• Tidak ada hasil yang ditemukan

Jawapan

1. Pengertian kehakiman Islam

• Kehakiman bermaksud suatu keputusan daripada pemerintah/ badan kehakiman dalam sesuatu perbicaraan dimahkamah atau menyampaikan hukum syarak secara penetapan.

2. Matlamat utama sistem kehakiman Islam ialah untuk: • menegakkan keadilan kepada semua rakyat

• menentang kezaliman dengan menjatuhkan hukuman keatas penjenayah • membela orang yang dizalimi.

• Melaksanakan qanun ilahi atau undang-undang Allah SWT dalam negara 3. Prinsip kehakiman Islam

1. Bersifat Rabani.

• Ini kerana sistem kehakiman Islam bersumberkan wahyu Allah SWT dan hadis Rasulullah SAW dalam menentukan sebarang keputusan dan hukuman yang akan dijatuhkan keatas pesalah.

2. Menegakkan keadilan dan menghapuskan kezaliman

• Keadilan merupakan prinsip utama dalam sistem kehakiman Islam. Penghapusan kezaliman dan penganiayaan adalah kunci utama dalam menjamin kebahagiaan hidup manusia di dunia dan akhirat

3. Menyeru kepada kebaikan dan mencegah daripada melakukan kejahatan.

• Menyeru kepada kebaikan dengan cara melaksanakan hukuman yang bersifat pencegahan dan pengajaran kepada manusia, dengan terlaksananya kebaikan sekali gus kejahatan dapat dihindarkan

4. Mengamalkan akhlak yang mulia serta menjaga hubungan yang baik sesama manusia dan mahkluk Allah SWT yang lain.

• Akhlak mulia dapat diamalkan dengan terlaksananya peraturan dan hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah SWT

4. Etika kahakiman Islam

• Hakim tidak boleh menyebelahi mana-mana pihak samada pendakwa atau tertuduh • Hakim hendaklah jujur dan amanah dalam menjalankan tugasnya.

• Hakim tidak boleh menghakimi mana-mana orang yang beliau mempunyai kepentingan. • Sebarang kesalahan tidak boleh disabitkan jika terdapat keraguan.

• Hakim mestilah mengikuti peraturan keterangan yang telah ditetapkan iaitu,

i. Mendapatkan pengakuan yang bebas dan penuh kerelaan daripada tertuduh

ii. Para saksi dalam pembicaraan mestilah adil dan menepati syarat-syarat kesaksian yang telah ditetapkan.

iii. Kes yang dibicarakan mestilah dibuktikan melalui bukti-bukti yang nyata serta boleh diterima oleh semua pihak.

5. Syarat-syarat untuk dilantik sebagai hakim

• Seorang yang berilmu dan bertakwa kepada Allah SWT • Seorang yang berfikiran waras dan sentiasa tenang.

• Seorang yang berwibawa dan dihormati oleh orang ramai. • Seorang yang bijaksana dan berpandangan jauh.

• Seorang yang berani dan tegas dalam menjalankan tugas. 6. Tanggungjawab hakim

• Menjatuhkan hukuman dengan adil dan saksama.

• Menjatuhkan hukuman ketika dalam keadaan emosi yang tenang seperti tidak berada dalam keadaan marah ketika menjatuhkan hukuman.

• Menjatuhkan hukuman tanpa ragu-ragu kepada pesalah. • Membebaskan tertuduh jika terdapat sebarang keraguan 7. Keistimewaan sistem kehakiman Islam

• Dasar kehakiman dan perundangan nya adalah ciptaan Allah SWT

• Pelaksanaan sistem kehakiman Islam dapat mendidik jiwa manusia kearah yang lebih baik. • Kehakiman Islam menyediakan hukuman dan ganjaran di dunia dan di akhirat.

8. sumber-sumber kehakiman / perundangan Islam

• al Quran : Kalam Allah SWT yang diturunkan kepada Nabi Muhammad melalui perantaraan Malaikat Jibril atau secara langsung untuk membimbing manusia ke jalan yang benar demi kebahagiaan mereka di dunia dan akhirat

al Sunnah: Segala perkataan, perbuatan atau pengakuan Rasulullah tentang sesuatu

perkara yang melibatkan hukum Islam.

• Ijmak : Persepakatan para ulamak mujtahid tentang sesuatu perkara yang tidak jelas hukumnya di dalam al Quran dan al Hadis

• Qias : Menyandarkan hukum bagi sesuatu perkara baru kepada sesuatu perkara yang telah termaktub hukumnya di dalam al Quran dan al Sunnah kerana persamaan dari segi sebabnya / Illat. Contoh : Pengharaman tuak diqiaskan dengan pengharaman arak

9. Prinsip-prinsip kehakiman berdasarkan peristiwa Saidina Umar yang telah membebaskan

hamba yang mencuri unta majikannya kerana tidak membayar gaji.

• dalam menjatuhkan hukuman hakim hendaklah mengenal pasti punca berlakunya sesuatu jenayah

• sekiranya terdapat kezaliman atau paksaan didalam sesuatu kes, hakim hendaklah mempertimbangkannya dengan seadil mungkin

• hakim hendaklah membebaskan tertuduh sekiranya terdapat sebarang keraguan 10. Akibat terhadap masyarakat sekiranya hakim tidak berlaku adil dalam perbicaraan.

• jenayah tidak dapat dibendung

• masyarakat akan bertindak sendiri kerana tidak puas hati • berlaku penindasan golongan kuat ke atas yang lemah. • masyarakat sentiasa hidup dalam ketakutan / terancam

11. Kepentingan prosedur kehakiman Islam "hakim tidak boleh menjatuhkan hukuman dalam

keadaan marah" ialah

• agar keadilan dapat ditegakkan dan mengelak daripada menjatuhkan hukuman yang tidak tepat dalam sesuatu kes yang dibicarakan

• supaya maruah hakim terpelihara dari sebarang kesilapan.

• supaya keputusan mahkamah tidak akan dipertikaikan oleh mana-mana pihak • supaya Institusi kehakiman dihormati oleh semua pihak.

12. Cara kehakiman Islam menegakkan keadilan.

• menjatuhkan hukuman dengan adil tanpa mengira warna kulit, kedudukan dan pangkat seseorang.

• hukuman yang setimpal mengikut kesalahan yang dilakukan. • Menjatuhkan hukaman tanpa sebarang keraguan

• Semua hukum berlandaskan al-Quran dan al-Hadis • Penghakiman adalah dilakukan secara menyeluruh 13. Peranan hakim selaku pelaksana hukuman.

• Menjatuhkan hukuman berlandaskan al-Quran dan hadis

• Menjatuhkan hukuman dengan adil dan saksama tanpa mengira bangsa dan keturunan seseorang

• Menjatuhkan hukuman tanpa ragu terhadap pesalah.

• Membebaskan tertuduh jika terdapat sebarang keraguan dalam kes 14. Ciri-ciri / sifat-sifat Hakim

• Seorang yang bekerja dengan niat mencari keredaan Allah SWT • Berilmu pengetahuan yang luas

• Seorang yang menguasai dan mendalami al-Quran dan al-hadis • Seorang yang bertakwa dan warak

• Seorang yang berfikiran waras • Seorang yang berwibawa • Seorang yang berpandangan jauh

15. Cara untuk mencapai matlamat perundangan Islam yang bertujuan menjamin kesejahteraan

hidup manusia adalah:

• Perundangan Islam mendorong manusia berpegang teguh kepada ajaran Islam

• Perundangan Islam sentiasa menegakkan keadilan dan kebenaran dalam semua perkara • Pelaksanaan perundangan Islam dapat menghindarkan masyarakat daripada melakukan

jenayah.

Soalan

1. Terangkan pengertian sistem sosial Islam. 2. Jelaskan ciri-ciri sistem sosial Islam