• Tidak ada hasil yang ditemukan

Rasional Pemilihan Rekabentuk Kajian Kualitatif

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Rasional Pemilihan Rekabentuk Kajian Kualitatif

Bagi menjawab persoalan kenapa dan bagaimana, pendekatan kajian kes kualitatif sesuai dalam kajian ini. Pengkaji melihat pelaksanaan Program LINUS sebagai satu fenomena pusat yang perlu difahami (Van Maanen, 1983). Maksud realiti dan situasi sebenar yang dibina oleh individu tersebut ialah pengalaman, pengetahuan, perasaan, nilai, sikap dan kepercayaan para pelaksana iaitu guru besar, penyelaras literasi, guru literasi, kaunselor, guru pemulihan dan ibu bapa murid-murid LINUS terhadap proses pelaksanaan Program LINUS ini (Burke & Larry, 2008).

Kajian analisis ini menjelaskan secara terperinci proses yang berlaku semasa pelaksanaan Program LINUS iaitu menghidu masalah/problem sensing, mengetahui situasi masalah/problem situation, pencarian masalah/problem search, meta problem/masalah itu cukup besar, serius hingga ada keperluan untuk dikaji,

82 mendefinisikan masalah iaitu masalah benar-benar wujud berdasarkan data dan fakta, masalah adalah hakiki bukan imaginasi, menentukan masalah/problem specification, masalah formal diperoleh- di sinilah tindakan kerajaan itu (1994). Kajian ini mengenal pasti bagaimanakah lapan langkah proses penstrukturan masalah ini dilakukan semasa pelaksanaan Program LINUS (William N.Dunn, 1994).

Fokus yang ingin diketahui ialah bagaimana pelaksanaan Program LINUS dapat memastikan murid-murid Tahun 3 di sekolah kebangsaan menguasai literasi. Peringkat seterusnya yang diberi perhatian dalam kajian ini ialah world view, etika, pelaksanaan Program LINUS, bagaimanakahProgram LINUS digubal untuk menyelesaikan masalah literasi, bagaimana pelaksanaan Program LINUS dapat memastikan murid-murid menguasai literasi, bagaimana faktor-faktor yang menyebabkan murid-murid tidak menguasai literasi diatasi oleh pelaksana, apa kesulitan dalam melaksanakan Program LINUS, bagaimanakah pelaksanaan Program LINUS membantu penguasaan literasi murid-murid dan bagaimanakah Program LINUS boleh ditambah baik.

Gabungan data yang diperoleh daripada kaedah temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen tersebut menyumbang kepada gambaran lengkap proses pelaksanaan Program LINUS di empat buah sekolah kebangsaan tadbiran PPD Hulu Langat Selangor. Menerusi temu bual yang mendalam dengan penggubal dan pelaksana Program LINUS, pengkaji melaporkan realiti seperti yang mereka nyatakan, mempersembahkan tema yang mencerminkan pilihan perkataan penggubal dan pelaksana serta melengkapkan bukti untuk tema-tema tersebut (Clarke, 1998).

Reka bentuk kajian ini ialah kajian pelbagai kes (multiple case study) di empat buah sekolah kebangsaan tadbiran PPD Hulu Langat. Kaedah kajian pelbagai kes

83 sesuai untuk mengkaji isu pendidikanyang melibatkan proses pelaksanaan kerana membantu melihat dan menyiasat sesuatu masalah secara mendalam (Stake, 1997).

Temu bual dikendalikan kepada pihak penggubal program di KPM, BPK, Unit NKRA Pendidikan, dan pihak pelaksana program LINUS iaitu pegawai LINUS di JPN, fasilitator LINUS di PPD, pentadbir di empat buah sekolah tadbiran PPD Hulu Langat. Soalan temu bual dibina berdasarkan teori, model-model dan konstruk-konstruk utama dalam kajian ini. Fokus pengkaji ialah menganalisis pelaksanaan Program LINUS di empat buah sekolah terpilih.

Rasional pemilihan empat buah sekolah di Hulu Langat sebagai tempat kajian kerana kadar literasi dan numerasi di daerah ini paling kritikal (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011). Oleh itu, kajian perlu dijalankan untuk melihat bagaimana pelaksanaan Program LINUS di sekolah tersebut. Data kualitatif diperlukan untuk mendapatkan maklumat dengan memberi responden peluang meluahkan pendapat secara bebas menerusi temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen untuk menyiasat jika ada sikap atau peristiwa yang berkaitan.

Reka bentuk Kerja

Jadual 3.1 menunjukkan rekabentuk kajian yang menggabungkan langkah dan proses yang diperlukan untuk menjawab soalan kajian.

84 Jadual 3.1 Reka bentuk Kerja

FASA 1 Penyataan Masalah Tujuan/Objektif Soalan Kajian Sorotan Kajian Uji Protokol Temu bual Perubahan

FASA 2 Kajian Rintis

Ujian Protokol Temu bual Perubahan

FASA 3 KUTIPAN DATA

Pilih Sampel Kumpul data

FASA 4 ANALISIS DATA

Interpretasi Data Menilai/ Merumus Dapatan

Reka bentuk kerja berasaskan empat fasa seperti dalam jadual iaitu cadangan kajian, kajian rintis, kutipan data dan analisis data

Pendekatan kualitatif digunakan oleh pengkaji untuk menyediakan huraian realiti yang lengkap lagi tepat tentang pelaksanaan Program LINUS dalam memastikan murid-murid menguasai literas. Tujuan utama penyelidikan ini ialah memahami, memberikan gambaran terperinci latar belakang permasalahan mengapa murid-murid sekolah kebangsaan tidak menguasai literasi (Clarke, 1998). Pengkaji perlu memahami fenomena literasi murid-murid di sekolah rendah ini dari perspektif penggubal dan pelaksana Program LINUS itu sendiri.

Oleh itu, pengkaji pergi ke JPN, PPD dan ke sekolah terpilih untuk menemu bual pelaksana Program LINUS. Hal ini penting untuk memerhatikan perlakuan,

85 menyelami perasaan, memperoleh pendapat seterusnya mengumpul data dari persekitaran semula jadi bagi mencapai objektif kajian (Punch, 1998).

Tugas pengkaji ialah mencari makna yang mendalam dari kaca mata pihak pelaksanaan Program LINUS daripada idea yang dilontarkan peserta kajian iaitu emerging process. Pendekatan Kualitatif merujuk kepada kajian yang memfokuskan fenomena berkaitan situasi semula jadi (Mok, 2010).

Tujuan utama kajian kualitatif ini ialah menganalisis pelaksanaan Program LINUS di empat buah sekolah kebangsaan bawah tadbiran PPD Hulu Langat dengan mengadaptasi Model Analisis Dasar Dunn dan Model Pelaksanaan Dasar Van Meter dan Van Horn.

Kaedah kajian pelbagai kes (multiple case study) digunakan. Menurut (Burn, 1995; Merriem, S.B., 1998) kajian pelbagai kes menggunakan data kualitatif sesuai apabila kajian melibatkan pemerhatian individu atau unit, kumpulan manusia, keluarga, satu kelas, sekolah, masyarakat, peristiwa atau budaya. Pengkaji memilih kaedah kualitatif kerana analisis penggubalan dan pelaksanaan LINUS melibatkan pemerhatian individu iaitu penggubal LINUS, kumpulan manusia iaitu pelaksana, organisasi iaitu sekolah serta masyarakat dan peristiwa yang berkaitan (Cronbach, 1975).

Penyelidikan kualitatif merupakan konsep payung yang membantu pengkaji memahami makna fenomena sosial. Masalah literasi dan numerasi adalah fenomena sosial di Malaysia yang menimbulkan kemusykilan kepada pengkaji. Hal ini demikian kerana banyak program telah dijalankan oleh kerajaan untuk mengatasi masalah ini, namun belum berjaya.

Oleh itu pengkaji melihat seawal proses penggubalan Program LINUS,untuk mengenal pasti pihak yang dapat memberikan maklumat. Pihak ini merupakan

86 gatekeepers yang boleh menyokong dan dipercayai pengkaji. Kemudian pengkaji mendapatkan kebenaran melaksanakan temu bual, analisis dokumen. Setelah dipersetujui, pengkaji ke lapangan untuk mengumpul data.

Penyelidikan kualitatif ada banyak ciri iaitu realiti itu sangat subjektif, pengkaji berinteraksi dengan fenomena pada awal kajian, bahasa yang digunakan tidak formal, proses kajian itu interaktif dengan rekabentuk dan idea, semasa penyelidikan dijalankan kategori dikenal pasti, teori dan reka bentuk dibangunkan untuk mendapatkan pemahaman, dan mempunyai kesahan yang tinggi (Bogdan, R & Biklen, 1998).

Dalam kajian ini, pengkaji sentiasa bersama pelaksana mengumpul data, menganalisis pelaksanaan Program LINUS di sekolah (Bogdan, R.C. & Biklen, 1992). Pengkaji membuat catatan terperinci berhubung semua yang diperhati dan didengari (Becker & Susanne, 1999).

Berdasarkan tujuan kajian, pengkaji yang menggunakan kaedah kualitatif membekalkan pemahaman mendalam tentang Program LINUS. Pemahaman mendalam ialah memahami falsafah Proses Pelaksanaan Program LINUS itu iaitu benar-benar mampu memastikan murid-murid menguasai literasi.

Pelbagai kaedah digunakan untuk memahami bidang yang dikaji seperti pemerhatian semulajadi, kajian kes, temu bual dan analisis dokumen. Salah satu kaedah pengkaji gunakan ialah temu bual. Protokol temu bual disediakan untuk memudahkan pengkaji.

Dalam bidang pendidikan, kajian kes fokus kepada prinsip individu, untuk mengenalpasti masalah dalam program yang dijalankan. Kajian kes tentang individu, program, peristiwa atau proses amat bersesuaian apabila objektif kajian ialah mengembangkan kefahaman tentang kedinamikan sesuatu program. Kajian kualitatif

87 ini juga sesuai dengan ontologi dan epistemologi yang membincangkan realiti dan kepercayaan pengkaji tentang analisis pelaksanaan Program LINUS.