• Tidak ada hasil yang ditemukan

SOROTAN KAJIAN

2.1 Kepentingan Literasi

47 Dengan tertulisnya perkataan, peristiwa sejarah dapat dirakam dengan tepat, ilmu pengetahuan tersebar dengan cepat dan meluas sesama dan antara generasi (Ingemar Fagerlind & Lawrence J.Saha, 1974). Hal ini menunjukkan kemahiran literasi amat penting dalam perkembangan tamadun bangsa.

Kemampuan menguasai literasi mengurangkan kesilapan, membolehkan individu yakin dengan pengetahuan mereka daripada bergantung kepada orang lain (Lammers & Jayne; Curwood; Jen Scott; Magnifico & Alecia Marie, 2012).

Kepentingan literasi juga dilihat daripada penghasilan karya sastera klasik, epik dan sejarah. Karya besar ini memerlukan penguasaan literasi yang baik kerana tidak mampu dihasilkan hanya dengan penggunaan memori dan lisan (Kenyon, 1951). Bukti sejarah menunjukkan pendidikan formal dan literasi berkembang dengan ketara di Greece dan Rom purba. Pada kurun ke-lima, kebanyakan warga Greek menghantar anak lelaki mereka ke sekolah sekurang-kurangnya sehingga mencapai umur 14 tahun dan keistimewaan ini kadangkala diperoleh anak perempuan pada kurun ke-4 SM. Marrou (1956) berpendapat proses pembelajaran dianggap sebagai keperluan manusia keseluruhannya.

Para sarjana mengakui penguasaan literasi dalam diri individu menyumbang kepada kemajuan sesebuah negara. Negara-negara besar di dunia turut mementingkan pencapaian literasi dalam kalangan rakyat mereka kerana kepentingan kemajuan. Jadual 2.1 berikut menunjukkan kadar literasi bagi negara besar dunia pada tahun 2005.

Jadual 2.1 Kadar Literasi Negara Maju

Negara Kadar Literasi (%)

Japan 99.9

United Kingdom 99.9

Germany 99.9

France 99.9

48 Sumber: United Nations Development Programme Report, 2005

Jadual 2.1 menunjukkan kadar literasi bagi negara besar dunia pada 2005. Japan, UK, Germany, dan France mempunyai 99.9% kadar literasi manakala US mempunyai 97%.

Malaysia tidak ketinggalan dalam melihat kepentingan penguasaan literasi dalam kalangan rakyat. Tambahan pula kedudukan Malaysia dalam Indeks Pembangunan Pendidikan Untuk Semua meningkat ke tangga 45 daripada 129 negara yang terlibat dalam kaji selidik Laporan Pemantauan Global 2009 berbanding kedudukan 56 yang dicapai pada tahun 2008 menjadi bukti bahawa kerajaan komited menuju negara maju. Pencapaian itu bermakna Malaysia antara penyokong kuat Agenda Pendidikan Untuk Semua (EFA) menjelang 2015 bagi merealisasikan misi buta huruf sifar.

Kepentingan literasi dalam konteks pembangunan negara boleh ditinjau dari sudut berikut:

i. persekolahan formal sebagai agen perubahan ii. mobilisasi sumber manusia

iii. pemodenan dan iv. kualiti hidup.

2.1.1 Persekolahan formal sebagai agen perubahan

Komitmen kerajaan melalui inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk menghapuskan masalah buta huruf dalam kalangan rakyat kini menjadi matlamat yang disandarkan kepada generasi muda negara. Malahan sejak era 1970an menerusi (Laporan Keciciran Murad, 1972) kerajaan telah menitik beratkan isu ini. Hal ini

49 demikian kerana menjelang 2020, ketika Malaysia sepatutnya telah mencapai status negara maju, kemahiran membaca, menulis dan mengira sewajarnya bukan lagi masalah. Justeru, pengenalan Program LINUS di peringkat awal sekolah kini menjadi agenda penting sebagai penentu bagi pencapaian matlamat tersebut (Zinitulniza, 2011).

Sebagai agen perubahan, pencapaian literasi yang tinggi akan menjamin kemajuan sesebuah negara. Bagaimanakah sumbangan literasi dapat membantu membangunkan negara? Persoalan ini terjawab melalui penyataan berikut. Apabila murid-murid menguasai literasi, mereka tidak akan ketinggalan dalam pelajaran, mereka akan berjaya, mempunyai peluang kerjaya untuk masa depan mereka.

Hal ini seterusnya menyumbang ke arah pembinaan Malaysia sebagai sebuah negara maju. Murid-murid perlu menyertai persekolahan formal untuk memastikan mereka tidak tercicir sebaliknya persekolahan formal dapat membantu murid-murid menguasai literasi.Hal ini jelas menunjukkan bahawa persekolahan formal merupakan agen yang dapat mengubah status murid-murid daripada buta huruf kepada celik huruf (Caruso & Marcelo, 2010).

2.1.2 Mobilisasi sumber manusia

Pelajaran adalah dianggap sebagai saluran untuk mobilisasi sumber manusia (Kementerian Pendidikan Malaysia. Kajian Keciciran, 1973).Pelajaran diterima melalui sistem persekolahan yang teratur. Persekolahan sebagai wadah melatih sumber manusia agar celik huruf dan celik angkaseterusnya menguasai pelbagai kemahiran. Apabila sumber manusia mempunyai kemahiran, mereka memiliki tenaga terlatih dan mampu menjawat pekerjaan yang baik. Sekolah dilihat sebagai institusi untuk mobilisasi sumber manusia iaitu daripada kosong, tidak memiliki ilmu

50 pengetahuan kepada berkemahiran tinggi dan memegang jawatan penting dalam pentadbiran negara (Caruso & Marcelo, 2010).

2.1.3 Pemodenan

Dalam rangka memastikan sebuah negara membangun dari sudut ekonomi dan sosial ke arah kemodenan, warga perlulah terdiri daripada masyarakat berjiwa moden yang menguasai literasi. Masyarakat berjiwa moden yang dimaksudkan harus memiliki nilai, kepercayaan dan tingkah laku moden. Untuk memperoleh ciri-ciri ini, masyarakat Malaysia perlulah menguasai literasi dan numerasi seawal sistem persekolahan.

Sistem persekolahan yang sistematik telah menjadi pemangkin kepada kemajuan dan pemodenan Negara.Contohnya kerajaan Malaysia berjaya mempertingkatkan pembangunan negara yang pada asalnya berasaskan ekonomi pertanian kepada ekonomi perindustrian.

Kerajaan Malaysia juga telah memperkenalkan dasar-dasar baharu negara yang matlamat utamanya untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang moden dan membangun. Antaranya ialah 'Dasar Pandang Ke Timur' tahun 1982 bertujuan untuk mencontohi budaya kerja masyarakat Jepun dan Korea yang maju, 'Dasar Pensyarikatan Malaysia' tahun 1983 bagi menjana kerjasama antara sektor awam dan swasta, ' Dasar Perindustrian Negara' tahun 1986 bagi meningkatkan taraf ekonomi negara, 'Dasar Pembangunan Nasional' tahun 1991 sebagai lanjutan kepada Dasar Ekonomi Baru dan 'Wawasan 2020' tahun 1991 yang menetapkan matlamat Malaysia menjadi negara maju menjelang tahun 2020.

Wawasan 2020 boleh tercapai jika rakyat Malaysia bergerak bersama-sama sebagai satu Bangsa Malaysia yang menguasai literasi, tanpa ada halangan psikologi

51 atau halangan lain antara masyarakat, melalui usaha yang penuh daya saing, dinamik, kuat dan pantas.

Kejayaan demi kejayaan dilakar dan dicapai hasil daripada perancangan teliti pihak kerajaan terutama dari segi prasarana pendidikan mahupun perindustrian. Banyak lagi pencapaian turut dilakarkan dalam lipatan sejarah negara oleh anak-anak Malaysia berjiwa moden demi mengharumkan nama negara Malaysia.

2.1.4 Kualiti Hidup

Kualiti hidup masyarakat dipacu oleh penguasaan dalam literasi dan numerasi. Hal ini demikian kerana hanya manusia yang celik huruf dan celik angka sahaja akan menyedari hak individu, kepentingan alam sekitar, keperluan asasi, kesedaran terhadap hak sebagai rakyat di dalam sebuah negara yang berdaulat, kesedaran tentang pentingnya sistem persekolahan formal.

Apabila masyarakat arif akan hal di atas, kualiti hidup mereka akan meningkat dan hal itu dicapai jika mereka menguasai literasi dan numerasi. Menyedari akan kepentingan literasi dan numerasi inilah, KPM telah menggubal dan melaksanakan Program LINUS untuk memastikan semua murid-murid Tahun 3 pada tahun 2012 menguasai literasi dan numerasi.