• Tidak ada hasil yang ditemukan

METODOLOGI KAJIAN

19. Bapa Murid-Murid LINUS SK D

3.5 Pengumpulan Data Kualitatif

Data kualitatif kajian ini dikumpul daripada pelbagai sumber melalui pelbagai strategi yang berbeza seperti Rajah 3.1.

121 Rajah 3.1 Jenis dan Sumber Data Kualitatif

Ada lima langkah untuk proses pengumpulan data kualitatif ini iaitu pertama mengenal pasti peserta kajian ini iaitu pelaksana dasar di empat buah sekolah, lokasi kajian, kenal pasti sampel agar dapat memahami fenomena dan benar-benar menjurus kepada menjawab soalan kajian ini. Kedua ialah mendapatkan izin untuk ke lokasi ini. Ketiga ialah menentukan proses kutipan data sama ada menerusi temubual, analisis dokumen atau pemerhatian yang dapat menjawab soalan kajian. Keempat ialah pengumpulan data dilakukan melalui pemerhatian, temu bual, dan analisis dokumen.

Temu bual adalah sesuai apabila pengkaji tidak dapat melihat tingkah laku, perasaan, bagaimana peserta kajian menginterpretasi Program LINUS (Merriam, S.B., 2009).

Pemerhatian pula dilakukan bagi mengumpul data-data non-verbal untuk meneliti kejadian sebenar pelaksanaan LINUS di sekolah di samping memikirkan secara kritikal tingkah laku peserta kajian iaitu enam orang pelaksana Program LINUS di sekolah. Pemerhatian perlu dibuat secara tersusun, spontan dan direkodkan

Data Kualitatif

(Data berbentuk teks, tidak berstruktur, tidak bernombor)

Pemerhatian Temu bual Artifak Analisis dokumen

Nota Lapangan Transkrip; Catatan Buku latihan murid LINUS Minit Mesyuarat , Laporan, Data, LINUS,

122 bertujuan melihat, mendengar, memerhati, merasai dan bertanya sesuatu yang membawa kepada menemu bual pelaksana Program LINUS bagi mendapatkan maklumat yang lebih realistik.

Data didefinisikan sebagai the kinds of information researchers obtain on the subjects of their research (Fraenkel Jack, R & Norman E. Wallen, 1996). Menurut Levin, data itu berupa pengumpulan sebarang cerapan yang berkaitan (Richard Curtain, 2000). Dalam kajian kualitatif, pengkaji akan bertindak sebagai instrumen pengumpulan data (Borland, 2001). Dalam kajian ini, kebenaran akan dipohon daripada KPM amnya dan EPRD khasnya untuk menjalankan kajian pelbagai kes di empat buah sekolah yang dipilih. Kebenaran daripada KPM diperlukan sebelum kajian lapangan dijalankan.

Data dikutip di empat buah sekolah kebangsaan bawah PPD Hulu Langat, Selangor. Dalam kajian kualitatif, rappo antara pengkaji dan peserta kajian perlu untuk mengurangkan kebimbangan dan pembinaan kepercayaan (Glesne & Corrine, 1999). Pengkaji perlu membina rappo dengan peserta kajian iaitu pelaksana Program LINUS yang terdiri daripada, pentadbir, guru-guru dan ibu bapa murid-murid LINUS.

Pengkaji menggunakan teknik pemerhatian terbuka bagi mendapatkan maklumat pelaksanaan LINUS. Teknik pemerhatian ini akan diikuti oleh temu bual. Pengkaji akan membuat catatan lapangan bagi tujuan merekodkan pemerhatian. Temu bual akan ditadbir sendiri oleh pengkaji kepada pelaksana yang terlibat melaksanakan Program LINUS. Jumlah responden yang ditemuduga ialah 19 orang yang tersebar di dalam sekolah terpilih. Jadual 3.4 menerangkan prosedur kutipan dan analisis data.

123 Jadual 3.5Prosedur Kutipan dan Analisis Data

Prosedur Jenis Data Definisi Jenis Data Analisis Data Pemerhatian Dokumen

Bilik darjah

Dokumen Penggubalan LINUS di KPM, Unit NKRA, JPN, PPD (yang dibenarkan)

Dokumen persediaan

guru-sebelum, semasa dan selepas P&P. Perlakuan guru semasa kelas LINUS.

BBM yang guru sediakan.

1. Pembersihan data- membentuk indeks-kod untuk tiap sekolah dan responden, menaip nota, mengkategori dan mengklasifikasi dokumen. 2. Memahami data- apa yang dinyatakan oleh data yang dikumpul dan dikodkan. 3. Penghasilan kategori analitikal dan konsep. Temubual Transkripsi temu bual semi struktur -dua fasa: umum dan berfokus Rakaman Audio temu bual Nota

Data tidak berstruktur yang diperoleh daripada temu bual. Mencari makna yang mendalam menerusi jawapan temu bual- merumuskan penyataan, pendapat, pandangan dan pendirian

responden 1. Pembersihan data-menyalin rakaman audio temu bual, membentuk indeks-kod untuk tiap sekolah dan responden, menaip nota, mengkategori dan mengklasifikasi dokumen. 2. Memahami data- apa yang dinyatakan oleh data yang dikumpul dan dikodkan. 3. Penghasilan kategori analitikal dan konsep. Dokumen Dokumen bertulis, scanned documents

Dokumen di KPM, Unit NKRA Apa sahaja dokumen tentang penggubalan LINUS yang boleh diizinkan membantu pengkaji. Dokumen di sekolah:

-majalah, sejarah dan profil,

1. Pembersihan data-, membentuk indeks-kod untuk tiap sekolah dan responden, menaip nota, mengkategori

124 laporan projek LINUS, minit

mesyuarat LINUS, penilaian LINUS, maklumat latar belakang guru besar, penyelaras LINUS dan guru LINUS.

dan

mengklasifikasi dokumen. 2. Memahami data- apa yang dinyatakan oleh data yang dikumpul dan dikodkan. 3. Penghasilan kategori analitikal dan konsep. Bahan audiovisual Gambar, foto, tape video, bahan maujud, rakaman

Bahan audiovisual yang

mengandungi imej, bunyi tentang manusia, tempat yang dirakam oleh pengkaji sendiri atau orang lain.

Temubual

Dalam kajian kualitatif pelaksanaan Program LINUS ini, temubual terhadap pelaksana amat perlu kerana melibatkan interaksi manusia. Interaksi sesama pelaksana Program LINUS diterjemah melalui pandangan mereka semasa ditemubual. Hal ini dapat memberi gambaran mendalam tentang pelaksanaan Program LINUS, menjelaskan perkara yang tidak dijangkau oleh mata kasar. Pengkaji mampu memahami pelaksanaan Program LINUS melalui perspektif pelaksana setelah ditemubual.

Pengkaji memilih menggunakan temubual separa struktur dalam kajian ini. Rasional pemilihan temubual separa struktur adalah untuk memastikan proses tersebut berjalan lancar dan tidak kaku. Catatan temubual turut dibuat sebagai persediaan seandainya berlaku kerosakan teknikal kepada rakaman temu bual.

Perancangan awal untuk temu bual setelah protokol temu bual disediakan dan individu yang ingin ditemu bual dikenal pasti ialah mendapatkan keizinan untuk menemu bual (Noraini Idris, 2010). Temu bual kepada pihak pelaksana di empat buah

125 sekolah, dijalankan dengan mengemukakan open ended question. Contohnya: Apa huraian pelaksanaan LINUS menurut pihak tuan? Hal ini bermakna pendekatan kualitatif induktif iaitu pengkaji bertanya hinggalah objektif kajian tercapai dan soalan kajian terjawab.

Dapatan temu bual digunakan untuk membuat interpretasi analisis pelaksanaan dasar, mencari makna yang mendalam daripada penyataan, pendapat, pandangan dan pendirian pihak pelaksana Program LINUS. Menerusi ayat-ayat yang dituturkan oleh responden semasa menjawab soalan temu bual, pengkaji mencari makna yang tersirat tentang falsafah dan teori pelaksanaan Program LINUS seterusnya membuat interpretasi dan kesimpulan untuk menjawab soalan kajian. Contohnya melalui jawapan temu bual, pengkaji dapat merumuskan terdapat percanggahan fakta antara pihak pelaksana Program LINUS. Daripada percanggahan ini, pengkaji boleh merumus mengapa pelbagai program telah digubal, namun masalah literasi masih tidak dikuasai sepenuhnya (Merriam, 2002).

Temubual dirancang untuk dijalankan kepada enam orang pelaksana Program LINUS di setiap sekolah. Namun begitu pada akhir kajian, hanya seramai 19 orang pelaksana Program LINUS dari empat buah sekolah yang terdiri daripada guru besar, penyelaras LINUS, guru literasi, guru pemulihan, kaunselor dan ibu bapa murid-murid dapat ditemubual.

Hal ini demikian kerana ada peserta kajian yang tidak memberikan kerjasama untuk ditemubual. Contohnya ibu bapa di Sekolah A dan Sekolah D enggan ditemubual. Semua peserta kajian di Sekolah B sahaja yang berjaya ditemubual. Hal ini dipaparkan dalam Jadual 3.5 yang berikut.

126 Jadual 3.6Peserta Kajian yang Ditemubual

Tapak Kajian Peserta Kajian Tidak

dapat ditemubual

Jumlah

Sekolah A Guru Besar, Penyelaras Literasi, Guru Literasi, Guru Pemulihan dan Kaunselor

Ibu bapa 5 orang Sekolah B Guru Besar, Penyelaras Literasi, Guru Literasi,

Guru Pemulihan dan Kaunselor, ibu bapa

Tiada 6 orang Sekolah C Guru Besar, Guru Literasi, Guru Pemulihan dan

Kaunselor

Penyelaras Literasi

5 orang Sekolah D Guru Besar, Penyelaras Literasi, Guru Literasi,

Guru Pemulihan dan Kaunselor

Kaunselor, Guru Pemulihan, Ibu bapa 3 orang Jumlah 19 orang

Temubual terhadap guru besar dibuat dengan mengemukakan soalan-soalan tentang penglibatan guru besar dalam pelaksanaan Program LINUS, perancangan strategik LINUS, pembangunan staf yang terlibat LINUS, penglibatan komuniti sekolah dalam pemantapan LINUS. Soalan-soalan terhadap penyelaras LINUS dikemukakan seperti penyelenggaraan LINUS, perkongsian maklumat dan perkembangan staf. Temubual juga dijalankan dengan guru sebelum dan selepas P&P untuk memastikan objektif pembelajaran serta penyediaan bahan-bahan pengajaran terutama yang menggunakan multimedia interaktif. Hal ini untuk mendapatkan gambaran tentang sikap dan kekuatan mereka sebagai pelaksana Program LINUS.

Pemerhatian Proses Pembelajaran & Pengajaran

Pemerhatian dalam bilik darjah merupakan salah satu teknik penting dalam kajian kualitatif (Baker, 1999; Marshall, C. & Rosman, 2006). Pemerhatian dalam bilik darjah semasa P&P LINUS memberi peluang kepada pengkaji melihat perlakuan peserta kajian yang terlibat secara terus.Protokol pemerhatian (Lampiran A) digunakan di mana protokol tersebut bertindak sebagai panduan terhadap perkara yang ingin diperhatikan dan dirakamkan.

127 Pengkaji bertindak sebagai pemerhati penuh dan kehadiran dimaklumkan lebih awal kepada peserta kajian. Pemerhatian P&P dibuat dengan mengambil catatan kerana pemerhatian tanpa catatan tidak akan membuahkan apa-apa data. Pengkaji turut mencatat pemikiran dan pendapat pengkaji sendiri mengenai sesuatu perkara yang dilihat. Catatan lapangan yang berdasarkan protokol pemerhatian ini mampu memberi makna kepada kajian. Triangulasi dibuat menggunakan rakaman video. Walaupun rakaman pada awalnya membuatkan murid-murid respons secara tidak natural, namun lama kelamaan responden berkelakuan seperti biasa. Bahan-bahan pengajaran yang digunakan juga dikumpulkan dan diteliti. Pemerhatian bertumpu kepada kaedah pelaksanaan Program LINUS secara total di sekolah tersebut. Mana-mana perkara yang kurang jelas akan dikemukakan dalam temu bual pula.

Selain itu, pengkaji membuat catatan reflektif dan menulis memo untuk isu-isu yang timbul semasa pemerhatian P&P guru literasi dijalankan. Memo tersebut merupakan refleksi peribadi terhadap perkara-perkara yang berlaku di tapak kajian ataupun penelitian semula secara berterusan terhadap perkara yang terjelma semasa kajian tersebut dijalankan. Kesemua catatan lapangan, catatan reflektif dan memo diberikan kod tertentu dan tarikh turut dicatat bagi tujuan pengurusan data yang sistematik.

Pengkaji hanya menjalankan pemerhatian P&P terhadap empat orang guru literasi dari empat buah sekolah tersebut sahaja. Selepas setiap kali pemerhatian, pengkaji membuat transkripsi daripada pemerhatian dan rakaman video. Data daripada pemerhatian membuatkan pengkaji peka untuk menemubual peserta kajian sekiranya perlu.

128 Pengkaji hanya mengambil catatan tentang peristiwa yang berkaitan dengan objektif kajian semasa pemerhatian berstruktur. Pengkaji telah membuat pemerhatian atas prasarana sekolah, program dan aktiviti P&P LINUS, pengurusan kelas LINUS, mesyuarat LINUS dan papan kenyataan LINUS. Pemerhatian ini membuka ruang kepada pengkaji untuk membuat triangulasi atas maklumat yang diberikan oleh peserta kajian semasa temu bual. Pemerhatian berstruktur ini mudah bagi pengkaji kerana telahwujud hubungan antara pengkaji dan semua pihak di sekolah. Pengkaji dibenarkan memasuki kelas LINUS untuk melihat pengurusannya.

Pengkaji telah menyediakan senarai semak khusus yang relevan dengan pelaksanaan Program LINUS di sekolah untuk memastikan wujudnya kesahan maklumat kajian. Senarai semak ini adalah sejajar dengan istilah pemerhatian berfokus.

Analisis dokumen

Dokumen boleh terdiri daripada bahan-bahan bercetak, bahan bertulis, rekod audio dan visual mengandungi maklumat tentang aktiviti, sejarah Program LINUS. Dalam kajian ini, beberapa dokumen telah dikenal pasti untuk dianalisis.

Antara dokumen yang relevan dianalisis ialah dokumen-dokumen berkaitan Program LINUS dari KPM dan Unit NKRA seperti Perancangan LINUS. Dari PPD- Buku Panduan & Pengurusan Program Literasi & Numerasi (LINUS), Buku Panduan dan Pengoperasian Program LINUS, Modul-modul LINUS iaitu Modul Pengajaran Asas Literasi- Asas 3, Modul Murid-murid Asas Literasi Asas 3, data dan statistik Program LINUS.

Dari sekolah pula seperti minit mesyuarat LINUS, perancangan strategik LINUS, majalah, laporan tahunan sekolah, infrastruktur bilik LINUS, program perkembangan

129 staf dan persediaan mengajar guru LINUS. Kesemua dokumen tersebut penting bagi memberi data tambahan terhadap pelaksanaan Program LINUS . Analisis dokumen ini membolehkan triangulasi dilakukan terhadap data yang dipungut menerusi kaedah temubual dan pemerhatian.