• Tidak ada hasil yang ditemukan

2. Huraikan cara mencapai matlamat perundangan Islam dalam memelihara keturunan 3. Huraikan cara mencapai matlamat perundangan Islam dalam memelihara kehormatan diri

4. Nyatakan kebaikan daripada pencapaian matlamat perundangan Islam memelihara kehormatan diri 5. Huraikan cara mencapai matlamat perundangan Islam dalam memelihara agama

6. Nyatakan kebaikan daripada pencapaian matlamat perundangan Islam memelihara agama 7. Huraikan cara mencapai matlamat perundangan Islam dalam memelihara akal

8. Nyatakan kebaikan daripada pencapaian matlamat perundangan Islam dalam memelihara akal 9. Huraikan cara mencapai memelihara nyawa dalam matlamat dalam perundangan Islam

10. Nyatakan kebaikan daripada pencapaian matlamat perundangan Islam dalam memelihara nyawa 11. Huraikan cara mencapai memelihara harta dalam matlamat dalam perundangan Islam

12. Nyatakan kebaikan matlamat perundangan Islam dalam memelihara harta manusia. 13. Jelaskan kesan perundangan Islam dalam menjaga nasab manusia

14. Huraikan cara perundangan Islam memelihara kehormanian negara

15. Allah menetapkan hukuman keatas penjenayah tertentu. Jelaskan hikmah Allah menetapkan hukuman tersebut.

16. Nyatakan keistimewaan perundangan Islam.

17. Nyatakan hukum-hukum yang mengatur hubungan sesama manusia.

18. Terangkan sebab umat Islam mesti menerima perundangan Islam untuk dilaksanakan 19. Nyatakan contoh perbuatan yang membawa mudharat kepada akal manusia.

20. Terangkan cara-cara menghindarkan diri daripada melakukan perbuatan yang tidak memberi manfaat. 21. Huraikan kepentingan matlamat perundangan Islam

Jawapan

1. Matlamat perundangan Islam ialah.

memelihara keturunan

memelihara kehormatan diri

menjaga harta

memelihara akal.

memelihara agama.

memelihara nyawa

memelihara kehormonian negara

2. Cara mencapai matlamat perundangan Islam memelihara keturunan

Islam mewajibkan umatnya supaya menjauhi perbuatan yang boleh merosakkan keturunan manusia seperti zina, liwat, homoseks dan lesbian

Mensyariatkan perkahwinan untuk melahirkan keturunan manusia yang sempurna

Islam mengenakan hukuman Hudud ( sebat atau rejam ) keatas orang yang berzina. 3. Cara mencapai matlamat perundangan Islam memelihara kehormatan diri

Islam melarang umatnya berakhlak buruk seperti dengki dan melakukan perbuatan yang sia-sia seperti merayau-rayau di pusat membeli belah

Melarang umatnya menghina dan menjatuhkan maruah seseorang

Menyuruh umatnya menjaga batasan pergaulan, bercakap dengan bersopan dan menjalin persahabatan dengan baik.

Mewajibkan umatnya supaya berpakaian yang menutup aurat

Mewajibkan umatnya supaya menjaga tingkah laku

4. Kebaikan matlamat perundangan Islam dalam memelihara kehormatan diri  menjamin kemuliaan diri manusia sentiasa terjaga.

 terhindar dari anasir negatif seperti pergaulan bebas daripada berleluasa  mengawal tingkah laku supaya sentiasa berakhlak mulia dalam pergaulan 5. Cara mencapai matlamat perundangan Islam dalam memelihara agama

 Mewajibkan umat Islam mematuhi segala perintah Allah SWT dan menjauhi segala larangan-Nya  Mewajibkan umat Islam supaya sentiasa berakhlak mulia

 Mengambil tindakan yang tegas keatas mereka yang menyelewengkan ajaran Islam

 Menyuburkan pelbagai disiplin ilmu supaya kefahaman mengenai Islam meningkat dalam masyarakat.

 Mensyariatkan hukuman bunuh keatas orang yang murtad ( keluar daripada agama Islam ) 6. Kebaikan matlamat perundangan Islam dalam memelihara agama

 Akidah umat Islam akan terjaga daripada perkara yang menyeleweng seperti ajaran sesat  Akan memartabatkan hukum Allah daripada dipermainkan oleh golongan tertentu

7. Cara perundangan Islam memelihara akal

 Mewajibkan umat Islam menjauhi perkara yang boleh merosakkan akal seperti minum arak, mengambil dadah, pil khayal dan sebagainya

 Islam mewajibkan umatnya supaya sentiasa melakukan ibadat, membaca buku-buku yang berfaedah, melakukan riadah dan sebagainya

 Mewajibkan umat Islam supaya sentiasa berfikiran rasional dan melarang daripada memikirkan perkara-perkara yang boleh merosakkan akal manusia.

 Menggalakkan umatnya supaya mendampingi ulama dan para cendekiawan 8. Kebaikan matlamat perundangan Islam memelihara akal

 menjauhkan manusia daripada perkara yang boleh merosakkan akal seperti dadah dan arak  membimbing manusia supaya sentiasa berfikiran rasional

 mendorong manusia memikirkan tanda-tanda kebesaran Allah

9. Cara mencapai matlamat perundangan Islam dalam memelihara nyawa

 Mewajibkan umat Islam menjaga kebersihan dan keselamatan diri sendiri dan orang lain seperti memakan makanan yang berzat, bersih dan halal

 Islam mengharamkan perbuatan membunuh diri sendiri atau orang lain

 Islam mewajibkan umatnya menjauhkan diri daripada perbuatan yang boleh menyebabkan kecederaaan seperti memandu secara berbahaya dan terlibat dengan perlumbaan haram.

 Mensyariatkan hukuman Qisas keatas pembunuh

10. Kebaikan memelihara nyawa dalam matlamat perundangan Islam  kewajipan menjaga keselamatan dan kesihatan diri

 menjamin keselamatan manusia dari bahaya  mengharamkan perbuatan membunuh diri

 mengharamkan pembunuhan tanpa sebab yang dibenarkan 11. Cara perundangan Islam memelihara harta

 Islam menghormati dan mengiktiraf hak milik individu (persendirian)

 Menghormati hak awam seperti memelihara harta benda awam yang telah disediakan oleh kerajaan

 Mengenakan hukuman Hudud (potong tangan keatas pencuri)

 Mewajibkan umat Islam mencari dan membelanjakan harta secara halal  Mewajibkan dikeluarkan zakat katas orang yang mampu

 Mengharamkan perbuatan membazirkan harta

12. Kebaikan memelihara harta dalam matlamat perundangan Islam  mewujudkan keamanan masyarakat dan negara

 Umat Islam dapat mencari harta dengan tenang.

 Dapat memajukan negara dengan aktiviti perniagaan yang halal. 13. Kesan Perundangan Islam dalam menjaga nasab manusia

 Nasib manusia terpelihara daripada fitnah dan tiada keraguan terhadap keturunannya  Mengelakkan perbalahan dalam pembahagian pesaka

 Hak penjagaan anak terjamin

 Setiap ahli keluarga akan mendapat haknya secara adil  Maruah dan keturunan manusia terpelihara

14. Cara perundangan Islam memelihara kehormanian negara  Menjaga hubungan diplomatik dengan negara luar  Menghormati hak individu dalam negara

 Meningkatkan semangat perpaduan dikalangan rakyat  Mewajibkan rakyat mentaati pemerintah yang adil

 Mempertingkatkan usaha kearah membangun dan memakmurkan negara.  Melarang umat Islam daripada menderhaka kepada negara

15. Hikmah Allah menetapkan hukuman keatas penjenayah tertentu.

 Untuk menegakkan keadilan dan mengelak kezaliman dalam masyarakat

 Untuk memberi keinsafan kepada orang lain serta amaran kepada orang yang hendak melakukan maksiat

 Untuk dapat menyekat jenayah daripada berleluasa dalam masyarakat  Untuk mengujudkan keamanan dan keharmonian masyarakat dan negara 16. Keistimewaan perundangan Islam.

 dapat mendidik jiwa manusia.

 merupakan ciptaan Allah dan bersih daripada kekurangan dan kelemahan  memberi persamaan hak dan keadilan kepada semua manusia

 sesuai dilaksanakan pada semua tempat dan masa

17. Hukum-hukum yang mengatur hubungan sesama manusia.

 hukum munakahat: mengatur urusan kekeluargaan dan rumahtangga  hukum muamalat: mengatur hubungan sesama manusia seharian  hukum jenayah: berkaitan dengan salahlaku manusia

18. Sebab umat Islam mesti menerima perundangan Islam untuk dilaksanakan  perundangan Islam lengkap dan sesuai untuk dilaksanakan setiap masa dan tempat  perundangan Islam mampu menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan manusia  undang-undang Islam adalah ciptaan Allah

19. Contoh perbuatan yang membawa mudharat kepada akal manusia.  meminum arak

 penyalahgunaan dadah  menghidu gam

20. Cara-cara menghindarkan diri daripada melakukan perbuatan yang tidak memberi manfaat.  memenuhi masa lapang dengan aktiviti berfaedah.

 memberi tumpuan kepada pelajaran

 sentiasa mengingati Allah / melakukan perkara-perkara sunat

21. Kepentingan matlamat perundangan Islam

Bil

Matlamat Perundangan Islam

Kepentingan Matlamat Perundangan Islam

1 Memelihara

Agama

• Untuk menjaga akidah umat Islam daripada terpesong • Untuk menjaga kesucian agama Islam

2 Memelihara

Nyawa

• Supaya kehidupan manusia berada dalam keadaan selamat dan sejahtera • Untuk menjamin kehidupan supaya lebih sempurna

3 Memelihara

Akal

• Untuk memastikan pemikiran manusia sentiasa waras • Untuk memastikan kewarasan akal sentiasa terpelihara

4 Memelihara

Harta Benda

• Supaya manusia mencari dan memiliki harta secara halal • Untuk memastikan agihan harta dilakukan secara halal

5 Memelihara

Keturunan

• Untuk melahirkan zuriat yang bersih • Untuk memantapkan institusi kekeluargaan

6 Memelihara

Maruah

• Supaya umat Islam berakhlak mulia

• Untuk menjamin kemuliaan seseorang terpelihara

7

Memelihara Keharmonian Negara

• Untuk menjamin keamanan negara • Untuk memantapkan kemajuan negara

22. Cara mencapai matlamat perundangan Islam

 Dengan berpegang teguh dengan peraturan Allah SWT  Dengan bertindak mengikut ajaran Islam

 Dengan mengamalkan cara hidup Islam dalam kehidupan seharian  Dengan mencintai kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat  Dengan melaksanakan perundangan Islam dalam kehidupan  Dengan berfikir serta mengakui kebenaran ajaran Islam

Soalan

Jawapan

1. Berikan maksud hukum

2. Senaraikan pembahagian hukum menurut Islam 3. Berikan pengertian hukum harus

4. Nyatakan contoh-contoh hukum harus 5. Jelaskan hikmah penetapan hukum harus 6. Berikan pengertian hukum wajib

7. Berikan pengertian hukum makruh 8. Nyatakan contoh-contoh hukum makruh 9. Jelaskan kesan pelanggaran hukum makruh

10. Jelaskan hikmah Allah SWT mensyariatkan hum-hukum tersebut

1. Maksud hukum

 Ialah peraturan Allah SWT yang ditujukan kepada umat Islam yang mukalaf yang berhubung dengan perbuatan-perbuatan mereka, samada menuntut supaya dilakukan, ditinggalkan atau pilihan

2. Pembahagian hukum menurut Islam ialah  Hukum harus

 Hukum wajib  Hukum haram  Hukum sunat  Hukum makruh