• Tidak ada hasil yang ditemukan

6. Situasi sosial, ekonomi dan politik

1.9 Kepentingan Kajian

Kajian kualitatif analisis pelaksanaan Program LINUS ini bermakna dijalankan atas landasan isu penguasaan literasi murid-murid LINUS amat serius dan perlu perhatian. Berasaskan data, laporan dan kajian lalu, isu ini perlu ditangani segera. Beberapa kajian yang dijalankan di dalam dan di luar negara menyokong hal ini. Rentetan daripada hal yang tersebut pengkaji yakin terdapat keperluan untuk mengkaji masalah ini.

39 Kajian kualitatif terhadap analisis pelaksanaan Program LINUS ini penting untuk memberi maklumat kepada penggubal, pelaksana dan semua pihak yang terlibat tentang pelaksanaan Program ini. Secara ilmiah, kajian ini menambah koleksi kajian analisis pelaksanaan program literasi. Dari sudut amalan, kajian ini penting dijalankan kerana menyelongkar isu-isu yang menyebabkan murid-murid LINUS tidak menguasai literasi.Dari sudut teori, kajian ini mengemukakan input untuk sebuah Modul Literasi berkesan berasaskan penambahbaikan teori dan model yang digunakan.

Kajian ini memberi kefahaman akan peranan para pelaksana Program LINUS tersebut demi penambahbaikan program literasi dari semasa ke semasa. Selain itu kajian ini juga perlu untuk mengetahui sama ada matlamat Program LINUS tercapai atau sebaliknya. Sekiranya tidak dikaji secara sistematik berasaskan data yang dikumpul, sukar untuk menentukan pencapaian pelaksanaan Program LINUS. Tambahan pula program ini melibatkan kos yang tinggi, curahan masa, tenaga dan kepakaran. Oleh itu bagi mendapatkan gambaran pelaksanaan program, wajar dijalankan kajian bagi membolehkan tindakan penambahbaikan diambil demi kebaikan murid-murid, guru-guru, pentadbir dan pihak penggubal juga.

Kajian ini membincangkan penyelesaian masalah literasi dalam kalangan murid-murid Tahun 3 di SK di Malaysia dengan mensintesiskan Model Pelaksanaan Dasar Van Meter dan Van Horn. Hal ini bermakna pengkaji memadukan unsur-unsur dalam Model tersebut untuk disesuaikan dalam kajian ini. Beberapa langkah penambahbaikan dikemukakan hasil sokongan Teori Masalah Pembelajaran.

Kajian ini membolehkan pelaksana Program LINUS memperoleh panduan untuk melaksanakan Program LINUS serta bersifat mesra murid-murid LINUS dengan menyelesaikan masalah yang menyebabkan murid-murid LINUS tidak

40 menguasai literasi. Seterusnya kajian turut menyuntik elemen-elemen penyesuaian dalam pengajaran guru, menghuraikan proses P&P, untuk murid-murid yang diandaikan bermasalah pembelajaran kerana mereka tidak melepasi Saringan 1 LINUS.

Selain itu, kajian ini penting untuk mengenal pasti aspek pengetahuan dan kemahiran murid-murid LINUS. Dua aspek ini menjadi asas dalam penentuan keberkesanan pelaksanaan Program LINUS pada diri murid-murid. Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh membolehkan murid-murid mengaplikasikannya dalam pembelajaran arus perdana. Secara keseluruhannya kajian ini bertujuan memberi kefahaman, menyumbang informasi, mengenal pasti beberapa perkara yang dinyatakan di atas sepanjang pelaksanaan Program LINUS.

Kepada ibu bapa yang mempunyai anak bermasalah pembelajaran, kajian ini memberi kesedaran kepada mereka bahawa anak-anak memerlukan sokongan mereka. Kajian ini meningkatkan pengetahuan ibu bapa tentang kaedah, pendekatan dan aktiviti yang sesuai bagi membantu pembelajaran anak-anak di rumah.

Seterusnya kajian ini penting kepada pihak seperti IPTA dan IPG yang melatih guru dalam membentuk rangka kursus, memberi maklumat kepada Unit di JPN, KPM untuk merangkaprogram berkaitan literasi untuk sekolah.Hasil kajian dapat memberi panduan kepada PPK menyediakan bahan bantu belajar, buku teks yang sesuai dengan tahap murid lemah ini dan pengkaji seterusnya yang mengkaji tentang murid-murid bermasalah pembelajaran.

41 1.10 Definisi Operasional

Beberapa istilah dalam kajian ini diutarakan menurut konteksnya agar pembaca membuat interpretasi yang betul dalam memahami prosedur dan hasil kajian.

Analisis

Penyelidikan atau penghuraian sesuatu (seperti keadaan, masalah, persoalan) untuk mengetahui pelbagai aspeknya (ciri-cirinya dan lain-lain) secara mendalam (Kamus Dewan, 2007).Dalam kajian ini, analisis merupakan proses menerangkan, menyelidiki, mendapatkan maklumat terperinci mengenai pelaksanaan Program LINUS.

Pelaksanaan

Proses melaksanakan, menjalankan, mengusahakan program yang telah siap digubal. Dalam konteks kajian ini pelaksanaan Program LINUS bermaksud proses melaksanakan Program ini di sekolah kebangsaan agar dapat mencapai tujuan asal Program.

Literasi

Kemampuan minimum yang diperlukan oleh seseorang untuk menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam sesuatu bahasa (Mahzan, 2001). Dalam kajian ini, literasi dimaksudkan keupayaan membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah (menggunakan kata hubung) dalam Bahasa Malaysia dan mengaplikasi pengetahuan dalam pembelajaran dan komunikasi harian.

42 Program

Program ialah koleksi aktiviti yang terkumpul secara sistematik dan telah direka bentuk untuk mencapai objektif tertentu (Royse, Thyer & Padgett, 2006). Dalam kajian ini program yang dimaksudkan ialah Program LINUS yang telah direka bentuk untuk memastikan murid-murid Tahun 3 pada tahun 2012 menguasai literasi dan numerasi.

LINUS

Program LINUS adalah akronim daripada Literacy & Numeracy Screening. LINUS ialah satu program pemulihan yang direka bentuk untuk memastikan murid menguasai kemahiran asas literasi (Bahasa Malaysia) dan numerasi pada akhir 3 tahun persekolahan pada pendidikan rendah. LINUS disasarkan kepada murid yang mempunyai masalah dalam 3M iaitu Membaca, Menulis dan Mengira (NKRA Pendidikan, 2010).

Sekolah Kebangsaan/SK

―Sekolah Kebangsaan‖ erti sekolah Rendah kerajaan atau sekolah rendah bantuan kerajaan:

(a) yang menyediakan pendidikan rendah yang sesuai bagi murid-murid dan umur enam tahun;

(b) yang menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama; (c) yang menjadikan bahasa Inggeris sebagai matapelajaran wajib; dan (d) dimana kemudahan bagi pengajaran

i. bahasa Cina atau Tamil hendaklah diadakan jika ibu bapa sekurang-kurangnya lima belas orang murid-murid di sekolah itu memintanya; dan

43 ii. bahasa-bahasa kaum Asli hendaklahdiadakan jika didapati munasabahdan praktik berbuat sedemikian danjika ibu bapa sekurang-kurangnya lima belas orang murid-murid di sekolah itu memintanya;

(Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) Peraturan-Peraturan Terpilih, 1998)

Sekolah Kebangsaan dalam kajian ini terdiri daripada SK di PPD Hulu Langat Selangor. Dalam kajian ini, tumpuan hanyalah kepada murid-murid Tahun 3 di SK tersebut pada tahun 2012.

Murid-murid LINUS

Murid-murid pelbagai bangsa yang mengikuti Program LINUSdi SK pada tahun 2012.