• Tidak ada hasil yang ditemukan

SOROTAN KAJIAN

2.8 Kajian Lalu Pelaksanaan Program Literasi di Luar dan Dalam Negara Beberapa kajian analisis pelaksanaan program literasi telah dijalankan di luar dan

2.8.1 Kajian di Dalam Negara

Terdapat beberapa kajian yang berfokus kepada faktor-faktor yang menyebabkan kegagalan murid-murid menguasai literasi seperti kesihatan, latar belakang keluarga, dan perkembangan emosi (Mohd. Fadzil, 1981). Kajian tersebut menunjukkan masalah literasi dan memerlukan perhatian serius.

Selain itu ada juga kajian lalu yang berfokus kepada masalah keciciran dalam kalangan murid-murid (Punanesvaran, 2004; Shanmugam, 2004; Kasturi, 2010) keciciran murid-murid dan hubungannya dengan sosio-ekonomi luar bandar (Mohd. Eusoff, 1974), keciciran murid-murid orang Asli (Kumar, 2001). Rumusan daripada kajian-kajian tersebut, salah satu faktor yang turut menyumbang kepada keciciran murid-murid ialah tidak menguasai literasi dan numerasi.

70 Tubah (2008) dalam kajiannya mengenalpasti tahap penguasaan dan bentuk kesukaran membaca dan menulis dalam kalangan murid-murid KIA2M. Dapatan kajian beliau menunjukkan tahap penguasaan dan bentuk kesukaran membaca dan menulis murid-murid KIA2M adalah pada paras sederhana lemah. Seterusnya dapatan kajian beliau ialah murid-murid KIA2M dapat menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan bantuan guru secara sistematik. Berdasarkan dapatan kajian ini, beliau mencadangkan kaedah pengajaran guru perlu lebih berfokus kepada murid-murid dan aktiviti dalam kelas. Bagi mencapai tahap tersebut guru-guru KIA2M terlebih dahulu perlu menguasai kaedah pengajaran KIA2M secara khusus dan profesional.

Tasir (2005), mendapati masalah literasi dan numerasi masih berlaku dalam kalangan murid-murid Sekolah Rendah di Malaysia dan luar negara. Menurut kajian mereka, Teori Pembelajaran Bruner (2008) menunjukkan bahawa kanak-kanak mempunyai kemampuan simbolik semasa Tahun Satu jika didedahkan dengan proses P&P yang berkesan. Mereka mengkaji potensi dan keberkesanan pendekatan pembelajaran kemahiran membaca menerusi lagu dan muzik berasaskan komputer di negara kita.

Dalam kajian ini mereka membuktikan pendekatan pembelajaran kemahiran membaca menerusi lagu dan muzik amat berkesan membantu mengatasi masalah menguasai kemahiran membaca. Kajian Tasir ini dijadikan penanda aras dalam kajian kualitatif analisis Pelaksanaan Program LINUS ini. Kajian ini mengenal pasti bagaimanakah apa yang dibuktikan oleh Tasir (2005) dalam kajiannya berkesan juga dalam kajian ini.

71 Sementara Subadrah Nair (2003) pula mendapati masalah literasi di kalangan murid-murid merupakan suatu masalah yang serius di sekolah rendah dan menengah. Kajian tentang masalah literasi murid-murid Tingkatan IV penting kerana memberi kesedaran kepada golongan pendidik, ibu bapa dan KPM bahawa masalah ini perlu ditangani pada peringkat sekolah rendah, jika tidak akan merugikan murid-murid pada peringkat menengah dan seterusnya menghilangkan minat mereka terhadap pembelajaran. Beliau mendapati memang wujud masalah literasi dalam kalangan murid-murid Tingkatan IV dan masalah literasi di sekolah menengah sebenarnya sudah bermula di peringkat sekolah rendah. Fokus kajian Subadrah ialah pelajar tingkatan IV dan ini berbeza dengan pengkaji yang fokus kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 3 di sekolah kebangsaan.

Selain itu, Mohd Israfi, Mad Isa& Yasmin (2010), pula membuat kajian untuk mengetahui tahap pencapaian penguasaan murid-murid KIA2M dalam aspek asas membaca dan menulis Bahasa Melayu di beberapa buah sekolah di negeri Melaka. Kajian ini dibuat kerana mereka mendapati masih ramai murid-murid yang telah mengikuti persekolahan selama enam tahun di sekolah rendah tidak dapat menguasai kemahiran asas membaca dan menulis Bahasa Melayu.

Masalah literasi bukan terhad kepada kemahiran membaca, menulis dan mengira sahaja tetapi melibatkan kemahiran penggunaan komputer. Hal ini terbukti apabila kajian melibatkan literasi komputer telah dibuat oleh Lay Yoon Fah dan Khoo Chwee Hoon (2002) di Maktab Perguruan Keningau Sabah berkaitan tahap literasi komputer dalam kalangan pensyarah di maktab tersebut (Lay, 2002). Othman (2006) membuat kajian tentang kemahiran asas membaca al-Quran dalam kalangan guru-guru pelatih KDPM Semester 3 Ambilan Januari 2003.

72 Selain itu Mat (2010) mengkaji kaedah pelaksanaan Kelas Khas Kemahiran al-Quran (KKQ) yang diamalkan di tiga buah sekolah menengah kebangsaan di daerah Gombak. Kajian mendapati pelaksanaan kelas KKQ di sekolah bermula dengan inisiatif dari pentadbir sekolah, guru dan murid-murid. Inisiatif positif semua pihak akan kaedah pelaksanaan KKQ menimbulkan kesan positif dalam P&P. Noor (2009) membuat kajian kuantitatif tentang kaedah pelaksanaan program j-QAF dan menganalisis penguasaannya dalam kalangan murid-murid di sekolah tersebut. Hasil kajian beliau menunjukkan pengetahuan dan penjelasan murid-murid terhadap kaedah pelaksanaan j-QAF berada pada tahap tinggi.

Kedua-dua kajian Mat (2010) dan Noor (2009) menggunakan kaedah kuantitatif untuk melihat pelaksanaan program literasi dan numerasi dan ini berbeza dengan pengkaji yang menggunakan kaedah kualitatif sepenuhnya dalam menganalisis pelaksanaan Program LINUS di sekolah. Watisin (2008), menjalankan kajian kualitatif untuk menjelaskan pelaksanaan program diploma PBK Rekaan Fesyen dan Apparel di Melaka dengan menumpukan kepada tiga aspek utama iaitu kaedah pelaksanaan, masalah dalam pelaksanaan dan punca berlakunya masalah tersebut.

Kajian Noor (2009) dan Watisin (2008) tidak menyentuh bagaimana pelaksanaan Program j-Qaf dalam membantu membanteras literasi dan numerasi murid-murid dalam jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan fardhu ain. Kajian Wazli, mencadangkan satu kerangka konseptual kaedah pelaksanaan PBK sebagai panduan pelaksanaan PBK dan diharap dapat membantu Kolej Komuniti yang lain dalam pelaksanaan PBK sedangkan kajian ini mencadangkan satu modul penggubalan dan pelaksanaan program literasi dan numerasi.

73 Norliza (2006), meneliti perancangan dasar dan mekanisme yang dilaksanakan oleh universiti awam di Malaysia sebagai usaha meningkatkan penyertaan pelajar dalam Sains dan Teknologi sehingga mencapai 60% enrolmen. Dalam kajian ini, beliau menyelidik masalah yang mengekang pelaksanaan dasar 60:40 ini.

Zaini (2006), meneliti pelaksanaan dasar teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pendidikan di sekolah rendah. Objektif kajian beliau ialah mengkaji fahaman perancang dan pelaksanaan dasar ICT dalam pendidikan, perjalanan program ICT di sekolah, faktor yang mempengaruhi pelaksanaan dasar ICT. Kajian kualitatif sepenuhnya ini mendapati tidak semua perancang dasar faham dengan mendalam tentang pengurusan program ICT.

Nor (2003) pula mengkaji tahap kebolehlaksanaan dasar sekolah berpusat di Malaysia. Kajian yang menggunakan kajian kes, temu bual dan tinjauan ini meninjau pelaksanaan dua buah ‘Sekolah Pusat‘ di Sabah dan Sarawak. Kajian ini mendapati sekolah-sekolah di pedalaman berada pada tahap kritikal dari segi kemudahan pembelajaran dan input-input pendidikan tambahan, pelajar-pelajar tidak berdaya saing untuk maju. Kajian Nor ini turut mendapati dasar sekolah berpusat hanya boleh dilaksanakan dengan berkesan sekiranya mendapat persetujuan semua pihak berkepentingan, dilaksanakan kes demi kes bagi memastikan proses pelaksanaan dasar berkesan.

Kajian ini berbeza dengan kajian pengkaji namun masih dalam landasan yang sama iaitu memastikan kemajuan pelajar. Sementara pengkaji perlu melihat kemajuan pelajar melalui pelaksanaan Program LINUS di sekolah iaitu sama ada pelaksanaan itu memang menepati masalah penguasaan literasi dan numerasi yang hendak diselesaikan.

74 2.8.2 Kajian Literasi di Luar Negara

Cumming-Potvin & Wendy; Renshaw & Peter; Van Kraayenoord (2003), membuat analisis sosio budaya tentang Program Kesedaran Bahasa dan Kebudayaan di Australia. Kajian ini melihat penguasaan literasi murid-murid dalam bahasa menerusi analisis sosiobudaya. Beliau menjalankan kajian kes untuk murid-murid Tahun 4 di Sekolah Rendah di Australia untuk mengetahui bagaimana polisi berkait dengan Learning Other Than English (LOTE) Program telah dilaksanakan di lokasi tertentu dan berganding dengan latihan literasi kanak-kanak, ibu bapa dan guru.

Jacqueline (2005) dalam kajiannya mengadaptasi typology (Theodoulou, S.Z. & Cahn, 1995) untuk menganalisis penggubalan program membaca iaitu Reading Excellence Act. Beliau menggunakan empat teori iaitu Pluralisme, Elite, Corporatism dan Subgovernments untuk menganalisis bagaimana program digubal.

Guzel & Cigdem Is; Berberoglu (2005), menganalisis Programme for International Student Assessment 2000 (PISA 2000) Mathematical Literacy Data for Brazilian, Japanese and Norwegian Students. Dalam analisisnya, beliau mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi literasi dan numerasi murid-murid berusia 15 tahun dalam PISA menerusi pelbagai setting budaya iaitu di Brazil, Japan dan Norway.

Belgin (2010) menganalisis implikasi penggubalan program Media Literacy Education (MLE) di Turki dengan menganalisis Kurikulum Sekolah Rendah dalam rangka perbandingan MLE di Turki, Ireland dan Finland. Dalam kajian ini, kurikulum Finland dan Ireland dipilih kerana negara tersebut adalah pelopor MLE.

Sementara Guzel & Cigdem Is; Berberoglu (2005), pula menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi literasi dan numerasi murid-murid berusia 15 tahun menerusi pelbagai setting budaya di mana beliau mengabaikan proses penggubalan dan pelaksanaan program literasi dan numerasi tersebut. Kajian (Cumming-Potvin

75 &Wendy; Renshaw, Peter; Van Kraayenoord & Christa, 2003) menganalisis Program Literasi menerusi sosio budaya yang melibatkan ibu bapa murid-murid di mana tidak melihat proses penggubalan. Begitu juga kajian Belgin (2010), walaupun mereka mengkaji penggubalan program tetapi kajian mereka fokus kepada implikasi program literasi sahaja. Berdasarkan lompang kajian di atas, ada keperluan agar kajian analisis

pelaksanaan ini perlu dijalankan. Mohammed Abdul Rahman Al-Dkheel (1992) mengkaji program Latihan

Guru kepada Kelas Literasi Dewasa di Saudi Arabia. Dapatan kajiannya kerajaan mengakui guru memainkan peranan penting dalam memastikan kejayaan pelaksanaan program pendidikan. Perhatian yang menyeluruh mesti diberikan kepada penyediaan guru agar cukup kompetens untuk memenuhi tuntutan kerjaya sebagai guru asas kanak-kanak. Mohammed Abdul Rahman Al-Dkheel (1992) mendapati peranan literasi penting untuk membantu individu mendapat peluang memahami P&P. Beliau menegaskan literasi membantu perkembangan ekonomi secara meningkatkan produktiviti individu yang baru celik huruf, individu yang bekerja dalam pertubuhan berkaitan buta huruf. Menurut beliau, literasi sebagai keperluan utama untuk kemajuan.

Mohammed Bajunaid (2008) dalam kajiannya mengkaji keberkesanan Program pendidikan dalam memenuhi tuntutan kemahiran murid-murid pada masa depan. Kajian Mohammed berkisar tentang literasi persis kajian pengkaji ini. Namun Mohammed tidak menyentuh soal bagaimana faktor yang menyebabkan kegagalan menguasai literasi itu dikenal pasti dan diatasi oleh pelaksana. Oleh itu ada jurang yang ditinggalkan dalam kajian Mohammed tersebut yang diisi oleh pengkaji dalam kajian ini.

76 Selain itu, Bunn (2006) pula membuat kajian keberkesanan intervensi tambahan dalam kalangan murid-murid tahun 3 & 4 yang bermasalah literasi. Dalam kajiannya, beliau membandingkan kemajuan dalam membaca dan mengeja daripada 256 orang kanak-kanak di 11 kelas di sembilan sekolah rendah dalam Kelas 3 dan 4 dan sebahagian sampel daripada 126 orang anak yang menerima bantuan literasi tambahan selama satu tahun. Hong (2007) menilai proses pelaksanaan program P&P Sains dalam bahasa Inggeris di peringkat sekolah menengah rendah. Beliau berusaha meneroka keadaan sebenar yang berlaku dalam pelaksanaan PPSMI pada peringkat sekolah menengah rendah di luar bandar Sabah tetapi tidak menyentuh soal literasi dan numerasi yang melingkari murid-murid.

Hangley & Bill, Jr. Mc Clanahan (2002) juga membuat kajian tentang program literasi di Philadelphia, Pennsylvania yang dijalankan oleh Youth Education for Tomorrow (YET). Di pusat YET ini, guru yang berkelayakan dan pembantu sukarela membantu kanak-kanak menguasai literasi menggunakan pelbagai teknik. Dapatan kajian ini proses pelaksanaan YET sangat kompleks, sukar dan penuh cabaran. YET merupakan tapak yang mencabar dalam menyediakan pelbagai cara agar literasi dikuasai.

Banyak kajian telah dijalankan di dalam dan luar negara tentang pelaksanaan program pendidikan literasi. Namun begitu fokus kajian adalah berbeza dan masih belum banyak lagi kajian yang memberi tumpuan kepada analisis pelaksanaan program literasi sahaja. Oleh itu terdapat ruang untuk menjalankan kajian yang memfokus pada analisis pelaksanaan program literasi ini.

Margaret (2011) membuat kajian tentang pencapaian literasi murid-murid seawal usia lima tahun. Kajian mereka melihat samada penilaian guru pada hujung tahun ke lima murid-murid, berasaskan pemerhatian berterusan, menyumbang satu

77 ukuran yang valid tentang pembangunan semasa kanak-kanak dan pencapaian pendidikan mereka pada tahun-tahun mendatang.

Selain itu, kajian mereka mencari faktor manakah antara kanak-kanak dan persekitaran, yang meletakkan seorang kanak-kanak pada risiko kesukaran bahasa dan literasi. Hal ini berbeza dengan kajian pengkaji yang mengkaji tentang pencapaian literasi murid-murid pada usia tujuh hingga sembilan tahun. Kajian pengkaji tidak berfokus pada pemerhatian berterusan tetapi menggunakan temu bual kepada guru dan pentadbir di sekolah untuk melihat penguasaan murid-murid terhadap literasi.

David Squires & George F.Canney (2004) melaporkan program literasi oleh Idaho Comprehensive Literacy Assessment (ICLA). ICLA mewakilkan cara lain untuk penggubal program di peringkat pusat dan negeri untuk memikirkan ujian guru, faedahnya dan batasan berkaitan amalan. Ujian ICLA dan proses berfokus kepada penilaian ketat atas pengetahuan dan prestasi guru pelatih dalam membaca dan keputusan ini digunakan untuk menganalisa semula arahan sebelum bertugas. Walau bagaimanapun, di Idaho, kesan daripada prestasi guru pelatih di ICLA, Peringkat 1, secara langsung memberi kesan kepada kandungan dan penyampaian kursus literasi di program persediaan guru di Idaho.

Sebuah kajian kes etnografi dilakukan atas seorang murid-murid lelaki yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Kajian itu menyelidiki amalan-amalan literasi murid-murid lelaki tersebut dalam pelbagai domain kehidupannya iaitu rumah, sekolah dan tempat kerja. Kajian ini menumpukan kepada amalan literasi murid-murid ini yang rasmi dan tidak rasmi. Dapatan kajian ini ialah terdapat pelbagai literasi diamalkan di pelbagai domain.

78 Namun begitu murid-murid lebih menggunakan teks multimodal yang interaktif. Kajian ini memberi input tentang kegiatan literasi murid-murid yang menggunakan teks tidak rasmi yang ‖multimodal‖ di sekolah kepada pengajar-pengajar literasi dan pereka kurikulum (Liew & Adeline, 2004). Adeline menggunakan kajian etnografi untuk menyelami amalan-amalan literasi murid-murid lelaki sedangkan pengkaji menggunakan kajian pelbagai kes untuk memahami fenomena pelaksanaan Program LINUS di sekolah.

Dapatlah dirumuskan di sini, persoalan-persoalan yang dilupakan dalam kajian terdahulu berkaitan penguasaan literasi murid-murid dijadikan fokus dalam kajian analisis Pelaksanaan Program LINUS ini. Hal ini penting agar dapat menyumbang sesuatu yang baharu dalam bidang pelaksanaan program pendidikan berkaitan literasi.

2.9 Rumusan

Sorotan Kajian dalam Bab 2 menunjukkan kepentingan kajian analisis pelaksanaan Program LINUS ini. Hal ini demikian kerana kejayaan program pendidikanbergantung atas bagaimana penggubal merangka dasar program dan dihubungkait dengan bagaimana pelaksana memahami dan melaksanakannya.

Analisis dan persoalan kualiti pula menyumbang kejayaan pelaksanaan program. Berdasarkan sorotan kajian lepas, kajian Analisis Pelaksanaan Program LINUS ini dijalankan untuk membawa penemuan baharu. Tujuan kajian ini ialah menjelaskan pelaksanaan Program LINUS kepada umum, agar program yang lebih koherens dengan analisis berterusan dan mekanisma pengurusan prestasi pelaksanaan program dapat dibangunkan (Miller, 2000).

79 Kajian ini melibatkan temu bual dengan pelaksana Program LINUS, analisis dokumen LINUS, pemerhatian P&P guru literasi. Isu literasi dan numerasi dalam kalangan murid-murid di luar dan dalam negara telah dibincang. Beberapa teori pembelajaran seperti Teori Behaviourisme, Teori Kognitif dan Teori Afektif, telah diperkatakan. Pengkaji telah menjelaskan rasional pemilihan Model Dunn dan Model Van Meter & Van Horn sebagai kerangka konsep kajian ini. Kajian ini menyumbang pengetahuan baharu kepada ilmu berkaitan pelaksanaan program literasi serta persekitaran yang kondusif untuk meningkatkan penguasaan literasi murid-murid di SK.

80 BAB TIGA