebagainya.

Mengadakan hukum baru yang bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenarnya

23. Cara mengelakkan diri daripada terlibat dengan ajaran sesat

Mendapatkan didikan agama yang sempurna / kempen / ceramah / kem ibadat

mendalami / menghayati ajaran Islam sepenuhnya / amal soleh

Mengenalpasti kumpulan ajaran tersebut / tidak terpengaruh

memantapkan iman dan takwa

mendampingi alim ulamak

memulau / menyisih kumpulan ajaran sesat

Melapurkan kepada pihak berkuasa

24. Dua kesan buruk ajaran sesat terhadap umat Islam

Masyarakat tidak akan aman dan tenteram kerana berlaku pergaduhan dan tiada persefahaman dalam masyarakat

Memutuskan hubungan silaturrahim dan pecah belah dalam masyarakat kerana berlainan fahaman.

Berlaku pergaduhan dan perbalahan dalam kehidupan

Berlaku kezaliman dan keganasan seperti membunuh diri

Berlaku penindasan terhadap umat Islam menyebabkan umat Islam lemah

Akidah umat Islam terpesong, tersesat menyebabkan berlakunya murtad

Dimurkai oleh Allah SWT kerana membelakangi ajaran Islam yang sebenarnya

Negara menjadi mundur kerana rakyat sering berkelahi antara satu sama lain

Mencemarkan kesucian Islam dengan melakukan maksiat seperti percampuran bebas antara jantina dengan berleluasa.

25. Dua cara media massa mempengaruhi pemikiran umat Islam dengan budaya kuning

Dengan menyebarkan berita palsu dan negatif untuk memesongkan dan menyesatkan pemikiran umat Islam

Memberi gambaran yang salah mengenai umat Islam untuk menjatuhkan maruah umat Islam

Menyajikan program hiburan yang keterlaluan dan melalaikan untuk menjauhkan umat Islam daripada beribadat.

Menayangkan filem-filem lucah dan ganas yang merosakkan akhlak umat melalui media elektronik untuk merosakkan akhlak remaja Islam

Menyebarkan berita-berita fitnah yang memecahkan perpaduan antara umat

Menerbitkan majalah-majalah lucah yang merosakkan akhlak remaja melalui Media cetak seperti majalah dan akhbar

26. Dua tindakan yang anda perlu lakukan untuk menangani ancaman budaya kuning

Mendalami ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang supaya dapat membezakan antara yang baik dan buruk

Memperkukuh keimanan kepada Allah SWT dengan mendalami bidang keagamaan

Mengamalkan akhlak mulia seperti sentiasa bersabar dalam kehidupan supaya terhindar daripada perbuatan keji

Menjadikan Islam sebagai cara hidup dengan menjauhi perbuatan keji seperti hasad dengki

Mengelakkan diri daripada perbuatan yang negetif seperti melepak dan membuang masa dengan sia-sia supaya terselamat daripada budaya kuning

Melakukan perkara-perkara positif berfaedah dalam kehidupan seperti sentiasa berdoa untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT