• Tidak ada hasil yang ditemukan

SOROTAN KAJIAN

2.5 Struktur Program LINUS

Program LINUS mengandungi enam strategi iaitu Saringan Murid-murid Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3, Pembangunan Bahan, Pengukuhan Kemahiran Pedagogi Guru, Program Kesedaran Sekolah & Komuniti, Pemantauan, Penyeliaan & Penilaian dan Pelantikan Fasilitator LINUS.

Sesuai dengan matlamatnya, Modul literasi dan numerasi dibentuk dengan konsep yang mudah difahami. Aplikasi konsep yang dipelajari menjadi tumpuan. Saringan murid-murid dilakukan tiga kali setahun pada bulan Mac, Jun dan September, bagi mengenal pasti sama ada murid-murid perlu mengikuti Program LINUS atau Program Pendidikan Khas. Latihan telah diberi kepada hampir 17,000 guru untuk mengajarkan Modul LINUS pada 2010. Komitmen pihak terlibat dibina melalui program kesedaran dan aktiviti yang dianjurkan untuk Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), guru besar, Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) serta orang awam.

Pemantauan dan penyeliaan intensif atas kira-kira 10% sekolah tercorot dilaksanakan oleh pegawai-pegawai pendidikan di JPN dan PPD, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti bawah KPM. Fasilitator-fasilitator LINUS dilantik dan ditempatkan di PPD, bagi membantu guru-guru LINUS di sekolah.

58 Berdasarkan huraian di atas, adalah jelas bahawa penguasaan literasi dijadikan kayu ukur kemajuan rakyat bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Kelemahan penguasaan literasi dan numerasi dalam kalangan murid-murid diberi perhatian serius kerana dianggap sebagai halangan pembangunan negara.

Sasaran yang dimaksudkan dilihat berdasarkan penguasaan literasi dan numerasi murid-murid Tahun 1 yang diukur pada Saringan 1. Saringan ini melibatkan aktiviti lisan dan penulisan bagi Literasi dan Numerasi. Saringan 1 bertujuan mengetahui sama ada murid-murid celik huruf atau celik nombor selepas dua bulan melalui proses pembelajaran.

Setelah melalui Saringan 1, strategi intervensi yang menggunakan pelbagai pendekatan dan kaedah disusun melalui Modul Pembelajaran dan Pengajaran LINUS. Modul ini membantu murid-murid yang belum celik huruf dan belum celik angka mengetahui asas literasi dan numerasi untuk mengikuti P&P pada Tahun 1. Proses Saringan 1 ini berakhir pada bulan Mac. Sekiranya terdapat murid-murid yang belum menguasai saringan ini, tindakan susulan diadakan.

Tindakan susulan menjurus kepada perancangan strategik sekolah yang merupakan usaha menetapkan hala tuju Program LINUS agar membantu murid-murid tahap satu. Perancangan stategik menjadi pelan operasi bagi setiap program yang dilaksanakan oleh Jawatankuasa LINUS sesebuah sekolah. Melalui Program LINUS, murid-murid berpeluang mengikuti proses P&P selaras keupayaan masing-masing. Kelas LINUS dibentuk berdasarkan jumlah murid-murid tahun 1. Bilangan maksimum murid-murid ini sebanyak 30 orang.

Program LINUS dijalankan secara sepenuh masa oleh guru bahasa Melayu dan Matematik. Program ini berlangsung sepanjang mereka berada di tahun satu atau setelah mereka melepasi Ujian Penapisan iaitu Saringan 1 dan Saringan 2. Dalam

59 program ini murid-murid diajar menyebut, mengeja, dan menulis pola suku kata, perkataan dan ayat. Murid-murid ini akan mengikuti kelas biasa setelah lulus Saringan 1 dan Saringan 2 atau apabila mereka naik ke Tahun 2.

Strategi P&P - Skor pencapaian murid-murid dalam tapisan digunakan guru untuk membuat pengelasan. Dalam proses penilaian, murid-murid Program LINUS akan disaring melalui instrumen penapisan yang mengandungi tiga bahagian iaitu lisan, membaca, menulis dan mengira. Instrumen penyeliaan dan pemantauan disediakan oleh Jemaah Nazir Sekolah. Pencerapan dan pemantauan dijalankan oleh Jemaah Nazir Sekolah, Pusat Perkembangan Kurikulum/PPK,KPM, JPN, PPD dan Guru Besar. Laporan Keberkesanan LINUS akan disediakan oleh PPD berdasarkan keputusan pencapaian murid-murid di sekolah.

Kaedah Pengajaran - Guru-guru LINUS perlu merancang P&P yang sesuai berfokuskan model pengajaran yang dibekalkan. Guru digalakkan menggunakan pelbagai teknik dan kaedah pengajaran yang menarik agar mencapai objektif. Dengan itu, inisiatif dan kreativiti guru dapat menghidupkan suasana memberangsangkan agar proses P&P berkesan.

Murid-murid yang lulus Saringan 1 dan 2 serta menguasai kemahiran 3M, dimasukkan ke kelas aliran perdana. Pemantauan berterusan dilakukan oleh PPK, Jemaah Nazir Sekolah, JPN, PPD dan Guru Besar. Setelah murid-murid selesai menjalani Ujian Pelepasan, keputusan ujian yang lengkap dihantar kepada pihak JPN dan PPD.

Kemahiran Asas LINUS- Program LINUS merupakan usaha kerajaan membantu murid-murid menguasai kemahiran literasi dan numerasi. Murid-murid belajar beberapa kemahiran asas untuk mencapai objektif literasi dan numerasi. Kemahiran asas itu meliputi aktiviti mendengar sebutan, mengenal, menyebut,

60 membunyikan huruf dan suku kata, membina, mengeja, membaca perkataan dan ayat, menulis huruf, suku kata, perkataan dan ayat. Sokongan semua pihak khususnya guru-guru dan ibu bapa dalam mempelbagaikan teknik dan kaedah pengajaran amat perlu.

Untuk melestarikan Program LINUS, Jawatankuasa kerja Program LINUS dibentuk seperti dalam Jadual 2.3 berikut.

Jadual 2.3 Jawatankuasa Kerja Program LINUS

Bahagian Tanggungjawab

Bahagian Pengembangan Kurikulum (BPK)

Menyediakan Modul Guru dan Murid-murid

Bahagian Pendidikan Guru (BPG) Menguruskan Latihan Guru Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) Instrumen Saringan

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH)

Penyebaran maklumat, kutipan & analisis data.

Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK)

Pemantauan dan Bimbingan Bahagian Pendidikan Khas Mengendalikan murid- murid

berkeperluan khas (Laman Web Rasmi Jabatan Pelajaran W.P Labuan, 2010).

Isu dalam pelaksanaan Program LINUS

Program LINUS telah melibatkan pelbagai agensi dan institusi. Penglibatan ini memungkinkan pelbagai isu timbul dalam proses penggubalan mahu pun pelaksanaannya. Berikut adalah isu yang dapat dikenal pasti di peringkat pelaksanaan. Pengkaji mengkategorikan isu ini berdasarkan kelompok seperti yang berikut:

1. Faktor Murid-murid- kekurangan dari sudut material, ibu bapa tidak mampu menyediakan kelengkapan ke sekolah. Oleh itu, murid-murid lemah ini sentiasa berasa kekurangan diri. Justeru, mereka tidak langsung berinisiatif memajukan diri, ponteng sekolah. Konsep kendiri murid-murid yang rendah adalah masalah kritikal. Murid-murid pasif, enggan terlibat dalam aktiviti akibat gangguan emosi, krisis keluarga, perpecahan dan konflik keluarga. Mereka tiada keyakinan untuk berjaya dalam pelajaran. Mereka lambat berfikir dan bertindak, mudah lupa ajaran

61 guru, sukar memahami dan lemah pengamatan. Justeru tidak minat belajar, mudah putus asa, pendiam, pemalu dan sukar bertindak (Tubah, 2008).

2. Faktor Guru - guru melabelkan murid-murid, bahan pengajaran yang berasingan tidak disediakan untuk murid lemah, guru menganggap masalah murid-murid lemah dalam menguasai kemahiran 3M adalah tugas Guru Pemulihan Khas sahaja. Guru Pemulihan Khas- tiada panduan sistematik dalam mengoptimumkan peranannya, kurang mendapat pendedahan dalam P&P berkaitan (Amanda, 2011). 3. Pentadbiran dan Pengurusan Sekolah - Pihak pentadbiran sekolah memberikan

sepenuh tumpuan kepada pencapaian cemerlang dalam keputusan peperiksaan UPSR/PKSR sahaja. Kurang program berkesan dirancang untuk menangani masalah penguasaan kemahiran 3M. Peruntukan terhad membataskan pelaksanaan program yang dirancang (Baroody, 2012).

4. Kemudahan Sekolah - dari sudut fizikal, tiada peruntukan kelas khas, kewangan, bahan-bahan rujukan dan buku teks untuk melaksanakan Program Pemulihan Khas (Daniel, 2012).

5. Keluarga- keluarga/ibu bapa/penjaga murid buta huruf. Keluarga murid-murid bermasalah, terlibat dengan masalah sosial, sosio ekonomi rendah.

6. Kurikulum - Program Pemulihan Khas tidak menjadi agenda utama dalam Mesyuarat Panitia/Kurikulum sekolah.

Isu ini dianalisis untuk mengenal pasti bagaimanakah kekurangan dari sudut teori, model penggubalan dan model pelaksanaan menjadi faktor penyebab wujudnya permasalahan dalam pelaksanaan Program LINUS.

62 Peranan Guru Literasi

Guru Literasi memainkan peranan besar di sekolah dalam memastikan Program LINUS dilaksanakan menurut arahan. Antaranya ialah melaksanakan kursus dalaman kepada semua guru selepas setiap kali berkursus, melaksanakan Saringan bagi Lisan dan Bertulis dalam tempoh yang ditetapkan, mengumpul data bagi mengenal pasti murid-murid LINUS Tegar, LINUS dan Arus Perdana, mentadbir kelas dengan baik dan sesuai dengan tahap keperluan murid-murid, mengadakan perbincangan dengan FasiLINUS (guru yang ditugaskan oleh KPM untuk membimbing pelaksana literasi di sekolah) untuk penambahbaikan dalam pelaksanaan Program LINUS, mengisi data selepas setiap saringan ke portal NKRA secara atas talian mengikut tempoh masa yang ditetapkan, mencetak dan memfailkan data yang telah diisi di portal NKRA, sentiasa mendalami kaedah pembelajaran dan pengajaran yang berkesan dan menjadi ahli jawatankuasa LINUS sekolah (KPM, 2011).

Dengan berlandaskan Teori Pembelajaran, Model Dunn dan Model Pelaksanaan Program Van Meter dan Van Horn, faktor-faktor yang menyebabkan murid-murid gagal menguasai literasi ini dihurai dan dikaji. Bagaimanakah guru literasi ini melaksanakan peranannya dengan berkesan dianalisis dalam kajian ini menerusi temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen.